Nothing Special   »   [go: up one dir, main page]

KEK PISANG

Showing posts with label Ikan. Show all posts
Showing posts with label Ikan. Show all posts

Monday, July 20, 2020

KARI IKAN ALA MAMAK









RESIPI KARI IKAN ALA MAMAK
sumber :    mamawandiha.blogspot.com




Bahan-Bahan :

3  ekor  ikan kembong saiz besar   (guna ikan lain pun boleh, saya guna ikan pari)
5  sudu besar  serbuk rempah kari ikan Adabi
3  sudu besar  cili kisar atau serbuk cili
Minyak masak


Bahan-Bahan Kisar :

1  biji  bawang besar
3-4  biji  bawang merah
4  biji  bawang putih
Sedikit lada hitam atau 1 sudu teh serbuk lada hitam


Bahan-Bahan Mayang :

1  labu  bawang besar   ~  dimayang halus
3  biji  bawang putih

2  tangkai  daun kari   (jangan dileraikan)
Sedikit halba campur
2  sudu besar  air asam jawa   (saya guna 1 sudu besar pes asam jawa Adabi)
Garam secukupnya
Air secukupnya   (untuk kuah)


Bahan Rampai :   (ikut suka banyak mana nak letak)

Terung bulat
Kacang bendi
Cili hijau
Buah tomato


Cara Memasak :

1.  Panaskan minyak masak secukupnya dan tumis bahan-bahan yang dimayang dengan halba campur.  Setelah agak layu masukkan cili kisar dan bahan-bahan kisar.  Kemudian masukkan rempah kari ikan.  Masukkan 2 tangkai daun kari, (jangan ceraikan daunnya), sebab batang daun kari tu yang akan memberi aroma yang sedap pada kari kita.  Masak sehingga hilang bau rempah.  Masukkan air jika rempah nampak kering.

2.  Setelah rempah dah masak dan hilang bau rempah kari, masukkan air asam jawa, air secukupnya ikut kepekatan kuah yang disukai, masukkan garam secukupnya.

3.  Setelah mendidih, masukkan terung bulat.  Masak sampai agak-agak terung lembut barulah masukkan bendi dan ikan.  Masakkan sekejap sahaja supaya tak nak ikan masak terlalu lama dan hancur.  Paling akhir masukkan tomato.  Sesuaikan rasa.  Bila bendi dah lembut matikan api...SIAP!


Friday, July 17, 2020

SINGGANG IKAN









RESIPI SINGGANG IKAN
sumber :    hanieliza




Bahan-Bahan :

1  ekor  ikan tongkol   (saya guna 4 keping ikan tenggiri)
3  ulas  bawang putih   (dimayang)
2  cm  lengkuas   (dihiris nipis)
2  cm  kunyit hidup   (dihiris nipis)
5  keping  asam keping@asam gelugor
4  cawan  air
Cili api
Garam secukup rasa


Cara Memasak :

1.  Ikan dipotong kecil ataupun nipis dan bersihkan.
2.  Masukkan semua bahan ke dalam periuk.
3.  Masakkan sehingga mendidih.
4.  Sesuaikan rasa, tutup api.
5.  Sedia dihidangkan.

Tuesday, July 14, 2020

IKAN MASAK LEMAK CILI API









IKAN MASAK LEMAK CILI API
sumber :    hanieliza




Bahan-Bahan :

3-4  keping  ikan tenggiri
2  cawan  santan pekat
10  biji  belimbing buluh   (saya guna tomato ~ dipotong ikut suka)
3  tangkai  serai   (diketuk)
Garam secukup rasa


Bahan Dikisar :

15  biji  cili api
2  cm  kunyit hidup
1  cawan  santan cair


Cara Memasak :

1.  Ikan dibersihkan dengan asam limau dan bilas.  Kemudian toskan.
2.  Masukkan semua bahan kecuali santan pekat ke dalam periuk.
3.  Masak hingga mendidih.
4.  Apabila sudah mendidih, masukkan santan pekat.
5.  Masukkan garam secukup rasa.  Kacau perlahan hingga mendidih.
6.  Tutup api dan hidangkan.

P/S :   (Saya masaukkan tomato akhir sekali, masak seketika dan tutup api).

Sunday, July 5, 2020

KENGSOM IKAN KERISI










RESIPI KENGSOM IKAN KERISI
sumber :    FB@BIKMM @ Tiesha Abdul Rahman




Bahan-Bahan :

2  ekor  ikan kerisi
1/2  cawan  air
1/2  cawan  air asam jawa
1  keping  asam keping
Garam/gula/serbuk pati ayam
Sayur kangkung secukupnya
Minyak masak


Bahan-Bahan Dikisar :

5  tangkai  cili kering
5  biji  cili padi merah
1  inci  kunyit hidup
1/4  inci  halia
1/4  inci  belacan
1  batang  serai
2  helai  daun limau purut


Cara Memasak :

1.  Panaskan sedikit minyak masak, tumis bahan-bahan kisar sehingga naik bau.
2.  Kemudian, masukkan air dan air asam jawa.  Biarkan mendidih.
3.  Seterusnya, masukkan ikan kerisi, asam keping dan perasakan ia secukupnya.  Biarkan ikan masak.
4.  Akhir sekali, masukkan sayur kangkung dan bolehlah tutup api.  Sedia untuk dihidangkan.


TIPS :

~   boleh masukkan juga hirisan nanas.
~   jika suka pedas yang extra, boleh masukkan lagi cili padi.
~   kuah bergantung pada selera masing-masing.
~   boleh perah limau nipis jika sukakan kuah yang masam.
~   sayur kangkung jangan letak terlalu awal, jika tidak ia akan layu.


Friday, July 3, 2020

SARDINE MASAK LEMAK CILI PADI









SARDINE MASAK LEMAK CILI PADI
sumber :    Azie Kitchen




Bahan-Bahan :

1  tin  ikan sardine mackerel
2  cawan  santan pekat
1  biji  bawang besar   ~  dipotong empat
1  helai  daun kunyit   ~  dihiris
4  biji  ubi kentang   ~  dipotong ikut suka
Garam secukup rasa


Bahan Tumbuk :

4  tangkai  cili padi   (tambah jika suka pedas)
2  cm  kunyit hidup


Cara Memasak :

1.  Kupas semua ubi kentang dan bawang besar serta dipotong empat.

2.  Masukkan santan dan bahan tumbuk ke dalam periuk dan masak kuah sampai hampir mendidih kemudian masukkan ubi kentang dan daun kunyit.

3.  Gunakan api dapur yang sederhana supaya kuah masak secara perlahan-lahan dan tidak pecah minyak.  Biarkan ubi kentang masak sampai empuk.

4.  Masukkan semua ikan sardine dan kuahnya sekali, kacau semua bahan supaya menjadi mesra dan sekata.

5.  Akhir sekali rasa garam, jika kurang masin tambahkan garam sesuai selera.

6.  Sedia dihidangkan.


Thursday, June 25, 2020

IKAN DORI MASAM MANIS










IKAN DORI MASAM MANIS
BERNANAS
sumber :    tiffinbiru@CMG




Bahan-Bahan :

2  keping fillet  ikan Dory
1/2  sudu kecil  garam
1  sudu kecil  serbuk lada sulah
1  biji  putih telur
4  sudu besar  tepung jagung
1/4  bahagian traffic light  capsicum   (merah, hijau & kuning ~ dipotong berbaji)  (tak letak)
1 1/2  cawan  nanas   ~  dipotong kiub   (me : ganti dengan tomato)
1  biji  bawang besar   ~  dibelah 6
3  ulas  bawang putih   ~  cincang halus
3  sudu besar  cili kisar
3  sudu besar  sos tomato *
3  sudu besar  sos cili *
2  sudu besar  sos plum *
1  sudu kecil  sos ikan *    ( * bahan-bahan sos, disatukan & kacau rata )
1  cawan  air
1  sudu kecil  tepung jagung  +  2 sudu besar  air   =  dikacau rata
1  sudu kecil  bijan   ~  digoreng tanpa minya hingga wangi
Sedikit hirisan daun bawang   ~  untuk hiasan   (me : guna daun kucai)
Minyak masak


Cara Memasak :

1.  Fillet ikan Dory dipotong kiub (sebesar saiz ibu jari orang dewasa), kemudian perap dengan jus limau nipis atau jus limau kasturi selama 15 minit.  Cuci bersih dan toskan.  Gaul isi ikan tadi dengan serbuk lada sulah dan 1/2 sudu kecil garam hingga rata, perap 20 minit.  Kemudian gaulkan dengan putih telur dan tepung jagung hingga rata.  Goreng terendam hingga kuning keemasan.  Angkat dan toskan.  Ketepikan untuk kegunaan kemudian.

2.  Dalam kuali yang sama, keluarkan minyak dan tinggalkan lebih kurang 4 sudu besar.  Tumis bawang putih hingga wangi, masukkan cili kisar dan masak hingga cili garing, guna api kecil dan kacau sentiasa.  Masukkan bahan-bahan sos (*), kacau dan tuangkan air.  Biarkan mendidih.

3.  Masukkan nanas dan bawang besar, masak hingga lembut.  Tambah traffic light capsicum dan isi ikan Dory yang telah digoreng tadi.  Gaul rata dan tuangkan bancuhan tepung jagung.  Masak hingga pekat.  Sesuaikan rasa dan jika perlu masukkan sedikit garam atau boleh guna sos ikan.  Masak sekejap lagi dan tutup api.  Tabur dengan bijan dan hirisan daun bawang. 

4.  Hidangkan.


Monday, June 22, 2020

ASAM PEDAS IKAN PARI










RESIPI ASAM PEDAS IKAN PARI
( Mariana Zainal )




Bahan-Bahan :

Ikan pari secukupnya, terpulang nak banyak mana   ~  dipotong-potong
Kacang bendi secukupnya,  terpulang nak banyak mana
2  biji  tomato   ~  belah 2 atau 4


Bahan Kisar :   (Semua bahan ini dikisar)

2  biji  bawang besar
5  ulas  bawang putih
Sebesar ibu jari  halia
Sebesar ibu jari  belacan
25  tangkai  cili kering   ~  rendam dalam air panas hingga lembut & toskan
1/2  cawan  minyak masak

3  batang  serai   ~  diketuk
Sedikit daun kesom
1  batang  bunga kantan   ~  belah 4   (tak nak pun tak apa)
1  cawan  air asam jawa
1  sudu besar  garam
Sedikit serbuk perasa
Air secukupnya   (untuk kuah....agak-agak jangan cair sangat)


Cara Memasak :

Masukkan bahan kisar dan serai yang dah diketuk dalam kuali, masukkan garam dan serbuk perasa, tumis sehingga betul-betul naik minyak dan cili berubah warna.
Masukkan air asam jawa dan biarkan mendidih, masukkan sedikit air.
Dah mendidih masukkan ikan pari, bunga kantan (jika guna) dan daun kesom.  Bila dah mendidih masukkan tomato dan bendi, biarkan seketika sehingga bendi sedikit lembut.
Sesuaikan rasa dan tutup api.  Sedia dihidangkan.

Friday, June 12, 2020

SINGGANG SERANI IKAN









RESEPI SINGGANG SERANI
MEMIKAT SELERA
sumber :    tiffinbiru@CMG




Bahan-Bahan :

1  ekor  ikan tuna@tongkol putih saiz sederhana, kerat & cuci bersih  (atau boleh juga ikan pilihan)
1  biji  tomato   ~  belah 6   (me : guna 2 biji terung saiz kecil dipotong-potong kecil)
1  batang  serai   ~  dititik
2  keping  asam gelugor
Air secukupnya
1  kiub  pati ikan bilis   (optional)
Garam & gula secukup rasa


Bahan tumbuk lumat :

5  biji  bawang merah
2  ulas  bawang putih
6  biji  cili padi merah thai
1/2  inci  kunyit hidup
1/2  inci  halia
1/2  inci  lengkuas
3/4  sudu teh  lada hitam biji


Cara Memasak :

1.  Panaskan sedikit minyak masak dalam kuali, masukkan serai dan bahan tumbuk lumat sehingga harum.  Tuangkan air secukupnya, kacau dan biarkan mendidih.  Tambahkan asam gelugor dan juga kiub pati ikan bilis, jika guna.

2.  Masukkan ikan dan biarkan mendidih perlahan.  Tambahkan garam secukup rasa dan secubit gula.  Akhir sekali masukkan tomato, kacau perlahan dan masak sekejap.  Sesuaikan rasa dan matikan api.  Sedia dihidangkan.

NOTA :   (me :  masukkan terung, masak sehingga terung lembut.  Setelah  terung lembut masukkan ikan (me : guna ikan selar ~ 5 ekor, dan masak sehingga ikan masak sempurna, tutup api dan sedia dihidangkan).

Wednesday, June 10, 2020

IKAN SIAKAP MASAK LEMAK










RESIPI IKAN SIAKAP
MASAK LEMAK CILI PADI
sumber :    ninimirza.com




Bahan-Bahan :

2  ekor  ikan Siakap saiz sederhana   ~  potong beberapa potongan
3  batang  serai   ~  dititik
2  helai  daun bay atau daun kunyit yang dihiris halus
1  kotak  santan
Air secukupnya
2  biji  buah tomato   (me : tak letak tiada stok)
1  keping  asam gelugor@asam keping
Garam & gula secukup rasa


Bahan Kisar/Tumbuk :

Beberapa biji cili padi   ~  kepedasan ikut citarasa
1  inci  kunyit hidup   (boleh guna serbuk kunyit jika tiada kunyit hidup)
6  biji  bawang merah
3  ulas  bawang putih


Cara Memasak :

1.  Ikan dibersihkan kemudian di toskan dan ketepikan.

2.  Masukkan bahan yang dikisar dalam periuk, kemudian masukkan air secukupnya dan serai.  Masak hingga mendidih.

3.  Kemudian tuangkan santan, kacau perlahan.  Biarkan mendidih.

4.  Bila mendidih, masukkan ikan, tomato, daun bay dan asam gelugor.

5.  Perasakan dengan garam dan sedikit gula secukup rasa.  Kacau perlahan dan biarkan mendidih dengan api sederhana.

6.  Dah masak, tutup api dan hidangkan.

IKAN TUMIS ASAM










RESIPI IKAN TUMIS ASAM




Bahan-Bahan :

1  ekor  ikan bawal hitam   ~  cuci bersih, toskan & potong-potong ikut suka
1  cawan  air asam jawa
1/2  sudu kecil  serbuk kunyit
1  biji  buah tomato   ~  dipotong 4   (me :  tak letak sebab tiada)
Garam secukup rasa
Minyak masak


Bahan Dihiris :

3  ulas  bawang kecil
2  ulas  bawang putih
1  inci  halia
1  biji  cili hijau
1  biji  cili merah
1  labu  bawang besar


Cara Memasak :

1.  Ikan dibersihkan dan digaulkan dengan kunyit dan garam.
2.  Goreng hingga masak.  Angkat dan ketepikan.
3.  Tumiskan semua bahan yang dihiris.
4.  Apabila sudah layu sedikit, masukkan air asam jawa dan serbuk kunyit.
5.  Apabila sudah mendidih, masukkan ikan dan tomato.
6.  Sedia dihidangkan.

Monday, June 8, 2020

SAMBAL HIJAU TENGGIRI










RESEPI SAMBAL HIJAU TENGGIRI
sumber :    Insta@majalahrasa
kredit :   @kualihelena




Bahan-Bahan :

3  potong  ikan tenggiri
1  sudu teh penuh  serbuk kunyit
Sedikit garam


Bahan Sambal :

1  biji  bawang merah besar
5  biji  cili hijau
30-40  biji  cili padi hijau   (kepedasan ikut suka)
Gula
Garam/seasoning


Cara Memasak :

1.  Gaulkan ikan bersama garam dan serbuk kunyit.  Kemudian goreng sehingga garing, angkat dan ketepikan.

2.  Rebus cili dan bawang merah.  Kemudian tumbuk atau kisar kasar.  Panaskan minyak masak secukupnya dan tumis bahan kisar tadi sehingga pecah minyak.  Masukkan bahan perasa (gula, garam, seasoning).  Kacau rata dan masukkan ikan yang digoreng tadi.  Kacau perlahan. 
Siap untuk dihidangkan !


INFO :   Tujuan cili direbus supaya senang nak tumbuk dan membuatkan sambal tahan lama.