School Work">
Nothing Special   »   [go: up one dir, main page]

Sistem Fonetik N Fonologi

Unduh sebagai pdf atau txt
Unduh sebagai pdf atau txt
Anda di halaman 1dari 21

Topik

10

Pengajaran dan
Penilaian
Fonologi dan
Sistem Ejaan

HASIL PEMBELAJARAN
Di akhir topik ini, anda seharusnya dapat:
1.

Menyatakan prinsip pengajaran fonologi dan sistem ejaan;

2.

Menerangkan aktiviti pengayaan;

3.

Menerangkan aktiviti pembaikpulihan; dan

4.

Mengaplikasikan prinsip dan penyediaan ujian fonologi dan sistem


ejaan dalam pengajaran mikro.

X PENGENALAN
Anda telah mempelajari sistem bahasa dan fonologi dalam beberapa topik yang
lepas. Apa yang telah anda pelajari itu perlu diaplikasi dan digarapkan dalam
pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah. Setiap perincian yang diberikan
dalam topik berkenaan, perlu anda telusuri dengan daya konsepsi yang
mendalam.

190 X TOPIK 10 PENGAJARAN DAN PENILAIAN FONOLOGI DAN SISTEM EJAAN

10.1 PRINSIP PENGAJARAN FONOLOGI DAN


SISTEM EJAAN
Prinsip penting bagi semua perkara, subjek, pendapat dan pegangan hidup.
Begitu juga bagi bidang fonologi dan sistem ejaan. Dalam fonologi terdapat
beberapa prinsip yang perlu anda tahu supaya anda benar-benar memahami
kehendak sesuatu pendapat atau idea. Prinsip-prinsip yang dinyatakan di bawah
penting dalam pengajaran fonologi:
(a)

Dari mudah kepada susah;

(b)

Kontekstual dan autentik;

(c)

Menggunakan sumber sebutan jati bahasa pertama;

(d)

Tidak menguji ingatan tetapi menguji pemahaman rumus bunyi dan ejaan;

(e)

Memberi tumpuan kepada pendeskriminasian bunyi;

(f)

Bersifat konstruktif;

(g)

Menggunakan pelbagai sumber;

(h)

Melibatkan ketiga-tiga domain afektif, kognitif dan psikomotor;

(i)

Hands on dan minds on;

(j)

Memberikan tumpuan kepada Kemahiran Bernilai Tambah: pembelajaran


konstruktivisme, kemahiran berfikir, pembelajaran kontekstual, kajian
masa depan, kemahiran teknologi maklumat dan komunikasi, kemahiran
belajar cara belajar, dan kecerdasan pelbagai; dan

(k)

Mementingkan aspek kesantunan dalam berbahasa.

10.1.1 Pemilihan Item dalam Sukatan Pelajaran yang


Sesuai dengan Tahap Pelajar
Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah (SPBM KBSR) memberikan
tumpuan kepada kemahiran bahasa, iaitu Kemahiran Mendengar dan Bertutur,
Kemahiran Membaca dan Kemahiran Menulis. Kemahiran ini membolehkan
murid menggunakan bahasa Melayu secara berkesan dalam kehidupan harian
dan sebagai bahasa ilmu untuk pembelajaran seumur hidup. Sukatan Pelajaran
ini memberikan pertimbangan kepada pelbagai gaya pembelajaran, minat dan
kecerdasan yang berbeza di kalangan murid. Sukatan Pelajaran ini juga
memberikan gambaran menyeluruh tentang kurikulum Bahasa Melayu.

TOPIK 10 PENGAJARAN DAN PENILAIAN FONOLOGI DAN SISTEM EJAAN W 191

Pada akhir pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu sekolah rendah, murid
harus dapat:
(a)

Mendengar pengucapan dengan teliti dan memahami serta menghayati


pengucapan dalam konteks perbualan harian dan situasi formal;

(b)

Bertutur petah menggunakan sebutan dan intonasi yang betul dalam


pelbagai situasi;

(c)

Berbincang dan berkongsi pendapat untuk menyelesaikan masalah,


mencapai persetujuan dan membuat keputusan tentang sesuatu perkara;

(d)

Membaca pelbagai bahan sastera dan bahan berunsur pengetahuan dengan


menggunakan teknik membaca yang sesuai dan berkesan untuk
memperoleh ilmu dan memproses maklumat secara kritis;

(e)

Memupuk minat membaca sebagai satu amalan ke arah membina budaya


pembelajaran berterusan;

(f)

Memperkembangkan kekuatan imaginasi, kreativiti, pemikiran kritis dan


penghayatan nilai murni melalui aktiviti bertutur, membaca dan menulis;

(g)

Mengenali dan menghasilkan pelbagai jenis penulisan kreatif dan berunsur


pengetahuan menggunakan kemahiran menulis serta proses penulisan
yang sesuai dan betul;

(h)

Menggunakan bahasa baku yang meliputi ejaan, kosa kata, tatabahasa dan
sebutan yang betul dalam aktiviti mendengar, bertutur, membaca dan
menulis;

(i)

Menghargai dan menghayati keindahan bahasa melalui karya sastera dan


karya berunsur ilmu; dan

(j)

Menghayati dan mengamalkan nilai murni, sikap positif, semangat


patriotisme dan perasaan cinta akan negara.

(k)

Kemahiran mendengar dan bertutur (1.0 - 4.0)

(l)

Kemahiran membaca (5.0 - 7.0)

(m) Kemahiran menulis (8.0 - ke atas)


(n)

Sistem bahasa.

Nota: Tumpuan kepada sistem ejaan, intonasi mengikut pola, sebutan dan kosa
kata. Peribahasa, dan tatabahasa terlibat secara tidak langsung.

192 X TOPIK 10 PENGAJARAN DAN PENILAIAN FONOLOGI DAN SISTEM EJAAN

10.1.2 Mengenali Tahap Kesukaran Sesuai dengan


Keperluan Para Pelajar
Sebagai seorang guru, kita perlu mengetahui kedudukan pelajar kita di pelbagai
tahap pencapaian akademik, sama ada pada peringkat asas, pertengahan atau
pun masteri. Apa yang hendak disampaikan kepada pelajar mesti bersesuaian
dengan ketiga-tiga tahap ini, yakni ajar mengikut kebolehan pelajar dan tidak
mengajar mengikut kebolehan guru.

10.1.3 Pemilihan Pendekatan yang Sesuai dengan


Tahap Pelajar
Pendekatan apakah yang sesuai bagi kumpulan ini atau kumpulan itu? Semua
pendekatan mesti mengikut keadaan pelajar. Jika ini yang dilakukan semua
topik yang diajar akan dapat difahami oleh pelajar. Anda perlu mengambil tahu
siapa pelajar anda. Sudahkah mereka mempelajari subjek itu atau subjek ini?
Apakah pengalaman sebelum ini?

10.2 AKTIVITI PENGAYAAN


Pengayaan merupakan aktiviti lanjutan kepada aktiviti asas pembelajaran yang
dijalankan untuk meluaskan pengetahuan dan mengukuhkan kemahiran yang
dipelajari sejajar dengan kebolehan murid yang berbeza.
Aktiviti pengayaan disediakan untuk semua kumpulan murid sama ada
kumpulan cerdas, sederhana dan lambat. Aktiviti ini hanya dijalankan setelah
murid-murid dapat menguasai sesuatu kemahiran yang telah dipelajari sama
ada kemahiran lisan, bacaan atau menulis.
Prinsip, program, strategi dan pengelolaan aktiviti perlu dititikberatkan agar
objektif yang ingin dicapai berjaya. Aktiviti perlulah pelbagai dan mencabar
minda murid agar murid tidak berasa bosan.
Melalui aktiviti-aktiviti pengayaan, murid-murid akan dapat memperluaskan
pengalaman dan pengetahuan mereka sejajar dengan kebolehan dan minat
mereka yang berbeza dalam mata pelajaran Bahasa Melayu.
Dengan adanya program pengayaan, diharapkan setiap murid bukan sahaja
dapat mengalami suasana pembelajaran yang lebih menarik dan
menggembirakan tetapi juga dapat memperkembangkan aspek jasmani, emosi,

TOPIK 10 PENGAJARAN DAN PENILAIAN FONOLOGI DAN SISTEM EJAAN W 193

rohani, intelek, minat, kebolehan, daya cipta dan bakat individu secara
menyeluruh selaras dengan matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

10.2.1 Objektif Pengayaan


Berikut adalah beberapa objektif pengayaan:
(a)

Menggunakan kemahiran yang telah dikuasai dalam pembelajaran biasa


bagi memperluaskan lagi pengetahuan dan pengalaman murid.

(b)

Menjalankan kegiatan pembelajaran yang lebih mencabar kebolehan murid.

(c)

Menggunakan masa lapang yang berfaedah mengikut keperluan, minat


dan bakat.

(d)

Meminati dan menguasai bacaan luas dengan membuat rujukan terhadap


berbagai-bagai bahan dan sumber pengetahuan.

(e)

Berminat untuk belajar sendiri dan mempunyai sifat berdikari bagi


membolehkan murid meneruskan pembelajaran seumur hidup.

(f)

Melahirkan daya cipta menerusi pemikiran dan


berkebolehan untuk menilai sesuatu hasil kerja sendiri.

(g)

Mempunyai asas kepimpinan untuk diperkembangkan kepada peringkat


yang lebih tinggi sesuai dengan kemampuan murid.

kegiatan

serta

10.2.2 Prinsip Pengayaan


(a)

Bercorak belajar sendiri dan mengandungi arahan atau penerangan yang


jelas.
(i)

Murid dapat menjalankannya tanpa memerlukan pimpinan dan


tunjuk ajar daripada guru.

(ii)

Boleh dijalankan secara perseorangan atau kumpulan.

(b)

Menarik, mencabar dan sesuai dengan kebolehan, minat dan bakat murid
yang berbeza-beza.

(c)

Boleh berbentuk program harian atau berbentuk projek yang mungkin


mengambil masa satu atau dua minggu.
(i)

Apabila murid telah selesai menjalani aktiviti pembelajaran dan telah


dapat menguasai sesuatu kemahiran itu lebih awal daripada masa
yang ditetapkan, dia bolehlah menjalani aktiviti pengayaan atau
meneruskan projeknya.

194 X TOPIK 10 PENGAJARAN DAN PENILAIAN FONOLOGI DAN SISTEM EJAAN

(d)

Diletak atau disimpan di tempat yang mudah digunakan oleh muridmurid.

(e)

Mengandungi bahanbahan yang dipelbagaikan sama ada dibuat sendiri


atau diperoleh daripada pasaran.
(i)

Bahan-bahan itu mengandungi aktiviti yang berkaitan dengan


kemahiran yang telah dipelajari sama ada secara langsung atau tidak
langsung.

10.2.3 Kriteria Pemilihan Bahan Pengayaan


Seterusnya, mari kita lihat pula kriteria untuk memilih bahan pengayaan.
(a)

Bentuk dan Fungsi


Bahan mestilah mengajar bentuk-bentuk bahasa kerana bentuk bahasa
menyatakan maksud dan fungsi.

(b)

Tepat dengan kemahiran yang hendak diperkaya

(c)

Kepelbagaian
Kepelbagaian dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa bertujuan
mendedahkan kepada pelajar beberapa variasi yang digunakan secara
meluas dalam masyarakat.

(d)

Penerapan nilai dan pengetahuan


Untuk menyedarkan pelajar akan tanggungjawab dan sumbangan mereka
terhadap masyarakat.

10.2.4 Pengubahsuaian dengan Kebolehan yang


Berbeza
Semasa melaksanakan program/aktiviti pengayaan, pengubahsuaian juga harus
disesuaikan mengikut kebolehan murid-murid. Ia haruslah:
(a)

Berkaitan dengan kemahiran yang hendak dikuasai.

(b)

Dapat memperkukuh kemahiran sedia ada.

(c)

Dapat memperluas pengalaman dan pengetahuan.

(d)

Menarik, mencabar dan sesuai.

(e)

Berbentuk aktiviti harian atau projek.

TOPIK 10 PENGAJARAN DAN PENILAIAN FONOLOGI DAN SISTEM EJAAN W 195

(f)

Kepelbagaian bahan mengikut aktiviti.

(g)

Contoh aktiviti: kerja projek, bacaan tambahan, permainan dan rekreasi.

SEMAK KENDIRI 10.1


Nyatakan EMPAT Prinsip pengayaan yang perlu dipatuhi oleh
seseorang guru ketika melaksanakan pengajaran bahasa Melayu di
dalam bilik darjah.

10.2.5 Penyediaan Rancangan Pengajaran untuk


Pengajaran Mikro
Penyediaan rancangan pengajaran untuk pengajaran mikro bertumpu kepada
beberapa perkara berikut iaitu objektif, bidang, aktiviti, masa, bahan dan ruang
atau tempat.
(a)

Objektif
(i)

Objektif bagi setiap kumpulan haruslah berlainan.

(ii)

Objektif lanjutan daripada objektif kelas.

(iii) Peringkat kesukaran untuk objektif kumpulan hendaklah berbeza dan


bersesuaian dengan kebolehan dan taraf pencapaian kumpulan.
(b)

Bidang
(i)

Penekanan aktiviti pengayaan diberi kepada bidang yang sama, iaitu


kemahiran bahasa.

(ii)

Isi dan bentuk pengayaan haruslah berlainan.

(iii) Murid kumpulan cerdas aktivitinya lebih susah dan mencabar.


(iv) Murid kumpulan sederhana aktivitinya sederhana susah.
(v)
(c)

Murid kumpulan lambat, aktivitinya lebih mudah tetapi menarik.

Aktiviti
(i)

Pengurusan aktiviti haruslah dijalankan secara tidak formal.

(ii)

Tugas guru hanya merancang dan memberi arahan yang jelas.

(iii) Segala aktiviti harus dijalankan oleh murid secara bersendirian atau
kumpulan.

196 X TOPIK 10 PENGAJARAN DAN PENILAIAN FONOLOGI DAN SISTEM EJAAN

(d)

Masa
(i)

Dalam masa tertentu pada setiap hari.

(ii)

Setelah murid menguasai sesuatu kemahiran atau sekumpulan


kemahiran.

(iii) Setelah menguasai


pembelajaran.
(e)
(e)

(f)

keseluruhan

kemahiran

dalam

satu

unit

Bahan
(i)

Bahan yang biasa digunakan terdiri daripada kad bacaan tambahan,


lembaran kerja dan bahan bantu mengajar.

(ii)

Bahan-bahan haruslah mengandungi arahan dan penerangan yang


jelas.

Ruang/Tempat
(i)

Penyusunan kerusi meja berdasarkan aktiviti kumpulan.

(ii)

Aktiviti pengayaan boleh dijalankan di kumpulan masing-masing.

(iii) Aktiviti permainan boleh dijalankan di ruang pembelajaran yang


terdapat di bilik darjah.

10.3 AKTIVITI PEMBAIKPULIHAN


Pembaikpulihan ialah aktiviti alternatif yang dirancang oleh guru kepada muridmurid yang tidak dapat mengikuti kemahiran asas kemahiran bahasa. Contoh
masalah yang sering dihadapi murid dalam kemahiran bahasa ialah:
(a)

Kemahiran lisan - tidak dapat menyebut bunyi huruf dengan betul, tidak
dapat menyebut perkataan dengan betul.

(b)

Kemahiran membaca - tidak boleh membaca dengan sebutan yang betul,


tidak memahami teks yang dibaca.

(c)

Kemahiran menulis  mencampuradukkan huruf besar dengan huruf kecil,


bentuk huruf terbalik, tulisan bengkang-bengkok.

Dalam mata pelajaran Bahasa Melayu, aktiviti pembaikpulihan merupakan


aktiviti alternatif yang diberikan kepada murid yang mengalami masalah
pembelajaran khususnya yang menghadapi kesukaran untuk menguasai sesuatu
kemahiran bahasa yang telah diajarkan oleh guru sama ada kemahiran lisan,
bacaan atau menulis.

TOPIK 10 PENGAJARAN DAN PENILAIAN FONOLOGI DAN SISTEM EJAAN W 197

Di samping itu, pembaikpulihan juga merupakan aktiviti pengajaran dan


pembelajaran alternatif untuk membantu para murid yang menghadapi masalah
pembelajaran di dalam kelas. Kanak-kanak keseluruhannya mempunyai daya intelek
dan kecerdasan yang rendah serta kurang kebolehan menerima pendidikan biasa
dengan sepenuhnya. Mereka menghadapi masalah dalam aktiviti pembelajaran dan
memerlukan satu program pendidikan yang teratur dan terancang bagi
membolehkan mereka belajar seperti murid biasa. Aktiviti yang dijalankan akan
dapat membantu mereka menghadapi proses pembelajaran seterusnya.
Murid yang lemah di dalam sesebuah kelas perlu diberi pembaikpulihan oleh
guru agar murid tersebut tidak tercicir dalam pelajaran. Program
pembaikpulihan ini sesuai dilaksanakan supaya jurang perbezaan antara murid
dengan murid lain dapat diperkecilkan dan mereka dapat belajar dalam suasana
yang lebih menarik dan menggembirakan dalam kelas biasa. Oleh itu,
perancangan yang teliti perlu diambil kira oleh seseorang guru setelah
menganalisis masalah murid yang telah dikenal pasti untuk menjalankan aktiviti
pembaikpulihan. Di akhir sesuatu sesi pembaikpulihan, penilaian perlu dibuat
untuk menentukan sama ada sesi tersebut berjaya atau tidak agar tindakan
susulan dapat diambil.

10.3.1 Definisi Pembaikpulihan


Menurut Kamus Dewan Edisi 111: 1067: pulih bermaksud kembali seperti
biasa (keadaan semula). Dengan merujuk kepada kanak-kanak yang menghadapi
masalah dalam pembelajaran, pembelajaran pembaikpulihan biasanya dikaitkan
dengan usaha untuk memperbaiki sesuatu kekurangan atau memperbetulkan
sesuatu yang tidak betul.
Jadual 10.1 menunjukkan beberapa definisi pembaikpulihan.
Jadual 10.1: Definisi Pembaikpulihan
Definisi

Sumber

Program khas berbentuk tambahan bagi memenuhi keperluan kanakkanak yang menghadapi masalah pembelajaran agar ketidakupayaan
yang menghalangnya dapat diatasi. Ia tertumpu kepada penguasaan
kemahiran.

Blair (1956)

Merupakan tindakan khas atau tindakan khusus yang diambil untuk


mengatasi keperluan pendidikan murid yang mengalami kesulitan
dari segi pembelajaran dalam kelas khas di sekolah biasa, di pusatpusat khusus yang dihadiri oleh murid secara sambilan, dalam
kumpulan biasa dan dalam darjah untuk pengajaran.

O. C. Simpson
(1975)

198 X TOPIK 10 PENGAJARAN DAN PENILAIAN FONOLOGI DAN SISTEM EJAAN

Remedial education is regard as the kind of education required to


meet needs which are results of learning disabilities, that is, learning
failure which cannot be explained by any reference to indequancies in
the pupils environmental stimulation; they may be in contact with
models adequate for normal learning; and they be exposed to
positive, shaping influrences in home, neigbourhood and school.

W. K. Brennan
(1974)

. satu tindakan yang diambil untuk mengatasi keperluan


pendidikan murid yang mengalami kesusahan dari segi
pembelajaran dalam darjah khas di sekolah biasa, di pusat khusus
yang diasingkan daripada sekolah biasa dan dalam darjah untuk
pengajaran khusus oleh guru pembaikpulihan.

Syarifah
Alawiah Alsagof
(1983)

.perkhidmatan khas untuk memenuhi keperluan kanak-kanak


yang menghadapi masalah pembelajaran di sekolah biasa.

Ishak Harun &


Koh Boh Boon

Secara kesimpulannya, pendidikan pembaikpulihan adalah satu aktiviti


pengajaran dan pembelajaran alternatif untuk membantu murid-murid yang
menghadapi masalah di dalam kelas. Program pembaikpulihan ini sesuai
dilakukan agar jurang perbezaan antara murid dengan murid lain dapat
dikecilkan dan mereka dapat belajar dalam suasana yang lebih baik dalam kelas
biasa.

10.3.2 Kriteria Pemilihan Bahan


Sekarang mari kita lihat kriteria dalam memilih bahan.
(a)

Bahan mestilah berkaitan dengan matlamat dan objektif P&P. Tujuan


programnya mestilah menentukan bahan-bahan yang akan digunakan atau
sebaliknya.

(b)

Bahan haruslah mengandungi unsur-unsur yang berkaitan dengan Falsafah


Pendidikan Kebangsaan.

(c)

Penggunaan bahasa dan dalam pemilihan bahan pengajaran boleh


melengkapkan pelajar untuk menggunakan bahasa secara efektif.

(d)

Dapat membantu pelajar untuk menambahkan pengetahuannya dari


semasa ke semasa.

(e)

Penggunaan bahan memenuhi keperluan pancaindera pelajar.

(f)

Boleh digunakan berperingkat-peringkat dan tidak terlalu padat.

(g)

Mengambil kira aspek bahasa serta objektif pengajaran.

(h)

Jumlah saiz bahan yang sesuai dengan jangka masa pengajaran.

TOPIK 10 PENGAJARAN DAN PENILAIAN FONOLOGI DAN SISTEM EJAAN W 199

10.3.3 Pengubahsuaian dengan Kebolehan yang


Berbeza
Tahukah anda pengubahsuaian harus dilakukan mengikut kebolehan muridmurid? Bagaimanakah kaedah pengubahsuaian boleh dilakukan? Cuba anda
lihat keterangan berikut:
(a)

Objek hendaklah cukup besar saiznya.

(b)

Bentuk yang menarik.

(c)

Saiz huruf yang sesuai.

(d)

Warna yang berlainan untuk menarik perhatian.

(e)

Format dan corak persembahan dapat memberi kesan yang baik kepada
murid.

(f)

Sekiranya menggunakan pengalaman, penerangan perlu jelas.

(g)

Ketika membuat penerangan dalam bilik darjah pastikan murid faham.

(h)

Bahan yang digunakan cukup besar untuk dipegang.

(i)

Sekiranya bahan untuk permainan, hendaklah bersifat boleh bergerak.

(j)

Bahan melibatkan huruf perlu timbul atau tiga dimensi.

10.3.4 Penyediaan Rancangan untuk Pengajaran Mikro


Penyediaan rancangan pengajaran mikro adalah berdasarkan perkara berikut:
(a)

Punca masalah yang dihadapi oleh murid.

(b)

Aspek layanan secara individu.

(c)

Mengambil kira cara penyelesaian masalah melalui teknik dan pengajaran


alternatif yang berkesan.

(d)

Menyediakan aktiviti pengukuhan.

(e)

Mengambil kira layanan psikologi.

(f)

Mengenal pasti cara merekodkan kemajuan murid.

(g)

Memberikan tumpuan agar kesalahan yang sama tidak berulang.

200 X TOPIK 10 PENGAJARAN DAN PENILAIAN FONOLOGI DAN SISTEM EJAAN

10.3.5 Proses Pelaksanaan Pengajaran Mikro bagi


Penambahbaikan dan Pengayaan
(a)

Peringkat pengenalan

(b)

Peringkat perancangan

(c)

Peringkat pelaksanaan

(d)

Peringkat maklum balas

10.3.6 Penguasaan Kemahiran Mengajar Melalui


Pengajaran Mikro
(a)

Kemahiran Set Induksi


Kemahiran set induksi ialah kemahiran yang amat penting dikuasai oleh
seseorang guru untuk memberikan impak keseluruhan proses pengajaran
dan pembelajaran. Kemahiran ini secara keseluruhan bertujuan untuk
merangsang serta menarik perhatian murid-murid terhadap perkara pokok
atau kandungan subjek yang akan disampaikan. Secara terperinci, tujuan
kemahiran ini dalam pengajaran mikro boleh disenaraikan seperti berikut:
(i)

Menarik perhatian

(ii)

Mewujudkan motivasi

(iii) Membuat perkaitan


(iv) Menstruktur
(b)

Penggunaan Papan Tulis


Kemahiran menggunakan papan tulis juga sepatutnya dikuasai oleh setiap
orang guru kerana secara rasionalnya papan tulis sentiasa berada di manamana dalam bilik darjah. Penggunaan papan tulis yang baik dan betul akan
dapat memberikan kesan yang positif dalam proses pengajaran dan
pembelajaran. Pengukuhan dan peneguhan pembelajaran akan dapat
dilaksanakan sepenuhnya dalam pengajaran dan pembelajaran. Namun
demikian, terdapat beberapa perkara penting yang perlu dikuasai oleh
seseorang guru sebelum menggunakan papan tulis, antaranya ialah:
(i)

Kejelasan

(ii)

Susunan yang sesuai

(iii) Penonjolan atau penekanan


(iv) Teknik persembahan

TOPIK 10 PENGAJARAN DAN PENILAIAN FONOLOGI DAN SISTEM EJAAN W 201

(c)

Kemahiran Variasi Rangsangan


Kemahiran mempelbagaikan rangsangan juga perlu dikuasai oleh setiap
orang guru. Kemahiran ini ialah suatu bentuk kemahiran yang
menyepadukan keseluruhan unsur pergerakan fizikal badan, deria, dan
lisan. Kemahiran ini amat penting kerana ia juga boleh memperkukuhkan
aktiviti pengajaran dan pembelajaran kerana ia bukan sahaja tertumpu
pada murid tetapi juga guru. Interaksi tiga hala antara guru dan murid,
dan murid dengan murid amat penting untuk menjadikan pengajaran dan
pembelajaran berkesan dan relevan. Elemen penting yang berkaitan
dengan mempelbagaikan rangsangan dalam pengajaran mikro boleh
dijelaskan seperti berikut:
(i)

Perubahan pergerakan langkah guru

(ii)

Perubahan pergerakan anggota guru

(iii) Perubahan nada suara guru


(iv) Perubahan fokus deria pelajar
(v)

Perubahan bentuk lisan pelajar

(vi) Perubahan bentuk fizikal pelajar


(d)

Kemarihan Menyoal
Kemahiran menyoal juga adalah suatu elemen penting dalam proses
pengajaran dan pembelajaran. Guru seharusnya menjadikan elemen
penyoalan sebagai unsur untuk mendekatkan murid kepada apa yang
hendak dipelajari. Begitu juga dengan teknik menyoal yang baik secara
tertumpu guru dan murid akan dapat menghuraikan konsep atau sesuatu
perkara susah difahami. Jadi, perlulah kita sebagai guru menyediakan
soalan secara berstruktur dan bermotif agar ia boleh memecahkan
kebuntuan atau permasalahan yang dihadapi oleh murid-murid. Soalan
yang baik merangkumi perkara berikut:
(i)

Bentuk: jelas, tepat, ringkas

(ii)

Fokus: tumpu satu idea soalan konvergen

(iii) Sebaran: bercapah


(iv) Hentian: peluang murid berfikir
(v)

Melayani jawapan: puji, lengkapkan jawapan, baiki jawapan

(vi) Petunjuk: bantu pelajar menjawab

202 X TOPIK 10 PENGAJARAN DAN PENILAIAN FONOLOGI DAN SISTEM EJAAN

(e)

Kemahiran Menerang
Kemahiran menerang juga adalah suatu kemahiran yang sepatutnya
dikuasai oleh seseorang guru ketika mengajar di dalam bilik darjah.
Kemahiran ini memerlukan gaya serta tatacara yang sesuai agar setiap apa
yang diterangkan dapat difahami oleh murid-murid secara berkesan.
Menguasai teknik kemahiran menerang yang baik juga akan memberikan
impak positif dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Setiap orang
murid akan lebih memahami sesuatu perkara yang dibincangkan sekiranya
guru dapat memberikan penerangan yang baik. Terdapat beberapa teknik
menerang yang perlu dikuasai oleh guru, antaranya ialah:
(i)

Penggunaan Bahan Bantu Mengajar

(ii)

Pemudahcaraan

(iii) Pengukuhan
(iv) Penutup

AKTIVITI 10.1
Bincangkan kriteria-kriteria penting yang perlu diketahui oleh
seseorang guru bahasa Melayu semasa melaksanakan kemahiran set
induksi dalam pengajaran mikro.

10.4 PRINSIP DAN PENYEDIAAN UJIAN


FONOLOGI DAN SISTEM EJAAN
Kajian bunyi lazimnya terbahagi kepada dua bidang, iaitu fonetik dan fonologi.
Fonetik mengkaji bunyi bahasa dari segi penyebutan, pendengaran atau sifatnya.
Fonologi pula mengkaji bunyi yang berfungsi dalam sesuatu bahasa itu.
Sistem ejaan merujuk kepada hukum atau peraturan yang mesti dipatuhi.
Dalam konteks ini, sistem ejaan merujuk kepada sistem vokal, konsonan, diftong,
sistem keselarasan vokal dan sistem ejaan kata pinjaman.

TOPIK 10 PENGAJARAN DAN PENILAIAN FONOLOGI DAN SISTEM EJAAN W 203

10.4.1 Tujuan Ujian Fonologi


Apakah tujuan ujian fonologi dilakukan? Tujuan ujian fonologi adalah untuk:
(a)

Melihat ketepatan dalam penghasilan bunyi melalui organ sebutan


(artikulator) seperti lidah, gigi, bibir, gusi, lelangit keras, lelangit lembut,
rongga hidung, dan pita suara.

(b)

Melihat ketepatan dalam menghasilkan bunyi vokal, konsonan dan juga


diftong.

(c)

Melihat ketepatan dalam nada yang merangkumi prosodi, aksen, dan


intonasi.

10.4.2 Tujuan Ujian Sistem Ejaan


Sekarang mari kita lihat pula tujuan ujian sistem ejaan. Tujuan-tujuannya adalah
seperti berikut:
(a)

Melihat penguasaan pelajar dalam mengaitkan bunyi dengan lambang


huruf.

(b)

Melihat penguasaan pelajar dalam mengaplikasikan sistem keselarasan


vokal asli dan juga pinjaman.

(c)

Menguji ketajaman dan ketepatan pendengaran pelajar.

(d)

Melihat perbezaan dalam penggunaan diftong dan rangkap vokal.

10.4.3 Pendekatan dan Jenis Soalan


Terdapat beberapa jenis pendekatan iaitu Induktif, Deduktif, Eklektif,
Komunikatif, Pemahaman, Lisan, Natural, Situasional, Berfikir, Konstruktivisme,
dan Kontekstual. Pendekatan dan jenis soalan yang akan dibincangkan dalam
bahagian ini adalah seperti berikut:
(a)

Pendekatan Situasi
Mackey (1965), salah seorang penganjur pendekatan situasi, berkata
pendekatan ini merangkumi semua unsur kefahaman mendengar serta
penggunaan unsur bunyi bahasa yang betul dalam pola nada dan intonasi
tertentu. Penyataan lisan ini juga merangkumi pemilihan kata dan unsur
infleksi yang disusun dengan betul supaya tergambar makna yang betul
juga. Tegasnya, pendekatan situasi yang berlandaskan teori struktural dan
teori pembelajaran behaviouris ini, menguji kebolehan seseorang terhadap
penguasaan kemahiran lisan, menanggap, mengingat serta menyebut
sistem bunyi dan struktur dalam sesuatu bahasa itu dengan betul.

204 X TOPIK 10 PENGAJARAN DAN PENILAIAN FONOLOGI DAN SISTEM EJAAN

(b)

Pendekatan Komunikatif
Sekarang mari kita fahami apa yang dikatakan oleh pengujian melalui
pendekatan komunikatif. Pendekatan komunikatif menguji pelajar
berdasarkan situasi.
Pendekatan ini berpendapat bahawa penguasaan kemahiran bukan sahaja
meliputi penguasaan kemahiran kecil untuk menanggap, mengingati dan
menyebut sistem bunyi dan struktur dalam sesuatu bahasa, tetapi
kemahiran ini juga merangkumi kebolehan untuk menggunakan unsurunsur tersebut dengan tepat dan sempurna dalam sesuatu interaksi bahasa.
Pengujian yang menggunakan pendekatan komunikatif menekankan
kemahiran bertutur yang merangkumi kecekapan menggunakan unsurunsur bahasa yang terkandung dalam kemahiran bertutur tersebut dalam
sesuatu interaksi bahasa atau komunikasi bahasa.

(c)

Jenis soalan
(i)

Objektif

(ii)

Struktur

10.4.4 Jenis Penilaian


Penilaian merupakan satu proses atau aktiviti yang bersistematik bagi
memperoleh maklumat yang berguna dalam menentukan sesuatu prestasi.
Dalam KBSR, penilaian merupakan satu proses untuk menguji, mengukur dan
membuat pertimbangan mengenai kebolehan atau kemahiran dan kefahaman
murid berdasarkan objektif pengajaran dan pembelajaran. Dalam program KBSR,
terdapat tiga jenis aktiviti penilaian iaitu:
(a)

Penilaian mengesan penguasaan;

(b)

Penilaian mengesan kemajuan; dan

(c)

Penilaian mengesan pencapaian.

TOPIK 10 PENGAJARAN DAN PENILAIAN FONOLOGI DAN SISTEM EJAAN W 205

Sekarang lihat Jadual 10.2 untuk mengetahui penerangan lanjut tentang setiap
aktiviti penilaian.
Jadual 10.2: Tiga Jenis Aktiviti Penilaian
Aktiviti Penilaian
Penilaian Mengesan
Penguasaan

Penerangan
Penilaian ini dijalankan ketika guru berada di dalam bilik
darjah. Tujuannya untuk mengesan kelemahan penguasaan
murid dalam sesuatu kemahiran bahasa yang sedang
diajarkan, supaya kelemahan itu dapat dibetulkan dengan
serta merta.

Penilaian Mengesan
Kemajuan

Biasanya penilaian ini dilakukan selepas beberapa kemahiran


dalam sesuatu topik telah selesai diajarkan. Penilaian ini
bertujuan untuk mengesan kemajuan murid tentang
kemahiran-kemahiran yang telah dipelajari serta menentukan
siapa yang memerlukan aktiviti pengayaan dan pemulihan.

Penilaian Mengesan
Pencapaian

Penilaian ini dijalankan selepas guru telah mengajar beberapa


topik pelajaran, biasanya dalam tempoh satu penggal. Tujuan
penilaian ini diadakan ialah untuk mengesan pencapaian
murid dalam beberapa topik pelajaran untuk menentukan
kedudukan murid-murid dalam kumpulan masing-masing.

(a)

Penilaian Formatif
Penilaian ini melibatkan penaksiran yang sistematik yang dilakukan
sepanjang masa pengajaran dan pembelajaran sebaik sahaja guru dapat
mengesan tahap penguasaan sesuatu unit kemahiran pelajaran muridnya.
Maklumat yang dikumpulkan boleh digunakan dengan segera dan
berterusan untuk membimbing murid dan membantu guru dalam
mencapai matlamat sesuatu pengajaran dan pembelajaran.
Penilaian formatif ini menggunakan pemerhatian, latihan dan senarai
semak untuk mengesan dengan segera sama ada murid itu sudah
menguasai sesuatu kemahiran yang sedang diajar. Guru boleh
menggunakan maklumat ini untuk membimbing murid memperbaiki
kelemahan mereka ketika pembelajaran berlangsung atau semasa membuat
latihan.
Penilaian ini bukan bermaksud untuk mengukur atau menggredkan
pencapaian dan kebolehan murid, sebaliknya boleh menjadi alat dorongan
untuk pembelajaran seterusnya. Murid yang lemah sepatutnya mendapat
bimbingan sementara murid yang pintar seharusnya disajikan dengan
aktiviti pengayaan yang mencabar.

206 X TOPIK 10 PENGAJARAN DAN PENILAIAN FONOLOGI DAN SISTEM EJAAN

Semasa melakukan penilaian formatif secara tidak formal, guru perlu


melaksanakan langkah-langkah berikut:
(i)

Menentukan unit atau tajuk pembelajaran.

(ii)

Menentukan tahap atau peringkat pencapaian yang dikehendaki.

(iii) Menyusun perkara-perkara yang akan diuji dalam unit.


(iv) Membina item-item ujian.
(v)

(b)

Mengesyorkan langkah-langkah pemulihan,


pengayaan bagi kemahiran yang berkaitan.

pengukuhan

dan

Penilaian Sumatif
Penilaian ini mengukur pencapaian terhadap objektif yang luas
merangkumi kesemua tajuk dan bidang yang diajar dalam satu jangka
masa tertentu. Dengan cara ini, guru dapat menentukan setakat mana
objektif pengajaran sudah dicapai di samping dapat membandingkan
pencapaian seseorang murid dengan murid lain.
Penilaian sumatif dilakukan secara formal dengan menggunakan ujian
kertas-pensel, kemahiran amali atau soal jawab secara lisan. Sebaik sahaja
selesai memeriksa jawapan murid, markah dan gred akan diberi untuk
direkodkan dalam senarai semak dan rekod profil murid.
Maklumat daripada penilaian sumatif boleh digunakan oleh guru untuk
menentukan siapa yang memerlukan pemulihan atau pengayaan, atau
menempatkan semula murid dalam kumpulan yang lebih sesuai. Di
samping itu, maklumat yang diperoleh dapat membantu guru untuk
menaksir keberkesanan pengajarannya dan pembelajaran muridnya.

10.4.5 Kaedah Pemeriksaan dan Maklum Balas


(a)

Pemeriksaan Secara Objektif


Pemarkahan secara objektif sesuai digunakan untuk murid peringkat
rendah yang belum mempunyai asas penguasaan lisan dan ejaan yang
kukuh dan belum boleh bertutur dengan lancar. Bentuk-bentuk soalan
yang dikemukakan pula ialah bentuk soalan yang memerlukan murid
memberi gerak balas langsung dan bertutur dengan menggunakan ayatayat yang pendek seperti bertutur berdasarkan gambar atau menjawab
soalan-soalan pendek yang mudah ataupun menyebut dan mengeja ayat
atau perkataan yang ditunjukkan kepada mereka dengan sebutan dan
intonasi yang betul.

TOPIK 10 PENGAJARAN DAN PENILAIAN FONOLOGI DAN SISTEM EJAAN W 207

Bagi menentukan markah yang sesuai dengan kebolehan murid, senarai


semak mestilah disediakan. Markah murid bagi setiap gerak balas dan
pengucapan haruslah ditandakan oleh guru di ruang markah yang
disediakan.
(b)

Pemarkahan Secara Holistik


Satu lagi cara pemarkatan ialah secara holistik atau keseluruhan, iaitu
kebolehan bertutur dan membunyikan perkataan yang diperlihatkan oleh
murid itu diberikan markah secara keseluruhan, bukan secara perincian
seperti yang dicontohkan di atas. Di sini, penguasaan kemahiran
pertuturan itu dibahagikan kepada beberapa pecahan dan markah
diperuntukkan bagi setiap pecahan itu. Semasa murid bertutur atau
menjawab soalan yang dikemukakan, guru mendengar dengan teliti dan
memberi markah secara keseluruhan.

AKTIVITI 10.2
Dengan menggunakan kefahaman serta pengetahuan anda sendiri
terangkan maksud pembaikpulihan dalam pengajaran bahasa Melayu
berdasarkan bidang fonetik dan fonologi.

Topik ini menjelaskan prinsip pengajaran fonologi dan sistem ejaan.

Ia adalah penting untuk mengetahui pemilihan item dalam sukatan


pelajaran, tahap kesukaran dan pemilihan pendekatan yang sesuai dengan
tahap pelajar.

Pengayaan membincangkan;


Objektif;

Prinsip;

Kriteria pemilihan bahan;

Pengubahsuaian kebolehan yang berbeza; dan

Penyediaan rancangan pengajaran mikro.

208 X TOPIK 10 PENGAJARAN DAN PENILAIAN FONOLOGI DAN SISTEM EJAAN

Manakala pembaikpulihan pula mengupas;




Definisi;

Kriteria pemilihan bahan;

Pengubahsuaian kebolehan yang berbeza; dan

Penyediaan rancangan pengajaran mikro.

Proses pelaksanaan pengajaran mikro terbahagi kepada empat peringkat iaitu:




Peringkat pengenalan;

Peringkat perancangan;

Peringkat pelaksanaan; dan

Peringkat maklum balas.

Antara penguasaan kemahiran dalam mengajar melalui pengajaran mikro adalah:




Kemahiran set induksi;

Penggunaan papan tulis;

Variasi rangsangan;

Penyoalan; dan

Kemahiran menerang.

Terdapat dua jenis pendekatan iaitu pendekatan situasi dan komunikatif.


Soalan juga terbahagi kepada dua jenis iaitu objektif dan struktur.

Penilaian juga terbahagi kepada tiga, iaitu:

Penilaian mengesan penguasaan;

Penilaian mengesan kemajuan; dan

Penilaian mengesan pencapaian.

Dua jenis kaedah pemeriksaan dan maklum balas adalah:




Pemeriksaan secara objektif; dan

Pemarkahan secara holistik.

TOPIK 10 PENGAJARAN DAN PENILAIAN FONOLOGI DAN SISTEM EJAAN W 209

Aktiviti pembaikpulihan

Pendekatan komunikatif

Aktiviti pengayaan

Pendekatan situasi

Fonologi dan sistem ejaan

Anda mungkin juga menyukai