Cipta dan edit alamat Sembunyikan E‑mel Saya di iCloud.com
Apabila anda melanggan iCloud+, anda boleh mencipta alamat e‑mel yang unik dan rawak dengan Sembunyikan E‑mel Saya di iCloud.com. Anda juga boleh mengurus alamat e-mel yang telah anda cipta dalam Safari, Mail dan app pihak ketiga yang disokong.
Untuk mencipta dan menguruskan alamat anda pada peranti Apple lain, lihat Sediakan dan gunakan Sembunyikan E‑mel Saya di iCloud+ pada semua peranti anda.
Nota: Jika anda ingin melihat dan menguruskan alamat yang dicipta dengan Daftar masuk dengan Apple, lihat artikel Sokongan Apple Uruskan app anda dengan Daftar masuk dengan Apple.
Cipta alamat baharu dengan Sembunyikan E‑mel Saya
Anda perlu menyediakan pengesahan dua faktor untuk mencipta alamat dengan Sembunyikan E‑mel Saya.
Di iCloud.com, klik dalam bar alat, kemudian klik Sembunyikan E‑mel Saya.
Lakukan salah satu daripada yang berikut:
Jika anda mempunyai alamat aktif, klik bersebelahan "[bilangan] alamat e‑mel aktif".
Jika anda tidak mempunyai sebarang alamat aktif, klik "Sediakan alamat e‑mel baharu".
Sembunyikan E‑mel Saya menjana alamat e‑mel yang unik dan rawak.
Tambah label untuk alamat.
Alamat anda disenaraikan mengikut abjad mengikut label.
Anda juga boleh melakukan salah satu daripada yang berikut:
Klik “Gunakan alamat e‑mel yang berbeza” untuk menukar alamat.
Tambahkan nota untuk membantu anda mengingat cara anda menggunakan alamat.
Klik “Cipta alamat e‑mel”.
Cari alamat
Jika anda mempunyai lima atau lebih alamat e‑mel, anda boleh mencari alamat.
Di iCloud.com, klik dalam bar alat, kemudian klik Sembunyikan E‑mel Saya.
Lakukan salah satu daripada yang berikut:
Klik , kemudian taip dalam medan carian. Anda boleh mencari nama, label, alamat atau tempat alamat dicipta.
Klik huruf di sebelah senarai alamat. Senarai akan skrol ke alamat pertama yang bermula atau paling dekat dengan huruf yang dipilih.
Salin alamat yang dicipta dengan Sembunyikan E‑mel Saya
Anda boleh menyalin alamat yang dicipta dengan Sembunyikan E‑mel Saya dan tampalkannya di tempat yang anda ingin gunakan—contohnya, dalam borang web.
Di iCloud.com, klik dalam bar alat, kemudian klik Sembunyikan E‑mel Saya.
Di bawah "[bilangan] alamat e‑mel aktif", pilih alamat e‑mel yang anda ingin gunakan.
Klik “Salin alamat e‑mel”.
Edit label atau nota
Di iCloud.com, klik dalam bar alat, kemudian klik Sembunyikan E‑mel Saya.
Di bawah "[bilangan] alamat e‑mel aktif", pilih alamat e‑mel yang anda ingin edit.
Ubah label atau nota, kemudian klik “Simpan perubahan.”
Tukar alamat pemajuan
Setiap alamat rawak yang unik yang anda cipta dengan Sembunyikan E‑mel Saya dimajukan ke alamat e‑mel yang sama. Anda boleh menukar alamat pemajuan pada bila‑bila masa.
Di iCloud.com, klik dalam bar alat, kemudian klik Sembunyikan E‑mel Saya.
Skrol ke bahagian "Majukan kepada", kemudian pilih alamat yang berbeza.
Bahagian "Majukan kepada" ada di bawah senarai aktif alamat dan di atas alamat tidak aktif anda.
Nota: Anda boleh memajukan alamat rawak yang unik anda ke alamat e‑mel yang dikaitkan dengan Apple ID anda. Untuk menambah atau mengeluarkan alamat, pergi ke Laman web akaun Apple ID.
Jika anda mendaftar masuk dengan Apple ID pada peranti Apple anda, anda juga boleh mencipta alamat e‑mel rawak yang unik dalam Safari. Lihat Sediakan dan gunakan Sembunyikan E‑mel Saya di iCloud+ pada semua peranti anda.