Panduan Pengguna iCloud
- Selamat Datang
-
-
- Daftar masuk dan gunakan iCloud.com
- Sesuaikan dan gunakan halaman utama
- Keynote
- Numbers
- Pages
-
- Gambaran keseluruhan Foto di iCloud.com
- Lihat foto dan video anda
- Sembunyikan foto dan video anda
- Guna Pustaka Foto Dikongsi iCloud
- Muat naik dan muat turun foto
- Tambah tajuk atau kapsyen
- Susun foto dan video
- Tambah foto dan video ke Kegemaran
- Mainkan tayangan slaid foto
- Padam dan pulihkan foto dan video
- Kongsi foto dan video
- Pulihkan fail dan maklumat
- Gunakan iCloud pada komputer Windows anda
- Dapatkan bantuan lanjut dengan iCloud
- Legal notices and acknowledgements
- Copyright
Susun nota anda dengan tag di iCloud.com
Anda boleh menggunakan tag sebagai cara yang pantas dan fleksibel untuk mengkategorikan dan menyusun nota anda. Anda boleh menambahkan satu atau lebih tag pada nota, seperti #beli-belah dan #kerja, dan menapis nota anda dengan mudah merentas folder menggunakan Pelayar Tag.
Tambah tag pada nota
Anda boleh menaip tag di mana sahaja dalam nota. Tag mestilah perkataan tunggal tetapi anda boleh menggunakan sengkang dan garis bawah (contohnya #minit-mesyuarat atau #dokumen_penting).
Dalam Nota di iCloud.com, pilih nota.
Taipkan tanda nombor (#), kemudian taipkan perkataan—contohnya #mesyuarat atau #penting—atau pilih daripada senarai tag yang dicadangkan. (Tag yang dicadangkan akan muncul jika anda telah menambahkan tag dalam Nota.)
Tag yang anda tambahkan akan muncul dalam Pelayar Tag di bar sisi.
Jika anda menambahkan tag kepada nota yang dikongsi, tag akan muncul sebagai teks dimalapkan kepada peserta lain yang tiada tag dalam Pelayar Tag mereka.
Lihat nota dengan tag
Dalam Nota di iCloud.com, lakukan salah satu yang berikut:
Untuk melihat senarai nota yang mengandungi tag, klik tag dalam Pelayar Tag di bar sisi.
Untuk melihat senarai nota yang mengandungi berbilang tag, klik semua tag tersebut di bar sisi.