Nothing Special   »   [go: up one dir, main page]

Bimbingan Dan Kaunseling Dalam Pendidikan Khas

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 37

BIMBINGAN DAN KAUNSELING DALAM PENDIDIKAN KHAS

Murid-murid berkeperluan khas memerlukan bimbingan dan asuhan yang lebih


berbanding dengan murid-murid biasa. Keadaan ini menyebabkan guru-guru
pendidikan khas perlu mempunyai ilmu pendidikan dan kemahiran yang lebih untuk
membimbing kanak-kanak ini. Mengikut terjemahan Kirk (1993), definisi pendidikan
khas ialah kanak-kanak yang berbeza daripada kanak-kanak sederhana ataupun
biasa dalam ciri-ciri mental, keupayaan deria, ciri-ciri saraf dan otot ataupun fizikal,
tingkah laku sosial ataupun emosi, keupayaan komunikasi ataupun pelbagai
kekurangan yang lain sehingga memerlukan amalan-amalan sekolah yang diubahsuai ataupun memerlukan perkhidmatan-perkhidmatan pendidikan khas, supaya ia
dapat berkembang sehingga kemampuan yang maksimum. Disebabkan masalahmasalah ini maka perkhidmatan bimbingan dan kaunseling sekolah patutlah
ditubuhkan.

Perkhidmatan bimbingan dan kaunseling merupakan perkhidmatan memberi


pertolongan dan bukannya memberi arahan atau membuat pilihan atau membuat
keputusan untuk individu tentang apa yang harus mereka lakukan. Ia juga bukan
bertujuan untuk mempengaruhi individu supaya menurut sesuatu idealisme,
fahaman atau sudut pandangan pegawai yang memberi perkhidmatan bimbingan
dan kaunseling. Perkhidmatan bimbingan dan kaunseling mengiktiraf wujudnya
perbezaan individu dan mengambil kira kewajipan serta tanggungjawab individu
dalam mencapai matlamat proses bimbingan dan kaunseling. Suatu proses
perhubungan menolong yang sistematik berasaskan prinsip psikologi. Ia dijalankan
oleh kaunselor profesional bagi membantu perkembangan dan penyesuaian
peribadi klien yang baik dan menyeluruh. Pertemuan adalah secara sukarela dan
berterusan sepanjang hayat berlandaskan Etika Kaunseling Kaunseling bukan
bererti nasihat, walaupun terdapat nasihat yang diberikan. Malah kaunselor tidak
memberi jawapan secara langsung kepada semua persoalan klien, kerana apa yang
baik untuk kaunselor tidak semestinya baik juga untuk klien . Keistimewaan khidmat
kaunseling ialah ia membimbing klien mencari sumber dirinya yang menyumbang
kepada isu yang dihadapi. Penerimaan dan perakuan sumber diri adalah penting
dalam menghasilkan perubahan diri
Oleh kerana kaunseling bukan nasihat, hubungan kaunseling adalah berbentuk dua
hala. Kaunselor cuba memahami dengan mendengar dan memberikan layanan
serta interaksi yang baik, manakala klien memberihalkan masalah mereka dan cuba
memahami dan mengambil tindakan menguruskan masalah tadi. Proses aksi dan
reaksi di antara klien dan kaunselor turut membantu klien mengenali diri dan
persoalan yang dihadapinya. kaunseling menggerakkan klien memahami diri dari
segi kelemahan yang menghasilkan masalah dalam hidup dan bagaimana klien
terdedah kepada permasalahannya. Oleh itu fokus mencapai matlamat yang

mereka tentukan sendiri melalui pemilihan-pemilihan yang bermakna, dan melalui


penyelesaian masalah yang berbentuk emosional atau antara individu.
Untuk pemahaman dengan lebih jelas lagi tentang definisi kunseling, dipetik tiga
definisi yang telah dibuat oleh tiga tokoh iaitu Blocher (1974); Corey (1977) dan
James (1982). Blocher (1974) mendefinasikan kaunseling sebagai suatu proses
untuk menolong individu supaya ia menjadi lebih sedar tentang dirinya dan
bagaimana ia dapat bertindak balas dalam alam persekitarannya.Corey(1977)
sepertimana dengan Blocher menekankan tentang proses di mana seorang klien
diberi peluang untuk menerokai aspek diri dan kehidupannya yang menimbulakn
masalah pada dirinya. Akhir sekali James (1982) pula mendefinasikan kaunseling
sebagai suatu proses pembelajaran yang lebih menekankan kepada proses
membantu individu untuk mencapai kehendaknya, membimbing dan menilai
potensi yang ada pada diri individu

Corey (1977) sepertimana dengan Blocher menekankan tentang proses di mana


seorang klien diberi peluang untuk menerokai aspek diri dan kehidupannya yang
menimbulakn masalah pada dirinya. Akhir sekali James (1982) pula mendefinasikan
kaunseling sebagai suatu proses pembelajaran yang lebih menekankan kepada
proses membantu individu untuk mencapai kehendaknya, membimbing dan menilai
potensi yang ada pada diri individu. Justeru, penubuhan unit bimbingan dan
kaunseling di sekolah untuk murid-murid berkeperluan khas sangatlah diperlukan.

2.0 Rasional Perkhidmatan Bimbingan dan kaunseling ditubuhkan

menolong individu untuk memahami diri dan dunianya serta membuat interpretasi
untuk memahami ciri-ciri dan potensinya sendiri, lebih-lebih lagi dengan keperluan
dan peluang sosial mengikut nilai-nilai sosial
untuk membimbing murid-murid yang berkeperluan khas itu menjalani proses
pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas dalam keadaan sebaik mungkin agar
mereka memperoleh manfaat daripada pengalaman bersekolah dan melalui proses
pendidikan.
membantu kepada murid-murid khas untuk memahami dan menyesuaikan diri
kepada keadaan sebenar diri mereka pada kadar jangka panjang dan berterusan
demi mencapai matlamat pendidikan mereka.

Untuk memberi ruang kepada murid-murid khas mengenal diri dan membangunkan
potensi diri tanpa bergantung harap kepada orang lain.

2.1 Matlamat dan Objektif Penubuhan


Membantu murid-murid khas merancang masa hadapan yang sesuai dengan
kemampuan dan kemahiran tertentu untuk memasuki bidang pekerjaan yang
bersesuaian di Jabatan-jabatan Kerajaan, kilang-kilang, firma-firma.
Membantu murid-murid daripada terjebak ke dalam masalah penagihan dadah
Membantu ibu bapa dalam hal kebajikan anak-anak mereka
Mengadakan prosedur yang sistematik dalam merujuk kes-kes
tertentu kepada agensi-agensi, pakar-pakar, pegawai-pegawai kebajikan
Memberi dan menyediakan program psikologi untuk individu membuat perubahan
dengan mempertingkatkan keupayaan mengurus emosi, tingkah laku dan
pemikiran.
Mendedahkan bakat, minat dan kelebihan-kelebihan diri yang terpendam untuk
meningkatkan konsep kendiri
Mengenal dan memahami diri sendiri tentang kelebihan dan kekurangan yang ada
pada diri sendiri serta membentuk tabiat belajar dengan baik dan berkesan.
2.2

Carta Organisasi Ahli Jawatan Kuasa perkhidmatan bimbingan dan kaunselin

Carta Organisasi Unit Bimbingan


dan Kaunseling Sekolah
Text Box: Pengerusi
Guru Besar

Text Box: Timbalan Pengerusi


Penolong Kanan HEM

Text Box: Naib Pengerusi


Guru Kanan mata pelajaran

Text Box: Setiausaha


Guru Kanan B/ Kaunseling

Text Box: Naib Setiausaha


Guru B/ Kaunseling

Text Box: AHLI


JAWATANKUASA

Text Box: GURU PENDIDIKAN ISLAM/MORALText Box: KETUA GURU DISIPLIN


GURU KEBAJIKAN
GURU PENYELARAS
GURU KELAS

2.3 Kos Penyediaan Kemudahan dan prasarana bilik kaunseling


Bil
Items
Kuantiti
Kos
(RM)
A
Kelengkapan Bilik

1.
Almari cermin berkunci
1 buah
200
00

2.
Rak bahan rujukan murid
1 buah
200
00

3.
Set sofa

1 set
700
00

4.
Kipas berdiri
1 buah
180
00

5.
Komputer
1 set
2600
00

6.
Radio Kaset
1 set
350
00

7.
Bakul sampah
1 buah
2

00

9.
Televisyen
1 unit
700
00

10
Meja serbaguna
1 buah
300
00

11.
Papan Tanda
1 buah
40
00

12.
Jam dinding
1 buah
20
00

B
Alatan Keceriaan

1.
Langsir dan alas meja
1 set
300
00

2.
Permaidani
1 helai
200
00

3.
Gambar motivasi
2 unit
40
00

4.
Lukisan

3 unit
100
00

C
Bahan-bahan rujukan

1.
Buku-buku motivasi
3 buah
100
00

2.
Buku-buku umum rujukan
10 buah
100
00

JUMLAH

Jumlah keseluruhan untuk kos penyediaan kemudahan dan prasarana bilik


kaunseling adalah dianggarkan sebanyak. Sumber kewangan Unit Bimbingan dan
Kaunseling adalah melalui:
i.

Geran perkapita (PCG) Bimbingan dan Kaunseling

ii.

Sumbangan PIBG sekolah

iii.

Lain-lain sumbangan agensi berkaitan

Untuk mendapatkan kewangan ini Unit Bimbingan dan Kaunseling mestilah melalui
beberapa prosedur seperti:

Menyediakan anggaran perbelanjaan tahunan

*
Menyediakan kertas cadangan program yang melibatkan kewangan beserta
anggaran perbelanjaan dan pendapatan
*
Membentangkan program yang akan dilaksanakan di dalam mesyuarat
pengurusan sekolah berkaitan
*

Memohon sumber kewangan

Menyediakan rekod pendapatan dan perbelanjaan keseluruhan

Menyediakan laporan kewangan program

Menyimpan rekod dan inventori

2.4 Program dan aktiviti tahunan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling

Program dan aktiviti tahunan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling

Bil
Bulan
Program/aktiviti
Minggu
Sasaran
Tindakan

1.

Jan

Penubuhan unit Bimbingan dan kaunseling

Minggu 1

Semua murid
Guru Biimbingan dan Kaunseling (GBK)
2
Penyediaan borang dan inventori
Minggu 2
AJK unit BK
GBK
AJK
3
Suaikenal murid Tahun 1
Minggu 2
Semua tahun 1
GBK dan semua AJK
4
Orientasi murid Pra Sekolah
Minggu 3
Semua murid Pra sekolah
Guru Pra sekolah
5

Perjumpaan ibu bapa murid


Minggu 4
Semua murid
GBK dan semua guru
6

Feb

Penubuhan Pembimbing Rakan Sebaya (PRS)


Minggu1
Semua ahli
GBK
7

Program Keibubapaan/Kaunseling keluarga

Minggu 2

Semua murid tahun 1 dan ibu bapa


AJK
GBK
Guru Tahun 1
8
Pelancaran Program Mentor-mentee Tahun 1
Minggu 3
Murid tahun 1
GBK
Guru Kelas tahun 1
9
Ceramah kesihatan diri
Minggu 3
Murid tahun 1
GBK
Guru kelas dan m/pelajaran
10

Mac
Bengkel mengenal potensi diri
Minggu1
Semua murid tahap 2
GBK

Guru kelas
11
Bengkel kemahiran belajar/
Kaunseling individu/kelompok
Minggu 2
Semua murid tahap 2
GBK Semua guru tahap 2
12
Kempen keceriaan kelas
Minggu4
Semua murid
Guru kelas
13

April
Perlanatikan PRS
Minggu1
Ahli PRS
GBK
14
Kaunseling individu/kelompok
Minggu 2
Murid tahun 6
GBK
Guru tahun 6

15
Program Sekolah Selamat
Minggu 3
Semua guru
GBK
16
Minggu Sahsiah Terpuji
Minggu 4
Murid ponteng
GBK
Semua guru kelas
17

Mei
Penerapan Input Psikososial dan kesejahteraan mental
Minggu1
Semua murid
Semua guru
18
Lawatan Sambil Belajar 1
Minggu 2
Semua murid
Semua guru kelas

19
Mesyuarat AJK BK
Minggu 3
Semua AJK
GBK
20
Kempen Jalan raya 1
Minggu 4
Semua murid
GBK
Guru Kelas
21

Jun
Laporan Pencapaian Kendiri
Minggu1
Semua murid
Guru kelas
22
Laporan tahun unit BK
Minggu 1
JPN/PPD
Guru Besar

23
Terapi kesihatan/pertuturan
Minggu3
Peg. Kesihatan
Guru Kelas
24
Terapi kesihatan/ fizikal
Minggu 4
Peg. Kesihatan
Guru Kelas
25

Julai
Kempen Sekolah sihat
Minggu 1
Semua guru dan pembantu
GBK
Guru kelas
Pembantu guru
26
Kempen pencegahan Dadah
Minggu 2

Semua murid tahap 2


GBK
Semua guru
27
Penerapan kesejahteraan mental
Minggu 3
Murid tahap 2
GBK
Guru kelas

28

Mesyuarat AJK BK 2

Minggu 4

AJK BK

GBK

29

Ogos
Ceramah kesihatan Diri
Minggu 1
Semua murid
GBK
Semua guru

30
Perjumpaan waris /kaunseling keluarga
Minggu 2
Semua ibu bapa murid tahap 1 dan 2
GBK
Semua murid
31
Kaunseling individu/kelompok
Minggu 2
Murid terlibat
GBK
32
Kem kesejahteraan diri/keagaam/tadarus/azan/hafazan

Minggu 3
Semua murid tahap 2
BK
33
Aktiviti sambutan kemerdekaan
Minggu 4
Semua murid tahap2
GBK
Guru kelas
34

Sept
Ceramah awal remaja
Minggu 3
Semua murid tahap 2
GBK
Semua guru tahap 2
35
Program mengenal potensi diri
Minggu 3
Semua murid tahap 2
GBK
Semua guru tahap 2

36
Ceramah kemasukan ke sekolah menengah
Minggu 4
Ibu bapa murid
Tahap 2

GBK
37

Okt
Program lawatan 2
Minggu 1
Murid tahap 2
Guru kelas
38
Khidmat Konsultan Ibu bapa
Minggu 2
Semua ibu
GBK
Guru kelas
39
Program lawatan ke rumah
Minggu 3

Murid miskin
GBK
Guru kelas

40

Program pemulihan bacalah sayang

Minggu 4
Semua murid lembam tegar
GBK
Guru mata pelajaran
41

Nov
Kemaskini bilik dan fail murid
Minggu 1
GBK
GBK
42
Program Keceriaan kelas/sekolah
Minggu 2
Semua murid
Semua guru

43

Perancangan program tahun 2011

Minggu 3
AJK
Guru kelas
GBK
Guru Kelas
AJK

(sumber:Panduan Pelaksanaan Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling di sekolah


rendah dan menengah)

Disediakan oleh,

..........................

Disemak oleh,

....................................

3.0 Teks ceramah tentang keperluan bimbingan dan kaunseling di sekolah

Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh, yang dimuliakan tuan pengerusi


majlis, yang berusaha Tuan Guru Besar, yang dihormati Yang Di Pertua PIBG, tuantuan, puan-puan dan guru-guru yang dikasihi sekalian. Berdirinya saya di sini adalah
untuk memberi sedikit pendedahan tentang kepentingan unit bimbingan dan
kaunseling ditubuhkan di sekolah ini untuk membantu anak-anak yang bermasalah
pembelajaran.

Para hadirin yang dimuliakan.

Sebelum saya memulakan ceramah saya ini, terlebih dahulu saya akan
menceritakan sedikit tentang sejarah bimbingan dan kaunseling ini kepada tuantuan dan puan-puan. Sebenarnya Perkhidmatan bimbingan dan kaunseling ini telah
bermula dalam tahun 1960-an lagi apabila konsep Guru Panduan Kerjaya
diperkenalkan ke dalam sistem persekolahan Malaysia.Walaupun terdapat usahausaha untuk mempelopori perkhidmatan panduan kerjaya pada tahun-tahun
sebelum dan selepas Malaya Merdeka pada tahun 1957, hanya selepas tahun 1960
baharu perkhidmatan bimbingan dan kaunseling bertapak apabila Kementerian
Pelajaran mengeluarkan pekeliling tentang kepentingan perkhidmatan ini di
sekolah-sekolah. Dalam tahun 1961, Jawatankuasa Penyelarasan Bimbingan
Vokasional dibentuk dan telah menghasilkan buku panduan bertajuk Handbook on
Training Facilities in the Federation of Malaya (Amla et al., 2006).Laporan Kabinet
1979 telah menyarankan agar perkhidmatan guru-guru panduan kerjaya ini
diperluaskan kepada aspek tingkah laku pelajar juga, bukan terhad kepada kerjaya
sahaja. Unit Hal Ehwal Murid disarankan ditubuhkan di sekolah-sekolah yang ada
Unit Bimbingan dan Kaunseling. Unit Bimbingan dan Kaunseling telah diarah
memperluaskan perkhidmatan bimbingan merangkumi aspek peribadi dan sosial
pelajar (Kementerian Pendidikan, 1993).Unit Bimbingan dan Kaunseling telah diarah
memperluaskan perkhidmatan bimbingan merangkumi aspek peribadi dan sosial
pelajar (Kementerian Pendidikan, 1993).

Para hadirin yang dimuliakan.


Dalam ceramah ini saya akan menjelaskan tentang empat aspek penting yang
merangkumi perkara-perkara seperti di bawah:
a)

Peranan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling untuk murid-murid khas

b)
Peranan guru kaunselor serta semua guru yang lain di sekolah untuk samasama melaksanakan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling

c)

Matlamat bimbingan dan kaunseling

d)

Jenis-jenis kaunseling yang boleh dijalankan

e)

Penerangan secara ringkas perundangan dan etika kaunselor

Sebelum saya menerangkan tentang peranan perkhidmatan bimbingan dan


kaunseling, saya akan menerangkan sedikit tentang murid-murid yang dikatakan
menghadapai masalah pembelajaran. Siapakah mereka? Mereka yang menghadapi
masalah pembelajaran didefinisikan sebagai disfungsi yang mengganggu seseorang
itu untuk menyimpan, memproses mahupun menghasilkan maklumat. Masalah
pembelajaran boleh membantut ataupun menghalang pembelajaran. Mereka ini
lemah di dalam kemahiran mendengar, berfikir, bertutur, membaca, menulis,
mengeja, atau membuat kiraan matematik. Kanak-kanak bermasalah pembelajaran
mungkin menghadapi masalah dalam bacaan petikan kefahaman, pertuturan, atau
kemampuan berfikir.
Ciri-ciri berikut mungkin dapat dikesan pada seseorang kanak-kanak bermasalah
pembelajaran:
(i) Tingkah laku yang tidak bersesuaian untuk keadaan tertentu.
(ii) Perbezaan angin atau perasaan hati (mood) yang amat jauh
variasinya.
(iii) Kemahiran organisasi yang ketara lemah atau tidak wujud
langsung.
(iv) Kegagalan untuk melihat kesan kepada tindak-tanduknya.
(v) Kekok mengguna peralatan seperti gunting atau pensel.
(vi) Mudah terganggu/beralih perhatian.
(vii) Hiperaktif.
(viii) Masalah koordinasi persepsi.
(ix) Gemar mengikut gerak hati.
(x) Sukar menerima kegagalan atau kekecewaan
(viii) Masalah koordinasi persepsi.
(ix) Gemar mengikut gerak hati.

(x) Sukar menerima kegagalan atau kekecewaan.


(xi) Sukar untuk membuat pentakulan.
(xii) Harga diri yang rendah.
(xiii) Bermasalah dalam hubungan sosial.
(xiv) Menghadapi masalah dalam satu atau lebih bidang akademik.
(xv) Sukar untuk memulakan atau menyelesaikan tugasan.
(xvi) Prestasi ujian yang sukar diramal.
(xvii) Kekurangan dalam ingatan aural sequential.
(xviii) Kesukaran memproses perkara yang didengari.

Justeru, mereka ini memerlukan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling kerana


unit ini boleh memberi pelbagai perkhidmatan kepada mereka seperti perkara di
bawah:
Memberi dan menyediakan program psikologi untuk individu membuat perubahan
dengan mempertingkatkan keupayaan mengurus emosi, tingkah laku dan
pemikiran.
Mengenal dan memahami diri sendiri tentang kelebihan dan kekurangan yang ada
pada diri sendiri.
Membuat penyelesaian peribadi, sosial, emosi dan kerjaya dengan persekitaran di
dalam dan di luar pejabat.
Mendedahkan bakat, minat dan kelebihan-kelebihan diri yang terpendam untuk
meningkatkan konsep kendiri.
Membentuk tabiat membiasakan belajar dengan baik dan berkesan.
Membentuk ciri-ciri akhlak yang baik untuk menjadi individu yang berintegriti.
Merancang masa hadapan yang sesuai dengan kemampuan dan matlamat hidup.
Di samping itu terdapat juga perkhidmatan sokongan lain yang disediakan oleh unit
bimbingan dan kaunseling sekolah ini iaitu memberi perkhidmatan:
Penempatan -iaitu membantu murid-murid khas yang berkemahiran tertentu
memilih kerjaya yang sesuai dengan mereka

Perundingan dan rujukan iaitu membantu ibu bapa murid-murid dalam hal
kebajikan anak-anak mereka
Penyelarasan sumber merancang pelbagai aktiviti bimbingan dan kaunseling
yang boleh membantu murid-murid pendidikan khas.
Perbincangan dengan ibu bapa mengadakan sesi perjumpaan yang mesra
dengan ibu bapa untuk sama-sama berbincang tentang permasalahan anak-anak
mereka bagi meringankan bebanan mereka
Perkhidmatan penilaian iaitu menilai program bimbingan dan kaunseling yang
digunakan di dalam pendidikan khas untuk mengenal pasti kesesuaian

Perkhidmatan pencegahan penyalahgunaan dadah memberi penerangan


kepada murid-murid tentang bahayanya penyalahgunaan dadah kepada kesihatan
mental dan fizikal.
Para hadirin yang dimuliakan,
Seperti yang saya terangkan di atas tentang peranan unit bimbingan dan
kaunseling yang memainkan peranan penting untuk mencorak kehidupan anak
tuan-tuan dan puan-puan semasa berada di sekolah ini. Pendorong dan kekuatan
unit ini banyak bergantung kepada penggerak utamanya iaitu guru kaunseling yang
dinamakan kaunselor.

Untuk pengetahuan para hadirin sekelian, perlantikan rasmi sebagai guru


bimbingan dan kaunseling sepenuh masa adalah berdasarkan kelayakan akademik
dan berkemungkinan mereka juga mempunyai sifat-sifat atau ciri-ciri yang sesuai
sebagai seorang guru bimbingan dan kaunseling. Terdapat beberapa pandangan
tentang sifat atau ciri-ciri untuk menjadi seorang guru bimbingan dan kaunseling
yang berjaya. Berdasarkan aspek bimbingan dan kaunseling dalam perspektif Islam,
sifat-sifat guru bimbingan dan kaunseling adalah beriman dan bertaqwa kepada
Allah, jujur dan ikhlas, benar, adil, pemurah dan ramah-tamah, sabar dan tenang,
adab dan akhlak, percakapan dan interaksi, toleransi, murah hati dan dermawan,
merendah diri, tidak munafik, sentiasa ingin membantu, menepati janji, berilmu
serta terlatih dan sesuai (Aziz Salleh, 1994). Hal ini sepatutnya dijadikan suatu
kriteria dalam pemilihan untuk perlantikan sebagai kaunselor. Dalam usaha
menolong atau memberikan bimbingan kepada klien, sifat yang perlu ada kepada
pembimbing digariskan dalam Islam melalui kitab suci Al-Quran, Surah at-Taubah :
71 :Dan orang lelaki dan perempuan yang beriman, di antara mereka menjadi
pemimpin kepada yang lain, mereka menyuruh mengerjakan yang baik dan
melarang daripada mengerjakan
yang jahat dan
mereka mendirikan
sembahyang.Gambaran sifat mulia yang perlu ada sebagai pembimbing Islam
diperjelaskan lagi melalui Surah al-Imran : 104 :Wajiblah ada di antara kamu satu

umat (golongan) yang menyeru (manusia) kepada melakukan kebaikan, menyuruh


berbuat perkara yang baik dan melarang berbuat perkara yang jahat. Mereka itulah
orang yang berjaya ( bahagia).

Seperti yang diketahui umum, perkembangan sahsiah murid-murid khas


memerlukan bimbingan yang lebih berbanding golongan murid normal. Dengan
keadaan fizikal atau mental mereka, menyebabkab mereka sering menghadapi
masalah perasaan rendah diri (inferiority complex) yang boleh menyebabkan
pelbagai masalah lain wujud. Peranan kaunselor adalah untuk membawa perubahan
positif di dalam diri murid itu agar menerima diri mereka seadanya dan membentuk
perasaan positif di dalam diri. Pelbagai program boleh dirancang dan dijalankan
oleh kaunselor untuk mengatasi masalah ini. Personaliti individu adalah dinamik,
yakni sikap seseorang itu boleh berubah-ubah mengikut kehendak dan
keperluannya. Kaunselor melalui proses kaunselingnya, boleh mempercepatkan
perubahan tingkah laku ke arah yang lebih positif, dan program perubahan tingkah
laku ini amat berguna kepada program pendidikan khas. Oleh kerana keadaan dan
kemampuan semula jadi murid-murid itu menyebabkan mereka ketinggalan dalam
pelbagai perkara, proses mempercepatkan perubahan sikap ini sangat banyak
membantu pertumbuhan mereka terutama sekali dalam proses pembelajaran.
Kaunseling yang diberi selalunya dalam bentuk perbualan, sama ada melalui
kaunseling individu, kaunseling kelompok ataupun kaunseling klinikal. Kaunselor
akan menentukan kesesuaian jenis kaunseling kepada individu itu melalui keperluan
dan kehendaknya. Kaunselor boleh membantu menyelesaikan pelbagai masalah
murid-murid dari segi jangka pendek. Sekiranya seorang murid itu menghadapi
masalah penyesuaian peringkat awal di sekolah, murid itu boleh dirujuk kepada
kaunselor untuk mengubah sikap atau pendekatan dirinya supaya dia boleh
diterima oleh rakan sebaya di sekolah itu di samping dia boleh menyesuaikan
dirinya dengan persekitaran baru. Kaunselor juga boleh memperkembangkan
kefahaman dan celik akal yang boleh menolong murid-murid menghadapi dan
menyelesaikan masalah-masalah baru yang mungkin timbul dalam situasi-situasi
lain, untuk penyelesaian masalah jangka panjang.

Para hadirin sekalian,

Unit bimbingan dan kaunseling mempunyai beberapa matlamat untuk membantu


kliennya. Di antara matlamat kaunseling ialah:
a)Membantu klien membuat perubahan tingkah laku

Kaunselor akan berusaha untuk membantu kliennya mengubah tingkah laku


daripada tingkah laku yang tidak diingini (negatif) kepada tingkah laku yang positif
iaitu kepada kehidupan yang lebih produktif dan memuaskan. Satu aspek penting
yang perlu digabungjalinkan dalam melaksanakan semua aktiviti Perkhidmatan
Bimbingan dan Kaunseling adalah penyerapan amalan nilai murni. Dalam buku
Panduan Pendekatan Bimbingan dan Kaunseling, Kementerian Pelajaran Malaysia
(1993), telah menetapkan bidang agama dan moral dengan tugas
perkembangannya mengandungi nilai-nilai, seperti kepercayaan kepada Tuhan, baik
hati, berdikari, hemah tinggi, hormat menghormati, kasih sayang, keadilan,
kebebasan, keberanian, kebersihan fizikal dan mental, kejujuran, kerajinan,
kerjasama, kesedaran, kesyukuran, rasional dan semangat bermasyarakat
Pelaksanaan penyerapan amalan nilai murni dalam Perkhidmatan Bimbingan dan
Kaunseling adalah selari dengan konsep nilai merentasi kurikulum, kurikulum
tersembunyi, penyerapan nilai Islam dan penyerapan nilai murni. Hal ini
bersesuaian dengan firman Allah dalam surah Al Maidah ayat 2: yang
bermaksudBertolong-tolonglah kamu dalam berbuat kebajikan dan taqwa dan
janganlah kamu bertolong-tolongan dalam perbuatan dosa dan permusuhan.
Justeru kaunselor membantu kliennya untuk menyerap nilai-nilai murni dalam
kehidupan mereka, seperti menghormati ibu bapa dan bercakap benar.
b)Meningkatkan mutu perhubungan
Perhubungan sosial sangat penting kepada semua orang termasuklah murid-murid
bermasalah pembelajaran ini. Bagi seseorang kanak-kanak yang kurang upaya ini,
perhubungan dengan ibu bapa mereka adalah sangat penting. Jika hubungan
mereka mesra dengan ahli keluarga, peningkatan nilai kehidupan lebih meningkat.
Hubungan kekeluargaan merupakan titik asas kepada hubungan-hubungan lain
yang dilaluinya dalam komunitinya kelak. Dalam sesi kaunseling, kaunselor akan
membantunya menjalin hubungan sosial dengan rakan-rakan sebayanya melalui
kaunseling kelompok. Mereka juga akan diajar teknik-teknik berkomunikasi dan
memberi ruang untuk mereka berinteraksi dengan orang lain termasuklah
berinteraksi dengan ahli keluarga.
b)Pengurusan Diri
Pengurusan diri untuk kanak-kanak bermasalah pembelajaran lebih berfokus kepada
kemahiran dan adap seperti adap makan, kebersihan diri dan pakaian. Bimbingan
dan kaunseling akan mengajar kanak-kanak ini menggunakan pelbagai kemahiran
untuk membantu mereka mengurus diri seperti bagaimana untuk kelihatan cantik
dan bersih, bagaimana menggunakan tandas dengan cara yang betul dan
kemahiran-kemahiran lain yang diperlukan. Kaunselor hanya membantu sedaya
upaya, tetapi ibu bapa juga perlu memainkan peranannya di rumah. Sesungguhnya
ilmu dan kemahiran itu tidak tertumpu di sekolah sahaja. Tanggungjawab ini juga
perlu dipikul oleh keluarga murid tersebut.

d)Kemahiran membuat keputusan


Membuat keputusan yang rasional adalah amat rumit apatah lagi oleh kanak-kanak
ini, justeru kaunselor sekolah akan membantu mereka membuat keputusan yang
rasional. Kaunselor akan melatih kanak-kanak ini secara langsung dan tidak
langsung dan membantu mereka membuat keputusan dengan cara berlemah
lembut dan berhikmah. Hal ini selaras dengan kenyataan dalam Panduan
Pelaksanaan Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling: Kaunselor di sekolah dapat
membantu para pelajar dengan cara memberikan proses pendidikan yang
terancang dan berterusan. Pelajar-pelajar dibimbing untuk memperoleh
pengalaman, nilai, sikap dan perlakuan serta kemahiran yang sesuai dengan
kehendak masyarakat majmuk di Malaysia. Setiap aktiviti yang dijalankan bertujuan
memberi pengetahuan dan kesepaduan psikososial pelajar-pelajar, kerana pelajar
bukanlah manusia kognitif semata-mata sebaliknya mereka mempunyai perasaan,
sikap, mental dan rohani ( Kementerian Pelajaran Malaysia, 1993). Kaunselor akan
membantu kanak-kanak ini meningkatkan kematangan fikiran mereka dengan bijak.
e) Pengembangan potensi
Ada di antara kanak-kanak bermasalah pembelajaran ini
yang mempunyai
akademik yang membanggakan seperti murid pintar cerdas, tetapi ramai di antara
mereka yang telah menunjukkan prestasi akademik yang sangat lemah, seperti
kanak-kanak Autisme dan Down Sindrom. Mereka yang lemah inilah yang perlu
dibantu oleh kaunselor agar dapat memperkembangkan potensi diri. Jika mereka ini
dibiarkan begitu sahaja tanpa motivasi, mereka akan terus lemah dan patah
semangat untuk meneruskan kehidupan mereka. Justeru dengan penuh berhemah,
kaunselorlah yang akan memainkan peranan penting dalam memotivasikan kanakkanak ini.

Para hadirin yang dimuliakan


Bimbingan dan kaunseling adalah satu proses gabungan di antara membimbing dan
memberi kaunseling untuk menolong individu untuk memahami dirinya dan
dunianya. Proses bimbingan dan kaunseling menunjukkan satu masa berpanjangan,
berlanjutan dan berterusan bagi mencapai matlamat tersebu (Shertzer & Stone,
1980). Terdapat beberapa jenis kaunseling yang boleh diaplikasikan di sekolah
antaranya ialah kaunseling individu kaunseling keluarga dan kaunseling kelompok.

Kaunseling Individu
Kaunseling individu boleh ditakrifkan dengan pelbagai takrifan, menurut Zuraidah
Abdul Rahman (2002) beliau telah mentaktifkan kaunseling individu sebagai satu
perhubungan yang bersemuka di mana seseorang klien untuk mendapatkan

bantuan daripada seorang kaunselor. Perhubungan tersebut disifatkan melalui ciriciri seperti penerimaan klien secara tulen, saling hormat menghormati dan
penekanan terhadap keperluan-keperlu dan perasaan klien. Manakala Shertzer &
Stone (1974) menegaskan bahawa kaunseling individu sebagai proses interaksi
yang memudahkan pemahaman bermakna mengenai diri dan alam sekelilingnya
lalu menyebabkan penentuan matlamat-matlamat dan nilai-nilai tingkah laku masa
hadapan klien. Kamaruzaman Jamal dalam Abdul Halim Othman (1999)
mendefinisikan kaunseling individu sebagai perhubungan antara seorang yang lain
dalam mana ia menolong yang lain itu menyelasikan konflik, atau penentangan
yang belum diselesaikan. Muhd Mansur Abdullah (1993) mendapati kaunseling
individu merupakan suatu pemusatan hal peribadi, huungan bersemuka antara dua
manusia apabila seorang kaunselor dengan kemampuan yang ada padanya
menyediakan satu situasi pembelajaran yang membolehkan kliennya mengenali
dirinya sendiri, membuat keputusan dan pemilihan bagi memenuhi keperluan diri
mereka sendiri.

Kaunseling kelompok
Kaunseling kelompok adalah satu pendekatan yang boleh digunakan oleh kaunselor
terlatih untuk memberi pertolongan berkesan kepada beberapa orang individu biasa
yang sedang menghadapi masalah seharian yang normal dalam satu jangka masa
yang sama. Menurut Zuraidah (2004) pendekatan ini mempunyai objektif yang
sama dengan kaunseling individu tetapi meliputi interaksi kaunselor dengan lebih
individu.

Kaunseling kelompok adalah satu proses perhubungan individu yang dinamik


berasaskan fikiran dan kelakuan secara sedar. Nilai terapinya terletak pada suasana
perasaan saling percaya dan mempercayai, penerimaan, faham memahami dan
sokongan yang berpandukan pada kebenaran. Mereka juga berpendapat bahawa
faedah terapi akan dinikmati dalam satu kumpulan kecil yang ahlinya secara
sukarela berkongsi masalah peribadi dengan kaunselor dan ahli lain. Ahli kelompok
mestilah terdiri daripada ahli-ahli yang normal dan tidak memerlukan perubahan
personaliti yang mendesak. Selain itu, ahli juga dapat berinteraksi dengan individu
lain dalam kumpulan itu untuk menambahkan rasa kefahaman dan juga penerimaan
nilai serta matlamat hidup sendiri di samping menerima atau membuang sikap dan
kelakuan yang negatif. Contoh kaunseling kelompok ialah kelompok kerjaya,
kelompok latihan dan bimbingan.

Kaunseling Keluarga

Mengikut pandangan Shaffer (1998) keluarga sebagai satu sistem sosial yang
dianggotai oleh seorang wanita, yang berperanan sebagai isteri atau ibu, suami
atau ayah, dan anak, atau adik beradik. Bagi Schvaneveldt (1970), keluarga telah
didefinisikan sebagai merangkumi seorang atau lebih lelaki, yang tinggal dengan
seorang, atau lebih wanita dalam perhubungan yang direstui oleh masyarakat
dalam perhubungan seksual, yang diiktiraf berserta dengan hak dan tanggungjawab
mereka bersama dengan anakanak mereka. Burgess (1926) dan Kamarovsky dan
Waller (1945) menyatakan bahawa keluarga adalah satu unit, atau kesatuan yang
personalitinya sering berinteraksi di antara satu dengan yang lain. Jika diamati
definisidefinisi keluarga yang telah diberikan oleh tokohtokoh barat, terdapat ruang
kosong atau kelompangan dalam suasana masyarakat serta Agama Islam khasnya,
maka mengikut Islam definisi keluarga dijelaskan sebagai mempunyai struktur yang
tertentu dan diikat oleh perhubungan perkahwinan yang sah dan pertalian darah.
Perhubungan ini meliputi jangkaan bersama dari segi hak dan tanggungjawab,
selaras dengan ajaran Islam, Keutuhan sesebuah keluarga berpandukan mentaati
undangundang
Allah
S.W.T
dengan
penuh
keimanan
dan
ketakwaan
(HammudahAbd.AlAti, 1985).Maka dapatlah disimpulkan bahawa keluarga
merupakan sebahagian daripada masyarakat yang lebih besar yang terdiri daripada
sekumpulan
manusia lelaki dan wanita..

Para hadirin yang dihormati,

Seseorang kaunselor yang telah dilantik mestilah telus, kerana mereka mempunyai
kod etika yang memantau pergerakan mereka. Kod etika adalah satu garis panduan
yang perlu dipatuhi oleh ahli-ahli dalam sebuah badan profesional. Ia juga
menggariskan bagaimana ahli-ahlinya harus bertingkah laku, terutamanya dalam
hubungan dengan klien atau orang yang memerlukan perkhidmatan. Seterusnya
dalam menjalankan tugas, kaunselor yang terlibat adalah tertakluk kepada akta
kaunselor yang telah diluluskan oleh Kerajaan Malaysia pada tahun 1998 (Undangundang Malaysia 1998). Sebagai seorang kaunselor yang berdaftar, adalah wajib
bagi kaunselor itu mematuhi garis panduan yang telah ditetapkan dalam akta
kaunselor yang telah diluluskan. Secara umumnya, etika ini memberitahu kaunselor
apa yang boleh dan apa yang tidak boleh dilakukan oleh mereka dalam
menjalankan tugasnya sebagai kaunselor profesional. Selain daripada itu, etika juga
menggariskan dengan jelas beberapa perkara yang dianggap sebagai tingkah laku
menyeleweng yang ditegah daripada dilakukan oleh kaunselor. Antara tingkah laku

yang menyeleweng ialah seperti tidak menyimpan rahsia, mengaku mempunyai


kelayakan yang tidak dimilikinya,

Seterusnya PERKAMA menggariskan empat perkara utama dalam kod tata laku
yang perlu dipatuhi oleh para kaunselor:
1. Kaunselor hendaklah menjaga tata lakunya demi memelihara piawaian dan
identiti sebagai kaunselor dan nama baik profesion kaunseling.
2. Kaunselor hendaklah sentiasa berusaha menilai dan meningkatkan
pengetahuan dan kemahiran dalam bidang profesionnya.
3. Kaunselor hendaklah menjalankan tugasnya dengan penuh
tanggungjawab, objektif dan jujur selaras dengan profesion kaunseling.
4. Kaunselor mestilah diawasi serta dinilai tugas kaunselingnya oleh
Lembaga Kaunselor melalui penyeliaan lazim (regular supervision) dan
sokongan perundingan (consultative support).
A. Tanggungjawab kaunselor terhadap klien.
1. Kaunselor bertanggungjawab untuk mengutamakan kepentingan klien sama ada
klien individu atau klien kelompok.
2. Kaunselor hendaklah menghormati privisi klien dan merahsiakan segala
maklumat yang diperolehi semasa kaunseling melainkan maklumat yang akan
menyebabkan klien atau orang-orang di persekitarannya.
3. Kaunselor hendaklah memahami dan menghormati latar belakang sosio-budaya
klien.
4 Semasa menjalankan sesi kaunseling, kaunselor hendaklah memelihara
kesejahteraan fizikal dan psikologi klien dan tidak memperalatkan klien untuk
kepentingan diri sendiri sama ada dari aspek kewangan, seksual, emosi dan
sebagainya.
5. Kaunselor hendaklah membimbing klien ke arah pembentukan sikap
bertanggungjawab terhadap tingkahlakunya. Kaunselor juga perlu menghormati
keputusan atau penentuan kendiri yang dibuat oleh klien.
6 Kaunselor hendaklah berkhidmat dengan penuh dedikasi, ikhlas, jujur dan
membuktikan kemahiran serta kecekapan profesionalismenya.

7 Kaunselor tidak boleh mengamalkan, mempersetujui atau menggalakkan


diskriminasi berasaskan ras, jantina, agama, status ideologi, kecacatan fizikal &
mental atau dikriminasi dalam bentuk apa sekali pun.
B. Tanggungjawab Kaunselor Terhadap Rakan Profesional
1. Kaunselor hendaklah
profesionalismenya.

saling

berusaha

meningkatkan

tahap

kecekapan

2. Kaunselor hendaklah menunjukkan sikap menghormati, adil dan terbuka


terhadap rakan profesionalnya.
3.
Kaunselor
bertanggungjawab
untuk
mencegah, mendedahkan
memperbetulkan perlakuan rakan kaunselor yang tidak beretika.

serta

4. Kaunselor hendaklah bersedia untuk mempertahankan, membantu serta


membela rakan kaunselor yang teraniaya akibat tuduhan dan tohmahan perlakuan
yang tidak beretika.
C. Tanggungjawab Kaunselor Terhadap Masyarakat
1. Kaunselor hendaklah memahami
masyarakat di mana dia berkhidmat.

dan

menghormati

unsur

sosio-budaya

2. Kaunselor hendaklah mematuhi undang-undang negara dan melaksanakan


tugasannya berlandaskan undang-undang tersebut.
D. Tanggungjawab Terhadap Organisasi Dan Majikan
1. Kaunselor hendaklah mematuhi persetujuan komitmen yang ditandatangani
dengan organisasi tempat dia berkhidmat.
2. Kaunselor hendaklah berusaha untuk mengikuti polisi dan prosedur serta
meningkatkan kecekapan dan keberkesanan perkhidmatan organisasinya.
3. Kaunselor hendaklah bertindak untuk mencegah berlakunya diskriminasi dalam
organisasi dan dalam perlaksanaan polisi pekerjaan.
4. Kaunselor tidak boleh menyalahgunakan kemudahan dan sumber organisasinya.
5. Kaunselor hendaklah menjelaskan bidang kepakaran dan tahap kecekapan
profesionalnya.
6. Kaunselor hendaklah mewujudkan hubungan interpersonal dan persetujuan kerja
dangan penyelia dan stafnya mengenai khidmat kaunseling khususnya mengenai
unsur kerahsiaan, perbezaaan antara fakta umum atau peribadi, beban kerja dan
akauntibiliti.

7. Kaunselor hendaklah memberi tahu kepada pihak majikan tentang keadaan yang
boleh menyebabkan konflik yang merosakkan atau menyekat keberkesanan
perkhidmtannya.
Para hadirin yang dirahmati Allah sekalian,
Secara umumnya dapat dilihat peranan unit bimbingan dan kaunseling adalah
untuk membantu murid-murid bermasalah pembelajaran ini mengharungi
kehidupan mereka dengan lebih baik. Penubuhan unit ini juga sangat relevan dan
bersesuaian dengan kehendak masyarakat tersebut. Peranan besar kaunselor
dalam konteks intervensi masalah murid-murid khas ialah bertujuan untuk
membantu meringankan masalah murid-murid tersebut dan keluarga yang
bermasalah bagi mencari jalan mengeratkan hubungan kasih sayang dan
kemesraan di samping mengelakkan berlakunya kes penderaan yang membawa
risiko timbulnya pelbagai masalah. Justeru itu kaunseling dilihat sebagai salah satu
terapi yang dapat mengurangkan tekanan yang dihadapi murid-murid bermasalah
pembelajaran menghadapi kenyataan hidup, bahawa hidup perlu diteruskan walau
apa pun keadaan seseorang itu. Namun ia perlulah diingatkan dan difahami di sini
ialah tentang keberkesanan proses kaunseling ini tidak harus diletakkan sewenangwenangnya di atas tanggungjawab kaunselor semata-mata. Keberkesanannya
adalah sesuatu yang subjektif dan ianya memerlukan kerjasama daripada pihak
tuan-tuan dan puan juga. Perkara inilah yang perlu ditekankan secara lebih rasional
kerana komitmen klien untuk menyelesaikan masalah atau konflik yang dihadapi
adalah perkara yang amat penting. Tanpa kesedaran, kefahaman dan inisiatif klien
untuk melaksanakan sebarang bentuk usaha penyelesaian maka sudah pastinya
proses kaunseling tidak akan memberi sebarang makna.

Secara ringkasnya, dapat disimpulkan bahawa kerjasama di antara kaunselor dan


klien merupakan asas keberkesanan sesuatu sesi kaunseling dalam mencapai
matlamat kaunseling tersebut. Tuan-tuan dan puan-puan diminta memberi bantuan
dan kerjasama yang tidak berbelah bagi untuk menjayakan unit bimbingan dan
kaunseling sekolah ini.
Setakat ini sahaja, penerangan saya tentang penubuhan unit bimbingan dan
kaunseling ini. Saya memohon ampun dan maaf jika terkasar bahasa dalam ucapan
saya, sekali lagi marilah kita sama-sama berganding bahu untuk menjayakan misi
ini. Saya sudahi dengan ucapan ini susah sama dipikul, senang sama dijinjing,
berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ke tepian, bersakit-sakit dahulu, bersenangsenang kemudian. Sekian. Terima kasih.

Copy dari http://latifahmohdyusof.blogspot.my/2010/10/bimbingan-dan-kaunselingdalam.html

You might also like