Bila tengok buah oren tergolek-golek jer dalam peti ais takde sapa yg nak makan terus dtg idea nak dikorbankan buat fresh oren. Nak bagi kaw lagi, aku letak sunquick perisa limau mandrin, baru rase best sikit. Nak buat senang jek.. 3 biji oren kupas kulit, masuk lam blender, masukkan air sampai 3/4 blender, letak 3 sudu gula dan 3 sudu sunquick pastu blend sampai hamcur dan hidang dgn ais.. mudah kan.. apalagi jom minum...slurpppppp!!!!
Showing posts with label Minuman. Show all posts
Showing posts with label Minuman. Show all posts
Saturday, November 14, 2009
Friday, September 11, 2009
Jus Mangga
Wednesday, July 22, 2009
Teh Dangdut
Bawak balik teh serbuk banyak sangat. Mak complain dah lama tak buat teh tarik..yelah kalau pakai teh uncang buat teh tarik mana ada umpp..tul tak? Try buat teh dangdut.. mana dpt nama camtu..ntah aku pon taktau.. org gelar camtu aku ikut jer..mungkin yg tukang buat tu sambil buat sambil gelek lagu dangdut kot1st time minum kat KK, Sabah belanja by Kak Chik.. tapi yg buat nie cam tak berapa jadi sgt.. teh kurang pekat kot.. and buih kureng byk.. apa2 pon dah langsai dah.
Wednesday, July 1, 2009
Tembikai Laici
Panas-panas nie kalau layan tembikai laici memang sedap... nak buat pun mudah, cuma rajin dgn malas jer. Walaupun tekak perit macam nak demam dan hidung berair selsema, tapi bila air nie dah depan mata lupa semua yang sakit2. Sendiri mau hingat...can't resist the temptation... resepinya takyah letak lah kan semua org tau kot...
Monday, June 15, 2009
Air Carrot Susu
Bonda tercinta request nak minum carrot susu. Setelah 2-3 hari ditangguhkan, akhirnya tertunai ler hajat dihati bonda. Sedap ker mak?.. Nak buat dia very the simple. cuma perlukan carrot, susu pekat manis, air dan ais. Kuantiti ikut suke nak buat berapa jug. Memula blend carrot campur air sampai hancur, tapis carrot dan ambil airnya ajer, pastu campurkan susu pekat manis, letak ais, kacau dan siap.. sedap dan elok utk kesihatan sbb carrot byk beta karotin.
Thursday, May 14, 2009
Apple Green Kasturi
Cuaca panas nie kalau dapat minum ais memang nikmat, rase macam tiap-tiap kali makan nak minum air sejuk. Nak buat air nie memang senang ler, cuma perlukan epal hijau, limau kasturi, gula, asam boi putih, air masak dan air batu. Kisar epal, limau kasturi, gula dan air masak, lepas tu masukkan dalam gelas, letak ais dan asam boi.. siap.. very yummy.. segar jer minum. boleh buat ubat diet nie... ala-ala macam yang jual kat kedai resepi rahasia... :) Jemput Minum!
Tuesday, May 5, 2009
Sirap Bandung
Panas-panas nie kalau minum sirap bandung memang sedap. Sirap bandung nie biasa kalau di Negeri Johor memang letak Ais Krim Soda baru rasanya power. Nak membuatnya memang nampak mudah tapi kalau tak kena gaya akan berketul2 bila campur susu cair dan ais krim soda, so tips tak mau berketul-ketul, selepas siap buat air sirap cam biasa kena letak ais krim soda dan susu serentak sambil dikacau, kemudian baru letak ais. Tak percaya.. cubalah. Bahan-bahannya cuma sirap, gula, air batu, ais krim soda dan susu cair. Kuantiti ikut berapa banyak nak buat la..mudahkan! kalau nak pelbagaikan boleh letak cincau atau biji selasih.
Subscribe to:
Posts (Atom)