Nothing Special   »   [go: up one dir, main page]

Monday, May 30, 2011

Terserlah


Kalau dah nama gigirl tu, gigirl lah jgk. Ini aksi spontan anak dara aku ni yg sempat aku rakam. Memang ikut gen mama dia ni. Tak larat tul budak ini.

Sleep Time


Nak update blog tapi internet asik wat hal je. Nak lps gian tu yg publish je pakai hp. Tapi masalahnya update pakai hp ni, satu entri satu gambar je.

Susu Time


Play Time


Saturday, May 28, 2011

Genap Satu Tahun


Good morning darling mama! Today is your first birthday sayang. Happy birthday to you. Happy birthday to Marissa Qaisara. Mama sayang sgt Marissa. Semoga Marissa membesar dgn sht dan menjadi insan yg berjaya dan bahagia dunia dan akhirat. Marissa anugerah terindah buat mama dan ayah. We love u so much!

Friday, May 27, 2011

Kalau dah Ke Kuantan Tak Sah Kalau Tak Singgah Ke Teluk Cempedak

Sori... berjangguit baru nak siapkan entry nie..kan aku cakap aku sekang ni agak lambat sikit nak update blog nie...

Alang2 kami dah berada dekat dkt Teluk Cempedak masa kat rmh Pak Tua hari tu, maka sebelum pulang ke KL kami singgah lah kejap kat Teluk Cempedak sana. Rasanya ni adalah kali ke tiga atau ke empat aku ke sana.

Oklah, mls nak taip panjang2.. Marissa ni bukan boleh tgk aku duk dpn komputer lama2.. sibuk jerit2 tarik perhatian.. layan gambar sudah lah yer..

jom ke tepi pantai






ramai2

dua2 ketiduran


Marissa minum susu


tinggalkan dia sorang2


Marissa with mama & ayah

pakai topi.. tapi sekarang ni dah payah dah.. pakai kejap pastu ditanggalkannya...


eh... aku ada lesung pipit lah... patutlah Marissa pun ada lesung pipit gak.. ikut mama dia lah nie... hehe.. nak jugakkan...


Dah ni jer update wat kali ni... nampak sangat tak ikhlas kan... update ala kadar jer.. gambar pun ciput jer...hahaha.. pemalas lipas lah katakan...

Friday, May 20, 2011

Gelagat Marissa dan Sepupunya

Actually trip ke Kuantan hari tu tak dirancang. Last minute punya planning. Kebetulan parent in law nak gi melawat sedara mara yg berada di sana. Asben pulak, memang lama teringin nak bawak anak bini dia jenjalan makan angin, tapi tak berkesempatan lagi, sbb bininya tidak sihat.

Memandangakan since dari kuar wad hari tu, kami pun tak ke mana, asben pun bawaklah kami sekeluarga mengikuti keluarganya menziarah sedara-mara kat Pahang sana.

Namanya pun last minute, maka takde lah booking hotel ke apa. Just main terjah ajer. Bayangkan, kul 12 tgh malam baru check-in kat hotel. Tu pun berapa kali turun naik hotel cari bilik. Mujur ada bilik kosong. Kami menginap di Mega View Hotel, Kuantan. Oklah just tempat utk bermalam ajer.

Marissa ngan baby Zafran (tak taulah betul ke tak spelling nya nie)

dah nampak sama besar dah

eleh leh... wat muka pulak dia


sorang nak masuk setahun, sorang nak masuk 4 bulan.. tapi nampak cam sama besar kan.. penangan susu ibu

Kami2 jer yg stay kat hotel, mama, ayah dan lain2 stay kat rmh pak tua. Bukan kami tak nak bermalam kat sana, tapi dah sesak kat sana, ditambah pulak dengan 2 babies nie, kang dua2 nangis tgh malam, langsung satu rmh tak leh tido. Lagipun baby2 sekarang ni over manja kan.. asek nak ber ekon jer kan..

sebelum check out

amik lah gambar sikit2 kat sekitar hotel

Sekejap jer pun stay kat sana, just tempat bermalam dan bersiap jer.. pastu bergerak balik ke rmh pak tua. Makan tgh hari yg lazat menanti di sana.

payah nak suh budak kecik ni tgk kamera

mak long Marissa pun ikut sama

baby Zafran with his ayah n mama

gambar sekeluarga bersama pak tua. Mak tua takde time ni dia tgh sibuk siapkan lunch kat rmh. hehe

me & mother in law dgn sepasang cucunya

eh terdouble pulak gambar

jom gerak ke rmh pak tua

bye2 Mega View

Nampak jer Hotel cam ni, tapi tak sangka pulak time kiterang menginap malam tu TPM pun ada menginap sana kat sana. Padanlah ramai benar body guard kat sana.

Dari sana, kami terus ke rmh pak tua. Tapi sbb dah kesedapan sgt menjamah juadah tengahari kat sana, langsung sekeping gambar pun takde diambil. Apa taknya, belimbing masak tempoyak mak tua memang terbaik lah....

Gaya Tido


Dpt posisi cam ni, memang senanglah dia tido. Yg penting kaki tu mesti kena letak kat atas bantal atau bdn kita. Ditambah plak ngan teddy pink dia. Fuh tak leh pisah tu.

Geram Betul Dgn Budak Ini


Sementara menyiapkan entry kat draft tu, aku letak gmbr ni dulu. Kan aku kata nak wat satu entry pun payah nak siapkan. Ni pakai hp sng skt. Tapi ringkas jelah. Nilah budak bucuk saya yg semakin dewasa ni. Sgt2 geram kat bdk ini. Rasa mau gigit saje. Next week dah nak setaun dah dia. Dah tak leh panggil baby dah. Tapi still lah manja cam baby. Ngada lebih ni.

Wednesday, May 18, 2011

Ok.. Kita Cuba Warm Up Dulu Yer!

Yelah.. yelah... aku update lah blog yg bersawang ni hah.. Maklumlah sekarang ni low profile sikit tu yg kureng rajin sikit nak update blog nie. Tapi sbb atas permintaan ramai kawan2 yg mahukan aku terus berblog dan rindukan penulisan aku yg memang tah ape ape nie, aku cuba lah yer. Tambah lagi asben, yg sentiasa menyuruh aku kembali update blog.

Erm.. mana nak start yer.. citer pasal aku kena operate ker sakit ker, mungkin wat masa ni aku belum bersedia nak citer lagi, tgk lah nanti2 ker...Tapi apapun, Alhamdulillah, syukur aku semakin baik.. berkat doa kawan2 semua. So, jangan risau2 yer darling!

Ok, ni adalah sikit gambar terbaru kami sekeluarga sewaktu berkunjung ke rmh sedara belah asben kat Kuantan baru2 ini.

keluarga saya

sape nama Marissa Qaisara angkat tangan... terus dia angkat camni

buat muka bucuuk

sayang sikit... harus dia kasi dahi saje

Inilah keletah Marissa sekarang nie.. ikut jer apa yg kita suh buat..

bila nak pandai jalan anak mama nie?

budak manja

Alhamdulillah

kenal saya tak?

selalu pakai gaun, sekali sekali pakaikan t-shirt ngan jeans.. terus nampak cam boboy


Marissa & Baby Zafran

Ok.. cukup tak entry ni? Serius kekok wei nak menulis blog nie... dah lama ni tak update pakai pc. Asik pakai hp jer sebelum2 nie.. Nak upload gambar pun terkial2 jer ni. Hehe.

Tuesday, May 17, 2011

Mama Dan Ayah Marissa


Alhamdulillah. Setiap yg berlaku ada hikmahnya. Setiap ujian jika ditempuhi dgn sabar dan iman, InsyaAllah akan terasa kemanisannya. Actually, byk nak update tapi mood bloging dah tak mcm dulu. Tu yg update ringkas2 je, tu pun update pasal Marissa je. Diam tak diam dah nak setahun dah dia. Fuh mcm2 dah perangai dia. Buat yg rindu sama mama dan ayah marissa, aku letak lah sekali gambar ni. Nanti aku update lagi ye. Blog ni kan time aku rajin update nuffnang ala2 je, tapi time tak update lama tgk blh thn plak. Ok berjumpa lagi di lain entry ye. Apapun syg kat kwn2 semua yg byk mendoakan kesejahteraan kami sekeluarga. Terima kasih.

Sunday, May 8, 2011

Happy Mothers Day


Inilah sumber kekuatanku. My love, my precious, my happiness n so on. Terima kasih kerana menjadi anak mama yg baik.