Nothing Special   »   [go: up one dir, main page]

Set Novel PRINT

Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 30

1

SET 1 – JOHOR 2019

(a) Berdasarkan sebuah novel yang anda kaji, huraikan tema dalam novel tersebut. [7 markah]

(b) Berdasarkan dua buah novel yang anda pelajari, huraikan satu peristiwa yang menunjukkan nilai kasih sayang
yang terdapat dalam setiap novel tersebut. [8 markah]

JENDELA MENGHADAP JALAN (a)

Novel yang saya kaji di Tingkatan 4 ialah novel Jendela Menghadap Jalan karya Ruhaini Matdarin. Tema novel ini
adalah tentang kehidupan masyarakat kampung yang masih mengamalkan kehidupan tradisional namun semakin
diancam arus pemodenan.

Bukti yang pertama ialah pengamal perubatan tradisional yang mengubati pesakit dengan menggunakan
ubat-ubatan tradisional. Datuk menggunakan ubat-ubatan tradisional untuk mengubati Kak Mimah yang
menghidapi penyakit gout. Datuk membalut kaki kiri Kak Mimah dengan campuran herba, cendawan pokok, daun
sirih, daun belimbing, pegaga, dan mas cotek untuk meredakan bengkak urat. Datuk menyuruh Kak Mimah
bermalam di rumahnya untuk membuat rawatan susulan iaitu mandi akar-akar kayu.

Bukti yang kedua ialah anak yang mengubati ayahnya dengan perubatan moden. Danel menyatakan kepada
datuk bahawa dia ingin membawa William mencuba rawatan moden. Namun, pantang larang ketika proses
rawatan tradisional telah menghalang hasrat mereka. Danel mahu ayahnya menghentikan pengambilan akar kayu
dan herba sebaliknya beralih menggunakan produk kesihatan keluaran syarikat MLM. Datuk cuba
mempertahankan kaedah rawatannya namun Danel tetap dengan pendiriannya menyebabkan datuk kecewa

SONGKET BERBENANG EMAS(a)

Novel yang saya kaji di Tingkatan 5 ialah novel Songket Berbenang Emas

karya Khairuddin Ayip. Tema novel ini adalah tentang kegigihan seorang gadis dalam menempuhi berbagai-bagai
cabaran dan dugaan hidup.

Bukti yang pertama ialah kegigihan cucu berhadapan dengan sikap buruk sangka neneknya. Dahlia gigih
berhadapan dengan sikap buruk sangka nenek terhadap dirinya. Nek Kiah menuduh Dahlia pembawa sial dan
perempuan murahan kerana membawa lelaki pulang. Apabila Nek Kiah jatuh sakit, Dahlia dan adik-adiknya
menjaga Nek Kiah di hospital secara bergilir-gilir.

Bukti yang kedua ialah kegigihan anak menghadapi masalah kesihatan ibunya. Dahlia gigih menghadapi
masalah kesihatan ibunya, Saleha yang bersikap kurang siuman dan terpaksa dihantar ke Hospital Batu Pahat dan
Hospital Permai di Johor Bahru untuk rawatan pemulihan. Ibu Dahlia sering bercakap sendirian dan sesekali
ketawa di kebun getah dan merayau-rayau tidak tentu arah apabila menjelang senja. Masalah kesihatan ibunya ini
menyebabkan Dahlia perlu memikul tanggungjawab untuk menjaga adik-adiknya.

JAWAPAN 4(b)

JENDELA MENGHADAP JALAN & SONGKET BERBENANG EMAS

Novel yang saya kaji di Tingkatan 4 ialah novel Jendela Menghadap Jalan karya Ruhaini Matdarin manakala novel
di Tingkatan 5 ialah novel Songket Berbenang Emas karya Khairuddin Ayip. Terdapat pelbagai peristiwa yang
menunjukkan nilai kasih sayang dalam kedua-dua buah novel.

Dalam novel Jendela Menghadap Jalan, terdapat peristiwa kasih sayang Lili terhadap ibunya. Lili menyayangi
ibunya apabila dia tidak membantah permintaan ibu yang menyuruhnya pulang bercuti di kampung datuknya di
Dungun, Terengganu. Walaupun Lili tidak bersetuju dengan cadangan ibunya namun Lili terpaksa
menyembunyikan perasaannya daripada diketahui oleh ibu. Lili mahu ibunya sentiasa kelihatan gembira dan Lili
2
tidak akan membantah sebarang kata-kata ibunya kecuali ibunya menyuruh melakukan kejahatan. Lili
berpura-pura tersenyum untuk menjaga hati ibunya.

Peristiwa tentang nilai kasih sayang dalam novel SBE ialah peristiwa kasih sayang Dahlia terhadap adik-adiknya.
Dahlia sanggup keluar dari asrama untuk menjaga adikadiknya. Dahlia juga sanggup ulang-alik dari rumah ke
sekolah semata-mata untuk memastikan adik bongsunya, Anggerik mendapat penjagaan yang sempurna sepanjang
ibunya menerima rawatan di hospital. Dia juga menjaga keperluan adik-adiknya yang lain iaitu Abu Bakar, Mawar,
Melati, dan Kiambang

SET 2 – SMK SUNGAI KARANGAN, KULIM, KEDAH

(a) Berdasarkan sebuah novel yang telah anda pelajari, huraikan dua latar tempat yang melibatkan watak utama
dalam novel tersebut. [7 markah]

(b) Pengarang mengemukakan beberapa peristiwa keberanian dalam setiap novel. Berdasarkan dua buah novel
yang telah anda pelajari, huraikan satu pengajaran tentang keberanian yang terdapat dalam setiap novel tersebut.

[8 markah]

JENDELA MENGHADAP JALAN (a)

Novel yang saya kaji ialah novel Jendela Menghadap Jalan karya Ruhaini Matdarin. Terdapat banyak latar tempat
yang melibatkan Lili dalam novel ini.

Latar tempat yang pertama adalah di Pekan Sentosa. Lili turun dari bas di Pekan Sentosa sebelum meneruskan
perjalanan ke kampung datuk neneknya. Sebaik turun dari bas, Lili diikuti oleh seorang pemuda Cina yang
disangkanya cuba mengejar dirinya. Rupa-rupanya, pemuda Cina itu ingin menyerahkan buku kepunyaan Lili
yang tertinggal di dalam bas.

Latar tempat yang kedua ialah di balai raya Kampung Sentosa. Mesyuarat tergempar diadakan di balai raya pada
pukul 10 pagi yang turut dihadiri oleh Kak Mimah dan rakannya, Nadia. Che Jah bersetuju supaya suaminya
diambil tindakan kerana dia sudah tidak tahan dengan perbuatan suaminya. Lili memberikan cadangan agar suami
Che Jah dihantar ke pusat pemulihan akidah. Kak Mimah bersetuju dengan cadangan Lili dan kemudiannya
meminta Che Jah membuat laporan polis agar bantuan kewangan dan sumbangan dapat disalurkan kepada
keluarga Che Jah.

SONGKET BERBENANG EMAS (a)

Novel yang saya kaji ialah novel Songket Berbenang Emas karya Khairuddin Ayip. Terdapat banyak latar tempat
dalam novel ini.

Latar tempat yang pertama adalah di Sekolah Menengah Kebangsaan Temenggung Ibrahim. Sekolah
Menengah Kebangsaan Temenggung Ibrahim ialah tempat Dahlia, Kavita dan Siti Wangi menuntut ilmu sebagai
murid tingkatan enam atas dan bakal menduduki STPM pada hujung tahun. Dahlia sendiri pernah memanggil
Cikgu Salwani apabila mendapati pintu pagar sekolah telah dikunci kerana dia lewat tiba.

Latar tempat yang kedua adalah di Universiti Malaya. Dahlia telah terpilih untuk mengikuti Kursus
Pengurusan Perniagaan peringkat ijazah pertama selama empat tahun di Jepun. Sebelum itu, Dahlia diwajibkan
mengikuti kursus bahasa Jepun selama enam bulan di Universiti Malaya. Dahlia telah dipilih oleh Jabatan
Pendidikan Negeri Johor mewakili calon STPM daripada Bahagian Sri Gading.

JAWAPAN 4(b)

JENDELA MENGHADAP JALAN & SONGKET BERBENANG EMAS


3
Novel yang saya kaji di Tingkatan 4 ialah novel Jendela Menghadap Jalan karya Ruhaini Matdarin manakala novel
di Tingkatan 5 ialah novel Songket Berbenang Emas karya Khairuddin Ayip. Terdapat beberapa pengajaran
tentang keberanian dalam novel ini.

Dalam novel Jendela Menghadap Jalan, pengajaran tentang keberanian yang ditonjolkan oleh pengarang ialah kita
haruslah berani bertindak untuk membantu orang yang dalam kesusahan. Danel berani bertindak apabila pergi ke
rumah usang tempat Lili dikurung oleh Rafik dan Haziq pada waktu malam sendirian. Danel tidak membenarkan
orang ramai mencari Lili kerana dia tahu tempat persembunyian Rafik dan Haziq. Oleh sebab tindakan berani
Danel itu, maka Lili dapat diselamatkan tanpa mengalami apa-apa kecederaan

.Pengajaran tentang keberanian yang terdapat dalam novel Songket Berbenang Emas pula ialah kita perlulah
berani bertindak agar dapat menyelamatkan orang lain. Dahlia berani terjun ke sungai yang berkeladak dan berarus
deras semata-mata untuk menyelamatkan Said yang tenggelam di dasar sungai tanpa memikirkan keselamatan
dirinya. Seorang anak muda telah mengangkat Said ke tebing sungai lalu memeriksa jantung Said. Nek Kiah mula
mengarahkan pemuda tersebut mengangkat Said serta dibawa keliling rumah sebanyak tujuh kali untuk
memastikan Said kembali bernyawa namun usaha tersebut gagal.

SET 3 – JPN KELANTAN 2019

(a) Berdasarkan sebuah novel yang anda kaji, jelaskan peristiwa bahagian peleraian yang menarik minat pembaca.
[7 markah]

(b) Berdasarkan dua buah novel yang telah anda pelajari, huraikan satu pengajaran tentang hormatmenghormati
bagi setiap novel. [8 markah]

JAWAPAN 4(a)

JENDELA MENGHADAP JALAN

Novel yang saya kaji di Tingkatan 4 ialah novel Jendela Menghadap Jalan karya Ruhaini Matdarin. Terdapat
beberapa peristiwa pada bahagian peleraian yang boleh menarik minat pembaca.

Peristiwa pada bahagian peleraian yang pertama ialah peristiwa Kak Mimah mencadangkan Che Jah membuat
laporan polis. Che Jah bersetuju membuat laporan polis tentang keganasan yang telah dilakukan oleh suaminya
Seman terhadap dirinya dan anak anaknya. Akhirnya Seman berjaya ditangkap oleh penduduk kampung dan
diserahkan kepada pihak polis. Hal ini supaya suaminya itu dapat dipulihkan. Peristiwa ini menarik minat pembaca
kerana atas bantuan Kak Mimah penderitaan yang dihadapi oleh Che Jah sekeluarga dapat diselesaikan.

Peristiwa pada bahagian peleraian yang kedua ialah peristiwa datuk menceritakan rahsia jendela rumah yang
menghadap jalan. Datuk menjelaskan bahawa rekaan jendela dan pintu rumah ketika itu dibina menghadap ke
jalan supaya senang untuk penduduk kampung mengintai pergerakan musuh komunis yang datang ke kampung
mereka. Peristiwa ini menarik minat pembaca kerana cerita datuk dapat menamatkan penantian pembaca tentang
misteri jendela menghadap jalan.

SONGKET BERBENANG EMAS

Novel yang saya kaji di Tingkatan 5 ialah novel Songket Berbenang Emas karya Khairuddin Ayip. Terdapat
beberapa peristiwa pada bahagian peleraian yang boleh menarik minat pembaca.

Peristiwa pada bahagian peleraian yang pertama ialah peristiwa penduduk kampung bekerjasama antara satu sama
lain mengumpulkan wang untuk Dahlia mengikuti kursus bahasa Jepun selama enam bulan di Universiti Malaya.
Haji Sulaiman telah menyerahkan sampul derma daripada orang kampung yang berjumlah RM500 kepada Dahlia.
4
Peristiwa ini menarik minat pembaca kerana wujudnya kerjasama penduduk kampung untuk mengurangkan beban
kewangan keluarga Dahlia demi merealisasikan impiannya untuk menyambung pelajaran ke peringkat yang lebih
tinggi.

Peristiwa pada bahagian peleraian yang kedua ialah peristiwa Azhari berjumpa Dahlia di stesen bas. Azhari
pergi berjumpa dengan Dahlia dan memberitahu punca kelewatannya kerana jurucakap majlis yang merupakan
pakciknya lambat sampai. Sebelum menaiki bas, Azhari telah menghadiahkan sehelai songket berbenang emas
berwarna merah kepada Dahlia. Azhari juga menyebut "Koi-bito" yang tidak diketahui maksudnya. Azhari
meminta Dahlia agar menjaga jati diri sebagai orang Melayu walau berada di mana-mana pun. Peristiwa ini
menarik minat pembaca kerana Azhari dan Dahlia sempat juga bertemu sebelum berpisah kerana Dahlia akan
melanjutkan pelajaran.

JAWAPAN SOALAN 4(b)

JENDELA MENGHADAP JALAN & SONGKET BERBENANG EMAS

Novel yang saya kaji di Tingkatan 4 ialah novel Jendela Menghadap Jalan karya Ruhaini Matdarin manakala novel
di Tingkatan 5 ialah novel Songket

Berbenang Emas karya Khairuddin Ayip. Terdapat banyak pengajaran tentang hormat-menghormati dalam
kedua-dua buah novel tersebut.

Pengajaran tentang hormat-menghormati dalam novel Jendela Menghadap Jalan ialah kita perlulah
menghormati keputusan ibu bapa demi kebaikan diri sendiri. Lili menghormati keputusan ibu yang memujuknya
agar pulang ke kampung datuk dan neneknya semasa cuti. Walaupun agak keberatan, namun Lili akur dengan
kehendak ibunya itu.

Pengajaran tentang hormat-menghormati dalam novel Songket Berbenang Emas ialah kita haruslah
menghormati keputusan bapa agar meneruskan persekolahan demi masa depan. Dahlia menghormati keputusan
Embong yang tidak membenarkannya berhenti sekolah semata-mata mahu menjaga adiknya. Dahlia ingin berhenti
sekolah apabila memikirkan kesusahan hidup merekasekeluarga terutama setelah melihat ayahnya yang masih
lemah akibat bisa patukan ular tedung.

SET 4 – JPN MELAKA 2019

(a) Berdasarkan yang anda pelajari, jelaskan dua latar tempat yang terdapat dalam novel tersebut. [7 markah]

(b) Setiap novel mempunyai plot yang pastinya mampu menarik perhatian para pembaca. Huraikan peleraian
dalam dua buah novel yang telah anda kaji. [8
markah]

JENDELA MENGHADAP JALAN

Novel yang saya kaji ialah novel Jendela Menghadap Jalan karya Ruhaini Matdarin. Terdapat banyak latar tempat
dalam novel ini.

Latar tempat yang pertama adalah di Pekan Sentosa. Lili turun dari bas di Pekan Sentosa sebelum meneruskan
perjalanan ke kampung datuk neneknya. Sebaik turun dari bas, Lili diikuti oleh seorang pemuda Cina yang
disangkanya cuba mengejar dirinya. Rupa-rupanya, pemuda Cina itu ingin menyerahkan buku kepunyaan Lili
yang tertinggal di dalam bas.

Latar tempat yang kedua ialah di balai raya Kampung Sentosa. Mesyuarat tergempar diadakan di balai raya
pada pukul 10 pagi yang turut dihadiri oleh Kak Mimah dan rakannya, Nadia. Che Jah bersetuju supaya suaminya
5
diambil tindakan kerana dia sudah tidak tahan dengan perbuatan suaminya. Lili memberikan cadangan agar suami
Che Jah dihantar ke pusat pemulihan akidah. Kak Mimah bersetuju dengan cadangan Lili dan kemudiannya
meminta Che Jah membuat laporan polis agar bantuan kewangan dan sumbangan dapat disalurkan kepada
keluarga Che Jah.

SONGKET BERBENANG EMAS

Novel yang saya kaji ialah novel Songket Berbenang Emas karya Khairuddin Ayip. Terdapat banyak latar tempat
dalam novel ini.

Latar tempat yang pertama adalah di Sekolah Menengah Kebangsaan Temenggung Ibrahim. Sekolah
Menengah Kebangsaan Temenggung Ibrahim ialah tempat Dahlia, Kavita dan Siti Wangi menuntut ilmu sebagai
murid tingkatan enam atas dan bakal menduduki STPM pada hujung tahun. Dahlia sendiri pernah memanggil
Cikgu Salwani apabila mendapati pintu pagar sekolah telah dikunci kerana dia lewat tiba.

Latar tempat yang kedua adalah di Universiti Malaya. Dahlia telah terpilih untuk mengikuti Kursus
Pengurusan Perniagaan peringkat ijazah pertama selama empat tahun di Jepun. Sebelum itu, Dahlia diwajibkan
mengikuti kursus bahasa Jepun selama enam bulan di Universiti Malaya. Dahlia telah dipilih oleh Jabatan
Pendidikan Negeri Johor mewakili calon STPM daripada Bahagian Sri Gading.

JAWAPAN 4(b)

JENDELA MENGHADAP JALAN & SONGKET BERBENANG EMAS

Novel yang saya kaji ialah novel Jendela Menghadap Jalan karya Ruhaini Matdarin manakala novel di Tingkatan 5
ialah novel Songket Berbenang Emas karya Khairuddin Ayip.

Peleraian dalam novel Jendela Menghadap Jalan ialah peristiwa laporan polis terhadap suami. Che Jah
bersetuju membuat laporan polis tentang keganasan yang telah dilakukan oleh suaminya Seman terhadap dirinya
dan anak anaknya. Akhimya Seman berjaya ditangkap oleh penduduk kampung dan diserahkan kepada pihak polis.
Hal ini supaya suaminya itu dapat dipulihkan.

Peleraian dalam novel Songket Berbenang Emas ialah peristiwa berjaya mendapat tawaran melanjutkan
pelajaran ke Jepun. Cikgu Daim telah datang ke rumah Embong untuk memberitahu bahawa Dahlia telah terpilih
melanjutkan pelajaran ke untuk mengikuti pengajian di salah sebuah universiti di Jepun selama empat tahun. atas
cadangan sekolahnya dan Jabatan Pelajaran Johor berdasarkan pencapaiannya dalam peperiksaan. Sebelum
bertolak ke Jepun Dahlia akan belajar bahasa Jepun di Universiti Malaya selama enam bulan

SET 5 – MRSM SE-MALAYSIA

(a) Berdasarkan sebuah novel yang telah anda pelajari, huraikan dua peristiwa pada bahagian

peleraian novel tersebut.[7 markah]

(b) Berdasarkan dua buah novel yang telah anda pelajari, jelaskan satu peristiwa daripada latar

tempat yang ditetapkan seperti yang berikut:

JENDELA MENGHADAP JALAN

Novel yang saya kaji di Tingkatan 4 ialah novel Jendela Menghadap Jalan karya Ruhaini Matdarin. Terdapat
beberapa peristiwa pada bahagian peleraian dalam novel tersebut.

Peristiwa pada bahagian peleraian yang pertama ialah peristiwa Kak Mimah mencadangkan Che Jah membuat
laporan polis. Che Jah bersetuju membuat laporan polis tentang keganasan yang telah dilakukan oleh suaminya
6
Seman terhadap dirinya dan anak anaknya. Akhirnya Seman berjaya ditangkap oleh penduduk kampung dan
diserahkan kepada pihak polis. Hal ini supaya suaminya itu dapat dipulihkan.

Peristiwa pada bahagian peleraian yang kedua ialah peristiwa nenek menceritakan rahsia jendela rumah yang
menghadap jalan. Nenek menjelaskan bahawa rekaan jendela dan pintu rumah ketika itu dibina menghadap ke
jalan supaya senang untuk penduduk kampung mengintai pergerakan musuh komunis yang datang ke kampung
mereka

SONGKET BERBENANG EMAS

Novel yang saya kaji di Tingkatan 5 ialah novel Songket Berbenang Emas karya Khairuddin Ayip. Terdapat
beberapa peristiwa pada bahagian peleraian dalam novel ini.

Peristiwa pada bahagian peleraian yang pertama ialah peristiwa Dahlia berjaya mendapat tawaran melanjutkan
pelajaran ke Jepun. Cikgu Daim telah datang ke rumah Embong untuk memberitahu bahawa Dahlia telah terpilih
melanjutkan pelajaran ke untuk mengikuti pengajian di salah sebuah universiti di Jepun selama empat tahun. atas
cadangan sekolahnya dan Jabatan Pelajaran Johor berdasarkan pencapaiannya dalam peperiksaan. Sebelum
bertolak ke Jepun Dahlia akan belajar bahasa Jepun di Universiti Malaya selama enam bulan.

Peristiwa pada bahagian peleraian yang kedua ialah peristiwa Azhari berjumpa Dahlia di stesen bas. Azhari
pergi berjumpa dengan Dahlia dan memberitahu punca kelewatannya kerana jurucakap majlis yang merupakan
pakciknya lambat sampai. Sebelum menaiki bas, Azhari telah menghadiahkan sehelai songket berbenang emas
berwarna merah kepada Dahlia. Azhari juga menyebut "Koi-bito" yang tidak diketahui maksudnya. Azhari
meminta Dahlia agar menjaga jati diri sebagai orang Melayu walau berada di mana-mana pun

JAWAPAN 4(b)

JENDELA MENGHADAP JALAN & SONGKET BERBENANG EMAS

Novel yang saya kaji di Tingkatan 4 ialah novel Jendela Menghadap Jalan karya Ruhaini Matdarin manakala novel
di Tingkatan 5 ialah novel Songket Berbenang Emas karya Khairuddin Ayip.

Dalam novel Jendela Menghadap Jalan, latar tempat yang telah ditetapkan adalah di pondok usang. Peristiwa
yang berlaku di pondok usang ialah peristiwa Lili diculik dan disembunyikan di pondok usang. Lili diculik oleh
Rafiq dan Haziq dan disembunyikan di pondok usang. Lili diselamatkan oleh Danel pada waktu malam.

Dalam novel Songket Berbenang Emas, latar tempat yang telah ditetapkan adalah di sungai. Peristiwa yang
berlaku di sungai ialah peristiwa Dahlia cuba menyelamatkan Said yang lemas di sungai.Dahlia terjun ke dalam
sungai yang berarus deras untuk menyelamatkan Said. Walau bagaimanapun, usaha Dahlia gagal kerana Said telah
pun meninggal dunia.

SET 6 (JPN NEGERI SEMBILAN 2019)

(a) Latar memainkan peranan penting dalam perkembangan jalan cerita sesebuah novel.Berdasarkan sebuah novel
yang anda kaji, jelaskan dua latar tempat yang terdapat dalam novel tersebut. [7 markah]

(b) Berdasarkan dua buah novel yang telah anda pelajari, huraikan satu peristiwa bagi setiap novel yang
menimbulkan keinsafan kepada pembaca. Berikan alasan anda. [8 markah]

JENDELA MENGHADAP JALAN

Novel yang saya kaji ialah novel Jendela Menghadap Jalan karya Ruhaini Matdarin. Watak utama dalam novel ini
ialah Lili. Terdapat banyak latar tempat yang melibatkan Lili dalam novel ini.
7
Latar tempat yang pertama adalah di Pekan Sentosa. Lili turun dari bas di Pekan Sentosa sebelum meneruskan
perjalanan ke kampung datuk neneknya. Sebaik turun dari bas, Lili diikuti oleh seorang pemuda Cina yang
disangkanya cuba mengejar dirinya. Rupa-rupanya, pemuda Cina itu ingin menyerahkan buku kepunyaan Lili
yang tertinggal di dalam bas.

Latar tempat yang kedua ialah di balai raya Kampung Sentosa. Mesyuarat tergempar diadakan di balai raya
pada pukul 10 pagi yang turut dihadiri oleh Kak Mimah dan rakannya, Nadia. Che Jah bersetuju supaya suaminya
diambil tindakan kerana dia sudah tidak tahan dengan perbuatan suaminya. Lili memberikan cadangan agar suami
Che Jah dihantar ke pusat pemulihan akidah. Kak Mimah bersetuju dengan cadangan Lili dan kemudiannya
meminta Che Jah membuat laporan polis agar bantuan kewangan dan sumbangan dapat disalurkan kepada
keluarga Che Jah.

SONGKET BERBENANG EMAS

Novel yang saya kaji ialah novel Songket Berbenang Emas karya Khairuddin Ayip. Watak utama dalam novel ini
ialah Dahlia. Terdapat banyak latar tempat yang melibatkan Dahlia dalam novel ini.

Latar tempat yang pertama adalah di Sekolah Menengah Kebangsaan Temenggung Ibrahim. Sekolah
Menengah Kebangsaan Temenggung Ibrahim ialah tempat Dahlia, Kavita dan Siti Wangi menuntut ilmu sebagai
murid tingkatan enam atas dan bakal menduduki STPM pada hujung tahun. Dahlia sendiri pernah memanggil
Cikgu Salwani apabila mendapati pintu pagar sekolah telah dikunci kerana dia lewat tiba.

Latar tempat yang kedua adalah di Universiti Malaya. Dahlia telah terpilih untuk mengikuti Kursus
Pengurusan Perniagaan peringkat ijazah pertama selama empat tahun di Jepun. Sebelum itu, Dahlia diwajibkan
mengikuti kursus bahasa Jepun selama enam bulan di Universiti Malaya. Dahlia telah dipilih oleh Jabatan
Pendidikan Negeri Johor mewakili calon STPM daripada Bahagian Sri Gading.

JAWAPAN 4(b)

JENDELA MENGHADAP JALAN & SONGKET BERBENANG EMAS

Novel yang saya kaji di Tingkatan 4 ialah novel Jendela Menghadap Jalan karya Ruhaini Matdarin manakala novel
di Tingkatan 5 ialah novel Songket Berbenang Emas karya Khairuddin Ayip. Terdapat banyak peristiwa yang
menimbulkan keinsafan kepada pembaca dalam novel ini.

Peristiwa yang menimbulkan keinsafan kepada pembaca dalam novel Jendela Menghadap Jalan ialah
peristiwa kesanggupan Lili memaafkan kesalahan yang telah dilakukan oleh Rafik dan Haziq yang telah bertindak
mengurung dan menjadikannya sebagai tebusan. Lili bersimpati dengan nasib Rafik dan Haziq yang menjadi
mangsa keganasan bapa mereka. Peristiwa ini menimbulkan keinsafan kepada pembaca kerana kita perlulah
sentiasa memaafkan kesalahan orang lain. Hal ini dikatakan demikian kerana apabila kita berbuat baik sesama
manusia pasti kita tidak akan mempunyai sikap pendendam yang boleh memusnahkan diri.

Peristiwa yang menimbulkan keinsafan kepada pembaca dalam novel Songket Berbenang Emas ialah
peristiwa menjaga adik-adiknya apabila ayah dan ibunya dirawat di hospital. Adik bongsunya, Anggerik selalu
demam sedangkan ketika itu ibu dan bapanya mendapat rawatan di hospital menyebabkan dia ponteng sekolah
beberapa hari. Embong dirawat di Hospital Batu Pahat kerana dipatuk oleh seekor ular tedung manakala Saleha
dirawat di Hospital Permai kerana penyakit kemurungan. Walaupun begitu, dia tetap tidak mengabaikan
persediaannya untuk menghadapi peperiksaan STPM. Peristiwa ini menimbulkan keinsafan kepada pembaca
kerana setiap anak perlulah menjalankan tanggungjawab mereka serta bersedia berhadapan dengan pelbagai
cabaran apabila ibu bapa sakit atau tiada

SET 7 – PPD TEMERLOH, PAHANG 2019

(a) Dalam sesebuah novel terdapat banyak peristiwa yang dapat memberi teladan kepada pembaca.Berdasarkan
sebuah novel yang anda kaji, huraikan dua peristiwa yang dapat memberikan teladan kepada pembaca. [7 markah]
8
(b) Berdasarkan dua buah novel yang anda pelajari, huraikan satu persoalan keberanian bagi setiap novel
tersebut.[8 markah]

JENDELA MENGHADAP JALAN

Novel yang saya kaji di Tingkatan 4 ialah novel Jendela Menghadap Jalan karya Ruhaini Matdarin. Terdapat
pelbagai peristiwa yang dapat memberikan teladan kepada pembaca.

Peristiwa yang pertama ialah peristiwa datuk Lili mempertahankan tanah daripada dijual. Datuk merungut
sambil memarahi abang kandung Danel, Sugi Oogway yang menghantar kawannya daripada sebuah syarikat untuk
memujuk orang kampung supaya menjual tanah mereka untuk dijadikan deretan rumah sewa. Peristiwa ini dapat
memberikan teladan kepada pembaca agar mempertahankan hak atau tanah daripada jatuh kepada orang lain.

Peristiwa yang kedua ialah peristiwa Lili melaporkan kes keganasan rumah tangga Che Jah kepada Puan
Hamimah, Pegawai Kebajikan Masyarakat untuk menyelamatkan Che Jah dan anak-anaknya daripada terus
dipukul oleh suaminya, Seman yang sering mabuk dan mengabaikan tanggungjawab terhadap keluarga. Peristiwa
ini dapat memberikan teladan kepada pembaca agar membantu orang lain yang berhadapan dengan masalah untuk
menyelamatkan mereka daripada terus menjadi mangsa keganasan

SONGKET BERBENANG EMAS

Novel yang saya kaji di Tingkatan 5 ialah novel Songket Berbenang Emas karya Khairuddin Ayip. Terdapat
pelbagai peristiwa yang dapat memberikan teladan kepada pembaca.

Peristiwa yang pertama ialah peristiwa Embong memastikan anakanaknya mendapat pendidikan yang baik.
Walaupun Embong hidup dalam kemiskinan tetapi dia tetap mementingkan pelajaran anak-anaknya. Embong
marah apabila Dahlia bercadang untuk berhenti sekolah kerana mahu membantu keluarga sedangkan dia masih
mampu mencari rezeki untuk anak-anaknya. Peristiwa ini memberikan teladan kepada pembaca mementingkan
pendidikan anak-anak agar masa depan mereka terjamin.

Peristiwa yang kedua ialah peristiwa Dahlia menjaga dan menguruskan ibunya yang mengalami masalah
kesihatan mental. Dahlia memujuk ibunya yang berada di kebun getah untuk balik ke rumah mereka kerana hari
semakin gelap tetapi tidak berjaya. Akhirnya, Saleha berjaya dibawa balik oleh Embong. Peristiwa ini memberikan
teladan kepada kita agar menjaga orang yang menghadapi masalah mental dengan sebaik-baiknya dan bukan
membiarkan mereka merayau-rayau tanpa arah

JAWAPAN 4(b)

JENDELA MENGHADAP JALAN & SONGKET BERBENANG EMAS

Novel yang saya kaji di Tingkatan 4 ialah novel Jendela Menghadap Jalan karya Ruhaini Matdarin manakala novel
di Tingkatan 5 ialah novel Bimasakti Menari karya Sri Rahayu Mohd Yusop. Terdapat banyak persoalan
keberanian dalam kedua-dua buah novel.

Persoalan keberanian yang terdapat dalam novel Jendela Menghadap Jalan ialah persoalan keberanian
menyatakan pendapat tentang rawatan tradisional. Danel beranimenyatakan pendapatnya tentang pantang larang
dalam rawatan tradisional datuk menghalang hasratnya untuk membawa ayahnya mencuba rawatan moden. Danel
mahu ayahnya menghentikan pengambilan akar kayu dan herba sebaliknya beralih menggunakan produk kesihatan
keluaran MLM. Datuk cuba mempertahankan kaedah rawatannya namun Danel tetap bertegas untuk menggunakan
kaedah perubatan moden kepada ayahnya. Datuk amat kecewa kerana pekerjaannya ditentang oleh Danel.

Persoalan keberanian yang terdapat dalam novel Songket Berbenang Emas pula ialah persoalan keberanian
untuk menyelamatkan diri. Embong berani bertarung dengan seekor ular sawa sebesar pahanya yang
menyerangnya di kebun kelapa sawit. Ketika Embong kembali ke kebun kelapa sawit dengan membawa sebatang
buluh dia mendapati ular sawa tersebut telah tiada. Tanpa diduga, ular sawa itu telah bergantung pada pokok lain
9
dan menjuntaikan kepala ke arahnya menyebabkan ular itu terjatuh. Ular sawa tersebut telah menjatuhkan
tubuhnya dan menuju ke arah Embong yang terjatuh. Akhirnya, Embong berjaya membunuh ular sawa itu.

SET 8 – JPN PERAK 2019

(a) Latar tempat memainkan peranan yang penting dalam menggerakkan cerita dalam sesebuah karya.Berdasarkan
sebuah novel yang anda pelajari, jelaskan dua latar tempat yang terdapat dalam novel tersebut.[7 markah]

(b) Berdasarkan dua buah novel yang anda pelajari, huraikan satu peristiwa bagi setiap novel yang
menggambarkan nilai keberanian.[8 markah]

JENDELA MENGHADAP JALAN

Novel yang saya kaji ialah novel Jendela Menghadap Jalan karya Ruhaini Matdarin. Terdapat banyak latar tempat
yang melibatkan Lili dalam novel ini.

Latar tempat yang pertama adalah di Pekan Sentosa. Lili turun dari bas di Pekan Sentosa sebelum meneruskan
perjalanan ke kampung datuk neneknya. Sebaik turun dari bas, Lili diikuti oleh seorang pemuda Cina yang
disangkanya cuba mengejar dirinya. Rupa-rupanya, pemuda Cina itu ingin menyerahkan buku kepunyaan Lili
yang tertinggal di dalam bas.

Latar tempat yang kedua ialah di balai raya Kampung Sentosa. Mesyuarat tergempar diadakan di balai raya
pada pukul 10 pagi yang turut dihadiri oleh Kak Mimah dan rakannya, Nadia. Che Jah bersetuju supaya suaminya
diambil tindakan kerana dia sudah tidak tahan dengan perbuatan suaminya. Lili memberikan cadangan agar suami
Che Jah dihantar ke pusat pemulihan akidah. Kak Mimah bersetuju dengan cadangan Lili dan kemudiannya
meminta Che Jah membuat laporan polis agar bantuan kewangan dan sumbangan dapat disalurkan kepada
keluarga Che Jah.

SONGKET BERBENANG EMAS

Novel yang saya kaji ialah novel Songket Berbenang Emas karya

Khairuddin Ayip. Terdapat banyak latar tempat yang melibatkan Dahlia dalam novel ini.

Latar tempat yang pertama adalah di Sekolah Menengah Kebangsaan Temenggung Ibrahim. Sekolah
Menengah Kebangsaan Temenggung Ibrahim ialah tempat Dahlia, Kavita dan Siti Wangi menuntut ilmu sebagai
murid tingkatan enam atas dan bakal menduduki STPM pada hujung tahun. Dahlia sendiri pernah memanggil
Cikgu Salwani apabila mendapati pintu pagar sekolah telah dikunci kerana dia lewat tiba.

Latar tempat yang kedua adalah di Universiti Malaya. Dahlia telah terpilih untuk mengikuti Kursus
Pengurusan Perniagaan peringkat ijazah pertama selama empat tahun di Jepun. Sebelum itu, Dahlia diwajibkan
mengikuti kursus bahasa Jepun selama enam bulan di Universiti Malaya. Dahlia telah dipilih oleh Jabatan
Pendidikan Negeri Johor mewakili calon STPM daripada Bahagian Sri Gading.

JAWAPAN 4(b)

JENDELA MENGHADAP JALAN & SONGKET BERBENANG EMAS

Novel yang saya kaji di Tingkatan 4 ialah novel Jendela Menghadap Jalan karya Ruhaini Matdarin manakala novel
di Tingkatan 5 ialah novel Songket Berbenang Emas karya Khairuddin Ayip. Terdapat banyak peristiwa yang
menggambarkan nilai keberanian dalam novel ini.

Peristiwa yang menggambarkan nilai keberanian dalam novel Jendela Menghadap Jalan ialah peristiwa
keberanian Lili pergi ke rumah Che Jah. Lili berani pergi ke rumah Che Jah walaupun dia baru berhadapan dengan
peristiwa diculik oleh anak-anak Che Jah. Lili ke rumah Che Jah dengan ditemani oleh Abang Rashid selepas
10
mendapat kebenaran nenek. Che Jah menceritakan kepada Lili tentang sikap anak-anaknya. Che Jah mengadu
kepada Lili tentang Haziq yang telah kena balun dengan tali pinggang oleh ayahnya. Manakala Rafik menjadi kutu
raya kerana asyik gagal dalam peperiksaan dan dibuang sekolah akibat selalu ponteng dan melawan guru.

Peristiwa yang menggambarkan nilai keberanian dalam novel Songket Berbenang Emas pula ialah peristiwa
keberanian Azhari meluahkan hasrat hati. Azhari berani meluahkan hasrat hatinya untuk membawa keluarganya ke
rumah Dahlia bagi berbincang tentang hubungan mereka secara serius. Secara jujur, Dahlia mengatakan bahawa
dia lebih memberikan keutamaan terhadap pelajaran dan membantu keluarganya berbanding soal perkahwinan.
Azhari menyatakan persetujuannya bahawa dia tidak akan menghalang hasrat Dahlia tersebut

SET 9 – JPN PERLIS 2019

(a) Watak utama dalam sesebuah novel digambarkan mempunyai keistimewaan yang tertentu.Berdasarkan sebuah
novel yang anda kaji, jelaskan dua perwatakan watak utama.[7 markah]

(b) Berdasarkan dua buah novel yang telah anda pelajari, huraikan satu pengajaran tentang keprihatinan bagi setiap
novel.[8 markah]

JENDELA MENGHADAP JALAN

Novel yang saya kaji di Tingkatan 4 ialah novel Jendela Menghadap Jalan karya Ruhaini Matdarin. Watak utama
dalam novel ini ialah Lili. Terdapat banyak perwatakan Lili dalam novel ini.

Perwatakan Lili yang pertama ialah seorang yang bijak. Lili bijak apabila dia meminta bantuan Kak Mimah
bagi mengatasi masalah keluarga Che Jah ketika Kak Mimah mendapatkan rawatan di rumah datuknya. Kak
Mimah yang bekerja sebagai Pegawai Kebajikan Masyarakat telah banyak membantu keluarga Che Jah untuk
mencari jalan penyelesaian bagi menyelamatkan Che Jah dan anak-anaknya daripada terus menjadi mangsa
kekejaman Seman.

Perwatakan Lili yang kedua ialah seorang yang berani. Lili berani pergi ke rumah Che Jah walaupun baru
berhadapan dengan peristiwa diculik oleh anak-anak Che Jah. Che Jah mengadu kepada Lili tentang Haziq yang
kena balun dengan tali pinggang oleh ayahnya. Manakala Rafik menjadi kutu rayau kerana asyik gagal dalam
peperiksaan dan dibuang sekolah akibat selalu ponteng dan melawan guru

SONGKET BERBENANG EMAS

Novel yang saya kaji di Tingkatan 5 ialah novel Songket Berbenang Emas karya Khairuddin Ayip. Watak utama
dalam novel ini ialah Dahlia. Terdapat banyak keistimewaan perwatakan Dahlia dalam novel ini.

Perwatakan Dahlia yang pertama ialah seorang yang rajin. Dahlia rajin menguruskan kerja-kerja rumah. Dia
mengasuh adiknya Anggerik, memasak dan mengemas rumah. Ketika kerja-kerja memasak secara
bergotong-royong di balai raya bersempena sambutan Maulidur Rasul pula, Dahlia menjadi orang terawal datang
ke balai raya itu untuk membantu kerja-kerja memasak.

Perwatakan Dahlia yang kedua ialah seorang yang tabah. Dahlia

tabah menghadapi pelbagai kesusahan dalam hidup. Dia sanggup keluar asrama untuk menjaga adik-adiknya
setelah ibunya , Saleha dirawat di Hospital Permai dan ayahnya dirawat di Hospital Batu Pahat.

JAWAPAN 4(b)

JENDELA MENGHADAP JALAN & SONGKET BERBENANG EMAS

Novel yang saya kaji di Tingkatan 4 ialah novel Jendela Menghadap Jalan karya Ruhaini Matdarin manakala novel
di Tingkatan 5 ialah Songket Berbenang
11
Emas karya Khairuddin Ayip. Terdapat banyak pengajaran tentang keprihatinan dalam kedua-dua buah novel.
Pengajaran keprihatinan dalam novel Jendela Menghadap Jalan ialah kita haruslah prihatin untuk membantu
orang yang sakit. Datuk prihatin apabila dia membantu sedaya upaya pesakit yang datang berubat dengannya.
Datuk menggunakan perubatan tradisional yang berasaskan akar-akar kayu dan daundaun herba. Datuk merawati
bu Geetha, Letchumi yang menghidap penyakit kencing manis.

Pengajaran keprihatinan dalam novel Songket Berbenang Emas ialah kita perlulah prihatin untuk membantu
insan yang ditimpa musibah. Dahlia prihatin apabila dia terus terjun ke dalam sungai yang berarus deras untuk
menyelamatkan Said tanpa menghiraukan keselamatan dirinya. Walau bagaimanapun, Dahlia gagal
menyelamatkan Said apabila Said meninggal dunia kerana lemas

SET 10 – JPN PENANG 2019

(a) Latar tempat sangat penting dalam sesebuah novel.Berdasarkan sebuah novel yang anda pelajari, jelaskan dua
latar tempat yang terdapat dalam novel tersebut.[7 markah]

(b) Berdasarkan dua buah novel yang anda pelajari, bincangkan satu kepincangan masyarakat yang terdapat dalam
setiap novel tersebut.[8 markah]

JENDELA MENGHADAP JALAN

Novel yang saya kaji ialah novel Jendela Menghadap Jalan karya Ruhaini Matdarin. Terdapat banyak latar tempat
dalam novel ini.

Latar tempat yang pertama adalah di Pekan Sentosa. Lili turun dari bas di Pekan Sentosa sebelum meneruskan
perjalanan ke kampung datuk neneknya. Sebaik turun dari bas, Lili diikuti oleh seorang pemuda Cina yang
disangkanya cuba mengejar dirinya. Rupa-rupanya, pemuda Cina itu ingin menyerahkan buku kepunyaan Lili
yang tertinggal di dalam bas.

Latar tempat yang kedua ialah di balai raya Kampung Sentosa. Mesyuarat tergempar diadakan di balai raya
pada pukul 10 pagi yang turut dihadiri oleh Kak Mimah dan rakannya, Nadia. Che Jah bersetuju supaya suaminya
diambil tindakan kerana dia sudah tidak tahan dengan perbuatan suaminya. Lili memberikan cadangan agar suami
Che Jah dihantar ke pusat pemulihan akidah. Kak Mimah bersetuju dengan cadangan Lili dan kemudiannya
meminta Che Jah membuat laporan polis agar bantuan kewangan dan sumbangan dapat disalurkan kepada
keluarga Che Jah.

SONGKET BERBENANG EMAS

Novel yang saya kaji ialah novel Songket Berbenang Emas karya Khairuddin Ayip. Terdapat banyak latar tempat
dalam novel ini.

Latar tempat yang pertama adalah di Sekolah Menengah Kebangsaan Temenggung Ibrahim. Sekolah
Menengah Kebangsaan Temenggung Ibrahim ialah tempat Dahlia, Kavita dan Siti Wangi menuntut ilmu sebagai
murid tingkatan enam atas dan bakal menduduki STPM pada hujung tahun. Dahlia sendiri pernah memanggil
Cikgu Salwani apabila mendapati pintu pagar sekolah telah dikunci kerana dia lewat tiba.

Latar tempat yang kedua adalah di Universiti Malaya. Dahlia telah terpilih untuk mengikuti Kursus
Pengurusan Perniagaan peringkat ijazah pertama selama empat tahun di Jepun. Sebelum itu, Dahlia diwajibkan
mengikuti kursus bahasa Jepun selama enam bulan di Universiti Malaya. Dahlia telah dipilih oleh Jabatan
Pendidikan Negeri Johor mewakili calon STPM daripada Bahagian Sri Gading.

JAWAPAN 4(b)

JENDELA MENGHADAP JALAN & SONGKET BERBENANG EMAS


12
Novel yang saya kaji di Tingkatan 4 ialah novel Jendela Menghadap Jalan karya Ruhaini Matdarin manakala novel
di Tingkatan 5 ialah novel Songket Berbenang Emas karya Khairuddin Ayip. Terdapat beberapa kepincangan
masyarakat dalam kedua-dua buah novel.

Kepincangan masyarakat dalam novel Jendela Menghadap Jalan ialah kepincangan masyarakat yang bersikap
panas baran. Seman iaitu suami Che Jah bukan sahaja seorang yang panas baran tetapi juga kaki mabuk dan kaki
judi. Seman telah memukul Haziq sehingga cedera dan memaki hamun Haziq seperti orang kena rasuk. Sikap
Seman ini menyebabkan Rafik dan Haziq terlibat dalam kegiatan dadah dan mencuri. Mereka telah menculik Lili
kerana terpaksa melepaskan diri daripada orang yang mengejar mereka.

Kepincangan masyarakat dalam novel Songket Berbenang Emas pula ialah kepincangan masyarakat yang
bersikap prejudis. Nek Kiah bersikap prejudis terhadap Embong sekeluarga. Nek Kiah meluahkan perasaan tidak
puas hatinya terhadap Embong kerana membawa nasib malang kepada Saleha sejak mereka berkahwin sehingga
mempunyai enam orang anak. Hal ini ditambah lagi dengan hasutan Seman yang memfitnah Embong dengan
mengatakan bahawa Embong membela ilmu hitam menyebabkan Saleha menjadi gila. Nek Kiah yang percaya
akan fitnah Seman, turut bersetuju dengan cadangan anaknya tersebut untuk menjual tanah pusaka seluas seekar
yang diduduki oleh keluarga Saleha dengan harga RM15,000.00

SET 11 – PENANG FREE SCHOOL 2019

a) Berdasarkan sebuah novel yang telah anda kaji, huraikan dua pengajaran yang telah diketengahkan oleh
pengarang. [7 markah]

(b) Berdasarkan dua buah novel yang anda pelajari, huraikan satu persoalan kegigihan watak utama yang terdapat
dalam setiap novel tersebut. [8 markah]

JENDELA MENGHADAP JALAN

Novel yang saya kaji di Tingkatan 4 ialah novel Jendela Menghadap Jalan karya Ruhaini Matdarin. Terdapat
banyak pengajaran dalam novel ini.

Pengajaran yang pertama ialah kita haruslah berusaha dengan gigih untuk mencapai cita-cita yang diimpikan.
Danel berusaha dengan gigih untuk menjadi seorang penulis rencana yang terkenal dan memiliki kolumnya sendiri
dalam akhbar arus perdana. Danel telah menulis artikel tentang Remaja Jadi Pekebun Pisang Berjaya di Tenom
dan Perihal Pisang dalam buku yang berjudul Segalanya Tentang Pisang.

Pengajaran yang kedua ialah kita perlulah bekerjasama agar dapat menyelesaikan masalah dengan baik.
Penduduk Kampung Sentosa bekerjasama menangkap Seman dan menyerahkannya kepada pihak polis untuk
didakwa di mahkamah atas perbuatan kejamnya terhadap isteri dan anak-anaknya. Seman telah berjaya ditangkap
oleh penduduk kampung ketika dia bersembunyi di dusun.

SONGKET BERBENANG EMAS

Novel yang saya kaji di Tingkatan 5 ialah novel Songket Berbenang Emas karya Khairuddin Ayip. Terdapat
banyak pengajaran dalam novel ini.

Pengajaran yang pertama ialah kita hendaklah membantu orang lain yang berada dalam kesusahan. Tauke Lim
membantu keluarga Dahlia tanpa mengharapkan sebarang balasan. Beliau juga memberi hutang kepada keluarga
Dahlia. Beliau ikhlas memberi wang sebanyak RM300 untuk perbelanjaan Dahlia di Universiti Malaya.

Pengajaran yang kedua ialah kita mestilah nasihat-menasihati antara satu sama lain untuk kebaikan bersama.
Haji Sulaiman menasihati penduduk Kampung Parit Haji Rais supaya mengamalkan sikap bekerjasama dan sedia
membantu jiran tetangga yang susah. Begitu juga dengan Cikgu Hisyam yang menasihati Dahlia agar ke sekolah
kerana dia merupakan pelajar yang berpotensi untuk mendapat keputusan yang cemerlang dalam STPM.
13
JAWAPAN 4(b)

JENDELA MENGHADAP JALAN & SONGKET BERBENANG EMAS

Novel yang saya kaji di Tingkatan 4 ialah novel Jendela Menghadap Jalan karya Ruhaini Matdarin manakala novel
di Tingkatan 5 ialah novel Songket Berbenang Emas karya Khairuddin Ayip. Watak utama dalam novel Jendela
Menghadap Jalan ialah Lili manakala watak utama dalam novel Songket Berbenang Emas ialah Dahlia. Terdapat
banyak persoalan kegigihan watak utama dalam kedua-dua buah novel.

Persoalan kegigihan dalam novel Jendela Menghadap Jalan ialah persoalan kegigihan mencari rahsia jendela
menghadap jalan. Lili gigih berusaha mencari rahsia tentang sebab-sebab kebanyakan rumah penduduk di
Kampung Sentosa mempunyai jendela menghadap jalan sehinggalah nenek sendiri menceritakan rahsia bahawa
jendela tersebut direka sedemikian supaya senang penduduk kampung mengintai pergerakan Bintang Tiga yang
menyusup ke kampung-kampung.

Persoalan kegigihan dalam novel Songket Berbenang Emas pula ialah persoalan kegigihan dalam menuntut
ilmu. Dahlia gigih menuntut ilmu walaupun hidup dalam kemiskinan dan menghadapi masalah kekeluargaan
seperti ibunya yang sakit dan ayahnya yang dipatuk ular. Atas kegigihannya itu, maka mendapat keputusan yang
cemerlang dalam peperiksaan dan telah ditawarkan melanjutkan pelajaran di Jepun

SET 12 – PPD LIMBANG, SARAWAK 2019

(a) Salah satu daripada persoalan yang terdapat dalam novel yang anda kaji.Jelaskan dua persoalan ketabahan
dalam sebuah novel yang anda kaji.[7 markah]

(b) Saspens juga dikenali dengan istilah ketegangan yang bermaksud peristiwa dalam novel yang menimbulkan
keadaan tertanya-tanya atau perasaan ingin tahu dalam kalangan pembaca tentang peristiwa yang akan berlaku
selanjutnya.Berdasarkan dua buah novel yang telah anda kaji, huraikan satu peristiwa saspens bagi setiap novel
tersebut.[8 markah]

JENDELA MENGHADAP JALAN

Novel yang saya kaji di Tingkatan 4 ialah novel Jendela Menghadap Jalan karya Ruhaini Matdarin. Terdapat
banyak persoalan ketabahan dalam novel ini.

Persoalan ketabahan yang pertama ialah persoalan ketabahan pengamal perubatan tradisional. Datuk Lili tabah
apabila Danel mempertikaikan pantang larang dalam proses rawatan tradisional menyukarkannya untuk membawa
William mendapatkan rawatan moden. Walaupun datuk cuba mempertahankan kaedah rawatannya, namun Danel
tetap bertegas mahu menggunakan kaedah perubatan moden terhadap ayahnya. Datuk kecewa kerana anak muda
sekarang ini hanya melihat sesuatu yang ada di hadapan mata sahaja, namun maksud tersiratnya tidak diketahui.

Persoalan ketabahan yang kedua ialah persoalan ketabahan menghadapi masalah keluarga. Che Jah tabah
menghadapi masalah keganasan rumah tangga yang berpunca daripada sikap panas baran, kaki mabuk dan kaki
judi suaminya. Sikap Seman telah menyebabkan kerosakan akhlak kedua-dua orang anaknya sehingga menjadi
pencuri dan terlibat dengan dadah. Akhirnya, Che Jah setuju membuat laporan polis atas kesalahan jenayah yang
dilakukan oleh suaminya.

SONGKET BERBENANG EMAS

Novel yang saya kaji di Tingkatan 4 ialah novel Songket Berbenang Emas karya Khairuddin Ayip. Terdapat
banyak persoalan ketabahan dalam novel ini.

Persoalan ketabahan yang pertama ialah persoalan ketabahan berhadapan dengan cabaran hidup. Embong
tabah menghadapi cabaran hidup kerana kemiskinan dan masalah penjagaan anak-anaknya yang masih kecil
selepas Saleha jatuh sakit. Embong juga berhadapan dengan masalah
14
anak lelaki tunggalnya, Abu Bakar yang menjadi gelandangan dan enggan membantunya untuk memikul bebanan
keluarga.

Persoalan ketabahan yang kedua ialah persoalan ketabahan apabila berhadapan dengan pandangan hina orang
lain. Dahlia tabah apabila berhadapan dengan tuduhan yang dilemparkan oleh Aton bahawa dirinya menjadi punca
kematian Said. Hakikatnya, Dahlia cuba menyelamatkan Said yang lemas di dalam sungai. Dahlia sanggup terjun
ke dalam sungai walaupun arusnya sungai deras. Walaupun telah berusaha namun Dahlia gagal menyelamatkan
Said dan peristiwa ini amat mengecewakannya.

JAWAPAN 4(b)

JENDELA MENGHADAP JALAN & SONGKET BERBENANG EMAS

Novel yang saya kaji di Tingkatan 4 ialah novel Jendela Menghadap Jalan karya Ruhaini Matdarin manakala di
Tingkatan 5 ialah novel Songket Berbenang Emas karya Khairuddin Ayip.

Terdapat banyak peristiwa yang mengandungi unsur saspens dalam kedua-dua buah novel tersebut.

Peristiwa yang mengandungi unsur saspens dalam novel Jendela Menghadap Jalan ialah peristiwa tentang
kehilangan kubah. Kehilangan kubah secara tiba-tiba menimbulkan unsur saspens menyebabkan penduduk
kampung mengesyaki pencuri kubah itu ialah Rafik dan Haziq. Malah ada penduduk kampung yang telah
bersiap sedia untuk menyoal siasat Haziq yang baru sahaja dipukul dengan teruk oleh Seman. Akhirnya,
teka-teki ini terjawab apabila pembaca mengetahui bahawa pencuri kubah yang sebenarnya ialah Seman
setelah Che Jah membongkar perbuatan suaminya itu.

Peristiwa yang mengandungi unsur saspens dalam novel Songket Berbenang Emas ialah peristiwa Embong
dipatuk oleh ular tedung ketika hendak mandi untuk ke masjid bagi menunaikan solat Jumaat. Peristiwa ini
menimbulkan unsur saspens kerana pembaca tertanya-tanya akan nasib Dahlia dan adik-adiknya seandainya
Embong tiada lagi. Hal ini dikatakan demikian kerana Embong bertarung nyawa akibat bisa patukan ular tedung
manakala Saleha masih dirawat di hospital. Akhirnya, pelbagai persoalan yang bermain-main dalam fikiran
pembaca terjawab apabila Embong kembali pulih dan selamat daripada bisa patukan ular tedung setelah seminggu
berada di Hospital Batu Pahat.

SET 13 – SMK CHUNG HWA, MIRI, SARAWAK

(a) Salah satu nilai yang terdapat dalam novel yang anda kaji ialah nilai kasih sayang.Jelaskan dua peristiwa yang
menggambarkan nilai kasih sayang dalam sebuah novel yang anda pelajari.[7 markah]

(b) Berdasarkan dua buah novel yang anda pelajari, kemukakan satu peristiwa pada peleraian setiap novel dan
huraikan pengajaran daripada peleraian tersebut.[8 markah]

Novel yang saya kaji di Tingkatan 4 ialah Jendela Menghadap Jalan karya

JENDELA MENGHADAP JALAN Ruhaini Matdarin. Terdapat banyak peristiwa yang menggambarkan nilai
kasih sayang dalam novel ini.

Peristiwa yang pertama ialah peristiwa kasih sayang sesama sahabat apabila Danel telah menyelamatkan Lili.
Lili yang telah diculik dan dijadikan tebusan oleh Haziq dan Rafik di sebuah pondok usang di hujung kampung
telah diselamatkan olehDanel seorang diri pada waktu malam. Kesan daripada sikap tanggungjawab Danel ini
maka Lili dapat diselamatkan tanpa sebarang kecederaan.

Peristiwa yang kedua ialah peristiwa kasih sayang Lili terhadap ibunya. Lili menyayangi ibunya apabila dia
tidak membantah permintaan ibu yang menyuruhnya pulang bercuti di kampung datuknya di Dungun, Terengganu.
Walaupun Lili tidak bersetuju dengan cadangan ibunya namun Lili terpaksa menyembunyikan perasaannya
daripada diketahui oleh ibu. Lili mahu ibunya sentiasa kelihatan gembira
15
dan Lili tidak akan membantah sebarang kata-kata ibunya kecuali ibunya menyuruh melakukan kejahatan. Lili
berpura-pura tersenyum untuk menjaga hati ibunya.

SONGKET BERBENANG EMAS

Novel yang saya kaji di Tingkatan 5 ialah novel Songket Berbenang Emas karya Khairuddin Ayip. Terdapat
banyak peristiwa yang menggambarkan nilai kasih sayang dalam novel ini.

Peristiwa yang pertama ialah peristiwa kasih sayang Embong terhadap Saleha. Embong bermonolog agar
Saleha bersabar untuk sehari dua lagi dengan mematuhi nasihat doktor dan akur untuk makan ubat sekiranya dia
masih sakit. Dia amat yakin bahawa isterinya akan sembuh. Embong berdoa siang dan malam agaristerinya
sembuh. Embong tidak sabar menunggu waktu mereka sekeluarga dapat berkumpul.

Peristiwa yang kedua ialah peristiwa kasih sayang Dahlia terhadap neneknya.Dahlia tetap menjaga neneknya
dengan menyuapkan bubur ketika neneknya sakit. Dahlia turut meminta neneknya agar tinggal bersama-sama
mereka sekeluarga apabila sembuh nanti kerana mereka adik-beradik boleh memantau kesihatan nenek. Selama
tinggal dua hari di wad, hanya anak-anak Saleha yang menjaganya. Sikap bertanggungjawab Dahlia ini telah
berjaya merobohkan tembok kesombongan nenek yang selama ini bersikap prejudis dengan mereka sekeluarga.

JAWAPAN 4(b)

JENDELA MENGHADAP JALAN & SONGKET BERBENANG EMAS

Novel yang saya kaji di Tingkatan 4 ialah novel Jendela Menghadap Jalan karya Ruhaini Matdarin manakala di
Tingkatan 5 ialah novel Songket Berbenang Emas karya Khairuddin Ayip.

Peristiwa pada bahagian peleraian yang dapat memberikan teladan kepada pembaca dalam novel Jendela
Menghadap Jalan ialah peristiwa golongan tua Kampung Sentosa mempertahankan kampung daripada
pembangunan kerana mereka bimbang pembangunan akan merampas kampung yang dimiliki oleh mereka.
Golongan tua di Kampung Sentosa mahu golongan muda turut bersama-sama mempertahankan kampung mereka.
Peristiwa ini dapat memberikan teladan kepada pembaca agar mempertahankan warisan negara daripada
dimusnahkan agar dapat dilihat oleh generasi demi generasi.

Peristiwa pada bahagian peleraian yang dapat memberikan teladan kepada pembaca dalam novel Songket
Berbenang Emas ialah peristiwa Dahlia yang terpilih mengikuti Kursus Pengurusan Perniagaan peringkat ijazah
pertama selama empat tahun di Jepun. Peristiwa ini dapat dijadikan teladan oleh pembaca agar berusaha
bersungguh-sungguh dalam pelajaran agar memperoleh keputusan cemerlang walaupun berhadapan dengan
pelbagai cabaran dalam hidup

SET 14 – PERCUBAAN NEGERI SELANGIR (SET 1) 2019

(a) Berdasarkan sebuah novel yang anda pelajari, jelaskan dua latar tempat yang terdapat dalam novel tersebut. [7
markah]

(b) Berdasarkan dua buah novel yang anda pelajari, huraikan teknik pemerian yang terdapat dalam setiap novel. [8
markah]

JENDELA MENGHADAP JALAN

Novel yang saya kaji ialah novel Jendela Menghadap Jalan karya Ruhaini Matdarin. Terdapat banyak latar tempat
dalam novel ini.

Latar tempat yang pertama adalah di Pekan Sentosa. Lili turun dari bas di Pekan Sentosa sebelum meneruskan
perjalanan ke kampung datuk neneknya. Sebaik turun dari bas, Lili diikuti oleh seorang pemuda Cina yang
16
disangkanya cuba mengejar dirinya. Rupa-rupanya, pemuda Cina itu ingin menyerahkan buku kepunyaan Lili
yang tertinggal di dalam bas.

Latar tempat yang kedua ialah di balai raya Kampung Sentosa. Mesyuarat tergempar diadakan di balai raya
pada pukul 10 pagi yang turut dihadiri oleh Kak Mimah dan rakannya, Nadia. Che Jah bersetuju supaya suaminya
diambil tindakan kerana dia sudah tidak tahan dengan perbuatansuaminya. Lili memberikan cadangan agar suami
Che Jah dihantar ke pusat pemulihan akidah. Kak Mimah bersetuju dengan cadangan Lili dan kemudiannya
meminta Che Jah membuat laporan polis agar bantuan kewangan dan sumbangan dapat disalurkan kepada
keluarga Che Jah.

SONGKET BERBENANG EMAS

Novel yang saya kaji ialah novel Songket Berbenang Emas karya Khairuddin Ayip. Terdapat banyak latar tempat
dalam novel ini.

Latar tempat yang pertama adalah di Sekolah Menengah Kebangsaan Temenggung Ibrahim. Sekolah
Menengah Kebangsaan Temenggung Ibrahim ialah tempat Dahlia, Kavita dan Siti Wangi menuntut ilmu sebagai
murid tingkatan enam atas dan bakal menduduki STPM pada hujung tahun. Dahlia sendiri pernah memanggil
Cikgu Salwani apabila mendapati pintu pagar sekolah telah dikunci kerana dia lewat tiba.

Latar tempat yang kedua adalah di Universiti Malaya. Dahlia telah terpilih untuk mengikuti Kursus
Pengurusan Perniagaan peringkat ijazah pertama selama empat tahun di Jepun. Sebelum itu, Dahlia diwajibkan
mengikuti kursus bahasa Jepun selama enam bulan di Universiti Malaya. Dahlia telah dipilih oleh Jabatan
Pendidikan Negeri Johor mewakili calon STPM daripada Bahagian Sri Gading.

JAWAPAN 4(b)

JENDELA MENGHADAP JALAN & SONGKET BERBENANG EMAS

Novel yang saya kaji di Tingkatan 4 ialah novel Jendela Menghadap Jalan karya Ruhaini Matdarin manakala novel
di Tingkatan 5 ialah novel Songket Berbenang Emas karya Khairuddin Ayip. Terdapat banyak teknik pemerian
yang digunakan oleh pengarang dalam kedua-dua buah novel.

Teknik pemerian dalam novel Jendela Menghadap Jalan ialah pengarang memerihalkan keadaan Haziq kerana
dipukul oleh Seman. Darah mengalir dari bibir Haziq yang pecah. Matanya tidak bermaya ketika dia berkalih ke
kiri untuk mengelakkan sepakan Seman yang benar-benar seperti orang hilang akal. Dari dalam rumah Che Jah
pula sedang meraung meminta cerai dan riuh suara wanita yang sedang menyabarkannya.

Teknik pemerian dalam Songket Berbenang Emas ialah pengarang memerihalkan peristiwa Embong dibelit
oleh ular sawa. Ular yang sudang tergantung pada pokok lain menjuntaikan kepalanya ke arah Embong. Embong
terjatuh. Ular itu membelit kakinya kemudian ke badan. Embong meronta-ronta. Embong mengumpul tenaga lalu
berjaya mencekak leher ular dan berlaku pergelutan

SET 15 – PERCUBAAN NEGERI SELANGIR (SET 2) 2019

(a) Berdasarkan sinopsis yang terdapat dalam sebuah novel yang anda pelajari.[7 markah]

(b) Berdasarkan dua buah novel yang anda kaji, huraikan satu persoalan tanggungjawab bagi setiap novel.

[8 markah]

JENDELA MENGHADAP JALAN

Novel yang saya kaji di Tingkatan 4 ialah novel Jendela Menghadap Jalan karya Ruhaini Matdarin.
17
Sinopsis novel ini dimulakan apabila pengarang menceritakan berkenaan Lili iaitu seorang remaja berusia 17 tahun
yang tinggal bersama-sama ibu dan bapanya di Kuala Lumpur. Semasa cuti sekolah, ibu ingin menghantar Lili
bercuti bersama-sama nenek di kampung. Walaupun Lili agak keberatan untuk pulang ke kampung tetapi
disebabkan perasaan hormatnya kepada ibu, Lili pulang juga untuk bercuti bersama-sama datuk dan neneknya.
Pada bahagian perkembangan, Lili menyaksikan beberapa peristiwa yang menjadikan dirinya lebih tertarik
untuk tinggal lebih lama di Kampung Sentosa. Datuk Lili merupakan antara orang pertama yang membuka
kampung itu. Datuk merupakan seorang pengamal perubatan tradisional. Sejak belakangan ini, pesakit datuk
semakin berkurangan kerana mereka beralih kepada cara perubatan moden disebabkan oleh pengaruh yang dibawa
oleh anak-anak mereka yang masih muda. Lili turut menyaksikan pertentangan pendapat antara golongan muda
dengan golongan tua berkaitan dengan isu kubah masjid, sama ada perlu diletakkan di atas surau sedia ada ataupun
membina masjid baharu. Geetha dan Danel yang ditemuinya ketika dalam perjalanan ke kampung menjadi sahabat
baiknya. Mereka mempunyai cara pemikiran yang sama, tetapi bertentangan pendapat dengan masyarakat yang
lebih tua di situ.

Pada bahagian klimaks, Che Jah memaklumkan bahawa suaminyalah yang melarikan kubah surau. Selama ini
penduduk kampung menuduh Haziq dan Rafiq, namun telahan mereka tersasar. Che Jah sangat bersetuju jika
suaminya dibawa ke muka pengadilan kerana kubah yang dilarikan itu berpunca daripada perbuatan jahat Seman
namun suaminya menghalakan segala perbuatan jahatnya kepada anak-anaknya yang sedang belajar untuk menjadi
baik.

Pada bahagian peleraian, dengan pertolongan Kak Mimah yang kebetulan datang untuk berubat dengan datuk,
akhirnya suami Che Jah ditangkap dan anak-anaknya akan dibantu sehingga pulih. Datuk dan nenek telah
menceritakan sejarah kedatangan mereka ke situ dan membuka rahsia tentang jendela yang menghadap jalan
kepada Lili.

SONGKET BERBENANG EMAS

Novel yang saya kaji di Tingkatan 5 ialah novel Songket Berbenang Emas karya Khairuddin Ayip.

Sinopsis cerita dimulakan dengan pengarang mengisahkan kehidupan Dahlia, seorang pelajar tingkatan enam
Sekolah Menengah Kebangsaan Temenggong Ibrahim, Batu Pahat yang pintar dan disenangi oleh
teman-temannya.Namun, Dahlia menghadapi masalah keluarga hingga mengganggu tumpuannya terhadap
peperiksaan STPM yang bakal didudukinya.

Pada bahagian perkembangan, ibunya iaitu Saleha dimasukkan ke Hospital Permai, Johor Bahru kerana
kemurungan dan hilang ingatan. Ayahnya pula iaitu Embong dimasukkan ke wad 4 Hospital Batu Pahat kerana
pahanya dipatuk ular tedung. Adiknya iaitu Abu Bakar tidak mendengar kata setelah tersilap memilih rakan. Dia
tergamak menjual kambing peliharaan ayahnya demi mendapatkan wang kerana dia tidak bekerja setelah
mendapat pangkat 3 dalam SPM. Dia juga pada mulanya tidak menghiraukan masalah yang melanda keluarganya
walaupun dia anak lelaki tunggal dalam keluarga Dahlia. Nenek Kiah pula beranggapan bahawa keluarga Dahlia
ditimpa nasib malang kerana beranggapan rumah yang didiami oleh mereka berhantu. Nenek Kiah juga sering
mencemuh mereka berbanding anak cucunya yang lain. Dengan hasutan Seman iaitu bapa saudara Dahlia, Nenek
Kiah mengambil keputusan untuk menjual tanahnya yang diduduki oleh keluarga Dahlia. Namun begitu, Tauke
Lim menawarkan pertolongannya tanpa mengharapkan balasan atau ganjaran.

Pada bahagian klimaks, Abu Bakar telah menjumpai kain merah yang sudah reput. Abu Bakar menjumpai
kain merah yang membungkus dua biji telur ayam berwarna hitam yang berbau busuk dan mengandungi jarum
peniti, cincin akik, butiran pasir dan paku di bawah rumahnya. Abu Bakar mengandaikan telur itu digunakan oleh
seseorang yang berniat untuk memporak-perandakan keluarga mereka. Dahlia menyuruh Abu bakar membuang
telur-telur busuk itu ke dalam sungai.

Pada bahagian peleraian, Dahlia telah terpilih untuk melanjutkan pelajaran ke Jepun dalam kursus Pengurusan
Perniagaan peringkat ijazah pertama selama 4 tahun. Oleh itu, Dahlia akan mengikuti kursus bahasJepun di
Universiti Malaya selama 6 bulan yang bermula 2 Januari. Dahlia perlu bertolak ke Kuala Lumpur pada 30
Disember iaitu pada hari pertunangannya. Haji Sulaiman menyerahkan sumbangan penduduk kampung sebanyak
18
RM500.00 kepada Dahlia. Daripada jumlah tersebut Tauke Lim telah menyumbang sebanyak RM300.00. Azhari
telah menghadiahi Dahlia sehelai kain songket merah berbenang emas bagi mengingatkan Dahlia agar dia sentiasa
menjaga tatasusila dan budaya masyarakat Timur walau di mana-mana dia berada.

JAWAPAN 4(b)

JENDELA MENGHADAP JALAN & SONGKET BERBENANG EMAS

Novel yang saya kaji di Tingkatan 4 ialah novel Jendela Menghadap Jalan karya Ruhaini Matdarin manakala novel
di Tingkatan 5 ialah novel Songket Berbenang Emas karya Khairuddin Ayip. Terdapat banyak persoalan
tanggungjawab dalam novel ini.

Persoalan tanggungjawab dalam novel Jendela Menghadap Jalan ialah persoalan tanggungjawab anak mencari
penawar penyakit bapa. Sebagai anak, Danel bertanggungjawab untuk mencari jalan bagi merawat penyakit
bapanya. Danel mengusahakan pelbagai jenis rawatan untuk bapanya, William Ng yang menghidap penyakit
kencing manis. Rawatan tradisional dan moden dicubanya walaupun pada hakikatnya dia kurang bersetuju dengan
kaedah rawatan tradisional. Danel memberitahu datuk bahawa dia mahu mencuba rawatan moden terhadap
bapanya namun pantang larang ketika proses rawatan tradisional menghalang hasrat mereka. Danel mahu bapanya
menghentikan pengambilan akar kayu dan herba. Dia mahu merawat bapanya dengan menggunakan produk
kesihatan keluaran syarikat MLM.

Persoalan tanggungjawab dalam novel Songket Berbenang Emas ialah persoalan tanggungjawab anak
menjaga dan menguruskan emak yang mengalami masalah mental. Sebagai anak, Dahlia bertanggungjawab
memujuk emaknya yang berada di kebun getah untuk balik ke rumah. Dahlia mendapatkan emaknya, Saleha yang
sedang bercakap sendirian dan sesekali ketawa di kebun getah. Dahlia berusaha memujuk dan membawa emaknya
hingga dia terjatuh ke tanah yang becak. Dahlia menangis kerana dia terlalu sebak dan tidak mampu berbuat
apa-apa untuk membawa emaknya balik ke rumah. Akhirnya, Saleha berjaya dibawa balik oleh Embong.

SET 16 – PERCUBAAN NEGERI SELANGOR (SET3) 2019

(a) Jelaskan dua contoh peristiwa yang menimbulkan kesedaran kepada pembaca yang terdapat dalam sebuah
novel yang anda pelajari.[7 markah]

(b) Berdasarkan dua buah novel yang anda kaji, huraikan satu pengajaran kegigihan bagi setiap novel yang pada
pendapat anda dapat dijadikan panduan hidup. [8 markah]

JENDELA MENGHADAP JALAN

Novel yang saya kaji ialah novel Jendela Menghadap Jalan karya Ruhaini Matdarin. Terdapat banyak peristiwa
yang menimbulkan kesedaran pembaca dalam novel ini.

Peristiwa yang pertama ialah peristiwa kerajinan datuk Lili ke hutan. Datuk atau Haji Abdul Rahman rajin
masuk ke hutan untuk mencari akar-akar kayu sebagai ramuan perubatan tradisional. Sikapnya yang rajin ini
membimbangkan nenek kerana pernah datuk tidak balik pada waktu malam semata-mata untuk untuk mencari
akarakar kayu. Datuk turut ke paya bakau untuk mencari tumbuhan eksotik dan suka merayau-rayau ke
tempat-tempat yang berpotensi untuk dijadikan penyembuh tubuh manusia yang sakit. Peristiwa ini memberikan
kesedaran kepada pembaca agar menghargai tumbuh-tumbuhan herba kerana banyak khasiat kepada manusia.

Peristiwa yang kedua ialah peristiwa kerajinan Geetha membantu nenek di dapur. Geetha rajin membantu
nenek memasak apabila dia memotong sayur dan menyiang ikan ketika dia tidur di rumah nenek. Walaupun nenek
melarang Geetha menolongnya kerana Geetha ialah tetamu namun dia tetap membantu nenek. Bagi Geetha,
membantu melakukan kerja-kerja di dapur ialah kerja orang perempuan. Peristiwa ini memberikan kesedaran
kepada pembaca agar ringan tulang apabila berada di rumah orang lain

SONGKET BERBENANG EMAS


19
Novel yang saya kaji ialah novel Songket Berbenang Emas karya Khairuddin Ayip. Terdapat banyak peristiwa
yang menimbulkan kesedaran pembaca dalam novel ini.

Peristiwa yang pertama ialah peristiwa peristiwa Tauke Lim membantu keluarga Embong. Tauke Lim
menganggap Embong sebagai saudaranya kerana mereka samasama merantau dari Melaka. Tauke Lim berniaga
manakala Embong bekerja di estet. Susah senang ditanggung bersama-sama. Tauke Lim begitu hairan dengan
sikap Nek Kiah dan Seman yang bermusuhan dengan keluarga Embong walaupun mereka satu keluarga. Tauke
Lim berjanji akan menolong Dahlia berkenaan wang yang diminta oleh neneknya. Peristiwa ini memberikan
kesedaran kepada pembaca agar membantu orang yang dalam kesusahan walaupun berlainan bangsa dan agama
sebagaimana yang dilakukan oleh Tauke Lim terhadap keluarga Embong

Peristiwa yang kedua ialah peristiwa keprihatinan Cikgu Hisyam terhadap pelajaran Dahlia apabila
mengingatkan Dahlia agar tidak mengabaikan pelajaran apabila Dahlia membuat keputusan untuk keluar dari
asrama. Cikgu Hisyam telah memanggil Dahlia untuk menemuinya kerana Dahlia tidak hadir dua hari ke sekolah.
Cikgu Hisyam cuba mencungkil masalah yang dihadapi oleh Dahlia namun Dahlia lebih suka merahsiakannya.
Cikgu Hisyam yang bimbang akan pelajaran Dahlia telah meminta rakan-rakan Dahlia membantu meminjamkan
nota-nota untuk memudahkan Dahlia mengulang kaji pelajarannya. Peristiwa ini memberikan kesedaran kepada
pembaca agar pembaca mementingkan pelajaran walau apapun masalah yang dihadapi oleh mereka.

JAWAPAN 4(b)

JENDELA MENGHADAP JALAN & SONGKET BERBENANG EMAS

Novel yang saya kaji di Tingkatan 4 ialah novel Jendela Menghadap Jalan karya Ruhaini Matdarin manakala novel
di Tingkatan 5 ialah novel Songket Berbenang Emas karya Khairuddin Ayip. Terdapat banyak pengajaran
kegigihan yang boleh dijadikan panduan hidup dalam kedua-dua buah novel.

Pengajaran kegigihan dalam novel Jendela Menghadap Jalan ialah kita perlulah gigih mencari rahsia jendela
menghadap jalan agar dapat mengetahui kebenaran. Lili gigih berusaha mencari rahsia tentang sebab-sebab
kebanyakan rumah penduduk di Kampung Sentosa mempunyai jendela menghadap jalan sehinggalah nenek
sendiri menceritakan rahsia bahawa jendela tersebut direka sedemikian supaya senang penduduk kampung
mengintai pergerakan Bintang Tiga yang menyusup ke kampung-kampung. Kegigihan Lili ini boleh dijadikan
panduan hidup agar kita sentiasa berusaha merungkai peristiwa sebenar di sebalik sesuatu kejadian.

Pengajaran kegigihan dalam novel Songket Berbenang Emas pula ialah kita haruslah gigih dalam menuntut
ilmu untuk berjaya dalam kehidupan. Dahlia gigih menuntut ilmu walaupun hidup dalam kemiskinan dan
menghadapi masalah kekeluargaan seperti ibunya yangsakit dan ayahnya yang dipatuk ular. Kegigihan Dahlia ini
dapat dijadikan panduan hidup kerana sesungguhnya hanya dengan ilmu dapat mengubah kehidupan seseorang
kepada yang lebih baik.

SET 17 – JPN TERENGGANU (SET 1 )2019

(a) Berdasarkan sebuah novel yang anda kaji, jelaskan dua latar tempat dan peristiwa yang berlaku bagi setiap latar
tempat tersebut.[7 markah]

(b) Berdasarkan dua buah novel yang anda telah kaji, huraikan satu persoalan kasih sayang yang terdapat dalam
setiap novel.[8 markah]

JENDELA MENGHADAP JALAN

Novel yang saya kaji ialah novel Jendela Menghadap Jalan karya Ruhaini Matdarin. Terdapat banyak latar tempat
dalam novel ini.

Latar tempat yang pertama adalah di Pekan Sentosa. Lili turun dari bas di Pekan Sentosa sebelum meneruskan
perjalanan ke kampung datuk neneknya. Sebaik turun dari bas, Lili diikuti oleh seorang pemuda Cina yang
20
disangkanya cuba mengejar dirinya. Rupa-rupanya, pemuda Cina itu ingin menyerahkan buku kepunyaan Lili
yang tertinggal di dalam bas.

Latar tempat yang kedua ialah di balai raya Kampung Sentosa. Mesyuarat tergempar diadakan di balai raya
pada pukul 10 pagi yang turut dihadiri oleh Kak Mimah dan rakannya, Nadia. Che Jah bersetuju supaya suaminya
diambil tindakan kerana dia sudah tidak tahan dengan perbuatan suaminya. Lili memberikan cadangan agar suami
Che Jah dihantar ke pusat pemulihan akidah. Kak Mimah bersetuju dengan cadangan Lili dan kemudiannya
meminta Che Jah membuat laporan polis agar bantuan kewangan dan sumbangan dapat disalurkan kepada
keluarga Che Jah.

SONGKET BERBENANG EMAS

Novel yang saya kaji ialah novel Songket Berbenang Emas karya Khairuddin Ayip. Terdapat banyak latar tempat
dalam novel ini.

Latar tempat yang pertama adalah di Sekolah Menengah Kebangsaan Temenggung Ibrahim. Sekolah
Menengah Kebangsaan Temenggung Ibrahim ialah tempat Dahlia, Kavita dan Siti Wangi menuntut ilmu sebagai
murid tingkatan enam atas dan bakal menduduki STPM pada hujung tahun. Dahlia sendiri pernah memanggil
Cikgu Salwani apabila mendapati pintu pagar sekolah telah dikunci kerana dia lewat tiba.

Latar tempat yang kedua adalah di Universiti Malaya. Dahlia telah terpilih untuk mengikuti Kursus
Pengurusan Perniagaan peringkat ijazah pertama selama empat tahun di Jepun. Sebelum itu, Dahlia diwajibkan
mengikuti kursus bahasa Jepun selama enam bulan di Universiti Malaya. Dahlia telah dipilih oleh Jabatan
Pendidikan Negeri Johor mewakili calon STPM daripada Bahagian Sri Gading.

JAWAPAN 4(b)

JENDELA MENGHADAP JALAN & SONGKET BERBENANG EMAS

Novel yang saya kaji di Tingkatan 4 ialah novel Jendela Menghadap Jalan karya Ruhaini Matdarin manakala novel
di Tingkatan 5 ialah novel Songket Berbenang Emas karya Khairuddin Ayip. Terdapat pelbagai persoalan kasih
sayang dalam kedua-dua buah novel.

Dalam novel Jendela Menghadap Jalan, terdapat persoalan kasih sayang antara anak dengan ibu. Lili
menyayangi ibunya apabila dia tidak membantah permintaan ibu yang menyuruhnya pulang bercuti di kampung
datuknya di Dungun, Terengganu. Walaupun Lili tidak bersetuju dengan cadangan ibunya namun Lili terpaksa
menyembunyikan perasaannya daripada diketahui oleh ibu. Lili mahu ibunya sentiasa kelihatan gembira dan Lili
tidak akan membantah sebarang kata-kata ibunya kecuali ibunya menyuruh melakukan kejahatan. Lili
berpura-pura tersenyum untuk menjaga hati ibunya.

Persoalan kasih sayang dalam novel Songket Berbenang Emas ialah persoalan kasih sayang kakak terhadap
adik-adik. Dahlia sanggup keluar dari asrama untuk menjaga adik-adiknya. Dahlia juga sanggup ulang-alik dari
rumah ke sekolah semata-mata untuk memastikan adik bongsunya, Anggerik mendapat penjagaan yang sempurna
sepanjang ibunya menerima rawatan di hospital. Dia juga menjaga keperluan adik-adiknya yang lain iaitu Abu
Bakar, Mawar, Melati, dan Kiambang.

SET 18 – JPN TERENGGANU (SET 2) 2019

(a) Unsur saspens dapat menarik minat pembaca untuk meneruskan pembacaan novel. Berdasarkan sebuah novel
yang anda pelajari, jelaskan dua teknik saspens yang terdapat dalam novel tersebut. [7 markah]

(b) Berdasarkan dua buah novel yang anda pelajari, huraikan satu pengajaran berkaitan kasih sayang yang terdapat
dalam setiap novel tersebut. [8 markah]

JENDELA MENGHADAP JALAN


21
Novel yang saya kaji ialah novel Jendela Menghadap Jalan karya Ruhaini Matdarin. Terdapat banyak teknik
saspens dalam novel ini.

Pengarang menggunakan teknik saspens apabila penduduk kampung mengesyaki pencuri kubah ialah Rafik
dan Haziq. Malah ada penduduk kampung yang sudah bersiap sedia untuk menyoal siasat Haziq yang baru sahaja
dipukul dengan teruk oleh Seman. Haziq yang sedang mendapat rawatan di rumah datuk Lili menjadi sasaran
penduduk kampung. Pembaca tertanya-tanya nasib yang akan menimpa Rafik dan Haziq selepas mengetahui
bahawa pencuri kubah yang sebenarnya ialah Seman.

Teknik saspens digunakan oleh pengarang ketika Lili diculik oleh Rafik dan Haziq. Danel bijak bertindak
apabila menyelamatkan Lili seorang diri pada waktu malam kerana dia tahu tempat Lili disembunyikan oleh Haziq
dan Rafik. Danel tidak menggalakkan orang kampung mencari Lili pada waktu siang untuk mengelakkan keadaan
menjadi lebih buruk. Danel yakin bahawa Lili tidak akan diapa-apakan oleh Rafik dan Haziq kerana sikap
pengecut kedua-duanya. Pembaca berasa saspens atau tertanya-tanya akan nasib Rafik dan Haziq setelah Lili
berjaya dibebaskan

SONGKET BERBENANG EMAS

Novel yang saya kaji ialah novel Songket Berbenang Emas karya Khairuddin Ayip. Terdapat banyak teknik
saspens dalam novel ini.Pengarang menggunakan teknik saspens apabila Embong telah dipatuk oleh ular tedung
ketika hendak mandi untuk ke masjid bagi menunaikan solat Jumaat. Pembaca tertanya-tanya akan nasib Dahlia
dan adik-adiknya apabila Embong bertarung dengan nyawanya akibat patukan ular tedung tersebut manakala
ibunya, Saleha masih dirawat di hospital.

Teknik saspens turut digunakan oleh pengarang apabila Nek Kiah sanggup menjual tapak rumah yang
diduduki oleh keluarga menantunya, Embong setelah terpedaya dengan hasutan Seman. Nek Kiah sanggup
memberikan amaran kepada Dahlia agar segera berpindah dari tapak sedia ada ke tanah lain kerana tanah rumah
Dahlia akan dijual. Pembaca tertanya-tanya akan nasib yang menimpa keluarga Dahlis seandainya Nek Kiah
berjaya menjual tanah tersebut.

JAWAPAN 4(b)

JENDELA MENGHADAP JALAN & SONGKET BERBENANG EMAS

Novel yang saya kaji di Tingkatan 4 ialah novel Jendela Menghadap Jalan karya Ruhaini Matdarin manakala novel
di Tingkatan 5 ialah novel Songket Berbenang Emas karya Khairuddin Ayip. Terdapat banyak pengajaran kasih
sayang dalam kedua-dua buah novel.

Pengajaran berkaitan kasih sayang dalam novel Jendela Menghadap Jalan ialah kita perlulah menyayangi ibu
bapa dengan mentaati kehendak mereka. Lili menyayangi ibunya apabila dia tidak membantah permintaan ibu
yang menyuruhnya pulang bercuti di kampung datuknya di Dungun, Terengganu. Walaupun Lili tidak bersetuju
dengan cadangan ibunya namun Lili terpaksa menyembunyikan perasaannya daripada diketahui oleh ibu. Lili
mahu ibunya sentiasa kelihatan gembira dan Lili tidak akan membantah sebarang kata-kata ibunyakecuali ibunya
menyuruh melakukan kejahatan. Lili berpura-pura tersenyum untuk menjaga hati ibunya.

Pangajaran berkaitan kasih sayang dalam novel Songket Berbenang Emas ialah kita haruslah menyayangi ahli
keluarga semasa ketiadaan ibu bapa. Dahlia sanggup keluar dari asrama untuk menjaga adik-adiknya. Dahlia juga
sanggup ulang-alik dari rumah ke sekolah semata-mata untuk memastikan adik bongsunya, Anggerik mendapat
penjagaan yang sempurna sepanjang ibunya menerima rawatan di hospital. Dia juga menjaga keperluan
adikadiknya yang lain iaitu Abu Bakar, Mawar, Melati, dan Kiambang.

SET 19 – YAYASAN ISLAM KELANTAN 2019

(a) Berdasarkan sebuah novel yang anda kaji, jelaskan dua peristiwa tentang keberanian watak utama yang
terdapat dalam novel tersebut. [7 markah]
22
(b) Berdasarkan dua buah novel yang telah anda pelajari, huraikan satu latar tempat yang terdapat dalam novel
setiap novel. [8 markah]

JENDELA MENGHADAP JALAN

Novel yang saya kaji di Tingkatan 4 ialah novel Jendela Menghadap Jalan karya Ruhaini Matdarin. Watak utama
dalam novel ini ialah Lili. Terdapat beberapa peristiwa tentang keberanian Lili dalam novel ini.

Peristiwa yang pertama ialah peristiwa keberanian Lili pergi ke rumah Che Jah. Lili berani pergi ke rumah
Che Jah walaupun dia baru berhadapan dengan peristiwa diculik oleh anak-anak Che Jah. Lili ke rumah Che Jah
dengan ditemani oleh Abang Rashid selepas mendapat kebenaran nenek. Che Jah menceritakan kepada Lili
tentang sikap anakanaknya. Che Jah mengadu kepada Lili tentang Haziq yang telah kena balun dengan tali
pinggang oleh ayahnya. Manakala Rafik menjadi kutu raya kerana asyik gagal dalam peperiksaan dan dibuang
sekolah akibat selalu ponteng dan melawan guru.

Selain itu, terdapat juga peristiwa keberanian Lili mengadu masalah Che Jah kepada Kak Mimah. Lili berani
melaporkan masa keluarga Che Jah kepada Puan Hamimah iaitu Pegawai Kebajikan Masyarakat untuk
menyelamatkan Che Jah dan anak-anaknya daripada terus dipukul oleh suami Che Jah iaitu Seman. Seman sering
mabuk dan mengabaikan tanggungjawab terhadap keluarga. Lili juga mencadangkan kepada Puan Hamimah agar
Seman dihantar ke pusat pemulihan akidah.

SONGKET BERBENANG EMAS

Novel yang saya kaji di Tingkatan 5 ialah novel Songket Berbenang Emas karya Khairuddin Ayip. Watak utama
dalam novel ini ialah Dahlia. Terdapat beberapa peristiwa tentang keberanian Dahlia dalam novel ini.

Peristiwa yang pertama ialah peristiwa keberanian Dahlia meminta izin bapanya, Embong untuk berhenti
sekolah semata-mata mahu menjaga adikadiknya. Hal ini dikatakan demikian kerana Embong sedar akan
kepentingan pelajaran kepada anak-anaknya. Embong sanggup bersusah payah demi memastikan kejayaan
anak-anaknya dalam pelajaran. Dahlia ingin berhenti sekolah apabila memikirkan kesusahan hidup mereka
sekeluarga terutama setelah melihat ayahnya yang masih lemah akibat bisa patukan ular tedung.

Peristiwa keberanian yang kedua ialah peristiwa keberanian Dahlia menyelamatkan Said yang lemas di sungai.
Dahlia berani terjun ke sungai yang berkeladak dan berarus deras semata-mata untuk menyelamatkan Said yang
tenggelam di dasar sungai tanpa memikirkan keselamatan dirinya. Seorang anak muda telah mengangkat Said ke
tebing sungai lalu memeriksa jantung Said. Nek Kiah mula mengarahkan pemuda tersebut mengangkat Said serta
dibawa keliling rumah sebanyak tujuh kali untuk memastikan Said kembali bernyawa namun usaha tersebut gagal.

JAWAPAN 4(b)

JENDELA MENGHADAP JALAN & SONGKET BERBENANG EMAS

Novel yang saya kaji di Tingkatan 4 ialah novel Jendela Menghadap Jalan karya Ruhaini Matdarin manakala novel
di Tingkatan 5 ialah novel Songket Berbenang Emas karya Khairuddin Ayip. Terdapat banyak latar tempat dalam
kedua-dua buah novel.

Latar tempat yang terdapat dalam novel Jendela Menghadap Jalan adalah di Pekan Sentosa. Lili turun dari bas
di Pekan Sentosa sebelum meneruskan perjalanan ke kampung datuk neneknya. Sebaik turun dari bas Lili diikuti
oleh seorang pemuda Cina yang disangkanya cuba mengejar dirinya. Rupa-rupanya, pemuda Cina itu ingin
menyerahkan buku kepunyaan Lili yang tertinggal di dalam bas.

Latar tempat yang terdapat dalam novel Songket Berbenang Emas pula adalah di Sekolah Menengah
Kebangsaan Temenggung Ibrahim. Sekolah ini menjadi tempat Dahlia, Kavita, dan Siti Wangi menuntut ilmu
sebagai murid tingkatan enam atas dan bakal menduduki STPM pada hujung tahun. Dahlia juga pernah memanggil
Cikgu Salwani apabila mendapati pintu pagar sekolah telah dikunci kerana dia lewat tiba.
23
SET 20 – PPD KOTA MARUDU, SABAH 2019

(a) Klimaks merupakan bahagian plot yang paling penting dalam sesebuah cerita. Berdasarkan sebuah novel yang
telah anda pelajari, jelaskan dua peristiwa yang membawa kepada klimaks dalam novel tersebut. [7 markah]

(b) Berdasarkan sebuah novel yang telah anda kaji, jelaskan dua peristiwa yang menggambarkan nilai baik hati
dalam novel tersebut.[8 markah]

JENDELA MENGHADAP JALAN

Novel yang saya kaji ialah novel Jendela Menghadap Jalan karya Abdul Latip bin Talib. Terdapat banyak
peristiwa yang membawa kepada klimaks dalam novel tersebut.

Peristiwa yang membawa kepada klimaks yang pertama ialah peristiwa isu kubah surau yang telah dicetuskan
oleh Pak Sahak, ketua kampung, Imam Sanusi dan seorang pemuda. Berlaku pertentangan pendapat antara
golongan muda dengan golongan tua berkaitan isu kubah sama ada perlu diletakkan di atas surau ataupun
membina masjid yang baharu. Mereka ke rumah datuk untuk berbincang supaya masalah yang buntu ini dapat
diselesaikan, jika tidak campur tangan Yang Berhormat diperlukan.

Peristiwa yang membawa kepada klimaks yang kedua ialah peristiwa Seman yang sedang berang memukul
Haziq. Terdapat beberapa orang di dalam rumah Che Jah ketika itu. Tiba-tiba seorang pemuda jatuh terhumban
dari atas rumah, iaitu Haziq dengan keadaan tubuhnya berdarah. Seman yang naik angin dan dalam keadaan yang
tidak siuman telah menerajang Haziq sehingga menyebabkan mulutnya berdarah. Tiada seorangpun yang berani
meleraikan ketegangan itu, mereka hanya berani melihat tentang perkara yang berlaku. Manakala, Che Jah telah
memekik minta cerai kerana tidak sabar lagi dengan karenah suaminya yang bertindak melulu

SONGKET BERBENANG EMAS

Novel yang saya kaji ialah novel Songket Berbenang Emas karya Khairuddin Ayip. Terdapat banyak peristiwa
yang membawa kepada klimaks dalam novel tersebut.

Peristiwa yang membawa kepada klimaks yang pertama ialah peristiwa Nek Kiah yang datang lagi ke rumah
Dahlia untuk mengingatkannya tentang tanah tersebut yang akan dijual. Nek Kiah terkejut apabila melihat
Embong ada di rumah. Apabila Nek Kiah bertanya kepada Dahlia sama ada dia telah memberitahu abahnya
tentang hal tanah, Embong menggunakan kesempatan itu untuk mengenakan Nek Kiah dengan menggunakan
parang yang sedang dipegangnya dengan mengatakan parang itu tajam dan senang hendak potong leher. Tauke
Lim datang ke rumah Embong dan menyatakan kesanggupannya untuk membayar harga tanah yang mahu dijual
oleh Nek Kiah supaya Embong dan keluarganya dapat terus tinggal di situ. Menurut Tauke Lim, beliau ikhlas
membantu demi kebaikan bersama-sama

Peristiwa yang membawa kepada klimaks yang kedua ialah peristiwa Dahlia pergi ke balai raya semasa
persiapan Majlis Maulidur Rasul. Dahlia membantu kerja-kerja memasak di situ. Tauke Lim turut
menyumbangkan barang-barang untuk sambutan tersebut. Haji Sulaiman selaku ketua kampung amat risau akan
hal ini kerana kurang sambutan. Aton dan Abu Bakar turut berada di balai raya itu. Kedatangan Abu Bakar
mengejutkan Dahlia kerana dia tidak menyangka adiknya akan membantu kerja-kerja tersebut. Aton banyak
bercakap daripada melakukan kerja. Dia memberitahu Mak Aji, isteri Haji Sulaiman bahawa Dahlia membawa
lelaki silih berganti ke rumahnya. Kata-kata Aton telah menyebabkan Dahlia bersedih. Abu Bakar yang terdengar
akan kata-kata Aton itu telah hilang sabar dan hampir-hampir memukul Aton tetapi dihalang oleh Haji Sulaiman.
Dahlia terus pulang ke rumah selepas peristiwa itu. Abu Bakar telah memujuk Dahlia. Dahlia memberitahu telah
banyak dugaan yang ditempuhinya. Abu Bakar juga telah memeluk abahnya dan memberitahu dialah yang telah
mencuri kambing milik abahnya

JAWAPAN 4(b)

JENDELA MENGHADAP JALAN & SONGKET BERBENANG EMAS


24
Novel yang saya kaji di Tingkatan 4 ialah novel Jendela Menghadap Jalan karya Ruhaini Matdarin manakala novel
di Tingkatan 5 ialah novel Songket Berbenang Emas karya Khairuddin Ayip. Terdapat banyak peristiwa yang
menggambarkan nilai baik hati dalam kedua-dua buah novel.

Peristiwa nilai baik hati Jendela Menghadap Jalan ialah peristiwa Lili yang baik hati apabila sanggup
memaafkan orang yang menculiknya. Lili sanggup memaafkan kesalahan yang telah dilakukan oleh Rafik dan
Haziq yang telah bertindak mengurung dan menjadikannya sebagai tebusan. Lili telah dijadikan tebusan apabila
beberapa orang lelaki mengejar Rafik dan Haziq. Lili bersimpati dengan nasib Rafik dan Haziq yang menjadi
mangsa keganasan bapa mereka.

Peristiwa nilai baik hati dalam novel Songket Berbenang Emas ialah peristiwa Dahlia dan Kavita yang baik
hati apabila membantu Dahlia menyediakan nota pelajaran. Kavita dan Najib membantu menyediakan nota
pelajaran untuk Dahlia yang sering tidak hadir ke sekolah akibat masalah keluarga. Dahlia telah berjanji dengan
Cikgu Hisham bahawa dia akan memastikan masalah yang dihadapinya itu tidak akan mengganggu tumpuannya
terhadap pelajaran

SET 21, PPD BARAM, SARAWAK 2019

(a) Jelaskan dua persoalan yang terdapat dalam sebuah novel yang anda pelajari.[7 markah]

(b) Unsur saspens digunakan dalam novel untuk menarik perhatian pembaca. Jelaskan satu unsur saspens yang
terdapat dalam dua buah novel yang anda kaji.[8 markah]

JENDELA MENGHADAP JALAN

Novel yang saya kaji di Tingkatan 4 ialah novel Jendela Menghadap Jalan karya Ruhaini Matdarin. Terdapat
banyak persoalan dalam novel ini.

Persoalan yang pertama ialah persoalan ilmu pengetahuan dalam kehidupan. Danel mempunyai banyak ilmu
pengetahuan tentang pisang. Danel telah menulis artikel dalam buku Segalanya Tentang Pisang namun dua artikel
Danel menarik perhatian Lili iaitu Remaja Jadi Pekebun Pisang Berjaya di Tenomdan Perihal Pisang. Artikel
bertajuk Perihal Pisang menceritakan khasiat dan kandungan pisang yang kaya dengan vitamin B6, riboflavin,
niasin, asid folik, kalsium, magnesium, zat besi dan vitamin C.

Persoalan yang kedua ialah persoalan keteguhan terhadap kepercayaan dan tradisi. Letchumi masih memegang
teguh kepercayaan adat tradisinya kerana dia menganggap bahawa roh nenek moyang mereka akan menjelma
sebagai burung gagak dan mereka perlu menjalani amalan pitru iaitu memberi gagak tersebut makan

SONGKET BERBENANG EMAS

Novel yang saya kaji di Tingkatan 5 ialah novel Songket Berbenang Emas karya Khairuddin Ayip. Terdapat
banyak persoalan dalam novel ini.

Persoalan yang pertama ialah persoalan ketabahan untuk berjaya dalam pelajaran. Dahlia tabah menghadapi
suasana belajar dalam keadaan yang tidak selesa di pusat pemindahan banjir setelah rumahnya dinaiki air. Dahlia
terpaksa belajar dalam keadaan yang serba kekurangan. Sikap Dahlia ini telah mendapat pujian daripada Encik
Daim yang merupakan bekas guru Dahlia kerana semangat Dahlia yang masih rajin belajar walaupun berada di
pusat pemindahan banjir.

Persoalan yang kedua ialah persoalan keprihatinan terhadap masalah orang lain. Lili, datuk dan nenek prihatin
akan nasib Che Jah yang mengalami keganasan rumah tangga. Mereka banyak menolong keluarga Che Jah. Lili
misalnya menceritakan masalah Che Jah kepada Puan Hamimah. Datuk dan nenek pula menjaga dan merawat
Rafik dan Haziq. Datuk telah membawa Rafik dan Haziq balik ke rumah untuk mendapatkan rawatan tradisional
setelah mengalami kecederaan dan lebam-lebam.
25
JAWAPAN 4(b)

JENDELA MENGHADAP JALAN & SONGKET BERBENANG EMAS

Novel yang saya kaji di Tingkatan 4 ialah novel Jendela Menghadap Jalan karya Ruhaini Matdarin manakala novel
di Tingkatan 5 ialah novel Songket Berbenang Emas karya Khairuddin Ayip. Terdapat pelbagai unsur saspens
dalam kedua-dua buah novel.

Satu unsur saspens yang terdapat dalam novel Jendela Menghadap Jalan ialah isu pencuri kubah. Pada
pendapat saya, isu pencuri kubah menimbulkan unsur saspens kerana menyebabkan pembaca tertanya-tanya
tentang orang sebenar yang mencuri kubah tersebut. Penduduk kampung mengesyaki pencuri kubah ialah Rafik
dan Haziq. Malah ada penduduk kampung yang sudah bersiap sedia untuk menyoal siasat Haziq yang baru sahaja
dipukul dengan teruk oleh Seman. Haziq yang sedang mendapat rawatan di rumah datuk Lili menjadi sasaran
penduduk kampung. Namun persoalan terjawab apabila pencuri sebenar ialah bapa Rafik dan Haziq.

Dalam novel Songket Berbenang Emas pula, unsur saspens dapat dilihat melalui kisah patukan ular tedung.
Pada pendapat saya, kisah patukan ular tedung menimbulkan unsur saspens kerana menimbulkan perasaan
tertanya-tanya kepada pembaca kerana patukan ular tedung sangat berbisa dan boleh membawa maut jika lambat
mendapatkan rawatan. Embong telah dipatuk oleh ular tedung ketika hendak mandi untuk ke masjid bagi
menunaikan solat Jumaat. Pembaca tertanya-tanya akan nasib Dahlia dan adik-adiknya apabila Embong bertarung
dengan nyawanya akibat patukan ular tedung tersebut manakala ibunya, Saleha masih dirawat di hospital. Namun,
pembaca lega apabila Embong kembali pulih dan selamat daripada bisa patukan ular tedung setelah seminggu
berada di Hospital Batu Pahat.

SET 22 – SEKOLAH BERASRAMA PENUH 2019

(a) Jelaskan dua peristiwa yang dapat menimbulkan kesedaran kepada pembaca dalam sebuah novel yang telah
anda kaji dan berikan sebab-sebab anda berpendapat demikian.[7 markah]

(b) Berdasarkan dua buah novel yang telah anda kaji, huraikan satu peristiwa yang memaparkan nilai
kebijaksanaan yang terdapat dalam setiap novel[8 markah

JENDELA MENGHADAP JALAN

Novel yang saya kaji ialah novel Jendela Menghadap Jalan karya Ruhaini Matdarin. Terdapat banyak peristiwa
yang menimbulkan kesedaran pembaca dalam novel ini.

Peristiwa yang pertama ialah peristiwa kerajinan datuk Lili ke hutan. Datuk atau Haji Abdul Rahman rajin
masuk ke hutan untuk mencari akar-akar kayu sebagai ramuan perubatan tradisional. Sikapnya yang rajin ini
membimbangkan nenek kerana pernah datuk tidak balik pada waktu malam semata-mata untuk untuk mencari
akarakar kayu. Datuk turut ke paya bakau untuk mencari tumbuhan eksotik dan suka merayau-rayau ke
tempat-tempat yang berpotensi untuk dijadikan penyembuh tubuh manusia yang sakit. Peristiwa ini memberikan
kesedaran kepada pembaca agar menghargai tumbuh-tumbuhan herba kerana banyak khasiat kepada manusia.

Peristiwa yang kedua ialah peristiwa kerajinan Geetha membantu nenek di dapur. Geetha rajin membantu
nenek memasak apabila dia memotong sayur dan menyiang ikan ketika dia tidur di rumah nenek. Walaupun nenek
melarang Geetha menolongnya kerana Geetha ialah tetamu namun dia tetap membantu nenek. Bagi Geetha,
membantu melakukan kerja-kerja di dapur ialah kerja orang perempuan. Peristiwa ini memberikan kesedaran
kepada pembaca agar ringan tulang apabila berada di rumah orang lain.

SONGKET BERBENANG EMAS

Novel yang saya kaji ialah novel Songket Berbenang Emas karya Khairuddin Ayip. Terdapat banyak peristiwa
yang menimbulkan kesedaran pembaca dalam novel ini.
26
Peristiwa yang pertama ialah peristiwa peristiwa Tauke Lim membantu keluarga Embong. Tauke Lim
menganggap Embong sebagai saudaranya kerana mereka samasama merantau dari Melaka. Tauke Lim berniaga
manakala Embong bekerja di estet. Susah senang ditanggung bersama-sama. Tauke Lim begitu hairan dengan
sikap Nek Kiah dan Seman yang bermusuhan dengan keluarga Embong walaupun mereka satu keluarga. Tauke
Lim berjanji akan menolong Dahlia berkenaan wang yang diminta oleh neneknya. Peristiwa ini memberikan
kesedaran kepada pembaca agar membantu orang yang dalam kesusahan walaupun berlainan bangsa dan agama
sebagaimana yang dilakukan oleh Tauke Lim terhadap keluarga Embong

Peristiwa yang kedua ialah peristiwa keprihatinan Cikgu Hisyam terhadap pelajaran Dahlia apabila
mengingatkan Dahlia agar tidak mengabaikan pelajaran apabila Dahlia membuat keputusan untuk keluar dari
asrama. Cikgu Hisyam telah memanggil Dahlia untuk menemuinya kerana Dahlia tidak hadir dua hari ke sekolah.
Cikgu Hisyam cuba mencungkil masalah yang dihadapi oleh Dahlia namun Dahlia lebih suka merahsiakannya.
Cikgu Hisyam yang bimbang akan pelajaran Dahlia telah meminta rakan-rakan Dahlia membantu meminjamkan
nota-nota untuk memudahkan Dahlia mengulang kaji pelajarannya. Peristiwa ini memberikan kesedaran kepada
pembaca agar pembaca mementingkan pelajaran walau apapun masalah yang dihadapi oleh mereka

JAWAPAN 4(b)

JENDELA MENGHADAP JALAN & SONGKET BERBENANG EMAS

Novel yang saya kaji di Tingkatan 4 ialah novel Jendela Menghadap Jalan karya Ruhaini Matdarin manakala di
Tingkatan 5 ialah novel Songket Berbenang Emas karya Khairuddin Ayip. Terdapat banyak peristiwa yang
memaparkan nilai kebijaksanaan dalam novel ini.

Peristiwa nilai kebijaksanaan dalam Jendela Menghadap Jalan ialah peristiwa kebijaksanaan Danel
menyelesaikan masalah penduduk kampung. Danel telah mencadangkan supaya membuat pengumuman di surau
untuk meminta pendapat penduduk kampung sama ada ingin meletakkan kubah di surau ataupun membina masjid
baharu. Majoriti penduduk menginginkan pembinaan masjid baharu kerana surau sudah uzur. Danel dan Lili tidak
jadi memasang poster kerana kurang berkesan.

Peristiwa nilai kebijaksanaan dalam novel Songket Berbenang Emas ialah peristiwa kebijaksanaan Dahlia
menguruskan masa dengan membuat ulang kaji di pusat pemindahan banjir. Rumah Dahlia telah musnah akibat
banjir. Dahlia bersyukur kerana nota-nota pelajarannya dapat diselamatkan. Dalam keadaan sesak di pusat
pemindahan banjir tersebut, Dahlia mencuri peluang untuk belajar. Dia tidak peduli jika ada orang yang
mengatakan bahawa dia ingin menunjuk-nunjuk. Sikap Dahlia ini dipuji oleh Encik Daim, bekas guru Dahlia
ketika di Sekolah Menengah Kebangsaan Tun Ismail

SET 23 – PPD SEMPORNA, SABAH 2019

(a) Konflik merupakan satu daripada teknik penceritaan yang dapat mengembangkan sesebuah cerita.Berdasarkan
sebuah novel yang telah anda pelajari, jelaskan dua konflik yang dihadapi oleh watak utamanya.[ 7 markah ]

(b) Kebijaksanaan pengarang mempersembahkan plot cerita dalam sesebuah novel dapat menimbulkan minat
pembaca untuk meneruskan pembacaan mereka.Berdasarkan dua buah novel yang anda kaji, huraikan satu
peristiwa yang menunjukkan teknik imbas kembali yang digunakan dalam novel tersebut.[8 markah]

JENDELA MENGHADAP JALAN

Novel yang saya kaji di Tingkatan 4 ialah novel Jendela Menghadap Jalan karya Ruhaini Matdarin. Watak utama
dalam novel ini ialah Lili. Terdapat pelbagai konflik yang telah dihadapi oleh Lili dalam novel ini.

Konflik yang pertama ialah konflik sesama rakan. Lili berkonflik dengan Danel apabila Danel tidak serius
membincangkan isu kubah. Lili meminta Danel menjadi penggerak kepada pembangunan di kampung itu dengan
memberikan penjelasan kepada penduduk kampung tentang kemajuan yang ingin dilaksanakan. Sikap Danel yang
27
tidak serius membincangkan hal tersebut membuatkan Lili berasakan semangatnya luntur. Danel telah memujuk
Lili dengan membawa aiskrim sebagai tanda minta maaf kerana menyakiti hati Lili.

Konflik yang kedua ialah konflik dengan diri sendiri. Lili berkonflik dengan dirinya sendiri apabila terpaksa
merelakan dirinya untuk pulang ke kampung datuk dan neneknya yang jauh daripada pembangunan di satu
kawasan di Dungun, Terengganu. Lili terpaksa menyembunyikan perasaannya daripada diketahui oleh ibu. Lili
tidak mahu pulang ke kampung kerana dia mahu menghabiskan cuti sekolah yang terakhirnya itu bersama-sama
rakan sekelasnya

SONGKET BERBENANG EMAS

Novel yang saya kaji di Tingkatan 5 ialah novel Songket Berbenang Emas karya Khairuddin Ayip. Watak utama
dalam novel ini ialah Dahlia. Terdapat pelbagai konflik yang telah dihadapi oleh Dahlia dalam novel ini.

Konflik yang pertama ialah konflik dengan diri sendiri. Dahlia berkonflik dengan dirinya apabila mengambil
keputusan untuk keluar dari asrama. Walaupun Cikgu Salwani dan Cikgu Hisyam cuba untuk memujuk Dahlia
menceritakan masalah yang dihadapinya namun Dahlia tetap menyimpan masalah yang membelenggu hidupnya.
Begitu juga kegagalannya hadir ke sekolah pada hari Selasa dan Rabu tetap dirahsiakan daripada Cikgu Hisyam
sebab musababnya. Pada hari Selasa, Dahlia tidak pergi ke sekolah kerana adiknya sakit ditambah dengan dirinya
yang masih lemah kerana meredah arus sungai untuk menyelamatkan Said.

Konflik yang kedua ialah konflik dengan jiran. Dahlia berkonflik dengan Aton apabila Aton menyindir dan
memfitnah Dahlia sebagai seorang gadis yang rendah akhlak. Aton turut menuduh Dahlia sebagai buah kelapa
yang telah ditebuk tupai. Aton juga sering menyindir Dahlia apabila dia mengatakan bahawa Dahlia pulang ke
rumah untuk melihat emaknya yang dianggap tidak siuman

JAWAPAN 4(b)

JENDELA MENGHADAP JALAN & SONGKET BERBENANG EMAS

Novel yang saya kaji di Tingkatan 4 ialah novel Jendela Menghadap Jalan karya Ruhaini Matdarin manakala novel
yang saya kaji di Tingkatan 5 ialah novel Songket Berbenang Emas karya Khairuddin Ayip. Terdapat banyak
teknik imbas kembali dalam kedua-dua buah novel.

Teknik imbas kembali dalam novel Jendela Menghadap Jalan ialah teringat kembali kisah sewaktu kecil.
Datuk teringat kembali tentang kisahnya semasa kecil yang terpaksa mengikut orang tuanya meredah belantara dan
belayar dengan kapal kemudian terdampar di satu tempat sehingga datuk bertemu dan berkahwin dengan nenek.

Teknik imbas kembali dalam novel Songket Berbenang Emas ialah teringat kembali kata-kata orang kampung.
Dahlia teringat kembali pertanyaan orang kampung tentang kelambatannya terjun ke sungai untuk menyelamatkan
Said daripada lemas. Dahlia juga teringat akan kata-kata kesat Aton yang memaki hamun dan menuduhnya sebagai
orang yang membunuh anaknya. Tuduhan Aton ini menyebabkan Dahlia begitu sedih kerana gagal
menyelamatkan Said walaupun dia telah berusaha bersungguh-sungguh.

SET 24 – PPD LAHAD DATU, SABAH 2019

(a) Huraikan dua peristiwa yang memberikan pedoman yang terdapat dalam sebuah novel yang anda pelajari.[7
markah]

(b) Dalam setiap novel, konflik yang wujud mampu menjadikan novel menjadi menarik. Berdasarkan dua buah
novel yang anda pelajari, huraikan satu peristiwa yang menggambarkan konflik antara watak dan cara
penyelesaiannya.[8 markah]

JENDELA MENGHADAP JALAN


28
Novel yang saya kaji di Tingkatan 4 ialah novel Jendela Menghadap Jalan karya Ruhaini Matdarin. Terdapat
banyak peristiwa yang memberikan pedoman dalam novel ini.

Peristiwa yang pertama ialah peristiwa datuk Lili atau Haji Abdul Rahman rajin masuk ke hutan untuk
mencari akar-akar kayu sebagai ramuan perubatan tradisional. Sikapnya yang rajin ini membimbangkan nenek
kerana pernah datuk tidak balik pada waktu malam semata-mata untuk mencari akar-akar kayu. Datuk turut ke
paya bakau untuk mencari tumbuhan eksotik dan suka merayau-rayau ke tempat-tempat yang berpotensi untuk
dijadikan penyembuh tubuh manusia yang sakit. Peristiwa ini memberikan pedoman agar kita menghargai sumber
alam semula jadi yang banyak memberikan manfaat kepada kesihatan manusia.

Peristiwa yang kedua ialah peristiwa Geetha yang rajin membantu nenek memasak apabila dia memotong
sayur dan menyiang ikan ketika dia tidur di rumah nenek. Walaupun nenek melarang Geetha menolongnya kerana
Geetha ialah tetamu namun dia tetap membantu nenek. Bagi Geetha, membantu melakukan kerja-kerja di dapur
ialah kerja orang perempuan. Peristiwa ini memberikan pedoman agar kita rajin membantu orang yang lebih tua
untuk meringankan kerja-kerja mereka.

SONGKET BERBENANG EMAS

Novel yang saya kaji di Tingkatan 5 ialah novel Songket Berbenang Emas karya Khairuddin Ayip. Terdapat
banyak peristiwa yang memberikan pedoman dalam novel ini.

Peristiwa yang pertama ialah peristiwa keprihatinan Tauke Lim terhadap kesusahan dan kemiskinan hidup
yang dialami oleh keluarga Embong. Dia sanggup memberikan makanan dan wang kepada keluarga Embong.
Tauke Lim membenarkan Embong sekeluarga mengambil barang runcit di kedainya dengan berhutang. Tauke Lim
turut menyumbangkan wang sebanyak RM300.00 untuk membiayai perbelanjaan Dahlia di Universiti Malaya.
Peristiwa ini memberikan pedoman agar kita prihatin akan kesusahan orang lain dengan menghulurkan bantuan
kepada mereka.

Peristiwa yang kedua ialah peristiwa Cikgu Hisyam yang mengingatkan Dahlia agar tidak mengabaikan
pelajaran apabila Dahlia membuat keputusan untuk keluar dari asrama. Cikgu Hisyam telah memanggil Dahlia
untuk menemuinya kerana Dahlia tidak hadir dua hari ke sekolah. Cikgu Hisyam cuba mencungkil masalah yang
dihadapi oleh Dahlia namun Dahlia lebih suka merahsiakannya. Cikgu Hisyam yang bimbang akan pelajaran
Dahlia telah meminta rakan-rakan Dahlia membantu meminjamkan nota-nota untuk memudahkan Dahlia
mengulang kaji pelajarannya.Peristiwa ini memberikan pedoman agar kita sentiasa mementingkan pelajaran
walaupun berhadapan dengan pelbagai masalah

JAWAPAN 4(b)

JENDELA MENGHADAP JALAN & SONGKET BERBENANG EMAS

Novel yang saya kaji di Tingkatan 4 ialah novel Jendela Menghadap Jalan karya Ruhaini Matdarin manakala novel
di Tingkatan 5 ialah novel Songket Berbenang Emas karya Khairuddin Ayip. Terdapat pelbagai peristiwa yang
menggambarkan konflik antara watak dan cara penyelesaiannya dalam kedua-dua buah novel.

Peristiwa yang menggambarkan konflik antara watak dalam novel Jendela Menghadap Jalan ialah peristiwa
Lili yang berkonflik dengan neneknya apabila nenek melarang Lili pergi ke rumah Che Jah kerana risau akan
keselamatannya. Nenek takut anak-anak Che Jah mengapaapakan Lili. Lili ingin pergi ke rumah Che Jah kerana
berasa kasihan akan nasib Rafik dan Haziq walaupun mereka telah menculiknya. Cara Lili menyelesaikan konflik
ini adalah dengan mematuhi arahan neneknya. Lili membatalkan rancangan untuk ke pekan namun masih
mengharapkan ada keajaiban yang muncul untuk membantunya.

Peristiwa yang menggambarkan konflik antara watak dalam novel Songket Berbenang Emas pula ialah
peristiwa Dahlia berkonflik dengan Azhari yang cemburu apabila melihat Najib datang ke rumahnya. Najib datang
ke rumah Dahlia untuk memujuk Dahlia meneruskan persekolahannya. Najib juga bersedia membantu Dahlia
berkaitan urusan pembelian tanah yang akan dijual oleh Nek Kiah tetapi Dahlia menolak kerana tidak mahu
29
termakan budi. Tidak lama kemudian, Azhari datang ke rumah Dahlia. Azhari dan Najib berkenalan namun
tiba-tiba Azhari pulang tanpa memaklumkan kepada Dahlia akibat berselisih faham dengan Najib tentang
hubungannya dengan Dahlia. Cara Dahlia menyelesaikan konflik ini adalah dengan bertanya kepada Najib tentang
sebab Azhari pergi begitu sahaja. Setelah mengetahui bahawa Najib berselisih faham dengan Azhari pandangan
Dahlia menjadi kelam

SET 25 – RAMALAN CIKGU TAN CL UNTUK SPM BM 2019

(a) Salah satu persoalan yang terdapat dalam novel yang anda kaji ialah persoalan kasih sayang.Jelaskan dua
peristiwa yang menggambarkan persoalan kasih sayang dalam sebuah novel yang anda pelajari.[7 markah]

(b) Berdasarkan dua buah novel yang anda pelajari, huraikan satu sikap masyarakat yang sepatutnya dihindari oleh
pembaca. [8 markah

JENDELA MENGHADAP JALAN

Novel yang saya kaji di Tingkatan 4 ialah Jendela Menghadap Jalan karya Ruhaini Matdarin. Terdapat banyak
peristiwa yang menggambarkan persoalan kasih sayang dalam novel ini.

Peristiwa yang pertama ialah peristiwa kasih sayang sesama sahabat apabila Danel telah menyelamatkan Lili.
Lili yang telah diculik dan dijadikan tebusan oleh Haziq dan Rafik di sebuah pondok usang di hujung kampung
telah diselamatkan oleh Danel seorang diri pada waktu malam. Kesan daripada sikap tanggungjawab Danel ini
maka Lili dapat diselamatkan tanpa sebarang kecederaan. Peristiwa di atas berkaitan dengan persoalan kasih
sayang antara sahabat.

Peristiwa yang kedua ialah peristiwa kasih sayang Lili terhadap ibunya. Lili menyayangi ibunya apabila dia
tidak membantah permintaan ibu yang menyuruhnya pulang bercuti di kampung datuknya di Dungun, Terengganu.
Walaupun Lili tidak bersetuju dengan cadangan ibunya namun Lili terpaksa menyembunyikan perasaannya
daripada diketahui oleh ibu. Lili mahu ibunya sentiasa kelihatan gembira dan Lili tidak akan membantah sebarang
kata-kata ibunya kecuali ibunya menyuruh melakukan kejahatan. Lili berpura-pura tersenyum untuk menjaga hati
ibunya. Peristiwa di atas berkaitan dengan persoalan kasih sayang anak kepada ibu bapanya.

SONGKET BERBENANG EMAS

Novel yang saya kaji di Tingkatan 5 ialah novel Songket Berbenang Emas karya Khairuddin Ayip. Terdapat
banyak peristiwa yang menggambarkan persoalan kasih sayang dalam novel ini.

Peristiwa yang pertama ialah peristiwa kasih sayang Embong terhadap Saleha.Embong bermonolog agar
Saleha bersabar untuk sehari dua lagi dengan mematuhi nasihat doktor dan akur untuk makan ubat sekiranya dia
masih sakit. Dia amat yakin bahawa isterinya akan sembuh. Embong berdoa siang dan malam agar isterinya
sembuh. Embong tidak sabar menunggu waktu mereka sekeluarga dapat berkumpul. Peristiwa di atas berkaitan
dengan persoalan kasih sayang suami kepada isterinya.

Peristiwa yang kedua ialah peristiwa kasih sayang Dahlia terhadap neneknya.Dahlia tetap menjaga neneknya
dengan menyuapkan bubur ketika neneknya sakit. Dahlia turut meminta neneknya agar tinggal bersama-sama
mereka sekeluarga apabila sembuh nanti kerana mereka adik-beradik boleh memantau kesihatan nenek. Selama
tinggal dua hari di wad, hanya anak-anak Saleha yang menjaganya. Sikap bertanggungjawab Dahlia ini telah
berjaya merobohkan tembok kesombongan nenek yang selama ini bersikap prejudis dengan mereka sekeluarga.
Peristiwa di atas berkaitan dengan persoalan kasih sayang cucu kepada neneknya

JAWAPAN 4(b)

JENDELA MENGHADAP JALAN & SONGKET BERBENANG EMAS


30
Novel yang saya kaji di Tingkatan 4 ialah novel Jendela Menghadap Jalan karya Ruhaini Matdarin manakala novel
di Tingkatan 5 ialah novel Songket Berbenang Emas karya Khairuddin Ayip. Terdapat banyak sikap masyarakat
yang sepatutnya dihindari oleh pembaca dalam novel ini.

Sikap masyarakat yang sepatutnya dihindari oleh pembaca dalam novel Jendela Menghadap Jalan ialah sikap
masyarakat yang panas baran. Seman iaitu suami Che Jah bukan sahaja seorang yang panas baran tetapi juga kaki
mabuk dan kaki judi. Seman telah memukul Haziq sehingga cedera dan memaki hamun Haziq seperti orang kena
rasuk. Sikap Seman ini menyebabkan Rafik dan Haziq terlibat dalam kegiatan dadah dan mencuri. Mereka telah
menculik Lili kerana terpaksa melepaskan diri daripada orang yang mengejar mereka.

Dalam novel Songket Berbenang Emas pula sikap masyarakat yang prejudis juga perlu dihindari oleh
pembaca. Nek Kiah bersikap prejudis terhadap Embong sekeluarga. Nek Kiah meluahkan perasaan tidak puas
hatinya terhadap Embong kerana membawa nasib malang kepada Saleha sejak mereka berkahwin sehingga
mempunyai enam orang anak. Hal ini ditambah lagi dengan hasutan Seman yang memfitnah Embong dengan
mengatakan bahawa Embong membela ilmu hitam menyebabkan Saleha menjadi gila. Nek Kiah yang percaya
akan fitnah Seman, turut bersetuju dengan cadangan anaknya tersebut untuk menjual tanah pusaka seluas seekar
yang diduduki oleh keluarga Saleha dengan harga RM15,000.00.

You might also like