Nothing Special   »   [go: up one dir, main page]

Proses Pembinaan Di Tapak

Unduh sebagai pdf atau txt
Unduh sebagai pdf atau txt
Anda di halaman 1dari 2

PROSES PEMBINAAN DI TAPAK BINA

Sebelum kerja -kerja sesebuah bangunan dapat dijalankan, tapaknya mestilah dikenal pasti, sempadannya
ditentukan dan kawasannya dibersihkan. Kerja menandakan kedudukan bangunan dikenali sebagai
merancang tanda.

Pelan tapak bangunan mestilah diteliti untuk mengetahui kehendak -kehendak arkitek sebelum
merancang tanda dimulakan. Tapak bangunan perlu diaras terlebih dahulu untuk mengetahui berapa
banyak tanah yang perlu dipotong atau ditambah dan juga menentukan pemandangan daratan.
Pengarasan ini biasanya dilakukan oleh juru ukur menggunakan alat laras dan staf. Setelah pelan
kedudukan bangunan ditentukan, kedudukan ini hendaklah ditanda pada tapak bina dengan pancang
pada kedudukan yang tertentu.

Sebarang projek pembinaan boleh dianggap sebagai satu himpunan kerja. Aktiviti tersebut termasuklah
penyediaan tapak, kerja tanah, kerja struktur asas dan kerja-kerja “setting out”. Setiap kerja memerlukan
masa dan sumber pembinaan iaitu pekerja, loji dan bahan. Masa merupakan faktor penting dalam sektor
pembinaan. Matlamat perancangan projek pembinaan adalah siap dan berkualiti. Namun demikian
perancangan haruslah mengambil kira sumber pekerja, loji supaya kos yang terlibat dapat dihadkan.
Dengan itu, sebarang teknik perancangan adalah bertujuan menyusun semua kerja supaya projek dapat
dilaksanakan mengikut jadual atau turutan dalam kritikan (path method) apa yang lebih penting adalah
memastikan bahawa susunan tersebut mesti mencapai matlamat perancangan, iaitu menyiapkan
mengikut jadual dan kos yang ditetapkan.

4.1 Memancang Tanda (Setting Out)


Kerja-kerja setting out perlu dilakukan terlebih dahulu sebelum memulakan mana-mana kerja di tapak
bina. Sebelum itu, kita perlu mengetahui kedudukan Batu Aras Sementara atau Temporary Bench Mark
(TBM), untuk dijadikan sebagai titik rujukan aras bila kita mahu mengukur aras ketinggian yang diperlukan.
Biasanya, TBM telah ditentukan oleh pihak JUPEM atau mana-mana Juruukur bertauliah dan meletakkan
di lokasi yang senang di cari dan tidak mudah untuk dialihkan dan kekal pada kedudukannya. Aras TBM
akan dipindahkan ke lokasi tapak bina dengan menggunakan alat aras atau ‘dumpy level’. Kegunanan TBM
adalah untuk menentukan ketinggian lantai rumah, jalan, sewerage line dan sebagainya.

4.2 Mendirikan Pancang Tanda ( Profile Board)

Setelah kedudukan tembok bangunan ditandakan, tindakan harus diambil untuk mengekalkan tanda-
tanda ini. Pancang tanda (profile board) didirikan di sekeliling garisan bangunan dengan jarak sekurang-
kurangnya 1200 mm dari garisan tersebut. Jarak ini diperlukan supaya pancang tidak menjadi halangan
semasa kerja pembinaan dijalankan. Tanda-tanda ini hendaklah dibuat secara kekal dengan memaku
ataupun menggergaji supaya tidak mudah hilang. Pancang tanda boleh dibuat di sekeliling bangunan
ataupun pada penjuru-penjuru bangunan sahaja.
Pancang tanda atau profile board dibina untuk menetapkan ‘grid line’ bagi memindahkan ukuran di
lukisan ke tapak bina seperti Rajah 25. Tujuan ‘Grid Line’ ini adalah untuk menentukan kedudukan asas
tapak (pad footing), Kedudukkan tiang, rasuk bawah (ground beam) dan juga kedudukan paip saluran di
tandas dan dapur. Pembinaan profile board boleh menggunakan kayu bersaiz 1”x2” atau 2’x2’ sebagai
asas pembinaan.

Anda mungkin juga menyukai