Nothing Special   »   [go: up one dir, main page]

KEK PISANG

Monday, April 20, 2015

KEK PISANG LEMBAB BERKEJU

 ditabur dengan coklat chip
 ditabur dengan parutan keju cheddar & coklat chip
 ditaburi dengan parutan keju cheddar




KEK PISANG LEMBAB BERKEJU
sumber dari  :  DapurTanpaSempadan ; thanks...
tried by  :   zaralovebaking...



Bahan-bahan :

250  gm  tepung gandum *
    1  sudu teh  baking soda *
 1/2  sudu teh  garam halus *  (* digaul rata & diayak)
 1/2  cawan  parutan keju Cheddar
    5  biji  telur gred 'A'
120  gm  gula perang @ soft brown sugar
  15  gm  ovallate  (anggaran 1 camca besar rata)
225  gm  pisang emas  (dilecek)
 3-4  titik  esen pisang atau esen vanilla
225  ml  minyak jagung atau mentega cair


Cara-cara :

1.  Panaskan oven pada suhu 175'C.  (Jika guna acuan warna hitam, suhu oven 160'C).  Lenser acuan dengan sedikit mentega hingga rata.  Lecek pisang bersama esen pisang atau vanilla hingga hancur.  Ketepikan.

2.  Di dalam mangkuk adunan, gaul gula perang dengan ovallate hingga sebati.  Masukkan telur (kesemua sekali) kemudian putar hingga rata.  Tukar pada kelajuan tinggi dan putar hingga adunan kembang dan pekat gebu.

3.  Masukkan pisang lecek dan putar rata.  Masukkan tepung sedikit demi sedikit hingga habis.  Tambahkan parutan keju Cheddar dan putar rata.  Akhir sekali tuangkan minyak jagung, gaul rata dengan spatula.

4.  Tuangkan adunan ke dalam acuan dan ratakan.  Bakar selama 45-50 minit atau sehingga masak sepenuhnya.

KEK BELANG COKLAT/CHOCOLATE STRIPED CAKE







KEK BELANG COKLAT/CHOCOLATE STRIPED CAKE
cookbook  :  Jamuan Kek -  Chef Zubaidah Che Pa..
tried by  :   zaralovebaking...



Bahan-bahan :

    5  biji  telur gred A
  40  gm  air
  10  gm  ovalette
280  gm  tepung naik sendiri
190  gm  gula kastor
200  gm  marjerin  (cairkan & sejukkan)
    1  tbsp  coklat emulco


Cara-cara :

1.  Pukul kesemua bahan kecuali marjerin cair dan coklat emulco sehingga gebu dan berkrim.
2.  Kemudian masukkan marjerin cair sedikit demi sedikit ke dalam adunan.  Gaul adunan sehingga sebati.
3.  Bahagikan kepada 2 bahagian.  Satu bahagian dimasukkan coklat emulco dan satu lagi dibiarkan kosong.
4.  Tuangkan adunan coklat dan yang kosong ke dalam acuan bersaiz 8 inci (digris dengan sedikit mentega dan dialas dengan kertas minyak) secara berselang-seli dan bakar di dalam ketuhar yang telah dipanaskan pada suhu 150'C selama 50 minit.

MIXED BERRIES SMOOTHIE






MIXED BERRIES SMOOTHIE
adapted from :  A Sprinkle of This and That
tried by  :   zaralovebaking...



Ingredients :

   1  cup  frozen strawberries
   1  cup  frozen blueberries
   1  cup  vanilla yogurt  (I use Greek yogurt)
1/2  cup  orange juice
   2  bananas


Method :

     Pour all the ingredients above into a blender and blend until smooth.  Pour into the glasses.

DAGING MERAH ALA THAI




 Mixed Berries Smoothie





DAGING MERAH ALA THAI
sumber dari  :  Dapur Mamasya ; thanks...
tried by  :   zaralovevaking....



Bahan-bahan :

1/2  kilo  daging lembu  (direbus sehingga empuk)
   2  ulas  bawang putih  -  di ketuk
   1  labu  bawang besar  -  dihiris bulat
   1  sudu makan  cili giling
Sedikit sos tiram, sos ikan, sos tomato
Sedikit minyak untuk menumis
Garam & gula secukup rasa
Daun ketumbar/daun sup/daun bawang dihiris untuk hiasan  (mana-mana pun boleh)


Cara Memasak :

     Daging yang telah siap direbus dipotong nipis-nipis (kalau nak merah campurkan dengan sedikit pewarna merah semasa merebus daging).  Panaskan sedikit minyak, gorengkan daging dahulu sampai kuning keemasan sedikit, ketepikan dulu.
     Tumiskan bawang putih sampai naik bau, masukkan cili giling.  Goreng-goreng sehingga sedikit agak garing bolehlah dimasukkan sos tiram, sos ikan dan sos tomato.  Masukkan daging tadi dan bawang besar hiris, kacau dan rasa garam dan gula.  Kalau nak kuah lebihkan air sedikit dan tambahkan sos tomato.  Setelah masak, angkat dan hidangkan.  Taburkan dengan hirisan daun ketumbar.

Tips  :  Boleh tambah kacang panjang & lada hijau untuk penyeri.  Manakala daun limau purut untuk aroma.

Sunday, April 19, 2015

VICTORIA SANDWICH CAKE



 birthday cake for my son M.Arif Zaim (17/4/2015 - Friday),
celebrate it on Saturday..






VICTORIA SANDWICH CAKE
sumber dari   :   Juicy Cafe; thanks...
tried by  :   zaralovebaking...



Bahan Kek :

250  gm  mentega
200  gm  gula kastor (lain kali kurangkan sikit sebab manis)
    4  biji  telur gred A
    1  tsp  esen vanilla
250  gm  tepung superfine *
 1/2  tsp  baking powder * (* satukan & diayak)
    1  tbsp  susu segar


Bahan Filling :

300  gm  jem strawberry  -  digaul agar tidak berketul
150  gm  fresh cream  -  dipukul hingga kental
    1  tbsp  snow sugar
  10  biji  strawberry segar  -  hiasan
Sedikit blueberry segar  -  hiasan


Cara Penyediaan :

1.    Di dalam mangkuk pengadun, putar mentega dan gula sehingga berkrim.

2.    Masukkan telur sebiji demi sebiji bersama esen vanilla dan pukul lagi sehingga gebu.

3.    Masukkan sedikit demi sedikit adunan tepung, gaul dengan rata dan sebati.

4.    Tambahkan susu segar dan gaul rata lagi.

5.    Sediakan 2 loyang bersaiz 7 atau 8 inci bulat.  Oles dengan sedikit mentega, lapik kertas minyak dan oleskan dengan sedikit mentega lagi.

6.    Tuangkan adunan sebanyak/anggaran 470 gm untuk 1 loyang, ratakan dan buat lekuk ditengah-tengah adunan.  (Ini supaya kek tidak naik membukit ditengah ketika proses pembakaran).

7.    Bakar di dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 170'C selama 30-35 minit.  Keluarkan dari oven dan sejukkan di atas redai.

8.    Letakkan sebiji kek di atas papan kek, sapukan jem strawberry, ratakan pada keseluruhan kek.

9.    Masukkan fresh cream yang telah dipukul kental tadi ke dalam piping bag dan paipkan mengikut kreativiti.

10.  Tindihkan dengan sekeping lagi kek di atas fresh cream dan ayakkan snow sugar pada keseluruhan kek dan susunkan strawberry dan blueberry segar di atasnya.  Sejukkan sebentar dan hidangkan.

AGAR-AGAR KELAPA MUDA







AGAR-AGAR KELAPA MUDA
sumber dari  :  DapurTanpaSempadan; thanks..




Bahan-bahan :

600  ml  air kelapa muda dari 2 biji kelapa muda (tambah air mineral jika kurang)
Isi kelapa muda secukupnya
    5  gm  serbuk agar-agar
    2  tbsp  gula pasir  (ikut tahap kemanisan)
    1  helai  daun pandan  -  disimpul
3-4  titik  pewarna hijau


Cara Penyediaan :

1.   Sediakan acuan kegemaran.  Isi kelapa muda dipotong kecil dan masukkan ke dalam acuan.  Ketepikan.  Di dalam periuk masukkan serbuk agar-agar, gula pasir dan daun pandan.  Tuangkan air kelapa tadi dan kacau hingga rata.

2.   Masak dengan api kecil hingga mendidih dan gula larut.  Masukkan pewarna hijau, kacau hingga rata.  Tapiskan bancuhan agar-agar dan tuangkan ke dalam acuan yang berisi kelapa muda tadi.  Biar hilang wap panasnya sebentar dan bolehlah disimpan ke dalam peti sejuk.

CUSTARD'S CREAM PUFF







CUSTARD'S CREAM PUFF
cookbook  :  Istimewa Pemanis Mulut Siti Delima



Bahan-bahan :

Bahan Cream Puff :

  50  gm  mentega
125  ml  air
 1/3  sudu teh  garam
  75  gm  tepung gandum  -  diayak
    1  biji  telur + 1 kuning telur  (dikacau sebati)
 1/2  sudu teh  esen vanilla


Bahan Custard Cream :

      1  biji  kuning telur 'B'
  150  ml  UHT whipping cream
1 1/4  sudu besar  tepung kastad
    25  gm  gula halus/kastor
      1  sudu besar  parutan keju cheddar
   1/2  sudu teh  esen vanilla


Cara-cara :

Untuk Custard cream :

1.  Satukan semua bahan-bahan untuk custard cream, kecuali keju, kacau dengan whisk hingga semua sebati.  Masak atas api kecil hingga panas.

2.  Masukkan keju dan terus mengacau hingga bancuhan menjadi pekat.  Bila whisk diangkat, adunan jatuh bertali.

3.  Alih custard dalam bekas dan tutup dengan plastik cling, tujuan untuk mengelakkan custard tadi ber"kepala" (atau permukaanya menjadi keras).  Ketepikan.


Untuk Cream Puff :

1.  Satukan air dan mentega, jerang hingga mentega cair.

2.  Masukkan garam dan juga tepung tadi, kacau dengan senduk kayu sehingga adunan menjadi bancuhan kental yang tidak melekat di periuk, gunakan api kecil.

3.  Matikan api, alih adunan ke dalam mangkuk adunan.  Bila adunan suam, putar pada kelajuan sederhana, masukkan telur + kuning telur dan esen vanilla.  Putar hingga sebati.

4.  Alih kan bancuhan ke dalam beg piping yang dipasang muncung bintang.  Paipkan bentuk rosset berdiameter 2 inci atas dulang pembakar yang telah disapu sedikit mentega.  Buat hingga habis adunan.

5.  Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 200'C selama 25 minit, bergantung pada oven masing-masing.  Sejukkan atas jaringan, kemudian belah, isi ruang dalam creme puff dengan custard cream tadi, ayak sedikit gula aising dan lelehkan dengan coklat ganache sebagai penyeri.

AYAM MASAK HIJAU






AYAM MASAK HIJAU
sumber  :   FromIntanKitchen
tried by  :  zaralovebaking...



Bahan-bahan :

1  ekor  ayam  (potong dan cuci bersih, lumurkan ayam dengan kunyit dan garam kemudian di goreng sehingga keemasan atau 1/2 masak.
Rempah tumis  (kulit kayu manis, cengkih, bunga lawang dan biji pelaga)
Daun pandan  (disimpul)
1  batang  serai  (dititik)
Garam dan gula secukup rasa


Bahan kisar :

  6  ulas  bawang merah
  3  ulas  bawang putih
  2  inci  halia
10  tangkai  cili padi hijau
10  tangkai  cili hijau


Cara Memasak :

     Panaskan minyak di dalam kuali.  Tumiskan bahan tumisan (kulit kayu manis, cengkih, bunga lawang dan biji pelaga), daun pandan dan serai sehingga harum.  Masukkan bahan yang dikisar dan masak sehingga harum dan terbit minyak.
     Kemudian perasakan dengan garam, gula dan juga maggi secukup rasa (jika guna) atau boleh juga jika nak tambahkan dengan kiub pati ayam.  Biarkan merenih sebentar kemudian masukkan ayam goreng tadi.  Gaul rata.  Jika kuahnya terlalu kering tambahkan sedikit air.  Masak sehingga kuahnya pekat dan ayam masak sepenuhnya.  Sedia dihidangkan.

NASI MINYAK PANDAN









NASI MINYAK PANDAN
resipi  :  Potret Kasih
tried by  :   zaralovebaking...



Bahan-bahan :

   3  cawan  beras basmathi
   6  helai  daun pandan
   4  cawan  air
1/2  cawan  susu cair
   1  sudu makan  minyak sapi
1/2  inci  halia  -  dihiris
   3  ulas  bawang putih  -  dihiris
   4  biji  bawang merah  -  dihiris
   1  batang  kulit kayu manis
   1  kuntum  bunga lawang
   3  biji  buah pelaga
1/2  kiub  pati ayam
   1  sudu makan  garam
Bawang goreng (hiasan)
Daun ketumbar  -  dihiris  (hiasan)
Sedikit pewarna hijau


Cara Memasak :

1.   Beras basmathi dicuci bersih kemudian masukkan ke dalam rice cooker.  Masukkan 1 cawan air ke dalam beras tadi dan rendamkan seketika (anggaran 30 minit).

2.   Daun pandan dikisarkan bersama secawan air, tapiskan dan ketepikan.

3.   Panaskan minyak sapi kemudian tumiskan bahan hiris, kiub pati ayam, kulit kayu manis, bunga lawang dan buah pelaga sehingga wangi.

4.   Masukkan air pandan tadi bersama dengan 2 cawan air ke dalam tumisan.

5.   Kemudian curahkan air tumisan tadi ke dalam rice cooker yang mengandungi beras basmathi tadi.

6.   Masukkan garam dan susu cair ke dalam beras tadi.

7.   Tekankan ON pada rice cooker dan masaklah nasi seperti biasa.

8.   Bila nasi hampir kering, titiskan pewarna hijau ke atas nasi.  Kemudian tutupkan periuk nasi dan teruskan memasak nasi sehingga masak.

9.   Bila nasi telah masak kacau dan taburkan dengan daun ketumbar dan bawang goreng.

Tuesday, April 14, 2015

POPIA KENTANG











POPIA KENTANG
sumber  :  Cooking with Soul, DapurCT ; thanks...
tried   :   zaralovebaking....



Bahan Inti :

   5  biji  ubi kentang  (dipotong dadu kecil, rebus hingga empuk & toskan)
   1  biji  bawang besar  -  dicincang halus
   2  ulas  bawang putih  -  dicincang halus
1/2  sudu kecil  serbuk lada putih
Sedikit serbuk lada hitam kasar
   3  keping  daging ayam burger atau daging/ayam kisar
   3  tangkai  daun sup  -  dihiris
Garam & gula secukup rasa
Minyak untuk menumis

Kulit popia secukupnya
Minyak masak untuk menggoreng


Cara-cara :

1.  Panaskan minyak dan tumiskan bawang besar dan bawang putih sehingga layu.  Masukkan lada putih dan lada hitam, kacaukan seketika.

2.  Masukkan daging/ayam cincang dan masak sehingga airnya kering.  Perasakan dengan sedikit garam dan gula secukup rasa.

3.  Masukkan kentang yang telah direbus tadi.  Kecilkan api dan gaul rata dan tutupkan api.

4.  Akhir sekali masukkan daun sup.  Gaul rata dan sejukkan seketika sebelum digunakan.

5.  Sediakan kulit popia, isikan intinya ditengah dan gulungkan dengan kemas.

6.  Gorengkan dengan api sederhana sehingga perang keemasan.  Angkat dan toskan minyaknya di atas paper towel.

7.  Hidangkan dengan sos pilihan atau enak juga dimakan begitu saja.

STRAWBERRY CLAFOUTIS










STRAWBERRY CLAFOUTIS
source from  :   homecookingadventure.com; thanks...
tried by  :   zaralovebaking ; (so delicious & yummy)...



Ingredients  :  (4-6 servings)

500  gm  fresh strawberries
    4  eggs  (I use grade 'A')
    8  tbsp  caster sugar
150  ml   fresh milk
250  ml   plain yogurt
    1  tsp  vanilla extract
    7  tbsp  all-purpose flour


Method :

1.  Preheat the oven to 180'C/350'F.  Grease 2 (6-7 inch) round ceramic baking dishes with batter (or ramekins).

2.  Wash strawberries, drain well, pat dry with a clean dishtowel and remove the leaves.

3.  Mix eggs with sugar.  Stir in flour.  Add milk and yogurt, vanilla and mix well until well blended.  The result is similar to crepes mixture.

4.  Pour the mixture into prepared baking dishes and place the strawberries on top.

5.  Bake for 40-45 minutes until puffed and set in the center.  Let cool to room temperature and sprinkle with sugar before serving.  Enjoy!!!

Monday, April 13, 2015

AYAM MASAK MERAH BEREMPAH







AYAM MASAK MERAH BEREMPAH
Oleh  :   zaralovebaking...



Bahan-bahan :

 1/2  ekor  ayam  (diperap dengan sedikit kunyit dan garam)
    2  sudu makan  cili kisar
100  gm  tomato puri
    4  biji  bawang merah  -  dikisar
    2  ulas  bawang putih  -  dikisar
Sedikit halia  -  dikisar
    1  biji  bawang besar  -  dihiris bulat
    2  batang  serai  -  diketuk
    1  biji  ubi kentang  -  dihiris & di goreng
    3  kuntum  bunga cengkih
    1  batang  kulit kayu manis
Garam & gula secukup rasa
Minyak masak secukupnya
Sedikit daun bawang  -  dihiris untuk hiasan


Cara Memasak :

1.  Panaskan minyak.  Goreng ayam yang diperap tadi sehingga masak.  Angkat dan ketepikan.
2.  Ubi kentang dihiris bulat dan digoreng sehingga masak.  Angkat dan ketepikan.
3.  Ambil sedikit minyak yang digunakan tadi, tumiskan bahan kisar (bawang merah, bawang putih & halia) sehingga naik bau.
4.  Masukkan pula kayu manis, serai dan cengkih.  Kacau sehingga harum.
5.  Masukkan pula cili kisar dan tomato puri.  Goreng sehingga naik minyak.
6.  Rasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
7.  Kemudian masukkan ayam goreng dan ubi kentang goreng tadi dan gaul sekejap hingga rata.
8.  Akhir sekali masukkan hirisan bawang untuk menambahkan wanginya.  Taburkan dengan sedikit hirisan daun bawang (jika suka).  Sedia untuk dihidangkan.

Sunday, April 12, 2015

KUIH BAKAR KELEDEK@BINGKA KELEDEK








KUIH BAKAR KELEDEK @ BINGKA KELEDEK
zaralovebaking ; (sedap & lembut)....



Bahan-bahan :

   4  biji  telur
   3  cawan  santan
   2  cawan  tepung gandum
3/4  cawan  gula kastor
1/2  sudu teh  garam
   1  sudu teh  esen vanilla
   2  sudu makan  mentega
   2  cawan  keledek lecek  (asingkan sedikit & cincang kasar sebagai hiasan)


Cara-cara :

1.  Panaskan oven pada suhu 150'C, lenser loyang dengan sedikit mentega. (8 inci).
2.  Satukan kesemua bahan dan kisar sehingga halus dan sebati.
3.  Tuangkan ke dalam loyang.  Taburkan dengan baki keledek yang dicincang kasar tadi.
4.  Bakar selama 1 jam atau sehingga masak sepenuhnya.

STRAWBERRY PANNA COTTA







STRAWBERRY PANNA COTTA  (4 serving)
adapted from  :  homecookingadventure.com; thanks..
tried by  :   zaralovebaking; (sedap sangat)...



Ingredients :

200  ml  fresh milk  (7 oz)
200  ml  whipping cream  (7 oz)
    5  gm  gelatine  (1/2  tbsp)
 1/4  cup  sugar
    1  tsp  vanilla extract


Strawberry Sauce :

300  gm  fresh strawberries  (10  oz)
    2  tbsp  water
 1/4  cup  sugar


Method :

1.  Dissolve gelatine in 2 tablespoon cold water and let it swell for about 5 to 10 minutes.

2.  In a medium saucepan, bring the cream, milk and sugar to a simmer over medium-low heat.  (Do not boil).  When sugar has dissolved remove from heat and add vanilla extract.

3.  Add gelatine in the milk mixture and stir until the gelatine has completely dissolved.  Pour it in the serving glasses or ramekins and refrigerate until it sets, for about 4 hours or overnight.

4.  To prepare the sauce :  Wash the strawberries, drain well and remove leaves.  Cut strawberries in quarters.  In a small saucepan put the strawberries, sugar and water.  Bring to a simmer and remove from heat immediately.

5.  Pour into the bowl of a blender or food processor and blend the mixture to make a smooth sauce.  Pass through a strainer to remove the seeds out of the sauce.

6.  Cover and let it cool to room temperature then refrigerate until ready to serve.