Hogwarts
Lokasi dalam Harry Potter | |
Kota Istana Hogwarts seperti di dalam filem Harry Potter | |
Sekolah Sihir Hogwarts | |
---|---|
Draco Dormiens Nunquam Titillandus Jangan Mengganggu Naga yang Tidur | |
Lokasi | Utara United Kingdom (Scotland) |
Ketua | Albus Dumbledore[HP1]-[HP6] Minerva McGonagall[HP6] Severus Snape[HP7] Minerva McGonagall[HP7] |
Penduduk Tetap | Rubeus Hagrid, Firenze, Sybill Trelawney, Argus Filch, Peeves, Nearly Headless Nick, Baron Berdarah, The Grey Lady, Friar Gemuk, Moaning Myrtle |
Kemunculan pertama dalam Harry Potter | Harry Potter and the Sorcerer's Stone |
Sekolah Sihir Hogwarts (Jawi: سكوله سيحير هوݢواتس ; Hogwarts, School of Witchcraft and Wizardry) ialah sebuah sekolah sihir rekaan J.K.Rowling yang menjadi latar utama dalam siri novel khayalan beliau, Harry Potter.
Sinopsis
[sunting | sunting sumber]Hogwarts ialah sebuah sekolah berasrama yang dibina dari sebuah istana kota yang terletak di kawasan pergunungan, berhampiran dengan sebuah tasik. Lokasinya tidak diketahui secara terperinci, tetapi melalui buku, kita boleh mengetahui yang Hogwarts berada di bahagian Utara United Kingdom.
Perkarangan Hogwarts mempunyai gelanggang Quidditch yang menjadi tempat tumpuan utama tahunan bagi sukan Quidditch antara rumah, tasik, Hutan Larangan, rumah pekerja dan rumah hijau.
Pelajar Hogwarts dibahagikan kepada rumah pasukan masing-masing yang terdiri dari empat rumah iaitu Gryffindor, Hufflepuff, Ravenclaw dan Slytherin.
Pelajar didatangkan ke Hogwarts dengan sebuah kereta api yang diberi nama Ekspres Hogwarts. Tambahan pula, Penjelmaan Muncul Tiba-tiba tidak boleh digunakan di perkarangan Hogwarts seperti yang tercatat dalam "Sejarah:Hogwarts". Walau bagaimanapun, pengangkutan keluar masuk seperti bas disediakan di perkampungan Hogsmeade dan penyapu juga boleh dipakai sebagai kenderaan. Perjalanan sihir seperti penggunaan Serbuk Floo juga turut boleh digunapakai sebagai cara untuk bergerak keluar masuk Hogwarts melalui pendiangan.
Sekolah ini mempunyai jampi yang kuat dalam mengelakkan dari dijumpai oleh Muggle. Malah, apabila Muggle mendekati, Hogwarts hanya kelihatan seperti sebuah tinggalan lama yang mempunyai tanda amaran. Manakala peranti elektronik juga tidak boleh digunakan di sekolah ini kerana terlalu banyak kuasa ajaib di sana.
Staf Hogwartslah yang mencorakkan kesinambungan pelajar dan sekolah itu, di mana setiap orang pengajar (atau digelar profesor) mempunyai pengkhususan dan Mata pelajaran Hogwarts masing-masing. Terdapat juga pekerja yang berkhidmat sebagai jururawat, pustakawan, penjaga dan penjaga mergastua. Terdapat juga lebih kurang seratus elf rumah bekerja di dapur Hogwarts yang menjadikan Hogwarts sebagai kediaman yang mempunyai paling ramai elf rumah di Britain.
Ia tidak jelas bagaimana Hoqwarts dibiayai. Dikatakan pelajar menanggung belanja pelajaran mereka sendiri. Terdapat juga yang menyatakan bahawa pelajar yang tidak berkemampuan akan diberi bantuan. Pelajaran Muncul Tiba-tiba yang merupakan suatu pelajaran pilihan adalah ditawarkan kepada pelajar tahun enam atau yang berumur tujuh belas tahun dengan bayaran 12 galleon.
Pengurusan pembelajaran dan kelas agak menakjubkan di Hogwarts. Setiap professor akan mengajar satu subjek untuk ketujuh-tujuh tahun (Lima tahun untuk sesetengah pelajaran seperti Peramalan, Arithmansi dan yang lain) dan sekurang-kurang terdapat dua sesi setiap tahun dari tahun ketiga hingga tahun kelima (tahun pertama hingga kelima bagi mata pelajaran teras seperti Posyen, Sejarah Sihir, Transfigurasi, Mantera dan Pertahanan Terhadap Ilmu Hitam) kerana pelajar Gryffindor sering digabungkan bersama pelajar Slytherin bagi mata pelajaran Posyen atau dengan Hufflepuff bagi Herbologi.
Bagi tahap U.S.S.M, pelajar tahun enam dan tujuh tidak diberi pilihan yang sebegitu. Sekurang-kurangnya, apabila suatu kelas itu berjalan, ia akan mengambil masa lebih kurang satu jam setengah. Jika semua kelas ditakrifkan berjalan selama itu, seorang professor mata pelajaran teras akan mengajar sekurang-kurangnya 36 jam seminggu untuk mana-mana kelas pun jika setiap minggu mereka mengajar dua kali sesuatu kelas dan 90 jam jika mengajar lima kali satu-satu kelas. Profesor bagi mata pelajaran bukan teras pula mengajar di antara 24 hingga 60 jam seminggu. Jika diikutkan, tanpa Pemutar Masa, perkara ini seolah-olah mustahil.
Rowling dikatakan telah mengambil perkataan Hogwarts dari buku Molesworth. The Hogwarts merupakan salah satu tajuk rekaan Molesworth, dan Hoggwart juga merupakan nama pengetua Porridge Court, pesaing St. Custard, sekolah persediaan yang paling teruk yang pernah Molesworth pergi.
Jawatan pengetua Hogwarts kemudiannya disandang Profesor Minerva McGonagall. Beliau mengambil alih jawatan ini selepas pengetua sebelumnya Albus Dumbledore dibunuh oleh Severus Snape di perkarangan sekolah itu. Walau bagaimanapun, keadaan kucar-kacir dalam dunia sihir menyebabkan Lord Voldemort menguasai Kementerian Sihir dan Hogwarts lalu meletakkan Profesor Severus Snape sebagai pengetua Hogwarts yang baru.
J. K. Rowling mendedahkan yang Profesor Minerva McGonagall mengambil alih pucuk kepimpinan Hogwarts setelah kematian Profesor Severus Snape dan kejatuhan Lord Voldemort dan Death Eater.[1]
Subjek, pemarkahan dan disiplin
[sunting | sunting sumber]Subjek
[sunting | sunting sumber]Bagi senarai mata pelajaran, sila lihat Mata pelajaran Hogwarts
Pemarkahan
[sunting | sunting sumber]Bagi pelajar yang mengambil P.S.B, terdapat satu set piawat pemarkahan bagi tahun kelima, dan U.S.S.M. iaitu peperiksaan yang lebih sukar bagi tahun ketujuh, mereka diberi markah berdasarkan skala berikut:
- C = Cemerlang
- B = Baik
- A = Agak Baik
- L = Lemah
- D = Dahsyat
- T = Trol (Gagal teruk) (Asalnya diingatkan bahawa gred ini adalah suatu jenaka Fred dan George Weasley tetapi ia adalah gred yang sebenar)
Pada empat tahu pertama, lazimnya pelajar dikehendaki meluluskan mata pelajaran yang diambil sebelum melangkah ke tahap yang lebih tinggi pada tahun mendatang.
Markah Rumah
[sunting | sunting sumber]Sebagai tambahan bagi proses pemarkahan Hogwarts, rumah pasukan Hogwarts turut boleh memperoleh markah sebagai ganjaran atau hukuman bagi seluruh pasukan. Suatu pencapaian atau kegagalan pelajaran mahupun dalam disiplin bakal menyebabkan rumah pasukan mereka memperoleh atau kehilangan markah. Peraturan ini diwujudkan bagi menguatkan lagi semangat sepasukan.
Tiada markah yang ditetapkan untuk diberi atau ditolak bagi sesuatu perkara tetapi markah tersebut diberi oleh seseorang pengajar mengikut budi bicara mereka. Mungkin boleh terlalu sedikit dan muungkin boleh terlalu besar. Seperti dalam buku pertama, penambahan 160 markah bagi rumah Gryffindor telah dilakukan oleh Dumbledore kerana Harry, Hermione dan Ron telah berjaya bersama-sama menumpaskan muslihat Lord Voldemort, manakala dalam buku keenam, 30 markah diberikan dalam masa lima minit dalam satu tempoh pembelajaran Posyen. Walau bagaimanapun, perbezaan ini bergantung kepada setiap pengajar kerana setiapnya berlainan citarasa.
Pada penghujung tahun persekolahan, kesemua markah dijumlahkan bagi setiap rumah dan rumah yang memperoleh markah tertinggi akan digelar juara dan mendapat Piala Rumah.
Hal-hal Disiplin
[sunting | sunting sumber]Selain dari kehilangan markah, sebarang perlanggaran undang-undang di Hogwarts juga boleh dikenakan tahanan. Yang mengejutkan, dalam buku Harry Potter dengan Batu Hikmat, pelajar ditahan kerana berkeliaran di waktu malam (yang dikategorikan sebagai bahaya) dan sebagai "tahanan", mereka dihantar ke Hutan Larangan yang merupakan lebih berbahaya sebagai peringatan.
Bagi kesalahan yang lebih serius, pelajar mungkin digantung atau dibuang dari Hogwarts mengikut budi bicara Ketua Rumah.
Tahun Persekolahan
[sunting | sunting sumber]Terdapat sebatang pena bulu pelepah sihir di Hogwarts yang mengesan sebarang kelahiran manusia sihir dana akan merekodkan namanya. Setiap tahun, ketua guru akan menghantar surat penerimaan sebagai pelajar Hogwarts kepada nama yang disenaraikan itu apabila mereka mencecah sebelas tahun. Jika terdapat perkara yang menyebabkan surat itu tidak sampai penerimanya, burung hantu akan terus menghantar sehingga surat itu diterima oleh penerimanya sendiri.
Surat penerimaan sebagai pelajar Hogwarts itu turut mengandungi senarai bekalan yang diperlukan termasuk buku jampi dan kawah. Lazimnya, penerimanya akan mencari semua bekalan tersebut di Diagon Alley. Bagi surat untuk Muggle, penghantar istimewa akan menghantarnya untuk menerangkan kepada mereka tentang dunia sihir.
Penggal bermula pada 1 September. Pelajar akan mengambil kereta api Ekspres Hogwarts di stesen King’s Cross. Setibanya di perkarangan luar Hogwarts, pelajar tahun pertama, akan mengikuti penjaga mergastua sekolah, iaitu sekarang ini dipegang oleh Rubeus Hagrid, untuk menaiki perahu yang disihir untuk menyeberangi tasik ke Hogwarts. Bagi pelajar lain, mereka akan menaiki pedati yang ditarik thestral. Thestral merupakan binatang yang hanya boleh dilihat oleh orang yang pernah menyaksikan kematian.
Pelajar tahun pertama akan tiba lebih lewat dari pelajar yang lebih tua dan mereka akan dialu-alukan oleh ketua pengajar, yang akan memberi taklimat ringkas mengenai system rumah pasukan. Setelah mereka dibawa masuk ke Dewan Besar, Topi Pengisih akan menyanyikan lagu yang berkaitan dengan keempat-empat rumah pasukan. Lagunya berlainan setiap tahun dan akan diselitkan sedikit amaran dan nasihat jika ketika itu sekolah berada di dalam waktu bahaya. Setelah nyanyian selesai, topi itu akan dileakkan di atas kepala pelajar lalu mengagihkan pelajar ke pasukan yang sesuai dengan kebolehan pelajar. Setelah upacara tersebut selesai, jamuan awal penggal akan bermula.
Setelah jamuan tamat, pengawas akan mengetuai pelajar tahun pertama ke ruang umum setiap rumah masing-masing. Kelas akan bermula pada keesokan harinya. Perlawanan Quidditch pula akan berlangsung tak lama selepas itu. Bagi pelajar tahun pertama, mereka akan belajar penerbangan dengan Madam Hooch.
Halloween diraikan setiap tahun. Dewan Besar akan dihiasi sempena perayaan ini. Lazimnya, Halloween akan berlaku perkara yang besar (kecuali buku ke-5 dan 6). Pelajar dibenarkan pulang ke rumah pada cuti Krismas. Pelajar yang tidak pulang akan diberikan jamuan Krismas. Seperti perayaan yang lain, Dewan Besar sekali lagi akan dihias dengan pokok Krismas dan lain hiasan lagi.
Kelas akan bermula seperti biasa setelah cuti Krismas berakhir. Perayaan lain seperti Hari Valentine dan Easter disambut dikalangan pelajar sahaja. (Melainkan tahun kedua Harry, kerana Gilderoy Lockhart menguruskan perayaan Hari Valentine. Walau bagaimanapun, Easter tidak begitu meriah memandangkan peperiksaan akan berlangsung tidak berapa lama selepas itu dan mereka dibebani dengan kerja yang banyak sebagai persediaan peperiksaan.
Bagi cuti musim panas iaitu selepas berakhirnya setahun penggal persekolahan, pelajar tidak dibenarkan menggunakan sihir sehingga mereka mencecah umut tujuh belas tahun.
Di dalam buku, uniform pelajar Hogwarts ialah jubah hitam, topi bermuncung hitam disertakan selendang musim sejuk. Di dalam filem, pelajar memakai uniform yang hampir menyamai uniform sekolah England. Mereka disertakan sweater kelabu, kemeja berkolar putih, jubah yang disulam lencana rumah dan tali leher yang mengikut warna rumah. Pelajar lelaki akan memakai selua panjang berwarna gelap manakala pelajar perempuan akan memakai skirt dan stoking yang panjang ke lutut.
Lagu Sekolah
[sunting | sunting sumber]- Hogwarts, Hogwarts, Hoggy, Warty, Hogwarts,
- Tolong tunjuk ajar kami,
- Walau jadi tua atau tiada rambut di kepala,
- Atau jadi budak yang berkudis di kaki,
- Kepala kami boleh diisi,
- Dengan ilmu, serapah dan jampi,
- Kerana kini lapang dan kosong,
- Berdangkal dan penuh daki,
- Ajarlah kami apa yang patut,
- Ingatkan apa yang kami lupa,
- Lakukan sahaja sebaik-baiknya,
- Kami lakukan selebihnya,
- Belajar sebanyak-banyaknya.
Petunjuk Tingkat
[sunting | sunting sumber]Senarai ini berdasarkan senarai yang dibuat oleh Harry Potter Lexicon[1], laman yang menganggarkan setiap bilik darjah melainkan kelas Transfigurasi. Terdapat pernyataan yang mengatakan yang beberapa bilik "bergerak" tetapi menurut J. K. Rowling, hal tersebut mungkin disebabkan keajaiban sekolah itu ataupun kelemahan beliau dalam mengingat.
Filem Harry Potter menunjukkan sedikit hal tersebut berkaitan Hogwarts:
- Hogwarts dipisahkan oleh parit besar di antara daratan dan pulau berbatu yang besar serta hampir tidak kelihatan kerana Hogwarts berada di atasnya.
- Bahagian atas pulau itu dipanggil Istana Barat yang mempunyai Dewan Besar, Dewan Masuk, Dapur, Asrama Hufflepuff, menara Astronomi, Sayap Hospital, Dewan Sario, Dataran Barat, Dataran Barat-laut dan beberapa tempat lain seperti pejabat, kuarters pengajar dan bilih darjah.
- Istana Utara merupakan bahagian terbesar keseluruhan istana kota itu. Di situlah terletaknya Asrama Gryffindor, Ravenclaw dan Slytherin. Asrama Gryffindor terletak di aras tujuh di hujung barat laut semua asrama. Ravenclaw di aras keempat mengadap Dataran Utara, bersebelahan Dewan Fervens dan Tugu Stela si Penyelamat.
Bilik Rahsia
[sunting | sunting sumber]Bilik Rahsia terletak jauh di bawah bilik bawah tanah. Tempat itu menjadi kediaman basilisk yang digunakan untuk menghapuskan pelajar kelahiran Muggle. Bilik Rahsia tersebut boleh dimasuki melalui tandas Myrtle Mengerang di bahagian sinki(yang tidak pernah digunakan) yang terdapat goresan kecil ular Salazar Slytherin di kepala paip. Bilik tersebut mengandungi patung ular pada dindingnya dan patung besar Salazar Slytherin bertentangan dengan pintu masuk.Lebih kurang 1000 tahun dahulu (waktu itu Harry Potter sudah memasuki Hogwarts),terdapat empat orang ahli sihir yang bersahabat baik bertemu iaitu Godric Gryffindor, Salazar Slytherin, Rowena Ravenclaw, Helga Hufflepuff. Mereka bercadang untuk membina sebuah sekolah ahli sihir jauh dari pandangan muggle(kerana ketika itu muggle takutkan ahli sihir) untuk mengajar kanak-kanak yang layak mempelajari ilmu sihir. Mereka turut menyumbang nama keluarga mereka untuk acara pengisihan di Hogwarts. Salazar Slytherin yang memulakan isu tentang kemasukan pelajar muggle kedalam sekolah itu. ini kerana dia merasakan ilmu sihir ini hanya layak dipelajari oleh golongan yang berdarah tulen sahaja. Slytherin pun mengasingkan diri dari yang lain lalu membina sebuah bilik rahsia jauh dari pandangan yang lain. Bilik itu hanya boleh dimasuki oleh waris-waris Salazar Slytherin kerana hanya golongan mereka sahaja yang mahir bertutur dalam bahasa Parseltongue (kecuali Harry Potter kerana Voldemort telah menurunkan sebahagian kuasanya kepadanya). Mereka harus menyebut perkataan 'buka' di dalam bahasa parseltongue pada goresan kecil ular Salazar Slytherin. Sinki-sinki yang lain akan terbahagi dan masuk kedalam lorong bawah tanah. Apabila sampai dipehghujung lorong tersebut,terdapat timbunan rangka dan tulang-tulang haiwan.Di bahagian kawasan ini terlalu gelap sehinggakan hanya boleh nampak(dengan menggunakan cahaya)berdekatan dengan mereka sahaja.Setelah itu, jalan terus sehingga ternampak sebuah tembok yang terdapat lukisan ular dan menyebut perkataaan 'buka' dalam bahasa parseltongue sekali lagi. Akhirnya barulah boleh ternampak patung ular pada dindingnya dan patung besar Salazar Slytherin bertentangan dengan pintu masuk. Basilisk yang menghuni bilik ini hanya akan datang apabila diseru dalam bahasa Parseltongue lalu keluar dari mulut patung besar Salazar Slytherin. Bilik ini pernah dibuka pada tahun 1942 oleh Tom Marvolo Riddle iaitu keturunan Slytherin yang kemudiannya dikenali sebagai Lord Voldemort. Bilik tersebut terbuka sekali lagi pada 1992 oleh Ginny Weasley yang dibawah pengaruh horcrux Lord Voldemort. Walau bagaimanapun, raksasa Basilisk telah dibunuh oleh Harry Potter lalu menyelamatkan keadaan di sekolah.
Bilik Bawah Tanah
[sunting | sunting sumber]Kelas Posyen
[sunting | sunting sumber]Posyen diajar di bilik bawah tanah yang cukup besar untuk menampung dua kelas serentak. Keadaan lebih sejuk di dalamnya berbanding di tempat lain dan dindingnya dipenuhi haiwan yang diawet dan dijeruk yang menyeramkan sebahagian pelajar.
Pejabat Severus Snape
[sunting | sunting sumber]Pejabat Severus Snape terletak di bilik bawah tanah, bersebelahan dengan kelas Posyen. Bilik ini turut mengandungi balang yang berisi binatang yang pelik. Snape juga mempunyai stor peribadi yang menyimpan ramuan posyen. Dalam buku keenam, beliau tidak menerima pejabat yang bersebelahan dengan kelas barunya iaitu Pertahanan Terhadap Ilmu Hitam dan lebih memilih bilik bawah tanah itu.
Asrama Slytherin
[sunting | sunting sumber]Asrama Slytherin berada di dalam satu dari bilik bawah tanah dan akan terbuka apabila kata laluan diberikan pada dinding batu. Asrama tersebut mempunyai siling yang rendah dan lampu api berwarna hijau. Sebahagian asrama tersebut terletak di bawah tasik.
Bilik Bawah
[sunting | sunting sumber]Asrama Hufflepuff
[sunting | sunting sumber]Asrama Hufflepuff terletak di dalam bilik bawah, bersebelahan dapur.[2].
Dapur
[sunting | sunting sumber]Dapur terletak betul-betul di bawah Dewan Besar dan terdapat meja yang sama seperti yang terdapat di atasnya. Makanan akan diletakkan di atas meja tersebut dan akal muncul di meja tingkat atas. Dapur tersebut menjadi tempat bekerja lebih 100 elf rumah termasuk Dobby, Kreacher dan Winky. Untuk memasuki dapur tersebut, hanya perlu menggeletek sebiji pear dalam sebuah lukisan potret buah-buahan.
Aras Bawah
[sunting | sunting sumber]Dewan Masuk
[sunting | sunting sumber]Dewan Masuk bolek dimasuki melalui pintu oak yang mengadap ke barat. Dewan Masuk sangat besar hingga boleh memuatkan kesuluruhan rumah Keluarga Dursley dan mempunyai tangga marmar putih yang lebar menuju ke aras satu.Temboknya juga disinari obor-obor yang menyala seperti di Gringotts, silingnya tinggi menjulang.Terdapat dua tangga menuju ke Asrama Hufflepuff dan dapur, manakala yang lain menuju ke bilih bawah tanah. Di sini jugalah terletaknya keempat-empat jam yang menunjukkan markah rumah pasukan untuk dilihat semua.
Dewan Besar
[sunting | sunting sumber]Dewan Besar dapat dimasuki dengan melalui dua buah pintu berkembar di Dewan Masuk. Terdapat lima buah meja panjang di dalamnya. Empat buah untuk keempat-empat rumah dan satu meja untuk para guru yang digelar profesor dan staf. Di atas meja panjang,terdapat susunan pinggan dan piala keemasan. Apabila pelajar duduk di meja panjang,pelajar dapat melihat dengan jelas meja tertinggi yang disediakan untuk para guru dan staff. Dewan ini disinari cahaya daripada beribu-ribu lilin yang bergantungan di udara di atas empat buah meja panjang,tempat semua pelajar lain duduk. Siling dewan ini amat menarik kerana pada satu-satu masa, ia akan memaparkan keadaan langit (kerana telah disihir). Di dewan ini jugalah tempat makan pelajar dan dijadikan juga dewan peperiksaan.
Bilik Staf
[sunting | sunting sumber]Bilik staf amat panjang dan mempunyai pecahan-pecahan yang tidak padan dengan kerusi kayu yang berwarna gelap. Terdapat juga sebuah almari yang digunakan untuk mengurung haiwan ajaib.
Pejabat Argus Filch
[sunting | sunting sumber]Argus Filch merupakan penjaga sekolah. Beliau mempunyai pejabat yang mengandungi kabinet fail beserta rekod pelajar yang pernah dihukumnya dan barang rampasan.
Aras Pertama
[sunting | sunting sumber]Kelas Kajian Muggle
[sunting | sunting sumber]Bilik ini tidak pernah ditunjukkan melainkan hanya disebut sahaja.
Kelas Pertahanan Terhadap Ilmu Hitam
[sunting | sunting sumber]Bilik ini mengandungi lampu candeliar besi. Semasa Profesor Quirrell mengajar, bilik ini berbau bawang putih yang dikatakan akan melindunginya dari pontianak yang pernah dijumpainya di Romania.
Kelas Sejarah Sihir
[sunting | sunting sumber]Kelas ni mengandungi sebuah papan hitam yang dilalui oleh Profesor Binns kerana beliau ialah hantu. Terdapat juga sebuah bilik yang mengadap ke tasik.
Pejabat Minerva McGonagall
[sunting | sunting sumber]Pejabat ini kepunyaan Minerva McGonagall yang berhampiran tangga marmar di Dewan Masuk dan laluan ke dewan.
Sayap Hospital
[sunting | sunting sumber]Sayap hospital ini mempunyai beberapa buah katil, dan menjadi pejabat jururawat sekolah iaitu Poppy Pomfrey.
Aras Kedua
[sunting | sunting sumber]Bilik Air Myrtle Mengerang
[sunting | sunting sumber]Bilik air Myrtle Mengerang asalnya ialah bilik air perempuan dan menjadi pintu masuk ke Bilik Rahsia yang hanya dapat dibuka oleh seseorang yang boleh bercakap dalam bahasa Parseltongue, dan muat untuk seseorang menyusur masuk. Apabila Tom Riddle membuka Bilik Rahsia pada 1940-an, seorang gadis bernama Myrtle terbunuh. Bilik ini masih boleh digunakan, Cuma tidak berani digunakan oleh pelajar kerana kewujudan Myrtle.
Pintu Masuk ke Pejabat Pengetua
[sunting | sunting sumber]Pejabat ini hanya akan memberi laluan masuk jika kata laluan yang dikatakan betul. (Dumbldore sering menggunakan nama gula-gula "Sherbet Lemon", "Cockroach Cluster", "Acid Pops", and "Fizzing Whizbee"). Jika betul kata laluan itu, sebuah tugu keemasan akan bergerak dan tangga batu berpilin akan bergerak seperti escalator ke depan pintu pejabat.
Pejabat Profesor Pertahanan Terhadap Ilmu Hitam
[sunting | sunting sumber]Pejabat Profesor Pertahanan Terhadap Ilmu Hitam mengadap ke selatan, maka turut kelihatan juga tasik dan gelanggang Quidditch. Ketika Gilderoy Lockhart mengajar, bilik tersebut dipenuhi gambar beliau. Apabila Remus Lupin mengambil alih, bilik itu dipenuhi pula dengan haiwan yang akan digunakan untuk mengajar. Alastor Moody (yang disamar Barty Crouch Jr.) memenuhkan bilik itu dengan alat pengesan. Dolores Umbridge pula dengan hiasan berwarna pink dan piring tembikar yang dicat diatasnya gambar anak kucing. Severus Snape pula menggunakan ruang tersebut dengan meletakkan gambar mangsa Ilmu Hitam
Aras Ketiga
[sunting | sunting sumber]Bilik Trofi
[sunting | sunting sumber]Bilik Trofi adalah di mana anugerah, trofi, piala, lencana dan segala pingat diletakkan. Di situ juga terletaknya senarai nama Ketua Pelajar Lelaki dan Perempuan. Bilik tersebut bersebelahan galeri perisai.
Kelas Mantera
[sunting | sunting sumber]Kelas ini digunakan sebagai kelas Mantera yang diajar oleh Profesor Flitwick. Bilik darjah ini terletak di koridor Mantera.
Bilik Larangan
[sunting | sunting sumber]Bilik ini menyerupai koridor yang tidak bernama tetapi pada tahun pertama Harry, bilik tersebut telah dimasuki dan mengandungi patung-patung yang menyeramkan. Di hujung bilik tersebut terdapat sebuah pintu yang berkunci dan di balik pintu itulah bernah ditempatkan Fluffy untuk menjaga Batu Hikmat.
Aras Keempat
[sunting | sunting sumber]Perpustakaan
[sunting | sunting sumber]Perpustakaan ini mengandungi puluhan ribu buah buku. Buku di kawasan terlarang mengandungi buku yang berkuasa Ilmu Hitam dan tidak diajar di Hogwarts atau dikawal penggunaannya. Untuk menggunakan buku dari kawasan ini, pelajar perlu mendapat kebenaran kebenaran bertanda tangan guru yang mengajar. Irma Pince merupakan ahli pustakawan dan menjaga buku-buku dan peraturan di dalam perpustakaan. Buku-buku diletakkan jampi untuk tidak disalah gunakan.
Aras Kelima
[sunting | sunting sumber]Bilik Air Pengawas
[sunting | sunting sumber]Bilik Air Pengawas terlindung di pintu lima di kiri patung Boris yang Meliarkan. Bilik air ini juga boleh digunakan oleh Kapten Pasukan Quidditch dan memerlukan kata laluan. Terdapat sebuah kolam renang yang dipasang beratus-ratus kepala paip. Terdapat lukisan gambar duyung yang sudah tentu hidup.
Aras Keenam
[sunting | sunting sumber]Aras ini digunakan khas untuk simpanan dan bukan untuk kegunaan pelajar.
Aras Ketujuh
[sunting | sunting sumber]Pintu Masuk ke Menara Gryffindor
[sunting | sunting sumber]Menara Gryffindor boleh dimasuki melalui potret perempuan gemuk berpakaian sutera berwarna pink dan disertakan kata laluan. Pintu yang pernah juga dijaga oleh Sir Cardogan ini menghala terus ke ruang umum Gryffindor.
Pintu Masuk ke Menara Utara
[sunting | sunting sumber]Untuk ke Menara Utara, pelajar boleh menaiki tangga melalui sebuah pintu jebakan.
Pejabat Profesor Flitwick
[sunting | sunting sumber]Pejabat Filius Flitwick terletak di aras ketujuh dan tangga ketiga belas dari kanan menara barat.
Bilik ini hanya boleh dijumpai oleh seseorang yang mempunyai permintaan terdesak. Seseorang itu perlu berjalan mengelilingi koridor itu sebanyak tiga kali dengan tumpuan yang penuh terhadap permintaan mereka. Bilik itu akan muncul kemudian dengan mengandungi apa yang kita perlukan.
Bilik ini pernah digunakan oleh ramai penghuni Hogwarts termasuk Harry dan Dumbledore.
Menara
[sunting | sunting sumber]- Menara Astronomi: Untuk kelas Astronomi kerana menara yang tertinggi dan baik sesuai untuk mencerap langit.
- Menara Pengetua: Di mana terletaknya pejabat pengetua.
- Menara Utara: disinilah terletaknya pejabat Sybill Trelawney dan kelas Peramalan. Kelas itu berbentuk bulat dan dindingnya diletakkan rak.
- Menara Gryffindor: Di mana terletaknya Asrama Gryffindor yang terbahagi dua antara asrama lelaki dan perempuan. Pelajar lelaki tidak dibenarkan memasuki asrama perempuan tetapi tidak sebaliknya. Ini kerana pengasas Hogwarts merasakan perempuan lebih dipercayai daripada lelaki. Tangga akan bertukar kepada gelongsor jika pelajar lelaki menaikinya ke asrama perempuan.
- Menara Barat: Sarang kediaman Burung Hantu.
- Menara Ravenclaw: Menara ini terletak di bahagian barat istana kota itu. Di sinilah Asrama Ravenclaw dan ruang tamu mereka.
Perkarangan Tanah
[sunting | sunting sumber]Pondok Hagrid
[sunting | sunting sumber]Rubeus Hagrid tinggal di pondok kecil dipinggir Hutan Larangan.
Hutan Larangan
[sunting | sunting sumber]Hutan Larangan ialah sebuah hutan di perkarangan Hogwarts. Hagrid sering memasuki hutan tersebut. Walaupun tidak selalu disebut sebagai larangan, tetapi hutan inilah yang sering diselitkan di dalam cerita. Hutan ini menjadi kediaman banyak haiwan ajaib yang di antaranya:
- Sentora
- Serigala Jadian, menurut Draco Malfoy
- kereta ajaib Ford Anglia
- Sekumpulan Akromantula
- Grawp, (seorang gergasi, dibawa oleh Rubeus Hagrid)
- Trol
- Unikorn
- Thestral
Rumah Hijau
[sunting | sunting sumber]Terdapat 3 buah rumah hijau untuk kegunaan kelas Herbologi. Lihat Herbologi.
Dedalu Perkasa
[sunting | sunting sumber]Dedalu Perkasa ialah sebatang pohon ajaib di perkarangan Hogwarts. Pokok ini sangat ganas dan akan menyerang sesiapa yang berani untuk mendekatinya dengan dahannya. Pokok itu ditanam oleh Albus Dumbledore ketika kedatangan Remus Lupin pada 1971 untuk menjaga laluan rahsia ke Gubuk Menjerit yang digunakan ketika menjelma kepada serigala jadian.
Tasik
[sunting | sunting sumber]Tasik yang terletak bersebelahan istana kota itu menjadi tempat tinggal banyak makhluk ajaib yang tinggal dalam air seperti sotong gergasi, duyung dan grindylow. Dumbledore juda dikebumikan berhampiran tasik tersebut. Harry Potter pernah menyelam di tasik tersebut ketika pertandingan "Trio Wizard" ketika tahun keempat disitu. Harry Potter terpaksa menelan sejenis rumpai laut yang bernama "Gillyweed" untuk membolehkan beliau bernafas didalam air selama sejam.
Gelanggang Quidditch
[sunting | sunting sumber]Gelanggang Quidditch ialah di mana Quidditch diadakan dan latihan permainan itu berlangsung. Terdapat tiga gelung di setiap hujung untuk dijaringkan. Terdapat juga tempat untuk penonton.
Makam Putih
[sunting | sunting sumber]Tempat persemadian mayat Albus Dumbledore.
Ekspres Hogwarts
[sunting | sunting sumber]Ekspres Hogwarts (bahasa Inggeris: Hogwarts Express ) ialah kereta api ajaib yang mengangkut para pelajar antara kota London dan Hogsmeade. Kereta api bermula dari Platform 9¾ stesen kereta api King's Cross. Para pengawas sekolah menumpang dalam gerabak berasingan di kawasan hadapan kereta api. Dalam novel Batu Hikmat, Harry bertemu dua kawan karibnya, Ron dan Hermione, dalam kali pertama dia menaiki Ekspres Hogwarts. Sepanjang siri novel, Harry telah menaiki kereta api ini sebanyak 10 kali: dua kali dalam jilid pertama, ketiga, keempat, dan kelima, san sekali dalam buku keduadan keenam. Selepas setiap dari enam tahun pertamanya, Harry bertemu dengan ibu bapa saudaranya selepas turun; meski benci pada anak saudara sendiri, namun mereka tetap tidak lupa untuk menjemputnya.
Kereta enjin wap yang digunakan dalam adaptasi filem ialah GWR 4900 Class 5972 Olton Hall, tetapi bukan lokomotif sebenar pertama yang disamarkan menjadi Ekspres Hogwarts. Sebagai langkah mempromosi buku-bukunya, lokomotif Southern Railway Taw Valley dicat semula dan dinamakan semula buat sementara, tetapi ditolak oleh Chris Columbus gara-gara kelihatan ‘terlalu moden’ bagi filemnya. Lokasi pernggambaran untuk babak-babak Ekspres Hogwarts termasuk Goathland di North Yorkshire Moors Railway, stesen kereta api King's Cross dan laluan Ekspres Jacobite yang mengikut laluan West Highland ke Mallaig di Scotland, merentasi Vidauk Glenfinnan.[2]
Sejarah
[sunting | sunting sumber]Sejarah Awal
[sunting | sunting sumber]Hogwarts dijumpai lebih seribu tahun dahulu oleh empat orang ahli sihir: Godric Gryffindor, Salazar Slytherin, Rowena Ravenclaw, dan Helga Hufflepuff. Selepas penubuhan sekolah ini, Slytherin mengasingkan diri dari pengasas yang lain dan membina Bilik Rahsia untuk keturunannya buka dan membebaskan raksasa Basilisk untuk menghapuskan pelajar kelahiran Muggle.
Sejarah Pertengahan
[sunting | sunting sumber]Lebih kurang tiga ratus tahun selepas sekolah dibuka, Kejohanan Ahli Sihir Trio diwujudkan di antara tiga sekolah sihir yang hebat di Eropah iaitu Hogwarts, Beauxbatons dan Durmstrang. Kejohanan ini dianggap sebagai acara terbaik untuk berinteraksi dengan ahli sihir dari negara lain. Kejohanan ini berterusan sehingga hampir enam abad kemudiannya dan diberhentikan kerana jumlah kematian yang meningkat sehingga 1994. Harry Potter menjadi peserta termuda pernah dicatatkan dalam sejarah apabila tanpa pengetahuannya, seseorang telah memasukkan namanya menjadi salah seorang peserta kejohanan tersebut.
Sejarah Kini
[sunting | sunting sumber]Kewujudan Bilik Rahsia mengancam ketenteraman Hogwarts apabila ia dibuka pada 1942 oleh Tom Riddle iaitu keturunan Slytherin yang kemudiannya dikenali sebagai Lord Voldemort. Bilik tersebut terbuka lagi pada 1992 oleh Ginny Weasley yang di bawah pengaruh Horcrux Lord Voldemort. Walau bagaimanapun, raksasa Basilisk telahpun dibunuh oleh Harry Potter lalu menyelamatkan keadaan di sekolah.
Pada 1994, Kejohanan Ahli Sihir Trio diadakan semula setelah dipertimbangkan semua keselamatan. Walau bagaimanapun, terdapat kesilapan apabila Barty Crouch Jr. menyamar sebagai Alastor Moody dan menyebabkan Kejohanan itu terganggu apabila kali pertama dalam sejarah, wujudnya wira keempat iaitu Harry Potter. Diikuti pula dengan kematian seorang lagi wira iaitu Cedric Diggory dan kebangkitan Voldemort.
Pada 1995, ancaman muncul pula dari Kementerian Sihir apabila mereka menjejaskan sistem Dekri Pendidikan dan membuatkan pengurusan di Hogwarts menjadi kucar-kacir.
Jata
[sunting | sunting sumber]Shield renaissance, Quarterly, I gules lion segreant to sinister Or, II vert serpent argent, III Or badger reguardant proper, IV azure eagle Or, in fesse couped Or scroll with letter H sable, top riband for the name Hogwarts, base riband for the motto "draco dormiens nunquam titillandus".
Lihat juga
[sunting | sunting sumber]References
[sunting | sunting sumber]- ^ "Stop your sobbing! More Potter to come". NBC's website. 2007-04-26. Diarkibkan daripada yang asal pada 2007-08-20. Dicapai pada 2007-06-22. Check date values in:
|date=
(bantuan) - ^ {[citeweb|url=http://www.steamtrain.info/harry.htm%7Ctitle=Harry[pautan mati kekal] Potter Express|publisher=steamtrain.info|accessdate=2008-10-26}}