Download as DOCX, PDF, TXT or read online from Scribd
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 4
Tarikh : 23 Julai 2014
Masa : 10.45 11.45 pagi (60 minit)
Kelas : 3 Arif Bilangan murid : 21 orang (9 lelaki dan 12 perempuan) Mata pelajaran : Sains Tema : Menyiasat Alam Fizikal Tajuk : Magnet Standard kandungan : 5.1 Menganalisis pengetahuan tentang tindakan magnet Standard pembelajaran : Di akhir sesi pembelajaran, murid dapat : 5.1.1 Mengenal pasti bentuk magnet seperti magnet bar, silinder, ladam, bentuk U, butang dan cincin. 5.1.2 Mengitlak tindakan magnet ke atas pelbagai objek dengan menjalankan penyiasatan. 5.1.3 Mengelas objek berdasarkan tindakan magnet ke atasnya.
Pengetahuan sedia ada : Murid-murid sudah biasa dengan magnet. Pendekatan pengajaran dan pembelajaran : Konstruktivisme dan inkuiri penemuan Strategi : Teknik soal jawab dan aktiviti Hands-on ( uji kaji) Kemahiran berfikir : Menjana idea, menghubungkait, menganalisis, membanding beza. Kemahiran proses sains : Memerhatikan, komunikasi dan membuat ramalan, membuat inferens. Nilai murni : Jujur, sistematik, kerjasama, toleransi dan, yakin, berani mencuba memberikan perhatian. Sumber pengajaran : Magnet pelbagai bentuk, gumpalan kertas, duit syiling, cebisan plastik dan ubat stepler. EMK : Kreatif dan inovasi Sumber P&P : Buku teks, internet BBM : Magnet pelbagai bentuk, gumpalan kertas, duit syiling, cebisan plastik dan ubat stepler.. Fasa Isi kandungan Aktiviti pengajaran dan pembelajaran Catatan
Orientasi ( 5 minit )
Aktiviti : Situasi Bahan : Gumpalan kertas, duit syiling, cebisan plastik dan ubat stepler.
1) Guru memperkenalkan kotak ajaib kepada murid. 2) Guru memberitahu murid di dalam kotak tersebut terdapat beberapa jenis bahan. Bahan-bahannya ialah gumpalan kertas, duit syiling, cebisan plastik dan ubat stepler. 3) Guru melakonkan situasi dengan tidak sengaja menyebabkan bahan dalam kotak tertumpah 4) Guru menyoal murid, bagaimana cara mahu mengutip ubat stepler dengan mudah? 5) Murid memberikan pelbagai jawapan
KPS : Memerhati Nilai murni : Bekerjasama, Memberi perhatian BBM : gumpalan kertas, duit syiling, cebisan plastik dan ubat stepler.
Pencetusan idea ( 10 minit )
Mengitlak tindakan magnet ke atas beberapa objek.
Magnet boleh menarik objek yang diperbuat daripada besi.
1) Guru mengeluarkan sebuah magnet. 2) Seorang murid diminta tampil ke hadapan untuk menarik ubat stepler daripada campuran bahan-bahan menggunakan magnet. 3) Guru menyoal murid, bagaimana ubat stepler boleh tertarik ke arah magnet, sedangkan benda lain tidak 4) Murid memberikan pelbagai jawapan. 5) Guru menerangkan kepada murid bahawa magnet mampu menarik sebarang objek yang diperbuat daripada besi. 6) Guru menyoal murid : Apakah contoh benda yang boleh ditarik oleh magnet? Adakah duit syiling diperbuat daripada besi?
KPS : Memerhati ( 30 minit ) tindakan magnet ke atasnya. 2) Setiap kumpulan dibekalkan dengan sebuah magnet yang berbeza bentuk. 3) Guru menyenaraikan beberapa objek yang di papan putih seperti : - gunting, pensel, pembaris, duit syiling, paku picit, besi tingkap, kepala tali pinggang dan sebagainya. 4) Murid kemudiaanya membuat eksperimen dengan menggunakan magnet untuk menguji adakah bahan-bahan tersebut mampu ditarik magnet. 5) Mereka kemudiannya mengisi nama objek- objek tersebut di dalam jadual di buku mereka. Membuat ramalan
KBKK : Membuat banding beza.
Kemahiran Manipulatif : Menggunakan dan mengendalikan peralatan dan bahan dengan betul, menyimpan peralatan sains di tempat yang betul.
Nilai murni : Kerjasama, Toleransi, Jujur, Sistematik
BBM : objek-objek yang terdapat di dalam kelas.
Aplikasi ( 5 minit )
Bentuk-bentuk magnet dan kegunaannya
Bentuk-bentuk magnet : 1) Bar 2) Silinder 3) Ladam 4) Bentuk U 5) Butang
1) Setiap kumpulan diminta mengangkat magnet masing-masing. 2) Wakil setiap kumpulan dikehendaki memberi nama bentuk magnet masing-masing. 3) Guru menyuruh murid salin nama jenis magnet dalam buku latihan. 4) Guru kemudiaannya mengemukakan solan kepada murid Soalan : a) Apakah kegunaan magnet di dalam wwwkehidupan seharian kita?
KPS : Berkomunikasi
Nilai murni : Memberi perhatian Berani mencuba Kerjasama
BBM : Magnet dengan pelbagai jenis 6) Cincin
b) di mana kamu dapat lihat magnet dalam wwwkehidupan seharian kamu? 5) murid memberikan pelbagai jawapan seperti : di kasut, penghias peti, penutup kotak pensel, dalam kpmpas
bentuk.
Refleksi ( 10 minit )
Imbas kembali pelajaran pada hari ini.
1) Guru menyoal murid apakah yang akan berlaku jika tangan kita mempunyai kuasa seperti magnet. 2) Apakah kebaikan dan keburukannya? 3) Guru menyuruh murid buat kerja rumah dengan menyalin nota di dalam buku teks. . KPS : Komunikasi