Panduan Pengguna iCloud
- Selamat Datang
-
-
- Daftar masuk dan gunakan iCloud.com
- Sesuaikan dan gunakan jubin halaman utama
- Jemputan Apple
- Keynote
- Numbers
- Pages
-
- Gambaran keseluruhan Foto di iCloud.com
- Lihat foto dan video anda
- Layari foto atau video mengikut tarikh
- Sembunyikan foto dan video anda
- Muat naik dan muat turun foto
- Tambah atau edit tajuk, kapsyen atau metadata lain
- Susun foto dan video
- Tambah foto dan video pada Kegemaran
- Mainkan tayangan slaid foto
- Padam dan pulihkan foto dan video
- Pulihkan fail dan maklumat
- Gunakan iCloud pada peranti Windows anda
- Dapatkan bantuan lanjut dengan iCloud
- Legal notices and acknowledgements
- Copyright
Tambah dan uruskan alias e‑mel untuk iCloud Mail di iCloud.com
Selepas anda menyediakan alamat iCloud Mail utama, anda boleh mencipta hingga tiga alias e‑mel @icloud.com di iCloud.com. Selepas anda menyediakan alias, anda boleh menghantar dan menerima mel daripada alias tersebut di iCloud.com serta pada mana‑mana peranti yang menghidupkan Mel dalam seting iCloud.
Untuk maklumat lanjut, lihat Apakah alias e‑mel dalam iCloud Mail?
Nota: Jika anda menyediakan domain tersuai dengan iCloud+, anda boleh menukar nama penuh yang dipaparkan dengan alamat domain tersuai anda dalam seting Mel. Anda boleh mencipta dan mengurus alamat e‑mel anda untuk domain tersebut pada halaman Ciri iCloud+ di iCloud.com.
Cipta alias e‑mel
Pergi ke icloud.com/mail, kemudian daftar masuk ke Akaun Apple anda (jika perlu).
Klik
di bahagian atas Senarai Peti Mel, kemudian pilih Seting.
Klik Akaun, kemudian klik Tambah Alias.
Berikan maklumat yang diminta:
Alamat Alias: Teks yang anda berikan akan menjadi alamat e‑mel (alias@icloud.com). Alias mesti mengandungi antara 3 hingga 20 aksara.
Label: Alias disenaraikan mengikut abjad mengikut label.
Nama Penuh: Nama yang anda berikan muncul dalam medan Daripada pada e‑mel yang anda hantar.
Klik Cipta.
Tukar nama penuh atau label
Anda boleh mengubah nama penuh untuk alias atau alamat domain tersuai. Anda boleh mengubah label untuk alias.
Pergi ke icloud.com/mail, kemudian daftar masuk ke Akaun Apple anda (jika perlu).
Klik
di bahagian atas Senarai Peti Mel, kemudian pilih Seting.
Klik Akaun, kemudian pilih alias iCloud Mail dalam senarai.
Edit nama penuh atau label, kemudian klik Simpan Perubahan.
Matikan, hidupkan atau padamkan alias
Anda boleh menghidupkan atau mematikan alias e‑mel pada bila‑bila masa. Anda juga boleh memadamkan alias e‑mel yang tidak lagi digunakan. Tindakan mematikan alias e‑mel hanyalah untuk sementara, manakala tindakan pemadaman adalah kekal. Apabila alias dimatikan atau dipadamkan, e‑mel yang dihantar ke alias itu akan dikembalikan kepada pengirim.
Pergi ke icloud.com/mail, kemudian daftar masuk ke Akaun Apple anda (jika perlu).
Klik
di bahagian atas Senarai Peti Mel, kemudian pilih Seting.
Klik Akaun, pilih alias iCloud Mail dalam senarai, kemudian lakukan salah satu yang berikut:
Matikan alias: Pilih “Nyahdayakan alias”, kemudian klik Simpan Perubahan.
Hidupkan alias: Nyahpilih “Nyahdayakan alias”, kemudian klik Simpan Perubahan.
Padamkan alias: Klik “Padam alias”, kemudian klik Padam.
Nota: Jika anda mempunyai tiga alias e‑mel dan memadamkan satu alias e‑mel, anda mesti menunggu 7 hari sebelum boleh mencipta alias e‑mel baharu.
Nota: Anda tidak boleh menggunakan alias untuk mencipta Akaun Apple yang berasingan.
Ketahui cara menggunakan Mail di iCloud.com pada telefon atau tablet.