Nothing Special   »   [go: up one dir, main page]

Wednesday, April 21, 2010

Derita Merindu

Mendapat satu panggilan telefon daripada seorang gadis yang sangat kecewa kedengarannya kerana baru sahaja putus cinta. Betapa sakit, kecewa, rasa sesal dan yang paling menyesakkan bila kita masih terlalu merinduinya.

Kadang-kadang kita rasa masa ini tidak adil untuk kita. Semalam masih bercumbu rayu, melepas rindu, gurau senda, bercerita lara tapi hari ini kita sudah jadi orang lain. Kita sudah jadi orang yang tidak pernah dikenalinya. Jadi asing. Siapa kita di hati dia? Siapa kita dimata dia?Kita bukan siapa-siapa kan?

Hati tidak mudah dipujuk. Rindu tidak mudah diusir. Kenangan tidak mudah dipadam. Jadi bagaimana mahu terus melangkahkan kaki dipersisiran hari. Bagaimana mahu mengelus hati agar hidup kembali. Bagaimana mahu menguliti rindu dendam yang parah. Bagaimana mahu lelap dengan kenangan indah?

Andai kata, hati tidak mampu menghindari segala kepahitan itu, sebaliknya mengapa tidak sahaja kita hidup dengan kepahitan itu. Kita rangkul rasa cinta yang terbuang. Kita dakap segala kenangan itu. Kita layan segala kerinduan itu.

Zaman dah berubah. Banyak cara untuk kita terus berinteraksi. Jangan terus undur diri kalau kita tahu kita masih tak mampu nak bawa diri. Kita kirimkan segala luahan perasaan melalui email. Kita kirimkan bait-bait sajak kecewa atau sebagainya. Kita sms mengatakan yang kita akan cuba melupakannya dan kita doakan kebahagiaannya. Kita lakukan semua itu sepanjang kita rasa kecewa. Setiap kali kita rindu kita email meluahkan kerinduan.

Ujarkan kata-kata yang baik. Jangan sesekali memaki sekaligus memusuhinya. Kerana kata-kata yang baik itu sebenarnya adalah penawar pada hati yang terluka. Lakukan begitu setiap kali kita mengingatinya. Setiap kali.

Perlu diketahui bahawa manusia ini mempunyai satu sifat. Iaitu mudah jemu dan cepat bosan.Satu hari pasti anda akan rasa bosan.Rasa jemu.Bukan sahaja terhadap apa yang anda lakukan malah anda akan rasa bosan terhadap bekas kekasih anda. Kerana dia itu sebenarnya bukanlah orang yang sepatutnya hidup bersama anda. Orang yang sepatutnya menerima cinta anda yang tulus itu. Dia sebenarnya tidak layak untuk anda. Percayalah anda akan merasa jemu merinduinya dan merasa bosan mengenangnya.

Jika anda merasa begitu, bermakna anda telah berjaya mengatasi satu fasa yang begitu mencabar dalam kehidupan ini. Jangan terkejut kalau satu hari nanti bekas kekasih anda akan menghubungi anda semula dan mahu pulang kepangkuan anda.Ketika itu bagai tersedar dari tidur bahawa dia bukanlah yang kita cintai dan perlukan lagi.

31 comments:

miss capricorn said...

such a good motivation....aunty,actually i need this 3 month ago =(

mierafaziera said...

Kak Nani, sy melalui episod yg sama dgn bekas suami sy sekarang..mula2 hari tu mmg melompat la sy jgk bila dicurangi, sdgkan dia suruh sy setia walaupun dah bercerai dgn janji dia akan kembali kepada kami 3 beranak bila dia dah benar2 berubah..tapi tiba2 kantoi dia curang...teruk emosi sy seminggu pertama...tapi kakak ipar sy telah menasihatkan yg sama mcm kak nani cakap ni...jadi sy ikut dan ianya mmg berhasil..sy x tertekan sgt dan kami masih berjmp hari2...mcm rutin biasa..bezanya sy tahu skrg dia ada org lain disamping sy..namun sy sabar dan x menarik diri secara tiba2 sbb mmg x mampu.harap2 satu hari sy akan jemu, dan dpt pergi dari dia dgn tenang..sbb x mungkin sy dpt berkongsi kasih stlh byk yg sy korbankan utk dia..x apa lah walaupun proses ni mengambil masa...sy cuba...semoga sy cepat jemu la hendaknya....:-(

chenurulhusna said...

nice entry aunty:)

BaizuraShahar said...

Peritnya dilukai.. tambah sedih lg pengorbanan tak dihargai..

moga-moga setiap insah yg melalui pengalaman begini akan setiasa tabahkan hati... termasuk saya sendiri..

Tapi percayalah.. semua yg berlaku mesti ada hikmahnya kan,kak nani..
~http://luvmymother.blogspot.com~

Zareda Norman said...

zar pun sdg tolerate dengan satu kes pasangan muda nak berpisah dan bubarkan pernikahan. Sedih sgt sebab anak anak mereka sangat comel. Tapi bagi zar hidup ni singkat dan jangan cemarkan dengan air mata dan derita, kalau berpisah lebih baik dan bahagia.. melangkahlah dan teruskan hidup. Redhakan segala yg terjadi dan maafkan si dia.. InsyaAllah hati akan lebih tenang

aida said...

hi anty...

well said...very much..

i agreed 100% and nothing less...been through that phase in life...and what u wrote is actually what i really did.tapi tak la hari2 antar email..i wrote to him whenever hati ni rindu...tiap kali email..tanya kabar...dan sentiasa doakan dia jumpa bahagia yang dia cari...:)....2bulan....then exactly like u said...dia datang semula..and said..life is so dull and no fun without me..huh..

i bet.anty mesti byk lagi tips n experience yang worth sharing kan...dats exactly why im addicted and slalu tunggu u update ur blog

abang ensem said...

Patutla teman ni ramai awek time belajo dulu, rupe2nye sbb teman ni cpat jemu gamaknye. Naseb baekla teman x jemu2 nengok muke bini teman sekarang ni..

Azira Amir said...

been there, done that. lama2 penat, then sendiri akn stop. nice entry. ;))

kupaslaroren said...

bagusnye ada ntry mcm ni...sy pinjam kata2 ni untuk berubah....

Atiqah Ahmad said...

sangat-sangat bagus!
motivation untuk saya juga..
keep it up aunty..suka sangat-sangat..

p/s - nanti sy nak linkkan entry ni dlm blog sy..=)

Syida shedot said...

sy suka ayat akak..rase terbuai jea bace =)

LL said...

Andai kata, hati tidak mampu menghindari segala kepahitan itu, sebaliknya mengapa tidak sahaja kita hidup dengan kepahitan itu. Kita rangkul rasa cinta yang terbuang. Kita dakap segala kenangan itu. Kita layan segala kerinduan itu.

- betul kata auntie. masa muda ni, mmg bila putus, semua nya rasa susah, sedih. satu hari nanti, pasti lia akan boleh senyum bila ingat semua kenangan tu tanpa rasa sedih sikit pun.
insyaAllah.

akak eskrem said...

salam puan..

entry yang menarik untuk sama2 direnungkan..

tapi..

adakah nanti hati akan masih boleh menerima selepas suma yang dilakukan oleh seseorang yang tak menghargai tu?? kata orang, sekali terkena, pasti sampai bila pun takkan lupa..

hmm.. mungkin masih ada lagi sayang tersisa di hati.. tapi rasanya, perlu simpan rasa curiga tu sekali-sekala.. kene beringat jugak.. manela tau, cara yang sama akan melukakan hati semula..

keep on writing puan.. tertunggu2 entry yang menarik dari puan selalu.. ^_^

aku.gadis.itu said...

tq auntie. sgt kene pada keadaan skrg. tengah2 xtau nk buat ape bila terhiris terguris, tbe2 melawat blog auntie trus dpt kekuatan baru. thanks a lot.

D said...

i do agree wit u..=)

aNNa said...

suka.. =)

sayda dino said...

salam aunty.
saya suka entry kali ni.
sebab sekarang saya still dalam fasa melupakan exboyfie saya.
hari2 saya doakan yang the best utk dia. rindu mmg rindu lah..
tapi saya tahan spy tak sms or call or msg or bagitau orang lain yang saya still ada rasa rindu tu, semata2 sebab saya keep on believing that this kind of feeling will fade away nanti. saya percaya sangat since saya juga percaya dia tak pernah akan deserve saya lepas ni. thanks aunty. ur writing make me stronger. take care!

Fatin Ruslin said...

entry yang syookkk.. info bergune ni aunty.. =)

JULYA said...

betul cakap auntie..teringat pulak lagu alyah yang liriknya berbunyi "tak mungkin kerana sayang...cuma kadang kala aku terkenang"
saya pun pernah melaluinya. tapi lama2 perasaan tu hilang. sebab GF kepada ex-BF saya ni bagitahu saya yang ex-BF saya pernah menduakan saya sewaktu kami couple dulu. yang saya tak boleh terima sebab saya tahu lepas kami dah putus. tapi saya bersyukur la, sebab Tuhan sayangkan saya. sebab tu kami putus, walaupun masa tu tak ade sebab kami nak putus. Alhamdulillah.....

Unknown said...

aunty nice entry, tp mcm manew kalau dye hot and cold? susahnyew

EyEdA said...

kak
sy perlukan mase 2tahun ++ utk melupekan..
dulu tgok brg, dgr lagu sedih2 msti nanges.
tp skng..
mcm dah rase penat..
itu kot fasa yg akk ckp tu

siha said...

aunty, saya pon nk pinjam kekuatan ayat aunty ni jugak,nice entry. semoga jadi panduan utk saya jd lebih kuat..
thanks for the sharing

nurul said...

nice entry...
Just to share sumthin' here...
Mmg ok utk kita layan kerinduan itu...tapi ade certain kes utk kite consider..mungkin ex kite tu dah ade kehidupan sendiri,ade tunang,suami or isteri..kan secara tak langsung kite dah ganggu hbgn org lain..which is absolutely not good..
It actually happened to me..Ex Gfren tunang sy keep sms him..sedih sgt..dan setiap kali die received sms tu, dia akn show kat sy,mntk maaf dan explained kat sy that he love me very much..sy faham keadaan die..jd sy harap,sama2 la kite fikir supy stp action kite bukan berlandaskan emosi...mintak maaf sume...

Pengantin Budget said...

aunty,
memang betul, kita jgn lari dari masalah, bila kita hadapi masalah tu walaupun kita selalu kena nangis, sedih, kecewa, marah etc, kita akan lebih tabah. saya amik ms 6 bulan untuk lupakan x-boy tp lepas itu sy nekad. memang pedih lalui fasa itu. saya beranikan diri pergi ke tempat yg dia ada dan sy suka pergi untuk kuatkan balik hati saya. syukur lepas itu sy ok, boleh hadapi kenyataan. dan memang betul ,x-boy mahu kembali kpd saya tetapi sudah terlambat, bila kptsn telah dibuat, x boleh tarik balik. dan sy ada hidup yg lebih baik slps itu.. syukran. dan sy masih ingat si dia dan berharap dia akan bertemu yg terbaik untuknya.

Zuraimah Ismail said...

salam kenalan buat kak nani,

entry menarik..thanks for sharing

:mulut tak bisa meluah, hati tak mampu menahan..:

NaniRostam said...

Nurul, saya rasa yours is a different story. different case.

Cuba Nurul letak diri Nurul sekarang sebagai seorang perempuan yang amat dicintai oleh tunang atau suami. Tiba-tiba satu hari cinta pasangan anda beralih arah.

Dia mengambil keputusan untuk meninggalkan atau memutuskan cintanya terhadap nurul.

Sedang hati, hidup dan segala dalam diri nurul adalah untuk dia semata-mata.

Hari-hari nurul bersama dia. Kenangan nurul adalah kenangannya.
Apa sahaja.

Mampukah nurul berdiri bila dia pergi begitu sahaja.

Bila dia hilang dah tak kembali kepangkuan kita.

Salahkah kita..kalau kita masih mahu mengirim berita...berkata-kata walau tak berbalas..mengeluh walau tak didengar hanya sekadar kita sedang melalui satu fasa kehidupan yang paling melukakan. Yang sungguh pahit.Yang kita tahu itu sahajalah cara kita mengubati hati yang terluka.

Hanya masa jadi penentu yang dapat membantu.

Tidak mudah nurul.
Sengsara.
derita
setengah mati.

Bukan sekelip mata nurul boleh melupakannya.

Bukan sehari dua.

Mungkin sebulan dua pun belum tentu.

Hanya satu yang perlu Nurul tahu....dan mengerti bahawa...

PERASAAN DIAMBIL DAN MENGAMBIL TIDAK SAMA.

Bila Nurul ditinggal mungkin baru Nurul tahu bahawa apa yang sedang dilalui oleh bekas kekasih tunang nurul.

lily lotus said...

kenyataan itu memang pahit

Unknown said...

btul auntie..saya setuju dgn auntie..bukan kerana saya berada dipihak yg ditinggalkan..tp saya dipihak yg meninggalkan...

setelah bercinta hampir 8 tahun (sejak dari bangku sekolah)

saya tiba2 hilang perasaan pada si dia..

saya tiba2 jatuh cinta untuk kali kedua dengan seorg lelaki hebat yang telah pun bergelar suami saya..

si dia pula tidak dapat menerima kenyataan..masih merayu..masih mahu saya kembali..hinggakan sanggup mengugut saya..

dek kerana saya faham situasi yangg dialaminya..saya biarkan saja..saya biarkan mesej yang dikirimkan nya tidak berbalas..saya biarkan panggilan telefon darinya tidak berjawab..

alhamdulillah..kini saya dengar dia bakal mendirikan rumahtangga..moga2..dia berbahagia seperti saya...insyaAllah =)

Ara said...

aunty, terima kasih utk post ini..sy btol2 perlukannya... ;')

saya x percaya dia buat mcm ini dkt saya. saya masih xdpt terima hakikat.tp jauh d sudut hati sy,sy yakin dia akan kembali sedar kesilapannya..

Linglung said...

aku teruja..

Anonymous said...

sy pernah thru the exact experience maybe sbb 1st love. jarak yg memisahkan dan begitu sukar utk menjd kenyataan. mungkin bukan jodoh kan. sy cuba utk menafikan semuanya sudah berakhir. nasib baik, he is a very good guy. sy rs sukar utk kedua2nya tp he's being strong. at the end sifat jemu dan penat dtg dgn sendirinya, mungkin kehendak ilahi. sy berjaya bernafas semula sbg insan yg baru. satu pengalaman yg memberi sy pengajaran dan kekuatan dlm hidup. mahal sungguh harga pengalaman itu.