Nothing Special   »   [go: up one dir, main page]

Friday, April 30, 2010

I Miss You So Much Babe

Ada Sesiapa Nak Sponsor Saya Tiket Konsert Ungu Buah Hatiku






Pernah kah kau merasa 2x
Cukup sudah kuberikan cintaku
Cukup sudah rasa ini untukkmu
Mati sudah hati ini padamu
Mati sudah hasrat ingin bersamamu
Reff 2x
Pernah kah kau merasa
Hatimu Hampa
Pernah kah kau merasa
Hatimu Kosong
Buang saja kata cintamu
Buang saja kata maafmu
Hasratmu sudah hati ini padamu
Hasrat sudah hasrat ingin bersamamu
Back to reff 2x
Rap version
Maafkan aku sayangku
Bukan maksudku menyakitimu, menghianatiku
Ampuni aku
katakan aku tak lagi mencintaimu
Pernah kah kau merasa 3x

Tiada Yang Lebih Membahagiakan Bagi Saya

Tiada ruang lain yang membahagiakan bagi saya selain daripada berada di ruang dapur yang bersih dan santai. Dengan budget yang tidak begitu besar, saya cuba mereliasasikan impian saya menjadi kenyataan yang pasti.

Bermula dari kerja-kerja memecahkan dinding asal, memasang tiang konkrit dan merangka kedudukan pintu dan tingkap, sebahagian besar sayalah yang banyak turun padang. Mujurlah saya amat peka dan memerhati segala kerja-kerja pengubahsuaian tersebut, sehingga saya dapat menyedari pada peringkat paling awal bahawa kedudukan paras lantai dan aras bawah pintu telah silap dibuat. Bila kesilapan dapat disedari dari awal maka, kos membaiki adalah sangat minimum.

Daripada batu, simen, pasir ,kayu, jubin dinding dan lantai dapur hinggalah kepada sekecil-kecil peralatan dapur saya beli sendiri setelah puas meninjau-ninjau harga yang paling berbaloi. Saya sendiri juga yang menetapkan design dapur, kedudukan tingkap dan pintu serta jubin dinding dan lantai mengikut susun atur yang saya mahukan.

Puas saya memerhati, meneliti serta ingin mereliasasikan bagaimana mahu mendapatkan sebuah dapur yang elegan, selesa, praktikal dan santai dengan budget yang serendah mungkin maka alhamdulillah inilah dapur yang terhasil untuk saya menghabiskan hampir separuh waktu di ruang nya.

Pengstoran yang kemas dan barang mudah dicapai amat penting bagi mewujudkan dapur yang selesa.

Merancang kedudukan pintu sejuk atau peralatan dapur yang banyak mencuri ruang juga penting agar tidak berlaku kesesakan traffik di dapur.

Pokok-pokok yang berjurai di dalam pasu saya gantung di tingkap agar memceriakan pagi saya ketika menikmati sarapan pagi di kaunter bar.

Saya memilih susun atur jubin dinding yang bercorak dam agar mata tidak jemu dengan keseluruhan warna dapur yang serba putih.


Pencahayaan di dalam kabinet kaca penting bagi menampakkan keelegenan sebuah dapur.



Warna putih atau warna-warna pastel adalah jawapan untuk menjadikan ruang dapur yang kecil tampak lebih luas.

Kaunter Bar atau pulau sangat diminati dan menjadi trend terkini.


Saya wujudkan satu ruang laundry dan ruang untuk saya meletakkan oven memasak agar segala aktiviti didapur menjadi lebih praktikal serta menjimatkan ruang.

Saya suka rumah yang banyak tingkap supaya mudah mendapat pencahayaan semula jadi dan peredaran udara yang baik.

Idea asal untuk pintu koboi itu adalah warna putih polos tetapi suami menukarkan kepada warna mocca,



Setiap hari saya membuat kerja-kerja di dapur sambil menikmati keindahan alam semula jadi diluar tingkap.


Memilih sinki dapur yang sesuai dan praktikal juga penting untuk memudahkan kerja-kerja mencuci.











Thursday, April 29, 2010

Where Are You?

"I'm not surprised, not everything lasts.. I've broken my heart so many times, I stopped keeping track.. Talk myself in, I talk myself out.. I get all worked up, then I let myself down.. And I tried so very hard not to lose it.. I came up with a million excuses I thought, I thought of every possibility.. I JUST HAVEN'T MET YOU YET!!"

Wednesday, April 28, 2010

Seni Dan Emosiku (Memori Bawah Pokok Getah)

Jiwa saya sebati dengan seni. Saya mencintai hampir semua karya seni. Muzik, puisi, drama, tari bahkan seni memasak sekalipun.

Keluar sahaja dari perut ibu, saya disogok oleh suara mak dengan lagu seperti 'gurindam jiwa', tudung periuk, dan banyak lagi. Ketika masih disekolah rendah lagi, saya sudah pandai berfikir cara untuk menghilangkan kebosanan apabila setiap hari terpaksa berada ditengah-tengah kebun getah yang telinga saya sudah lali dengan dengungan nyamuk dan agas lalu apa lagi, saya pun melalak sekuat hati tanpa segan silu kerana tiada seorang pun peduli atau memerli.

Saya ingat lagi lagu Mazuin Hamzah yang sangat top ketika itu iaitu lagu Cinta Palsu. Memang lagu itu jadi persaingan hebat buat nyamuk-nyamuk dikebun getah milik arwah ayah.Walaupun saya tahu dengungan nyamuk tak sesumbang alunan lagu-lagu top yang kerap saya nyanyikan.Sebab itu sampai sekarang saya hanya minat mendengar lagu bukan minat menyanyi.Terlalu minat sehingga mungkin mencecah ribuan buah lagu yang saya minati.

Samada lagu lama atau baru, saya kagum kerana kebanyakan melodinya sangat indah, meskipun lagu-lagu yang dihasil oleh pengiat seni itu adalah dari zaman tok kadok hingga zaman sekarang namun sentiasa sedap didengar seolah-olah sepanjang panjang zaman para pencipta lagu tidak pernah ketandusan idea.

Kadang-kadang bila jemu menyanyi, saya mencuba bakat untuk berlakun pula. Ditengah-tengah kesuraman kebun yang cahaya matahari cuma berjaya melalui celah-celah dahan itu, saya bercakap sorang-sorang dengan susu getah, daun getah kering dan pisau menoreh.Bila teringat puisi-puisi dari buku-buku sastera kakak sulung yang dah berulang kali saya baca sehingga hampir semua isi kandungan buku, saya hafal maka, apa sahaja yang terjangkau oleh pandangan mata saya waima sebiji baldi yang digunakan untuk mengisi susu getah pun saya boleh mendapat ilham untuk mencipta bait-bait puisi.

Minat menari pulak timbul bila saya sering dibawa kakak dan ibu menonton joget lambak dan tarian kuda kepang di pertunjukan pancaragam di rumah-rumah orang kahwin.

Bukan setakat nakal tetapi sangat nakal. Akibat kenakalan saya yang suka mencuri beras, bawang, ikan bilis, minyak tanah dan sebagainya untuk saya bawa ke tengah-tengah kebun semata-mata takut ternampak oleh mak saya dan bimbang projek main masak-masak saya kantoi, maka saya kini boleh berbangga dengan kebolehan saya memasak setaraf dengan chef-chef yang mempunyai ijazah.

Banyak lagu yang saya upload dan puisi yang saya hasilkan dalam blog baru-baru ini, seolah-olah menggambarkan emosi saya yang merindu, kecewa dan pilu. Ternyata walaupun ianya adalah gambaran kisah cinta orang lain, tetapi saya dapat merasai segala kepiluan itu. Saya dapat memasuki dan menghayati perasaan tersebut. Namun sedikit sebanyak ada yang menyentuh tentang kisah peribadi saya juga.

Contohnya dulu saya tak tahu langsung tentang lagu 'Cinta Dalam Hati' sehinggalah Hanis memberitahu saya yang seorang pemuda yang selalu menempah strawberry Moist Choc Cake, dari saya adalah Hanis punya 'secret admirer'. Beliau meng email lagu tersebut kepada Hanis. Setelah saya dengar lagu itu, hati saya jadi sebak. Saya suka akan keperibadian pemuda yang meminati Hanis itu kerana beliau mempunyai budi bahasa yang tinggi dan sangat bersopan santun serta tahu menghormati orang tua. Tetapi bukankah cinta itu datang sendiri dalam jiwa. Malangnya dia bukanlah cinta hati Hanis.

Bila saya hayati lagu itu saya dapati melodi yang sangat indah dan senikata yang sangat puitis.

Jadi saya suka berkongsi dengan anda semua untuk sama-sama mendengar dan menikmati keindahannya.

I remember The Sky Was Crying When You Left Me So Did I


Tak semudah kau sangka
Melepaskan kau pergi
Hati yang meronta, hampa kecewa
ku tekad sembunyikannya dari pandanganmu

Ku rela begini
Berakhirnya di sini
Dari bersamamu terus berpura
Setelah cinta tiada lagi di hatimu

Chorus

Ku hapuskan airmata dari mengiringi
Kesengsaraan mengharung perpisahan ini
Ku pujuk jiwa nestapa
Pendamkanlah duka
Pasrah pada lara ketentuan ini

Tak semudah kau rasa
Melepaskan kau pergi
Hati yang terluka dikunjung jua
Kerinduan yang tidak tertanggung terhadapmu

*Bridge

Sesungguhnya
Ku tahu betapa sukar untukku
Menempuh hidup
Walau sehari tanpamu
Ku terseksa

Airmata Ini Kering Sendiri

Airmata yang mencurah merembes dikelopak mata ini
tiada makna
tiada erti
sekadar mencomotkan maskara
membuat mata macam mata panda

Airmata yang terjun mengalir di pipi pauh ini
merugikan
percuma
tiada harga
malah menghabiskan tisu berkotak
membuat pipi pudar kusam tampak tak berbedak

Airmata yang menyiram seluruh hati ini
tak dapat menghapus rasa cinta padamu
tak mampu menghalau rasa rinduku
malah bertukar menjadi cuka yang memedihkan luka.

Tak mengapalah
kalau airmata ini
hanya tanda petaka
hati ditimpa celaka

Biarlah walau ia
tiada makna
tiada erti
tiada harga
buang masa
buang tenaga

Tapi aku puas menangis tadi.
sampai bengkak bengkak mata aku
sampai aku tertidur
bila aku aku bangun
hari dah pagi
namun aku masih merindui.

ancur ati-ku

Tuesday, April 27, 2010

What I Got To Do To Make You Love Me

What I got to do to make you love me?

What I got to do to make you care?

What do I do when lightning strikes me?

And I wake to find that you're not there?

What I got to do to make you want me?

What I got to do to be heard?

What do I say when it's all over?

Sorry seems to be the hardest word.

It's sad, so sad

It's a sad, sad situation.

And it's getting more and more absurd.

It's sad, so sad

Why can't we talk it over?

Oh it seems to me

That sorry seems to be the hardest word.

What do I do to make you want me?

What I got to do to be heard?

What do I say when it's all over?

Sorry seems to be the hardest word.

It's sad, so sad

It's a sad, sad situation.

And it's getting more and more absurd.

It's sad, so sad

Why can't we talk it over?

Oh it seems to me

That sorry seems to be the hardest word.

Yeh. Sorry

What I got to do to make you love me?

What I got to do to be heard?

What do I do when lightning strikes me?

What have I got to do?

What have I got to do?

When sorry seems to be the hardest word.

Sunday, April 25, 2010

Aku Dan Dirimu




Tiba saatnya kita saling bicara
Tentang perasaan yang kian menyiksa
Tentang rindu yang menggebu
Tentang cinta yang tak terungkap
Sudah terlalu lama kita berdiam
Tenggelam dalam gelisah yang tak ter reda
Memenuhi mimpi-mimpi malam kita
Duhai cintaku, sayangku, lepaskanlah
Perasaanmu, rindumu, seluruh cintamu
Dan kini hanya ada aku dan dirimu
Sesaat di keabadian
Jika sang waktu bisa kita hentikan
Dan segala mimpi-mimpi jadi kenyataan
Meleburkan semua batas
Antara kau dan aku,kita

Hati Yang Dah Berubah

Masa berubah. Pantai berubah. Orang berubah. Hati berubah. Saya pun dah berubah. Saya bukan lagi isteri dan ibu yang baik. Bukan!. Kalau dulu setiap hari ada sahaja juadah saya hidang untuk suami dan anak-anak tapi kini cinta telah beralih arah. Cinta saya terhadap Strawberry Moist Chocholate Cake semakin mendalam.

Namun begitu saya adalah seorang yang sangat praktikal. Seharian, masa yang sepatutnya saya gunakan menyediakan masakan untuk suami dan anak-anak makan saya habiskan membuat berbiji-biji kek.Tetapi tak mengapa masa yang saya guna untuk kek itu dan hasil daripadanya saya gunakan untuk membawa anak-anak makan di luar.

Lagipun bila saya berkira-kira campur masa, duit, penat menyediakan, membeli bahan mentah, mencuci dan sebagainya memang amat tidak berbaloi sekiranya setiap hari saya masak di rumah sedangkan anak-anak yang tinggal di rumah cuma yang kecik-kecik ni tak berapa suka makan nasi berlauk. Malah lebih jimat makan diluar. Jimat dari segi tenaga dan masa. Cuma kadang-kala bila anak-anak teringin saya masak, maka saya akan turuti kemahuan mereka.



Lamb Chop di San Fransisco Pizza. Lamb Chop memang kegemaran anak-anak saya termasuk saya.
Makan tengahari di Restoran Cawan di Jalan Telawi, Bangsar. Asam Laksa adalah kegemaran Imran ever...

Sikurus dan si gemoq berposing-posing dalam Naza, sedang saya khusyuk memandu sambil mendengar Hot Fm lagu peberet Selamat Malam, Faizal Tahir, Tanpa, Sixth Sense, Derita Merindu, Ahli Fikir, Separuh Jiwaku Pergi, Anang ehhh banyak lagi.....saya ni orang je tua tapi jiwa muda...


Nachos di San Fransisco Pizza...Alisya sikurus yang berselera besar.
Tapi makan tak pernah habis.


Home made burger.....ini pun yang saya masak di rumah....macam sama jer makan di tepi jalan. Lagi mudah dah cepat kot.




Arissa selalu ingat saya ni mak dia woh....dah terpedayalah tu....




Apa nama makanan ni....lupa pulak. Terdapat di Saba Restoran Cyberjaya....ehmm sedap2 dibuat daripada kacang peas, kalau tak silap.


Nasi Arab...tengok gambar pun mengidam lagi...dan lagi...dan lagi...so far belum jemu.



Kebab...memang peberet ever budak2.

Air Vimto dan Barbican yang sedap manis dan menyegarkan...dan makanannya ehmm ni nak kena pergi lagi nih...


Ada macam like mother like son tak....

Ada macam like brother like sister tak.....












Saturday, April 24, 2010

Di Lorong Itu

Rindu dan sendu ini pecah dalam dada berselerakan mengalir dalam darah.
Mahu saja kusimpan semula airmata yang berhambur merembes direngkung jiwa
Sedang malunya aku bila hati bertekad-tekad.
Wahai jangan kalah tekadmu teruskan biar bulan mengejek biar bintang menyindir jangan kau terduduk di pinggir memikir-mikir sesal belum berakhir.
Duhai persismu maruah yang tergadai kah walau sekadar sebaris ayat cinta lukisan jiwa.
Lupakan kembara pilu yang sudah selesai yang pernah melekat bau kasturi kasihnya.
Hampiri jalan dan hamparan indah disini yang harus kau terokai lagi dan bukan yang pernah melukai.

Friday, April 23, 2010

Cinta Dalam Hati



Mungkin ini memang jalan takdirku
mengagumi tanpa di cintai
tak mengapa bagiku asal kau pun bahagia
dalam hidupmu, dalam hidupmu

Telah lama ku pendam perasaan itu
menunggu hatimu menyambut diriku
tak mengapa bagiku cintaimu pun adalah
bahagia untukku, bahagia untukku


Ku ingin kau tahu diriku di sini menanti dirimu
meski ku tunggu hingga hujung waktuku
dan berharap rasa ini kan abadi untuk selamanya
dan izinkan aku memeluk dirimu kali ini saja
utk ucapkan selamat tinggal untuk selamanya
dan biarkan rasa ini bahagia untuk sekejap saja



Warna Perasaan

Tak terampu olehku mimpi mimpi kelmarin
masih asing masih resah tanpa dapat mentafsir
hijau damai biru terang warna melimpah ruah memenuh gelodak asmara

Tak tergalas olehku cerita cerita semalam
biar fakta biar dusta tak mungkin terlerai kusutnya
putih suci hitam kelam rona membuak membanjiri wadah cinta

Tak terlangkau kakiku bila hari bermula
bila langit berbicara bila bumi bersenda tidak dengan kata-kata
kuning ceria merah membara menyemarak rasa rindu

Thursday, April 22, 2010

Taman Sendaloka

Pokok buluh cina yang unik dan menawan.


Pokok bunga cempaka putih yang mengharum taman diwaktu dinihari bila semilir angin malam berlagu, boleh menaikkan bulu roma kalau memikir yang bukan-bukan.

Bunga halia bara yang merah membara penyeri taman sendaloka.


Pokok cermai yang selalu buahnya gugur menyelimuti bumi bila situan tiada masa memetik untuk dibuat jeruk atau halwa.



Bunga kantan yang akhirnya layu tak berguna kerana tuannya sibuk membuat kek sehingga tiada masa untuk laksa dan asam pedas.




Daun kari yang subur menghijau. Mujurlah ada jiran-jiran yang rajin masak kari. Ada juga gunanya.




Pokok longan yang dah banyak kali berbuah. Tuan hanya dapat melihat kelibat ketika masih muda. Bila dah masak ranum jadi habuan pemotong rumput. Rezeki dia orang.





Buah mangga yang manis seperti madu.





Jambu ..........my peberet ever...







Wednesday, April 21, 2010

Derita Merindu

Mendapat satu panggilan telefon daripada seorang gadis yang sangat kecewa kedengarannya kerana baru sahaja putus cinta. Betapa sakit, kecewa, rasa sesal dan yang paling menyesakkan bila kita masih terlalu merinduinya.

Kadang-kadang kita rasa masa ini tidak adil untuk kita. Semalam masih bercumbu rayu, melepas rindu, gurau senda, bercerita lara tapi hari ini kita sudah jadi orang lain. Kita sudah jadi orang yang tidak pernah dikenalinya. Jadi asing. Siapa kita di hati dia? Siapa kita dimata dia?Kita bukan siapa-siapa kan?

Hati tidak mudah dipujuk. Rindu tidak mudah diusir. Kenangan tidak mudah dipadam. Jadi bagaimana mahu terus melangkahkan kaki dipersisiran hari. Bagaimana mahu mengelus hati agar hidup kembali. Bagaimana mahu menguliti rindu dendam yang parah. Bagaimana mahu lelap dengan kenangan indah?

Andai kata, hati tidak mampu menghindari segala kepahitan itu, sebaliknya mengapa tidak sahaja kita hidup dengan kepahitan itu. Kita rangkul rasa cinta yang terbuang. Kita dakap segala kenangan itu. Kita layan segala kerinduan itu.

Zaman dah berubah. Banyak cara untuk kita terus berinteraksi. Jangan terus undur diri kalau kita tahu kita masih tak mampu nak bawa diri. Kita kirimkan segala luahan perasaan melalui email. Kita kirimkan bait-bait sajak kecewa atau sebagainya. Kita sms mengatakan yang kita akan cuba melupakannya dan kita doakan kebahagiaannya. Kita lakukan semua itu sepanjang kita rasa kecewa. Setiap kali kita rindu kita email meluahkan kerinduan.

Ujarkan kata-kata yang baik. Jangan sesekali memaki sekaligus memusuhinya. Kerana kata-kata yang baik itu sebenarnya adalah penawar pada hati yang terluka. Lakukan begitu setiap kali kita mengingatinya. Setiap kali.

Perlu diketahui bahawa manusia ini mempunyai satu sifat. Iaitu mudah jemu dan cepat bosan.Satu hari pasti anda akan rasa bosan.Rasa jemu.Bukan sahaja terhadap apa yang anda lakukan malah anda akan rasa bosan terhadap bekas kekasih anda. Kerana dia itu sebenarnya bukanlah orang yang sepatutnya hidup bersama anda. Orang yang sepatutnya menerima cinta anda yang tulus itu. Dia sebenarnya tidak layak untuk anda. Percayalah anda akan merasa jemu merinduinya dan merasa bosan mengenangnya.

Jika anda merasa begitu, bermakna anda telah berjaya mengatasi satu fasa yang begitu mencabar dalam kehidupan ini. Jangan terkejut kalau satu hari nanti bekas kekasih anda akan menghubungi anda semula dan mahu pulang kepangkuan anda.Ketika itu bagai tersedar dari tidur bahawa dia bukanlah yang kita cintai dan perlukan lagi.

Tuesday, April 20, 2010

Bukan Monster Yang Comel

Setelah hampir 3 tahun suami saya macam rupa monster. Bukan monster jambu eh..sebab monster jambu sangat comel. Ini monster yang kalau lepa je macam nak makan orang. Bukan nak makan, nak telan terus. Akhirnya pagi ini saya rasa saya patutnya meletakkan jiwa raga saya kembali ke tempat yang sepatutnya.

Aduh terpana saya merenung wajah suami saya yang sangat kacak. Jangan jeles atau sakit hati eh...kalau saya kata suami saya sangat kacak. Kenapalah selama ini saya bodoh sangat tak nampak kehenseman suami saya. Memakai kemeja berjenama, bertali leher, dan memakai butang cuff-link memang bergaya. Aduh kalau suami saya senyum sahaja kat perempuan-perempuan di luar sana...pasti ramai yang tergoda.

Saya hampir terlupa yang suami saya memiliki karektor yang pelik. Kalau dia mengalami ekonomi yang merundum, kehilangan pekerjaan dan tak da duit, dia akan merubah menjadi individu yang sangat berlainan. Dia bertukar menjadi monster. Marah-marah saya. Malas menolong saya. Kuat berleter. Kuat tidur. Kuat makan. Kuat mintak duit. Dan kuat menyakitkan hati saya. Sampai hati dan perasaan saya jadi beku.

Sehingga satu hari saya beritahu anak-anak saya, tak berbaloi mama tunggu daddy, dahlah susah bukan nak ringankan beban mama, malah nak jadi macam bos pulak. So mama hanya akan bersama daddy bila daddy ada duit. Kalau tak, sorry, angkat kaki.

Agaknya dah seratus sepuluh kali dok ulang cakap tu dengan anak2 maka, dengan kuasa Allah..yang masih mahu saya kekal bersama suami, suami pun dapat pekerjaan semula manakala perangainya totally berubah menjadi sangat romantik, loving mebing. lemah lembut...aduh duh duh....

Siap berjanji janji...jangan marah eh...siap dia cakap bagi dia tempoh dua bulan cari duit untuk belikan saya BMW 5 series. Insyallah mudah-mudah termakbul cita-cita murni suami saya itu...Aduh....mendalam sungguh sayang dia pada saya yang selama ini saja jer dia nak menduga saya lebih-lebih. Sabar jelah....

Walaupun selama ini saya pernah merasa sakit hati dengan suami saya tetapi saya amat mengagumi beliau dari kacamata orang lain. Dia seorang yang sangat pemurah, tidak berdendam, berhati lembut, berhati mulia dan sangat ramai kenalan. Bayangkan dengan hanya menamatkan sekolah menengah dia dapat menjawat jawatan yang tinggi-tinggi dalam organisasi. Diberi kepercayaan sepenuhnya oleh bangsa asing mengendalikan syarikat mereka. Pandai mengendalikan segala hal yang agak complicated.

Sampai sekarang perkara yang paling saya ingat adalah ada satu ketika saya pernah berjiran dengan orang Melaka yang bersuami orang Kelantan. Masa tu saya menyewa flat. Rumah saya bahagian korner. So kami berkongsi koridor dan berkongsi juga kawasan menyidai baju. Tetapi disebabkan dia duduk dahulu dan dah biasa monopoli kawasan itu tanpa gangguan maka dia tak boleh menerima bila saya yang baru berpindah ke situ pun hendak menggunakan kawasan menyidai baju tersebut.

Satu hari saya terdengar bunyi bang di pintu depan rumah saya.Bila saya jenguk ke luar saya lihat dia sedang mencampakkan sebungkus plastik sampah hingga terburai didepan pintu saya.
Kemudian tanpa berfikir panjang saya pun mengambil sampah dirumah saya lalu melemparkan ke arah dalam rumah mereka. Perkara itu tidak berhenti di situ. Tak lama selepas itu saya didatangi oleh pihak management bangunan itu yang cuba memihak kepada mereka kerana mereka berasal dari kelantan juga.

Kebetulan ketika kekecohan itu suami saya pulang ke rumah dan setelah tahu apa yang berlaku, suami masuk dan ambil penyapu dengan mop lalu masuk ke dalam rumah jiran saya dan menyapu serta mengelap lantai rumah mereka sambil mereka terdiam memerhatikan.

Sebenarnya walau saya tak bersetuju dengan tindakan suami saya itu namun jauh disudut hati saya, saya sangat mengkagumi sikap beliau yang tidak suka mencetuskan pergaduhan dengan orang lain.

Satu lagi peristiwa kereta beliau pernah dilanggar oleh kereta perempuan cina tua. Tetapi sesen pun beliau tidak meminta ganti rugi. Bila saya bertanya kenapa dia tak minta ganti rugi, katanya dia kesian kat perempuan cina tua tu manalah diaorang tu berduit. Lepas tu saya marahkan suami saya, dear u jangan underestimate orang. You tak tahu perempuan cina tu lagi banyak duit daripada you.

Itulah suami saya. Hampir 25 tahun berkahwin. Melalui pelbagai cabaran. Namun saya masih di sini bersabar dengan perasaan yang hampir mati dan dia masih di sini sebagai suami yang masih mencintai. Seorang daddy yang sangat dikagumi oleh Hanis.

Monday, April 19, 2010

Dalam Hati Ada Taman. Tetapi Tidak Cukup Dijagai.

Dalam hati ada taman. Tapi taman cuma sebentar indahnya. Kalau tak berbaja, tak bersiram maka rumput rampai tumbuh meliar. Bunga-bunga hilang serinya. Kering dan layu. Unggas tak sudi bersiul lagi.

Biar sibuk. Biar bersilat. Tapi taman harus dijagai. Tanpa hati yang tulus. Yang ikhlas menyayangi.Maka masa berlalu. Taman pun semakin lesu.Dan keindahanya semakin kaku.

Taman harus dicintai.Dibelai dan di cemburui. Kalau sekadar berkata sayang. Buktikanlah. Cinta dan sayang perlukan bukti.Perlu direliasasi. Jangan cuma pada janji. Jangan hanya waktu memulai.

































Sunday, April 18, 2010

Beg Saya Macam Sarang Tikus Mondok

Encik suami ni tak habis-habis membebel bila tengok hand bag saya macam sarang tikus. 'Ada aku kisah!'. Biarlah macam sarang tikus tapi kegunaan isi dalam handbag macam beg doremon tau.Kalau ada emergency...semua benda dalam beg karun tu amat berguna. Apa tidaknya segala resit zaman jepun pun masih terselit dicelah-celah timbunan wang ringgit yang berterabur dalam beg karun saya.

Sebenarnya saya kisah juga atas bebelan encik suami yang tak pernah mengenal putus asa tu. Dah 25 tahun dia membebel...so adalah satu dua nasihat yang termasuk jugak dalam otak saya ni.

Lagi pun saya kesian jugak kat beg karun saya yang macam dah tak sanggup menerima seksaan oleh tuan dia yang baik budi pekerti ni. Maka malam tadi saya dengan rasa tak berapa rela, saya buanglah apa-apa resit yang saya rasa dah tak relevan dengan kehidupan saya...walaupun hati rasa sedikit cuak..kot-kotlah menyesal terbuang resit-resit penting tapi saya pejamkan je mata, kuatkan semangat.

Tiba-tiba dalam dok mengemas bag karun tu, saya terjumpa sepucuk surat yang di kirimkan oleh anak dara kesayangan saya ni kepada saya melalui beg karun saya ni. Hisk.hisk.hisk...

Ini mesti kes saya sibuk dok berfacebuk, berblog, berym, bersms, berbaking, ber..ber...ber...ber sampai anak saya nak mencelah bercakap dengan saya pun, saya tak layan. Heh rasa teruk betul saya ni sekarang. Dahlah tu..bertahun tak tengok buku-buku sekolah dia orang. Sampai dia orang nak bercakap dengan saya pun kena pakai surat. Ya Allah ya tuhanku...kau ampunilah dosa-dosaku ini....

Surat kiriman ni semata-mata diletak didalam beg karun saya adalah list barang yang mahu dikirim bila saya ke China bersama Hanis dan Liana yang dijadualkan pada pertengahan bulan Mei insyallah. Pandai Alisya ketuk mama ya....ehmmm berbakat jugak anak mama ni....(bukan calang-calang orang tau ada bakat nih!)

Sampul surat yang masih digam rapi.....Ok yang tak berapa nak nampak tu, dia tulis, semuga panjang umur..we will miss you....important- nanti mama pegi kul 11.00pm tengok bulan tau sebab alisya pun tengah tengok....will cry for you the hold whole night.....semoga sihat slalu.




Ceh-ceh tudung yang tak tahan ni...sayang anak mama ni selalu berangan nak pakai tudung. Tapi yang pan drive tu kalau ditranslate jadi kuali memandu ke apa? Alisya sila baiki ejaan.




Ni nak kirim barang ke nak kirim resume...siap tajukk..siap umur tuh...