Nothing Special   »   [go: up one dir, main page]

Tuesday, June 29, 2010

Satu Penurunan dan Peningkatan Yg Agak Membanggakan



Masa mula2 disahkan aku pregnant berat aku 53kg. Lepas tu dari bulan ke bulan terus meningkat dengan jayanya.

Oct 2009 - 53kg (kandungan berusia 8 minggu time nie)
Nov 2009 - 55.5kg
Dec 2009 - 56.5kg
Jan 2010 - 60.5kg
Feb 2010 - 64kg
Mar 2010 - 66 kg
4 April 2010 - 68kg
25 April 2010 - 69kg
9 May 2010 - 69.5kg
23 May 2010 - 70kg (ni 5 hari sebelum deliver)

Secara keseluruhannya berat aku naik lebih kurang 17 kg. Ada org kata, badan aku tak berapa sgt naiknya masa pregnant tapi hakikatnya aku gain nak dkt 20kg ok. Tapi ada gak yg kata badan aku berisi time pregnant.

Selepas Marissa dilahirkan berat aku turun jadi 66kg. Tak byk sangat pun turunnya, baby pun keluar berat dia 2.95kg.

Tetapi adalah agak mengkagumkan selepas genap sebulan, berat aku kini adalah 57kg. Wah 13kg telah hilang? tanpa menggunakan produk Dr. Rozmey..hahaha...Yea sikit lagi nak sampai sasaran. Harap2 habis tempoh berpantang, aku dapat balik berat aku yg aku inginkan..

Tapi takut gak, elok jer abis pantang nanti, berat naik balik. Apa taknya time tu nanti, dah mcm2 dah boleh dibedal.

Marissa pulak masa lahir berat dia 2.95kg. Empat hari selepas itu berat dia bertambah ke 3.2kg. Dan sekarang genap sebulan berat dia naik sekilo lagi, menjadikan berat Marissa sekrg ini 4.2kg.

Kesimpulannya, breastfeeding membantu mengurangkan berat badan ibu, dan menaikkan berat badan bayi (walaupun kengkadang aku campur gak susu formula).
Masa tengah menggemuk lagi ni.. hari ke-6 lepas bersalin

Sudah Cukup Sebulan

Semalam Marissa dah genap sebulan. Maka hari ni Marissa ada appointment. Yea..yea.. mama pun suka jugak. Boleh keluar. Sbb dah sebulan aku dok terperok kat rmh ni tak keluar2.



Marissa dah siap utk keluar

Idaklah ke mana pun, pergi ke klinik jer utk injection imunisasi. Dah satu bulan nie, kalau ikut jadual, kena enjet Hepatitis B dos kedua lah pulak. Dos pertama dah diambil masa lahir hari tuh.


Sayang2 Marissa dulu.. kesian nanti dia kena enjet

Pagi tadi, ke klinik lah kami. Walaupun sebenarnya tak sampai hati nak tgk Marissa nangis bila kena suntik nanti.

Actually, doktor ada kasi option sama ada nak enjet masa bulan pertama ni atau masa bulan kedua nanti jer. Boleh jer kalau nak wat 2nd dos hepatitis ni sekali dengan suntikan tiga serangkai. Tapi kami pilih enjet sekarang jer.. takut nanti ada ter miss pulak suntikan. Sambil tu asben pun hari ni ada follow-up kat klinik yg sama. Kan dia tak sihat semalam.


Masa sebelum enjet

Elok jer Marissa tido sebelum doktor nak enjet montot dia tuh. Pastu doktor main2 sikit ngan di kasi dia jaga.

Masa enjet

Masa doktor nak cucuk aku dah cabut jauh2.. tak sanggup nak dengar tangisan dan jeritan anak sendiri ok. Sampai doktor tanya "eh mama nak ke mana tu?".

Lepas enjet

Aku jer yang takut lebih. Tapi Marissa kuat ok. Dia tak nangis dan menjerit pun. Cuma dia bunyi "Erk..." sikit jer time jarum mula2 masuk kat montot dia. Pastu dia ok jer.. sambung tido balik. Bagus anak mama. Be strong yer.. jgn lembik cam mama yer.

cam takde pape yg berlaku jer

Tambah lagi bila berada di dalam dakapan mama dia. Lagilah dia rasa secured jer. Lepas balik dari klinik, singgah restoran kejap. Asben nak makan. Wah seronoknya.. kira mcm first outing kami lah. Walaupun aku bukannya leh makan sebarangan pun lagi tapi takpe tgk org makan pun dah cukup gembira dah.

Makanan diet

Bukan aku punya yer.. asben punya. Doktor suruh dia pantau pemakanan dia.

Aku minum fresh oren.. fuh sorga..

Jangan terkejut. Aku minum fresh oren suam lah. Tanpa ais yer. Gilo nak minum ais.. kang bentan sape nak jawab?



Marissa & ayahnya yg selalu mendera

Kami keluar tak lama pun. Lepas tu kami terus pulang ke rmh. Ikutkan hati ingin saja singgah ke pasaraya berhampiran, tapi sedar2 lah diri sikit kan. Marissa time tu pun dah poo poo.

Monday, June 28, 2010

Dua-dua Tak Sihat

Ayah Marissa demam. Aku pulak sakit kepala dari siang tadi. Mungkin tak cukup tido kot akibat Marissa lately ni asyik terjaga jer di tengah malam. Bukan stok terjaga kejap2. Ni dah kasi susu, dah tukar pampers still takmo tido. Kadang2 oklah dia terkebil2 sorang, mama & ayah dia tido jer, tapi kadang2 tu dia melalak jugak. Menjerit tak agak2 punya. Sajelah tu tak nak kasi mama ngan ayah dia tido.

Malam ni kalau dia meragam lagi mcm mana lah.. sape nak jaga dia nie...harap2 kepala aku oklah.. Marissa kasi chance mama tido awal dulu yer... sian ayah, ayah pun demam tuh.. demam terkejut kot.. terkejut jaga anak. Hehe. Masa awal2 dulu oklah, Marissa tak byk ragam. Mungkin ni sbb Marissa dah beralih bulan kot. Oh yer. Marissa sudah berumur sebulan hari ini.

Oklah... tak leh nak update panjang2 sekarang nie, kerana masa itu emas. Harus cari peluang utk tido. Good nite.

Friday, June 25, 2010

Rutin Harian

Bangun pagi siapkan Marissa dulu. Mandikan dia. Kadang2 dia bangkit awal, kadang2 lewat sikit. Kadang2 sebelum mandi dia dah lapar dulu, so susukan dia dulu. Pastu baru mandikan.

Lepas mandikan dia, susukan dia lagi. Pastu dia tido balik.

Time dia tido tu lah aku menguruskan diri aku sendiri pulak. Nak menyiapkan diri sendiri adalah mengambik masa sikit.

Apa taknya, mandi jer paling kurang aku amik 20 minit. Tu belum lagi termasuk nak menjerang air ngan daun-daunan lagi. Kengkadang mak buatkan, kengkadang aku wat sendiri. Dari lepas bersalin sampai lar ni aku mandi air rebusan tuh. Lepas mandi aku dok lumur minyak, param, pilis segala kat badan. Bagus pakai minyak ni, kasi badan panas. Badan pun tak mudah masuk angin. Nak lumur ni benda2 ni pulak amik masa dekat 15 min.

Oh ya setiap pagi jugak, aku mengamalkan senaman untuk ibu2 selepas bersalin. Itu pun aku refer kat buku jer. Mula2 memang malas nak buat tapi sekarang dah jadi biasa pulak. Kalau rajin petang2 pun aku wat gak. Untuk senaman pulak biasanya amik masa lebih kurang 15 min jugak.

Pastu bertungku pulak. Bertungku pun paling kurang amik masa setengah jam. Tu kalau malas lah. Kalau rajin wat sampai batu tu sejuk. Tapi nak tak nak kena wat gak lah, kalau tidak mak aku bising nanti. Tapi biasa aku wat tak lama lah sbb belum apa2 Marissa dah melalak. Tapi takpe petang2 or malam2 aku sambung lagi bertungku.

Lepas settle segala baru lah aku sarapan pagi. Memang lewat lah selalu. Sarapan pulak biasanya air milo ngan biskut tak pun aku makan nestum jer. Tapi kalau lapar aku sarapan dulu baru mandi dan diikuti dengan perkara2 rutin yg lain.

Fuh gigih aku nak kurus ni. Tak tau lah berat aku dah berapa sekarang nie. Tapi semalam nanny ngan atuk Marissa datang rmh, dia kata badan aku dah susut. Yea... suka.

Dengan rutin2 pagi aku seperti di atas, pukul 12 biasanya baru settle tu sumer. Tapi sekarang ni, bila dah ada wifi streamyx ni, rutin aku ni dah lari sikit lah. Apa taknya, pantang Marissa lena sikit aku sibuk bertenet. Hinggakan aku tak sempat bertungku pagi tadi.

Esok aku cuba perbaiki jadual rutin harian aku nie.

Part 3: Pengalaman Bersalinkan Puteri Sulung Ini

Adoi bercinta aku nak sambung part 3 nie. Bukan apa, asal aku mengadap lappy jer, Marissa menangis, padahal sebelum tu elok jer dia tido. Ni pun aku letak dia kat riba, elok pulak dia diam.

Sambungan dari entry sebelum ini.

Sehinggalah aku rasa macam nak terberak sangat2. Tapi nurse dah pesan kat aku awal2 dia kata kalau rasa nak terberak jangan gi toilet tu maknanya baby dah nak keluar lah tu.

Masa tu contraction datang lebih kerap lagi. Fuh time contraction tuh datang memang rasa nak ke labour room time2 tu jugak. Tapi dia datang kejap2 lah.. pastu hilang.. time hilang oklah boleh berbual dan bergelak ketawa, tapi time dia datang tuh...mak aih.. tapi nak kata sakit sgt tu takdelah jugak, mungkin sbb asben dok urut jer kat belakang time contraction datang, tu rasa relief sikit kot. Camne yer nak describe sakit contraction tu yer... dia macam rasa sakit pinggang, ada org kata cam sakit senggugut, yer kot.. sbb aku tak pernah senggugut. Tapi yg pasti rasa nak terberak sgt.

Nurse kata ngan aku sebelum tu pukul 11.30am dah boleh ke labour room, tapi dah pukul 11.30 tak jugak dibawaknya aku ke labour room. Time tu nurse dok sibuk cek patient kat sebelah katil aku. Memandangkan aku dah tak sabar sgt eh dah tak tahan sgt aku suruh asben gi panggil nurse suh anta aku ke labour room segera.

Maka datanglah seorang nurse dengan membawa wheel chair. Lar kena naik wheel chair lah pulak. Aku dah lah dah tak tahan2 dah nie. Dalam pukul 12 masuk lah aku ke labour room.

Time tu contraction datang lebih kerap. Time dia datang tu memang rasa nak push. Tapi aku tahan, biarlah anak aku tu keluar bila doktor sumer dah ready kat dalam labour room tuh.

Yang si asben pulak bila dah nampak bini dia dalam keadaan camtuh terus terlupa pulak dia nak setting kamera segala kat dalam labour room tuh. Padahal kat wad sebelum kemain lah lagi. Sudahnya takdelah gambar aku masa aku nak bersalin tuh.

Tak lama tu, doktor pun sampai. Again, dia cek bukaan. Belum abis doktor cek aku dah sibuk tanya berapa cm. Dah 10cm. Patutlah aku rasa nak terberak sgt. Rupanya baby sudah ready nak keluar. Doktor suruh aku push bila contraction datang dan ajar cara2 bernafas dgn betul. Sambil2 tu doktor dok busy siapkan kelengkapan2.

Kat labour room time tu ada 5 org termasuk aku laki bini, sorang doktor dan 2 org pembantunya.

Gesaan pertama dtg, aku try to push. Tapi tak berjaya. Aku salah teknik. Betul lah org kata bila dah sampai masanya tu, segala apa yg kita baca, apa yg diajar sebelum tu terus terlupa. Main push teknik sendiri lah pulak.

Gesaan kedua dtg. Pun fail lagi. Time tu rasa nak give up dah. Siap cakap ngan doktor "saya tak boleh" Tapi doktor kata... "u can do it, kepala baby dah nampak ni" sambil tu dia suh asben tgk. Nurse pulak suruh aku bukak mata tgk perut sendiri dan saksikan keadaan itu, supaya lebih semangat. Apa taknya, aku dari awal2 dah pejam mata, tak bukak2, konon nak konsenteret lah.

Yg si suami plak, sambil bacakan doa2 tuk aku (tu pun ada satu keratan kertas yg dia siap2 tulis dan letakkan kat atas kepala aku), dia tak putus2 kasi semangat kat aku. Satu tgn pegang kepala aku, satu tgn lagi genggam tgn aku. Macam2 kata semangat dari dia.

"sikit lagi yang.. sikit lagi... sayang boleh, dah nampak dah baby kita"...
ok aku cuba lah... dia kata baby dah nampak kan.

"amik nafas yang.. amik nafas"...
yang ni aku konfius kejap ngan laki aku. Aku kemain lah tahan nafas sepanjang masa nak push tuh, yg asben aku sibuk suh aku amik nafas.
Sampai aku berhenti push, pastu tanya doktor ngan nurse "jap.. jap apa yg saya perlu buat sebenarnya ni?"

Yang paling tak boleh blah ayat laki aku nie..
"jaga diri baik2 yang"....
lar macam aku nak pergi manalah pulak.... yelah dalam pada perasaan bercampur2 tuh, teruja, gembira, panik dll tak sedar lah pulak apa yg disebutkan tu yer..

Tapi bila dah abis bersalin baru asben perasan yg dia dok ulang "jaga diri baik2".

Masa aku sibuk dok try pushing aku nampak dah doktor ngan satu alat dia. Nampak cam gunting. Sambil tu sempat lak cakap dalam hati.. hah doktor nak gunting lah ni.. hah ni lah dia episiotomi kot.. ceh dalam pada tu sempat gak aku berfikir. Aku sedar masa doktor dok gunting tuh, siap ada bunyi lagi. Tapi ajaib sekali, takde rasa apa2 ok. Yang aku rasa adalah nak sgt keluarkan anak aku tu cepat.

Masa nak push kali ketiga tu, aku dah nampak dah doktor dok pegang satu alat. Erm... adakah ini yg dinamakan vakum? Yer tidak syak lagi. Untuk mempercepatkan kelahiran doktor telah menggunakan vakum utk membantu aku keluarkan baby. Yelah kan sebelum tu doktor dah detect yg tulang pinggul aku kecik kan.

Alhamdulillah, masa tu aku diberikan semangat dan tenaga utk push sepanjang yg boleh...doktor pun kata "very good"...Doktor ni memang cool lah. Sedikit sebyk aku sebagai patient dia pun jadi cool lah jugak. Nanti kalau ada rezeki nak bersalin ngan doktor ni lagi lah. Wah apakah?

Maka tepat 12:28 pada hari itu, terdengarlah tangisan si kecil ini. Rasa lega sgt2. Masa baby keluar tu rasa cam meluncur jer. Doktor angkat baby dan tunjukkan kat aku tanya baby apa. Aku jawablah girl. Lepas tu doktor pass baby kat nurse tuk cuci2 sikit. Pastu nurse letak baby kat aku kejap.

Lepas baby dah keluar. Doktor tekan sikit perut aku, pastu keluar lah pulak uri. Lepas keluar uri lagi rasa bertambah-tambah lega.

Dan buat pertama kalinya, aku melihat suami aku menitiskan air mata. Sambil kiss dahi aku dia ucapkan terima kasih. Kalau sebelum ni memang susah aku nak tgk laki aku menangis, tapi hari tu aku dah saksikannya. Yang aku pulak, kalau sebelum ni aku kaki leleh, sikit2 nak nangis, baca pengalaman org lain bersalin pun aku nangis, tapi hari tu aku tak menangis lah pulak. Pelik. Mungkin kekuatan dan semangat aku sebelum tu membuatkan air mata aku tak jadi nak meleleh kot. Tapi jauh dari dalam hati aku, aku begitu bersyukur dan terharu dengan perjuangan itu.

Tak sangka aku melepasi segala proses2 kelahiran itu dengan boleh dikatakan agak mudah juga lah. Tanpa epidural, tanpa gas dan tanpa apa2 ubat lah. Kecuali ubat pencetus berak tu lah. Bersyukur ke hadratNya.

Eh, tapi lepas selesai keluar baby sumer, masa doktor menjalankan operasi menjahit. Aku tak sedar. Memang kat PMC ibu2 dikasi ubat tidur selepas selesai bersalin utk kasi rehat sikit. Sedar2 tgk semuanya sudah siap.

dekat labour room - Just after the delivery process

Gambar masa kat labour room semasa nak bersalin memang takdelah. Gambar baby masa mula2 keluar pun takde. Asben dah panik, sampai lupa segalanya. Dah lepas bersalin, baru dia tingat nak amik gambar. Masa tu baby pun dah dibawa ke nursery.


Tgh tunggu utk dipindahkan ke wad

Alamak Marissa dah nangis balik lah.. terpaksa aku sambung next part lagi lah...lar ada lagi ker? tgk cam dah abis jer citernya yer.. tapi ada lagi sikitlah.. sori yer bukan sengaja nak buat part by part.. tapi keadaan tak mengizinkan lah nak abiskan sekali harung..

to be continued>>>>>

Tuesday, June 22, 2010

Hadiah Istimewa

Sempena Hari Bapa yg diraikan sekarang ini.

Aku masih lagi dalam pantang, tak leh nak shopping pape pun nak beli present tuk asben. Tapi aku tetap ada hadiah istimewa untuknya.

Tak lain tak bukan.....

Marissa Qaisara lah hadiahnya.......










Marissa - 22 hari


Aku ingat lagi, sebelum Marissa lahir dulu, aku suka sgt baju yg cute dari littlerokstar ni, aku tak sabar sgt nak tgk baby pakai, korang tau apa aku buat? Aku sarungkan baju ni kat bantal busuk aku yg cute itu. Pastu aku peluklah bantal tuh. Sekarang ni, tak perlu bantal busuk lagi, sarung jer kat badan Marissa. Hehe.

Sunday, June 20, 2010

Ayah Mithali

Mula-mula tukar pampers baby


ayah Marissa kalau khusyuk wat keje mulut dia mesti muncung2 tanda konsentret



Lepas tu tidokan anak pulak.

tapi bukan anak yg tido, tapi ayahnya yg tertido dulu

Dengan ini, buat julung2 kalinya aku ingin mengucapkan selamat Hari Bapa buat suamiku, iaitu ayah kepada Marissa Qaisara. Semoga menjadi bapa yg baik dan bertanggungjawab.

Tidak lupa juga, ucapan selamat Hari Bapa kepada ayah mertua dengan ucapan daripada cucu sulungnya.... "atuk tak rindu Marissa ke?"

with Fil n Mil masa dekat PMC arie tu

Saturday, June 19, 2010

Masa Marissa Kena Jaundice Hari Tu

Kisah pengalaman bersalin akan aku sambung nanti yer. Nak buat kisah tu kena amik masa sikit sebab byk yg aku kena recall. Tu yg aku letak gak pengalaman bersalin aku tuh kat blog ni sbb aku tak nak lupakan begitu sahaja pengalaman berharga itu. Juga utk reference aku di masa hadapan. Manalah tau kot ada rezeki lagi ker. InsyaAllah. Tapi apapun kasi Marissa besar dulu lah yer.

Kali ni aku nak citer pasal Marissa disahkan kena kuning dan dimasukkan ke wad. Kebetulan pulak, malam tadi my fren sms me pasal jaundice ni. Member aku ni pun baru bersalin gak. Kira saing2 aku gak lah, tapi aku bersalin dulu dan kiterang ni pantang sama2 lah kiranya. Apa2 hal kami akan bersms satu sama lain. So, sedikit sebyk utk reference dia gak lah, kot kalau dia nak bwk baby dia ke hospital atau pun just rawat cara2 tradisional.

Back to Marissa's story. Masa hari ke-4, aku bawak Marissa ke PMC, untuk rawatan susulan. Ni memang procedure kat situ, hari ke-4 ibu kena bawak anak ke hospital utk cek sama ada baby kena kuning atau pun tidak. Aku tak bajetlah Marissa kena kuning. Sbb tgk dia ok jer.

So, dalam pantang2 tu pun aku pun keluar lah buat pertama kalinya utk ke hospital. Dengan stokin2 nya aku ke hospital, dengan rambut ikat tingginya. Yelah kata pantang kan. Tapi takdelah berkain batik. Sampai hari tu pun dah petang, sbb tengahari tu hari hujan.

Sampai2 kat sana jumpalah dengan doktor. Doktor tekan2 badan Marissa ngan jari dia, tgk ada kesan kuning bila dia lepaskan jari. Pastu doktor kata dia kena amik darah,baru boleh nak confirmkan sama ada Marissa betul2 kena kuning atau tidak.

Luluh hati aku bila tgk doktor enjet kaki kecil Marissa utk mengambil darah. Dengar Marissa menjerit menangis, dengan aku-aku sekali rasa nak menangis sama. Memandangkan lab dah tutup petang tu, doktor suruh kiterang balik dulu, papehal nanti dia akan call malam nanti.

Tunggu2 malam tu takde pulak doktor tu call. Ingatkan Marissa oklah.

Next day, ada sorang nurse dari PMC call, suruh datang segera ke PMC sbb katanya ujian darah Marissa menunjukkan Marissa kena kuning.

So, hari ke-5 tu kami sekali lagi ke hospital. Marissa terus ditahan kat wad. Masa doktor kata Marissa kena tahan tu, aku dah menangis kat situ gak. Tapi doktor kata ibu ngan bapa boleh stay sekali kalau wad single ada kosong. Alhamdulillah ada wad kosong. Maka berkampunglah kami kat wad sana selama 2 malam.

sudah mcm spiderwoman dah

Sepanjang kat sana, Marissa diletakkan kat bawah cahaya lampu biru. Bogel2 dia diletakkan di situ, tanpa pakaian. Eh tapi pakai pampers lah. Kesian aku tgk anak aku menggapai2 bila diletakkan kat situ. Dengan mata dia yg kena ditutup cam spiderman tuh. Tu belum lagi kalau dgr dia menangis. Kesian memang kesian lah. Tapi tuk kebaikan aku pasrah jelah.

sian anak aku

Sepanjang kat situ, Marissa hanya akan dikeluarkan dari tempat cahaya biru tu time menyusu dan time tukar pampers. Since aku duk wad sekali, time baby nak susu, nurse akan hantar baby kat bilik utk aku susukan. Time tu memang aku simpan lah Marissa lama2 ngan aku. Sampai nurse datang amik balik.

nurse kasi susu

Walaupun aku breastfeed kan Marissa, tgk dia still cam tak puas jer. Nurse mesti kasi susu botol gak. Tapi bagus gak, Marissa minum susu byk2. Bayi kena kuning ni memang digalakkan minum susu byk2.



mcm ni lah keadaan marissa

aku sambil2 tu sibuk2 kat nursery tgk bayi2 baru lahir

tak lupa juga mengupdate blog

Kat situlah entry pertama yg aku publishkan mengenai kelahiran Marissa. Almaklumlah time tu celcom broadband aku dah wat hal. Tapi sekarang tidak lagi. Terima kasih kepada streamyx. Lagi berbaloi2.

Selepas 2 hari kat bawah cahaya biru

Lepas 2 hari tu, kulit Marissa jadi menggelupas2. Pastu moody jer, mungkin merajuk ngan aku sbb biarkan dia duduk kat dalam cahaya biru tuh.

Lepas hari kedua tu, doktor kata bacaan jaundice Marissa dah semakin menurun, maka doktor benarkan kami pulang.

Tgh siap2 kan Marissa utk pulang

Marissa yg tak sabar nak balik


Ready to back home

Ngan mak long & pak long Marissa yg tak putus melawat

Actually byk jugak petua yg org kasi tuk mengelakkan kuning kat baby nie. Antaranya minum susu kambinglah, kasi minum air perahan anggur hitam lah, jemur kat cahaya matahari pagi, kasi minum air rebusan halwa kundur. Semua aku try. Yang halwa kundur ni, caranya camnie, beli halwa kundur kat kedai (dia mcm buah pala tuh), pastu cuci kan halwa tu supaya gulanya tanggal, pastu rebus. Pastu sejukkan air, pastu kasi baby minum. InsyaAllah.

Friday, June 18, 2010

Part 2: Pengalaman Bersalinkan Puteri Sulung Ini

Hepi cam check-in hotel lah pulak

8:20 pagi: Check-in kat wad. Wad single penuhlah pulak. Tengah hari baru ada vacant. So, buat sementara waktu, dorang kasi aku wad 3 bedded.

Di wad no 3 ni lah aku mula2 ditempatkan

Masa aku masuk takde patient lain lagi dalam bilik tuh. Aku yg mula2 masuk. Tu yg sakan dok bergambar sana-sini cam masuk hotel gayanya. Yang si suami pulak sibuk setting tripod lar.. kamera lah.. videocam lah.. ala2 nak wat shooting lah pulak..

tgh setting lah tuh

Sementara tu aku tukar baju spital dulu.

kena tukar baju kaler pink ini

Bab baju oklah lagi senang nak pakai. Tapi had kain tu, wat aku garu kepala camne nak pakai. Ala dia mcm kain sarung. Aku belasah jer main ikat2. Lantaklah kalau org kata tak reti pakai kain ke apa.. memang aku tak reti pun.

dapat gift dari spital

Ala2 barang2 kelengkapan diri cam sabun, syampu, ubat gigi, berus gigi, bedak, sikat, towel dll.

8:30 pagi: Nurse datang kat katil aku bawak segala mesin. Nak buat CTG katanya. Nak tengok sama ada contraction kuat ke tak kuat, sambil tu nak tgk denyutan jantung baby. Kuat dengar bunyi jantung baby. Laju pulak tuh. Dug dug dug dug bunyi jantung.. nurse kata jantung baby adalah normal.

sampai sekarang ni, aku pun tak tau bacaan apa ntah tuh..


nurse tgh buat CTG kat aku

Masih tgh buat CTG

Nampak cam perut aku besar jer kan kat gambar atas ni.. tu sbb ada benda kat atas perut aku utk mengesan contraction tuh lah.

Masa ni memang tak rasa apa pun lagi. Tu lah gambar pun penuh dengan keceriaan berganda. Cuba time sakit takdelah aku nak bergambar begituh.

Sambil2 tu amik gambar berdua-duaan dulu..

support seorang suami

Sambil2 tu jugak aku baca gak lah buku. Dok hafal lagi mana2 doa yg perlu dihafal. Sempat baca surah Yusof lagi sekali. Yelah daripada aku dok tunggu2 bila nak sakit baik aku baca buku dulu.



10:00pagi: Tgh dok shooting2, tetiba Dr. Zarul terpacak di depan katil. Terkezut aku. Very the hensem dia pagi tu. Dengan jeans dia, dengan kemeja dia. Dia tanya aku ada rasa sakit tak? Aku kata tak rasa lagi.

Lepas tu dia kata dia nak cek bukaan. Alamak menggelabah aku kat situ. Yelah, segan siot. Selama ni ngan dia cek kat perut jer. Tapi takpelah, dah tugas dia kan.

Fuh.. selukan yg amat dalam sekali yg dapat aku rasakan. Menahan sakit gaklah aku kat situ. Tapi sepanjang proses tu dia tak sudah minta maaf lah.. kalau dia terkuat sikit dia minta maaf..

Tapi memang dia kena buat cam tu pun, sbb dia nak tau, baby dah takat mana, tulang pinggul aku camne.. so, sumer tu dia perlu amik tau lah.

Lepas tu, doktor mengkhabarkan berita yg kurang senang aku dengar. Dia kata tulang pinggul aku kecik. Tapi dia kata dia try jugak untuk aku bersalin normal.

Aiyoo seriau aku dengar. Sambil tu dalam hati dok doa lah semoga semuanya dipermudahkan.

Lepas tu dia kata lagi, since aku takde rasa sakit walaupun bukaan dah lebih 6 cm, dia kata dia nak masukkan air kat aku. Supaya aku rasa sakit. Lagipun waterbag kan dah pecah.

Aku tanyalah doktor adakah itu dinamakan induce? Tapi doktor kata bukan induce. Cuma nak bagi aku rasa skt je. Yelah klu aku takde rasa skt mcm mana aku bersalin kan.

Sebelum masuk air nurse telah memasukkan sesuatu kat montot.


ubat pencetus berak

Suka2 jer aku kasi nama kat ubat tu. Terasa seperti diliwat. Haha. Boleh tahan sakit gak. Tapi sejurus selepas itu terus rasa nak ke toilet. Memang berkesan.

Eh, aku lupa lah sama ada aku masuk air dulu ataupun dimasukkan ubat ni dulu. Belasah jelah yer.

11:00 pagi: Mula terasa sakit. Sakit macam period pain pun ye jugak. Sakit macam nak berak pun ye jugak. Sakit pinggang pun ye jugak. Mula2 dia datang 15 minit sekali. Pastu 10 minit sekali. Pastu semakin kerap.


menahan sakit


Sehinggalah aku rasa macam..................

>>to be continued..