Nothing Special   »   [go: up one dir, main page]

Sunday, October 31, 2010

Sabar Je Lah

Andai kasturi hilang harum.....
Mawar tak berkuntum
cinta tak bersambung.......

Biar emas setinggi gunung.....
Kan ku peluk rimbun ampun
Rahmat yang Maha Agung.........

Malam baru merangkak. Tidurku tengah sedap-sedap enak. Tadi siang adalah hari yang melelahkan. Tinggi angan-angan. Besar pulak cita-cita. Semua mahu ku buat. Semua mahu kusiapkan dalam sehari. Masa tulah mahu menyiapkan tempahan. Mahu membeli barang. Mahu bayar bil. Masa tulah juga ada date dengan teman istimewaku jam 12.30 di Shang.


Makan buffet lunch di Shang pula sangat mengasyikkan. Asyik makan. Asyik bersembang. Sampai tak sedar keadaan sekeliling. Bercerita tentang menghargai hidup. Tentang menghargai cinta. Tentang menghargai kawan. Tentang menghargai jiran. Tentang menghargai makan. Sedar-sedar jam dah enam petang namun kaki amat berat untuk melangkah. Masa betul-betul mencemburui kami. Wah mengapakah hari ini aku begitu mensasterakan diri aku.



Setibanya dalam kereta, aku cepat-cepat mengambil telefon tangan ku. Walah ada berpuluh panggilan rindu dari suamiku.Kalau orang muda sebut miss kol.




Hilang betul akal ku. Dah cukup tebal ke telinga aku nak menepis segala bedilannya. Dah cukup kebal ke hatiku menelan kata-katanya yang melebihi tajamnya senjata. Bukan setakat sedas dua das. Pasti basah longlai tubuhku di hujani bedilan meriam kejengkelannya.




Tak mengapalah dan memang salah aku. Dosa aku. Tak sampai beberapa jam dah lupa suami. Harap-harap diampun.



Tiba-tiba suara Liana mengejutkan aku, Imran, Hafiiz dan Alisya.



Kami pun bangun dan bersiap-siap. Imran menanyakan bateri camera S90 canonku.



Mama dah caj bateri camera?



Dah...jawabku.



Tak palah Im caj.

Mama dah caj la.



Tak pa...takut tak cukup.



Jam menunjukkan pukul 5.00. Kami sudah selesai bersiap. Aku memastikan semua benda-benda penting dah kumasukkan dalam tas tanganku. Telefon, kamera dan passport aku, passport anak-anak ku.



Aku hanya sempat mencapai kasut tumit tinggi yang paling selesa yang sering ku pakai bila berjalan sakan di pusat membeli belah sekitar Kuala Lumpur. Dah berminggu aku merancang untuk membeli sepasang kasut snickers untuk ku pakai berjalan ke Singapura nanti. Namun disebabkan masa sungguh mencemburui aku maka aku langsung tak sempat beli walau disaat akhir.(Mengapa hari ini aku berjiwa sastera).



Perjalanan Ke LCCT memakan masa lebih kurang 35 minit. Ketika hampir sampai ke destinasi kami, tiba-tiba berderau rasa hati bila pantas ingatan ku kembali kepada bateri camera yang Imran ambil dari kameraku untuk dicaj sekali lagi.



Imran, Imran ambil tak bateri camera tadi?




Tak.



Jawaban yang sungguh tidak bertimbangrasa.




Kalau tak kerana aku ni seorang yang sangat penyabar...memang dah den cokek-cokek budak ni.



Maka hari baru bermula...tetapi mood ku sudah tiada.



Sepanjang pengembaraan kami ke Singapura... aku langsung tiada mood untuk bergambar menggunakan fon dek kerana CANON s90 baru kesayangan ku tiada berbateri. Aku cuba singgah kedai camera dan bertanyakan harga bateri kameraku. 75 hengget...memanglah aku tak hengen.

Itulah hari bermula dengan mood yang tidak baik.Maka hari hampir tamat baru mood datang balik.




Ada ikan ke tu......











para pengembara tegar......


Kami di Marina Bay......










Kami semua di arab street...kampung glam....



Makan sup tulang kaler merah menyala. Perut agak gerun arr.....nak terima kaler gila merah. Di Army Market, Beach Road.

Naik MRT adalah kegilaan Hafiiz sebab tu dia tiada di dalam gambar. Dia melenggok-lenggok ikut MRT melenggang.

Murtabak Kambing lapan hengget di restoran zam-zam....arab streeet.Ranggup dan habis licin kami baham.

Thursday, October 28, 2010

Maafkan Aku


Ya ampun...blenderku, dapurku, meja makanku, semalam pagi aku telah menderhaka padamu. Tiba-tiba tanpa sekonyong-konyong hatiku begitu kuat merindui paper tose di sri melur jaya di usj 17. Maka aku pun bersusah-susah menaiki kereta menempuh segala jenis jam untuk sampai ke subang jaya.Apa lagi pekenalah sarapan pagi paper tose cicah my peberet ever sambal kelapa dan teh o limau panas.... walhal....aku sendiri sangat terror membuat paper tose....tiba-tiba pulak rindu kat tose sri melur jaya. Oh ya...jangan risau...di entri akan datang akan ku tunjukkan cara-cara membuat tose...tunggu....







Dek rasa gila bersalah pada pisang montel ku yang kuning gebu ku beli dimydin dan juga perutku yang tidak mendapat apa-apa khasiat dari dapurku diwaktu pagi semalam maka agak tidak logik makan tengahari semalam aku sertakan dengan banana yogurt milk shake. Cara buat dia :- blend ais, yogurt, susu segar dan pisang montel serta sedikit gula dan esen vanila. Blend hancur dan yummy.

Makan tengahari semalam....ikan kerisi goreng, sambal belacan, tauhu masak sambal dan sup mushroom campur jagung muda di tabur bawang goreng...

Sarapan pagi ini penuh warna. Roti sandwich tuna berserat dengan salad ungu dan hijau.






Ok ada yang tanya...kak nani buat carrot jus campur susu ke? Jawapannya...blend carrot. ambil jusnya campurkan susu full cream dan sedikit gula. Tapi kadang-kadang just letak sedikit gula dan ais sahaja.



Kacang kuda rebus dimakan bersama salad dan sos salad.





Tengok Hafiiz...dahlah ponteng...nak suruh mandi amatlah liat....memang dasar lelaki sejati...towel tu sebagai sandiwara je....





Sambil lalu lalang dok mengugut nak mencubit...akhirnya mandi jugak....yang ni baju merah tu sebagai sandiwara sahaja sebab seluar tak pakai lagi. Arisa dah mandi.....biasalah....kan... bak kata pepatah....kera dihutan disusukan anak dirumah mati kelaparan. ada ke patut samakan anak orang dengan kera ish........memang tak patut pepatah tu...patut patahkan jer.


























Ikhlaskah Aku

Assalamulaikum....

Pagi yang redup.

Indah....

Bertambah indah...bila dengar azan subuh jer...terus berwuduk dan bersolat..

Selepas itu bertambah indah jika ke dapur penuh dengan semangat untuk menyediakan sarapan yang enak dan berkhasiat......


Saya minta maaf sekiranya segala komen yang ditinggal setiap post saya jarang jawab. Saya ni bukan apa. Ada satu perangai...kalau orang tanya sebaris saya nak jawab dengan segala penerangan makan beribu perengganlah mengalahkan buku sejarah tingkatan lima. Tulah perangai saya.

Samalah dengan emel. Satu ayat orang tanya...berkobar-kobar semangat gila nak menerangkan...itu baru dalam hati....belum lagi jari jemari yang halus gemalai ni mengetuk-getuk lembut kekunci notebook...kena lembut-lembut tau....kan baru beli...kena jaga barang...kalau kita tak jaga sapa nak jaga....heheh


Lepas tu nak cari masa bilalah aku nak jawab. Bila nak jawab pulak terklik blog yang mengomen tu. Dah start ler berjalan blog...merayap merata-rata...kesudahnya sampai lupa nak balik rumah. heh.


Ok lah di sini saya akan cuba menjawab persoalan tentang tajuk "DI MANA KAU SANG IKHLAS". Satu-satu ya....nanti saya ada masa saya akan post entry tentang tips buat besday party, pasal jual beli kek, pasal kecantikan apa-apa sajalah asal jangan cari pasal dah....

Ok bagi diri saya memang mudah kita mengaku kita ikhlas...tetapi kenyataan kita sendiri pun tahu walah susah nak cari keikhlasan dalam diri kan....contohnya....contoh...contoh.



Contoh pertama.

Kadang-kadang aku sendiri berasa aku tak ikhlas dalam mendiri solat...macam terpaksa jer...macam dipaksa....liat betul. Dah tahu dah ...waktu solat dah masuk...tapi dalam perjalanan ke bilik air...boleh pulak melencong ke dapur nak minum. Lepas tu nampak pulak cekodok penyek pagi tadi terbongkang dalam pinggan tepi dapur.. heee terliurnya...makan dululah...duduk depan tv sambil makan...eh eh citer bestlah....tengok kejap ah....sedar sedar...alamak...takpalah aku zohor cum asar sekali....zohor cum asar bayangkan.....lepas tu barulah aku nak bergegas....solat zohor....dah selesai dah....alamak ada 10 minit lagi nak asar...dah panjang berdoa...teringat nak kena call orang...tak palah nanti jer aku solat asar.....bayangkan tadi kata nak 'cum' last-last kena terkam dengan setan.....solat ku selalu jer berada di hujung waktu....tengok betapa syaiton berjaya membolak balikkan hatiku....celaka cilanat kau syaiton.... hanya kerana aku tak cukup ikhlasan menghambakan diri dan merindui Allah setiap masuk waktu solat. So kalau solat itu membawa kau ke syurga paling atas...maka naik tangga kambing jelah yang kau dapat huhuk................

Persoalannya.....ikhlas ke cinta kasih seorang aku itu terhadap Tuhannya?

Contoh kedua.

Scene satu

Aku menelefon seorang uztazah. Aku tanya, uztazah ada datang tak mengajar ngaji di Taman Orang Kaya-Kaya (walaupun yang duduk sini tak semua kaya). Adaaa.... jawab ustazah. Boleh tak ajar anak saya mengaji dan berapa nak kena bayar kat uztazah. Rm350 jawabnya. Mak oi....tak boleh kurang ke uztazah kepada rm150. Minta maaf tak dapat.

Scene dua

Ketika aku kecil...mengaji di rumah seorang janda berdekatan dengan rumahku di kampung. Bila cukup sebulan, aku bertanya...cik....brape ya duit ngaji? Jawab seorang janda itu dengan penuh rasa malu....ya Allah brape-brapela seikhlasnya kalau ada. Kalau tak da pun tak apa.

Persoalannya : Yang manakah lebih ikhlas dalam mengajarkan ilmu akhirat belum lagi ilmu dunia.


Sebenarnya banyak lagi contoh dalam kehidupan kita yang kita sangat sukar untuk mencari keikhlasan itu. Carilah sedaya upaya sehingga kita menemuinya dan sentiasa meletakkannya sebati dalam diri.

Tuesday, October 26, 2010

Kesayangan


Ada satu ketika aku memikirkan gembiranya hati bila mata memandang tangan ku yang runcing dihias gelang emas kuning bersepuh emas putih. Biar tak banyak seurat pun jadilah.

Leher teruntai rantai emas berloket permata. Walau bukan berlian intan pun jadilah. Tampak mewah jari manis bersarung cincin emas bertatah berlian.

Perempuan mana tak cair hati mengidamkannya.

Zaman berubah. Itu bukan lagi jadi impianku. Itu bukan lagi jadi keutamaan ku bukan kerana aku tak mampu membeli atau memilikinya.

Cewah lagak gila cakap macam tu. Sebenaqnya aku ada benda-benda tu....yang aku pi jual semua buat apa....sekarang emas dah naik menjulang oi....kalau aku sabaq sket....tunggu la ni baru nak jual....berganda-ganda untung......

Ala dalam hidup ni tak semua benda kita untung...sekali-sekala kena terima hakikat yang ada benda kita rugi.

Sebenarnya dulu....aku jual semua barang kemas tu bukanlah kerana aku dah kering sampai sampai sanggup jual hasil titik peluh aku bertahun tu...bukan...

Oklah kalau dah sengkek sekalipun bukanlah kerana itu aku menjualnya...tetapi kerana bila aku pakai emas-emas tu aku rasa aku nampak tua sangat....bila pakai je nampak tua...bila pakai je nampak tua...so lama-lama malas nak pakai..

Masa tu sungguh rasa beban simpan barang kemas. Bila berjalan, nak tinggal di rumah takut rumah kena pecah masuk...nak selalu bawa dalam handbag dalam takut handbag kena ragut....

Bila aku nak bagi seorang sikit kat anak-anak dara aku depa buat geli-geli tak nak terima. Heee tak nak pakailah macam orang tua....

Tengok tu....masing-masing pun tak tahu nilai emas kan....kalaulah depa tahu yang depa boleh jual emas tu dengan harga berlipat kali ganda pasti depa tak menolak...tapi tak kan nak jual barang pemberian emak depa...

La awat aku membebel panjang berjela ni.....

Aku cuma nak habaq la ni harta idaman aku adalah sebijik kamera DLSR dan sebijik notebook.Tapi dek terkena hasutan Hanis yang beria-ia mendesak aku untuk melupakan DSLR dan menyuruh aku membeli kamera canon S90 (senang...DSLR tu leceh katanya) ...maka impian masih lagi impian....tapi kamera semipro canon S90 tu not bad jugak kan.....

Notebook dapat juga kubeli dengan tekadnya. Kalau tunggu-tunggu kang ke lain pulak halanya duit tu.....

Memang senang banyakla....ada notebook sendiri nih...tak perlulah setiap kali nak menghapdate....kena mengendeng notebook anak-anak....tu yang semangat menghapdate turun naik...panas sejuk....hish.

Ada canon S90.

Ada notebook.
Memang heavenla.




Kesayangan

Di Manakah Kau Sang Ikhlas

Ikhlaskah doa seorang sahabat agar sahabatnya hidup senang atau lebih senang darinya......
Ikhlaskah pujian seorang pekerja terhadap majikannya.....
Ikhlaskah seorang kuli bertungkus lumus memerah keringat bagi setimpal dengan upahnya....
Ikhlaskah seorang guru menurunkankan ilmu kepada anak muridnya tanpa dibayar.....
Ikhlaskah cinta seorang lelaki terhadap wanita tanpa mengharap apa-apa.....
Ikhlaskah nafkah dari seorang isteri kepada suami tanpa mengungkit apa-apa.....
Ikhlaskah cinta seorang hamba kepada Tuhannya......
Ikhlas...
Ikhlas....
Ikhlasss...
Dimana kau ikhlas....
Sukarnya aku mencarimu...
Walau dalam diriku....
Itupun yang paling akhir aku temui....

Allah Maha Pemalu. Dia Akan Rasa Malu Untuk Tidak Mengabulkan Doa Hamba-HambaNya.

Assalamualaikum......


Saya ingin menyentuh serba sedikit pengetahuan saya tentang entry Hanis yang memperkatakan supaya menyebut Allah Maha Pemurah Lagi Maha Pemalu dalam doa kita.

Bagi saya menyebut 'Allah Maha Pemurah lagi Maha Pemalu' adalah sebahagian daripada adab kita dalam berdoa. Kita boleh sebut apa sahaja sifat-sifat Allah swt disertai dengan perkataan Maha dan relevant dengan apa yang kita pinta.

Kalau kita berdoa mengatakan " Ya Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pemalu" bukan bermakna kita berkata 'Allah patut malu sebab tak beri apa yang kita nak' tetapi berdoa dengan mengatakan 'Allah Maha Pemurah Lagi Maha Pemalu itu semata-mata nak memotivasikan diri kita supaya tahu dan menaruh harapan yang tinggi bahawa Allah akan sentiasa memakbulkan doa-doa kita.

Dan bila kita sentiasa ingat bahawa Allah itu Maha Pemalu dan malu sekiranya tidak mengabulkan doa kita maka kita hanya akan berharap pada tiada Lain Melainkan Allah. Bila kita sentiasa ingat bahawa Allah Maha Pemalu dan malu jika tidak mengabulkan doa hamba-hambaNya maka kita tidak akan berputus asa dari rahmat Allah swt melainkan sentiasa berdoa
dan yakin Allah memakbulkan doa kita. Insyallah.

Jangan sekali kali di antara kita mudah berputus asa atas rahmat Allah. Jangan sekali-kali rasa malu untuk berdoa. Rasa malu untuk meminta dari Allah. Kerana Allah Yang Maha Pemalu dan akan berasa malu untuk tidak memakbulkan doa hambaNya. Allah sentiasa mengharap doa dari hambanya. Allah menyukai hambanya yang sentiasa berdoa. Kerana Allah itu Maha Berkuasa dan akan memakbulkan setiap doa dari hambaNya samada cepat ataupun lambat. Insyallah.

Selalu kita ingat kita jahat, Allah tak akan makbulkan doa kita. Jangan sekali-kali fikir begitu. Itu dah berputus asa namanya. Sedangkan sifat Allah itu Maha Pemurah dan Maha Pemalu dan akan sentiasa memakbulkan doa kita selagi kita tidak jemu-jemu meminta.

Allah Maha Mengetahui bahawa kita ini adalah hambaNya yang lemah. Jadi kalau kita ingat Allah hanya mengabulkan doa hambaNya yang taat sahaja sedangkan hambanya yang tak taat tak dimakbulkan maka orang yang tidak taat akan terus tidak taat kerana bagi mereka buat apa aku berdoa sedang Allah tak makbulkan doa aku. Bila tercetus dalam hati mereka begitu maka mereka sudah berputus asa dari rahmat Allah.

Sentiasalah berdoa walau dalam keadaan apa sekalipun. Mungkin dalam keadaan kita tidak seratus peratus taat, tetapi kita sentiasa bersangka baik terhadap Allah dengan mengharap Allah akan sentiasa memakbulkan doa kita. Insyallah pasti Allah akan beri petunjuk dan hidayah untuk kita. Pasti ada hikmah dari Allah untuk kita.

Bersangka baiklah dengan Allah dan jangan berputus asa dari rahmat Allah. Walau kita bukan orang yang baik, tetapi kalau tidak jemu berdoa, insyallah berkat doa dan rahmat dari Allah satu hari pasti Allah menetapkan hati dan keimanan kita dan akan menjadi hambaNya yang solleh.

Insyallah kerana Allah sentiasa tahu bahawa kita adalah hambaNya yang lemah serta tidak sunyi dari melakukan kesilapan dan dosa.Insyallah Allah akan memakbulkan segala doa asalkan kita tidak berputus asa.

Allahualam.

Monday, October 25, 2010

Makan Masakan Air Tangan Ibu

Assalamualaikum.....


Waduh...tak habis habis citer pasal makan kan. Jangan tak tahu...penting mak-mak macam kita ni asah skil memasak. Kalau dah hari-hari masak, chef wan pun kalah. Apa tak nya...saya rasa chef wan tu pun masak bukan setiap masa macam kita mak-mak ni kan.....agaknya chef wan baru habis shooting satu dua masakan..anak-anak kita dah empat lima round minta makan.

Lagi satu...kalau nak anak-anak tu bijak berilmu, baik, mendengar kata...ha air tangan ibu tu penting tau....biar anak-anak makan hasil air tangan masakan ibu...BERKAT.

Kalau rasa-rasa gaji suami tu dah menggunung tak payahlah mak-mak macam kita ni kerja kat opis kan....banyak beza anak yang ibu bekeja di opis dengan ibu sebagai suri rumah.....mengikut teori saya...teori lagi....jangan marah ya...saya ni suka observe ..bagi saya mudah mendidik anak sekiranya anak-anak mendengar kata kerana mereka merasa sentiasa dihargai bila kita menyediakan makanan untuk mereka setiap hari.

Selain itu banyak bersembang sambil makan, sambil masak, sambil mengemas, sambil menonton, sambil memandu....menjadikan kita akrab anak beranak.....


Bila saya bercerita dengan seorang kawan yang saya tak pernah langsung melihat kerja sekolah anak-anak saya mahupun buku-buku sekolah dia orang kerana terlalu sibuk dengan hal-hal perniagaan kek saya dan hal hal rumahtangga yang 'never ending story ni' dia hairan macam manalah anak-anak yang mempunyai emak yang tak kisah macam saya ni boleh maju dalam pelajaran.

Bagi saya mendidik anak-anak ni macam kita buat rumah. Kalau tiang dia kukuh maka kita tak perlu risau tentang structure yang lain. Maksudnya, kalau kita dah terapkan pada anak-anak bahawa betapa penting memberi perhatian terhadap apa yang cikgu ajar dan menuntut ilmu bukan hanya untuk pass periksa tetapi menambah pengetahuan di dada maka dengan sendirinya anak-anak saya sentiasa ada kesedaran untuk berjaya kerana mereka ada keikhlasan dalam menuntut ilmu.

Apa yang lebih penting sebagai seorang ibu saya selalu berada di sisi mereka melalui masakan saya dan aktiviti yang lainnya.

Saya hanya bertanyakan pada mereka...disekolah cikgu ajar apa...cakap apa....bagi tau apa....

Anak-anak saya berebut-rebut nak bercerita apa yang cikgu ajarkan di sekolah tadi. Secara tak langsung satu keluarga mendapat ilmu pengetahuan itu. Misalnya....Imran akan excited bercerita tentang apa yang cikgu beritahu dia pasal OTAK.....so kami semua pun mendengar dan sangat suka dengan maklumat baru yang tak pernah kami ketahui sebelum ini dan ingin mengambil manafaat daripadanya.

Begitu juga bila Hafiiz melihat saya bercerita tentang dengan masalah tertentu...maka dia akan menyuruh saya membaca doa dipermudahkan urusan yang diajar oleh gurunya di sekolah.

Sama halnya dengan anak-anak yang lain...mereka suka bercerita tentang apa sahaja benda-benda baru yang dipelajari di sekolah samada dari guru atau kawan-kawan.

Jadi saya tak perlu menjerit-jerit atau marah-marah nak ingatkan anak-anak buat kerja sekolah. Mereka ada kesedaran sendiri mahu pandai dan berjaya semata-mata untuk ibu bapa dan adik beradik yang lain berkongsi kejayaan mereka. Oleh itu mereka akan menumpukan sepenuh perhatian bila guru guru mengajar di sekolah dan menyiapkan kerja sekolah tanpa perlu disuruh.

Ok itu semua hanya pemerhatian saya dan mengikut apa yang saya lalui dalam mendidik anak-anak.

Petang hari ni saya nak berkongsi resepi lunch saya tengahari tadi.



Ikan Siakap Tiga Rasa, Tomyam Seafood, Ikan Masin Jeruk, Telur Dadar. Minuman - air lemon soda.(Resepi : Perahan lemon, gula, ais krim soda dan ais ketul).


Siakap Tiga Rasa : - Lumur ikan siakap dengan sos sotong/sos ikan.(Garam tak perlu). Goreng dengan minyak banyak sehingga garing. Ketepikan. Tumis bawang putih, bawang merah, hirisan serai, cili padi dalam sedikit minyak. Masukkan sos tiram, sos cili mae pranom, sos cili life dan sedikit air tepung jangung. Last sekali masukkan, tomato, timun, epal hijau yang dicincang halus. Biar mendidih sebentar. Tuang ke atas ikan goreng tadi dan hias dengan daun ketumbar dan bawang goreng.Hidang.

Tomyam Seafood :- Didihkan air dalam kuali. Masuk sedikit lengkuas dan serai (diketuk) susu cair, air perahan limau nipis, thai cili paste brand mae pranom, sos tiram, serbuk ayam knorr, sos ikan dan gula. Masukkan tomato potong wedges, cendawan tiram, udang, sotong, hirisan bawang holland dan beberapa biji cili api. Semua sukatan bahan-bahan mengikut kesukaan. Setelah mendidih sebentar angkat dan hias dengan daun ketumbar dan daun limau purut.
Nota : Kalau nak lebih umppphhh udang haruslah Udang Harimau atau Udang Galah....yummy-yummmy.


Telur Dadar : Panaskan minyak agak banyak dari biasanya kita menggoreng telur. Pukul 3 biji telur dengan sedikit sos ikan/sos sotong (garam tak perlu) dan sedikit perasa. Selepas tu masukkan telur ke dalam minyak yang sangat panas sehingga telur mengembang. kecilkan api dan tunggu hingga masak dan balikkan. Angkat dan hidang.


Ikan Masin Jeruk : - Hiris ikan masin nipis-nipis. Goreng hingga garing. Hidang bersama limau nipis, hirisan cili padi, bawang merah dan tomato.Hidang.




Kak nani- Red Velvet Cake


Salam. Alahai..jenuh cari buku resepi tadi...hilang sekejap....yalah...banyak tangan yang nak megangnya. Ok dah jumpa dah....

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasih....mula-mula buat topping dulu ya...lepas tu boleh sejukkan dalam peti sejuk sementara menunggu kek disiap kan....

TOPPING


LANGKAH PERTAMA



-250gm cream cheese
-250gm mascarpone

Pukul kedua-duanya sampai kembang. Lepas tu masukkan


- 1 cawan gula icing (brand king) yang telah diayak.....
dan 1 sudu teh esen vanila.

Pukul lagi sampai sebati. Lepas tu masukkan

-300 ml non dairy whipping cream sedikit demi sedikit sama sebati.


Ok dah siap pun topping. Simpan ddalam peti sejuk dan boleh teruskan membuat kek dia pulak..........


LANGKAH KEDUA

240ml susu cair
dicampur dengan 2 sudu teh cuka
(perap selama 10 minit dan campurkan 2 teh pewarna merah)
ketepikan dulu.....


Ayak bahan-bahan ini :-

250 tepung gandum
1 sudu teh baking powder
1/2 sudu teh garam halus
2 sudu makan cocoa powder

Dah ayak ketepikan dulu juga.....



LANGKAH KETIGA

Bancuhkan dua sudu teh cuka dengan 1 sudu teh soda bikarbonat.
Ketepikan dulu.



LANGKAH TERAKHIR


Pukul sampai kembang:-

150gm butter (saya gunakan butter lurpak)
100gm gula castor
200gm gula perang (brown sugar)
1 sudu teh esen vanila.

Lepas tu masukkan 2 biji telur satu demi satu. Pukul lagi sampai kembang.
Masukkan pula tepung yang dah ayak tadi berselang seli dengan bancuhan susu cair dan pewarna. Last sekali masukkan bancuhan cuka dan soda bikarbonat.

Bakar dalam oven yang dah dipanaskan selama 10 minit. Dengan suhu 160 darjah celcius selama lebih kurang 20 minit.

Angkat, sejukkan dan hias.

Sunday, October 24, 2010

Kek Red Velvet

Assalamualaikum. Pagi isnin yang tenang. Anak-anak semua dah balik ke asrama masing-masing. Liana dah pergi ke tempat kerja dengan berbekalkan nasi goreng kampungku. Alisya awal pagi dah bangun mengejutkan ku solat subuh. Alisya macam Hanis masa kecil. Aku tak perlu berharap pada jam loceng atau ufuk subuh yang hampir menyilaukan mata baru nak tergeliat sana tergeliat sini lalu melompat ke bilik air mengambil wuduk bila menyedari hari hampir siang.

Bila dah tak ramai yang di rumah, aku menyediakan sarapan pagi yang paling mudah. Keropok ikan dan nasi goreng kampung dan roti cheese yang ku buat petang semalam. Jus oren dan lobak merah yang hampir setiap pagi adalah minuman kami sekeluarga.

Ha...nampak kan sepotong kek untuk sarapan pagi ku hari ni. Itulah kek red velvet yang ku gembar gemburkan tempohari. Dalam bahasa melayunya kek baldu merah. Bukan main lagi kan....kek zaman sekarang ni nama kek pun sama macam nama kain.

Petang semalam aku buat homemade bun dan kek baldu merah dengan hiasan atas krim keju. Fuh memang menjilat jari...penuh rasa. ..

Roti keju, Kek Baldu Merah dengan Topping Cream Cheese, Nasi Goreng Kampung, Keropok Ikan dan Jus Buah.



Kek dah masak. Kalau suka boleh potong dua ya......





Sapukan cream cheese di lapisan tengah.






Lepas tu sapu lapisan cream cheese pada lapisan atas.


Ini adalah cream mascarpone yang digunakan sebagai campuran untuk topping.




Dah siap coating dengan cream cheese yang super duper yummmy.....



Hiaslah dengan apa sahaja yang mengiurkan.....di rumah cuma ada stok bling-bling star...


Yummy....



grrrr.......



Tips Menjaga Otak

Menurut perubatan Islam, makan waktu pagi sangat penting untuk otak. Dengan ertikata lain tidak bersarapan pagi akan merosakkan otak huhu.....ok dari itu marilah kita sama-masa mementing sarapan pagi dari benda benda lain heheh. Ok nak bercerita pasal otak ....banyak perkara yang kita perlu tahu.....

Selain daripada pentingnya sarapan pagi untuk otak...

Otak juga.....


- tidak suka nak tengok najis ....sebab itu adalah benda-benda yang kita dah keluarkan dari badan..kira benda-benda yang tak berguna lagi untuk badan yang boleh menyebab otak memikirkan benda-benda yang tak berguna.

-tidak suka tengok tulisan atas batu nisan....menyebab otak akan memikirkan benda-benda yang tak perlu.

-tidak suka tengok buih...sebab sifatnya yang sementara yang akan menyebabkan segala memori dalam otak akan bersifat sementara juga.

-tidak suka bila kita makan makanan busuk seperti bawang dan petai.

-tidak suka bila kita makan organ dalam binatang kerana organ dalaman binatang mengandungi benda-benda terbuang, toksin dan sisa-sisa darah yang kotor.

- tidak suka kita makan benda-benda masam.

Untuk menjaga otak supaya cerdas dan sihat serta kuat maka harus kita hindarkan segala perkara yang tidak disukai oleh otak......

Banyak juga perkara yang disukai oleh otak harus kita amalkan iaitu.......


- Otak suka melihat atau memandang benda-benda cantik...

- Otak perlukan cukup rehat seperti :-

tidur selama 8 jam.

tidur tanpa bantal atau bantal nipis (iaitu kepala sama paras dengan kaki) kerana untuk cukup rehat otak tidak boleh berada paras yang lebih tinggi dari kaki. Kalau lebih tinggi dari paras kaki otak masih dalam keadaan bekerja.

perlu tidur nyenyak ketika pukul 2 pagi kerana otak memperbaharui sel-selnya waktu itu.

otak suka dia berada dalam keadaan kita sujud kerana ketika sujud dia berada diparas paling bawah. Ini memang paras dimana dia berehat secukupnya.

otak suka bila kita sentiasa berfikir kerana dengan berfikir sel-sel dalam otak akan berhubung antara satu sama lain.Sekiranya dalam satu hari kita malas berfikir atau kurang berfikir 30 ribu sel otak akan mati.




Pagi tadi sarapan, nasi goreng, cucur udang, ayam goreng, salad dan tomato serta minum jus oren campur carrot.....


Walah....sekejap ada sekejap dah losap......

Tang bawang dan potai tu tak dapek den nolong.....saya paling suka makan bawang goreng. Jadi saya akan hiris bawang kemudian tabur dengan tepung gandum, garam ajinomoto dan goreng.



Goreng dengan api perlahan hingga kekuningan.



Angkat dan toskan. Biar seketika supaya rangup baru simpan dalam bekas kedap udara.




Boleh makan dengan apa sahaja...memang sedap....




Friday, October 22, 2010

Jumaat Yang Meriah

Assalamualaikum...jumaat adalah hari yang paling menyeronokkan buat saya. Selalu sangat excited bila tiba hari Jumaat. Excited sebab anak-anak balik hari ni. Imran balik hari ni. Khairi balik hari ni. Liana pun last day...sabtu cuti.....So weekend ni riuh sket rumah. Macam-macam nak buat. Nak bawak anak keluar. Nak penuhi tempahan kek....Nak dating dengan kesayangan yang datang dari jauh.....dari France....jangan marah....nanti saya update.....tentang date saya ya....





Ok lunch saya masak.....ikan keli goreng berlado...sapa-sapa yang tak makan ikan keli tu....kurang satu nikmat dunia dirasai..hehe.., sotong putih lomak cili padi, kentang goreng sambal, brokoli goreng oyster..
Hari ni adalah hari kegilaan ku beli buah.......bahagia nampak buah banyak atas para......


Sotong masak lomak cili padi.Resepi : blend cili padi, bawang merah, kunyit hidup, udang kering. Tumis kering sampai naik bau (tanpa minyak), masuk santan dan serai ketuk. Masuk asam keping last sekali masuk sotong dan tomato. Jangan lupa garam...yang ni tak yah letak pak aji...dah lomak.





Ikan keli goreng berlado. Lumur ikan dengan kunyit dan garam. Goreng sampai garing giler,cun melecun...rangup dowh. Ketepikan. Rebus cili padi dan cili merah dengan sedikit air. Kemudian tumbuk cili tuh. Tumbuk bawang merah asing. Tumis kan bawang tumbuk dan kemudian masuk cili tumbuk tadi. campur cuka, ajinomoto dan garam. tabur atas ikan koli yang garing tadi.....






brokoli goreng oyster. Resepi dia :- celur brokoli setengah minit. campur secubit soda. Angkat. basuh dengan air sejuk supaya rangup. ketepikan. tumis bawang putih dan bawang merah cincang dan udang hidup dua ekor sampai naik bau.Masuk sos tiram. Masuk bancuhan air tepung jagung. Dah mendidih masuk brokoli. Tutup api. angkat. tak perlu letak garam dan perasa sebab sos tiram dah penuh rasa.








kentang goreng sambal. resepi :- hiris kentang nipis-nipis. goreng garing. ketepikan. goreng ikan bilis sampai rangup. ketetpikan. tumiskan bawang hiris masuk cili kisar. masuk gula, masuk air asam jawa, masuk ajinomoto garam. last sekali masuk kentang dan ikan bilis. gaul dan angkat.






Thursday, October 21, 2010

Resepi Ikan Bakar The Boom

Assalamualaikum....


Cuaca hari ni redup..mendung..kelam. Mood pun tak berapa nak ceria. Inilah akibatnya kalau hari di mulai tanpa sebarang program. Selalu ada jer plan nak gi sana gi sini. Bila dok memerap kat rumah, inilah jadinya....macam lembik jer kurang semangat.

Naseb baekla....ada laptop nak den godam...kalau tak...dah lama angkat kaki gi ronda2 kat ikea cari cawan..cari gelas yang setengah dozen rm4.90 tuh. Tengok kat dapur tadi macam dah banyak berkurang....depa nih buat muka selamba jer kalau teraccident gelas ke cawan ke...tup-tup ada je dalam tong sampah tu serpihan kaca-kaca yang menyilau mata dan menyilau hati....mentang-mentanglah gelas ikea...tau pulak hati mama dia tak terluka pun......

Dalam pada tu dok ingat-ingat apa aku nak beli....rasa-rasa macam tak da apa yang nak dibeli....makeup sume ada lagi...baju dah bersusun dalam almari..tapi dok pakai baju yang sama juga...tudung pun macam tu....

Oh ya ada satu benda nak beli...memang kena beli...jam tangan. Tapi dek budget tak terjangkau impian di hati maka postponelah dulu...


Tiba-tiba rasa teringin nak makan kat luar...tapi bila fikir-fikir dah masak lauk ikan bakar yang yummy-yummy untuk lunch tadi , rasa sayang kalau tak 'mentong-mentong' sebelah petang. Tau tak 'mentong' tu apa? 'Mentong' tu bahasa jawa. Makna dia dalam bahasa melayu, ulang makan setelah makan tengahari.


Ingat nak buat kek velvet...teringin nak rasa buat sendiri...tak pernah buat pun...hari tu pernah makan kat besday party anak kawan...sedap....tapi bila ingat order stroberi moist choc kek yang bersusun....postponelah....yang tu kena utamakan...kang bersilat sorang-sorang jugak nak menyiapkannya.

Boring bukan sebab dah tak da kerja....tetapi dah biasa keluar masuk keluar masuk sambil buat kek dan bagai maka bila tak keluar rumah, sampai dua tiga entrilah hari ini.

HAFIIZ BUDAK RAJINz dah happy dah dengan mangoesteen cup cake dia tuh. Pagi-pagi lagi dah kena gegar dengan si budak Hanis






Malam tadi sibudak Hafiiz ni bersungguh nak buat cup cake ni...memang sedap sebab resepi saya guna planta majerin instead of butter....

Mata masih sepet lagi dah kena kerah dengan sibudak Hanis suruh siapkan icing......

huh...nak kena cepat siapkan..kakak hanis dah nak balik segamat...kang tak merasa pulak dia...


Tada.....dah siap.....tapi yang batch ni tak dibenarkannya makan...sebab dia nak tunggu Abang Khairi dan Abang Im dia balik esok......terliur den nengok...sabar jer la.....



Oklah saya nak bagi serba sedikit resepi ikan bakar saya tengahri tadi....lumur ikan pari dengan cili, bawang merah, bawang putih, buah keras, udang kering yang dah kisar. lumur dengan asam jawa dan tabur rempah kari, garam, gula dan perasa. tabur sedikit tepung jagung dan goreng di atas kuali leper dengan sedikit minyak agar tidak melekat.Bakar hingga masak dan perah asam limau serta makan dengan sambal belacan atau cili kicap. yummy....