Nothing Special   »   [go: up one dir, main page]

Tuesday, September 30, 2014

Terima Kasih Allah

Assalamualaikum,


Terima kasih Allah.
Segala pujian hanya bagi Allah.
Syukur jika ini bahagia yang ditangguhkan.
Syukur kerana mengujiku dengan pelbagai dugaan yang datang dari diriku sendiri.
Aku diuji untuk menghadapi tohmahan tohmahan apabila cuba mengadu sedikit sebanyak.
Aku diuji untuk mempertahankan kedudukan dan harta dunia yang ada. Jika terus sama sama lemah...mungkin sahaja aku tidak lagi berada diteratak ini
Aku diuji dengan cuba menjadi terbaik namun tak pernah dihargai.
Aku diuji untuk merajuk rasa namun tak sapa yang memujuk.
Aku diuji untuk kelihatan menawan tetapi insan yang kudambakan tidak tertawan.
Aku diuji untuk disakiti.
Syukur kerana Allah memilih mereka menyakiti hatiku itu bermakna musibah untuk mereka
Sedang rasa sakitku mengugurkan dosa dosaku
Terima kasih Allah atas segala ujian ujian ini.
Sesungguhnya aku percaya Allah hanya beri yang terbaik buat aku.
Alhamdulillah.
Aku yakin itu.
Justeru aku masih di sini.
Aku percaya Allah makbulkan segala doa doaku.
Aku tahu Allah beri jaminan itu
Mungkin doa dari hati kecil sekecil aku 5 tahun
Waktu nak makan pun susah pasti waktu itu hati gundah mengharap hidup yang lebih indah
Nah ini Allah cukupkan aku segalanya
Aku nikmati secukupnya
Aku manafaatkan sebesar besar kurniaNya
buat kembali kepadaMu
Akhirnya aku kembali pada Allah.
Akhirnya aku redha ketentuan Allah.
Akhirnya aku terima dia kembali walau dengan parut masih berbekas.
Aku mencari hati yang hilang.
Alhamdulillah aku jumpa dia.
Biar jiwa pernah berdarah belum parah
Biar segala kamu tak banyak berubah aku pasrah
Hati sepicingpun tidak tegar menyingkirmu
Jiwa selalu belas padamu walau kecewa
Syukur bukan aku yang dipilih Allah untuk membebanimu

Terima kasih Allah hatiku kembali padanya keranaMu.
Terima kasih Allah memberi ruang hatiku untuk rasa cinta
Terima kasih Allah kerana jiwa yang tenang ini
Semahuku aku ingin bahagia ini sampai hujung nyawa.

Amiinn ya robbal alamiinn.

Thursday, June 19, 2014

@resepinanirostam




Bismillahirahmanirrahim






Jangan Hanya Melihat Peluang
Ambil Guna Dan Usahakanlah
Peluang Tersebut Dengan Pantas.

- Irfan Khairi



Assalamualaikum.


Apa khabar para pembaca blog saya. Mudah mudahan semua yang setia membaca blog saya dilimpahi rahmat dan keberkatan di dalam mengejar impian dunia dan akhirat.


Meminjam kata kata Irfan Khairi di atas sebagai perangsang dan semangat untuk kita bangun bertindak dan mengusahakannya.

Sebenarnya dulu 10 tahun yang lepas dimana saya berada di tahap terlalu susah dimana ketika suami saya kehilangan pekerjaan dan dimana anak anak berderet harus diberi suapan nasi menyambung kehidupan sedangkan saya pula silap perkiraan berhenti kerja kerana terpaksa menjaga anak yang ramai, masa tu tak dapun sebarang kata-kata semangat yang saya pinjam dari sesiapa.

Namun sudah tentu yang paling menjadi semangat dan kekuatan saya tentulah pengalaman ketika saya budak sekolah rendah yang terlalu kasihankan arwah bapa yang sudah tua dan tak larat berkerja keras serta menghidap penyakit lemah jantung menjual hasil kebun yang tak seberapa iaitu  menjual jagung sekeliling kampung dan juga menjual nenas kerana bimbang menjadi terlalu masak menggunakan basikal sekeliling kampung. Walau terasa malu yang amat kerana ketika itu memang tidak ada budaya anak anak menjaja sekeliling kampung namun mengenangkan hidup susah dan hasil kebun yang tak mendatangkan wang maka saya adalah satu satunya anak yang dipujuk arwah bapa untuk menebalkan muka menjual hasil kebun yang tak berapa laris kerana rata rata orang kampung menghasilkan hasil kebun yang serupa. Namun saya gagahi juga kerana mungkin itulah anugerah dan kelebihan Allah bagi pada saya berusaha untuk survive dan buat apa sahaja dengan harapan dan doa semuga jualan saya laris waktu itu.

Saya adalah satu satunya anak yang memegang tugas menemui peraih buah nenas hasil kebun kami untuk menagih hasil jualan buah nenas yang tidak dilangsaikan. Hampir setiap kali jualan peraih jarang melangsaikan bayaran dan sayalah yang menempuh selut dan tanah gambut mengheret basikal ke kampung sebelah untuk menagih hutang. Sayalah itu orangnya.

Alhamdulillah syukur saya kerana arwah bapa memilih utk menyuruh saya. Sekarang saya boleh tersenyum kerana pengalaman itu merupakan satu suntikan semangat yang paling jitu tanpa perlu saya menghadiri sebarang kem motivasi. Pengalaman yang saya guna pakai ketika suami saya kehilangan pekerjaan hingga kini tidak bekerja. Kekuatan itu saya gunakan untuk bersengkang mata masak nasi lemak dan kuih untuk dijual ditepi jalan sehingga saya terpaksa melepaskannya apabila diangkut kesemua barang perniagaan oleh pihak perbandaran ketika itu.

Pengalaman itu membuat saya gigih  memanjat dari satu pejabat ke pejabat menghadiri temuduga pekerjaan sebagai penyambut tetamu di syarikat syarikat kecil sedangkan sebelum ini saya sudah bergaji mencecah angka ribu di sebuah bank dan berhenti kerana anak yang ramai dan tak mampu nak menggaji pembantu.  Pengalaman itu membuat saya kuat menunggu bas ditepi highway dari Subang ke Benline Shipping di Shah Alam untuk ke tempat kerja sedangkan 5 anak menunggu di rumah untuk diberi makan pakai dan pelajaran. Pengalaman itu membuat saya menebalkan muka meminjam minjam dari rakan sepejabat untuk pendahuluan wang membeli kereta proton wira yang sehingga kini masih saya punyai.

Kemudian kehidupan kami kembali menyinar apabila suami mendapat perkerjaan yang saya usahakan untuk dia bekerja disyarikat itu. Namun 4 tahun berkerja suami hilang pekerjaan semula.

Pengalaman itu mengajar saya medapatkan kekuatan dan dengan izin yang mencipta langit dan bumi ini Allah swt supaya meneruskan usaha apabila rumah yang saya beli hasil bahagian yang saya dapat ketika keberhasilan suami menjual sekeping hartanah . Tetapi setelah rumah dibeli  suami tidak bekerja dan kami tiada lagi mempunyai sumber pendapatan untuk  membayar ansuran rumah maka saya bersengkang mata mengikat aiskrim malaysia beratus batang mengejar masa kerana aiskrim perlu segera beku untuk dijual keesokan harinya didepan sekolah. Membilang anak anak jiran untuk saya penuhkan kereta membawa mereka kesekolah dan balik dari sekolah dengan aiskrim malaysia yang penuh dibonet kereta untuk saya jual dihadapan sekolah. Sambil membawa anak anak orang seramai dua orang dibawah jagaan saya. Setiap bulan saya mengira hasil usaha saya didalam balang gula gula sehingga mencukupi untuk saya bayar ansuran pinjaman rumah dengan bank.Sehinggalah apabila pihak perbandaran memberi amaran saya agar tidak berniaga didepan sekolah dan memberi surat saman maka saya bekerja pula sebagai tukang masak diRestoran. Kemudian apabila gaji tukang masak yang terlalu sedikit maka saya berhenti dan terus mengusahakan  jualan kuih raya dan kek online. Sehingga kini usaha saya masih berterusan. Macam macam peluang saya rebut dan saya buat. Sehingga kini saya masih lagi berniaga kolagen, mekap artis, kuih raya, kek dan menjual shawl dan pakaian untuk saya membayar ansuran rumah, membiayai perbelanjaan keluarga, membiayai persekolahan anak anak yang empat orang lagi, saya masih berkerja, bersengkang mata, kehulu kehilir mencari peluang dan merebut peluang.

Kadang kadang saya letih sangat.  Selebihnya Allah swt bagi saya kekuatan. Terima kasih Allah menjadikan saya ibu yang berusaha untuk  anak anak saya. Saya bersyukur saya masih lagi diberi peluang untuk menyara anak anak saya. Saya bersyukur anak anak ingin menyambung apa yang saya kerjakan selama ini biarpun mereka masih dibangku sekolah  sekurang kurangnya mereka ada impian dan keinginan untuk berusaha. Maka terciptalah akaun insta @bakingbrothers dan apabila anak anak habis cuti maka saya yang harus meneruskan tempahan tempahan kek.


InshaAllah saya teruskan usaha saya berniaga di @Karnivalteratakglam yang akan berlangsung di Stadium Malawati pada 5-6 July 2014 pada bulan Ramadhan ini.

Jadi.........

Jangan Hanya Melihat Peluang
Ambil Guna Dan Usahakanlah
Peluang Tersebut Dengan Pantas.


Pada bulan lepas saya menyertai Vendeurfestival di Stadium yang sama dan agak mengujakan hasil jualan saya memang bagus walaupun penyertaan saya pada saat akhir. Sehari sebelum saya mengangkut Imran ke Kenanga untuk membeli ralling dan hanger baju serta beberapa alat untuk berniaga shawl, kolagen, phone casing dan sebagainya. Saya tidak hanya melihat peluang tetapi saya ambil, guna dan usahakannya dengan pantas.

Selagi ada peluang gunakan dengan pantas. Jangan berlengah peluang tak datang selalu bila dia ada terus rebut kerana jika kita lambat orang lain yang rebut. Itulah fenomena dunia berniaga hari ini. Siapa cepat dia ke depan siapa lambat dia sentiasa tertinggal kebelakang. Jadi untuk cepat anda harus bangun berusaha dan merealisasikannya. Alhamdulillah ramai orang islam kini  dapat hidup senang dan selesa sejak pandai rebut peluang perniagaan.

InshaAllah itu yang saya amalkan selama ini. Selepas ini jika dipanjangkan umur saya akan terus mencari peluang yang wujud dan tidak mahu tertinggal. Inshallah. Doakan kita sama sama dilimpahi rahmat dan keberkatan oleh Allah swt amiin.


Jika ingin menyertai @karnivalteratakglam yang disertai oleh ramai celebriti dan dijangka akan dikunjungi ramai pengunjung yang inshaAllah akan melariskan jualan anda sila :


Instagram : @karnivalteratakglam

Emel :- karnivalteratakglam@gmail.com

Whatsapp :- 0192044805 (Puan Liana Ezzana)


Sekian.

Assalamualaikum.










Monday, February 3, 2014

Perjalanan





Assalamualaikum


Hidup ini adalah perjalanan. Perjalanan yang panjang. Manakala hari yang dihitung semakin kurang. Hari ini kita di sini esok belum tentu lagi. Kehidupan jua buat kita adalah satu amanah dari Allah yang harus kita pegang seumur hidup untuk kita berjalan di landasan yang betul. 

Ada siang ada matahari ada pelangi ada bayu  yang tersenyum menyambut kita. Rasa seronok rasa bahagia rasa tak  akan melepaskannya. Kendati ada malam ada mendung ada ribut ada taufan yang menghambat membuat nafas tercungap cungap.  Apa yang di belakang tertinggal tercicir tinggal parut tinggal cerita buat mengisi kotak memori apa yang di hadapan dirancang dikejar digapai semampu tangan semampu badan namun segala tetap terjadi penuh hikmah diluar pengetahuan hamba Allah yang sungguh cetek pengetahuan.

Kita manusia. Ada nafsu ada keinginan. Selalu berfikir rasional selalu juga bertindak melulu tak ketentuan. Namun apa yang paling penting dalam kehidupan manusia adalah TANGGUNGJAWAB di atas amanah yang Allah berikan untuk kita melunaskannya. Jika di antara kita semua masing masing melaksanakan TANGGUNGJAWAB kita mengikut peranan masing masing insha Allah kehidupan yang dilayari oleh manusia sejagat pasti aman teratur bahagia gembira dan lancar.

Perjalanan hidup saya teruskan. Seperti putaran jam. Selagi ada kuasa tenaga selagi itu berjalan. 



Begitu saya amat bersyukur diberi Allah kehidupan yang baik, Rezeki yang baik. Anak anak yang baik. Alhamdulillah. Januari 23 2014 pula dikurniakan seorang cucu perempuan yang sihat dan comel. Rasa bahagia mendapat gelaran opah. Inshallah nanti saya update gambar gambar di entri akan datang.


Bercerita mengenai 2013 saya tak tahu nak bawak anak anak bercuti kemana. Masing masing sibuk dan cuti tidak dapat serentak. Namun dengan masa yang terlalu singkat saya ambil keputusan untuk membawa anak anak bercuti ke London dan Paris. Saya pontengkan Hafiiz, Imran dan Alisya kerana mengejar cuti semestar Khairi.

Alhamdulillah segalanya berjalan lancar. Cuma hanya tinggal sedikit gambar kenangan kerana iphone5 saya hadiah dari Hanis yang banyak saya gunakan ambil gambar gambar telah hilang akibat disamun penyeluk saku di Paris.



Terima kasih Aisyah rakan kenalan FB , seorang yang paling friendly dan helpful pernah saya jumpa.






Sempat berposing sebelum pergi shopping.






Posing lagi.






Kalau duduk tempat cantik-cantik ni memang kerja posing je.






Excited tunggu bas nak pergi beli groceries.






Akak pun nak berposing jugakk.





Alisya yang paling teruja nak beli makanan kat Tesco.







Kalau dah lepas beli barang, siapa lambat tinggal je.





Bawa anak-anak pergi Emirates Stadium.







Wah, bukan main seronok lagi ye.







Alisya bukan main gembira, peminat Arsenal katanya.







Liana pun turut serta nak berposing jugak.






Ambik kau.







Bila dengan mak, semua berlakon posing baik.









Empat orang penghibur hati tegar.









Jangan marah, akak posing lagii.










Seronoknya jumpa pokok epal!







bajet feeling2 photoshoot



ha kau, kan dah kena photobomb





oxford street yang havoc



Banana Tree, restoran indo-china halal, sedap dan murah di bayswater di tengah2 kota london.




shopping kat Bicester Village


Sekitar Harrods


epal hijau masam





peminat tegar Arsenal FC




Thursday, September 5, 2013

Selalu

.
Sebenarnya doa tadi panjang. Berjela. Tidak seperti selalu. Seperti dikejar dan mengejar.Buat harapan yang membusut  mahu ku kaut dan mimpi seperti hujan yang mahu ku tadah. Hati melayang melepasi gaung. Apa yang ku pandang seperti kosong. Apa yang ku dengar hanya dengung. Mujur jasad masih di sini. Masih dengan doa. Berteleku di sudut sejadah. Berjela-jela beruntaian dengan airmata. Suara tersangkut di dada.  

Aku di mana tadi. Berpinar hampir mati. Semalam cuba memperbaiki apa yang perlu diperbaiki. Tetapi semakin aku berusaha semakin aku dicela. Doa ku masih panjang. Seperti aku mahu hubungan kita berpanjangan. Jangan terlalu keduniaan. Jangan kerana nafsu. Jangan terlalu iri cemburu. Sayangi aku kerana hatiku. Kasihi aku kerana diriku.

Banyak yang tidak selesai. Mana mungkin selesai selagi Allah meletak kita untuk diberi segala hikmahNya. Biar itu selalu jadi prasangkaku di sepanjang jalan yang luas ini. Biar masih kelam. Teraba raba melorong pergi.

Tangan belum pernah turun dari separas bahu. Belumpun habis waktu. Doa masih begitu. Aku mahu rasa bahagia.  Aku mahu rasa sendunya rindu. Biar rindu itu setiap saat menyelinap diqalbu. rinduimu demi mencari redhaMu Allah.

Waktu seperti dihenti. Memberi aku ruang untuk menanti dan memerhati. Jemu bertali. Tangkaskan waktu berlari. Biar cepat esok lusa dan tulat. Biar rasa terubat.Biar masa yang mengubah segalanya.

Aku letak tapak tangan di atas sejadah. Kemudian membongkok. Mencari kudrat untuk bangun. Hari ni mana aku nak pergi. Waktu masih pagi. Hari masih panjang untuk aku nyahkan segala kerinduan.

Aku akan selalu merinduimu.

Selalu.

Akan ada selalu.

Kerana aku belum berlalu.



Friday, August 2, 2013

Resepi Kari Ikan Tenggiri Nestle

Assalamualaikum

Tetiba Liana bersuara. Kali ni suara suara yang harus didengar dan dituruti. "Ma, teringin nak makan kari ikan tenggiri".


Semalam tu baru je masak kari ikan senangin. Tak jemu ke? Ikan senangin saya beli dari lori ikan segar yang datang dari Trong, Perak setiap Sabtu diperkarangan masjid berhampiran rumah.


Tapi untuk elak rasa jemu boleh je tukar resepi kari ikan yang biasa saya buat kepada resepi yang lebih unik. Kali ini saya tidak menggunakan serbuk rempah kari ikan seperi biasa. Nak tahu resepi kari ikan yang lebih unik dan istimewa. Jom cuba :-


Bahan-Bahan
  • 2 saiz sederhana Tomato, potong 6 
  • 1 saiz sederhana Terung bulat, potong 10 
  • 5 Kacang bendir potong 2 
  • 6 ulas Bawang putih cincang halus 
  • 1 inc1 Halia hiris halus •
  • Garam dan gula secukup rasa 
  • 2 sudu makan jus limau kasturi 
  • 2 tangkai daun ketumbar untuk hiasan
  • 1 sudu makan Minyak masak 
  • 500 g (atau 2 kpg) Ikan tenggiri 
  • 1 cawan NESTLÉ Natural Set Yogurt, dibancuh dengan secawan air 
  • 1 paket MAGGI Pes Kari Ikan 
  • 1 sudu teh MAGGI CUKUP RASA All-In-One Seasoning
Cara-Cara
  1. Basuh dan bersihkan ikan tengiri kemudian sapukan sedikit garam.
  2. Di dalam periuk yang sederhana besar panaskan minyak masak dan tumiskan bawang putih, bawang merah dan halia sehingga naik bau harum. Kemudian masukkan Maggi Pes Kari Ikan  dan tumis hingga naik minyak
  3. Masukkan   NESTLÉ Natural Set Yogurt yang telah dicampur air , kacang bendir dan terung bulat.Reneh selama 15-20 minit di atas api perlahan sehingga kacang bendir dan terung bulat menjadi lembut. Kacau selalu untuk mengelakkan ianya melekat.
  4. Masukkan ikan tenggiri, potongan tomato dan reneh lagi selama 5-10 minit atau sehingga ikan itu masak. Percikan jus limau kasturi dan masukkan MAGGI CUKUP RASA All-In-One Seasoning. Tambah perisa dengan garam dan gula sekiranya perlu akan kacau rata dan hias dengan daun ketumbar dan dimakan bersama nasi panas.



Gulai kari yang sedang direneh


Penganti santan





Gulai Kari yang siap dihidang.

Advertorial ini dibayar oleh Nestle

Monday, July 8, 2013

Mixed Salad with Nestle Natural Set Yogurt Sauce

Assalamualaikum,

Lama tak update blog kan…bukan saya lupa ada blog…cuma tak perasan bila terlalu sibuk….jenguk jenguk rupanya dah berbulanlah jugak blog  dok tayang gambar dan cerita yang sama jer.
Tapi hari ni saya gigihkan diri untuk berceloteh  cerita lain dan tayang  gambar lain pula.
Maklumlah sibuk kejarkan bulan ramadhan.  Saya cat rumah,  cat perabut, betulkan bilik air yang dah terbocor bila cukup tempoh lima tahun berkhidmat, tukar rumput laman yang dah tak semenggah, hias sana sikit sini sikit bilik anak anak bujang . Ada kesempatan nanti saya akan cerita pasal makeover rumah sempena menyambut ramadhan dan syawal...eceh eceh macam nukilan dari editor majalah Anjung Seri gitewww.
Insyallah bulan ramadhan nanti, saya berangan untuk lebih banyak bersantai dari terkejar kejar dan  berpenat penat.
Oleh kerana waktu dan kesibukan yang sentiasa terpenuh dalam aktiviti harian saya,  saya masih sempat menyediakan hidangan ringkas dan berkhasiat untuk suami dan anak anak...Hehe sebenarnya mereka yang dapat manafaat dari hasrat dan impian saya untuk jaga pemakanan supaya badan mantain  langsing dan awet muda...giteww.
Ok resepi yang nak saya gembar gemburkan di sini adalah Salad  Campuran yang sungguh menyihatkan dan mabeles. Jangan salah tafsir, bila tengok salad jer kita selalu fikir yang kita sudah cukup pandai jaga pemakanan walhal sebenarnya dalam salad itu sendiri terkandung lemak tepu seperti segala sos sos yang kurang menyihatkan.
Salad memang bagus diamalkan sebagai hidangan penting kerana mengandungi banyak fiber yang berkhasiat dan mengandungi banyak vitamin apabila digandingkan dengan NESTLÉ® Natural Set Yogurt.merupakan satu pilihan yang tepat dan bijak berbanding salad yang dimakan dengan mayonis, santan atau krim masam yang mengandungi bahan yang kurang menyihatkan. Selain dari itu NESTLÉ® Natural Set Yogurt.juga tidak mengandungi gula, rendah lemak dan tiada pewarna tiruan.
Dengan ertikata lain Salad Campuran yang amat suka saya sediakan ini  tidak menggunakan sebarang sos yang banyak menggunakan lemak tepu tetapi diganti dengan bahan yang sungguh berkhasiat dan menyihatkan dan yang paling penting  ianya mudah  disediakan dan lebih sedap mengalahkan salad yang selalu kita makan…yum yum yum..
Dah tak sabar nak cuba kan....jom!!!
Resepi Salad Campuran Dengan Sos Yogurt
Bahan-Bahan A
  • 1 sudu teh lada hitam yang telah ditumbuk halus
  • 1 ikat daun ketumbar dicincang halus
  • ½ sudu teh jintan putih di tumbuk halus
  • 50 gm NESTLE’ Fat Free Yogurt Mango
  • 150 gm NESTLE’ Natural Set Yogurt
  • 1 ½ sudu makan  MAGGI Concentrated Chicken Stock



Bahan-bahan B 
  • 100 gm Cherry Tomato di potong dua
  • 50 gm Iceberg Lettuce
  • 50 gm Purple Cabbage di hiris halus
  • 50 gm Romaine Lettuce
  • 1 biji lobak di parut memanjang
  • 1 biji lada Cameron merah





Cara-cara menyediakannya :-
Di dalam mangkuk campurkan bahan A dan pukul sehingga sebati. Kemudian masukkan semua bahan B kedalamnya gaul dan hidang!




  Advertorial ini telah dibayar oleh Nestle.

Tuesday, May 28, 2013

Pertandingan Bahas



Assalamualaikum.


Bila motokar yang kupandu membelok masuk ke perkarangan sekolah yang dulu pagi petang harus kukunjungi sudah pasti nostalgia itu bertandang kembali. 11 tahun yang lepas Sekolah Menengah Teknik Kuala Lumpur adalah destinasi ku setiap hari persekolahan.  Manakan tidak, dua tahun Liana bersekolah di sini dan selama 2 tahun setiap pagi ku menghantarnya ke situ dan setiap petang aku menjemputnya dari situ untuk pulang.

Pagi tadi aku, Hanis, Khairi, Imran. Alisya kemari lagi semata-mata mahu memberi sokongan moral kepada Hafiizhullah  mewakili Sekolah Berasrama Penuh Intergrasi Sabak Bernam,  di dalam pertandingan debate antara sekolah sekolah berasrama penuh kerajaan satu Malaysia.

Alhamdulillah pada usia 14 tahun lagi Hafiiz sudah mula berjinak jinak dengan bidang debate dan juga public speaking. "Ada juga sorang adik Hanis yang ikut jejak Hanis dalam bidang ni". Ujar Hanis bangga dengan pencapaian adiknya dalam jangkamasa yang lebih awal. Sebelum ni Hanis pun rancak menjadi  pemidato di Universiti tempat dia belajar.

Walau hanya menang melawan 3 buah sekolah dan tidak sampai ke peringkat akhir, tetapi berjaya memasuki pertandingan debate mewakili sekolah adalah satu platform yang baik untuk mewujudkan keyakinan diri dan mengaktifkan urat saraf otak agar terus berkembang pesat insyallah.

Sebagai ibu apa sahaja bidang yang diceburi dan diminati oleh anak anak akan saya beri sokongan sebagai penyuntik semangat untuk berjaya..insyallah.




Suka tengok gambar gambar candid macam ni....kami tengah dok sibuk mengadjust bag bag di tangan....


Bila dah tua tua ni terasa diri pulak kecik...or anak anak dah tinggi melanjau...


eceh eceh..ada gaya

Hafiiz diapit oleh Nabil dan Nadia


Alisya marahnya sampai ketap bbir


Ok dah senyum...baru manis

Pasukan lawan dari Sekolah Berasrama Penuh Pokok Sena, Kedah

Tajuk Perbahasan







Bebudak zaman sekarang pegang fon dan posing...mama apatah lagi...









Keknis dan kawan kawan Khairi