Nothing Special   »   [go: up one dir, main page]

Tuesday, September 29, 2009

Raye 2009...

Salam lebaran untuk semua, kami sekeluarga memohon ampun dan maaf sekiranya ada terkasar bahasa, tersilap kata, terumpat, termengata, termakan, terminum, termarah dan lain-lain terrrr... yg sewaktu dengannya.
Dah lama tak update blog nie, rasa cam dah nak basi jer semua citer, boring betui tenet slow giler, mesti semua sibuk update blog memasing. So saje nak share gambar2 persiapan sebelum hari raye. dari menerai (test) baju baru sehingga menyediakan hidangan untuk kunjungan. Tahun nie turn kami beraya di Kota Tinggi, jom layannnnn.....Tema tahun nie kaler purple pulak..
Hidangan wajib setiap tahun selain ketupat dan ketupat palas. Taktau nak panggil nama ni apa, dalam ada isi kacang tolo, tahun nie letak kacang lebih2.
Abah dan nenek yg khusyuk mengisi beras ke dalam daun ketupat. tahun nie msiteri sket sbb isi ketupat kami kaler merah. Air rebusan ok jer, rupa memang cun, tak sangka dalam rupa gitu.. setelah disiasat kami rasa beras dari ketupat segera adalah puncanya, sanggup masak ketupat lagi raye ke 3 sbb tak puas hati.Famili purple, baju raya yg beli siap ajer, sebab tak sempat nak tempah.. seb baik ada saiz..hehehe
di pagi 1 hari raye papa dan anak2 serta atok mereka nak pergi marhaban rumah ke-rumah. Baru dapat 2 rumah adik dah sibuk ajak balik, terpaksa lah papa hantar balik, kemudian atuk call kakak pulak nak bali, memang bertuah punye anak....

Wednesday, September 16, 2009

Biskut sarang semut

Sebab kat umah nie byk sgt semut maka aku pon buatkan sarang utk mereka. sian semut2 tu takde sarang, duk merempat sana sini. hehehehe.... biskut nie pon agak mudah gak..uli2, pastu parut, letak cup dan bakar. Mudah takyah terap2.. resepi nanti aku letak bila free yea...

Biskut Glacy Cornflakes

Nie biskut raye yg ke-4 yg berjaya dibuat, yg lain dah siap amik gambar tp cam malas jer nak tulis entry. Biskut nie paling mudah dan cepat siap, kekadang org panggil sekut nie cornflakes madu. Resepi aku dapat kat belakang kotak Nestle cornflakes yg aku beli. Pada yg beli cornflakes tp dpt resepi lain, jgn risau aku letak resepi nie kat sini utk rujukan semua.

Bahan A:-
5 sdb madu
1 sdb gula kastor
100gm butter
1 sdk esen vanilla

Bahan B:-
4 cwn cornflakes
2 sdb kismis hitam
2 sdb ceri merah
2 sdb ceri hijau (tp tak letak pon sbb takde)
1 cwn badam hiris- toasted
4 sdb bijan- toasted

Cara-caranya
1. Campurkan semua bahan A dlm non stick pan dan masak atas api sederhana hingga pekat sket.
2. Campurkan semua bahan B.
3. Masukkan bahan A ke dlm bahan B. Gaul sebati.
4. sudukan dalam paper cup dan bakar pada suhu 170 C lebih kurang 15-20 minit atau sampai keperangan. Siap.

Senang sangat. rase pon sedap, tak rugi mencuba. Apalagi pie ler borong cornflakes kat kedai sebelum kehabisan stok... agak2 nestle bg komisyen tak kat aku sbb tolong promote nie??/

Friday, September 11, 2009

Moist Choc cake

Kelakar kan puasa2 nie org sibuk buat sekut raye.. aku plak sibuk buat kek birthday. Tapi Alhamdulillah, dimurahkan rezeki, ramai yg menempah kek utk birthday. Aku yg keras tangan nie cuba memenuhi permintaan kawan2. Yang bagusnya diaorg serah bulat2 kat aku camner nak hias kek tu.. yelah kalau diaorg demand lebih2 kang takut aku tak reti lak nak membuatnya. Kek nie requested by haida sempena birthday mak dia.. Hope haida dan maknya like it..Choc moist kek yg baru siap dimasak, plan nak buat ala-ala choc indulgence cam kat secret resepi. So kek kena potong 3 dulu....
1st layer, sapu dgn coklat ganache .. pastu letakkan 2nd layer, sapu gak ngan choc ganache
Ni 2d layer yg dah disapu choc ganache.. dalam hati dup dap dup dap.. takut tak jadi jer... dah tu letak 3rd layer dan salut keliling tepi dan atas dgn aising.
Huhuhu seksa sebenarnya nak buat sebab amatur kan..pastu peralatan pun tak complete, turn table takde, spatula besar nak ratakan aising pon takde.. bantai gunakan apa yg ada jer. Lepas tu baru coat guna ganache lagi.

Taraa.. siap ler.. plan nak deco, camtu lah camni lah.. tapi sebab semua ganache dah habis dok lepa atas kek.. buat simple jelah..yg penting rasa nya ..yea tak.. haida request soh tulis selamat hari lahir mak.. tulisan huduh.. tapi asal boleh baca oklah tu kan...
Dalam hati teringin nak tgk kek yg dah dipotong, siap request soh haida amik gambar bila dah potong nanti.. bleh camtu.. apa2 aje...

Jus Mangga


Ada jiran dtg rumah bawa buah mangga, mak yg memang rajin buat air buah nie terus jer blend mangga tu dan letak ais. Pergh.. memang sedap, kalau nak compare kodial dgn buah fresh memang sedap ler buah fresh kan... Tanpa bahan pengawet, minum lah tanpa was-was..heheheh macam iklan lak...

Tuesday, September 8, 2009

Birthday Kek Ali

Tempahan birthday kek Kak Ijan untuk anak sulongnya, Ali 3 tahun. Kira last minit gak ni, esok nak hari nir baru bagitau. Tapi sebab semua barang dah ada dan taknak menghampakan permintaan beliau kugagahkan juga. Mula2 plan nak buat moist choc cake, bila dah siap bakarpunyelah tak sabar nak tunggu sejuk terus jer kuarkan dari loyang dan hasilnya tepi2 kek jd tak cantik, melekat kat loyang so padan muka aku. Pastu aku terpaksa buat sebiji lagi kek, malas dah nak buat choc cake aku buat jer sponge kek. Sori ler takde gambar yg sesuai utk boy, nie jer image yg ada. Harap Kak Ijan and familiy suka dan berpuashati atas hasil kek yg tak seberapa nie... kalau sedap oder ler lagi, kalau tak sedap diam-diam jelah..

Saturday, September 5, 2009

Berbuka di Pullman Hotel & Resort Putrajaya

Alhamdulillah tahun nie berkesempatan berbuka puasa di Hotel Pullman Putrajaya sebab ada kursus selama dua hari di situ so pihak penganjur berbesar hati memberikan 2 kupon untuk berbuka puasa. Kupon ni valid utk seminggu tapi memandangkan lokasinya yg agak jauh dari rumah tak berbaloi rasanya kalau dtg semata-mata nak makan kat situ, buat rugi duit minyak jer, so aku n hubby decide nak pegi on the 2nd day of kursus (1st day nyer kupon tak guna so aku bg kat hubby so leh gie together2). Hotel nie baru jer dibuka di Putrajaya, masih ada area yg tak berapa siap lagi, tapi memang kelas ler hotel nie... cantik dan unik taktau ler satu mlm berapa RM?? So sementara menunggu waktu berbuka puasa sempat ler aku rakam view menarik disekeliling hotel tersebut. Tapi gambar makanan masa buka pose tak pulak aku amik sebab malu pulak rasanya, nanti org kata aku nie ngalahkan wartawan pulak. Menu utk berbuka puasa banyak kepada middle east punye sbb diaorg saja jemput chef dari sana, namun byk yg aku takleh nak telan sbb rasa cam makan minyak zaitun jer, yg menarik adalah satu makanan dimana nasi berempah yg digulung dlm daun anggur. Penceramah Mat Salleh gitu, dari US... biru mata hitamku. Dia nie memang expert dlm bidang dialah dan byk ilmu pengetahuan yg bleh dikongsi sampai takleh nak tangkap dia nie kerja apa sebenarnya.
Pantai buatan yg agak menarik siap ada pasir n pokok kelapa lagi dan hotel nie memang tepi tasik betul2.
Dua model tak berbayar sedang posing di salah satu taman ala-ala jepun, byk sungguh ikan koi ker karp ntah dlm kolamnya.
Ada tempat makan terapung yg didirikan di atas air, yg aku perati hotel ni memang byk guna kayu kayan utk binaan bangunannya yg mana ada yg dah kena mkn anai2. Memang cntik tapi susah nak maintain wooo..
Salah satu pemandangan bilik hotel daripada luar, byk design ler bilik dia, ikut rate kot, cuma aku tak berkesempatan nak masuk lam bilik jer.
Nie lagi design bilik hotel dari luar, setiap kawasan hotel ada tempat santai sendiri2 dan kerusi meja byk dari kayu pelbagai design.
Tangga kayu utk naik ke bilik hotel, memang kayu raw gitu, ikat ngan rotan. Cuma yg rasa pelik apsal nama hotel nie Pullman takde nama lain ker yg lagi best??

Thursday, September 3, 2009

Mee Sup - Buka Puasa ke-12

Hari nie terasa nak makan mee sup pulak.. plan asal nak buat mee hoon sup, bila balik umah check stok mee hoon dah takde, nasib baik tadi ada beli mee kuning. Kenapa buat mee sup, sbb semalam beli mee sup kat bazar ramadhan tuk emak tak sedap langsung, tak abis pun mak makan. So hari nie buat kaw2 punye.. perasan sedap ler.. mak makan memang tak toleh2, laju jer. Jom layan resepi aku sendiri..

Bahan-bahan
1 bungkus mee kuning
1/2 kilo daging
1 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
1 inci halia
rempah- kulit kayu manis, bunga lawang, lada putih
2 pokok sawi
Taugeh
Bawang goreng
daun sup
1 kiub sup tulang

Cara-caranya:-
1. Rebus daging sampai empuk
2.Tumbuk bawang putih, bwng merah dan halia
3. tumis bahan tumbuk bersama bahan rempah sampai garing
4. Masukkan bahan tumisan dalam air rebusan daging
5. Masukkan kuib sup tulaang dan masak sampai mendidih dan sebati
6. letak garam dan pak aji
7. masukkan sawi yg dipotong2
8. celur mee kuning, masuk lam mangkuk, letak taugeh, daun sup dan bawang goreng dan curahlah kuah.
9. Makan bersama sambal kicap.. memang terangkat!

Lontong...Buka Puasa ke-11

Lama dah tak update my blog nie.. bukan apa bulan Ramadhan ni, rasa masa terlalu singkat, byk perkara yg lebih penting perlu didahulukan. Masak memang setiap hari, cuma takde masa nak upload dan berceloteh kat blog nie. Balik kerja bergegas melawat site (Bazar Ramadhan), walaupun tiap hari pegi mesti ada jer bende yg nak dibeli. Balik terus memasak apa yg patut mee ker, kuih ker tapi yg pasti jemput2 atau cekodok bawang, bilis, kentang, cili mesti tak tinggal, juadah wajib setiap hari kegemaran my hubby, kalau takde mende lain takpe tp yg satu nie mesti! so hari nie.. tekak teringin nak makan lontong lak.. awal2 dah pesan kat mak rebus ketupat segera, balik kerja terus masak sayur lodeh dan panaskan sambal sotong yg ada ntah dari kurun ke berapa lam peti ais tuh.. memang best rase cam dah nak raya laks..

Merdeka! Merdeka! Merdeka....

Rasanya belum terlambat untuk mengucapkan salam kemerdekaan yg ke-52 kepada semua rakyat Malaysia. Satu Malaysia, rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan. Semoga kita sentiasa hidup aman damai, rukun dan harmoni, walaupun kadangkala ada juga tiba-tiba badai melanda. Tapi adatlah sedangkan lidah lagi tergigit.
Sempena cuti kemerdekaan aku sekeluarga telah ambil kesempatan utk balik ke kampung halaman untuk berbuka puasa disana. Alangkah nikmat dan seronoknya dapat berbuka di kampung, dapat juga lari dari rutin seharian untuk masak juadah berbuka, hehehehe. Bukan gantung apron terus masih juga membantu yg mana perlu.
Dalam seronok ada juga yg tak seronok, biasalah kat kg semua siaran indon kami dpt tengok, takyah susah2 pasang Astro, campur dgn siaran Tv Singapore lagi memang byklah pilihan siaran. yang membuatkan kami rasa tak seronok apabila TV Indon sibuk membuat liputan berkenaan lagu Negaraku yg dikatakan diciplak dari mereka iaitu lagu Terang Bulan. Kenapa baru sekarang waris nak kecoh2 setelah 52 tahun merdeka. Malas nak komen lebih... media memang suka publisiti murahan utk melariskan produk mereka... biarlah si luncai terjun dgn labu-labunya... biarkan....

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails