Nothing Special   »   [go: up one dir, main page]

Thursday, October 27, 2011

Mula-Mula Pelik Jugak......

Ko pelik tak bila tgk hp ko ada gambar yg bukan ko yg snap, dan ko yakin yg takde sape pun yg guna phone itu melainkan ko sorang sajer..

Few weeks back, inilah yg bermain2 di fikiran aku bila tgk gambar2 ini...




Memang aku musykil.. bila masa pulak lah yg aku amik gambar2 di atas ini. Motif amik gambar senget benget begini? Ah mungkin aku tak perasan atau tak sengaja terambik kot.

Tapi persoalan telah terjawab. Bila mana sedang duk melepak-lepak atas katil dengan anakanda tercinta, si Marissa sibuk mintak hp aku. Tup tup tgk flash memancar-mancar... Biar benar??? Maka inilah hasilnya....

  first attempt

 second attempt - see the mulut 

finally....dapatlah jugak capture muka sendiri

Apakah??????? aku rasa umur setahun 5 bulan adalah terlalu awal tuk Marissa ni tuk meng-vain-kan diri. Aku tak percaya cinta.. aku tak percaya cinta... hey hey hey...

Korang Sarapan Apa Pagi Ni? Jemput Makan Cekodok Pisang Meh...

Pukul 5 pagi aku dah bangkit dah.  Ada misi pagi ini. Semangat berkorbar2 nak wat breakfast. Ala nak wat cekodok pisang je pun. Pisang adalah pemberian akak aku. Sbbkan pisang dah semakin masak dan kalau dibiarkan lama2 ia akan menjadi lembik dan rosak, maka lebih elok lah ia dijadikan cekodok.

First time ok wat sendiri cekodok pisang. Takat cucur bawang or ikan bilis tu biasa lah sgt. Maka belasah jelah bubur tepung, gula dan garam. Tapi sebelum tuh, kene lenyek2 lah dulu pisang tuk kasi hancur.

Hati tertanya-tanya, perlu ke letak telur atau tidak? Kalau letak telur cam pelik pulak, kalau tak letak kang, takut keras pulak. Hah belasah jelah.. tak yah letak.

Mula masuk2 kuali, dia macam melekat2, nak balikkan pun payah, menyesal pulak tak pakai non-stick punya kuali, konpom tak jadi cekodok aku nie. Pastu kuar kuali jer batch yg pertama tuh, terus aku rasa, tak nyabar.. panas2 masuk mulut..

"awat keras jer cekodok aku nie... camne marissa nak makan nie????"

Ah pasrah jelah, dah alang2 bangkit pagi nie, teruskan jelah memasak. Jadi tak jadi belakang kira. Maka aku pun teruskan menggoreng batch ke dua.

Aku amiklah sikit letak dalam bekas tuk dibawa ke pejabat. Eh eh sedap pulak rasa dia, tak keras pun.. elok je pulak lembut. Agaknya bila dah sejuk dia jadi lembut kan. Nyesal pulak bawak sikit jer. Sbb kan sikit, langsung aku makan sorang jer tanpa pelawa org kiri kanan. Sori U olsss...

cekodok pisang yg ditapau

Maka ini sahaja bfast saya buat pagi ini. Cekodok pisang yg lembut dan manis. Tak sampai 5 minit licin dingap oleh aku.

Wednesday, October 26, 2011

Kita Pilih Yang Mana?


Saat sedang nyenyak dibuai mimpi di atas tilam yang begitu empuk, bilik yang dingin dan kelam tanpa cahaya, kita terbangun tiba-tiba.

Setelah mata terbuka, persekitaran diamati. Belum subuh lagi ni, hati bermonolog sendirian. Kemudian tangan mencapai telefon bimbit melihat jam sekadar mendapatkan satu kepastian " Oh, baru pukul 3 pagi".

Dalam situasi di atas, apa yang akan kita lakukan?

Di sini, kita mempunyai beberapa pilihan.
Tanya iman kita dan buat lah pilihan bijak.

PILIHAN 1
Kebanyakan kita akan menarik selimut semula, dan menyambung episod kedua mimpi yang tergantung separuh jalan.
Bukan itu saja, hati turut mengomel,
"Apasal la aku bangun awal sangat."
Terzahir sebuah kekesalan. Kesal bangun awal? Nauzubillah.

PILIHAN 2
"Oh, baru pukul 3 pagi. Waktu macam ni doa makbul.
Ya Allah, ampunkanlah dosaku dan dosa kedua ibu bapaku. Jadikan aku hamba yang mempunyai semangat juang yang tinggi, berjuang untuk kebahagiaan dunia dan akhirat.."
Kemudian sambung kembali 'ibadah senyap'.

PILIHAN 3
Sebaik menyedari dah pukul 3 pagi (bukan baru pukul 3), segera bangun untuk solat tahajud.
Sembahlah Allah saat mata-mata lain terpejam rapat, rukuklah saat hati kita masih tenang, sujudlah saat minda masih kosong dari sebarang urusan dunia dan berdoalah saat doa didengari Allah SWT...

Terjaga dia awal pagi, adalah satu rahmat yang merupakan kurniaan Allah SWT. Siapa tahu saat Allah takdirkan kita terjaga, sebenarnya Allah menunggu untuk memakbulkan sebarang permintaan malam tersebut. Mulalah dari langkah pertama, berdoa sebaik terjaga. malah mintalah dari Allah untuk bangkitkan kita malam-malam seterusnya.

Itulah caranya mengucapkan terima kasih kerana terjaga saat sedang tidur., bukan mengomel kekesalan.
Tetapi, alangkah baiknya andai Tahajud dapat ditunaikan....

- Solusi 12

by: Ustaz Zahazan Mohamed

*copy paste entry

Tuesday, October 25, 2011

Kalau Suami Dah Rajin, Si Isteri Kena Lah Sama2 Rajin Jugak

Apa yg penting kerjasama.. inilah lagu yg aku selalu dendangkan kat Marissa bila mana payah sgt nak pakaikan pampers dia. Sekarang ni nak pakai pampers tak leh duk diam. Tak boleh dibaringkan, kita baringkan dia duduk, kita baringkan dia duduk. Kalau hilang sabar memang kena tolak jugak budak ini. Kurang2 bila kita nyanyi ngan dia, dia pun bagi lah jugak kerjasama.

Ok back to the tajuk. Mungkin semangat baru pindah maka semangat kerajinan aku tuk memasak adalah menebal. Walaupun hari bekerja, balik kerja aku tetap masak jugak. Ewah bunyi cam hari2 jer masaknya. Sila jangan terpedaya.

sila fokus kepada sayur yg sudah layu itu

Sebab apa layu? Sbb terdampar lama sgt kat dalam peti ais tuh. Ini kah yg dikatakan rajin itu? Hehe. Maka utk mengelakkan sayur daripada terus layu dan rosak maka takkan tak reti2 lagi nak masak, kang dah rosak membazir pulak. 

Aku kalau masak memang berterabur dapur. Aku belum teror lagi nak bermulti tasking, sambil masak, sambil cuci pinggan atau wat benda2 lain, aku akan lambakkan jer sumer kat sinki. Tapi kalau time menggoreng tu, sementara tunggu ikan masak, boleh lah takat nak kupas dan hiris2 bawang.

Bawal seekor je dah cukup tuk kami berdua eh.. bertiga

Kalau ikan bawal tak lain tak bukan menu ni jelah yg aku fikirkan. Sbb pernah makan kat kedai dulu, bila makan rasa cam sedap sgt, terus berazam pasni aku pun nak masak cam ni jugak.

cer teka nak wat bawal masak apa?

Yea korang pandai.. nak masak bawal sweet sour... kalau ikan lain aku tak gemar sgt, tapi kalau ikan bawal buat sweet sour memang sedap...

Nak tgk hasilnya? Hasil yg tak seberapa. Rupa nan ado.. tapi rasa ado.... itu yg penting kan...

Bawal sweet sour

Rasa adalah sama macam yg aku makan kat kedai hari tuh. Aku kan kalau nak masak kan, apa2 jelah, aku mesti imeginkan rasa yg aku nak tuh. Bila dah masak dan makan rasa sama seperti yg aku imeginkan, maka aku adalah berjaya dan rasa hepi. 

Ok apa citer pulak dengan sayur yg kelayuan itu. Bila dah masak tak nampak dah layu dia. Hehe sayur dah masak memang lah rupa gitu kan..

sup sawi

Dua ni jelah yg aku sempat masak tuk dinner lepas balik kerja. Yang penting kita bini2 ni bila dah masak mesti nak tgk respon si suami kan. Apa respon asben? Again.. ayat dia.. "sumpah sedap, kalau hari2 camni confirm shah gemuk".

Yelah itulah yg dijadikan pembakar semangat bila kita ni dah letih2 kan...sonok kan bila tengok anak, suami, makan masakan kita. Bayangkanlah ko dah penat2 masak, pastu si suami makan tanpa perasaan.. sedap ke tak sedap ker... langsung surrender nak masak len kali kan...

Kesimpulannya, e..eh.. siap bersimpul2 pulak kan, dah macam karangan sekolah menengah pulak.. kedua2 lauk di atas adalah licin di makan, Yang tinggal hanyalah kepala ikan sahaja. Sup pun licin hingga ke titisan terakhir.

Ermmm malam ni nak masak apa pulak yer??? konon.. walaupun makanan dah siap tapau nie...

Rajin Memang Rajin

Mula2 masuk rmh ni dulu, stor kat bawah tangga ni memang macam tongkang pecah. Sumernya pun kiterang lambakkan kat situ. Asben telah membuktikan yg beliau sememangnya seorang yg rajin apabila dia mengorganize balik barang2 kat dalam stor ini. Semuanya diletakkan di dalam kotak.


rupa bentuk dalam stor

Bukan kata stor sahaja, pendek kata seluruh rmh lah asben yg tolong manage. Dari ruang tamu, dapur, bilik dan sampailah bilik air semunya dia yg tolong kemas dan bersihkan. So, segala susun atur dalam rmh adalah ditentukan oleh asben. Aku setuju ajer. Yelah org dah tolong takkan nak byk songeh pulak kan.


objek utama adalah vakum

Vakum jugak byk membantu utk membersihkan rmh. Senang pakai vakum cam nie, tahan lasak sikit dan boleh pakai kering dan basah. Dah lebih kurang cam vakum akak cleaner kat ofis jer. Vakum2 sebelum ni mudah sangat terbakar dan dah tak boleh digunakan lagi. Murah pun murah vakum ni. Tgh offer tak sampai tiga ratus pun harga dia. Thanks to mama sbb tolong belikan.

Monday, October 24, 2011

Aku Bagi Makan Nasi Lemak Dia Tak Nak.. Sibuk Nak Makan Anggur Pagi2

Ingatkan masak nasi lemak tuh boleh lah kasi Marissa makan. Tapi oleh kerana dia telah ternampak buah anggur di dalam peti ais maka langsung nasi lemak aku tidak diendahkan. Budak ini memang kalau dia dah ternampak sesuatu yg dia suka, langsung makanan yg sepatutnya dia makan tuh, dia keluarkan. Kang kalau tak bagi mengamuk pulak. Budak kuat drama. Pastu mula lah nangis yg bunyi lebih air mata tak kuar...Aaaaaaaa.

Utk tidak mengganggu kami yg sedang enak menjamu nasi lemak, maka tunaikan saje lah kehendak budak kecik ni. Nah makan lah anggur ni pagi2 nak.. jangan sakit perut sudah.

terus diam ko


selera kemain

Seb baik seedless, kalau tidak jenuh lak aku nak buang biji dia. Aku belah dua jer anggur tu. Takut kang kasi sebijik2, terus dia ngap sebijik2 tu jgk.Takut tercekik pulak nanti.

licin ko

Mula2 letak 3 biji, pastu habis, dia mintak lagi. Habis dia mintak lagi. Sampaikan kiterang dah habis makan pun dia still makan buah. Aku tengah basuh pinggan kat sinki, elok je dia bawak piring dia tuh kat aku, aku ingatkan dia nak suh aku basuh, rupanya nak mintak anggur lagi. Seb baik tak jatuh piring tuh. Dah lah piring kaca.

sambung balik mkn anggur


suka hati lah tuh

Kali pertama dia bawak piring mintak tambah anggur tu, aku siap ckp lagi.. pandai anak mama. Kali kedua dia cuba nak mintak lagi, siap bawak piring tuh.. aku sempat dengar dia panggil mama jer pastu... pranggggggg bunyi piring pecah di atas lantai. Seb baik lah tak kena kaki dia. Lepas piring pecah langsung tak jadi nak tambah lagi.

Saya Ingat Saya Nak Jual Nasi Lemak Sebagai Kerjaya Nombor Dua Saya

Ewah ewah kecoh pulak aku kan. Baru wat nasi lemak sekali pastu terus feeling2 nak jual nasi lemak pulak. Semenjak duk rmh sendiri ni, rasa cam rajin jer nak memasak. Nak kata rajin tu takdelah rajin sgt, cuma rajin sikit jer. Tapi yg sebenar-benarnya, saje jer aku wat nasi lemak sebagai menu sarapan pada weekend yg lepas, maka secara otomatik, aku tak yah masak tuk lunch dan berkemungkinan tak perlu masak utk dinner. Makan lah nasi lemak tu berulang 18 kali. haha.

Ok mula2 kita kasi tayang dulu rupa paras nasi lemak. Gigih aku cari daun pisang kat belakang rmh mak aku.

ok tak? ok tak?

Amacam ada rupa nasi lemak tak? Eh takkan lah rupa nasi ayam pulak kan. Kalau ada kacang goreng lagi lengkap lah, tapi kacang takde pulak kat rmh. Utk ketama-tama kalinya aku puas hati betul dengan hasil kerja tangan aku nie. Kerja tangan katanya. Yelah dari proses membeli, proses menyediakan bahan sampailah proses memasak sumernya aku wat sendiri. Kagum tuk diri sendiri. Sbb, dulu kat rmh mak nak masak cili dah siap dikisar dalam peti ais, nak masak main campak2 jer. Tapi yg ni sebelum campak2, kena lah sediakan dulu sumer bahan2 dia. Actually nak masak memang senang, cuma nak prepare bahan2 jer yg amik masa sikit. Nak kupas bawang, rendam cili, nak blend lagi.. bla.. bla.. bla..

Kecoh pulak kan, org lain masak lagi power2 ni takat nasi lemak lima posen pun nak kecoh. Pedulik. Walaupun masa mula2 masak nasi tuh asben cam underestimate aku. Dia kata nasi aku macam tak jadi jer, sbb mentah. Apa taknya, time tu nasi belum habis cook lagi, dia dah bukak tutup periuk tuh. Aku pun saspen lah jugak. Dalam hati berdoa supaya nasi lemak menjadi lah.  Puh...lepas2 beberapa minit kemudian, bukak balik periuk dan rasa sikit nasi, walaweh lembut dan cukup lemak dan cukup rasa. Haruman jugak semerbak sampai ker rmh jiran sebelah. Ye ke? Utk mendapatkan aroma nasi lemak aku letak sekali sedikit halia dan daun pandan. Daun pandan ni pun aku import dari belakang rmh mak aku.
 
Satu tuk suami dan satu tuk isteri

Dipadankan pulak dengan teh-O

Nasi lemak dan teh-O memang pasangan yg agak serasi bersama

Bila sumernya dah ready, apa lagi masa tuk ngap lah. Berdebar jugak nak dengar respon cik asben. Almaklumlah dia tak pernah lagi rasa nasi lemak aku, asiknya makan nasi lemak Sarip jer sebelum nie. Nasi lemak Sarip adalah dibeli dikedai Sarip.

Nak tau apa respon asben???











sampai ke sudah thumb up dia tak turun2

Ayat pertama yg keluar dari mulut dia..... "ermmmmmm sumpah sedap!!!!! kalah nasi lemak Sarip!!!" bangga mak.

Aku baru makan berapa suap dia siap dah tambah tuk kali kedua. Ayat yg tak tahan tuh "byk lagi kan... tiba2 Shah jadi tamak pulak". Lawak kan laki aku tuh, tiba2 pulak nak jadi pentamak, walaupun kat rmh tu aku ngan dia je pun.. memang banyak pun siap aku bungkus2 kan tuk mak dan akak aku. Bungkus dengan daun pisang dan surat khabar. Sebijik cam beli kat makcik nasi lemak.

Friday, October 21, 2011

Masuk Bakul. Tapi Bukan Masuk Bakul Angkat Sendiri.

Aku sebenarnya tengah ada mood lah jugak nak berblog sekarang nie. Tapi cam tak berapa ada idea nak update apa. Gambar2 byknya masih di kamera asben dan belum ditransfer, yg ada gambar2 di hp sajork.

Maka belek2 terjumpalah gambar budak dalam mesin basuh. Ni lain tak bukan kerja ayah dia lah nie. Ini adalah cara2 tuk memandikan anak dengan pantas dan mudah. Sila jangan cuba2 aksi ini.

mula2 masukkan budak ke dalam washing machine

Lepas itu biarkan saja dia di situ

Gilo takkanlah nak spin anak dalam tu pulak kan. Memang betul2 takde kerja tul dua beranak ni tau.

Ok ni pulak nak citer pasal masuk bakul..  tgk gambar sudah..

apa di dalam bakul? seorang budak kecit

si cheeky Marissa

Sekian. Entri tanpa motif untuk hari ini.

Thursday, October 20, 2011

Apa Watak Anda Sebagai Pengguna Facebook?

Aku copy paste jer dari fb salah seorang pengguna fb... korang kategori mana? Entri suka2 ajer.. jgn amik hati pulak, takde tuju kat sape2 pun..
1. MODEL : Tukar gambar setiap hari
2. PENJENAYAH : Tukar nama setiap hari
3. PERASAN BAGUS : Namanya menggunakan simbol2 sehingga menyusahkan kwn2 nak cari terutamanya ketika kecemasan (Contoh :: 71M@T -> Jimat)
4. WARTAWAN : suka menyebarkan pesanan, walaupun tak penting !
5. PENGGANAS : Suka menyebarkan link yang menakutkan (contoh : sila sebarkan pesanan ini jika tidak anda akan ditimpa kesusahan @ bencana etc)
6. BINTANG FILEM : Suka update status setiap 5 minit
7. BINGUNG : Tidak dapat membezakan ruang untuk wall post atau status
8. PERASAN HEBAT : Selalu melaporkan dimana lokasi semasa setiap masa! Contoh ( otw ke Sunway ) kemudian ( di Sunway main ice skating ) kemudian ( karaoke di Sunway ) bla..bla..bla.. Semuanya berlaku dlm 1 jam , So annoying okayy -.-''
9. BUDAK HINGUSAN : Selalu menampilkan gambar dgn gaya aksi ! (contohnya amek gmbr dgn mulut macam itik , euwww
10. SHOWOFF : Nak makan pun siap ambil gambar dulu dan dibuat pic profile. MOTIFFFFFF ?

TERASA tak? 
 Aku tak.. sbb saya bukan pengguna tegar facebook...hehe.. tapi leh lah letak watak biskut.. sebab kejap ada kejap takde... 

Tak Nama Budak Kalau Tak Bermain-Main

Anak tengah membesar ni, memang lah tak reti dok diam. Ada je lah benda yg nak dimainnya. Sebabkan takde kawan, Marissa main sorang2 jelah. Tapi dengan syarat mama or ayah dia mesti ada kat dpn mata. Budak ni bukan leh tinggal sorang2. Contohlah kita tgk dia tgh syok main2, kita pun gi lah dapur nak masak ke cuci pinggan ker.. tak lama mesti dengar dia menjerit. Cer kalau wat tak tau, konpom nangis pulak.

Bila dah nangis jenuh pulak nak pujuk. Dia akan terus jadi menangis yg mengada-ngada. Aaaaa...aaaa... bunyi tangisan tapi air mata nan ado. Ala yg mcm iklan dalam tv iklan susu apa ntah tuh.. yg baby tu nangis2 kat baby coat dia.. pastu bila mak ayah dia datang dia diam.. pastu abang dia ada idea gantung2 gambar mak ayah dia.. pastu bila adik dia nangis, dia tunjuk gambar tu... terus diam budak itu. Aku rasa aku pun kena wat cam tu jugak lah kot. Hehe.

Tambah lagi bila dah duk sendiri ni. Dulu kat rmh mak, ok lagi lah ramai jer dayang2 yg main ngan dia. Sekarang ni ko ngadap jelah mak pak ko nie. Aku ni kalau nak ke dapur ke kena siap2 cakap ngan dia, kang dia sentap pulak tgk aku tetiba takde. Contoh, Marissa mama nak gi dapur ni, jom tolong mama cuci pinggan jom. Terus dia terkedek2 ikut aku. Ataupun nak cuci kain ker, aku ajak dia sekali tolong. Memang dia tolong. Tolong sepah. Habis sumer kain baju dia tabur keluar.

Aku sejak baca blog HJ tentang entri ni, kira cam dah leh control sikit lah dari nak marah2 anak or nak buat anak nangis. Aku suka baca blog dia, mcm2 tips dia bagi. Aku pun kalau blh nak gak kongsi2 tips ngan korang tapi aku tak reti lah wat penulisan yg agak serius.

jom kita selongkar apa ada dalam bakul itu

ntah ape jelah yg dibuat sikecik ni

Kalau nak ikut kan budak2 besar ni memang tak berapa layan pun dengan mainan2 dorang ni, dorang lebih tertarik dengan benda yg bukan mainan. Contohnya kuali, periuk, senduk, remote control, hanger atau apa2 jelah barang2 yg ada kat rmh tuh. Sbb dorang tau, mainan tu memang dorang punya so dorang macam tak heran sgt. Maka tuk buat dorang heran dengan toys dorang tu, maka kita kena wat lah yg toy2 tu sumer kita yg punya. Buat2lah yg kita ni berebut-rebut toy dengan dorang. Biasa budak benda yg kita tak bagi yg dia nak kan, benda yg dilarang nak dibuat.. camni gaklah konsepnya... tu lah yg aku selalu buat kalau dia nak panjat2 tangga ker.. aku lagi galakkan.. pergi2 panjat tangga tuh.. pandai anak mama.. tapi nanti kalau jatuh mama tak tau... pastu wat2 lah sikit action jatuh camne.. konpom dia takut..

Ni gambar2 kat entri ni adalah aksi Marissa pada satu malam. Aku biar jer apa yg dia nak buat. Nak sepah ke apa ker.. janji ko diam di sana. Mama nak tgk Berita. Sambil2 tu perhati lah jugak apa yg dia buat. Nak tgk gaklah akal dia camne.

oooo nak naikkan dolly dia kat atas kete yer..

Biasa org tolak dia, now dia nak menolak pulak kot.. so dolly jadi mangsa.

oooops terjatuhlah pulak.."i'm cowi dolly"

Berhenti sekejap bila dengar lagu iklan "dunia daaaalam genggaman kita.. bla bla bla"

Marissa memang suka iklan tuh, tah apa dia suka sgt lagu tuh.. alah bukan takat iklan tu jer kot.. sumer iklan lah... tambah lagi iklan yg ada budak2. Elok dia tgh main, mesti dia stop sekejap. Pastu senyum sipu sorang2 konon2 feeling dia lah yg berlakon iklan tuh. Kang iklan hbs dia pun sambung balik lah apa yg dia buat tuh. 

Dah puas bermain marilah kita naik tido pulak yer. Aku dengan harapan nak tido kan dia awal sikit lah.. boleh aku wat keje2 sikit like kemas2 kain baju kat kabinet.. yelah baru masuk rmh kan, tentu lah byk benda yg nak dibuat.

Tapi takdenya dia nak tido terus. Ada jelah benda yg nak dimainnya. Kali ni objek yg dia nak buat mainan dia adalah bakul. Suka sgt main sorong2 bakul tuh. Dah baper kali gaklah tersembam ke dpn tapi tak gak dia serik2.


memang agak payah tuk mementenkan 100% kemas.. time dia tido jelah kot

Apa taknya ada jer benda yg nak dicapainya. Kang lagi ditegah lagi suka dia buat. Maka biarkan saje. Tapi sekali-sekala tu aku hep kan jugak. Hehe.

tolak lah nak.. mama tak marah... mama nak cubit jer..eh..

Wednesday, October 19, 2011

Rindu Kita Tak?

Tak... jawab korang... tapi ada sorang lah jawab yer... tu tak lain tak bukan asben I lah tuh. .. hahaha

Dah lama rasanya tak letak gambar syok sendiri. Almaklumlah ai kan low profile sekarang nie.. buat yg merindui nah.. gambar mama Marissa yg semakin menggemuk. Tapi nak kata gemuk tu tak jugak lah kot sbb still lagi muat baju2 lama.  Alah bukan gemuk lah.. tapi chubby kat bahagian muka.. tambah lagi bila bertudung begini. Terserlah lah kelebaran dan kechubbian pipi tu kan.

 saje kasi gambar gegar2.. supaya tidak ketara sgt..

ok ok.. yg ni tak gegar punya..

Bila time rajin tu.. tgk sampai dua aku up entry hari nie....

Tak Tau Pulak Nak Update Blog Bila Dah Lama Sangat Tak Update

Assalamualaikum kengkawan sumer... sorilah lama sungguh aku tak jengah belog ini. Jengah tu jengah lah, tapi tak jugak lah berupdate... byk benda yg penting2 yg berlalu begitu sahaja. Kalau dulu, ini nak belog, itu nak belog, sumernya pun lah nak belog, tapi sekarang nie, bila nak taip jer .. eh perlu ker nak update nie pun... pastu langsung tak update..

Maka daripada tak berupdate langsung kita update jelah apa2 lah yer...  Byk benda yg best2 yg berlaku, dan byk yg berlalu begitu sahaja tanpa diblog. Citer raya pun nampak gayanya terbengkalai lah di situ. Citer adik aku bertunang, citer adik ipar bertunang, citer itu, citer ini... sumernya tersimpan begitu sahaja.

Oh ya... sekarang ni aku dah pindah. Nak kata official tuh belum lagi lah. Tapi kami dah start duduk kat rmh kami start dari last week lagi. Seronok rupanya bila hidup sendiri ni yer... Setelah 30 tahun hidup bawak ketiak mak, sekarang rasalah buat sumer benda. Tapi best lah. Kalau tau, dulu2 lagi dah pindah. Rumahnya dibeli 3 tahun lepas. Tapi sekarang baru nak duduk. Tapi oklah sumernya pun hampir lengkap. Kira masuk cuci kaki jelah, takdelah time tu nak pindah time tu baru nak buat itu ini. Alhamdulillah berkat berdikit2 kami, akhirnya dapat lah jugak duduk dalam keadaan yg selesa. Terutamanya buat anak kami, Marissa. 

InsyaAllah, adalah niat utk wat kenduri kesyukuran sumer. Cuma masanya belum ditetapkan lagi.

Gambar rmh takde, tapi gambar Marissa yg keriangan bangkit pagi di rmh baru ada.




Budak ini kalau bangun pagi rambut memang menggerbang. Pastu mesti nak sayang dia punya teddy pink tuh. Teddy pink tu pun rasa aku dah umur setahun dah. Dah lembik dah. Punya lah byk patung yg lain, yg itu jugak yg dikeleknya. Agaknya tulah 'teddy busuk' dia.. sebagai pengganti bantal busuk. Aku ada bantal busuk. Cuba carik bantal busuk aku. Ada terselit kat gambar di atas. Eh.. cari benda tersembunyi lah pulak..

Wednesday, October 5, 2011

Macam-Macam

Aku kan pergi-balik kerja memang banyaknya dengan komuter lah. Cuma sekali-sekala asben hantar dan jemput. Walaupun kami kerja organisasi yg sama tapi tempat lain2. Sorang kat KL sorang kat Shah Alam. Tapi respek gak lah ngan laki aku ni walaupun haluan tak sama, tapi gigih gaklah jemput dan hantar bini dia nie. Ok bukan nak citer pasal laki sebenarnya tapi nak citer pasal lain.

Aku ni dah dekat 10 tahun dah menggunakan komuter sebagai kenderaan rasmi aku. Padanlah muka aku kan.. sape suh taknak drive. Ni takat ke stesen komuter jer.. bukan apa aku nak kurangkan kesesakan jalanraya di ibukota jer ...hehe alasan je. Selama 10 tahun ni jugak lah yg aku dapati perkhidmatan komuter ni adalah semakin bertambah TERUK. Aku ulangi yer.. semakin TERUK. Ok sapa yg nak train ni paham lah kan.. ok takmo eloborate lebih pasal nie.. komplen camne pun, masuk tv, masuk paper pun tatap lah macam itu jugak.

Dah stop citer tu.. kalau citer tu memang never ending story lah gamaknya... tapi tatap nak citer pasal komuter. Begini, dalam komuter memang lah super duper pack. Tambah lagi bila ada train yg delayed. Makanya org kat dalam tu pun menjadi berganda lah ramainya. Keadaan biasalah yg dilihat. Tapi yg tak biasanya atau yg menyakitkan mata adalah bila mana, di saat ko bersempit2 tu, ko ternampak pulak couple yg masih hingusan yg mengambil kesempatan dengan keadaan sempit2 itu. Wah time2 ni lah kemain ko peluk awek ko sikit punya erat. Sambil tu teraba-raba. Opps terpandang pulak. Tanpa rasa bersalah ok.. taulah tren tu penuh...tak perlulah nak jadikan itu alasan tuk saling berpelukan dan mengambil kesemptan. Dah lah panas kat dalam tuh, bertambah panas bila tgk aksi2 sedemikian. Actually aku adalah snap gambar couple tu, tapi tak sampai hati pulak nak tepek kat sini. Rasa tak baik pulak. Harap mereka diberikan hidayah olehNya. Bukan apa sedih ok tgk budak2 berkelakuan camtuh. Dah lah sekang ni macam2 kes.. bkn kata buang anak jer.. ni yg terbaru siap campak anak dari tingkat 2 ke tingkat baper tah.. tu sumer keje budak2 hingusan ni lah...

Lagi satu aku nak citer pasal teknologi pulak. Yelah sekang ni masing2 pun kat tangan memasing mesti pegang bb lah, i-phone lah, i-pad lah, dan macam2. Kat mana2, sumer org pun time tunggu tren ker, dalam tren ker, tgh makan ker, tgh berak ker, atau tengah apa2 pun mesti tangan tu dok pegang hp.. update status lah tew... masing2 pun feeling artis kan..yelah masing2 pun punya follower... tapi kan aku tak leh terima lah time berjalan di tgh2 kesesakan di mana org sedang berpusu-pusu utk ke pejabat, ko lenggang kangkung sambil tangan tu sibuk menaip apa tah.. sib baiklah tak terlanggar... 

Errmm apa lagi nak bebel yer?? Aku ni bukan lah nak bebel2 atau nak emo2 tak tentu pasal.. tapi sbb tingat nak update pasal ni aku update lah..

Tuesday, October 4, 2011

Budak Yang Pemakan

Roti canai, nasi lemak, capati... sumer nya pun dia makan.. Tapi budak2 ada time2 dia kan.. kengkadang tu senang sgt nak kasi makan.. tak yah kita panggil2 dia yg datang kat kita, kengkadang tu pulak payah nak kasi makan, kena main kejar2 pulak.

Aku tingat kata2 x-boss dulu, dia kata biar jer kalau anak takmo makan, jangan paksa2 or marah2 sampai dia nangis, nanti dia rasa makan tu adalah sesuatu yg tak menyeronokkan. Lagipun budak adalah tau, bila dia rasa dia nak makan atau tidak. Kalau lapar taulah dia makan. Oh begitu kah... tapi aku tataplah paksa anak supaya makan jugak.. apataknya.. kita dah penat2 siapkan makanan dia alih2 dia takmo mkn... hangen lah kan...

Ni adalah gambar budak kenit ini semasa breakfast di kedai mamak baru2 ini. Mula nak order roti bakar tuk dia tapi takde lah plak. Terus order capati. Knowing budak ini memang suka apa2 saja makanan yg berasaskan tepung.

makan sendiri 

yg tak menahan tu siap dia cicah kuah lagi tuh...

boleh tahan kepoci gak budak ini.. geget kang

Jangan tak caya sekeping capati tu hampir habis jugak dia makan sengsorang. Cuba kasi nasi bercinta jugak lah nak habiskan sepinggan. Peel dia ni kalau kat rmh kalau nak kasi makan memang kena main2 ngan dia, dukung2 dia, layan2 dia.. mana nak larat kan... mau amik 30 minit nak abiskan sepinggan nasi.. nasib tak baik mau sejam. Memang saje nak dera mak ayah dia. Tapi dia suka gak lah suap sendiri. Tapi tak sanggup aku asal makan jer abis melekat-lekat nasi kat atas lantai. Dah satu kerja nak sapu nak mop bagai. Apa taknya byknya ke lantai dari ke mulut. 

Tapi keseluruhannya takdelah payah sgt nak kasi Marissa makan. Makan pun takdelah memilih sgt.  Lagi2 pulak sekang nie, apa yg kita makan tu lah yg dia nak. Tapi seb baik lah Marissa ni jenis budak yg suka makan sayur dan buah, dan bayam dan kacang buncis adalah sayur kegemaran dia. Harap sampai ke besar lah suka makan sayur yer nak!

Baju Raya Purple Dia Ada Dua. Satu Buat Baju Kurung, Satu Lagi Buatkan Gaun.

Kain yg aku belikan tuk wat baju raya Marissa hari tu adalah terlebih banyak. Sbb kain tu dah kira hujung2 kain so, tak leh nak beli sikit kena habiskan sumer, dah lah bidang besar pulak.. makanya aku suh lah taylor aku buat kan sekali gaun tuk Marissa.  Kalau terlebih banyak harus aku suh wat baju aku sekali. Hehe.


budak yg suka main remote tv

dah sampai pecah2 remote tu dikerjakan dia

pastu suka tukar2 channel tv

pastu tekan2 tah apa2 ntah.. sampai lah skrin tukar kaler biru je

wat muka tak bersalah

eh terbalik pulak gambar nie


bosan main remote main lain pulak




tak puas hati lah tuh

my teddy bear


buat muka lah tuh

Haha gasaklah... baru nak publish entry yg terperap lama kat draft. Aci lagi ker nak citer pasal raya yer? Tgk lah kot dah takde bahan sangat nanti.