Semalam 27 Jan 2011 adalah hari ijau kat opis, pagi-pagi lagi kami dah berkumpul kat di kawasan lapang belakang opis utk tanam pokok2 hutan sebagai salah satu sumbangan kami utk memelihara bumi nie.. Dgn kerjasama Syarikat Aya Engineering dan CPCN, Ensearch yg sponsor pokok2 hutan yg diperolehi daripada org asli maka usaha ini terlaksana. Total 78 pokok dari 28 jenis yg kami tanam, nama semua pelik2 cam tak penah dengar Jis, langsir kecuali 2-3 yg biasa cam petai, kerdas, durian daun, mata kucing... aku dpt pokok apa pun tak tau, lupa nak tgk kat tag dia..hehehehe
Kebun kami ni namanya taman warisan, setiap pokok ada org yg akan jaga dan monitor perkembangannya. Aku share dgn tuan, nak harap mak buyong ni mencangkul dan angkut tanah, mau terberanak kat situ jugak. Mujur ada tuan nak share dgn aku, harap2 idup suburlah pokok kami. Dari semasa ke semasa aku akan update status pokok tu kat sini..kalau rajin ler...
Seperti biasa sebelum buat kerja mesti posing dulu..tgklah baju pun ijau u... baju freee..sapa tak suka kan. Aku kena amik saiz lebih besar sikit utk memuatkan perut yg mancung ini dan terpaksa gambar belakang2 utk cover perut comel ini..hehehehe
My partner yang gigih mencangkul dan menanam pokok. Nasib baik kami dpt kawasan tinggi dan tanah berpasir, mudah sikit kerja nak menanam, tapi sebelum tu kena campur tanah merah dah baja dulu baru boleh tanam.
Hasil setelah siap menanam, pokok kami ujung sekali bahagian bukit, sapa yg kat bahagian paya tu berselut lah gamaknya....