Nothing Special   »   [go: up one dir, main page]

Followers

Showing posts with label Cup Cakes. Show all posts
Showing posts with label Cup Cakes. Show all posts

Monday, May 24, 2010

Cupcakes Hari Guru SK La Salle & SK Assunta 2


Salam...

Moga semua kawan2 sihat & gembira... sekarang agak sibuk sikit. Tu yang payah nak update. Masak tetaplah masak macam biasa tapi masak pun lauk2 biase2 aje... takde yg luar biasa pun. Malu nak enterframe kat sini, heheheee

Nilah nak buat tayangan amal sambil2 kawan2 cuci2 mate... hari Jumaat (21.5.2010) sekolah Boy - SK La Salle mengadakan sambutan Hari Guru. Jadinya anakanda tu request buatkan cupcake untuk cikgunya. Kalaulah anakanda minta gitu, mamanya ikutkan ajelah... lagipun mamanya memang suka pun... sekalian buatkan untuk Boy, kenalah juga buatkan untuk Baby yang bersekolah di Assunta 2. Sementelah masa hari guru hari tu, aku tak buatkan apa2 pun untuk cikgu2 dia. So, buatkan 2 set cuppies looo untuk anak2anda tu bawa ke sekolah masing2.



Deko simple2 aje... Boy minta tuliskan "Selamat Hari Guru" & "Happy Teachers Day". Baby pula minta tuliskan "Selamat Hari Guru" & "Terima Kasih Cikgu"...


Wednesday, February 24, 2010

Carrot Cupcakes

Salam...

Sesaje nak tepek gambo lebihan cuppies yang aku buat untuk tempahan daripada Diana minggu lepas. Dan sekalian nak tepek resipi Carrot Cakes tu... pada yang rase2 rajin nak mencuba, dipersilakanlah... resipi dari orang fofular di blogspot ni... tak lain dan tidak bukan adalah Puan Hana yang berada nun berjuta batu... Jepun!

Jom layan resipinya...

Bahan-bahan

3 cawan lobak - diparut
4 biji telur
1 cawan minyak jagung
3/4 cawan brown sugar + 1 cwn gula castor
2 cawan tepung gandum
1 cawan golden raisin
1 cawan walnut - dibakar & dihancurkan
Sedikit garam
1 sudu teh soda bicabonat
2 sudu teh baking powder
1 sudu teh serbuk kayu manis - pilihan ikut suka

Cara-cara

1) Ayak tepung gandum, garam, baking powder dan soda bicabonat.
2) Masuk parutan lobak merah, walnut dan raisin dalam 1 mangkuk. Gaul sebati.
3) Dalam mangkuk lain, pukul telur, minyak dan gula hingga sebati.
4) Campurkan no. 1 dan no. 2 berselang seli sambil digaul sebati semuanya.
5) Sudukan dalam cawan kertas. Kalau nak tuang dalam loyang, gunakan loyang berukuran 10 x 10.
6) Bakar 50 - 60 minit (sehingga masak) dengan suhu 175c.
7) Sejukkan terlebih dahulu sebelum dikeluarkan dari loyang. Masukkan dalam peti ais sebelum dihias dengan toping.


Resipi topping krim cheese... boleh pilih mane2 yang disukai nak cuba...

Yang ni salin dari blog Kak Zaliana...

50g mentega
215g krim keju
130g gula aising - adjust ikut tekak
1 st esen vanila / xtract jus lemon

- pukul semua hingga sebati & sapukan atas kek/cuppies

Yang ni pulak aku salin dari blog Kak Nor (Secubit Garam)

125g krim keju
60g butter
60g gula aising - adjust
jus lemon

- pukul semuanya hingga sebati dan sapukan atas kek/cuppies

Selamat merajinkan diri yek...
hehehe....

Monday, October 12, 2009

Order - CC Bertunang Oleh G, Selayang

Salam...

Alhamdulillah... ketika n3 ini dutulis, cupcakes tempahan daripada G yang berada di Selayang dah sampai ke tangannya. Majlis pertunangan tu pun dah berlalu pada hari Sabtu lepas. Semoga semuanya berjalan lancar. Dan semoga G berpuas hati dengan tempahannya tu...

Sebelum ni aku tak kenal pun G tapi dia buat tempahan setelah masuk ke blog aku ni. Terima kasih ye G... kalau berpuas hati dengan hasilnya, lepas ni bolehlah tempah lagi, heheee...

Hari Jumaat malam aku dan hb g hantar pada G. Tunggu di stesen minyak Esso, dekat Selayang Mall. Mujurlah dipermudahkan perjalanan kami. Adalah silap jalan sikit tapi taklah pusing merata2...

Terima kasih ye G sebab bayar extra. Sangat2 menghargainya dan sangat gembira kerana G memahami... senang berurusan dengan G yang tak banyak karenah dan sangat fleksibel.
:D

Thursday, October 08, 2009

Order Cupcakes Dari Teacher Nini


Salam...

Order ni sebenarnya minggu lepas tapi barulah hari ni tepek kat sini.

Teacher Nini ni sebenarnya bekas guru anak aku, Boy masa dia sekolah tadika dulu. Sekolah tadika dulu, okey!!! Hehehee... sekarang ni pun Nini dah tak jadi cikgu dah... tapi panggilan 'teacher' dari anak2 aku termasuklah Baby yang tak pernah bergurukan Nini melekat terus. Nak tukar panggilan 'teacher' kepada 'kakak' rasa janggal sangat. Hah, biarkanlah!

Thanks Nini... sehari lepas tu Nini hantar sms kata kawan2 dia puji sedap akan cc tu. Untuk itu aku nak berkongsi terima kasih juga kepada Kak Nor di atas resipi kek cawan tu. Terima kasih Kak Nor... :D!

Saturday, August 01, 2009

Cupcakes 'Selamat Bertunang'

Salam...

Haaaaa...!!! Inilah yang kusebokkan sejak petang Khamis kelmarin. Dari membaking, membancuh aising dan sebagainya. Inilah projeknya... agak besar2an jugaklah projek ni untuk aku yg amatur ni, kan...? Hisk...

Tak dapat dinafikan betapalah terujanya aku membuat bunga ros daripada aising ni. Sebab aku tak ada p kelas pun. Hari tu aku g kelas deko cuppies tu tak le pulak sifu aku mengajo aku buat bunga ros ni. Jadi internetlah guru aku. P jalan sane, jalan sini tgk video org buat bunga ros ni kat internet jek. Nozle untuk bunga ros dah lame gak aku p beli tapi barulah tadi aku menggunakannya. Kiranya tadilah baru pecah daranya. Hisk...

Alhamdulillah walaupun 4/5 kali pandang, alangkah berserabut dan huduhnya bunga ros ku ini, tapi aku tetap berbangga dengan hasil kerja tanganku. Heheee... memotivasikan diri sendiri ni... klu lebih praktis, tentu akan lebih cantik, menarik dan lebih kemas, kan...?
Lihat lebih dekat... okeylah untuk 1st time ye tak...?

Actually cuppies ni aku buatkan untuk anak buah Cikgu Noriah, Najwa yang akan melangsungkan pertunangannya hari ini - Sabtu 1/8/2009 di Seksyen 17, Shah Alam. Emak Najwa, Kak Ani (kakak Cikgu Noriah) baik gak dengan aku. So, aku pun dapat jemputan mkn tengahhari di kenduri pertunangan tu nanti.

Hureyyyy, hari ni tak masaklah yek...

Thursday, July 30, 2009

Cuppies Ball


Salam di pagi Khamis...

Actually cuppies ni aku buat pada hari Jumaat (24-07-2009) minggu lepas. Dah hampir seminggu barulah dapat masuk n3 sebab pc aku yg rosak. Semua n3 terpaksa ikut turn by turn...

Cuppies Ball ni aku buat untuk diberikan kepada rakan2 sekelas Boy di sekolah bersempena dengan hari lahir yang telah hampir 2 minggu berlalu. Date birthday dia sepatutnya 11-07-2009 (Sabtu) tapi disebabkan pada hari Jumaat (10-07-2009) yang lalu emak meninggal dunia, segala perancangan kena KIV dulu. Barulah minggu lepas ada kesempatan mamanya nak tunaikan hajat yg KIV tu.

Aku pilih tema ni kerana mudah nak deko. Dan selebihnya kerana sekolah Boy ni semua budak lelaki... budak lelaki selalunya sinonim dengan bola la kan... walaupun hakikatnya sekolah Boy ni lebih cenderung pada permainan badminton... hiks!
Untuk pengetahuan teman2 blogger sekalian, adunan kek tu aku guna adunan Choc Chip muffin dari Kak Ummi & Kak Jun. Sebelum ni dah beberapa kali jugaklah aku buat mengikut resepi ni sebab senang. Muka main tonggeng jek dalam mangkuk. Sukatannya ikut cawan & tak pakai marjerin dan mentega tapi pakai minyak. Aku guna minyak jagung. Dan pernah juga sekali aku buat kek menggunakan resepi ni. Nak tengok ada kat sini... Pendek kate mmg dah puas hatilah dengan resepi ni... cumanye aku tak delah tabur cok cip kat dalam adunan tu.

Kalau ikutkan resepi tu tak yah guna mixer. Just adunkan sebati dan sudukan dalam cup. Tapi untuk cuppies ni aku mixerkan juga lebih kurang 10 minit. Itupun setelah semua bahan dimasukkan ke dalam mangkuk. Alhamdulillah... teksturnya berubah jadi macam kek. Sangat moist dan yang penting tak lekang dari cup... :D

Kalau nak tengok resepinya silelah selongkar gobok list kat tepi ni ye... aku malas nak selongkar. Cari dibawah tag 'muffin' okey...
:D

Saturday, February 07, 2009

Kek Spiderman

Kek ni diorder oleh Kak Ha untuk majlis hari lahir anak bongsunya, Aidil Putera - 10 tahun, esok. Aku sangat mengantuk dan keletihan ni... seharian duduk kat dapur je.

Mujurlah hb cuti dan tolong tgk2kan anak2... sampaikan mandikan Mierza pun dia yang buat. Tapi ada sekejap tengahari tadi, hb keluar pergi beli makan si Mierza sudah buat kerja sama mama punye laptop. Mujurlah tak dimandikan dengan air kopi yg bekas airnye betul2 di sebelah laptop ni. Tapi dia bagi wangi mama dia punye laptop dengan membedakkan keyboard laptop mama. Mierza... Mierza...
tak pe... tadi ada tangkap gambar 'kerja' Mierza tu. Esok ke aku upload dan korang tengoklah sendiri budak kenit ni punye kerja...


Aku tak dapat nak buat ikut resepi k Mal sebab readymix sponge cake tak de dalam simpanan. Punyelah tak perasan sponge mix tu dah habis. Jadinye aku buat kek tu resipi dari Kak Jun Yummilious dan buttercream tu ambil dah lame dulu kat umah Kak Pah Sherry.


Yang ni version cupcakes. Adunan untuk kek tu tadi ada lebih jadi buat cupcakes la...deko dari toping yang sama dan tema yang sama juga...

Wednesday, December 24, 2008

Coklat Cupcakes


Lihatlah dunia... cupcakes ku yg comei... hehehe
Ni kes boring malam semalam. Balik dari spital kul 9++. Balik2 je hb dah tak de - g main badminton. Nak buat cookies tapi aku dah kehabisan tepung gandum. Selongkar2 dalam baldi tempat simpan tepung & segala barang baking, cuma ada tepung pau, coklat cip, coklat rice, badam hancur, tepung mix vanilla & coklat.
Tibalah terasa nak buat cake menggunakan tepung mix... Nak buat donat guna tepung pau (hong kong), malaslah pula...

Tepung mix yg ready mix ni aku beli kat BWY. Tak mahal... RM3++ je. Tinggal nak tambah telur, air dan butter je... Sebelum ni pun aku ada buat kek menggunakan tepung mix ni. Kalau pakai telur Gred A, hanya 6 biji telur saja digunakan. Semalam aku pakai telur Gred C, aku kene gunakan 8 biji telur untuk mendapatkan keberatan 360g telur tanpa kulit. Huh, nasib baiklah stok telur banyak. Baru pagi semalam beli satu papan... 160ml air tu pulak aku campurkan = 100ml air + 60 air. Dan butter tu aku pakai marjerin paket tu saje...

Ehhhhh nanti, nanti! Aku buat cupcakes ni tak banyak. Sebenarnya saje ni upacara pecah dara kertas cup ni... sakit mate tgk bende tu tletak je kat atas lemari tu... belinya dah lame gak... selebih adunan aku buat kek seketul. Belum deco... rasa macam ada sikit rajin mau deco itu kek seketui, hehehe...lagipun my fresh krim kat dlm peti ais tu dah nak xpired... so kene godek2 la...

Novel Terpakai - Untuk Yang Berminat...

Novel Terpakai - Untuk Yang Berminat...
whatsapp: 017-3113226

My Cute Banner

Halwa Telinga :)