Nothing Special   »   [go: up one dir, main page]

KEK PISANG

Showing posts with label Puding. Show all posts
Showing posts with label Puding. Show all posts

Tuesday, August 4, 2020

PUDING ROTI MARBLE COKLAT









RESEPI PUDING ROTI MARBLE COKLAT
sumber :    Insta@intaidapur_liza




Bahan-Bahan :

4  keping  roti
2  biji  telur   (gred A)
1/2  cawan  susu pekat manis
170  ml  susu cair
10  gm  serbuk agar-agar@sepeket
1/2  cawan  gula kastor   (boleh kurangkan jika tak suka manis sangat)
2  sudu besar  butter@marjerin   ~  cairkan
3 1/2  cawan  air
2  sudu besar  serbuk koko@coklat emulco


Cara-Cara :

1.  Didihkan 3 cawan air, serbuk agar-agar dan gula ke dalam periuk.

2.  Blend@kisar roti, telur, susu pekat manis, susu cair dan baki air tadi (1/2 cawan).  Kemudian masukkan ke dalam periuk agar-agar yang sudah mendidih tadi.

3.  Masukkan butter@marjerin dan kacau rata sampai mendidih lagi, matikan api dapur.

4.  Bahagikan kepada 2, satu adunan biarkan warna asal dan satu adunan masukkan serbuk koko@coklat emulco.  (Jika menggunakan serbuk koko, bancuh dahulu dengan sesudu air panas jadikan pes agar tidak bergentel-gentel serbuk koko tersebut).

5.  Tuangkan ke dalam acuan pilihan secara berselang-seli sehingga adunan puding habis.  Buat dengan cepat sebab puding mudah membeku.

6.  Dah siap simpan di dalam peti sejuk sekurang-kurangnya 1 jam.
SIAP !





Wednesday, June 24, 2020

AGAR-AGAR RAMBUTAN SELASIH









AGAR-AGAR RAMBUTAN SELASIH
sumber :    FB@keluarga.my




Bahan-Bahan :

Buah rambutan secukupnya yang sudah diasingkan daripada bijinya
10  gm  serbuk agar-agar   (1 paket)
1  cawan  gula pasir
5  cawan  air
Biji selasih secukupnya   (rendam sampai kembang  ~  jika suka)
Sedikit pewarna   (ikut pilihan, saya guna agar-agar berwarna hijau)


Cara-Cara :

~   Didihkan serbuk agar-agar, gula pasir, air dan sedikit pewarna pilihan.  Tutup api apabila mendidih dan sejukkan sebentar.
~   Susunkan isi buah rambutan ke dalam bekas pilihan.
~   Tuangkan agar-agar tadi ke dalam bekas tersebut secara perlahan-lahan.
~   Kemudian masukkan biji selasih.
~   Akhir sekali masukkan agar-agar lagi sehingga habis.
~   Sejukkan dan hidangkan apabila agar-agar sudah mengeras.
SIAP !




Wednesday, June 3, 2020

PUDING KARAMEL BISKUT BERKISMIS










PUDING KARAMEL BISKUT
HUP SENG BERKISMIS
( Mariana Zainal )
Loyang :   7 inci, bulat




Bahan-Bahan :

15  keping  biskut cream crackers   (saya guna brand Hup Seng)
1  tin  susu cair
3/4  cawan  gula pasir   (150 gm)
1/2  tin susu  air sejuk/air biasa   (sukat guna tin susu cair)  lebih kurang 200 ml
6  biji  telur gred A/B
1  sudu teh  esen vanilla
1/2  sudu teh  garam
1  sudu besar  gula pasir   (dimasak tanpa air dalam loyang menjadi gula hangus dan ratakan di dasar loyang, ketepikan...guna api perlahan)


Cara Penyediaan :

~   Ramas hancur biskut, ketepikan.
~   Pecahkan telur satu persatu dalam piring dan buangkan ketulan beku yang berwarna putih, masukkan dalam mangkuk besar, pukul bersama gula dan garam sehingga kembang (boleh juga guna blender) dan masukkan esen vanilla.
~   Masukkan susu cair, mix lagi.
~   Masukkan air sejuk, mix seketika dan akhir masukkan biskut yang telah diramas tadi, kacau mesra.
~   Tuangkan adunan ke dalam loyang telah dimasak gula hangus tadi, jika suka boleh taburkan kismis di atas.
~   Kukus selama 40-45 minit/sehingga masak, periksa guna lidi macam kita periksa kek.
~   Dah sejuk terbalikkan ke dalam dulang/pinggan yang bersesuaian.  Siap untuk dihidangkan.
~   Nak lagi sedap letak dalam peti ais makan sejuk-sejuk nyaman sekali.


Monday, June 1, 2020

PUDING KARAMEL










RESIPI PUDING KARAMEL
sumber :    www.buatoranglapo@you tube.




Bahan-Bahan :

1/2  cawan  gula   (me :  guna gula kastor)
4  sudu besar  air panas
4  biji  telur   (me :  guna gred A)
1  cawan  susu segar
1  cawan  susu cair
1/2  cawan  susu pekat manis
1  sudu teh  esen vanilla


Cara-Cara :

1.  Cairkan gula di dalam kuali sehingga keperangan.  Gunakan api yang kecil supaya gula tidak hangit.

2.  Masukkan air panas dan kacau-kacau gula sehingga cair sepenuhnya.

3.  Tutup api, segera masukkan gula karamel ke dalam acuan yang sesuai dan ratakan keseluruhan dasar acuan.  Ketepikan dulu.

4.  Di dalam bekas yang sesuai, pukul telur perlahan-lahan sahaja.  Jangan sampai kembang.

5.  Kemudian, masukkan susu segar, susu cair, susu pekat manis serta esen vanilla dan pukul sekejap sahaja.  Tapiskan adunan.

6.  Tuangkan adunan ke dalam acuan yang berisi karamel tadi.

7.  Tutup permukaan acuan dengan aluminium foil.

8.  Bakar menggunakan teknik "water-bath" pada suhu 150'C selama 40 minit atau sehingga masak.


NOTA :

~   Boleh terus cairkan gula di dalam loyang yang besar.
~   Jika guna loyang yang besar, lebihkan masa membakar atau mengukus.


Saturday, May 16, 2020

PUDING LUMUT BERCINCAU !









PUDING LUMUT BERCINCAU
sumber :    Qasey Honey




Bahan-Bahan :

20  gm  serbuk agar-agar
350  gm  gula pasir
250  ml  santan pekat
1250  ml  air
200  ml  jus pandan
1/2  sudu teh  garam
3  biji  telur   ~  dipukul dengan garfu   (me :  guna telur gred A)
Cincau secukupnya   ~  dipotong dadu kecil-kecil


Cara-Cara :

1.  Blender 15 helai daun pandan dengan 200 ml air dan perah ambil jusnya.

2.  Masukkan kesemua bahan kecuali cincau ke dalam periuk dan nyalakan api dapur.

3.  Sementara itu, pukul telur dengan garfu dan tuangkan ke dalam periuk tadi serta masaklah menggunakan api sederhana.  Sentiasa dikacau agar tidak meruap.

4.  Setelah mendidih sepenuhnya, kecilkan api dapur dan biarkan masak sebentar di atas dapur.  Ketika ini motif lumut akan terbentuk dan tutup api dapur.

5.  Taburkan cincau yang telah dipotong dadu ke dalam bekas/acuan pilihan (pastikan bekas/acuan dibasahkan terlebih dahulu untuk memudah puding keluar dari bekas/acuan).

6.  Akhir sekali tuangkan adunan puding ke dalam bekas/acuan, (sebaiknya tunggu puding suam sedikit bila menuangkan puding ke dalam bekas/acuan untuk mengelakkan dari cincau berterabur).  Biarkan sejuk dan masukkan ke dalam peti ais untuk rasa yang lebih sedap.





Thursday, May 7, 2020

AGAR-AGAR GULA MERAH !







AGAR-AGAR GULA MERAH
sumber :    Mariana Zainal




Bahan-Bahan :

10  gm  serbuk agar-agar   (atau agar-agar bertali  20 gm@25 gm)
5 1/2  cawan  air
1  kotak kecil  santan AYAM BRAND
2  biji  telur gred A
1  cawan  gula merah Cap Bintang
1/2  cawan  gula pasir
1  helai  daun pandan   ~  disimpul
Secubit garam


Cara-Cara :

Sediakan loyang saiz 9 inci, renjis sedikit air dan simpan dalam peti sejuk.
Masukkan air, daun pandan dan serbuk agar-agar dalam periuk.
Apabila dah mula naik wap, masukkan gula merah dan gula pasir.
Biarkan mendidih, sambil-sambil itu satukan santan, telur dan garam dalam bekas, kocok-kocok guna garfu.
Apabila agar-agar tadi dah mendidih, buangkan daun pandan dan masukkan santan, kacau-kacau menggunakan senduk.
Apabila dah mendidih ganas macam nak melimpah, terus tutup api.
Tuangkan ke dalam loyang, biarkan agar-agar keras sedikit baru dimasukkan ke dalam peti sejuk.
SIAP !







Monday, May 4, 2020

AGAR-AGAR RINTIK !








RESIPI AGAR-AGAR RINTIK
sumber :    FB@google
(acuan biru saiz 7 inci  ~  sangat sedap)




Bahan A :

5  gm  serbuk agar-agar
250  gm  susu fresh cream/santan   (me :  guna santan)
1  sudu besar  gula pasir
1/2  sudu kecil  garam
1  sudu kecil  pandan emulco


Cara-Cara :

Campurkan semua bahan-bahan dan masak sehingga mendidih.  Masukkan ke dalam loyang dan sejukkan sehingga keras.  Bila agar-agar sudah keras, keluarkan dari loyang, potong kiub kecil-kecil dan ketepikan seketika.


Bahan B :

5  gm  serbuk agar-agar
500  ml  air
90  gm  gula merah
2  helai  daun pandan
1  sudu besar  tepung kastad   ~  bancuh dengan 5 sudu besar air


Cara-Cara :

Masak air, serbuk agar-agar, daun pandan dan gula merah sehingga hancur dan mendidih.
Kemudian masukkan bancuhan tepung kastad.  Masak sehingga mendidih.
Tuangkan ke dalam loyang.  Kemudian masukkan agar-agar yang telah dipotong kiub tadi ke dalam agar-agar Bahan B tadi.
Sejukkan dan sedia dihidangkan.!






Friday, May 1, 2020

TRIFLE ...








PUDING TRIFLE CARA
CIK DAYANG




Bahan-Bahan :

1  tin  susu cair
1/2  cawan  gula kastor
3/4  cawan  tepung kastad atau 1 cawan tepung kastad untuk lebih keras
1  tin  air masak @ air buah   (air buah campur air masak jadikan 1 tin, sukat guna tin susu cair)
Buah-buahan dalam tin@fruit cocktail HOSEN
Kek gulung atau kek span   (me :  guna lebihan dari Double Chocolate Muffin, potong kiub)
1  kotak  jelly kristal brand NONA   ~  perasa ikut pilihan


Cara-Cara :

1.  Potong kek lebih kurang 1 inci atau ikut citarasa, susun dalam bekas/tupperware 4 segi, ambil air fruit cocktail sedikit, siram pada kek bagi basah sikit-sikit pada kek.

2.  Satukan susu cair, air, gula, tepung kastad dan secubit garam, kacau hingga tidak berbintil baru buka api dapur.  Masak atas api sederhana hingga likat dan tutup api.

3.  Tuangkan adunan kastad ke atas kek, tabur fruit cocktail, biarkan sejuk sementara kita sediakan jelly.

4.  Masak kristal jelly ikut resepi pada belakang pek agar-agar.  Dah siap masak, curahkan perlahan-lahan ke atas kastad, biarkan agak suam baru dimasukkan ke dalam peti sejuk.
SIAP !






Wednesday, April 22, 2020

PUDING TRIFLE ...








RESIPI  PUDING TRIFLE
sumber :    FB@Mariana Zainal
(bekas :   SQ 250  =  7 bekas & 2 bekas kecil)




Bahan-Bahan :

1  roll  kek swiss roll   (perisa pandan, nak guna kek span pun boleh)
1  tin  fruit cocktail   (brand apa-apa ikut suka, me : HOSEN)
1  kotak  jelly kristal brand NONA   (perisa mango atau ikut suka)
1  tin  susu cair
5  sudu makan  gula pasir
6  sudu makan  tepung kastad
1  tin  air biasa   (sukat guna tin susu cair tadi)
Secubit garam


Cara-Cara :

1.  Potong kek lebih kurang 1 inci (ikut suka nak tinggi mana potong) susun di dalam bekas, guna tupperware 4 segi pun boleh, ambil air fruit cocktail, siramkan pada kek (bagi basah sikit-sikit kek  tu).

2.  Di dalam periuk/kuali, satukan susu cair, air biasa, gula, tepung kastad dan secubit garam, kacau sehingga tidak berketul-ketul kemudian pasangkan api dapur, masak atas api sederhana sehingga likat, meletup-letup dan boleh lah tutup api.

3.  Tuangkan adunan kastad ke atas kek tadi, taburkan fruit cocktail, biarkan sejuk dan mengeras.

4.  Kemudian masak kristal jelly ikut resipi pada belakang pek/kotak agar-agar.  Dah siap masak, curahkan di atas kastad, biarkan agak suam, masukkan ke dalam peti sejuk.
SIAP !





Sunday, April 12, 2020

PUDING ROTI BERKUAH KASTAD ...

 sebelum dibakar...






PUDING ROTI BERKUAH KASTAD
sumber :    MCCD ...




Bahan-Bahan :

10-12  keping roti   (me :  guna 12 keping)
500  ml  susu segar@ 2 cawan
5  sudu besar  gula halus@gula kastor
3  biji  telur   (kalau gred A, 2 biji)
1  sudu teh  esen vanilla@vanilla powder
2  sudu besar  butter   (cairkan)
Hiasan :    kismis/chocolate chip/badam/cherry/prunes


Bahan Sos Kastad :

1/2  tin  air   (sukat guna tin susu cair)
1  tin  susu cair
3-5  sudu besar  gula   (ikut kemanisan sendiri)
1  sudu besar  tepung kastad
1  sudu besar  tepung jagung
1  helai  daun pandan   (simpulkan)
1/2  sudu teh  esen vanilla@vanilla powder
Secubit garam


Cara-Cara :

Dalam bekas sesuai, satukan susu segar dan telur, kacau-kacau kemudian masukkan gula halus, kacau lagi hingga gula larut.
Masukkan sedikit garam, esen vanilla dan roti (carik-carikkan).  Kacau-kacau hingga separa hancur.
Masukkan kismis, kacau lagi.
Akhir sekali masukkan butter cair, kacau-kacau dan tuangkan ke dalam loyang 10 x 10 inci yang telah digriskan/disapukan dengan marjerin.  Taburkan dengan hiasan pilihan.
Bakar pada Suhu 200'C selama 30 minit hingga masak (bergantung pada oven masing-masing).
Nota :  Puding Roti, selepas keluar dari oven akan mengecut sedikit.

Untuk Bahan Sos :   Dalam kuali, masukkan susu cair, air, gula, esen vanilla dan secubit garam.
Buka api dan masak dengan api perlahan.  Sementara itu, bancuh tepung kastad dan tepung jagung dengan sedikit air untuk mengelakkan dari berketul.  Masukkan daun pandan.
Tuangkan bancuhan kedua-dua tepung tadi.  Kacau-kacau hingga sedikit pekat.  
Dah nampak letup-letup tutup api, masukkan 1 sudu besar butter, kacau-kacau hingga butter cair.
Siap untuk dihidangkan bersama Puding Roti tadi.