Nothing Special   »   [go: up one dir, main page]

Meeting

Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 5

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN TOKAI

MINIT MESYUARAT GURU


KALI PERTAMA TAHUN 2019
Tarikh : 27 Disember 2018
Masa : 9.00 pagi
Tempat: Bilik Mesyuarat SMK Tokai
KEHADIRAN:

1. Tn Hj. Zaini Bin Rafie


2. En Haridan b Yob
3. Tn Hj Nurul Fuad Bin Hassan
4. En Mat Zafri Bin. Ngah
5. Pn Mariatul Hiftiah Bt Ismail
6. Pn Izzuna Bt Khalid
7. Pn Che Rosnah bt Hashim
8. En Abd Aziz Bin Zahruddin
9. Pn Salina Binti Mohamad Sidek @ Chin
10. Hj Azizan Bin Mat Saad
11. Pn Che Naziroh Binti Hj Hitam
12. Pn Fatin Hanim Binti Mohd Fadzil
13. Pn Hamizah Binti Hashim
14. Pn Hanani binti Hashim
15. Cik Hazawati Binti Hassan
16. En Jamal Bin Che Don
17. En Jamaludin Bin Mydin Pichay
18. Pn Lee Bee Leng
19. Pn Lee Choon Boey
20. Pn Lee Wei Nie
21. En Md Zahir Bin Kassim
22. En Mohd Rizal Bin Mohamad Saharan
23. En Mohd SaifolizamBin Abu Bakar
24. En Muhamad Wafi Bin Md Salleh
25. Pn Nasmah Binti Abdul Rahman

26. Pn Norfadzila Bt Abd Rahman


27. Pn Nur Syahida Binti Ab Manap
28. Pn Norfizah Bt Samshi @ shamsi
29. Pn Nor’in Binti Bakar
30. Pn Nur Izati Bt Ismail
31. Pn Normahani Bt Mohammad
32. Pn Sharipah Bt Husin
33. Pn Siti Asma Bt Murad
34. Pn Shuhaida Bt Saad
35. Pn Siti Hajar Binti Abd Hamid
36. Pn Suraini Binti Mahdi
37. Pn Tan Saw Peih
1
38. Pn Wan Taherah Bt Wan Abdullah
39. En Zulkifli Bin Ahmad
40. Pn Zuraida Binti Abdullah
41. Pn Zurina Bt Zulkifli

I. PERUTUSAN PENGERUSI
1. Tuan pengetua mengucapkan terima kasih kepada semua guru yang dapat hadir ke
mesyuarat kali ini dan beliau juga mengalu-alukan kedatangan dua orang guru baru
iaitu Ustaz Mohd Rizal bin Mohamad Saharan dan Pn Suraini bt Mahdi.
2. Tuan pengetua mohon semua guru dapat akur dengan tugas yang diberi. Tugas yang
diberi berdasarkan kemampuan masing-masing.
3. Beliau juga memaklumkan bahawa program pada tahun ini sama seperti tahun lepas
cuma ada sedikit sahaja perubahan untuk penambahbaikan.
4. Beliau juga mengingatkan kepada semua guru mengenai halatuju sekolah yang
berfokuskan kepada tiga bidang pencapaian iaitu akademik, sahsiah, dan kokurikulum
perlu selari dengan slogan sekolah “Tokai Always On Top”.
5. Tuan pengetua juga mengucapkan tahniah kepada semua guru yang terlibat dengan
peperiksaan PT3 tahun 2018 kerana berjaya meningkatkan gred purata sebanyak 3.74
berbanding pada tahun lepas 3.78. Seorang pelajar SMK Tokai telah berjaya mendapat
10A dalam PT3 iaitu Eng Wei Xian, Eddy Danial mendapat 9A, Chan Jia Yi mendapat
8 A dan Nur Aini mendapat 7A.
6. Beliau juga berharap sekolah akan beroleh keputusan yang cemerlang untuk
peperiksaan SPM nanti.
7. Bagi tahun 2019 semua warga sekolah menggunakan konsep tegas dalam
melaksanakan tanggungjawab sebagai guru agar disiplin dan sahsiah pelajar menjadi
lebih baik.
8. Pencapaian sukan dan aktiviti kokurikulum ada peningkatan diharapkan tahun depan
akan mendapat kejayaan yang lebih cemerlang.
9. Warga pengurusan G8 mengajak seluruh warga tokai untuk mainkan peranan penting
sebagai penggerak generasi yang intelek, berdaya saing dan sahsiah terpuji untuk
mengisi kepimpinan negara pada masa hadapan.
10. Program Tokai Talent De Tour memberi pendedahan kepada masyarakat sekitar
mengenai pencapaian sekolah dan telah menarik minat ramai waris untuk menghantar
anak belajar di SMK Tokai.

Makluman

II. TAKLIMAT PENOLONG KANAN PENTADBIRAN

11. Masa bekerja untuk guru bermula 7.20 pagi hingga 2.40 petang.

2
12. Semua guru perlu pastikan kad di perakam waktu diketip semasa datang dan balik
sekolah.
13. Mesyuarat panitia tolong beri penekanan tentang prosedur pembelian. Isi nota minta
dan perlu diluluskan oleh guru kanan .
14. Resit dan invois pembelian perlu diserahkan kepada ketua pembantu tadbir En Md
Yani dengan segera. Satu salinan perlu disimpan oleh ketua panitia
15. Guru yang bercuti perlu maklumkan kepada pihak pentadbir melalui mesej whatapps
sebelum pukul 7.00 pagi.
16. Pakaian guru lelaki pastikan kemas, baju berkolar dan bertangan panjang serta bertali
leher manakala pakaian guru perempuan elakkan memakai jubah dan pastikan skrit
labuh bawah paras lutut bagi guru nonmuslim.
17. Bagi guru yang mengajar pendidikan jasmani perlu pakai baju t-shirt sukan sekolah
dan pada setiap hari Khamis semua guru perlu mamakai pakaian bercorak batik.
18. Bagi guru yang perlu keluar sekolah semasa waktu bekerja perlu tulis di punch card
dan buku rekod keluar kawasan sekolah.
19. Fail di pejabat tidak boleh dibawa keluar dari pejabat, kecuali mendapat keizinan
daripada En Md Yani.
20. Jumlah guru seramai 41 orang
21. Semua guru perlu kemaskini e-operasi
22. Buku/Fail rekod mengajar dan e-rph perlu dilengkapkan pada 17 Januari 2019.
23. Pengurusan bilik darjah perlu amalan pdp abad ke-21
24. Buku adap perlu ditulis dan dihantar ke pejabat.
25. MMI keberadaan guru perlu maklum segera untuk buat relief dan guru yang mendapat
relief perlu masuk kelas.
26. Kelas tambahan akan bermula pada bulan Mac (dari tingkatan 1 hingga tingkatan 5)
27. Program Mentor-mentee akan fokus kelas peperiksaan sahaja (Tingkatan 3 dan 5)
28. Pelajar tingkatan 1 dan 2 yang masih belum menguasai 3M akan dimasukkan dalam
program pemulihan perlu diberi nama kepada Pn Wan Taherah.
29. Projek Aman diteruskan dan akan diselia dan dibimbing oleh pegawai-pewagai PPD.

Makluman

III. TAKLIMAT PENOLONG KANAN HEM


30. 30 Disember 2018 bermula pendaftaran tingkatan 1. Semua guru perlu hadir.
31. 31 Disember 2018 oreintasi tingkatan satu bermula 8.30 pagi hingga 12.30 tengah
hari. Pada hari tersebut juga diadakan pendaftaran semula tingkatan 2,3,4 dan 5.
32. 1 Januari 2019 sesi persekolahan bermula semua guru perlu kawal pelajar, jangan
benarkan pelajar keluar kelas sesuka hati.
33. Tingkatan 4 perlu berkumpul di bilik matematik.
34. Sepanjang bulan Januari semua pelajar dibenarkan pulang pada pukul 1.30 petang,
pelajar muslim perlu solat zuhur berjemaah sebelum pulang.
35. Pelajar perempuan yang uzur perlu dihimpunkan di bilik pendidikan Islam.

3
36. Program Sekolah Penyayang – guru bertugas mingguan perlu bertugas di pintu pagar
sekolah bersama-sama pengawas sekolah. Pastikan pengawas tulis nama pelajar yang
lewat.
37. Pengurusan kafetaria- semua guru perlu sama-sama membuat teguran sekiranya harga
mahal dan makanan tidak mencukupi.
38. Guru SPBT perlu semak pemantauan pemulangan buku (buku mesti dibalut dan mesti
dibawa balik ke rumah setiap hari)
39. Program bacaan Yaasin akan diadakan pada hari Khamis sahaja di dewan terbuka
bermula 7.20 pagi. Kerjasama daripada semua guru amat ditekankan dan guru
bertugas perlu kawal pelajar.
40. Perhimpunan mingguan sekiranya hari hujan PK HEM sahaja yang berhak membuat
keputusan sama ada perhimpunan diteruskan atau tidak. Jika perhimpunan batal
semua pelajar perlu masuk ke kelas masing-masing dan pdp akan bermula.
41. Perhimpunan harian hanya ‘short talk’ sahaja.
42. Atur cara perhimpunan mingguan
- Doa
- Negaraku
- Aluan Pengawas
- Laporan Guru Bertugas Minggu Lepas
- Laporan Guru Bertugas Minggu ini
- Penyampaian Hadiah /Pengumuman
- Ucapan Pentadbir
- Lagu Negeri Kedah/Lagu Sekolah

IV. Taklimat Penolong Kanan Kokurikulum


43. Semua guru perlu pastikan semua pelajar daftar sukan.
44. Guru penasihat dikehendaki merekod senarai nama bagi sistematik dan pastikan fail
lengkap dan kemas kini.
45. Latihan sukan dan koakademik mesti ada guru bersama-sama pelajar.
46. PAJSK dan SEGAK pastikan buat dan rekod kemas kini dari masa ke masa.
47. Penjagaan alatan sukan perlu ada pemantauan.
48. Sudut mencari bakat –jadual akan disusun oleh PK Kokurikulum.
49. Kejohanan olahraga pada 13 Februari 2019.
50. Hari Keusahawanan pada 1 Ogos 2019
51. Merentas desa pada 10 Januari 2019
52. Semua guru boleh rujuk takwim untuk lihat tarikh-tarikh penting berkaitan
pertandingan.
Makluman
V. HAL-HAL LAIN
53. Guru-guru tingkatan perlu dapatkan carta organisasi, jadual waktu kelas dan jadual
bertugas daripada cikgu Zafri.
54. Buku kedatangan perlu dilengkapkan pada bulan Februari.
55. Guru tingkatan perlu lantik AJK bilik darjah serta buat jadual tugas.
56. Guru bertugas mingguan pastikan perhimpunan rasmi berjalan lancar.
4
Makluman

Dicatat dan disediakan oleh: Disahkan oleh:

(NUR IZATI BINTI ISMAIL) ( ZAINI BIN RAFIE )


Pengetua
Sekolah Menengah Kebangsaan Tokai

You might also like