Nothing Special   »   [go: up one dir, main page]

Asas Dan Stump

Unduh sebagai pdf atau txt
Unduh sebagai pdf atau txt
Anda di halaman 1dari 2

Asas dan Stump

Sesuatu pembinaan asas rumah biasanya menggunakan pad footing (Rajah 26) jika tidak melibatkan kerja-
kerja cerucuk dan jika melibatkan cerucuk dipanggil pile cap (Rajah 27). Tiang pendek yang menyambung
antara asas penapak dengan rasuk bawah dipanggil sebagai stump. Asas bagi setiap bahagian mempunyai
saiz yang berbeza dan kedudukan asas boleh dirujuk pada Pelan Asas Penapak seperti Rajah 28.

Kedudukan asas biasa dikenalpasti dengan menggunakan kaedah grid line dan penandaan seperti Rajah
22. Setelah penandaaan dibuat, kerja-kerja pengorekan dilakukan dan pemasangan kotakbentuk
(formwork) dilakukan selepas itu seperti Rajah 29. Kerja-kerja pemeriksaan kedudukan dan saiz perlu
dilakukan setelah kotakbentuk dan besi di pasang.

Tali grid line hendaklah dipasang semula dan pastikan kedudukan asas penapak adalah sama dengan pelan
asas penapak dari segi saiz dan kedudukan. Sebelum kerja-kerja konkrit dijalankan pastikan lean concrete
seperti Rajah 30 telah diratakan di dalan kotakbentuk. Tujuan Lean Concrete adalah untuk memastikan
tanah tidak bersentuh dengan besi asas penapak.

Pada peringkat berikutnya, pemasangan kotak bentuk ( formwork) untuk Ground Beam dilakukan.
Kedudukkan kotak bentuk ini berdasarkan grid line yang telah dibuat, manakala ketinggian adalah
bersamaan dengan ketinggian lantai rumah dan biasanya telah ditetapkan sebelum kerja-kerja asas tapak.
Ketinggian ini akan ditandakan pada profile board sebagai rujukan ketinggian lantai semasa kerja-

Setelah formwork GB dibuka, kerja-kerja lantai akan dilakukan terlebih dahulu tetapi sebelum itu kerja-
kerja pemasangan saluran paip untuk Water Closet, Floor Trap dan Wash Basin dilakukan. Kebiasaanya
setiap bilik air terdapat 3 jenis paip ini dan menggunakan paip saiz 4 inci bagi dalam WC dan Floor Trap
(disambung dengan paip 2 inci di dalam tanah) dan 2 inci untuk Wash Basin. Kedudukan paip WC dan
wash basin adalah 250mm-300mm iaitu ukuran dari beam ke tengah paip manakala untuk paip flow trap
adalah minimum 130mm ukuran dari beam ke tengah paip seperti Rajah 37. Tetapi jarak ini mengikut
kesesuaian aksesori bilik air yang digunakan.

Setelah itu baru kerja-kerja meratakan tanah di dalam rumah dilakukan seperti Rajah 39. Sebelum kerja-
kerja konkrit lantai dilakukan seperti dibawah kebiasannya dilakukan sebelum kerja-kerja konkrit
dilakukan iaitu;

a) penambakan menggunakan batu crusher run halus dan dimampatkan,


b) menyembur racun anai-anai pada semua bahagian lantai,
c) meletakkan plastik (tujuan untuk menghalang kelembapan pada lantai berpunca dari air bawah tanah)
dan
d) Meletakkan kepingan BRC perlu dilakukan dan barulah kerja-kerja konkrit dilakukan.

Anda mungkin juga menyukai