Nothing Special   »   [go: up one dir, main page]

Pergi ke kandungan

Peeves

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Peeves ialah watak rekaan dalam siri Harry Potter. Peeves merupakan hantu Hogwarts yang nakal serta suka mengenakan orang. Dia suka memerangkap pelajar dengan menunjukkan mereka tangga yang salah seta membaling dakwat kepada mereka. Dia tidak mendengar masihat sesiapapun kecuali Profesor Dumbledore dan Bloody Baron yang ditakutinya. Peeves amat dibenci oleh Filch, penjaga Hogwarts yang bertanggungjawab untuk memastikan kebersihan serta keselamatan sekolah itu. Selain membuat sepak, Peeves telah banyak kali mengunci Puan Norris, kucing Filch di dalam baju besi untuk menyakitkan hati lelaki tersebut.

Semasa tahun kedua Harry, Sir Nicholas de Mimsy Porpington telah menghasut Peeves merempuh bangunan untuk membantu melepaskan Harry yang ditahan Filch kerana mengotorkan lantai dengan lumpur. Pada tahun ketiga di Hogwarts, Profesor Lupin telah mengenakan Sumpahan Pengikat Lidah kepada Peeves yang enggan memberi laluan kepadanya. Walaupun begitu, Harry semakin menyukai Peeves apabila hantu itu telah membantu para pelajar menimbulkan kekacauan semasa pemerintahan Profesor Umbridge, pengetua Hogwarts yang baru setelah Kementerian Sihir yang diketuai oleh Encik Fudge menghalau Professor Dumbledore. Antara tingkah laku Peeves semasa cuba menjatuhkan kedudukan Professor Umbridge adalah dengan menjugel obor yang menyala di atas kepala para pelajar, melepaskan labah-labah semasa sarapan dan membuat bunyi yang kurang sopan semasa Professor Umbridge bercakap. Professor Umbridge akhirnya meminta Encik Fudge menandatangani Arahan Pengusiran Peeves namun tidak berjaya kerana tampuk pemerintahan telah dikembalikan kepada Professor Dumbledore sebelum Peeves berjaya diusir. Semasa Perang Hogwarts, Professor McGonagall telah meminta Filch mencari Peeves. Peeves telah membantu mereka mempertahankan Hogwarts dengan mencampakkan lenggai Snargaluff ke atas kepala para Death Eather.