Nothing Special   »   [go: up one dir, main page]

Novel Leftenan Adnan Dan Tirani

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 7

SOALAN-SOALAN NOVEL

1- Sesebuah novel banyak memaparkan pelbagai peristiwa. Berdasarkan sebuah novel


yang telah anda pelajari, jelaskan dua peristiwa yang boleh dijadikan teladan dan
kemukakan alasan anda.

a) Novel yang saya kaji ialah Leftenan Adnan Wira Bangsa karya Abdul Latip Talib. Antara
peristiwa yang boleh dijadikan teladan ialah peristiwa Leftenan Adnan bersungguh-
sungguh mempertahankan Bukit Candu daripada ditawan oleh tentera Jepun. Walaupun
kakinya telah tercedera akibat ditembak oleh tentera Jepun, Leftenan Adnan tidak
menyerah kalah sehingga titisan darah yang terakhir. Peristiwa ini boleh dijadikan teladan
kerana daripada peristiwa itu telah menimbulkan semangat patriotik dalam diri saya untuk
terus menjaga kedaulatan dan keamanan negara daripada diceroboh oleh musah negara.
Seterusnya, peristiwa yang boleh dijadikan teladan ialah peristiwa pak Saidi menghantar
Adnan ke
sekolah Inggeris walaupun mendapat tentangan daripada penduduk kampung. Peristiwa
ini boleh
dijadikan teladan kerana kita hendaklah menuntut ilmu demi masa depan walaupun
terpaksa menghadapi pelbagai cabaran.

b) Novel yang saya kaji ialah Tirani karya Beb Sabariah. Antara peristiwa yang boleh
dijadikan teladan ialah peristiwa Waheeda yang mengalami masalah kemurungan akibat
kegagalan rumahtangga dan telah mula bangkit serta berusaha melupakan kenangan lalu
dengan memajukan Chalet AyaSajinah. Peristiwa ini boleh dijadikan teladan kerana
walaupun kita gagal namun kita tidak boleh terlalu mengikut perasaan sedih itu sebaliknya
berusaha untuk kehidupan yang mempunyai masa depan.

Seterusnya, peristiwa yang boleh dijadikan teladan ialah peristiwa Waheeda gigih
mendapatkan
pinjaman tabung usahawan siswazah daripada Bank Pembangunan untuk menubuhkan
Syarikat
Tajau Emas. Peristiwa ini boleh dijadikan teladan kerana setiap usaha yang dilakukan oleh
Waheeda
dapat dijadikan contoh teladan kepada kita agar gigih berusaha untuk mendapatkan sesuatu
yang kita inginkan dan akhirnya kita pasti akan berjaya.

[2 peristiwa + 2 alasan + bahasa gramatis = 7 markah

1
2. Berdasarkan dua buah novel yang anda pelajari, huraikan satu perwatakan watak
utama yang anda fikir sesuai untuk dicontohi oleh pembaca daripada setiap novel
tersebut.
a) Novel yang saya kaji di tingkatan 4 ialah Leftenan Adnan Wira Bangsa karya Abdul Latip
Talib. Watak utama bagi novel ini ialah Adnan bin Saidi . Satu perwatakannya yang saya fikir
sesuai untuk dicontohi oleh pembaca ialah dia merupakan seorang yang bersemangat
patriotik. Contohnya, Leftenan Adnan sanggup berjuang bermati-matian sehingga titisan
darah yang terakhir untuk mempertahankan bumi tercinta daripada jatuh ke tangan tentera
Jepun.
Seterusnya, dia merupakan seorang yang rajin. Contohnya, Adnan rajin mengulang kaji
pelajaran
sehingga mendapat keputusan yang baik. Dia juga rajin menolong bapanya menoreh getah,
bersawah dan menjaga kebun durian.

Manakala, novel yang saya kaji di tingkatan 5 ialah Tirani karya Beb Sabariah. Perwatakan
watak utama bagi novel ini ialah Waheeda. Satu perwatakannya yang saya fikir sesuai untuk
dicontohi oleh pembaca ialah dia merupakan seorang yang penyabar. Contohnya Waheeda
sabar dengan ejekan rakan-rakannya yang sering mengejek hidungnya yang pesek dan
Waheeda juga sabar menangani sifat cemburu buta suaminya yang selalu menuduhnya
mengadakan hubungan sulit dengan lelaki lain.
Seterusnya, dia merupakan seorang yang berfikiran positif. Contohnya, Waheeda yakin
industri
pelancongan yang diceburinya akan membawa keuntungan yang besar jika ada insentif dan
sokongan kerajaan.
[4 perwatakan + 4 contoh = 8 markah]
3. Berdasarkan sebuah novel yang telah anda kaji jelaskan sebab-sebab novel tersebut
dianggap
istimewa dan boleh menarik minat pembaca.

LEFTENAN ADNAN WIRA BANGSA


a) Berdasarkan novel yang saya kaji iaitu Leftenan Adnan Wira Bangsa karya Abdul Latif
Talib , novel
tersebut ternyata mempunyai banyak keisitimewaan dari pelbagai aspek.
Keistimewaan yang pertama adalah daripada pengutaraan tema yang baik oleh pengarang.
Tema
novel ini mengisahkan keberanian seorang anggota tentera dalam mempertahankan
tanah air. Leftenan Adnan bin Saidi telah menunjukkan keberanian dan kecekalan sejak kecil
serta mendapat dorongon daripada bapanya untuk menjadi askar. Keperwiraan beliau
terbukti apabila beliau berjuang menentang musuh hingga penghujung nyawa.

Novel ini juga istimewa dan menarik kerana mengandungi banyak nilai dan pengajaran
yang boleh
dijadikan iktibar kepada masyarakat. Antara nilai yang terdapat dalam novel ini ialah nilai
cinta akan negara. Leftenan Adnan yang bertugas sebagai guru sanggup meninggalkan
kerjaya tersebut untuk memasuki bidang ketenteraan demi berjuang mempertahankan

2
tanah air. Pengajarannya ialah, sebagai anak muda, kita hendaklah sanggup berkorban demi
kedaulatan tanah air pada bila-bila masa diperlukan.

Selain itu, novel ini juga menarik perhatian pembaca dan istimewa kerana perwatakan
watak utama
dalam novel ini berjaya meninggalkan kesan yang mendalam dalam jiwa pembaca terutama
generasi muda yang masih mempunyai kudrat untuk berjuang mempertahankan negara .
Watak Leftenan Adnan adalah simbol keberanian dan ketabahan anak muda dalam
perjuangan. Leftenan Adnan berani berjuang melawan tentera Jepun walaupun tanpa
senjata hingga ke titisan darah terakhir.

TIRANI
b) Berdasarkan novel yang saya kaji iaitu Tirani Karya Beb Sabariah, , novel tersebut ternyata
mempunyai banyak keisitimewaan dari pelbagai aspek dan boleh menarik minat pembaca.
Keistimewaan yang pertama adalah daripada pengutaraan tema yang baik oleh pengarang.
Tema
novel ini berkisar tentang Kecantikan fizikal yang bersifat sementara namun, ilmu yang
dimiliki seseorang dapat melindungi kelemahan diri. Waheeda yang menganggap dirinya
tidak sempurna kerana bentuk hidungnya yang pesek mendapat kesempatan memperbaiki
kekurangannya itu selepas hidungnya cedera teruk kerana serangan seekor monyet . Dia
berjaya mendapatkan kecantikan wajah yang diidamkan namun kecantikan tersebut
menjadi punca keruntuhan rumahtangganya dengan Zahid. Walau bagaimanapun ,Waheeda
yang mempunyai pendidikan yang tinggi mampu keluar daripada jerat kecewa dan putus asa
yang menyebabkan dia terpaksa mendapat rawatan sebagai pesakit jiwa, lalu melangkah
terus maju ke hadapan dalam bidang pelancongan.
Istimewanya novel ini juga kerana mengandungi banyak nilai dan pengajaran. Pengarang
menghantar mesej kepada pembaca melalui penerapan nilai murni seperti nilai kasih
sayang seorang ibu kepada anaknya. Raidah ibu Waheeda tidak dapat menahan diri untuk
bersama-sama anaknya menghadapi saat genting menjalani pembedahan rekonstrusi wajah
di Singapura. Raidah menjadi gusar apabila Waheeda menghantar e-mel kepada Ghazi
menyatakan pembedahannya mengambil masa selama 10 jam. Raidah membuat ketupat
lepas yang menjadi simbol terlepas daripada bala dan ingin menghantarnya sendiri kepada
anaknya.

Selain itu, keistimewaan Novel Tirani yang boleh menarik perhatian pembaca ialah dari
segi pemaparan perwatakan watak utama iaitu Waheeda. Waheeda digambarkan sebagai
seorang
wanita yang gigih berusaha. Dia memajukan Syarikat pelancongan Tajau Emas milik
keluarga sehingga syarikat tersebut menjadi terkenal dan resort tersebut sentiasa menerima
kunjungan pelancongan dalam dan luar negara. Waheeda sentiasa berfikiran positif dan
sikapnya itu menyebabkan beliau berjaya keluar daripada belenggu kekecewaan
ditinggalkan suami yang menuduhnya curang selepas melahirkan anak yang tidak diakui
oleh Zahid , suaminya sebagai darah
dagingnya. Kejayaan waheeda dan anaknya Izzati memajukan Aya Sajinah di Cameron
Highlands
menjadikan watak utama dalam novel ini menarik perhatian pembaca.

3
4- Dalam novel yang dikaji, bahagian peleraian cerita diakhiri dengan kejayaan.
Berdasarkan sebuah novel yang anda kaji, jelaskan dua peristiwa yang membuktikan
kejayaan tersebut.

LEFTENAN ADNAN WIRA BANGSA


a) Novel yang saya kaji ialah Novel Leftenan Adnan Wira bangsa karya Abdul Latif Talib .
Peristiwa
pertama yang membuktikan kejayaan pada peleraian cerita ialah peristiwa Pak Saidi
berjaya
membunuh beberapa orang tentera Jepun dengan sebilah keris pusaka peninggalan
ayahnya. Pak
Saidi berbuat begitu kerana dia ingin membalas dendam atas kematian anakny.a Pak Saidi
tidak mahu pihak penjajah Jepun terus berkuasa di Tanah Melayu .

Selanjutnya, peristiwa kedua yang membuktikan kejayaan pada peleraian cerita


adalah berita
kemenangan Tentera British dalam Perang Dunia Kedua. Jepun menyerah kalah dan telah
menandatangani surat perjanjian menyerah kalah secara rasmi di kilang kereta Ford. Pada
15 Ogos 1945. British telah mengambil alih pentadbiran di Tanah Melayu semula setelah
Pihak Berikat yang terdiri daripada Pakatan Amerika Syarikat dan British berjaya mengebom
Bandar Hiroshima dan Nagasaki.
Rentetan daripada itu , kehidupan di Tanah Melayu mulai aman. Sophia, Isteri
Leftenan Adnan dan keluarganya berjaya diselamatkan daripada menjadi mangsa
kekejaman Jepun kerana penduduk kampong berpakat menyembunyikan mereka apabila
tentera Jepun mencari mereka di Kampung Sungai Ramal, Kajang, Selangor. Sophia akhirnya
menjadi guru di Sekolah Sungai Ramal dan berkahwin dengan Ustaz Ridhwan dan bahagia
hingga ke akhir hayatnya yang juga merupakan antara peristiwa yang membuktikan
kejayaan Sophia membina hidup baru selepas tragedi yang menimpa Leftenan Adnan.

TIRANI
b) Novel yang saya kaji ialah Tirani Karya Beb Sabariah. Berdasarkan novel ini terdapat
beberapa peristiwa yang membuktikan terdapat kejayaan pada peleraian novel. Peristiwa
pertama yang membuktikan kejayaan pada peleraian cerita ialah kejayaan Waheeda dan
Ghazi membeli dan mengusahakan Chalet Iwana-Iwani milik Pak Cik Abdul Aziz yang
terletak di Cameron Highlands dengan menukarkan nama chalet itu kepada Aya-Sajinah.
Zahid dan Aiman yang kebetulan menginap di Chalet Aya-Sajinah, berehat di Café Iwani dan
bersembang tentang pelbagai perkara terutamanya perihal keinsafannya atas kesilapan
masa silam. Peristiwa ini melambangkan kejayaan Waheeda dalam bidang perniagaan.
Seterusnya, peristiwa kedua yang membuktikan kejayaan pada peleraian cerita ialah
peristiwa Zahid menangis apabila diberitahu bahawa Izzati merupakan anak kandungnya
dan Waheeda kerana ibu Izzati merupakan insan yang dicarinya selama ini. Zahid meluahkan
penyesalannya atas kesalahan besarnya terhadap Waheeda dan anak kandung mereka,
Izzati . Izzati pula memujuk ibunya agar memaafkan kesalahan bapanya, Zahid. peristiwa ini
melambangkan kejayaan Waheeda yang Berjaya menegakkan kebenaran tentang
kesetiaannya terhadap Zahid.

4
5- Berdasarkan sebuah novel yang anda kaji, huraikan perwatakan watak utama yang
terdapat dalam novel tersebut.

LEFTENAN ADNAN WIRA BANGSA


Novel yang saya pelajari ialah Leftenan Adnan Wira Bangsa. Watak utama dalam
novel tersebut ialah Leftenan Adnan . Leftenan Adnan merupakan seorang yang berani.
Contohnya , Leftenan Adnan berani berjuang menentang tentera Jepun hingga ke titisan
darah terakhir walaupun tanpa senjata. Keberaniaan Leftenan Adnan menyebabkan
Regimen Askar Melayu Berjaya menghalang kemaraan Tentera Jepun di Permatang Pasir
Panjang, Singapura. Tentera Jepun terpaksa berundur dan beratus-ratus orang tenteranya
terbunuh.
Selain itu, Leftenan Adnan juga merupakan seorang yang bijaksana . Contohnya ,
Leftenan Adnan bijak mengesan helah tentera Jepun yang menyamar sebagai tentera Sikh
yang memakai turban Ketika menyerang askar Melayu di Pasir Panjang. Kesemua tentera itu
berjaya dibunuh dan beliau mendapat pujian daripada Jeneral A.E. Percival Leftenan Adnan
juga Seorang yang patriotik . Beliau sanggup menolak tawaran menjadi guru pelatih,
seterusnya menerima tawaran mengikuti latihan di Pusat latihan Regimen Askar Melayu di
Port Dickson. Tindakannya itu membuktikan semangatnya yang berkobar-kobar untuk
mempertahankan tanahair.
Setelah menjadi askar Melayu , Leftenan Adnan sanggup menggadaikan nyawa untuk
mempertahankan negara daripada ancaman musuh sehingga beliau terkorban dalam
pertempuran di Bukit Candu ,Singapura.

TIRANI
Novel yang saya pelajari ialah Tirani Karya Beb Sabariah . Watak utama dalam novel
tersebut ialahWaheeda. Waheeda merupakan seorang anak muda yang berkeyakinan
tinggi. Tamsilnya, Waheeda sangat yakin akan kemampuan dirinya dalam memajukan Tajau
Emas. Sebaik sahaja dia tamat belajar, dia telah membuat pinjaman daripada tabung
usahawan siswazah daripada Bank Pembangunan melalui Program Kemajuan Luar Bandar
Sarawak. Baginya, mereka tidak akan menemukan sesuatu jika tidak mencari sesuatu.
Selain itu, Waheeda juga seorang yang bijak merancang . Contohnya, Dalam
menguruskan inap desa keluarganya, Waheeda dapat merancang dan menyusun jadual
program-program yang dapat menaikkan nama inap desa tersebut sehingga syarikat Tajau
Emas berjaya dan terkenal serta menjadi tumpuan para pelancong dari dalam dan luar
negara Waheeda juga seorang yang obses terhadap kecantikan. Waheeda berkali-kali
memujuk ibunya agar membenarkan dirinya melakukan pembedahan kosmetik kerana
menganggap wajahnya tidak komersial. Dia ingin kelihatan cantik, anggun dan bergaya
seiring dengan kejayaannya memajukan inap desa keluarganya yang semakin terkenal

5
6. Berdasarkan sebuah novel yang anda kaji, huraikan dua nilai tanggungjawab yang
terdapat dalam novel tersebut.

LEFTENAN ADNAN WIRA BANGSA


Novel yang saya pelajari ialah Leftenan Adnan Wira Bangsa, karya Abdul Latif Talib .
Nilai tanggungjawab yang dapat dilihat ialah tanggungjawab terhadap keluarga. Nilai
tersebut dipaparkan melalui watak Pak Saidi yang mengambil berat pelajaran anak-anaknya.
Beliau menghantar Adnan belajar di sekolah Inggeris walaupun mendapat tentangan
penduduk Kampung Sungai Ramal . Beliau sedar akan tanggungjawab seorang ketua
keluarga demi memastikan anak-anaknya mempunyai masa depan yang terjamin dan dapat
berbakti kepada masyarakat dan negara.
Selain itu, nilai tanggungjawab juga dipaparkan melalui watak Adnan . Beliau
menggalas tanggungjawab memimpin Regimen Askar Melayu Kompeni C di Pasir Panjang
danBukit Candu dengan mempertaruhkan nyawanya demi mempertahankan keselamatan
negara . Beliau bersama-sama pasukannya berjuang bermati-matian sehingga kehabisan
senjata dan berakhir dengan kematiannya yang sungguh tragis. Kemarahan tentera Jepun
dengannya tidak terkira sehingga dia digantung di bawah pohon ceri dengan kepalanya di
bahagian bawah dan setiap askar Jepun menikamnya dengan bayonet. Sesungguhnya,
pengorbanan Leftenan Adnan demi tanggungjawab mempertahankan negara perlu kita
teladani.

TIRANI
Novel yang saya pelajari ialah Tirani , karya Beb Sabariah . Nilai tanggungjawab
dipaparkan pada watak Waheeda yang bertanggungjawab mengusahakan inap desa
keluarganya .Dia telah menjaga inap desa tersebut sehingga berjaya memajukan dan
menjadikan Tajau Emas tersohor dan menjadi pilihan pelancong di dalam dan di luar negara.
Nilai tanggungjawab yang terdapat pada watak Waheeda ini menyebabkan dia juga berjaya
dalam kerjayanya sebagai pegawai Perhubungan Awam di Hotel Flamingo dan seterusnya
memajukan Aya Sajinah di Cameroon Highlands.
Seterusnya, nilai tanggungjawab seorang ibu kepada anak dapat dilihat pada watak
Raidah, iaitu emak Waheeda yang pergi ke Singapura untuk menemani Waheeda yang
menjalani pembedahan kosmetik .Raidah bertanggungjawab menunggu Waheeda
sepanjang pembedahan sehingga selesai. Raidah juga sentiasa menasihati dan
memberikannya sokongan dan dorongan padu kepada Waheeda pada saat –saat
Waheeda menghadapi kemurungan kesan kekecewaan dalam perkahwinannya. Nilai
bertanggungjawab seorang ibu terhadap anaknya yang amat mulia jelas terpapar dalam
novel ini,

6
7. Perkembangan cerita sesebuah novel bergantung pada peranan yang dimainkan oleh
watak utama dan watak sampingannya. Jelaskan dua peristiwa yang melibatkan watak
utama daripada sebuah novel yang telah anda kaji.

LEFTENAN ADNAN WIRA BANGSA


Novel yang saya pelajari ialah Leftenan Adnan Wira Bangsa, karya Abdul Latif Talib.
Peristiwa pertama yang melibatkan watak utama pada perkembangan cerita ialah peristiwa
Adnan berkahwin dengan Sophia.Perkahwinan ini dirancang dan diatur oleh bapa Adnan,
Pak Saidi . Hasil Perkahwinan itu telah membuahkan kebahagiaan apabila pasangan Adnan
dan Sophia dikurniakan dua orang anak, iaitu Mokhtar dan Zainuddin
Peristiwa kedua yang melibatkan watak utama pada perkembangan cerita ialah
Adnan pulang membawa khabar gembira ketika pulang bercuti, terutamanya buat isteri
tercinta. Adnan menyatakan hasrat untuk mengajak Sophia berpindah kerana Adnan akan
berpindah ke Pasir panjang. Di sana, Adnan dibenarkan untuk membawa keluarga dan
rumah juga disediakan. Sophia menyambut pelawaan Adnan dengan perasaan sangat
gembira.

TIRANI
Novel yang saya pelajari ialah Tirani , karya Beb Sabariah .Peristiwa pertama yang
melibatkan watak utama pada perkembangan cerita ialah peristiwa Waheeda telah
dicederakan oleh seekor monyet Belanda pada bahagian wajah dan hidungnya. Kejadian ini
menyebabkan Waheeda dikejarkan ke hospital oleh Fadhil sambil ditemani oleh ibunya,
Raidah. Kesan peristiwa tersebut menyebabkan Waheeda mengambil keputusan untuk
menjalani pembedahan rekonstruski pada wajahnya di Singapura. Beliau
menjalani pembedahan selama 12 jam yang diketuai Dr. Alma Hollis Chen di Silicon Medical
Center(SMC) .
Selanjutnya ,peristiwa kedua yang melibatkan watak utama pada perkembangan
cerita ialah peristiwa Waheeda menjalani pembedahan pembetulan pada hidungnya selepas
dia mengalami selesema yang teruk dan berterusan. Pemeriksaan menunjukkan tulang
hidungnya telah jatuh daripada kedudukan asal dan memerlukan pembedahan hidung
semula. Pembedahan yang dijalankan oleh Dr. Averroes atau Dr. Rushdi telah berjalan
dengan lancar dan hidung waheeda berjaya dipulihkan.

You might also like