Nothing Special   »   [go: up one dir, main page]

Kertas Kerja Perkhemahan KOREKSIONAL

Unduh sebagai doc, pdf, atau txt
Unduh sebagai doc, pdf, atau txt
Anda di halaman 1dari 4

SMK DATO’ ABDUL RAHMAN ANDAK

SIMPANG RENGGAM
JOHOR

KERTAS KERJA
PERKHEMAHAN KADET KOREKSIONAL
PERINGKAT NEGERI JOHOR

TEMPAT:

PENJARA KLUANG, KLUANG, JOHOR

TARIKH :
5-7 APRIL 2018

ANJURAN:
JABATAN PENJARA MALAYSIA
&
JABATAN PENDIDIKAN NEGERI JOHOR
1.0 PENDAHULUAN
Perkhemahan ini adalah salah satu aktiviti kokurikulum yang dianjurkan oleh Jabatan Penjara
Malaysia dan Jabatan Pendidikan Negeri Johor yang akan disertai oleh 40 orang ahli Kadet Koreksional SMK
Dato’ Abdul Rahman Andak. Ia akan diadakan di Penjara Kluang, Kluang, Johor pada pada 5-7 April. Aktiviti
ini juga dilaksanakan selaras dengan kehendak Kementerian Pendidikan Malaysia yang ingin mewujudkan
modal insan yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani melalui penyertaan dalam bidang
kokurikulum. Seseorang pelajar itu wajib menyertai aktiviti kokurikulum untuk menyeimbangkan tahap
sosial mereka dalam melangkah ke alam kehidupan yang lebih mencabar. Pengalaman yang ditimba melalui
aktiviti perkhemahan ini bakal diaplikasikan oleh mereka apabila menempuhi alam kedewasaan kelak.

2.0 MATLAMAT
Matlamat program ini adalah untuk memberi pendekatan berkaitan kepimpinan dan disiplin yang
perlu ada dalam setiap pelajar. Ia bertujuan untuk meningkatkan keyakinan diri serta menguji ketahanan
fizikal dan mental setiap peserta. Pelbagai aktiviti disusun dalam program ini agar sifat kepimpinan dalam
diri peserta dapat ditonjolkan dan dapat diaplikasi dalam menempuh cabaran yang mendatang.

3.0 OBJEKTIF
3.1 Memberi peluang kepada pelajar merasai pengalaman dalam menyertai program kepimpinan.
3.2 Membentuk pelajar yang mampu berdikari dan mampu menyesuaikan diri dalam setiap situasi.
3.3 Melatih para pelajar untuk memupuk sikap toleransi, bertanggungjawab dan menghargai alam
sekitar.
3.4 Meningkatkan keberanian dan keyakinan diri semasa menyertai aktiviti yang disediakan.
3.5 Melahirkan para pelajar yang berupaya untuk mengeluarkan idea-idea yang bernas semasa
mereka menyertai aktiviti dalam kumpulan.

4.0 TARIKH DAN TEMPOH PELAKSANAAN


4.1 Tarikh yang telah dipersetujui adalah pada 5-7 April 2018 [Khamis hingga Sabtu].
4.2 Dilaksanakan selama 3 hari 2 malam
4.3 Masa pelaksanaan melibatkan waktu siang dan malam.

5.0 KUMPULAN SASARAN / PENYERTAAN


5.1 Jumlah peserta : 40 orang (ahli Kadet Koreksional Tingkatan 3-5)
(senarai nama peserta adalah seperti Lampiran)
5.2 Jumlah Guru Penasihat : 2 Orang
6.0 ANGGARAN PERBELANJAAN
ANGGARAN PERBELANJAAN
BIL PERKARA KUANTITI JUMLAH (RM)
1 Makanan dan Minuman [Hari Pertama]
i) Sarapan RM 2 x 40 orang 80.00
ii) Makan tengah hari RM 5 x 40 orang 200.00
iii) Minum petang RM 2 x 40 orang 80.00
iv) Makan malam. RM 5 x 40 orang 200.00
v) Supper RM 2 x 40 orang 80.00

Makanan dan Minuman [Hari Kedua]


i) Sarapan RM 2 x 40 orang 80.00
ii) Makan tengah hari RM 5 x 40 orang 200.00
iii) Minum petang RM 2 x 40 orang 80.00
iv) Makan malam. RM 5 x 40 orang 200.00
vi) Supper RM 2 x 40 orang 80.00

Makanan dan Minuman [Hari Ketiga]


i) Sarapan RM 2 x 40 orang 80.00
ii) Makan tengah hari RM 5 x 40 orang 200.00
iii) Minum petang RM 2 x 40 orang 80.00
Jumlah 1640.00

10.0 PENUTUP
Diharapkan agar apa yang dirancang ini dapat dilaksanakan dengan lancar dan berkesan. Semoga
segala ilmu dan pelajaran yang kami sampaikan di dalam aktiviti perkhemahan bersepadu ini akan
dipraktikkan dalam kehidupan seharian mereka demi untuk melahirkan modal insan yang cemerlang,
gemilang dan terbilang. Oleh itu, Kerjasama daripada pihak Tuan amat kami hargai dan didahului dengan
ucapan terima kasih.

Disediakan oleh, Disemak oleh, Disahkan oleh,

……………………………………. .................................................. .....................................................


MOHD FAZRIN BIN MD SUBRE
GURU PENASIHAT
KADET KOREKSIONAL

Anda mungkin juga menyukai