Nothing Special   »   [go: up one dir, main page]

Pedagogi Pembelajaran Ke Arah Pencapaian Keberhasilan Murid Secara Saksama'

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 5

2.

0 Dengan merujuk kepada cabaran ke arah Pencapaian Keberhasilan Murid Secara Saksama, cadangkan secara ilmiah pedagogi pengajaran yang boleh diaplikasikan oleh seseorang guru di dalam bilik darjah dan nyatakan justifikasi anda menggunakan kaedah tersebut. 2.1 Pengenalan Apabila seseorang guru menjejak alam pengajaran perkara yang paling penting sekali yang dia perlu kuasai ialah ilmu pedagogi dan isi kandungan. Ramai orang boleh belajar namun tak ramai yang boleh mengajar. Itulah kata-kata yang sesuai digambarkan bagi profesion keguruan jika dibandingkan dengan profesion yang lain. Ilmu pedagogi dalam bahasa mudah merupakan kemahiran seorang guru menyampaikan ilmu kepada murid-muridnya. Bidang ini amat penting bagi

memastikan ilmu pengetahuan dapat disampaikan dengan berkesan. Menurut (Dunne, R. & Wragg, T.,1994). Pengajaran berkesan bermaksud seorang pengajar atau guru yang harus memiliki pengetahuan yang luas dan mendalam mengenai sesuatu ilmu pengetahuan serta mempunyai kemahiran atau teknik profesional yang tinggi. Sekiranya guru tidak mempunyai pengetahuan yang luas dalam bidang pedagogi bagaimana pengajaran berkesan akan terlaksana. Ilmu pedagogi memungkinkan guru menyampaikan ilmu dengan pelbagai teknik dan strategi yang menarik. Dengan ini murid tidak mudah bosan dan sentiasa bersemangat untuk belajar. Ilmu ini bersifat tidak statik dan sentiasa berubah-ubah mengikut kesesuaian masa, audiens, tempat dan situasi. Justeru setiap guru perlu menguasai aspek ini dengan sebaik mungkin. Ini kerana kejayaan P&P terletak pada guru. Kejayaan P&P merupakan asas kepada kejayaan-kejayaan lain. Pelan Pembangunan Pendidikan 2013-2015 menggariskan beberapa

matlamat yang perlu ditempuh oleh warga pendidik terutamanya. Salah satu daripada cabaran tersebut ialah cabaran ke arah Pencapaian Keberhasilan Murid Secara Saksama. Tujuan diwujudkan cabaran tersebut adalah bagi memastikan semua murid mendapat peluang yang adil dalam pelajaran dan kemudahan pembelajaran. Ia juga bertujuan supaya setiap murid mampu mempamerkan tahap penguasaan yang baik dalam segala aspek tanpa mengira latar belakang. Setiap murid walaupun berbeza dari aspek sosioekonomi, etnik, sosiobudaya dan sebagainya boleh bersaing dan menunjukkan kualiti yang setaraf. Sebagai pemimpin
1

di dalam bilik darjah, tanggungjawab tersebut pertama sekali dipikul oleh guru. Di sinilah pentingnya peranan ilmu pedagogi yang perlu dimiliki setiap insan pendidik. 2.2 Strategi Berpusatkan Murid Banyak kaedah dan strategi pengajaran yang boleh diaplikasikan guru bagi menyahut seruan tersebut dalam konteks pengajaran di bilik darjah. Antaranya ialah kaedah konstruktivis, berpusatkan murid dan berpusatkan guru. Bagi saya strategi terbaik ialah strategi berpusatkan murid dan bahan. Strategi berpusatkan murid bermaksud pelajar mengambil alih sedikit tanggungjawab untuk apa-apa yang diajar dan bagimana ia dapat dipelajari. Menurut (Orlich et al., 2007) definisi strategi pembelajaran

pemusatan murid ialah terdapat sedikit kecenderungan terhadap

eksperiential dan membuat penemuan untuk mereka. Pembelajaran secara aktif berpusatkan murid dan meningkatkan penglibatan pelajar. Definisi Pembelajaran berpusatkan murid juga boleh dijelaskan dengan erti kata lain, murid

bertanggungjawab atas pembelajarannya dengan terlibat dalam interaksi dua hala antara guru dan murid. Murid juga terlibat secara terus dalam proses P&P manakala guru pula bertindak sebagai pembimbing. Murid mencari dan menentukan sumber dan bahan pengajaran dan guru hanya menjadi pemantau dengan mencadangkan bahan pengajaran, mencabar pengetahuan sedia ada murid dan memberi kefahaman terhadap sesuatu konsep baru. Pembelajaran menekankan kepada

pembelajaran akses kendiri, terarah kendiri dan kadar kendiri. Kaedah kumpulan, lawatan, bermain, simulasi atau main peranan dan pengajaran individu adalah kaedah yang menjadi pertimbangan semasa menggunakan strategi pemusatan murid terutamanya murid di dalam kelas. Ciri yang paling penting dalam strategi pemusatan murid ialah peluang interaksi di antara murid adalah banyak. Kebiasaannya dalam strategi berpusatkan murid, murid akan dipecahkan kepada beberapa kumpulan kecil sebelum melakukan aktiviti. Kumpulan yang dibahagikan biasanya menggabungkan beberapa orang murid yang berbeza latar belakang etnik, sosiobudaya atau tahap penguasaan dalam sesuatu subjek. Dengan ini wujud interaksi positif dalam setiap ahli kumpulan. Murid yang pandai boleh membimbing rakan sekumpulan mereka yang lemah. Hasilnya, jurang dari segi tahap penguasaan ilmu dapat dikurangkan. Selain itu,

aktiviti dalam kumpulan kecil juga akan memupuk sifat-sifat sosial yang positif seperti tolong-menolong, berkerjasama dan bertolak ansur. Selain itu, dalam strategi berpusatkan murid juga, murid memainkan peranan penting dalam P&P manakala guru bertindak sebagai pemimpin yang membimbing murid menjalankan aktiviti pembelajaran. Berbanding dengan kaedah lama iaitu berpusatkan guru, guru memainkan peranan utama sedangkan murid hanya menjadi pengikut. Murid yang lemah sukar melibatkan diri dalam P&P. Tumpuan guru lebih terarah kepada murid yang bijak sahaja, sedangkan murid yang lemah dan pasif diabaikan. Hal ini tanpa disedari boleh menimbulkan ketaksamaan dalam penguasaan objektif dan hasil pelajaran. Murid yang lemah akan terus ketinggalan. Dalam strategi ini, murid memainkan peranan penting dalam P&P dan terlibat secara langsung. Sebagai contoh mereka membuat eksperimen, mencari bahan resos dan membuat perbincangan kumpulan. Semua murid tidak kira latar belakang mempunyai peluang yang sama dalam pembelajaran. Mereka akan sama-sama belajar. Mereka ada ruang untuk bekerja dan mengeluarkan idea masing-masing. Dengan cara ini, setiap murid mendapat pengetahuan dan kemahiran pada kadar yang seimbang. Sekali gus pencapaian keberhasilan murid dapat dicapai secara saksama. Bagi kaedah ini pelajar juga digalakkan meluahkan segala pengetahuan yang mereka sedia ada. Pengetahuan tersebut mungkin datang dari pengalaman hidup, pemerhatian atau pembacaan dari sumber selain buku pelajaran. Murid yang datang dari pelbagai latar belakang etnik, sosiobudaya dan ekonomi tentunya mempunyai pengetahuan yang berbeza. Dalam strategi pemusatan murid, ciri kepimpinan guru bersifat demokratik. Murid digalakkan memberi pendapat mereka dan tidak bergantung kepada idea guru semata-mata. Guru hanya mencabar idea murid. Kaedah ini menjadikan murid tidak berasa rendah diri. Sebaliknya berasa dihargai kerana mereka juga berpeluang memberi pendapat dan pandangan. Hasilnya pencapaian murid lebih seimbang. Strategi ini juga mengurangkan sikap sesetengah guru yang kadang-kadang bias semasa mengajar. Salah satu kelebihan strategi ini ialah murid-murid berupaya menunjukkan sifat kreatif dan berinisiatif. Guru memberikan masalah dan minta murid selesaikan masalah. Guru beri satu situasi dan murid dalam kumpulan diminta berbincang bagi menyelesaikan permasalahan untuk situasi tersebut. Sebagai contoh bagaimana
3

untuk mengatasi kes buli di sekolah. Dengan kaedah ini murid akan berfikir bersama-sama mencari penyelesaian. Segala idea dan pendapat akan dikongsikan bersama dalam kumpulan. Sifat kreatif dan berinisiatif murid dapat dipupuk melalui aktiviti ini. Murid yang lemah atau kurang pengetahuan mungkin akan memberi hanya satu dua pendapat, tetapi pandangan dari rakan sekumpulan yang lebih banyak dan bernas membolehkan dia belajar lebih banyak.

2.3 Strategi Berpusatkan Bahan Secara keseluruhannya konsep strategi berpusatkan murid hampir sama dengan strategi berpusatkan bahan. Ia lebih menumpukan kepada pengalaman murid secara langsung dalam pembelajaran dan guru hanya bertindak sebagai fasilitator. Strategi berpusatkan bahan bermaksud guru menggunakan banyak bahan seperti buku, blok binaan, bahan lukisan, peralatan saintifik, komputer, pusat sumber, pusat akses kendiri dan sebagainya untuk menjalankan pengajarannya. Penekanan diberikan kepada penggunaan bahan-bahan untuk meningkatkan P&P. Penggunaan bahan-bahan harus berasaskan kepada beberapa faktor seperti objektif pengajaran, keperluan pelajar, strategi pengajaran dan kebolehan pelajar. Kepelbagaian media akan meningkatkan proses P&P serta meningkatkan pemikiran kritikal dan kemahiran mental. Bentuk penyampaian juga akan dipelbagaikan. Dalam sesebuah kelas, murid terdiri daripada pelbagai latar belakang dan tahap penguasaan akademik. Murid yang datang dari keluarga yang memiliki taraf sosioekonomi yang rendah mungkin tidak pernah menggunakan komputer dan akses internet. Semasa proses P&P guru boleh menggunakan komputer sebagai bahan pengajaran. Pembelajaran berpusatkan bahan membolehkan mereka merasai sendiri pengalaman tersebut tanpa mengira latar belakang dan

pengalaman. Dengan ini kekurangan murid tersebut dapat ditampung dan sekali gus dapat mendedahkan mereka pengalaman berharga. Pencapaian keberhasilan murid secara saksama lebih mudah dicapai tanpa mengira latar belakang. Terdapat tiga aspek utama yang perlu diberi perhatian oleh guru semasa penetapan objektif dan hasil pembelajaran. Aspek itu terdiri daripada aspek fizikal, kognitif dan afektif. Aspek fizikal melibatkan kebolehan pergerakan dan fizikal, aspek kognitif melibatkan pemikiran dan keupayaan mental dan aspek afektif lebih tertumpu kepada kepada nilai murni. Strategi berpusatkan bahan menekan ketigatiga aspek tersebut. Sebagai contoh guru mengadakan pertandingan membina blok
4

binaan dalam kumpulan. Murid perlu berinteraksi dengan bahan maujud dan juga rakan sekumpulan untuk memenangi pertandingan. Ia secara tidak langsung melibatkan ketiga-tiga aspek yang dinyatakan. Hasilnya, setiap ahli kumpulan dapat bersama-sama mengeluarkan idea dan kemahiran masing-masing dalam

menyiapkan tugasan. Pencapaian murid lebih seimbang dan saksama. Proses P&P pada zaman kini amat mementingkan pengajaran dan pembelajaran yang bermakna melalui pengalaman sebenar. Bahan maujud yang disediakan membolehkan murid merasai sendiri pengalaman sebenar. Gambar, peta dan carta dapat membantu murid memahami dengan lebih jelas. Gambar yang besar dan berwarna-warni dapat menarik minat serta meningkatkan penumpuan murid dalam pelajaran. Carta pula memudahkan pemahaman murid dari segi mudah diingati seperti carta pai, histogram dan graf. Pembelajaran berpusatkan bahan penting bagi membantu guru memenuhi keperluan murid yang pelbagai. Ada sesetengah murid memiliki kelebihan dari segi muzik, visual, kinestatik, matematik dan sebagainya. Penggunaan bahan menjadikan pembelajaran lebih saksama untuk semua murid yang berbeza kecerdasan. Pembelajaran ini juga membolehkan murid belajar mengikut kadar sendiri pada bila-bila masa dan di lokasi yang tidak menyulitkan mereka. Selain itu, ia juga dapat membantu murid yang tidak hadir. 2.4 Penutup Kesimpulannya, cabaran ke arah Pencapaian Keberhasilan Murid Secara Saksama boleh diatasi dengan kebijaksanaan dan kemahiran pedagogi yang dimiliki oleh guru. Walaubagaimanapun segala pendekatan, strategi, kaedah dan teknik bergantung kepada kebijaksanaan seseorang guru dalam mengadaptasikan

pelbagai situasi dengan matlamat yang ingin dicapai. Strategi yang terbaik terletak pada tangan guru. Strategi berpusatkan murid dan bahan adalah salah satu daripadanya. Tuntasnya, pengetahuan pedagogi perlu diasah sebaik mungkin untuk mencapai hasil pembelajaran yang diinginkan. Hasilnya bukan sahaja menjadikan P&P lebih bermutu malah memberi kepuasan kepada guru sendiri. Sebagai perantara antara kementerian dan generasi penuntut ilmu, guru memainkan peranan penting dalam membentuk generasi masa depan. Segala garis matlamat yang ditetapkan kerajaan merupakan cabaran yang menagih keringat guru untuk melaksanakannya.
5

You might also like