Nothing Special   »   [go: up one dir, main page]

Buku Program 2022

Unduh sebagai pdf atau txt
Unduh sebagai pdf atau txt
Anda di halaman 1dari 20

1

Tentatif Program

ATUR CARA MAJLIS


10.30 pagi - Ketibaan Pengetua, YDP PIBG, AJK dan Ibu bapa/ penjaga
- Pendaftaran kehadiran ibu bapa/ penjaga
11.00 pagi - Kata-kata aluan dari pengacara majlis
- Bacaan doa
- Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-3
- Penyampaian cenderahati dan sijil kepada AJK sesi 2021/ 2022
- Tamat

AGENDA MESYUARAT AGUNG KALI KE-3

1. Ucapan Pengerusi ( YDP PIBG)


2. Ucapan Penasihat (Pengetua)
3. Membentang dan menerima minit mesyuarat agung kali ke -2 bertarikh
24 Oktober 2021
4. Membentang dan menerima laporan aktiviti tahunan PIBG sesi 2021/
2022
5. Membentang, menerima dan meluluskan Penyata Kewangan yang
berakhir pada 21 Jun 2022
6. Membahaskan usul (jika ada)
7. Pembubaran Jawatankuasa PIBG sesi 2021/2022
8. Perlantikan Pengerusi Sementara dan pemilihan Jawatankuasa PIBG sesi
2022/ 2024
9. Hal-hal lain
10. Ucapan Penangguhan

2
Seuntai Kata

Kata Alu-aluan
PENGETUA SMK SERI MACHAP.

Assalamualaikum warahmatullahi wabaratuh, dan salam sejahtera.

Bersyukur saya ke hadrat Allah s.w.t kerana limpah kurnia serta izin-Nya dapat kita meneruskan
kelangsungan pendidikan yang diamanahkan kepada kita. Pada kesempatan ini saya ingin merakamkan
setinggi-tinggi dan penghargaan kepada semua pihak yang berjaya melunaskan tugasan Mesyuarat Agung
PIBG SMK Seri Machap kali ketiga.

Kolaborasi dan komitmen yang tinggi antara warga sekolah,ibu bapa dan masyarakat setempat sangat
penting dalam memacu sekolah mencapai kecemerlangan yang diharapkan. Sebaik-baiknya sebelum
sesuatu tugasan kita sempurnakan,kita perlu merancang dengan baik melalui pelbagai sesi pertemuan dan
perbincangan. Sudah barang pasti, setiap pertemuan dan perbincangan yang dijalankan bukan sahaja akan
mengeratkan hubungan malahan melunaskan rencana yang dirancangkan bagi mengembangkan potensi dan
kecemerlangan anak didik dari aspek rohani, intelek dan sahsiah.

Apa juga perancangan yang dilaksanakan sama ada untuk pembangunan murid atau infrastruktur sekolah
tetap memberi fokus akhir untuk membentuk kemenjadian murid. Kejayaan murid dalam apa juga bidang
sama ada akademik atau bukan akademik tetap menjadi keutamaan pihak sekolah. Sekiranya perancangan
sekolah nampak lebih fokus kepada pembangunan material, percayalah bahawa semua yang dilakukan
adalah untuk menyediakan persekitaran yang kondusif bagi menyokong perkembangan murid.

Sebagai golongan pelaksana, sekolah dengan sokongan ibu bapa dan komuniti yang jitu akan terus berusaha
demi melahirkan lebih ramai permata yang berketerampilan bukan sahaja dalam bidang
akademik,kokurikulum malah sahsiah diri yang terpuji.

Sekian, terima kasih.

Sekian,wabillahitaufil wal hidayah,wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Yang menjalankan amanah,

--------------------------------------------
(PUAN MAIMON BIN SELAMAT)
Pengetua,
SMK Seri Machap.

3
Jawatankuasa Kerja

Penasihat : Puan Maimon binti Selamat [ Pengetua ]


Pengerusi : En Rozli bin Hassim [ YDP PIBG ]
Timbalan Pengerusi : Encik Abd. Rahim bin Razali [ N/YDP PIBG ]
Naib Pengerusi : Encik Suhaimi bin Paiman [ PK Pentadbiran ]
: Encik Zulkaflee bin Hambali [ PK HEM ]
: Puan Hajah Azlina binti Selamat [ PK Kokurikulum ]

Setiausaha : Encik Mohd Fadil bin Abdul Rahman


Bendahari : Puan Siti Nurul ‘Ain binti Rahimin

JAWATANKUASA KECIL
Penyambut Tetamu Buku Program
Semua Pentadbir Encik Mohd Fadil bin Abdul Rahman
Semua Ketua Bidang Puan Siti Nurul ‘Ain binti Rahimin
AJK PIBG Puan Noraini binti Rosdi

Merumus Usul Ibu bapa Pendaftaran


Puan Norhidayah Abd Rahman Puan Siti Mardiana – T1
Puan Rahimah binti Abd Shukor Puan Noriah Basimin –T2
Puan Yang Subaidah binti Abdullah Puan Norlina binti Jaafar –T3
Puan Ashima Abd Azim –T4
Backdrop/ Banting dan Publisiti Encik Omar Danni Ahmad –T5
Encik Mohd Fazreen bin Subree Puan Noor Azzlim Togimat –Pend. Khas
Encik Hairil Anuar bin Sungep

Persiapan Pentas dan Hiasan Persiapan Dewan


Puan Suhaini binti Satari [K] Encik Rosli bin Saidi [K]
Puan Nur Asyikin binti Yusof Encik Omar Danni bin Ahmad
Puan Nor Asfarina Abu Jamil Encik Mazlan bin Wahab
Puan Norzaitul Ekma Ibrahim Pekerja Swasta
Pengawas Pusat Sumber SLB dan Pengawas

Pengacara Majlis Bacaan Doa


Encik Azuan bin Mohd Sani Tuan Haji Thaupek Rahman bin Haron
Puan Faizah binti Sahar

4
Jawatankuasa Kerja

Pencatat Minit Mesyuarat/ pengira undi Pesembahan Multimedia


Puan Rahimah binti Abd Shukor [K] Encik Mohd Fazreen bin Subree [K]
Puan Norhidayah binti Abd Rahman Puan Rafidzah binti Surif
Puan Yang Subaidah binti Abdullah

Teknikal dan Siaraya Fotografi


Encik Haris Fadzilah bin Senon [K] Puan Suriawati binti Md Shah [K]
Encik Mohd Fazreen bin Subree Cik Aimi Syairah binti Razi

Jamuan VIP dan Ibu Bapa Hadiah dan Cabutan bertuah


Puan Ashima binti Abd Azim [K] Puan Norhaidah binti Jumaian [K]
Puan Siti Mardiana binti Mohd Taib Puan Noraini binti Ahmad
Puan Harizah binti Salekan Encik Azuan bin Mohd Sani
Puan Noriah binti Basimin Barisan Pentadbir
Puan Norlina binti Jaafar AJK PIBG
Koperasi

Sijil dan Cenderahati


Puan Siti Nurul ‘Ain binti Rahimin
Puan Roshaizan binti Onn

5
Minit Mesyuarat 2021
MINIT MESYUARAT

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN SERI MACHAP

MINIT MESYUARAT AGUNG PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU [PIBG]


SMK SERI MACHAP KALI KEDUA (2021 )

Tarikh : 24 OKTOBER 2021

Masa : 3:00 – 5.00 petang

Tempat : Kediaman masing-masing

Pengerusi : Yang Dipertua PIBG [En. Rozli bin Hassim]

Kehadiran(Bilangan) : 142 orang

Turut Hadir (Jika ada) :

1 PERUTUSAN PENGETUA

Assalamuallaikum warahmatullahiwabarakatuh dan salam sejahtera.

Yang saya hormati Yang diPertua PIBG Sekolah Menengah Kebangsaan Seri
Machap, barisan Ahli Jawatankuasa, barisan pentadbir, para guru dan tuan-tuan serta
puan-puan sekalian.

Saya mengucapkan selamat datang kepada semua ibu bapa dan penjaga dalam
Mesyuarat Agung Tahunan PIBG SMK Seri Machap yang diadakan secara maya buat
julung kalinya. Ini adalah disebabkan oleh faktor PKP akibat daripada pendemik covid
19 yang sedang melanda seluruh dunia. Terima kasih kerana hadir pada mesyuarat
kali ini.

Norma baru kehidupan yang kita sedang jalani pada hari ini adalah satu perubahan
yang dialami oleh manusia di seluruh dunia. Beberapa perkara telah berubah dalam
proses kehidupan seharian kita. Pematuhan prosedur operasi standard [SOP], akibat
pendemik ini perlu dititikberatkan bagi menjamin kesejahteraan hidup.

Saya ingin menjelaskan bahawa MAT PIBG SMK Seri Machap sepatutnya
dijadualkan pada bulan Mei 2021. Mesyuarat ini terpaksa ditangguhkan kerana arahan
dan garis panduan yang telah diberikan oleh pihak Jabatan, akibat daripada Perintah
Kawalan Pergerakan.

Sukacita saya maklumkan bahawa sesi pembelajaran bersemuka akan dimulakan


tidak lama lagi secara berperingkat-peringkat bermula dengan kelas pendidikan khas
pada 10 Oktober 2021. Para pelajar yang akan menghadapi Peperiksaan SPM 2021
pula akan mula hadir pada 24 Oktober 2021. Kelas bersemuka akan dilakukan secara
penggiliran, separuh sahaja daripada jumlah pelajar akan dibenarkan hadir untuk
setiap kelas.

6
Untuk pengetahuan semua suka saya memaklumkan bahawa semua guru dan
warga sekolah telah mendapatkan vaksin. Status vaksinasasi bagi guru dan kaki
tangan SMK Seri Machap telah lengkap 100%. Maka proses pembukaan semula
sekolah tidak akan mengalami sebarang gangguan dan halangan status vaksinasasi
covid 19.

Saya maklumkan juga, bahawa tiada pemilihan AJK persatuan pada mesyuarat
kali ini sehingga tahun 2022. Sebarang cadangan atau penambahbaikkan daripada ibu
bapa boleh disalurkan atau ditulis di laman secara langsung youtube dan google meet.
Mesyuarat pada kali ini juga dibuat bagi menentukan cadangan sumbangan PIBG bagi
sesi 2021 / 2022. Terpulang kepada semua ahli untuk menentukan jumlah sumbangan
yang dipersetujui melalui undi terbanyak secara online.

Akhirnya, saya juga ingin memberitahu kepada semua ahli bahawa sebarang
peristiwa yang berlaku di sekolah akan dimaklumkan melalui atas talian. Saya ingin
memperkenalkan PKP yang baru Encik Suhaimi bin Paiman telah melaporkan diri
untuk menjalankan tugas di sekolah ini menggantikan Encik Razi bin Mohd Yusof yang
telah bersara wajib.

Terima kasih kepada semua pihak yang telah menjayakan MAT PIBG SMK Seri
Machap pada kali ini.

2 PERUTUSAN PENGERUSI

Assalamuallaikum warahmatullahiwabarakatuh dan salam sejahtera.

Saya amat mengalu-aluan kedatangan semua ibu bapa dan penjaga pelajar ke
Mesyuarat Agung Tahunan PIBG secara maya. Kekangan Perintah Kawalan
Pergerakan [PKP] tidak membolehkan kita mengadakan mesyuarat secara
bersemuka. Beliau juga merakamkan setinggi-tinggi ucapan terima kasih dan penuh
kesyukuran kerana sekolah ini dikurniakan dengan para guru yang cukup berdedikasi
dalam melaksanakan tugas. Mereka telah melakukan banyak pengorbanan dan daya
usaha untuk memastikan kelancaran proses pengajaran dan pembelajaran secara
pdpr pada masa pendemik ini, tanpa keluhan dan penat lelah.

Saya juga ingin menegaskan bahawa keselamatan guru dan pelajar menjadi
keutamaan kerana tanpa mereka proses pengajaran dan pembelajaran sukar untuk
dilaksanakan semula. Para guru adalah tonggak utama sekolah demi kelangsungan
kejayaan kita pada mada hadapan. Para ibu bapa pula perlu memainkan peranan
dalam memastikan kesihatan anak-anak sebelum mereka dihantar semula kembali ke
sekolah. Anak-anak pelajar perlu terlepas daripada jangkitan covid 19 agar proses
persekolahan dapat berjalan lancar. Semoga sekolah akan menjadi kawasan selamat
untuk semua warga sekolah.
.
Dunia pendidikan sedang mengalami banyak perubahan ketika menghadapi
ancaman pandemik covid 19 yang sangat getir dan mencabar. Namun begitu, peluang
kejayaan dalam bidang pendidikan sewajarnya diberikan keutamaan pada masa
hadapan. Alam persekolahan seharusnya digunakan dengan baik bagi menguasai
pelbagai ilmu, kemahiran dan pembinaan personaliti masa depan yang anggun lagi
cemerlang.

Tahniah dan terima kasih diucapkan kepada seluruh waga sekolah kerana
kejayaan mengelolakan peperiksaan SPM buat pertama kalinya pada tahun 2020 dan
telah beupaya mencapai kejayaan yang cemerlang dengan pencapaian sebanyak 94.2
peratus pelajar layak untuk mendapat sijil.

7
Sesungguhnya ini adalah kejayaan pertama yang sangat saya kagumi, setelah usaha
bertungkus – lumus yang telah dilakukan oleh pihak sekolah. Terima kasih juga kepada
pihak ibu bapa yang samggup bersama-sama memikul beban dan tanggungjawab
mendidik serta membantu meningkatkan minat anak-anak untuk belajar. Sumbangan
yang diberikan oleh beberapa pihak juga berjaya mengurangkan bebanan yang
ditanggung oleh

Semua ahli Persatuan Ibu Bapa dan Guru Sekolah Menengah Kebangsaan Seri
Machap bukan sahaja patut membantu menambahkan dana atau kewangan persatuan
pada masa hadapan tetapi diharapkan juga dapat menyumbangkan pandangan dan
pemikiran bagi membina potensi anak-anak khususnya dalam bidang akademik.
Sumbangan PIBG ini digunakan untuk pelbagai program kecemerlangan dan
keperluan kebajikan pelajar. Sebagai penjaga dan ahli kepada persatuan, marilah kita
terus istiqamah menjadi penyumbang dana pada masa depan. Andainya keadaan
kewangan kita kukuh, pastinya implikasi yang kita rasai dari kejayaan anak-anak akan
lebih memberi kepuasan yang maksima. Kejayaan anak-anak adalah kejayaan kita
juga penting demi kelangsungan hidup pada masa depan yang cukup mencabar.

Saya juga ingin memaklumkan kepada semua ahli bahawa tiada sebarang
pemilihan dan pelantikan Ahli Jawatankuasa PIBG pada tahun ini. Ini adalah
disebabkan kita telah menetapkan bahawa penyandang yang dilantik semasa
pemilihan sesi 2020 adalah berkuatkuasa selama dua tahun sehingga tahun 2022.
Semoga semua AJK yang sedang menyandang jawatan dapat menjalankan tugas
dengan baik. Marilah kita menjalankan tugas dengan sempurna dan semua tindakan
hendaklah dilakukan secara bermusyawarrah agar semua pihak akan berpuas hati
dengan tindakan kita.

Akhirnya saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak sekolah yang telah
bersama sepenuhnya untuk menjayakan mesyuarat ini. Kepakaran yang
disumbangkan oleh para guru demi kelangsungan mesyuarat ini dengan jayanya, saya
amat berbangga dan terima kasih diucapkan. Tidak lupa juga ucapkan jutaan terima
kasih saya ucapkan atas kerjasama daripada semua ibu bapa yang terlibat sama
menjayakan mesyuarat ini.

Dengan lafaz Bismillahirrahmanirrahim, saya dengan sukacitanya merasmikan


Mesyuarat Agung Tahunan PIBG SMK Seri Machap bagi kali ke-2 tahun 2021.

8
1 MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PIBG SMK SERI MACHAP SESI 2021 / 2022

UCAPAN PENGERUSI MESYUARAT [YDP PIBG SMK SERI MACHAP]

Pengerusi menjelaskan bahawa tiada pemilihan AJK Tertinggi persatuan pada tahun
ini. Oleh itu MAT hanya akan membincang dan memutuskan usul dan cadangan
sahaja. Beliau berharap mesyuarat akan dapat berjalan dengan baik dan sempurna,
walaupun hanya perbincangan dalam talian sahaja.

1.2 MELANTIK PENCATAT MINIT MESYUARAT


Puan Johariah binti Tain dan Puan Nur Amira binti Zamram telah dilantik sebagai
pencatat minit mesyuarat.

1.3 PEMBENTANGAN PERINGATAN MESYUARAT

1.3.1 Pembentangan Laporan Tahunan Mesyuarat Bagi Sesi 2019 / 2020 oleh Setiausaha
Kehormat.
Tuan Setiausaha Kehormat, En. Arbain bin Yusof memaklumkan bahawa MAT PIBG
Smk Seri Machap adalah berdasarkan notis mesyuarat bernombor rujukan
JEA2048/100-9/4/1[2] bertarikh 24 Oktober 2021.

1.3.2 Tuan Setiausaha membentangkan Peringatan Mesyuarat Agung PIBG Sesi 2019 /
2020 di muka surat 8-15.
Encik Mokhtar bin Ahmad mencadangkan Peringatan Mesyuarat tersebut disahkan.
Encik Johan bin Abdul Razak menyukong cadangan tersebut.

1.3.3 Tuan Setiausaha membentangkan Laporan Aktiviti PIBG bagi tahun 2019 / 2020 di
muka surat 7 Buku Program MAT PIBG SMK Seri Machap 2021.
Encik Mohd Fadil Bin Abdul Rahman mencadangkan Laporan Aktiviti tersebut
disahkan.
Cadangan tersebut disokong oleh Encik Mokhtar bin Ahmad.

1.4 PEMBENTANGAN LAPORAN KEWANGAN

1.4.1 Pembentangan Laporan Kewangan PIBG SMK Seri Machap Bagi Sesi 2019 / 2020
oleh Bendahari Kehormat Puan Siti Nurul Ain binti Rahimin.
Bendahari Kehormat membentangkan Laporan Kewangan PIBG SMK Seri Machap
bagi sesi 2019 / 2020 di muks surat 16 - 17 Buku Program MAT PIBG SMKSM 2021.
Encik Abdul Rahim bin Razali mencadangkan Laporan Kewangan tersebut disahkan.
Cadangan tersebut disokong oleh Encik Mokhtar bin Ahmad.

2 PERLANTIKAN AHLI JAWATANKUASA

2.1 Tiada pelantikan Ahli Jawatankuasa bagi tahun 2021 kerana semua AJK dilantik
berkuatkuasa dari Tahun 2020 hingga 2022.

Yang diPertua : En.Rozli bin Hashim

Naib Yang diPertua: En. Rahim bin Razali

Setiausaha kehormat: En. Arbain bin Yusof

Pen.Setiausaha: Pn. Noraini binti Rosdi

Bendahari kehormat: Pn. Siti Nurul ‘Ain binti Rahimin


Pen. Bendahari: En. Mohd Fadil bin Abd Rahman

9
AJK (guru): En. Mohd Fazrin bin Subre

Pn. Norhaidah binti Jumain

(Ibu bapa) : En.Mokhtar bin Ahmad

En. Rosli bin Johari

En. Nor Hisyam bin Md Zain @ Sem

En. Mohd Yazid bin Jamari

Pn. Sofia binti Bahrom

Pn. Siaw Tan Peng

Juruaudit dalaman: Tn. Haji Thaupek Rahman bin Harun

En.Karjo bin Mokhtar

3 PERKARA-PERKARA BERBANGKIT

3.1 Tuan Pengetua menjelaskan bahawa tujuan diadakan program kelas tahanan adalah
untuk mendisiplinkan pelajar agar rajin hadir ke sekolah. Harapan pihak sekolah agar
semua pelajar lulus peperiksaan. Kelas tahanan diadakan di luar waktu PdPC iaitu
selepas waktu persekolahan. Keputusan SPM 2020 menunjukkan bahawa disiplin
pelajar bertambah baik dan mereka dapat belajar dengan sempurna. Oleh itu, sebagai
penghargaan pihak sekolah berpendapat pelaksanaan kelas tahanan ditangguhkan
sementara. Ini ditambah dengan waktu PKP yang menyebabkan kekangan masa dan
pematuhan SOP yang ketat. Andainya keadaan disiplin dan prestasi akademik merosot
lagi maka program ini akan dipertimbangkan semula.

3.2 Tuan Pengetua juga menyentuh tentang kelas tambahan bersemuka yang akan
diadakan pada waktu luar PdPc bagi mengatasi masalah keciciran pelajar sepanjang
tempoh PKP. Ibu bapa dan penjaga akan sentiasa dimaklumkan apabila program kelas
tambahan ini bermula, terutamanya bagi pelajar-pelajar tingkatan 5 yang bakal
menduduki SPM.

4 MEMBAHASKAN USUL-USUL

4.1 Usul 1 – Pn. Normisiah binti Apandi membuat dua cadangan agar ;
Cadangan 1 : Jumlah wang sumbangan PIBG pada tahun 2021
ditetapkan sebanyak RM80.00, bagi setiap
keluarga. Hal ini kerana belanja pengurusan pelajar amat
mendesak ketika fasa pendemik kini.
ATAU
Cadangan 2 : Jumlah wang sumbangan PIBG pada tahun 2021
ditetapkan sebanyak RM40.00, bagi setiap keluarga. Hal
ini untuk meringankan beban kewangan ibu bapa
membuat pembayaran.

10
Keputusan pengundian secara online ;

1. Setuju membayar sumbangan sebanyak RM80.00 - 30 undi


2. Setuju membayar sumbangan sebanyak RM40.00 - 104 undi

Setelah dibuat undian secara online majoriti ahli telah memilih untuk
menetapkan jumlah sumbangan PIBG SMK Seri Machap tahun 2021
adalah sebanyak RM40.00 bagi setiap keluarga.

Keputusan telah mendapat sokongan sebulat suara.

4.2 Usul 2- Pn Naterah binti Othman mencadangkan kelas tambahan diadakan di luar
waktu persekolah agar dapat menampung isi kandungan sukatan pelajaran
yang tertinggal semasa PKP.
Pihak ibu bapa mestilah memberikan kerjasama kepada pihak sekolah
mengatasi beberapa masalah seperti ;

[i] memastikan anak-anak menyiapkan tugasan yang diberikan oleh guru.


[ii] para pelajar mesti mengikuti kelas maya yang dibuat oleh pihak sekolah.
[iii] memastikan anak-anak menyiapkan kerja kursus wajib untuk beberapa
kertas SPM.

Pihak sekolah akan memastikan semua perkara tersebut dilaksanakan

Usul ini telah mendapat sokongan sebulat suara.

5 HAL-HAL LAIN

5.1 Tuan Pengetua memaklumkan bahawa semua guru SMK Seri Machap sudah
mendapat vaksin yang lengkap dos 1 dan dos 2.

5.2 Cadangan wakil dari pihak ibu bapa – sumbangan PIBG dibayar secara berperingkat
untuk meringankan beban kewangan keluarga.

5.3 Pihak sekolah menetapkan kelas tambahan akan diadakan secara maya dengan
pemantauan ketat daripada ibu bapa.
5.4 Pihak sekolah juga memaklumkan bahawa sumbangan note book sebanyak 90 buah
telah diagihkan kepada pelajar Tingkatan 3 2021
5.5 Pihak sekolah juga memaklumkan kualiti dan kuantiti ,makanan di kantin dalam
pemantauan. Pihak sekolah akan ambil maklum mengenai aduan makanan di kantin.
5.6 Tuan Pengetua menjawab pertanyaan, bahawa duit sumbangan PIBG 2020 telah
dipulangkan semula separuh iaitu RM40.00, kepada pelajar dan tiada pungutan untuk
tahun 2021.
5.7 Tuan pengerusi memaklumkan pungutan sumbangan PIBG sebanyak RM40.00 untuk
tahun 2021 setelah dipersetujui bersama dan pembayaran boleh dilakukan secara
berperingkat, setelah ada surat makluman daripada pihak sekolah.

6 UCAPAN PENANGGUHAN

6.1 Tuan Pengetua mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang
menjayakan MAT pada kali ini. Semoga apa yang diputuskan akan menjadi panduan

11
kepada pihak PIBG melaksanakan tanggungjawab yang diamanahkan sepanjang
tahun 2021.

6.2 Yang diPertua PIBG, mengucapkan terima kasih kepada Tuan Pengetua dan pihak
sekolah kerana telah berjaya menjadikan sekolah ini sebagai antara sekolah terbaik di
daerah Kluang. Beliau berjanji akan memberikan kerjasama sepenuhnya bagi
memajukan sekolah ini ke tahap yang lebih cemerlang, gemilang dan terbilang pada
masa hadapan. Ucapan terima kasih kerana penglibatan ibu bapa dan guru-guru dalam
melancarkan perjalanan mesyuarat bagi tahun ini.

Mesyuarat ditangguhkan pada jam 4.15 petang.

Disediakan oleh,

........................................................
[ SITI JOHARIAH BINTI TAIN ]
Pencatat Minit MAT PIBG SMK Seri Machap
Tahun 2021.

Disemak oleh,

............................................................
[ ARBAIN BIN YUSOF ]
Setiausaha Kehormat
PIBG SMK Seri Machap
Simpang Rengam
Sesi 2020/2021

Disahkan oleh,

............................................................
[ ROZLI BIN HASSIM ]
YDP PIBG SMK Seri Machap,
Simpang Rengam,
Sesi 2020/2021

12
Aktiviti & Program PIBG

BIL NAMA PROGRAM ANJURAN


1 Mesyuarat Agung PIBG PIBG/ Sekolah
2 Mesyuarat AJK PIBG PIBG
3 Kelas Tambahan SPM Kurikulum
4 Hari Anugerah Cemerlang Kurikulum
5 Modul SPM Kurikulum
6 Hari Anugerah Cemerlang Kurikulum
7 Program Motivasi Kaunseling
8 Seminar menjawab soalan SPM Kurikulum/ Kaunseling
9 Kem Kepimpinan Bersepadu Hal Ehwal Murid/ Kaunseling
10 Kejohanan Merentas Desa Kokurikulum
11 Kejohanan Sukan Permainan Kokurikulum
12 Sambutan maulidul rasul Hal Ehwal Murid/ Pend. Islam
13 Solat hajat SPM Hal Ehwal Murid/ Pend. Islam
14 Majlis Iftar Ramadhan Hal Ehwal Murid/ Pend. Islam
15 Aktiviti Keceriaan Kelas Hal Ehwal Murid/ Kokurikulum
16 Majlis Restu Ilmu SPM Kurikulum/ Kaunseling
17 Program Bubur Lambuk Hal Ehwal Murid/ Pend. Islam

13
Laporan Kewangan 2021

14
Laporan Kewangan 2021

Disediakan oleh

……………………………
Puan Siti Nurul ‘Ain binti Rahimin
Bendahari PIBG Sesi 2021/ 2022
SMK Seri Machap

Juruadit Dalaman,

…………………………….
Tuan Hj. Thaupek Rahman bin Haron

15
Membahas Usul

Usul 1
NAMA PENCADANG : 1) Norazila binti Sabri, ibu kepada Nurul Wadiatulia binti Esa (Kelas 4 ST)
2) Rosmah binti Marais, ibu kepada Nur Liyana Aimuni binti Sabri (Kelas 4 PN/PT)
3) Salina, ibu kepada Fariesya Haziqah binti Mohd Mahadi ( Kelas PSV 2)

CADANGAN : i) Meletakkan bumbung di kawasan parking motosikal pelajar.


ii) Membina bumbung untuk pelajar jalan kaki dari pintu pagar masuk dan keluar
sehingga ke kawasan penjaga/wakil menunggu.
KEPUTUSAN :

Usul 2
NAMA PENCADANG : 1) Siti Suzana binti Ahmad, ibu kepada Siti Syafira Eliyana bt Mohd Zairy (Kelas 2 Amanah)
2) Muhamad bin Sidek, bapa kepada Ayu Raihah binti Muhamad (Kelas 1 Amanah)
3) Anida Samiran, ibu kepada Zureen Kyra Nazura bt Mariyon ( Kelas 3 Dedikasi)

CADANGAN : i) Waktu persekolahan dipendekkan dan pelajar dibenarkan pulang dari sekolah lebih
awal iaitu jam 1.30 petang.
KEPUTUSAN :

Usul 3
NAMA PENCADANG : 1) Chee Weoi Kwang, bapa kepada John Chee Kang Zhen (Kelas 3 Amanah)
2) Seow Tan Peng, penjaga kepada Law Jing Yuan (Kelas 3 Amanah)
3) Kong Sow Fong, ibu kepada Ngo Hong Xi ( Kelas 3 Amanah)
CADANGAN : Memastikan sekeliling sekolah dan waktu menjalankan aktiviti selamat bagi
mengelakkan berlakunya kecederaan.
KEPUTUSAN :

Usul 4
NAMA PENCADANG : 1) Ahmad Ridzuan bin Usman, bapa kepada Nur Syahirah (Kelas 3 Bestari)
2) Ng Chong Bean, bapa kepada Ng Jia Xin (Kelas 3 Amanah)
3) Rosmawati binti Mohamed, ibu kepada Mohamad Hossaini ( Kelas 1Ceria)
4) Edryna binti Mizan, penjaga kepada Muhammad Haikal bin Mizan ( Kelas 1 Ceria)
5) Rusli bin Johari, bapa kepada Nur Hanida Nadhra binti Rusli (Kelas 1 Amanah)
6) Siti Roha binti Ibrahim, ibu kepada Nur Aina Farhana binti Misron (Kelas 5 ST)
CADANGAN : i) Menambahbaik keluasan kantin sekolah dan menambah bilangan meja dan kerusi
untuk pelajar makan.
ii) Pihak kantin menyediakan makanan yang mencukupi untuk para pelajar.
iii) Pihak kantin menyediakan makanan untuk pelajar-pelajar yang terlibat dengan aktiviti
sekolah pada waktu petang. Hal ini bagi memudahkan pelajar membeli makanan dan
minuman.
KEPUTUSAN :

16
Usul 5
NAMA PENCADANG : 1) Siti Salmah M. Taslim, ibu kepada Siti Iman Shahirah binti Hail Rizal (Kelas 5 STP)
CADANGAN : i) Pihak sekolah menyediakan telefon sama ada telefon awam ataupun telefon bimbit
khas untuk murid gunakan untuk menelefon ibu bapa ataupun waris sekiranya murid
perlu pulang lambat ataupun terdapat hal tertentu.
KEPUTUSAN :

Usul 6
NAMA PENCADANG : 1) Ahmad Yusllani bin Kusnom, bapa kepada Mohd Faiz Haziq (Kelas 4 PN)
CADANGAN : i) Pihak sekolah membenarkan pelajar membawa telefon bimbit ke sekolah bagi
memudahkan pelajar berhubung dengan ibu bapa.
KEPUTUSAN :

Usul 7
NAMA PENCADANG : 1) Suliana binti Halimin, ibu kepada Muhamad Aiman Syahmi bin Rosman (Kelas 2 Ceria)
2) Rosmawati binti Md. Yaziz, ibu kepada Nur Natasha Hanna binti Abdulla
( Kelas 2 Amanah)
CADANGAN : i) Pihak sekolah menyediakan rak untuk pelajar menyimpan buku teks bagi
mengurangkan beban pelajar membawa buku teks.
KEPUTUSAN :

Usul 8
NAMA PENCADANG : 1) Radziah binti Hassan, ibu kepada M. Arash bin Lokman Yussuf (Kelas 5 PN)

CADANGAN : i) Pihak sekolah menubuhkan kelab IT bagi memperluas pengetahuan murid mengenai IT
dan murid akan lebih tahu tentang cara menggunakan computer dan meneroka
teknologi untuk pembelajaran mereka.
KEPUTUSAN :

Usul 9
NAMA PENCADANG : 1) Norliza binti Yahaya, ibu kepada Siti Khairunnisa Batrisyia (Kelas 2 Amanah)
CADANGAN : i) Pihak sekolah mengadakan kelas tambahan bagi mata pelajaran teras pada hari
Jumaat supaya dapat meningkatkan lagi prestasi pelajaran anak-anak.
KEPUTUSAN :

Usul 10
NAMA PENCADANG : 1) Mohd Shahrul Nizam bin Jiman, bapa kepada Nur Dania Qistina (Kelas 2 Dedikasi)
CADANGAN : i) Pihak sekolah menetapkan bahawa pembelian dan pembayaran buku dibayar melalui
pelajar pada hujung bulan akhir persekolahan bagi memudahkan urusan ibu bapa
khususnya ibu bapa yang bekerja yang perlu mengambil cuti untuk urusan pembelian
buku.
KEPUTUSAN :

Usul 11
NAMA PENCADANG : 1) Salmi binti Hamdan, ibu kepada Nur Irdina Danisha binti Zainal Abidin (Kelas 3 Amanah)
CADANGAN : i) Pihak sekolah memasang kipas dinding surau pelajar perempuan bagi memberi
keselesaan kepada para pelajar ketika solat.
KEPUTUSAN :

17
Usul 12
NAMA PENCADANG : 1) Mohd Zairy bin Sujak, bapa kepada Muhammad Syazwan (Kelas 5 PN)
CADANGAN : i) Petak meletakkan kenderaan melintang di hadapan pagar ditukarkan kepada petak
menegak bagi mengelakkan kemalangan ketika kereta mengundur ke belakang.
KEPUTUSAN :

Usul 13
NAMA PENCADANG : 1) Abdul Rahim bin Razali, bapa kepada Muhammad Harith Akmal (Kelas 4 PN)
CADANGAN : i) Melantik NYDP PIBG sekolah dalam kalangan wanita bagi membantu YDP PIBG
menguruskan dan merancakkan aktiviti PIBG dan sekolah.
KEPUTUSAN :

18
Laporan SPM 2021

BILANGAN A JUMLAH MURID

4A 5 ORANG
5A 2 ORANG
6A 2 ORANG
7A 2 ORANG

19
Sekalung Penghargaan

Yang Di Pertua dan semua AJK PIBG


SMK Seri Machap
Puan Maimon Binti Selamat
Pengetua
SMK Seri Machap
&
Semua pihak yang terlibat atas kerjasama dan
sumbangan dalam menjayakan
Mesyuarat Agung PIBG SMK Seri Machap
Kali Ke-3 Tahun 2022

TERIMA KASIH

20

Anda mungkin juga menyukai