Nothing Special   »   [go: up one dir, main page]

Wednesday, January 30, 2008

Imbau Kembali (Part 1)

Hari ini aku teringat saat itu, dan ingin ku kongsikan saat itu bersama sebagai tanda kasih dan ingatanku kepadanya...


Tarikh keramat 07.07.07 adalah tarikh yang penting dalam hidupku. Aku telah diijabkabulkan dengan tunangku setelah hampir 6 tahun perkenalan. Dengan sekali lafaz maka jadilah aku isteri kepada Shahrizal Ikhmar bin Jamil. Sungguh manis sekali detik itu, melihat suamiku yang tenang di kala berjabat tangan dengan Tn. Imam ketika melafazkan akad. Sayu juga dihati ketika suami membacakan taklik sambil memandangku, betapa ku tahu yang dia amat menyayangiku.



Walaupun hanya sekali lafaz, majlis akad nikahku yang bertempat di masjid itu berlangsung agak lama iaitu kira2 hampir 3 jam. Ini kerana, kat tempat aku ni, Imam yang menikahkan lazimnya memberikan dahulu sedikit ceramah sebagai panduan dan diikuti dengan sesi soal jawab dengan pengantin lelaki. Imam juga telah meminta suamiku membacakan doa sebelum berakhirnya majlis. Sebelum bersurai, suamiku sempat mengerjakan solat sunat di masjid tersebut.

Kepada suamiku, terima kasih kerana mengambil diri ini sebagai suri di hatimu. Aku bertuah kerana dipertemukan dengan insan sepertimu yang amat penyabar, memahami, penyayang dan yang paling utama sifat hormatnya kepada sesiapa terutamanya orang2 tua.


Kepada ibuku, terima kasih kerana membesarkan anakmu ini dengan penuh kasih sayang dan terima kasih atas segalanya.

Kepada mama dan ayah terima kasih kerana menerima kehadiran diri ini sebagai menantu dan menganggap diri ini sebagai anak sendiri.

Kepada semua ahli keluargaku, aku sayang kalian semua.

Semoga Allah memberkati dan merahmati hidup kita semua di dunia di akhirat.

Saturday, January 26, 2008

Guess what? This is my surprise Present from him




Jangan jeles yer... gambar di atas adalah hadiah dari my hubby sempena dia balik dari outstation. Kalau cam ni outstation selalu pun takpe. Thank you sayang... I suka sangat...dia tahu ajer apa yang aku gemari.... thanks sayang.. u such a nice husband..glad to be your wife...

Friday, January 25, 2008

Air oh Air

Masa nak mandi pagi tadi tetiba tengok air takde lah pulak. Kesiulan betullah aku dahlah nak cepat nie. Dalam hati aku SYABAS ni kalau nak buat gangguan bekalan pun bagilah notis awal2 ni menyusahkan org ajer..

Eh, tapi korang jangan ingat aku tak mandi lak gi keje hari ni, aku mandilah jugak kat bilik air lagi satu, kat situ adalah bekalan air khas untuk keadaan genting seperti ini.

Tengah mekap2 mak aku ketuk pintu bilik aku sambil cakap air takde sebab sambungan air ke rumah aku telah mengalami kebocoran. Habis melimpah kat atas jalan depan rumah aku. Nasib bocor sebelum meter, kalau tidak mau melonjak bil air aku.

Aku pun dengan berhemahnya terus call talian bebas tol PUSPEL
1-800-88-5252 masa tu belum pukul 7 lagi, aku try2 jer kot derang ni standby 24 hrs. Nasib baik ada satu mamat jawab call aku ni. Aku pun teruslah log report. Derang kata akan datang repair secepat mungkin.

Tadi dalam kul 10.00am aku call rumah, tanya mak derang dah datang ke belum, mak aku kata tak datang lagi. Takpelah may be jap2 lagi datang lah tu.

Pastu kul 12.00pm aku call rumah aku lagi, mak aku kata derang dah datang repair. Alhamdulillah...

SYABAS kepada PUSPEL dengan perkhidmatan yang diberikan. Terima kasih.

Thursday, January 24, 2008

Single Gathering

Malam Thaipusam hari tu aku bersama-sama member2; watie, nita & kak linda (all ladies) telah melepakkan diri makan2 minum2 tanpa kehadiran husband masing2. Memang itu yang nita plan kan dari minggu lepas - nak gather with all the girl frens, tapi weekend ari tu aku cam malas jerk.. tapi malam thaipusam tu aku rajin sikit sebab boring nak duk rumah sebab laki aku outstation ke JB. Setelah mendapat keizinan husbands masing2 so kami pun dengan rianya lepak sampai tak ingat nak balik. Apa tak nye kul 12 lebih baru gerak balik. Seronok lepak2 ngan derang ni, boleh sharing citer2, dengar masalah, beri pendapat.. kira ini sesi kongsi citerlah... yelah lagipun kawan aku si nita ni kan full time housewife, so memanglah kadang2 tu dia tingin sangat releasekan tension ngan berjumpa ngan kawan2 dia nie...lagipun boring lah dia kan asyik terperap kat rumah ajer. Yang bagusnya kakak dia pun nak join sekali...

Pada Gathering itu, kami sama2 membuat planning untuk mengadakan perjumpaan seterusnya tapi kali ni ngan husband masing2. Antara cadangannya ialah, Pertandingan bowling antara couple, berkaraoke & watching movie... tgk ar may be end of this month kot..

Oh ye, my hubby outstation selama 3 hari, akan balik KL pada hari Khamis ni. Dia kata ada surprise tuk aku... ish tak sabar lah tunggu dia balik...

Saturday, January 19, 2008

Perfumes


Entry sebelum ni aku citer pasal aku beli perfume kan?? Nak kata aku boros tak lah jugak, sebab aku memang pakai perfume tu & bkn nak disimpan ajer. Dan disebabkan perfume guess (hantaran masa nikah) yang aku pakai sekang ni dah nak abis tu yang aku beli baru nie.

Sebelum ni aku pakai perfume DKNY be delicious (itu lak hadiah hantaran masa tunang), aku suka gak pakai perfume ni tapi memandangkan ramai sgt kat ofis aku ni yg pakai perfume ni so aku beralih arah lah ke tajuk yang lain. Walaupun dah dekat 2 tahun masih ada lagi sikit (memang saje tinggalkan sikit), tapi hubby aku lak yang suka curi2 pakai sebab dia ni ni jenis syg nak pakai perfume sendiri walaupun dia punya banyak lagi (tapi sekarang tidak lagi selepas kena sound ngan aku). Memandangkan jugak dia ni hantu perfume that's why lah aku hadiahkan dia guess for man ni kat dia. Sekarang ni dia pakai Givenchy.

Sebelum Guess dan DKNY, aku dulu gemar menggunakan perfume Clinic Happy, sebab bau dia yang lain dari yang lain. Lagipun harga dia pun tak mahal sangat.
Sebelum Clinic Happy, aku pernah pakai Estee Lauder Pleasure Intense.. sedap bau dia...

Sebelum Pleasure Intense aku tak ingat aku pakai apa, tapi seingat aku, aku pernah pakai CK, rasanya tu masa study lah... & pernah jugak memakai Perfume Nutri-Metic (tajuk tak ingat) pun masa study dululah. Oh ya Body shop pun aku pakai jugak, ada lagi sampai sekarang, tapi tu aku pakai kalau kat rumah ajer...


Kesimpulannya aku pun tak ingat dah berapa botol perfume dah pernah aku beli / pakai, sebab aku tak simpan lak botol-botolnya.. eh tapi rasanya aku simpan.. tapi tak taulah kat mana aku letak.. dalam kotak kot.

Sekian, inilah citer pasal perfume.

Boros?.




Hari ni jer aku spent dekat RM500 semata-mata membeli perfume dan mekap. 1 perfume guess (silver) for woman -75ml (untuk aku), 1 guess perfume for man 50ml (untuk hubby) & 1 bedak Mac untuk aku. Kesemuanya berharga RM477 dan dibeli di Sogo. Tak sampai 1 jam, abis cam tu jelah duit aku. Memandangkan hari ini Sogo buat sale khas untuk member card, aku telah menerima voucher sebanyak RM80. Ini kerana setiap RM100 yang dibelanjakan layak menerima RM20 voucher (tapi ni untuk kosmetik ajer, tapi barang2 lain layak dapat RM10 voucher ajer). Selain itu, aku juga telah mendapat 1 beg guess for woman & 1 beg guess for man. Selain itu juga aku juga telah berjaya menge'pau' dua botol kecik sample perfume. Dan aku juga dengan baik hatinya memberikan salah satunya kepada member aku kat ofis ni.

Next entry aku smbg citer pasal perfume lagi ....

Friday, January 18, 2008

Terbakar

Pagi tadi dalam kul 4.30am, tiba-tiba lampu kat dalam bilik aku terbakar. Nasib baik hubby tiba2 terjaga. Terus dia matikan suis utama. Aku yang dalam keadaan mamai tanya dia apsal? dia kata lampu terbakar. Bau hangit. Aku yang rabun ni pun pandang lah ke atas syiling..terdapat cahaya berkelip-kelip. Aku pelik pesal lampu ni hidup lagi padahal suis dah ditutup. Rupa-rupanya itu adalah api. Memang betul2 terbakar lampu aku tu. Hubby lekas2 amik tangga, dan cuba memadamkan api itu. Nasib baik dapat dipadamkan, kalau tak taulah aku...

Aku pelik apsal lah lampu bilik aku ni asyik rosak jer.. hubby aku baru jer tukar lampu baru ahad lepas sebab lampu baru yang adik aku tkr minggu sebelum tu pun dah rosak jugak. Musykil.. musykil..

Sudahnya bilik aku hanya diterangi lampu meja sahaja yang cahayanya hanya samar2 sahaja. Aku bersiap nak gi kerja tadi pun dalam kesamaran.

Tuesday, January 15, 2008

PD

Cuti Awal Muharram yang lepas aku telah membawa seisi keluargaku bercuti ke PD. Satu malam jer dapat, sebab resort (tempat keje aku punya tempat percutian) aku tu sentiasa fully booked. Layan gambar ajer k...




Bergambar reramai sebelum gerak
Kami pergi dua kereta. Yang naik ngan aku, termasuk hubby ialah akak sulung, adik pompuan & Ain. Drebarnya tak lain tak bukan hubby aku lar.


Cadangan nak gi PD ni pada mulanya dari hujung tahun lepas lagi, memandangkan anak buah aku si Ain tu beria sangat nak berpicnic. Tapi taulah hujung tahun lepas, kan cuti sekolah sure resort fully booked punya, tambah lagi cuaca pun cam tak begitu baik jer...so planning tersebut terpaksa diKIVkan.

Ain ngan aku (hah tersembul taring aku)


Alhamdulillah hajat nak ke PD dapat gak diteruskan bila terdapat kekosongan chalet pada hari cuti awal muharram hari tu. So, tanpa buang masa aku pun book lah Chalet B. Maka, pada pagi Khamis tu maka berangkatlah kami ke sana. Sampai PD dalam kul 12 lebih, memandangkan check-in time kul 3.00pm so, kami pun bersiar-siarlah dahulu kat Teluk Kemang.

Mak ngan aku

Aku ngan asben

Me & nephew; Adam

Sakan si Ain tu posing (baju hijau)

Bergambar, shopping2 sikit dan makan tengahari. Servis kat kedai makan kat situ amatlah lem sekali. Aku order char kuewtiau, berjanggut baru dapat. Orang yang makan nasi campur sumer dah setle, aku baru nak makan.

Makan time

Sumer org dah makan. Aku je belum.

Memang sabar pun aku menunggu. Org lain dah abis makan, makanan aku baru sampai.

Takde maknenya.. lembap:P

Masa jenjalan kat pantai tu aku terserempak lak ngan member lama masa UiTM dulu. Inaz namanya. Dia sampai tak cam aku, puas aku memperkenalkan diri baru dia ingat.. hampeh tul.

Selepas puas membeli belah maka kami pun meneruskan perjalanan ke tempat yang dituju. Sungguh terpegun melihat keindahan resort yang baru diubahsuai itu. Kami menginap di chalet B yang terletak betul2 kat tepi swimming pool. Setelah memunggah barang2 dan berehat-rehat, kami pun memulakan aktiviti renang seisi keluarga. Sungguh syok sekali berenang-renang sambil bermain bola. Yang paling seronoknya si Ain tu lah.. dia memang suka main air. Kami juga telah sama2 mengadakan pertandingan renang (antara kiterang ajelah). Macam gaya 'perenangan' ada. Mak aku pun tak ketinggalan berendam bersama-sama.

Cantik kan?


Sugguh selesa


Model Majalah Mangga


Pada malam harinya, mula2 bercadang nak dinner kat luar, tapi memandangkan masing2 dah keletihan kami masak dan makan di chalet sahaja.


Letih sangatlah tu..


Hubby, adik lelaki ngan abg ipar aku sibuk gi memancing sampai tgh malam, tapi seekor ikan tak diperolehi...

Pagi keesokannya, sesambil tunggu akak aku menyediakan nasi lemak sebagai sarapan pagi aku berjalan-jalan di tepian pantai dan sekitar resort sambil mengambil gambar-gambar.


Akak aku masak.. nyum nyum. 1 resort bau nasi lemak ni

Lepas makan, tak nak lepaskan peluang untuk berendam lagi, sebab tengahari nak check-out dah... Sian si Ain ngan Adam derang cam tak puas jerk. Takpe lain kali alang bawak datang sini lagi ok.

My dear Family

Sebelum pulang sempat singgah kat Nilai 3 since akak aku yang no. 2 tu tak pernah sampai ke sana. Aku tak shopping apa pun, takde yang menarik minat aku. Lepas jenjalan kat situ, perut pun dah kelaparan, ada request nak makan KFC, so mencari lah kami restoran KFC kat sekitar bandar Nilai tu. Rasa cam Treasure Hunt jer masa nak cari KFC tu. Nasib baik akhirnya jumpa jugak.

Wednesday, January 9, 2008

Salam Maal Hijrah

Kepada semua umat Islam selamat menyambut Awal Muharram. Sama-samalah kita mempertingkan lagi keimanan dan ketaqwaan ke hadratNya. Semoga Allah memberkati kita di dunia dan akhirat.

Monday, January 7, 2008

Adam & Ain

Dua2 budak ini amatlah aku sayang sekali. Mereka ialah anak buah aku merangkap anak akak aku. Derang ni very the very close ngan aku terutamanya si ain itu. Si Adam pulak lebih manja ngan adik aku. They call me 'Ayang' (asal perkataan Alang). Tahun ni si Adam akan masuk 2 tahun manakala ain pula 5 tahun. Si Ain telah pun memulakan sesi pre-schoolnya minggu lepas. Walaupun baru 5 tahun aku tengok dia dah macam budak darjah satu. Dia ni tinggi, mewarisi sifat auntinya ini.. hehe.. dan fikirannya jugak agak matured dari usia sebenar. Ni mungkin masa kecik2 dulu dia sentiasa dikelilingi oleh orang yang lebih dewasa.

Adam Hakimi


Nur Ain Syuhada


Dah beso pun.. cam bdk darjah satu.. padahal baru 5 taun je si ain tu




Adam bulat



Ain peminat Dora


Sayang korang... mmpphhh..

Citer Hujung Minggu

Hari Sabtu

Hari Sabtu hari tu cam biasa aku & hubby kuar breakfast kat tempat biasa. Tapi yang tak biasanya hari tu aku kuar pagi kul 9.00am dan balik rumah kul 4.00pm Cuti2 cam nie memang aku jarang buat breakfast memang makan luar jerk.. hampir setiap minggu lah kiterang makan breakfast kat sana. Mungkin kerana roti canai dia sedap kot.. tapi nasi lemak dia pun sedap gak, memang senantiasa ramai orang.. cuma satu jerk fail...servis nya lem... nak mam.. kadang2 tu sampai berejam lah menunggu... tapi apakan daya kiterang tetap pelanggan yang setia.

Lepas makan2 hubby temankan aku gi hantar baju kat taylor biasa aku. Dah lama gak lah aku tak anta baju kat dia sebab majuk.. ada ke patut masa raya lepas aku sampai merayu-rayu dia siapkan baju raya aku yang aku anta dari bulan 7.. alih2 baju aku siap di pagi hari raya.. lepas sembahyang raya terus gi rumah dia amik baju raya.. sob..sob..sob.. Tapi sekarang nak tak nak aku kena hantar gak kat dia, aku takde taylor yang ok macam dia.. lagi pulak aku ada 5 helai kain yang tak dijahit lagi.. takkan aku nak peram je kain2 tu. Kali ni aku cakap ngan dia aku nak pakai baju tu masa kenduri kawin sepupu aku 20hb ni padahal sepupu aku tu kawin 27hb.. aku terpaksa tipu sunat walaupun takde istilah itu sebenarnya supaya baju aku tu dapat siap sebelum deadline..hehe






Lepas anto baju camne leh lak terjebak survey2 rumah kat taman perumahan yang baru yang tak jauh dari rumah mak aku. Rasa cam tingin nak beli rumah lah pulak. Mula2 gi tgk show room kat Kundang Jaya.. harga rumah berpatutan dan keluasan agak selesa dan agak memenuhi citarasa. Tinggal 9 unit je lagi. Tapi kiterang tak leh gopoh2 kena consider & survey2 dulu ngan kawasan lain.







Lepas tgk showroom kat situ, rasa nak tgk lak showroom kat Desa Puteri. Mula2 gi terlepas jalan lalu sampai ke rumah akak sulung ku.. alang2 dah sampai sana singgah lah kejap kat rumah dia. Lagipun dia tinggal sorang jer tu.. en. husband dia outsation kat Arab Saud. ala orang
minyak.hehehe Bila tau yang aku ngan hubby nak tinjau kawasan dia pun nak ikut sekali.. dia memang suka tgk showroom2 nie..






So, together-getherlah aku, hubby ngan akak aku ke showroom seterusnya.. Rumah kat situ byk dah sold out. Tinggal Town House jer. Town house pun cantik gak tapi agak kecil lah sikit.. Salesman tu ada bagi suggestion to buy 2 units maknanya dapatlah 2 tingkat terus.. tapi kena renovate lah sikit nak pecah dinding.. satu unit lebih kurang 90ribu, kalau beli dua2 170 ribu.. ok gaktu.. tapi jadi rumah besarlah sangat.. sudah jadi sampai 6 bilik.. nak wat pe kan? wat penat ngemas adalah.. takpe2 survey2 dulu...

Lepas jalan2 tengok rumah, akak aku lapar pulak, dia ajak makan. So, kami meneruskan perjalanan ke tempat makan yang dituju iaitu Pizza Hut. Akak aku ni penggemar pizza, so dia belanja kiterang pizza yang baru tu.. ala ape ke nama dia tu.. lupa lah pulak... Masa tu pun dah dekat kul 2. Ini bermakna dari b'fast pagi tadi aku tak balik2 rumah lagi tau. Mesti mak aku tertunggu-tunggu aku balik masak hehe.

Lepas makan kiterang pun baliklah, tapi tak balik lagi tau. Aku singgah kat rumah akak aku no. 2 pulak. Rumah dia tersangatlah hampir ngan rumah akak aku yang no.1 tu. Saje singgah nak jengah anak2 buah kesayangan aku tu. Rindu lak. Lepak2 hujan turun ngan lebatnya lah pulak. Terus aku lepak lama kat situ sampai hujan reda..

Alih2 kul 4 lebih baru aku balik. Sampai rumah mak tengah membetulkan pasu2 bunganya yang tumbang akibat hujan lebat dan angin yang kuat itu.

Malam cadang nak makan sate sebenarnya malas nak masak, tapi pakcik sate tu tak berniaga pulak. Terpaksalah aku masak jua akhirnya.. sempoi ajer.. sambal ikan bilis masak tempoyak.. sedap hingga menjilat pinggan tau.

Pas makan layan tengok tv3 Cerekarama citer Papa.. ada part yang sedey..


Hari Ahad lak

Hari ni memang berazam nak duk rumah ajer.. pagi lepas jemput mak balik pasar.. aku kemas2 bilik sebenarnya hubby yang buat pun, aku alergik abuk, sidai kain dan seterusnya aku prepare lunch.. apa aku masak yer?? oh yer daging masak merah ngan kacang boncis goreng.. nyum nyum.. hubby kata sedap tau.. Petang adik aku mintak tolong hantar dia ke Royal Lake Club, dia ada dinner kat situ... tengok betapa mithalinya aku nie, org mintak tolong tak pernah dihampakan... aku bawak mak sekali.. lepas hantar ke lake club singgah sogo jap.. gi warehouse sale kat tingkat 7 tuh.. hubby nak beli T-shirt.. dapatlah dia 2 helai T and 1 Kemeja.. aku pun dapat 2 helai T gak... lepas shopping minum2 and terus balik.

Balik rumah badan dah letih sikit... baju tak iron lagi nie. esok nak keje.. cam malas jerk. yang mengharukan pulak lampu bilik lak wat hal tak nak idup. terpaksa mintak khidmat adik bongsu aku yang panjang itu tolong repair. Buat penat aku jer tukar lampu cantik kat bilik aku masa nak kawin dulu, alih2 semalam aku tukar lampu biasa ajer.. sebab lampu tu selalu wat hal... takpelah janji terang....

haha amik ko sikit punya panjang lebar aku punya citer nie.. tapi takpe bkn ada org nak baca pun.. cuma untuk diri sendiri ajer... aku blogging ni pun cuma rasa untuk diri sendiri ajer... tapi kalau ada org terbaca cam ne yerk?? I malu lah..

Sekian.







Perihal 1 Jan

1 Januari datang lagi. Happy New Year to all. Tahun ni no count down count down ok! malas nak bersesak-sesak. Cuma after office balik rumah in law kejap. Since mama tingin nak makan KFC hubby belanja mama dan ayah makan kat Jalan Kuchai Lama. Mula2 gi KFC kat Taman Sg. Besi tapi KFC Spicy dah abis lah pulak, dah lah tu feveret mama.. tu yg sampai ke Kuchai Lama. Selera tul tengok mama ngan ayah makan... Ayah ajak aku ngan hubby join count down ngan member seangkatannya, tapi hubby cam malas dan aku pun time tu sakit kepala yg amat.. so terpaksalah menolak ngan cara yang baik.. ranggi tul ayah mertua ajak anak menantu lepak sesama.. best best.. derang very the sporting... abis makan ayah hantar kiterang balik amik kete & terus balik rumah mak aku, 11 lebih baru sampai rumah.




Pada tarikh yang sama juga, tapi tahun yang berbeza (2007), aku & Shah telah menyelebrate anniversary pertunangan kami yang pertama bersama-sama rakan rapat bersama hubby masing2. Belanja makan je pun kat Kg Baru. Pada perjumpaan tersebut kami semua telah berjanji untuk mengadakan at least 1 gathering dalam setahun. Seronok gak bila berkumpul-kumpul sekali-sekala ngan kawan2 yang gila2 nie walaupun masing dah berlaki. Watie, Wan, Nita & hubby masing2 punyalah sporting.. Tambah lagi Nita memang terkenal ngan gila2 yang teramat dia tu menggamatkan lagi keadaan. Harap2 persahabatan ini akan berkekalan walaupun masing2 sekarang ni ada keluarga sendiri. Seronok kawan ngan korang tau.... oh ye derang ni sumer kawan2 aku masa dari sekolah rendah dan sekolah menengah lagi. Layan gambar jelah tapi sori gambar laki masing2 takde dalam simpananlah pulak..












Pada tarikh yang sama juga, tapi tahun yang berbeza (2006), aku juga telah melangsungkan pertunangan dengan tak lain dan tak bukan En. Shah a.k.a Boy. Setelah hampir 4 tahun berkawan kami mengambil keputusan untuk bertunang.. Tapi time tu tak fix lagi bila nak langsungnya.. Citer pasal kahwin akan diceritakan pada next entry.






Saturday, January 5, 2008

Birthday

Happy Birthday to my 1st Sister
-5th January-


Yg mana satu birthday girl nya? She's the third from left (left to right: aku, adik aku, akak 1st, akak 2nd)