Download as DOCX, PDF, TXT or read online from Scribd
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 5
38
RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN
(SLOT PENGAJARAN KELAS)
Kelas : Tunas Madani Tarikh : 19 Februari 2014 Masa : 9.00 pagi 10.00 pagi Bil. Murid : 20 orang Modul : Modul Teras Bertema Tema : Alam Bahan Sub tema : Kesan Magnet Tunjang Utama : Tunjang Sains dan Teknologi (Awal Sains) Standard Kandungan : ST 4.1 Meneroka sifat umum bahan. Standard Pembelajaran : ST 4.1.5 Menjalankan penyiasatan terbimbing kesan magnet ke atas objek. Kesepaduan Tunjang : Tunjang Komunikasi, Tunjang Perkembangan Fizikal dan Estetika, Tunjang Ketrampilan Diri (Perkembangan Sosioemosi) Objektif Pembelajaran : Pada akhir pengajaran dan pembelajaran, murid dapat : i. Mengenali kesan magnet ke atas objek. ii. Mengklasifikasikan jenis-jenis bahan yang boleh ditarik oleh magnet dan tidak boleh ditarik oleh magnet. Pengetahuan Sedia Ada : Murid telah mengenali magnet. Kemahiran Berfikir : Menjana idea, mengklasifikasi Penerapan Nilai : Bekerjasama, Berkeyakinan, Bersabar, Tekun Alat Bantu Mengajar : Magnet, kayu, benang, gelung getah, syiling, pin kertas, klip baju, kepingan besi, pensel, mangga, kertas, pin rambut, pin baju, sudu, kayu, blok kayu, bola ping pong, gunting, pembaris, kacang merah, ubat stapler, tag nama, kertas yang dilukis peta larian, gambar kura-kura dan arnab, lembaran kerja 39
Fokus MI : Linguistik, visual-ruang Kosa Kata : magnet, tarik, logam, bukan logam
LANGKAH/ MASA
ISI PELAJARAN
AKTIVITI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
CATATAN (BBM, Kesepaduan, KB, Nilai dll.)
Set induksi (5 minit)
Pertunjukkan
1. Guru memberitahu murid- murid bahawa guru akan membuat satu pertunjukkan magic. 2. Guru menggunakan sebatang magnet yang dibalut dengan kertas untuk menarik klip kertas. 3. Guru akan menanya murid-murid apakah bahan yang dibalut dengan kertas yang boleh menarik klip kertas.
BBM : Magnet, kertas, klip kertas
Kesepaduan : Komunikasi
Nilai : Berkeyakinan
Langkah 1 (25 minit)
Aktiviti secara kumpulan
1. Guru membahagikan murid-murid kepada 5 kumpulan yang terdiri daripada 4 orang murid setiap kumpulan. 2. Guru mengagihkan sebatang magnet, kayu dan bekas yang berisi objek-objek kepada setiap
3. Guru meminta murid- murid mengikat hujung benang pada batang kayu dan satu hujung lagi diikat kepada magnet (untuk membuat joran). 4. Guru meminta murid- murid memancing objek- objek dalam bekas satu persatu dan kumpulkan objek yang telah dipancing. 5. Selepas mencuba memancing, guru meminta murid-murid membilang objek yang berjaya dipancing dan seterusnya menamakan objek-objek tersebut. 6. Guru memberitahu kelas bahawa objek-objek boleh dikumpulkan kepada dua kumpulan iaitu: yang boleh ditarik oleh magnet sudu, blok kayu, bola ping pong, gunting, pembaris, kacang merah, ubat stapler, tag nama
Kesepaduan: Komunikasi, sosioemosi
Nilai : Bekerjasama
41
yang tidak boleh ditarik oleh magnet
Langkah 2 (15 minit)
Permainan lumba kura-kura dan arnab
1. Guru membahagikan sekeping kertas yang dilukis peta larian, gambar kura-kura dan arnab.
2. Gambar kura-kura dan arnab telah dilekat klip kertas di belakang. 3. Guru meminta setiap wakil kumpulan untuk tampil ke hadapan bagi bertanding sesama kumpulan lain. 4. Murid-murid diminta menggunakan magnet untuk mengerakkan gambar kura-kura atau arnab. 5. Murid-murid diminta untuk tampil bertanding secara bergilir.
BBM : Kertas yang dilukis peta larian, gambar kura-kura dan arnab, klip kertas, magnet
Kesepaduan : Fizikal
Nilai : Yakin, bersabar
Langkah 3 (10 minit)
Lembaran kerja
1. Guru mengedarkan sekeping lembaran kerja
BBM : Lembaran kerja 42
kepada setiap murid. 2. Murid-murid diminta mengklasifikasikan serta menamakan jenis objek yang boleh ditarik oleh magnet dan tidak boleh ditarik oleh magnet.
Nilai : Tekun
Penutup (5 minit)
Kesimpulan
1. Guru membuat kesimpulan tentang pembelajaran sebagai pengukuhan murid-murid.