Nothing Special   »   [go: up one dir, main page]

Pergi ke kandungan

Romania

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Republik Romania
رومانيا
Republik România
Bendera Romania
Jata Romania
Bendera Jata
Cogan kata-
Lagu kebangsaanDeşteaptă-te, române!
Romania (hijau tua) Kesatuan Eropah (hijau)
Romania (hijau tua)
Kesatuan Eropah (hijau)
Ibu negara
dan bandar terbesar
Bucharest   (Bucureşti)
Bahasa rasmiBahasa Romania
Demonim88.9%
KerajaanRepublik Semiberpresiden
• Presiden
Klaus Iohannis
Nicolae Ciucă
Kemerdekaan dari Turki Ottoman Empayar
• Diisytiharkan
9 Mei 1877
• Diiktiraf
13 Julai 1878
• Perairan (%)
03
Populasi
• Perkiraan 2019
19,874,331 (53)
• Bancian Penduduk 2002
21,680,974
KDNK (PPP)2019
• Jumlah
$591.263 bilion (41)
$29,750 (60)
KDNK (nominal)2019
•  Jumlah
$300.231 bilion (41)
$15,106 (63)
Gini (2019)31
sederhana
HDI (2019) 0.832
Ralat: Nilai IPM tidak sah · 48th
Mata wangLeu Romania
(RON)
Zon waktuUTC+2 (EET)
• Musim panas (DST)
UTC+3 (EEST)
Kod panggilan+40
Kod ISO 3166RO
DPT internet.ro, .eu
-

Romania (bahasa Romania: România /ro.mɨ'ni.a/;Jawi: رومانيا) atau nama rasminya Republik Romania ialah sebuah negara di Eropah tenggara yang bersempadan dengan Hungary dan Serbia di barat, Bulgaria di sepanjang Sungai Danube di selatan, dan Ukraine dan Moldova di timur laut.

Romania mempunyai pantai laut yang terbentang di sepanjang Laut Hitam dan Pergunungan Karpatos timur dan selatan melintasi pusat negara ini. Ibu negara Romania ialah Bucharest yang merupakan bandar raya yang terbesar serta tarikan pelancong yang terutama.

Romania adalah ahli NATO yang aktif sejak 2004, dan merupakan salah sebuah negara yang bersetuju untuk menyertai Kesatuan Eropah. Perjanjian Penyertaan EU dimeterai pada awal 2005, dan Romania telah menyertai Kesatuan Eropah pada 1 Januari 2007 dan merupakan negara Kesatuan Eropah yang ketujuh terbesar.

Sejarah awal

[sunting | sunting sumber]

Sisa-sisa manusia moden yang tertua di Eropah telah ditemui di "Peştera cu Oase", Romania.[1] Peninggalan tersebut dianggarkan berusia sekitar 42,000 tahun, dan kemungkinan adalah sisa-sisa Homo sapiens pertama yang memasuki benua Eropah,[2] namun bukti tertulis pertama mengenai manusia yang tinggal di wilayah Romania berasal dari Herodotus, yang dalam bukunya Historia jilid IV pada tahun 440 SM menulis mengenai keadaan suku-suku Getae.[3]

Bangsa Dacia, yang dianggap sebahagian daripada Getae, merupakan cabang daripada bangsa Trakia yang mendiami wilayah Dacia (terletak di Romania moden, Moldova dan Bulgaria utara). Kerajaan Dacia mencapai zaman kejayaannya selama masa Raja Burebista sekitar tahun 82 SM. Setelah Dacia menyerang wilayah Moesia Romawi pada tahun 87, Empayar Trajanus melancarkan Perang Dacia yang berakhir dengan kemenangan bangsa Romawi tahun 106. Akibat kemenangan tersebut, Dacia berubah menjadi wilayah Dacia Romawi.[4]

Kebanyakan kandungan bijih besi, emas, dan perak yang ditemui di wilayah tersebut[5] mengakibatkan bangsa Romawi melakukan penjajahan keatas wilayah Dacia.[6] Proses kolonisasi telah membawa serta bahasa Latin Vulgar dan menyebabkan bermulany zaman romanisasi, yang selanjutnya akan melahirkan bahasa proto-Romania.[7][8] Pada abad ke-3 suku-suku pengembara seperti bangsa Goth banyak melakukan penaklukan, sehingga memaksa bangsa Romawi sekitar tahun 271 berundur dari Dacia, dan menjadikannya wilayah pertama yang ditinggalkan oleh Romawi.[9][10]

Abad pertengahan

[sunting | sunting sumber]
Istana Bran dibangunkan pada tahun 1212, dan lebih dikenali sebagai Istana Drakula

Setelah Romawi meninggalkan Dacia, wilayah tersebut berturut-turut diserang oleh suku Goth,[11] lalu oleh suku Hun pada abad ke-4,[12] dan diikuti oleh suku-suku nomad lainnya seperti suku Gepid,[13][14] Avar,[15] Bulgar,[13] Pecheneg,[16] dan Cuman.[17]

Bangsa Romania seterusnya terbahagi kepada tiga wilayah kerajaan kecil yang berbeza: Wallachia (Romania: Ţara Românească), Moldavia (Romania: Moldova) dan Transylvania. Transylvania menjadi sebahagian dari Kerajaan Hungary pada abad ke-11,[18] dan memperolehi kemerdekaannya sebagai kerajaan kecil Transylvania pada abad ke-16[19] sehingga tahun 1711.[20] Kerajaan kecil Romania yang lain menghadapi ancaman Empaayar Uthmaniyyah pada abad ke-14.[21][22]

Moldavia, Wallachia dan Transylvania pada akhir abad ke-16

Pada tahun 1541, seluruh Semenanjung Balkan dan hampir seluruh Hungary menjadi sebahagian daripada Empayar Uthmaniyah. Sebaliknya, Moldavia, Wallachia dan Transylvania menjadi sebahagian daripada pertuanan Uthmaniyah, dengan hak autonomi dalaman.

Kerajaan kecil Wallachia, Moldavia dan Transylvania diketuai oleh putera Wallachia Mihai Viteazul pada tahun 1600. Mihai Viteazul mencuba untuk menyatukan ketiga-tiga kerajaan kecil,[23] namun kesempatan penyatuan hancur kerana pembunuhan Mihai oleh tentara Austria.

Setelah kematiannya, sebagai negara orang suruhan, Moldavia dan Wallachia telah memperoleh autonomi dalaman penuh, yang akhirnya hilang pada abad ke-18. Pada tahun 1699, Transylvania menjadi wilayah empayar Austria, setelah kemenangan Austria ke atas Turki dalam Perang Turki Raya. Austria melakukan perluasan kekuasaan lainnya ke wilayah Wallachia dan Moldavia, dan Empayar Rusia menduduki Bessarabia tahun 1812.

Kemerdekaan dan Monarki

[sunting | sunting sumber]
Wilayah yang dihuni bangsa Rumania sebelum Perang Dunia I

Selama tempoh kekuasaan Austria-Hungary di Transylvania, dan pertuanan Uthmaniyah ke atas Wallachia dan Moldavia, status bangsa Romania adalah penduduk kelas dua (atau bahkan bukan penduduk)[24] di wilayah tempat bangsa mereka menjadi bangsa majoriti.[25][26] Di beberapa kota di Transilvania, seperti Braşov, bangsa Romania dilarang untuk tinggal di dalam tebing kota.[27]

Setelah gagalnya Revolusi 1848, negara-negara besar tidak menyokong usaha penyatuan Romania, sehingga mereka terpaksa berjuang sendiri untuk melawan Empayar Uthmaniyah. Elektor di Moldavia dan Wallachia memilih Alexandru Ioan Cuza sebagai putera (Domnitor dalam bahasa Romania) pada tahun 1859.[28] Pemilihan Alexandru Ioan Cuza sebagai domnitor berjaya menyatukan Wallachia dan Moldavia sebagai Romania, namun Transylvania masih belum termasuk kedalam wilayah Romania. Di Transylvania, bangsa Hungary menduduki kelas atasan, sehingga bangsa Romania bermula untuk menentang Hungary.

Pada coup d'état tahun 1866, Cuza dibuang dan digantikan oleh Putera Karl dari Hohenzollern-Sigmaringen, yang dikenali sebagai Carol I dari Romania. Sehingga Perang Rusia-Turki (1877–1878), Romania menyokong Rusia,[29] dan dalam Traktat Berlin 1878, kemerdekaan Romania diakui.[30] Sebagai gantinya, Romania menyerahkan tiga daerah selatan di Bessarabia kepada Rusia dan memperoleh wilayah Dobrogea. Pada tahun 1881, keputeraan berubah menjadi kerajaan.

Pada 1878-1914 merupakan tempoh kestabilan dan kemajuan bagi Romania. Selama Perang Balkan Kedua, Romania bergabung dengan Yunani, Serbia, Montenegro dan Turki menentang Bulgaria, dan dalam Traktat Bucharest (1913), Romania memperoleh kekuasaan atas wilayah Dobrogea Selatan.[31]

Perang Dunia

[sunting | sunting sumber]

Pada Ogos 1914, ketika Perang Dunia I berlaku, Romania menyatakan pendiriannya untuk berkecuali. Dua tahun kemudian, di bawah tekanan Sekutu (terutama Perancis yang ingin membuka front baru), pada 14 atau 27 Ogos 1916, Romania bergabung dengan Sekutu dan menyatakan perang terhadap Austria-Hungary. Disebabkan tindakan ini, melalui konvensyen tentera rahsia, Sekutu berjanji memberikan sokongan kepada Romania dalam usaha menyatukan seluruh rakyat Romania.[32]

Kempen ketenteraan Romania berakhir dengan kekacauan perpecahan Romania kerana Kuasa Tengah menakluki 2/3 wilayah Romania dalam tempoh empat bulan, namun Moldavia tetap berada di tangan Romania setelah penaklukan berhenti pada tahun 1917. Pada akhir perang, Austria-Hungary dan Empayar Rusia mengalami perpecahan, sehingga Bessarabia, Bukovina dan Transylvania menyatakan penyatuan dengan Kerajaan Romania.

Romania pada zaman Perang Dunia

Sehingga Perang Dunia Kedua, Romania kembali menyatakan berkecuali, namun pada 28 Jun 1940, Romania menerima pendudukan Soviet di Bessarabia dan Bukovina Utara.[33] Di bawah tekanan Moscow dan Berlin, Romania terpaksa mundur dari Bessarabia dan Bukovina Utara untuk mengelak dari perang.[34] Peristiwa ini, ditambah dengan beberapa faktor lainnya, menyebabkan pemerintah Romania bergabung dengan Kuasa Paksi. Akibat keputusan kuasa Paksi, Dobrogea selatan diberikan kepada Bulgaria, sementara Hungary memperoleh Transylvania Utara.[35] Selama perang, Rumania merupakan sumber minyak yang penting bagi Jerman Nazi,[36] sehingga Sekutu melancarkan pengeboman. Setelah penaklukan Jerman ke atas Soviet, Romania merebut kembali Bessarabia dan Bukovina Utara dari Soviet.

Setelah Raja Mihai I dari Romania menaiki takhta dan menggulingkan Ion Antonescu, Romania bergabung dengan Sekutu, namun peranannya dalam menakluki Jerman Nazi tidak diakui oleh Persidangan Keamanan Paris tahun 1947.[37] Sempadan barat Romania kembali seperti semula, namun Bukovina Utara dan Bessarabia tetap diduduki oleh Soviet.

Komunisme

[sunting | sunting sumber]

Pada tahun 1947, kaum komunis memaksa Raja Mihai I untuk turun takhta dan meninggalkan negara. Romania dituntut sebagai republik rakyat.[38][39] Romania tetap berada di bawah pendudukan militer dan kawalan ekonomi Kesatuan Soviet sehingga akhir tahun 1950-an. Selama tempoh ini, sumber daya Romania diserap[40] oleh perusahaan Soviet-Rumania (SovRoms).[41][42]

Nicolae Ceauşescu

Pemerintahan komunis mendirikan rejim yang terutamanya dilaksanakan melalui Securitate (polis rahsia baru). Mereka melancarkan kempen untuk menghapuskan "musuh negara", sehingga berlakunya pembunuhan atau penangkapan individu-individu kerana alasan politik dan ekonomi.[43] Hukuman meliputi pengasingan, pembuangan tempatan, buruh paksa atau dipenjara. Catatan sejarah mencatatkan pelbagai kes penyeksaan dan pembunuhan, baik terhadap musuh politik mahupun penduduk awam.[44]

Pada tahun 1965, Nicolae Ceauşescu mula berkuasa dan melancarkan dasar kemerdekaan, seperti menjadi satu-satunya negara Pakatan Warsaw yang menentang serbuan Soviet ke atas Czechoslovakia pada tahun 1968, meneruskan hubungan dengan Israel setelah Perang Enam Hari pada tahun 1967, serta membuka hubungan diplomatik dan ekonomi dengan Jerman Barat.[45] Romania juga memiliki hubungan yang erat dengan negara-negara Arab, membuatkan Romania memainkan peranan penting dalam proses perdamaian IsraelMesir dan Israel–Pertubuhan Pembebasan Palestin.[46]

Disebabkan hutang luar negeri Romania meningkat dengan mendadak antara tahun 1977 hingga 1981 (dari 3 hingga 10 juta dollar AS),[47] pengaruh organisasi kewangan antarabangsa seperti IMF dan Bank Dunia meningkat, yang tidak sesuai dengan dasar autarki Nicolae Ceauşescu. Ia berusaha menyelesaikan hutang dengan menetapkan dasar yang memiskinkan rakyat dan membuat lesu ekonomi Romania. Selain itu, ia memperluas kekuasaan Securitate. Akibatnya, populariti Ceauşescu berkurang, yang berkesudahan dengan jatuhnya Ceauşescu pada Revolusi Romania 1989.

Romania kini

[sunting | sunting sumber]

Setelah Perang Dingin berakhir, omania mengembangkan hubungan yang lebih erat dengan Eropah Barat. Romania bergabung dengan NATO pada tahun 2004, dan menjadi tuan rumah Sidang Kemuncak NATO di Bucharest tahun 2008.[48] Romania juga bergabung dengan Kesatuan Eropah pada 1 Januari 2007.[49]

Disebabkan kesusahaan hidup setelah tekanan ekonomi tahun 1990-an, muncul diaspora besar Romania. Destinasi penghijrahan utama adalah Sepanyol, Itali, Austria, Jerman, Britain, Kanada dan Amerika Syarikat.[50]

Politik dan pemerintahan

[sunting | sunting sumber]

Perlembagaan Romania dibuat berdasarkan Perlembagaan Perancis[51] dan diterima melalui referendum kebangsaan pada 8 Disember 1991.[51] Sebuah pungutan suara yang diadakan pada Oktober 2003 menerima 79 pindaan pada perlembagaan, membuatnya sesuai dengan perundangan Kesatuan Eropah.[51] Romania adalah republik demokrasi berbilang parti. Fungsi eksekutif dijalankan oleh presiden dan perdana menteri. Presiden Romania dipilih oleh pemilihan umum setiap lima tahun. Presiden melantik perdana menteri, yang mengetuai pemerintahan.[51] Presiden menetap di Istana Cotroceni, sementara Perdana Menteri dan kerajaan Romania berpusat di Istana Victoria.

Cabang perundangan pemerintahan Romania, yang dikenali sebagai Parlimen (Parlamentul României), terdiri dari dua dewan, Senat (Senat), yang memiliki 137 anggota (pada 2005), dan Camera Deputaţilor (Dewan Rakyat), yang memiliki 332 anggota (pada 2004). Anggota dari kedua-dua dewan ini dipilih setiap empat tahun.

Badan tertinggi dalam sistem undang-undang Romania adalah Mahkamah Tinggi Kasasi dan Keadilan (Înalta Curte de Casaţie şi Justiţie), yang merupakan mahkamah agung Rumania.[52] Sistem undang-undang di Romania banyak dipengaruhi oleh undang-undang di Perancis.[51][53]

Hubungan luar negara

[sunting | sunting sumber]

Sejak Disember 1989, Romania terus mengukuhkan hubungan dengan Barat, terutama dengan Amerika Syarikat dan Kesatuan Eropah. Rumania bergabung dengan Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) pada 29 Mac 2004, Kesatuan Eropah pada 1 Januari 2007, Tabung Kewangan Antarabangsa dan Bank Dunia pada tahun 1972, dan juga bergabung dengan Pertubuhan Perdagangan Dunia.

Kerajaan Romania hari ini berusaha mengukuhkan hubungan dengan negara-negara Eropah Timur (terutama Moldova, Ukraine dan Georgia).[54] Romania juga menyatakan sokongannya kepada Turki, Croatia dan Moldova untuk bergabung dengan Kesatuan Eropah.

Pada Disember 2005, Presiden Traian Băsescu dengan Setiausaha Negara Amerika Syarikat Condoleezza Rice menandatangani persetujuan yang membenarkan kehadiran tentera AS di beberapa kemudahan Romania, terutama di bahagian timur negara.[55] Pada Mei 2009, Setiausaha Negara AS Hillary Clinton menyatakan bahawa "Romania adalah salah satu rakan kongsi yang paling dipercayai dan paling dihormati oleh Amerika Syarikat".[56]

Hubungan diplomatik antara Romania dan Moldova menjadi istimewa [54] kerana kedua-duanya mempunyai bahasa dan sejarah yang sama. Gerakan untuk penyatuan Romania dan Moldova muncul pada awal tahun 1990-an selepas kedua-dua negara bebas daripada kuasa komunis,[57] namun menghilang kerana kerajaan Moldova yang baru ingin tetap merdeka dari Romania.[58] Romania tertarik dengan Moldova dan secara rasmi menolak Pakatan Molotov-Ribbentrop, perjanjian yang mengakibatkan pencengkaman sebahagian wilayah Romania oleh Kesatuan Soviet[57]. Namun kedua-dua negara tidak mampu mencapai persetujuan dalam perjanjian bilateral.[59]

Ketenteraan

[sunting | sunting sumber]

Angkatan Bersenjata Romania terdiri daripada angkatan tentera darat, laut dan udara, dan dipimpin oleh panglima tertinggi. Presiden Romania merupakan panglima tertinggi angkatan bersenjata ketika masa perang. Romania memiliki 90,000 tentara.[60]

Romania memiliki anggaran pertahanan sebesar 2.05% daripada Produk Domestik Bruto, iaitu sekitar 2.9 juta dollar, namun tentara Romania akan menghabiskan sekitar 11 juta dollar antara tahun 2006 hingga tahun 2011 untuk pemodenan dan pengambilalihan kelengkapan baru.[61] Angkatan tentera bersenjata Romania telah terlibat dalam beberapa perang, seperti misi ketenteraan NATO di Afghanistan.

Wilayah di Romania

Romania terbahagi menjadi 41 judeţe (semacam wilayah), ditambah perbandaran istimewa Bucharest (ibu negaranya). Setiap judeţe memiliki dewan judeţe (consiliu judeţean), yang bertanggung jawab untuk pemerintahan daerah. Judeţe terbagi menjadi kota (muf. oraş, j. oraşe) dan komun (muf. comună, j. comune). Terdapat 319 kota dan 2686 komun di Rumania.[62] Setiap kota dan komun memiliki datuk bandar (primar) dan dewan daerah (consiliu local).

Berikut adalah daftar judeţe/wilayah Romania (mengikut urutan abjad):

Peta topografi Rumania

Dengan wilayah seluas 238,391 kilometer persegi (92,043 bt2), Romania adalah negara yang paling luas di Eropah Tenggara dan terbesar ke-12 di Eropah.[63] Sebahagian besar sempadan Romania dengan Serbia dan Bulgaria terbentuk dari sungai Donau. Sungai Donau mengalir ke Laut Hitam melalui wilayah Romania, membentuk Delta Danube, delta terbesar kedua di Eropah, yang menjadi Tapak Warisan Dunia UNESCO.[64] Sungai penting lain adalah Siret, Olt dan Mureş.[63]

Topografi Romania terbahagi antara pergunungan, perbukitan dan dataran rendah. Gunung Karpatos menguasai pusat Romania, dengan 14 kemuncaknya mencapai ketinggian lebih daripada 2,000 meter.[63] Gunung tertinggi di Rumania adalah Puncak Moldoveanu (2,544 m atau 8,346 ka*). Di Romania selatan bahagian tengah, gunung berubah menjadi bukit. Kepelbagaian geografi menyebabkan kepelbagaian flora dan fauna di Romania.[63]

Ekosistem

[sunting | sunting sumber]
Tasik glasier di Taman Negara Retezat

Empat puluh tujuh peratus wilayah Romania terdiri daripada ekosistem natural dan semi-natural.[65] Kerana hampir setengah hutan di Romania (13% wilayah) telah ditetapkan untuk pemuliharaan Daerah Aliran Sungai daripada pengeluaran, Romania memiliki salah satu kawasan hutan terbesar di Eropah.[65]

Terdapat sekitar 10,000 km2 (3,900 bt2) wilayah yang dilindungi di Romania.[66] Rizab Biosfera Donau adalah kompleks tanah lembap terbesar dan paling sedikit dirosakkan di Eropah, meliputi kawasan seluas 5,800 km2 (2,200 bt2).[67] Pentingnya biodiversiti di Delta Danube telah diiktiraf di dunia, sehingga dinyatakan sebagai Tapak Warisan Dunia UNESCO pada Disember 1991.[68] Terdapat dua rizab biosfera lain di Romania, iaitu Taman Negara Retezat dan Taman Negara rodna.

Flora dan fauna

[sunting | sunting sumber]
Pelikan di Delta Donau

Di Romania terdapat 3,700 spesies tumbuhan. 23 telah dinyatakan sebagai monumen alam, 74 spesies hilang, 39 spesies terancam, 171 spesies terdedah, dan 1,253 spesies dianggap jarang berlaku.[69] Tiga zon tumbuh-tumbuhan utama di Romania adalah zon alpine, zon hutan dan zon padang rumput. Tumbuh-tumbuhan tersebar berdasarkan ciri-ciri tanah, iklim dan ketinggian.

Fauna di Romania terdiri dari 33,792 spesies, 33,085 spesies merupakan invertebrata dan 707 spesies merupakan vertebrata.[69] Spesies vertebrata terdiri daripada 191 spesies ikan, 20 spesies amfibia, 30 spesies reptilia, 364 spesies burung dan 102 spesies amalia.[69] Fauna tersebar bergantung pada jenis tumbuh-tumbuhan tempat mereka tinggal.

Romania mempunyai iklim peralihan antara iklim sederhana dengan Eropah. Rata-rata suhu di Romania adalah 11 °C (52 °F) di selatan dan 8 °C (46 °F) di utara.[70] Suhu tertinggi yang pernah dicatat adalah 44.5 °C (112.1 °F) di Ion Sion 1951 dan suhu terendah yang pernah dicatat adalah -38.5 (−37 °F) di Bod 1942.[71]

Di Romania terdapat empat musim, iaitu musim bunga, panas, luruh dan sejuk. Musim panas biasanya sangat hangat atau panas, dengan rata-rata suhu di Bucharest sekitar 28 °C (82 °F).[72] Musim bunga berciri pagi dan malam yang sejuk, dan siang yang panas. Musim luruh berciri kering dan sejuk, manakala musim sejuk mempunyai rata-rata suhu tertinggi tidak lebih dari 2 °C (36 °F).[73]

Rata-rata curahan hujan di pergunungan barat Romania adalah 750 mm (30 in) per tahun. Di wilayah selatan bahagian tengah (sekitar Bucharest), tahap curahan hujan mencapai 600 mm (24 in),[74] sementara di Delta Donau, curahan hujan sangat kecil, dengan rata-rata 370 mm.

Demografi

[sunting | sunting sumber]
Peta taburan etnik di Romania pada tahun 2011

Menurut bancian tahun 2011, Romania mempunyai populasi sebanyak 21.413.815 dan dijangka akan berkurang.[75] 89.5% penduduk Romania dalah bangsa Romania. Etnik minoriti terbesar adalah Hungary, yang membentuk 6.6% populasi dan Rom yang membentuk 2.46% populasi. Menurut bancian rasmi, 535,250 orang Rom tinggal di Romania. Bangsa Hungary, yang merupakan minoriti di Transylvania, menjadi majoriti di Kaunti Harghita dan Covasna. Bangsa Ukraine, Jerman, Lipovan, Turki, Tatar, Serbia, Slovakia, Bulgaria, Croatia, Yunani, Rusia, Yahudi, Czech, Poland, Itali, Armenia dan beberapa kumpulan etnik lain membentuk 1.4% populasi.[76]

Bahasa rasmi Romania adalah bahasa Romania. Bahasa Romania merupakan bahasa ibunda bagi 91% penduduk Romania, dengan Bahasa Hungary dan Rom menjadi bahasa minoriti terpenting, dituturkan oleh 6.7% dan 1.1% penduduk.[76] Di tempat etnik minoriti membentuk 20% penduduk, bahasa minoriti tersebut boleh digunakan dalam pentadbiran dan undang-undang. Bahasa Inggeris dan Perancis adalah bahasa asing utama yang diajar di sekolah-sekolah. Bahasa Inggeris dituturkan oleh 5 juta penduduk Romania, Perancis oleh 4-5 penduduk, dan Jerman, Itali dan Sepanyol dituturkan oleh 1-2 juta penduduk.[77] Sebelumnya, bahasa Perancis adalah bahasa asing utama di Romania, namun bahasa Inggeris telah menggantikannya. Bahasa Jerman diajarkan di Transylvania kerana kuasa Austria-Hungary di wilayah ini sebelumnya.

Romania adalah negara sekular, sehingga tidak mempunyai agama kebangsaan. Agama yang banyak dipeluk adalah Gereja Ortodoks Romania (86.7%). Agama penting lain adalah Katolik Rom (4.7%), Protestan (3.7%), Pentakosta (1.5%) dan Gereja Katolik-Yunani Romania (0.9%).[76] Islam juga dipeluk dan tertumpu di Dobrogea. Selain Islam, agama Yahudi juga dipeluk oleh penduduk Romania.

Pendidikan

[sunting | sunting sumber]
Universiti Bucharest

Sejak Revolusi Romania 1989, sistem pendidikan Romania terus diperbaharui.[78] Menurut Undang-Undang Pendidikan yang dilaksanakan tahun 1995, sistem pendidikan diatur oleh Kementerian Pendidikan dan Penyelidikan. TK merupakan pendidikan opsional bagi anak-anak berusia 3 hingga 6 tahun. Sekolah bermula pada usia 7 tahun (kadang-kadang 6), dan wajib mencapai kelas 10 (pada usia sekitar 16 atau 17).[79]

Menurut Kedudukan Akademik Universiti Dunia, pada tahun 2006 tidak ada universiti di Romania yang masuk kedalam 500 universiti terbaik di seluruh dunia.[80] Dilaporkan bahawa universiti terbaik di Romania, Universiti Bucharest hanya memperoleh nilai setengah dari universiti yang memperoleh kedudukan ke-500.[81]

Kilang baja ArcelorMittal di Galaţi

Dengan nilai keluaran dalam negara kasar sebanyak $ 264 bilion dan KDNK per kapita (PPP) sebesar $12,285[82] pada tahun 2008, Rumania adalah negara dengan pendapatan menengah ke atas[83] dan telah menjadi sebahagian daripada Kesatuan Eropah sejak 1 Januari 2007.

Selepas rejim komunis jatuh pada tahun 1989, negara ini mengalami dekad penurunan dan ketidakstabilan ekonomi, disebabkan oleh kejatuhan asas industri dan kurangnya reformasi struktur, namun sejak tahun 2000, ekonomi Romania berubah menjadi ekonomi dengan kestabilan ekonomi makro, dengan ciri pertumbuhan ekonomi tinggi, kadar pengangguran yang rendah dan berkurangnya inflasi. Pada tahun 2006, Romania mencatat pertumbuhan ekonomi sebanyak 7.7%, salah satu yang terbesar di Eropah.[84] Pertumbuhan ekonomi turun menjadi 6.1% pada tahun 2007,[85] namun mencapai 8.9% pada sembilan bulan awal tahun 2008. Pertumbuhan ekonomi jatuh menjadi 2.9% pada suku ke-4 dan pertumbuhan ekonomi Romania pada tahun 2008 menjadi 7.1%. Hal ini disebabkan kerana adanya krisis kewangan global.[86]

Romania mempunyai kadar pengangguran sebanyak 3.9% pada September 2007,[87] yang cukup rendah jika dibandingkan dengan negara-negara Eropah yang lain, seperti Poland, Perancis, Jerman dan Sepanyol. Hutang luar negeri Romania juga cukup rendah, dengan jumlah 20.3% dari KDNK.[88] Tahap eksport Romania juga terus meningkat pada tahun-tahun terakhir, dengan komoditi yang dieksport adalah tekstil, mesin industri, peralatan elektronik, produk metalurgi, bahan mentah, kereta, perisian, farmasi, bahan kimia dan produk agrikultur (buah-buahan, sayur-sayuran dan bunga). Romania banyak melakukan perdagangan dengan negara-negara Kesatuan Eropah, dengan Jerman dan Itali sebagai rakan kongsi dagang terbesar, namun Romania mengalami defisit perdagangan yang besar, yang meningkat sebanyak 50% pada tahun 2007.[89]

Selepas penswastaan dan reformasi pada akhir tahun 1990-an dan awal 2000-an, campur tangan kerajaan dalam ekonomi Romania lebih rendah berbanding negara-negara Eropah yang lain.[90] Pada tahun 2005, kerajaan menukar sistem cukai progresif Romania menjadi sistem cukai tetap sebanyak 16%, sehingga Romania mempunyai beban fiskal terendah di Kesatuan Eropah,[91] faktor yang membantu tumbuhnya sektor swasta. Ekonomi Romania lebih bergantung pada perkhidmatan (55% dari KDNK), walaupun industri (35% dari KDNK) dan pertanian (15% dari KDNK) juga berpengaruh. Selain itu, 32% penduduk Romania bekerja dalam sektor agrikultur dan produksi.[88]

Sejak tahun 2000, Romania telah menarik perhatian pelabur dari luar negeri dan menjadi destinasi pelaburan terbesar di Eropah Tengah dan Tenggara. Pada tahun 2006, jumlah keseluruhan masuk pelaburan langsung asing di Romania adalah € 8.3 bilion.[92]

Pengangkutan

[sunting | sunting sumber]
Peta jaringan jalan di Romania

Disebabkan terletaknya, Romania adalah persimpangan untuk pertukaran ekonomi antarabangsa di Eropah, namun disebabkan kekurangan kajian, perubatan dan pembaikan, infrastruktur pengangkutan Romania tidak memenuhi keperluan pasar dan agak ketinggalan dari Eropah Barat.[93] Akan tetapi, keadaan ini terus pulih dan piawaian jaringan pengangkutan Trans-Eropah terus dikejar. Beberapa projek telah dimulakan dengan dana dari Instrument for Structural Policies for Pre-Accession (ISPA) dan pinjaman dari International Financial Institutions (Bank Dunia, IMF, dll).

Bank Dunia memperkirakan bahawa jaringan rel kereta api yang ada di Romania pada tahun 2004 mencapai 22,298 km, menjadikannya jaringan kereta api terbesar ke-4 di Eropa.[94]

Istana Budaya di Iaşi didirikan antara tahun 1906 dan 1925.

Romania memiliki budaya yang unik, yang tercipta dari geografi dan sejarahnya. Identiti Romania mula terbentuk disebabakn pengaruh budaya Romawi dan Dacia. Pada abad pertengahan, pengaruh budaya muncul dari bangsa Slavia yang bermigrasi berhampiran Romania.[95] Budaya moden Rumania berkembang di bawah pengaruh budaya Barat, terutama Perancis[96] dan Jerman.[96]

Seni dan sastera

[sunting | sunting sumber]

Sastera Romania mulai berevolusi setelah revolusi Wallachia 1848. Pelajar Romania mulai belajar di Perancis, Itali dan Jerman. falsafah Jerman dan budaya Perancis terintegrasi kedalam sastera Romania moden dan muncul tokoh seperti Mihai Eminescu, George Coşbuc dan Ioan Slavici. Walaupun mereka kurang terkenal di luar Romania, mereka sangat diagungkan di Romania disebabkan mereka telah berjaya melahirkan hasil kesusasteraan Romania. Di antara mereka, Eminescu dianggap sebagai penyair Romania paling penting, dan karyanya masih disukai, terutama puisi Luceafărul.[97] Penulis lain yang memberikan sumbangan pada abad ke-19 adalah Mihail Kogălniceanu, Vasile Alecsandri, Nicolae Bălcescu, Ion Luca Caragiale dan Ion Creangă.

Awal abad ke-20 dianggap sebagai zaman keemasan budaya Rumania.[98] Tokoh penting yang telah mempengaruhi budaya dunia adalah Constantin Brâncuşi, tokoh utama gerakan moden, perintis sesuatu abstrak dan pembaharu arca dunia.[99] Salah satu karyanya, "Bird in Space" , terjual sebanyak $27.5 juta pada tahun 2005.[100][101] Pada tempoh antara perang dunia, tokoh seperti Tudor Arghezi, Lucian Blaga, Eugen Lovinescu, Ion Barbu, Liviu Rebreanu berusaha menyetarakan sastera Romania dengan sastera Eropah. George Enescu, penyanyi Romania yang terkenal, juga berasal dari tempoh ini.[102]

Setelah perang dunia berakhir, komunisme membawa penapisan besar. Kebebasan berpendapat dilarang, namun tokoh seperti Gellu Naum, Nichita Stănescu dan Marin Sorescu berjaya lepas dari penapisan, dan merupakan pemimpin "Renaissance" kecil bagi kesusasteraan Romania.[103] Sementara tidak banyak karya yang berjaya lepas ke dunia antarabangsa kerana penapisan, karya tokoh seperti Constantin Noica, Paul Goma dan Mircea Cărtărescu diterbitkan di luar negeri walaupun mereka dipenjara kerana pelbagai alasan politik. Beberapa artis memilih meninggalkan negara dan menyumbang karyanya dalam pembuangan, seperti Eugen Ionescu, Mircea Eliade dan Emil Cioran.

Lihat juga

[sunting | sunting sumber]
  1. ^ Trinkaus, E. (2003). "Early Modern Human Cranial remains from the Peştera cu Oase". Journal of Human Evolution. 45: 245–253. doi:10.1016/j.jhevol.2003.08.003. |access-date= requires |url= (bantuan)
  2. ^ Zilhão, João (2006). "Neanderthals and Moderns Mixed and It Matters". Evolutionary Anthropology. 15: 183–195. doi:10.1002/evan.20110. |access-date= requires |url= (bantuan)
  3. ^ Herodotus (1859). The Ancient History of Herodotus By Herodotus. Derby & Jackson. m/s. 213–217. Dicapai pada 2008-01-10. Unknown parameter |digitized= ignored (bantuan); Unknown parameter |translation= ignored (bantuan)
  4. ^ "Assorted Imperial Battle Descriptions". De Imperatoribus Romanis, An Online Encyclopedia of Roman Emperors. Dicapai pada 2008-01-10.
  5. ^ "Dacia-Province of the Roman Empire". United Nations of Roma Victor. Dicapai pada 2008-01-10. Unknown parameter |text= ignored (bantuan)
  6. ^ Deletant, Dennis (1995). Colloquial Romanian. New York: Routledge. m/s. 1. ISBN 9780415129008.
  7. ^ Matley, Ian (1970). Romania; a Profile. Praeger. m/s. 85.
  8. ^ Giurescu, Constantin C. (1972). The Making of the Romanian People and Language. Bucharest: Meridiane Publishing House. m/s. 43, 98–101, 141.
  9. ^ Eutropius (1886). Eutropius, Abridgment of Roman History. London: George Bell and Sons. Dicapai pada 2008-08-31. Unknown parameter |coauthors= ignored (|author= suggested) (bantuan)
  10. ^ Watkins, Thayer. "The Economic History of the Western Roman Empire". Dicapai pada 2008-08-31. The Emperor Aurelian recognized the realities of the military situation in Dacia and around 271 A.D. withdrew Roman troops from Dacia leaving it to the Goths. The Danube once again became the northern frontier of the Roman Empire in eastern Europe
  11. ^ Jordanes (551 A.D.). Getica, sive, De Origine Actibusque Gothorum. Constantinople. Dicapai pada 2008-08-31. Check date values in: |year= (bantuan)
  12. ^ Iliescu, Vl.; Paschale, Chronicon (1970). Fontes Historiae Daco-Romanae. II. Bucureşti. m/s. 363, 587.
  13. ^ a b Teodor, Dan Gh. (1995). Istoria României de la începuturi până în secolul al VIII-lea. 2. Bucureşti. m/s. 294–325.
  14. ^ Bóna, István (2001). Köpeczi, Béla (penyunting). "History of Transylvania: II.3. The Kingdom of the Gepids". New York: Institute of History of the Hungarian Academy of Sciences. Dicapai pada 2008-08-31. Unknown parameter |distributor= ignored (|publisher= suggested) (bantuan)
  15. ^ Bóna, István (2001). Köpeczi, Béla (penyunting). "History of Transylvania: II.4. The Period of the Avar Rule". New York: Institute of History of the Hungarian Academy of Sciences. Dicapai pada 2008-08-31. Unknown parameter |distributor= ignored (|publisher= suggested) (bantuan)
  16. ^ Constantine VII, Porphyrogenitus. Constantine Porphyrogenitus De Administrando Imperio. Constantinople. Dicapai pada 2008-08-31.
  17. ^ Xenopol, Alexandru D. (1896). Histoire des Roumains. i. Paris. m/s. 168.
  18. ^ Makkai, László (2001). Köpeczi, Béla (penyunting). "History of Transylvania: III. Transylvania in the Medieval Hungarian Kingdom (896–1526)". New York: Institute of History of the Hungarian Academy of Sciences. Dicapai pada 2008-08-31. Unknown parameter |distributor= ignored (|publisher= suggested) (bantuan)
  19. ^ Köpeczi, Béla, penyunting (2001). "History of Transylvania: IV. The First Period of the Principality of Transylvania (1526–1606)". New York: Institute of History of the Hungarian Academy of Sciences. Dicapai pada 2008-08-31. Unknown parameter |distributor= ignored (|publisher= suggested) (bantuan)
  20. ^ Várkonyi, Ágnes R. (2001). Köpeczi, Béla (penyunting). History of Transylvania: VI. The Last Decades of the Independent Principality (1660–1711). 2. New York: Institute of History of the Hungarian Academy of Sciences. Dicapai pada 2008-08-31. Unknown parameter |distributor= ignored (|publisher= suggested) (bantuan)
  21. ^ Ştefănescu, Ştefan (1991). Istoria medie a României. I. Bucharest. m/s. 114.
  22. ^ Predescu, Lucian (1940). Enciclopedia Cugetarea.
  23. ^ Rezachevici, Constantin (2000). "Mihai Viteazul: itinerariul moldovean". Magazin istoric (dalam bahasa Romanian) (5). Diarkibkan daripada yang asal pada 2007-09-26. Dicapai pada 2008-08-31.CS1 maint: unrecognized language (link)
  24. ^ "The Magyarization Process". GenealogyRO Group. Dicapai pada 2008-08-31.
  25. ^ Kocsis, Karoly; Kocsis-Hodosi, Eszter (1999). Ethnic structure of the population on the present territory of Transylvania (1880-1992). Dicapai pada 2008-08-31.
  26. ^ Kocsis, Karoly; Kocsis-Hodosi, Eszter (2001). Ethnic Geography of the Hungarian Minorities in the Carpathian Basin. Simon Publications. m/s. 102. ISBN 193131375X.
  27. ^ Prodan, David (1971). Supplex Libellus Valachorum= Or, The Politicle Struggle of Romanians in Transylvania During the 18th Century. Bucharest: Academy of Social Republic of Romania.
  28. ^ Bobango, Gerald J (1979). The emergence of the Romanian national State. New York: Boulder. ISBN 9780914710516.
  29. ^ "San Stefano Preliminary Treaty". 1878. Dicapai pada 2008-08-31. Text "language" ignored (bantuan); Text "Russian" ignored (bantuan)
  30. ^ The Treaty of Berlin, 1878 - Excerpts on the Balkans. Internet Modern History Sourcebook. Berlin: Fordham University. July 13, 1878. Dicapai pada 2008-08-31.
  31. ^ Anderson, Frank Maloy; Hershey, Amos Shartle (1918). Handbook for the Diplomatic History of Europe, Asia, and Africa 1870-1914. Washington D.C.: Government Printing Office.
  32. ^ Horne, Charles F. (Horne). "Ion Bratianu's Declaration of War Delivered to the Austrian Minister in Romania on August 28, 1916". Source Records of the Great War. Dicapai pada 2008-08-31. Check date values in: |year= (bantuan)
  33. ^ Ioan Scurtu, Theodora Stănescu-Stanciu, Georgiana Margareta Scurtu (2002). Istoria Românilor între anii 1918-1940 (dalam bahasa Romanian). University of Bucharest. Diarkibkan daripada yang asal pada 2007-11-13. Dicapai pada 2013-01-23.CS1 maint: multiple names: authors list (link) CS1 maint: unrecognized language (link)
  34. ^ Nagy-Talavera, Nicolas M. (1970). Green Shirts and Others: a History of Fascism in Hungary and Romania. Hoover Institution Press. m/s. 305.
  35. ^ Templat:Citejournal
  36. ^ "The Biggest Mistakes In World War 2:Ploesti - the most important target". Dicapai pada 2008-08-31.
  37. ^ Eugen Tomiuc (May 6, 2005). "World War II – 60 Years After: Former Romanian Monarch Remembers Decision To Switch Sides". Diarkibkan daripada yang asal pada 2007-09-30. Dicapai pada 2008-08-31.
  38. ^ "Romania". CIA - The World Factbook. Dicapai pada 2008-08-31.
  39. ^ "Romania - Country Background and Profile". ed-u.com. Diarkibkan daripada yang asal pada 2008-12-10. Dicapai pada 2008-08-31.
  40. ^ Rîjnoveanu, Carmen (2003). "Romania's Policy of Autonomy in the Context of the Sino-Soviet Conflict" (PDF). Czech Republic Military History Institute, Militärgeschichtliches Forscheungamt. m/s. 1. Dicapai pada 2008-08-31.
  41. ^ Roper, Stephen D. (2000). Romania: The Unfinished Revolution. London: Routledge. m/s. 18. ISBN 9058230279.
  42. ^ Cioroianu, Adrian (2005). "On the Shoulders of Marx. An Incursion into the History of Romanian Communism" (dalam bahasa Romanian). Bucharest: Editura Curtea Veche. m/s. 68–73. ISBN 9736691756.CS1 maint: unrecognized language (link)
  43. ^ Caraza, Grigore (2004). Aiud însângerat (dalam bahasa Romanian). Chapter IV. Editura Vremea XXI. ISBN 9736450503.CS1 maint: unrecognized language (link)
  44. ^ Cicerone Ioniţoiu (2000). Victimele terorii comuniste. Arestaţi, torturaţi, întemniţaţi, ucişi. Dicţionar (dalam bahasa Romanian). Bucharest: Editura Maşina de scris. ISBN 973-99994-2-5.CS1 maint: unrecognized language (link)
  45. ^ "Romania: Soviet Union and Eastern Europe". Country Studies.us. Dicapai pada 2008-08-31.
  46. ^ "Middle East policies in Communist Romania". Country Studies.us. Dicapai pada 2008-08-31.
  47. ^ Deletant, Dennis. "New Evidence on Romania and the Warsaw Pact, 1955-1989". Cold War International History Project e-Dossier Series. Dicapai pada 2008-08-31.
  48. ^ "NATO update: NATO welcomes seven new members". NATO. Dicapai pada 2008-08-31.
  49. ^ "EU approves Bulgaria and Romania". BBC News. Dicapai pada 2008-08-31.
  50. ^ "Romania". focus-migration.de. Dicapai pada 2008-08-28.
  51. ^ a b c d e Romania. 2 (ed. 48). London and New York: Routledge. 2007. m/s. 3734–3759. ISBN 9781857434125. Unknown parameter |encyclopedia= ignored (bantuan)
  52. ^ "Presentation". High Court of Cassation and Justice - —Romania. Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-09-10. Dicapai pada 2008-08-31.
  53. ^ "Romanian Legal system". CIA Factbook. 2000. Dicapai pada 2008-01-11.
  54. ^ a b "Foreign Policy Priorities of Romania for 2008" (dalam bahasa Romanian). Romanian Ministry of Foreign Affairs. Dicapai pada 2008-08-28.CS1 maint: unrecognized language (link)
  55. ^ "Background Note: Romania - U.S.-Romanian Relations". U.S. Department of State.
  56. ^ "salinan arkib". Diarkibkan daripada yang asal pada 2009-05-12. Dicapai pada 2013-01-23.
  57. ^ a b Gabriel Andreescu, Valentin Stan, Renate Weber (1994-10-30). "Romania'S Relations With The Republic Of Moldova". International Studies. Center for International Studies. Diarkibkan daripada yang asal pada 2008-02-23. Dicapai pada 2008-08-31.CS1 maint: multiple names: authors list (link)
  58. ^ Stefan Ihrig. "Rediscovering History, Rediscovering Ultimate Truth" (PDF). Dicapai pada 2008-09-17.
  59. ^ "Moldova urging Romania to sign basic political treaty". Romania News Watch. 2007-12-16. Text "http://www.romanianewswatch.com/2007/12/moldova-urging-romania-to-sign-basic.html" ignored (bantuan); |access-date= requires |url= (bantuan)
  60. ^ "Press conference" (Siaran akhbar). Ministry of National Defense of Romania. 2003-01-21. Dicapai pada 2008-08-31.
  61. ^ "MoND Budget as of 2007" (dalam bahasa Romanian). Ziarul Financiar. 2006-10-30. Diarkibkan daripada yang asal pada 2008-04-22. Dicapai pada 2008-08-31. Italic or bold markup not allowed in: |publisher= (bantuan)CS1 maint: unrecognized language (link)
  62. ^ "1.8". Administrative Organisation of Romanian Territory, pada 31 Disember 2005 (PDF) (Laporan) (dalam bahasa Romania). Romanian National Institute of Statistics. Dicapai pada 2008-08-31.
  63. ^ a b c d "Geography, Meteorology and Environment" (PDF) (dalam bahasa Romanian). Romanian Statistical Yearbook. 2004. Dicapai pada 2009-09-07.CS1 maint: unrecognized language (link)
  64. ^ "Danube Delta". UNESCO's World Heritage Center. Dicapai pada 2008-01-09.
  65. ^ a b "Romania's Biodiversity". Ministry of Waters, Forests and Environmental Protection of Romania. Dicapai pada 2008-01-10.
  66. ^ "Protected Areas in Romania". Romanian Ministry of Waters, Forests and Environmental Protection. Diarkibkan daripada yang asal pada 2007-11-17. Dicapai pada 2008-01-10.
  67. ^ "Danube Delta Reserve Biosphere". Romanian Ministry of Waters, Forests and Environmental Protection. Diarkibkan daripada yang asal pada 2005-04-26. Dicapai pada 2008-01-10.
  68. ^ "Danube Delta". UNESCO's World Heritage Center. Dicapai pada 2008-01-10.
  69. ^ a b c "Flora si fauna salbatica" (dalam bahasa Romanian). enrin.grida.no. Dicapai pada 2009-09-07.CS1 maint: unrecognized language (link)
  70. ^ "Romania: Climate". U.S. Library of Congress. Dicapai pada 2008-01-10.
  71. ^ "Romania: climate". Climate. Dicapai pada 2008-01-10.
  72. ^ "The monthly average climate parameters in Bucharest". WorldTravels. Dicapai pada 2008-01-10.
  73. ^ "Permafrost Monitoring and Prediction in Southern Carpathians, Romania". CliC International Project Office (CIPO). 2004-12-22. Diarkibkan daripada yang asal pada 2011-05-16. Dicapai pada 2008-08-31.
  74. ^ "The 2004 Yearbook" (PDF) (dalam bahasa Romanian). Romanian National Institute of Statistics. Dicapai pada 2008-08-31.CS1 maint: unrecognized language (link)
  75. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernama Population
  76. ^ a b c Official site of the results of the 2002 Census (Laporan) (dalam bahasa Romanian). Dicapai pada 2008-08-31.CS1 maint: unrecognized language (link)
  77. ^ "Outsourcing IT în România" (dalam bahasa Romanian). Owners Association of the Software and Service Industry. Diarkibkan daripada yang asal pada 2008-12-06. Dicapai pada 2008-08-31.CS1 maint: unrecognized language (link)
  78. ^ The Romanian Educational Policy in Transition (Laporan). UNESCO. Dicapai pada 2008-08-31.
  79. ^ The Romanian Educational Policy in Transition (Laporan). UNESCO. Dicapai pada 2008-08-31.
  80. ^ Academic Ranking World University 2006: Top 500 World University (pdf) (Laporan). Dicapai pada 2008-08-31.
  81. ^ Răzvan Florian. Romanian Universities and the Shanghai rankings (pdf) (Laporan). Cluj-Napoca, România: Asociaţia Ad Astra a cercetătorilor rom âni. m/s. 7–9. Dicapai pada 2008-08-31. line feed character in |publisher= at position 40 (bantuan)
  82. ^ "IMF World Economic Outlook April 2008 - Central and Eastern Europe". IMF. 2008. Dicapai pada 2008-08-31. Unknown parameter |month= ignored (bantuan)
  83. ^ "Country Classification Groups". World Bank. 2005. Dicapai pada 2008-08-31.
  84. ^ "GDP in 2006" (PDF) (dalam bahasa Romanian). Romanian National Institute of Statistics. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 2008-02-16. Dicapai pada 2008-01-10.CS1 maint: unrecognized language (link)
  85. ^ "World Bank: In 2008 Romania will have an economic growth of 5.9%" (dalam bahasa Romanian). Diarkibkan daripada yang asal pada 2008-01-11. Dicapai pada 2008-01-13.CS1 maint: unrecognized language (link)
  86. ^ "Creşterea economică din 2008 a frânat brusc în T 4". Curierul National (dalam bahasa Romanian). Diarkibkan daripada yang asal pada 2009-10-30. Dicapai pada 2009-09-07.CS1 maint: unrecognized language (link)
  87. ^ "Main Macroeconomic Indicators, September 2007" (PDF) (dalam bahasa Romanian). National Institute of Statistics of Romania. Dicapai pada 2008-08-31.CS1 maint: unrecognized language (link)
  88. ^ a b "Romania". CIA World Factbook. 2006. Dicapai pada 2008-08-31.
  89. ^ "Romania at A Glance - January 2008". Romania Economy Watch. 2008. Dicapai pada 2008-01-10. Unknown parameter |month= ignored (bantuan)
  90. ^ "Index of Economic Freedom: Romania". heritage.org. Dicapai pada 2008-08-31.
  91. ^ Taxation trends in the EU (pdf) (Laporan). Eurostat. 2007-06-26. Dicapai pada 2008-08-31.
  92. ^ "Romania: FDI reached over EUR 8.3 bn". Dicapai pada 2008-08-31.
  93. ^ "Prezentarea generală a reţelei de drumuri" (dalam bahasa Romanian). cnadnr.ro. Diarkibkan daripada yang asal pada 2010-02-11. Dicapai pada 2009-09-07.CS1 maint: unrecognized language (link)
  94. ^ "Reteaua feroviara" (dalam bahasa Romanian). cfr.to. Dicapai pada 2009-09-06.CS1 maint: unrecognized language (link)
  95. ^ Lucian Boia, James Christian Brown (2001). Romania: Borderland of Europe. Reaktion Books. m/s. 13, 36–40. ISBN 9781861891037.
  96. ^ a b "Cultural aspects". National Institute for Research & Development in Informatics, Romania. Diarkibkan daripada yang asal pada 2008-03-07. Dicapai pada 2008-08-28.
  97. ^ "Mihai Eminescu" (dalam bahasa Romanian). National Institute for Research & Development in Informatics, Romania. Diarkibkan daripada yang asal pada 2007-12-31. Dicapai pada 2008-01-20.CS1 maint: unrecognized language (link)
  98. ^ Mona Momescu. "Romanian Cultural Debate of the Summer: Romanian Intellectuals and Their Status Groups". Romanian Club @ Columbia University. Dicapai pada 2008-08-28.
  99. ^ "Constantin Brâncuşi's bio". Brancusi.com. Dicapai pada 2008-01-20.
  100. ^ "Brancusi's 'Bird in Space' Sets World Auction Record for Sculpture at $27,456,000". Antiques and the Arts Online. Diarkibkan daripada yang asal pada 2006-02-13. Dicapai pada 2008-01-20.
  101. ^ "November 9, The price record for a Brancusi masterpiece was set up in 2005 when "Bird in Space" was sold for USD 27.5 M". Romanian Information Center in Brussel. Dicapai pada 2008-01-20.
  102. ^ "George Enescu, the composer". International Enescu Society. Dicapai pada 2008-01-20.
  103. ^ Ştefănescu, Alex. (1999). Nichita Stănescu, The Angel With A Book In His Hands (dalam bahasa Romanian). Maşina de scris. m/s. 8. ISBN 9789739929745.CS1 maint: unrecognized language (link)

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]

{{#switch:||Kategori=

Lihat juga Daftar negara