Nothing Special   »   [go: up one dir, main page]

Modul Ramalan Soalan SPM Novel 2019 (Jawapan)

Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 16

RAMALAN SOALAN SPM NOVEL 2019

SKOR A+

SOALAN ILMU NOVEL


SET 1

NOVEL JENDELA MENGHADAP JALAN

Latar tempat
(a) Berdasarkan sebuah novel yang anda pelajari, huraikan dua latar tempat dalam novel tersebut.
[7 markah]

Novel yang saya kaji di Tingkatan 4 ialah novel Jendela Menghadap Jalan karya Ruhaini Matdarin.

Salah satu latar tempat yang terdapat dalam novel Jendela Menghadap Jalan ialah Kedai Runcit
Letchumi. Kedai runcit ini terletak di Pekan Sentosa. Buktinya, nenek membawa Lili ke kedai runcit
Letchumi. Di kedai tersebut Lili bertemu dengan Geetha iaitu anak gadis India yang kali pertama telah
ditemui oleh Lili di dalam bas semasa dalam perjalanan pulang ke kampung. Sewaktu berada di kedai runcit
tersebutlah Lili mendapat tahu Geetha ialah anak kepada Letchumi.

Selain itu, latar tempat yang lain dalam novel tersebut ialah Rumah Datuk di Kampung Sentosa.
Buktinya, Danel bersama bapanya William datang ke rumah datuk untuk memaklumkan kepada datuk
bahawa bapanya bercadang untuk berhenti mengamalkan rawatan perubatan tradisional daripada datuk
kerana ingin mencuba perubatan moden pula. Sewaktu berada di rumah datuk, Danel telah bertemu Lili kali
kedua dan tidak menyangka Lili ialah cucu kepada datuk.

NOVEL SONGKET BERBENANAG EMAS

Latar tempat
(a) Berdasarkan sebuah novel yang anda pelajari, huraikan tiga latar tempat dalam novel tersebut.
[7 markah]

Novel yang saya kaji di Tingkatan 5 ialah ialah novel Songket Berbenang Emas karya Khairuddin Ayip.

Salah satu latar tempat yang terdapat dalam novel Songket Berbenang Emas ialah Sekolah Menengah
Perempuan Temengggung Ibrahim, Batu Pahat, Johor. Buktinya, Azhari datang mencari Dahlia ke
Sekolah Menengah Temenggung Ibrahim. Kavita iaitu kawan Dahlia telah meminta Azhari untuk
© Disediakan oleh Miss Huah 花老师 Page 1
RAMALAN SOALAN SPM NOVEL 2019
SKOR A+

menunggu Dahlia di kantin sekolah. Azhari telah menemui Dahlia di kantin sekolah dan turut
menyatakan hasrat hatinya untuk melamar Dahlia di kawasan sekolah yang sama.

Selain itu, latar tempat yang lain dalam novel tersebut ialah di Hospital Batu Pahat, Johor. Buktinya,
Dahlia melawat ibunya di Hospital Batu Pahat Johor, Dahlia telah terserempak dengan Hj.Sulaiman
iaitu ketua kampung. Di kawasan hospital yang sama, Hj.Sulaiman memaklumkan kepada Dahlia bahawa
ibunya telah ditukarkan ke Hospital Permai, Johor Baharu. Malah, pada suatu hari yang lain pula,
Dahlia juga terserempak dengan Cikgu Hisyam dan Kavita di Hospital Batu Pahat ketika melawat
ayahnya yang dirawat di Hospital Batu Pahat akibat dipatuk seekor ular tedung.

Di samping itu , latar tempat yang seterusnya dalam novel tersebut ialah di Rumah Dahlia di kampung
Parit Haji Rais. Buktinya, peristiwa penting yang berlaku di rumah Dahlia termasuk kunjungan ibu dan
saudara mara Azhari untuk melamar Dahlia. Ibu Azhari telah menyerahkan sebentuk cincin kepada
Dahlia di rumah itu sebagai satu tanda ikatan pertunangan. Selain itu, ketua kampung Haji Sulaiman
turut datang ke rumah Dahlia bersama ambulans dengan tiga orang pembantu hospital untuk membawa
Saleha ke hospital.

© Disediakan oleh Miss Huah 花老师 Page 2


RAMALAN SOALAN SPM NOVEL 2019
SKOR A+

SET 2

NOVEL JENDELA MENGHADAP JALAN

Persoalan kebijaksanaan
(a) Jelaskan dua persoalan kebijaksanaan yang terdapat dalam sebuah novel yang telah anda pelajari.
[7 markah]
Novel yang saya kaji di Tingkatan 4 ialah novel Jendela Menghadap Jalan karya Ruhaini Matdarin.
Terdapat beberapa peristiwa yang membuktikan terdapatnya persoalan kebijaksanaan dalam novel ini.

Persoalan kebijaksanaan yang pertama ialah persoalan kebijaksanaan menyelesaikan masalah


penduduk kampung. Buktinya, Danel bijak menyelesaikan masalah penduduk kampung apabila dia
mencadangkan supaya membuat pengumuman di surau untuk meminta pendapat penduduk kampung sama
ada ingin meletakkan kubah di surau ataupun membina masjid baharu. Majoriti penduduk menginginkan
pembinaan masjid baharu kerana surau sudah uzur. Danel dan Lili tidak jadi memasang poster kerana
kurang berkesan.

Persoalan kebijaksanaan yang kedua ialah persoalan kebijaksanaan membuat keputusan untuk
membantu orang yang dalam kesusahan. Buktinya, Lili bijak apabila dia melaporkan kes keganasan
rumah tangga Che Jah kepada Puan Hamimah iaitu Pegawai Kebajikan Masyarakat untuk menyelamatkan
Che Jah dan anak-anaknya daripada terus dipukul oleh suami Che Jah iaitu Seman. Seman sering mabuk dan
mengabaikan tanggungjawab terhadap keluarga. Lili juga mencadangkan kepada Puan Hamimah agar
Seman dihantar ke pusat pemulihan akidah.

NOVEL SONGKET BERBENANG EMAS

Persoalan kebijaksanaan
(a) Jelaskan dua persoalan kebijaksanaan yang terdapat dalam sebuah novel yang telah anda pelajari.
[7 markah]

Novel yang saya kaji di Tingkatan 5 ialah novel Songket Berbenang Emas karya Khairuddin Ayip.
Terdapat beberapa peristiwa yang membuktikan terdapatnya persoalan kebijaksanaan dalam novel ini.

© Disediakan oleh Miss Huah 花老师 Page 3


RAMALAN SOALAN SPM NOVEL 2019
SKOR A+

Persoalan kebijaksanaan yang pertama ialah persoalan kebijaksanaan menguruskan masa. Buktinya,
Dahlia bijak menguruskan masa dengan membuat ulang kaji di pusat pemindahan banjir. Rumah Dahlia
telah musnah akibat banjir. Dahlia bersyukur kerana nota-nota pelajarannya dapat diselamatkan. Dalam
keadaan sesak di pusat pemindahan banjir tersebut, Dahlia mencuri peluang untuk belajar. Dia tidak peduli
jika ada orang yang mengatakan bahawa dia ingin menunjuk-nunjuk. Sikap Dahlia ini dipuji oleh Encik
Daim, bekas guru Dahlia ketika di Sekolah Menengah Kebangsaan Tun Ismail.

Persoalan kebijaksanaan yang seterusnya ialah persoalan kebijaksanaan membuat keputusan.


Buktinya, Embong bijak membuat keputusan apabila dia tidak membenarkan Dahlia berhenti sekolah
semata-mata mahu menjaga adik-adiknya. Hal ini dikatakan demikian kerana Embong sedar akan
kepentingan pelajaran kepada anak-anaknya. Embong sanggup bersusah payah demi memastikan kejayaan
anak-anaknya dalam pelajaran. Dahlia ingin berhenti sekolah apabila memikirkan kesusahan hidup mereka
sekeluarga terutama setelah melihat ayahnya yang masih lemah akibat bisa patukan ular tedung.

© Disediakan oleh Miss Huah 花老师 Page 4


RAMALAN SOALAN SPM NOVEL 2019
SKOR A+

SET 3

NOVEL JENDELA MENGHADAP JALAN

Persoalan kejujuran
(a) Jelaskan dua persoalan kejujuran yang terdapat dalam sebuah novel yang telah anda pelajari.
[7 markah]
Novel yang saya kaji di Tingkatan 4 ialah novel Jendela Menghadap Jalan karya Ruhaini Matdarin.
Terdapat beberapa peristiwa yang membuktikan terdapatnya persoalan kejujuran dalam novel ini.

Persoalan kejujuran yang pertama ialah persoalan kejujuran seorang lelaki untuk menyatakan
pendapat. Buktinya, Danel jujur apabila menyatakan pendapatnya tentang proses rawatan tradisional
kepada datuk. Danel menyatakan kepada datuk bahawa dia mahu mencuba rawatan moden ke atas ayahnya.
Namun, pantang larang ketika proses rawatan tradisional telah menghalang hasrat mereka. Danel mahu
ayahnya menghentikan pengambilan akar kayu dan herba sebaliknya beralih menggunakan produk kesihatan
keluaran syarikat MLM. Ketegasan pendirian Danel ini sedikit sebanyak mengecewakan datuk kerana
pekerjaannya telah ditentang oleh Danel.

Persoalan kejujuran yang kedua ialah persoalan kejujuran seorang lelaki tentang perubatan secara
tradisional. Buktinya, kejujuran Datuk terhadap perubatan secara tradisional yang diusahakannya selama ini
merupakan perubatan alternatif kepada pesakit yang datang menemuinya iaitu Kak Mimah dan William Ng
dan Mak cik Lechutmi.

NOVEL SONGKET BERBENANG EMAS

Persoalan kejujuran

(a) Jelaskan dua persoalan kejujuran yang terdapat dalam sebuah novel yang telah anda pelajari.
[7 markah]
Novel yang saya kaji di Tingkatan 5 ialah novel Songket Berbenang Emas karya Khairuddin Ayip.
Terdapat beberapa peristiwa yang membuktikan terdapatnya persoalan kejujuran dalam novel ini.

© Disediakan oleh Miss Huah 花老师 Page 5


RAMALAN SOALAN SPM NOVEL 2019
SKOR A+

Persoalan kejujuran yang pertama ialah persoalan kejujuran mengakui kesalahan diri. Buktinya, Abu
Bakar bersikap jujur apabila dia mendedahkan perkara sebenar kepada ayahnya tentang perbuatan jahatnya
yang telah mencuri dan menjual kambing milih ayahnya. Bakar memeluk ayahnya dan mengaku bahawa dia
telah menyusahkan Embong selama ini. Bakar turut mengakui bahawa dia anak yang tidak berguna kerana
tidak mempedulikan kesusahan keluarganya.

Persoalan kejujuran yang kedua ialah persoalan kejujuran selepas menyedari kesilapan diri.
Buktinya, Nek Kiah akhirnya insaf setelah Dahlia yang selama ini dibencinya telah menjaga dan
merawatnya ketika terlantar sakit. Begitu juga dengan Abu Bakar yang selalu berpeleseran sehingga sanggup
mencuri kambing ayahnya berubah sikap apabila ditempelak oleh rakan-rakannya sendiri.

© Disediakan oleh Miss Huah 花老师 Page 6


RAMALAN SOALAN SPM NOVEL 2019
SKOR A+

SET 4

NOVEL JENDELA MENGHADAP JALAN

Pelelairan
(a) Peleraian sesebuah cerita boleh menberikan kesan yang mendalam kepada pembaca.
Jelaskan peleraian cerita bagi sebuah novel yang anda pelajari.
[7 markah]
Novel yang saya kaji di Tingkatan 4 ialah novel Jendela Menghadap Jalan karya Ruhaini Matdarin.
Peleraian bagi novel Jendela Menghadap Jalan adalah bermula daripada peristiwa Sugi mempertahankan
dirinya bahawa dia tidak terlibat dengan kemasukan dua orang wakil pemaju perumahan yang datang
memujuk orang kampung untuk menjual tanah mereka. Che Jah pula telah berjaya membuat laporan polis
berhubung keganasan rumah tangga yang dilakukan oleh suaminya, Seman. Laporan itu diperlukan untuk
tindakan lanjut daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat. Datuk Lili telah dituduh melindungi Che Jah dan
anak-anaknya kerana tidak mengheret mereka ke muka pengadilan ketika mereka menculik Lili. Ibu
menghubungi Lili dan berasa pelik dengan perubahan sikap Lili yang tidak merungut sepanjang tempoh
percutiannya di kampung. Datuk Lili yang bernama Haji Abdul Rahman dan neneknya yang bernama Hajah
Aisyah Tan bercerita tentang asal usul dan perjalanan hidup masing-masing kepada Lili. Nenek juga
bercerita tentang kisah rahsia jendela dibina menghadap jalan supaya senang penduduk kampung mengintai
pergerakan musuh dan sentiasa berjaga-jaga. Lili mencatat segala peristiwa dan kejadian yang berlaku.
Dalam catatannya, Lili berasa lega dan gembira apabila semua ujian dan permasalahan dalam masyarakat di
Kampung Sentosa berjaya mencapai kejayaan.

NOVEL SONGKET BERBENANG EMAS

Pelelairan
(a) Peleraian sesebuah cerita boleh menberikan kesan yang mendalam kepada pembaca.
Jelaskan peleraian cerita bagi sebuah novel yang anda pelajari.
[7 markah]
Novel yang saya kaji di Tingkatan 5 ialah novel Songket Berbenang Emas karya Khairuddin Ayip.
Peleraian bagi novel Songket Berbenang Emas bermula ketika Encik Daim membawa khabar gembira
bahawa Dahlia telah terpilih mengikuti Kursus Pengurusan Perniagaan peringkat ijazah pertama selama
empat tahun di Jepun. Sebelum itu, Dahlia diwajibkan mengikuti kursus bahasa Jepun di Universiti Malaya.
Nek Kiah masuk ke bilik Dahlia lalu menyerahkan gelang pusaka miliknya kepada Dahlia. Dahlia teringat

© Disediakan oleh Miss Huah 花老师 Page 7


RAMALAN SOALAN SPM NOVEL 2019
SKOR A+

akan perbualannya dengan Azhari berkaitan harga cincin pertunangan yang dibeli oleh Azhari. Dahlia lebih
suka jika Azhari membeli cincin pertunangan yang harganya lebih murah dan baki wang pembelian cincin
itu dilaburkan ke dalam skim Amanah Saham Bumiputera (ASB). Majlis pertunangan antara Dahlia dengan
Azhari selamat dijalankan pada 30 Disember walaupun tanpa menyarungkan cincin di jari manis Dahlia
kerana Dahlia terpaksa bergegas ke stesen bas untuk ke Kuala Lumpur. Azhari telah menemui Dahlia di
stesen bas dan mengucapkan koi-bito kepada Dahlia. Dahlia teringat akan Najib dan sekeping kad yang
diterimanya melalui Kavita. Azhari turut menghadiahi Dahlia sehelai songket merah berbenang emas bagi
melambangkan bahawa mereka ialah orang Melayu.

© Disediakan oleh Miss Huah 花老师 Page 8


RAMALAN SOALAN SPM NOVEL 2019
SKOR A+

SET 5
NOVEL JENDELA MENGHADAP JALAN

Unsur saspens
(a) Jelaskan dua unsur saspens yang terdapat dalam sebuah novel yang telah anda pelajari.
[7 markah]
Novel yang saya kaji di Tingkatan 4 ialah novel Jendela Menghadap Jalan karya Ruhaini Matdarin.
Terdapat pelbagai unsur saspens dalam novel ini.

Unsur saspens yang pertama ialah isu pencuri kubah. Buktinya, isu pencuri kubah menimbulkan unsur
saspens kerana menyebabkan pembaca tertanya-tanya tentang orang sebenar yang mencuri kubah tersebut.
Penduduk kampung mengesyaki pencuri kubah ialah Rafik dan Haziq. Malah ada penduduk kampung yang
sudah siap sedia untuk menyoal siasat Haziq yang baru sahaja dipukul dengan teruk oleh Seman. Haziq yang
sedang mendapat rawatan di rumah datuk Lili menjadi sasaran penduduk kampung. Namun persoalan
terjawab apabila pencuri sebenar ialah bapa Rafik dan Haziq.

Unsur saspens yang kedua ialah isu penculikan Lili. Buktinya, isu penculikan Lili dikatakan saspens
kerana pembaca ingin tahu perkara yang terjadi kepada Lili setelah diculik oleh Haziq dan Rafiq. Pembaca
juga tertanya-tanya sama ada Danel berjaya menyelamatkan Lili.

NOVEL SONGKET BERBENANG EMAS

Unsur saspens
(a) Jelaskan dua unsur saspens yang terdapat dalam sebuah novel yang telah anda pelajari.
[7 markah]
Novel yang saya kaji di Tingkatan 5 ialah novel Songket Berbenang Emas karya Khairuddin Ayip.
Terdapat pelbagai unsur saspens dalam novel ini.

Unsur saspens yang pertama ialah melalui kisah patukan ular tedung. Buktinya, kisah patukan ular
tedung menimbulkan perasaan tertanya-tanya kepada pembaca kerana patukan ular tedung sangat berbisa
dan boleh membawa maut jika lambat mendapatkan rawatan. Embong telah dipatuk oleh ular tedung ketika
hendak mandi untuk ke masjid bagi menunaikan solat Jumaat. Pembaca tertanya-tanya akan nasib Dahlia
dan adik-adiknya apabila Embong bertarung dengan nyawanya akibat patukan ular tedung tersebut manakala

© Disediakan oleh Miss Huah 花老师 Page 9


RAMALAN SOALAN SPM NOVEL 2019
SKOR A+

ibunya, Saleha masih dirawat di hospital. Namun, pembaca lega apabila Embong kembali pulih dan selamat
daripada bias patukan ular tedung setelah seminggu berada di Hospital Batu Pahat.

Unsur saspens yang kedua ialah Embong membawa bangkai ular sawa balik ke rumah. Buktinya,
Embong membawa bangkai ular sawa balik ke rumah dikatakan saspens kerana pembaca tertanya-tanya
tentang tujuan Embong membawa balik bangkai ular sawa yang telah dibunuh itu ke rumahnya. Embong
membawa balik ular itu untuk membuktikan bahawa dia mampu menewaskan ular tersebut serta
kekuatannya kepada Dahlia.

© Disediakan oleh Miss Huah 花老师 Page 10


RAMALAN SOALAN SPM NOVEL 2019
SKOR A+

Soalan KBAT
SET 1

Peristiwa yang tidak wajar dicontohi


(b) Berdasarkan dua buah novel yang anda pelajari, huraikan satu peristiwa bagi setiap novel yang pada
pendapat anda tidak wajar dicontohi oleh pembaca.
[8 markah]
Novel yang saya kaji di Tingkatan 4 ialah novel Jendela Menghadap Jalan karya Ruhaini Matdarin
manakala novel di Tingkatan 5 ialah novel Songket Berbenang Emas karya Khairuddin Ayip. Terdapat
beberapa peristiwa yang tidak wajar dicontohi oleh pembaca dalam kedua-dua buah novel.

Dalam novel Jendela Menghadap Jalan, peristiwa yang tidak wajar dicontohi oleh pembaca ialah
peristiwa Seman yang sering melakukan keganasan terhadap isteri dan anak-anaknya. Seman panas
baran, kaki judi dan kaki mabuk membuatkan kehidupan mereka sekeluarga kucar-kacir. Seman
telah memukul Haziq hingga cedera. Sikap Seman ini menyebabkan Rafik dan Haziq terlibat dalam
pelbagai masalah sosial seperti mencuri dan dadah. Akibat tidak tahan dengan sikap Seman,
akhirnya Che Jah membuat laporan kepada pihak polis. Perbuatan ini tidak wajar dicontohi oleh
pembaca kerana sikap panas baran boleh menyebabkan keruntuhan institusi kekeluargaan.

Dalam novel Songket Berbenang Emas pula, peristiwa yang tidak wajar dicontohi oleh pembaca ialah
peristiwa Nek Kiah menuduh Dahlia sebagai perempuan murahan apabila mendapati cucunya itu
menerima kunjungan tetarnu lelaki sewaktu ketiadaan Embong. Perbuatan ini tidak wajar dicontohi
oleh pembaca kerana sikap berprasangka buruk dan berfikiran negatif terhadap orang lain boleh
menyebabkan hubungan persaudaraan menjadi dingin atau renggang.

© Disediakan oleh Miss Huah 花老师 Page 11


RAMALAN SOALAN SPM NOVEL 2019
SKOR A+

SET 2

Peristiwa yang boleh dijadikan teladan

(b) Dalam setiap novel terdapat pelbagai peristiwa yang boleh diteladani oleh pembaca.

Berdasarkan dua buah novel yang anda pelajari, huraikan satu peristiwa yang pada pendapat anda boleh

dijadikan teladan oleh pembaca. [8 markah]

Novel yang saya kaji di Tingkatan 4 ialah novel Jendela Menghadap Jalan karya Ruhaini Matdarin
manakala novel di Tingkatan 5 ialah novel Songket Berbenang Emas karya Khairuddin Ayip. Terdapat
pelbagai peristiwa yang pada pendapat saya boleh dijadikan teladan oleh pembaca dalam kedua-dua buah
novel.

Dalam novel Jendela Menghadap Jalan, peristiwa yang boleh dijadikan teladan oleh pembaca ialah
peristiwa keberanian Lili menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh Che Jah. Lili berani
menyelesaikan masalah Che Jah dengan bercerita tentang masalah keluarga Che Jah kepada Kak
Mimah yang bekerja sebagai pegawai di Jabatan Kebajikan Masyarakat, Bahagian Warga Tua dan
Keluarga. Dengan bantuan Kak Mimah dan rakannya, Nadia telah berjaya memujuk Che Jah agar
membuat laporan polis supaya bantuan kewangan dan sumbangan dapat disalurkan kepada keluarga
Che Jah. Peristiwa ini boleh dijadikan teladan oleh pembaca kerana kita seharusnya berani menegakkan
kebenaran bagi membantu orang lain sebagaimana Lili yang berani bertindak agar Che Jah, Rafik dan Haziq
tidak lagi menjadi mangsa kekejaman Seman.

Dalam novel Songket Berbenang Emas pula, peristiwa yang boleh dijadikan teladan oleh pembaca ialah
peristiwa Tauke Lim membantu keluarga Embong. Tauke Lim menganggap Embong sebagai
saudaranya kerana mereka sama-sama merantau dari Melaka. Tauke Lim berniaga manakala
Embong bekerja di estet. Susah senang ditanggung bersama-sama. Tauke Lim begitu hairan dengan
sikap Nek Kiah dan Seman yang bermusuhan dengan keluarga Embong walaupun mereka satu
keluarga. Tauke Lim berjanji akan menolong Dahlia berkenaan wang yang diminta oleh neneknya.
Peristiwa ini boleh dijadikan teladan oleh pembaca kerana kita seharusnya membantu orang yang dalam
kesusahan walaupun berlainan bangsa dan agama sebagaimana yang dilakukan oleh Tauke Lim terhadap
keluarga Embong.

© Disediakan oleh Miss Huah 花老师 Page 12


RAMALAN SOALAN SPM NOVEL 2019
SKOR A+

Set 3

Peristiwa yang dapat menunujukkan ketabahan

(b) Ketabahan watak dalam sesebuah novel membolehkan watak tersebut berjaya.

Berdasarkan dua buah novel yang anda pelajari, huraikan satu ketabahan watak yang pada pendapat

anda dapat memberikan kejayaan pada watak tersebut.

[8 markah]

Novel yang saya kaji di Tingkatan 4 ialah novel Jendela Menghadap Jalan karya Ruhaini Matdarin
manakala novel di Tingkatan 5 ialah novel Songket Berbenang Emas karya Khairuddin Ayip. Terdapat
pelbagai bukti yang menunjukkan ketabahan watak yang membolehkan watak tersebut berjaya dalam kedua-
dua buah novel.

Dalam novel Jendela Menghadap Jalan terdapat ketabahan menerima cemuhan daripada penduduk
kampung. Datuk Lili tabah menghadapi cemuhan penduduk kampung apabila mereka menyalahkannya
dalam isu Sugi kerana dia berbaik-baik dengan Sugi sedangkan datuk tidak pernah campur tangan dalam hal
tersebut dan bersikap berkecuali. Sugi telah dituduh cuba menghasut penduduk kampung untuk menjual
tanah mereka. Datuk juga dituduh cuba melindungi Che Jah kerana datuk pemah memberikan pekerjaan
kepada Seman. Malahan datuk turut dipersalahkan kerana tidak mengheret kedua-dua orang anak Che Jah
yang telah menculik Lili menyebabkan mereka kembali melakukan jenayah. Ketabahan datuk menerima
cemuhan daripada penduduk kampung ini akhirmya berjaya menyelesaikan satu demi satu masalah yang
bermula dengan masalah keluarga Che Jah, isu kubah dan tuduhan terhadap Sugi.

Dalam novel Songket Berbenang Emas pula terdapat ketabahan menghadapi hinaan orang lain.
Embong tabah menghadapi hinaan apabila dimaki hamun oleh Aton yang menuduhnya sebagai perancang
kematian Said apabila dia datang ke rumah Aton untuk menziarahi jenazah Said yang mati lemas.
Sesetengah penduduk kampung yang tidak mengetahui cerita sebenar turut terpengaruh dengan cerita palsu
Aton lantas mencaci dan menghina Embong. Embong berasa marah dan kesal dengan tuduhan Aton
terhadap Dahlia walaupun anaknya itu sanggup berkorban nyawa bagi menyelamatkan Said. Ketabahan
Embong berhadapan dengan hinaan Aton ini telah mengukuhkan kepercayaannya terhadap Dahlia dan
mewujudkan perasaan bangga kerana anaknya berani membantu orang lain.

© Disediakan oleh Miss Huah 花老师 Page 13


RAMALAN SOALAN SPM NOVEL 2019
SKOR A+

Set 4

Peristiwa menarik

(b) Terdapat pelbagai peristiwa menarik yang dipaparkan dalam sesebuah novel.

Berdasarkan dua buah novel anda kaji, huraikan satu peristiwa bagi setiap novel yang pada pendapat

anda paling menarik dan jelaskan sebab anda berpendapat demikian.

[8 markah]

Novel yang saya kaji di Tingkatan 4 ialah novel Jendela Menghadap Jalan karya Ruhaini Matdarin
manakala novel di Tingkatan 5 ialah novel Songket Berbenang Emas karya Khairuddin Ayip. Terdapat
pelbagai peristiwa yang menarik dalam kedua-dua buah novel.

Peristiwa yang paling menarik dalam novel Jendela Menghadap Jalan ialah peristiwa kesanggupan Lili
memaafkan orang lain. Lili sanggup memaafkan kesalahan yang telah dilakukan oleh Rafik dan
Haziq yang telah bertindak mengurung dan menjadikannya sebagai tebusan. Lili telah dijadikan
tebusan apabila beberapa orang lelaki mengejar Rafik dan Haziq Lili bersimpati dengan nasib Rafik
dan Haziq yang menjadi mangsa keganasan bapa mereka. Peristiwa ini paling menarik kerana dapat
memberikan kesedaran kepada saya agar sentiasa memaafkan kesalahan orang lain. Hal ini dikatakan
demikian kerana apabila kita berbuat baik sesama manusia pasti kita tidak akan mempunyai sikap
pendendam yang boleh memusnahkan diri.

Dalam novel Songket Berbenang Emas pula, peristiwa yang paling menarik ialah peristiwa kepulangan
Saleha dari Hospital Permai. Dahlia terkejut apabila diberitahu oleh ayahnya bahawa ibunya telah
pulang dari hospital dan sedang berehat di bilik. Dahlia terus masuk ke bilik kerana merindui
emaknya sekali gus ingin melihat keadaan emaknya. Kehadirannya menyebabkan Saleha yang
sedang tidur terjaga dan mereka berpelukan. Peristiwa ini paling menarik kerana saya dapat menyelami
perasaan rindu seorang anak terhadap ibu setelah terpisah kerana masalah kesihatan. Tambah menarik lagi
apabila ibu yang selama ini sakit kembali sihat setelah mendapatkan rawatan.

© Disediakan oleh Miss Huah 花老师 Page 14


RAMALAN SOALAN SPM NOVEL 2019
SKOR A+

Set 5

Konflik oleh watak utama

(b) Berdasarkan dua buah novel, huraikan cara watak utama menyelesaikan konflik yang dihadapinya.

[8 markah]

Novel yang saya kaji di Tingkatan 4 ialah novel Jendela Menghadap Jalan karya Ruhaini Matdarin
manakala novel di Tingkatan 5 ialah novel Songket Berbenang Emas karya Khairuddin Ayip. Watak utama
dalam novel Jendela Menghadap Jalan ialah Lili manakala watak utama dalam novel Songket Berbenang
Emas ialah Dahlia. Terdapat pelbagai cara watak utama menyelesaikan konflik yang dihadapinya dalam
kedua-dua buah novel.

Konflik yang terdapat dalam novel Jendela Menghadap Jalan ialah konflik watak utama dengan nenek.
Lili berkonflik dengan neneknya apabila nenek melarang Lili pergi ke rumah Che Jah kerana risau akan
keselamatannya. Nenek takut anak-anak Che Jah mengapa-apakan Lili. Lili ingin pergi ke rumah Che Jah
kerana berasa kasihan akan nasib Rafik dan Haziq walaupun mereka telah menculiknya. Cara Lili
menyelesaikan konflik ini adalah dengan mematuhi arahan neneknya. Lili membatalkan rancangan untuk ke
pekan namun masih mengharapkan ada keajaiban yang muncul untuk membantunya.

Dalam novel Songket Berbenang Emas pula terdapat konflik watak utama dengan rakan. Dahlia
berkonflik dengan Azhari yang cemburu apabila melihat Najib datang ke rumahnya. Najib datang ke rumah
Dahlia untuk memujuk Dahlia meneruskan persekolahannya. Najib juga bersedia membantu Dahlia
berkaitan urusan pembelian tanah yang akan dijual oleh Nek Kiah tetapi Dahlia menolak kerana tidak mahu
termakan budi. Tidak lama kemudian, Azhari datang ke rumah Dahlia. Azhari dan Najib berkenalan namun
tiba-tiba Azhari pulang tanpa memaklumkan kepada Dahlia akibat berselisih faham dengan Najib tentang
hubungannya dengan Dahlia. Cara Dahlia menyelesaikan konflik ini adalah dengan bertanya kepada Najib
tentang sebab Azhari pergi begitu sahaja. Setelah mengetahui bahawa Najib berselisih faham dengan Azhari
pandangan Dahlia menjadi kelam.

© Disediakan oleh Miss Huah 花老师 Page 15


RAMALAN SOALAN SPM NOVEL 2019
SKOR A+

Set 6

Kebaikan membaca novel

(b) Novel yang baik dapat memberikan banyak manfaat kepada pembaca.

Berdasarkan dua buah novel yang anda pelajari, huraikan satu kebaikan yang anda peroleh bagi setiap

novel.

[8 markah]

Novel yang saya kaji di Tingkatan 4 ialah novel Jendela Menghadap Jalan karya Ruhaini Matdarin
manakala novel di Tingkatan 5 ialah novel Songket Berbenang Emas karya Khairuddin Ayip. Terdapat
banyak kebaikan yang saya peroleh apabila membaca kedua-dua buah novel.

Kebaikan yang saya peroleh apabila membaca novel Jendela Menghadap Jalan ialah saya dapat
mengetahui kebaikan perubatan tradisional. Melalui pembacaan novel ini, saya dapat mengetahui
kebaikan perubatan tradisional yang diamalkan oleh datuk. Contohnya, datuk menjadikan hampas kopi
sebagai losen tangan, hampas teh untuk menyegarkan mata, dan ubi kayu bagi menghilangkan buasir. Selain
itu, lobak pula dapat melancarkan air kencing dan mengurangkan sakit kepala. Biji mangga dijadikannya
tepung untuk masakan. Kulit mangga yang dikeringkan pula membantu melancarkan pengaliran darah
ketika datang haid. Dengan mengetahui kebaikan perubatan tradisional maka saya semakin menghargai alam
semula jadi yang dianugerahkan oleh Tuhan.

Dalam novel Songket Berbenang Emas pula, kebaikan yang saya peroleh ialah saya dapat
memotivasikan diri untuk berjaya dalam pelajaran. Dahlia berhadapan dengan pelbagai cabaran dan
dugaan hidup seperti masalah kesihatan ibunya, ayah dipatuk oleh ular tedung, sikap prejudis nenek dan
Aton, masalah penjagaan adik-adik dan kewangan. Dahlia tetap bersabar dengan setiap cabaran yang
dihadapinya sehinggalah masalah tersebut selesai satu demi satu bermula daripada emaknya semakin pulih,
pertunangan dengan Azhari, dan terpilih untuk mengikuti Kursus Pengurusan Perniagaan peringkat ijazah
pertama selama empat tahun di Jepun. Kejayaan Dahlia ini dapat saya jadikan perangsang agar tabah
berhadapan dengan pelbagai cabaran demi kejayaan dalam pelajaran.

© Disediakan oleh Miss Huah 花老师 Page 16

You might also like