Nothing Special   »   [go: up one dir, main page]

Kursus Kepimpinan Dan Pengurusan Organisasi MBDKS

Unduh sebagai pdf atau txt
Unduh sebagai pdf atau txt
Anda di halaman 1dari 10

KURSUS KEPIMPINAN &

PENGURUSAN
ORGANISASI
“MEMBENTUK BELIA MADANI”

ANJURAN
1. TUJUAN
Program ini bermatlamat khusus dalam memberi pendedahan kepada belia tentang
cara untuk menguruskan sebuah organisasi dengan lebih efisien dan berkesan dari
segi matlamat, organisasi dan pengurusan yang efektif. Pendedahan ini diberikan
khusus kepada penggerak utama seperti pengerusi, setiausaha dan bendahari
supaya tonggak utama ini dapat melaksanakan dan menguruskan organisasi secara
bersama.

2. LATAR BELAKANG
Pada Julai 2019, Menteri Belia dan Sukan telah membentangkan Rang Undang-
Undang (RUU) Akta Pertubuhan Belia dan Pembangunan Belia (Pindaan) 2019 (Akta
668) dan telah diluluskan di Dewan Rakyat. Pindaan Rang Undang-Undang yang
diluluskan menurunkan had umur maksimum belia dari 40 tahun kepada 30 tahun.
Walaubagaimanapun RUU tersebut telah mendapat reaksi yang pelbagai daripada
semua pihak terutamanya daripada persatuan dan majlis belia.

Semua pihak tidak lagi bersedia untuk RUU tersebut dilaksanakan kerana terdapat
kurangnya pelapis muda untuk menggantikan pimpinan Persatuan dan Majlis Belia.

Justeru itu, program ini dirancang supaya semua persatuan serta majlis belia bersedia
untuk menguruskan organisasi yang akan ditinggalkan kepada mereka kelak.

3. OBJEKTIF
• Mewujudkan pelapis belia muda yang mampu menjadi pelapis kepada
pimpinan belia yang sedia ada dan mempunyai elemen pembangunan jatidiri,
kepimpinan, patriotisme, bertanggungjawab dan bersama membangunkan
kesejahteraan negara.
• Mewujudkan dan menanam nilai-nilai kepimpinan di kalangan generasi muda
untuk memimpin negara pada masa akan datang dan berusaha memantapkan
ilmu dan sahsiah diri pelapis muda yang cemerlang dalam menjana modal
insan yang berkualiti.
• Memberi kefahaman mendalam kepada belia tentang pengurusan dan
pentadbiran organisasi, gerak kerja yang komprehensif, perancangan yang
strategik serta budaya kerja yang berkualiti.
• Memberi pendedahan terhadap kaedah dan konsep pengurusan masa yang
praktikal kepada ahli jawatankuasa organisasi.
• Melahirkan pemimpin yang berkarisma dan berfikiran strategik, cekap dalam
pengurusan, perancangan dan keputusan.
4. MEKANISMA PELAKSANAAN
• Program ini akan dikenali sebagai KURSUS KEPIMPINAN DAN
PENGURUSAN ORGANISASI.
• Jangkamasa setiap siri adalah selama 2 hari 1 malam.
• Semua badan gabungan Majlis Belia Daerah Kota Setar akan dilibatkan serta
pesertanya akan terdiri daripada belia di dalam dan di luar persatuan belia.

5. BUTIRAN PELAKSANAAN
Peserta

• 100 orang belia berumur 18 hingga 30 tahun.


• Warganegara Malaysia tanpa mengira kaum atau agama.
• 2 siri program.

Tempat Pelaksanaan

• Kompleks Rakan Muda Baling, Kedah


• Kem Wawasan Negera Langkawi

Tentatif Program

Hari Pertama :
8.30 pagi – 10.30 pagi : Pendaftaran

10.30 pagi – 11.00 pagi : Minum Pagi


11.00 pagi – 1.00 petang : Taklimat/Ice Breaking
1.00 petang – 2.00 petang : Makan Tengah Hari / Solat Zuhur
2.00 petang – 4.00 petang : Ceramah 1
4.00 petang – 5.00 petang : Minum Petang/Solat Asar
5.00 petang – 6.30 petang : Outdoor Game
6.30 petang – 7.30 malam : Makan Malam / Persiapan Diri

7.30 malam – 9.00 malam : Solat Magrib & Isyak /Kuliah


9.00 malam – 11.00 malam: Sesi Perkenalan Persatuan/ Majlis Belia

Hari Kedua :
5.30 pagi – 6.30 pagi : Solat Subuh
6.30 pagi – 7.00 pagi : Senaman Pagi
7.00 pagi – 8.00 pagi : Sarapan

8.00 pagi – 10.00 pagi : LDK 1


10.30 pagi – 11.00 pagi : Minum Pagi

11.00 pagi – 1.00 petang : LDK 2


1.00 petang – 2.00 petang : Makan Tengah Hari / Solat Zuhur

2.00 petang – 4.00 petang : LDK 3


4.00 petang – 5.00 petang : Minum Petang/Solat Asar

5.00 petang – 6.30 petang : Outdoor Game


6.30 petang – 7.30 malam : Makan Malam / Persiapan Diri

7.30 malam – 9.00 malam : Solat Magrib & Isyak /Kuliah


9.00 malam – 11.00 malam: Ceramah 2

Hari Ketiga :
5.30 pagi – 6.30 pagi : Solat Subuh

6.30 pagi – 7.00 pagi : Senaman Pagi


7.00 pagi – 8.00 pagi : Sarapan

8.00 pagi – 10.00 pagi : LDK 4


10.30 pagi – 11.00 pagi : Minum Pagi

11.00 pagi – 1.00 petang : LDK 5


1.00 petang – 2.00 petang : Makan Tengah Hari / Solat Zuhur
2.00 petang – 4.00 petang : Penutup/Bersurai

Persatuan/Agensi Terlibat

• Majlis Belia Daerah Kota Setar


• Majlis Belia Daerah Bandar Baharu
• Kelab Rakan Muda Parlimen Alor Setar
• Badan Operasi Kelab Rekrasi Serdang
• Jurulatih, Fasilitator serta Penceramah APBM
• Pejabat Pendaftar Pertubuhan Belia Zon Utara
6. JAWATANKUASA PELAKSANA

Pengarah Program : Shahril Shamshunilani bt Mohd Shariff


Timbalan Pengarah : Muhamad Tarmizi bin Abd Rahim

Setiausaha : Aminnuddin bin Ghazali


Ahli Jawatankuasa : Nur Hidayah Putri Muhammad Zaharil

Aiman Nazmi Bin Juayar


Amirul Firdaus Bin Ahmad Farid

Sharifah Nor Asyikin Bt Syed Abd Mutalib

7. IMPLIKASI KEWANGAN

Bil Perkara Jumlah


Perbelanjaan
(RM)
1. Makan / Minum 9,000.00
RM 20 x 150 org x 3 hari

2. Penginapan RM 50 x 150 org x 3 hari 22,500.00


3. Pengangkutan RM 5,000.00 5,000.00
4. Kit Peserta RM 10 x 100 org 1,000.00
5. Insuran RM 1,500.00 1,500.00
6. Majlis Perasmian / Penutup RM 3,000.00 3,000.00

7. Honororium
• Penceramah RM 200 x 5 org 1,000.00
• Fasilitator RM 200 x 20 org x 3 hari 12,000.00
• Komandan RM 200 x 1 org x 3 hari 600.00
• Jurulatih RM 200 x 2 org x 3 hari 1,200.00
• Koordinator Agama RM 200 x 2 org x 3 hari 1,200.00

8. Keselamatan / Kecemasan RM 4,000.00 4,000.00

JUMLAH RM 58,000.00
8. PENUTUP
Adalah diharapkan KURSUS KEPIMPINAN DAN PENGURUSAN ORGANISASI
“MEMBENTUK BELIA MADANI” ini dapat direalisasikan dengan jayanya dan menjadi
antara program yang memberi impak besar dan positif ke arah pembangunan belia
yang cemerlang.
Pelaksanaannya nanti akan memberikan ruang dan peluang kepada golongan belia
yang sebelum ini sentiasa rasa terpinggir untuk ditonjolkan bakat serta kebolehan
dalam bidang kepimpinan dan secara tidak langsung dapat menggantikan pemimpin
dalam Persatuan dan Majlis Belia.
Lampiran
Lampiran
Lampiran

Anda mungkin juga menyukai