Nothing Special   »   [go: up one dir, main page]

Kod Etika & Akauntabiliti Keguruan

Unduh sebagai ppt, pdf, atau txt
Unduh sebagai ppt, pdf, atau txt
Anda di halaman 1dari 58

MAKSUD ETIKA

Satu sistem dasar akhlak, adat atau tingkah laku atau


kesusilaan (Dewan Bahasa & Pustaka, 1995)

Prinsip moral atau set prinsip moral (Kamus Oxford, 1994).

Tanggungjawab dan akibat tingkah laku seseorang atau


profesion terhadap masyarakat.

Dari persepktif Islam, etika merujuk kepada tingkah laku


betul berasaskan Al-Quran dan ketakwaan kepada Allah.
MAKSUD ETIKA PROFESIONAL
semua garis panduan yang bertujuan
meningkatkan tahap kualiti, produktiviti
dan disiplin dalam perkhidmatan dengan
memberi penekanan terhadap semua aspek
yang berkaitan dengan peraturan dan
peradaban, peranan nilai, serta tingkah laku
profesion dalam masyarakat.
SKOP ETIKA PROFESIONAL
• Mencakupi sebahagian besar kehidupan ahli
profesional kecuali hal-hal yang benar-benar peribadi
seperti mencuci kereta, menanam bunga dll.

• Dalam Islam, etika ialah akhlak yang diamalkan oleh


manusia yang bertakwa dalam keseluruhan hidupnya.
Kod Etika Profesion
Perguruan Malaysia
etika ialah suatu sistem dasar
tingkah laku bagi sesuatu kumpulan
manusia atau organisasi.

 setiap badan profesional


mempunyai kod etika masing-
masing.
 setiap profesion akan menetapkan nilai-
nilai asas yang perlu ditaati oleh semua
insan yang menjalankan pekerjaan
tersebut. Ini disebut sebagai KOD ETIKA.

 justeru, etika profesional ialah nilai-nilai


atau tingkah laku murni yang harus
dihayati oleh individu-individu mengikut
profesion masing-masing.
 kod etika memperjelaskan tindakan-
tindakan betul yang perlu diikuti dan
tindakan-tindakan salah yang perlu
dihindari oleh individu-individu dalam
sesuatu profesion.

 tujuan kod etika ialah untuk


mengekalkan integriti moral sesuatu
profesion.
 setiap guru harus mematuhi kod etika
yang terdapat dalam TATASUSILA
PROFESION KEGURUAN seperti yang
disarankan oleh Kementerian Pendidikan
Malaysia.
Kod etika keguruan Malaysia
Tanggungjawab terhadap pelajar
Tanggungjawab terhadap ibubapa
Tanggungjawab terhadap
masyarakat
Tanggungjawab terhadap rakan
sejawat dan profesion keguruan
KEPENTINGAN ETIKA GURU
Guru perlu memiliki kod etikanya sendiri demi
memartabatkan profesion perguruan. Kod etika
dianggap penting kerana:

Kod etika menyediakan garis panduan bagaimana


bertingkah laku dalam profesion perguruan. – Sesuai
untuk dirujuk dan diamalkan oleh guru.
• Kod Etika Perguruan menyatakan dengan jelas tentang
tanggungjawab guru terhadap pemegang amanah dalam
bidang pendidikan. – Guru lebih faham dan jelas tentang
tanggungjawab mereka.

• Kandungan yang dinyatakan dalam Kod Etika Perguruan


di negara ini menunjukkan perbezaan tertentu berbanding
kod etika di negara lain. – Guru dapat melihat keunikan
etika yang diamalkan sama ada di negara ini ataupun di
negara lain.
• Kod Etika dalam bentuk dokumen, usaha untuk
menyemak semula kod ini dapat dilakukan. –
Kecemerlangan sesuatu profesion boleh dilihat menerusi
sejauh mana kod etikanya boleh dipertahankan dan
dikuatkuasakan.

• Menerusi kod etika, guru dapat meningkatkan lagi imej


profesion perguruan secara hitam putih dan rasmi. –
Membuka mata masyarakat untuk menghayati
tanggungjawab guru yang luas dan berat dan menyokong
guru dalam mencapai matlamat pendidikan dan negara.
Etika kerja merupakan nilai-nilai yang penting dalam
sesebuah organisasi. – Pengamalan etika dapat
mengekal, dan memelihara kepercayaan yang diberi
dalam menjalankan tugas, serta memupuk
tanggungjawab bersama dan mengeratkan
perhubungan atnara ahli dalam organisasi (INTAN,
1991).
 KONSEP KEGURUAN
Menurut Kamus Dewan (1970), ‘guru’ bererti
pendidik, pengajar dan pengasuh.
Pendidik bermaksud orang yang memelihara dan
melatih.
Pengajar ialah seorang yang menjadi petunjuk kepada
orang lain, manakala
Keguruan ialah sesuatu yang mempunyai
perkaitan dengan bidang menuntut ilmu atau
tempat mendapatkan ilmu seperti sekolah,
tempat belajar, pengajaran dan pembelajaran
dan sebarang perkara yang mempunyai
perkaitan dengan guru.
KONSEP AKAUNTABILITI
Mengikut Kamus Dwibahasa , perkataan
‘akauntabiliti’ di huraikan sebagai bertangungjawab
kepada seseorang atau bertangungjawab terhadap
sesuatu.
• Menurut Tan Sri
Ahmad Sarji , konsep
akauntabiliti adalah
satu obligasi untuk
memberikan jawapan
dan penjelasan
mengenai sesuatu
tindakan dan prestasi
kepada mereka yang
berhak untuk
mendapat jawapan
dan penjelasan
tersebut .
•Akauntabiliti juga adalah mengenai displin dan
keperluan untuk memberikan justifikasi dan menerima
kebertangungjawaban terhadap sesuatu keputusan
yang telah diambil
 AKAUNTABILITI KEGURUAN
• Akauntabiliti keguruan bermakna tanggungjawab
yang harus difahami dan dilaksanakan oleh seseorang
guru.
• Akauntabiliti keguruan juga
membawa maksud berkenaan
dengan tanggungjawab guru
terhadap profesionalisme keguruan.
• Akauntabiliti atau tanggungjawab seorang
guru yang dimaksudkan di atas merangkumi
akautabiliti guru terhadap pelajar , diri guru
itu sendiri, sekolah, masyarakat dan negara ,
dan profesion keguruan amnya.
AKAUNTABILITI GURU TERHADAP
PELAJAR
• Seorang guru haruslah menjalankan tugasnya
dengan penuh dedikasi di bilik darjah
– mematuhi masa dalam jadual waktu
– melaksanakan pengajaran dan pembelajaran
mengikut kaedah dan teknik yang berkesan.

• Guru juga haruslah mengutamakan kemajuan,


kebajikan dan keselamatan murid-murid
berbanding hal-hal lain.
• guru yang
bertanggungjawab
haruslah bersikap
adil terhadap
pelajar-pelajarnya
tanpa mengira
bangsa, agama,
faktor jasmani,
emosi, mental,
politik, sosial dan
perkara-perkara
lain.
Guru hendaklah membimbing dan mengajar
murid-murid di bilik darjah tanpa meminta
sebarang bayaran atau hadiah daripada
mereka, sebaliknya guru sekali-sekala perlu
memberi hadiah kepada murid-muridnya untuk
menggalakkan mereka berminat terhadap proses
pembelajaran.
 Ini adalah kerana seorang guru merupakan orang
yang di hormati oleh pelajarnya, oleh yang demikian
perlulah guru menjaga profesionalisme guru supaya
mereka tidak di benci,di pandang serong dan tidak di
hormati lagi oleh anak muridnya
• Memberi contoh
teladan yang baik
dengan berpakaian
kemas, berbudi
bahasa dan bersopan
santun semasa
bertugas harus juga di
amalkan supaya
murid memperolehi
model yang baik.
AKAUNTABILITI GURU TERHADAP
DIRI
• Seorang guru haruslah menjaga kebersihan dan
kesihatan dirinya agar dapat menjalankan tugas
sebagai pendidik dengan sempurna.

• Emosi hendaklah di kawal


oleh guru sendiri dan juga perlu
menghindarkan diri dari
sebarang ketegangan jiwa yang
boleh mengganggu tugasnya.
Sebagai seorang guru, guru hendaklah bijak
menguruskan kewangan dengan bijaksana dan
mengimbangi pendapatan dengan perbelanjaan.
Ini adalah kerana jika guru gagal menguruskan
kewangan maka guru akan menghadapi masaalah
luaran yang boleh menjejaskan tumpuannya
terhadap proses pengajaran di sekolah.
• Guru juga di galakkan melengkapkan diri dengan
pelbagai ilmu pengetahuan.

• Peka terhadap peristiwa di sekeliling melalui media


massa atau elektronik supaya mudah memberikan
imput yang berguna terhadap profesionnya.

• Guru juga boleh melibatkan diri dalam sesuatu


hobi dan aktiviti berfaedah di masa lapang yang
boleh menjadikan guru itu sihat dari segi mental
dan fizikal.
Penampilan Guru
Perlakuan yg mampu menjalinkan hubungan yang
baik antara satu sama lain yg menjadikan sesuatu
pergaulan itu berada dlm keadaan harmoni dan
mesra.
Perlakuan verbal ataupun non-verbal
Kesantunan Guru
Ikhlas, jujur, baik hati, penyayang dan sanggup
berkorban
Bersyukur dan berterima kasih ats nikmat dan
kebaikan yg diperoleh
Berani, tegas dan mampu membetulkan perkara-
perkara keji daripada berlaku
Menghargai dan menghormati pihak lain walupun
kalangan yg lebih muda, cacat, miskin dan kurang
cerdas
Menggunakan kata-kata utk perkara-perkara yg baik
dan bukan utk menyakiti pihak lain
Peramah, pemurah dan bersedia membaiki
kelemahan diri
KEPEDULIAN GURU
Dari segi moral, pendekatan kepedulian merupakan
kesanggupan seseorang untuk berkorban demi orang
lain.
Kepedulian, atau dalam istilah yang lain ialah ‘ambil
peduli’, ‘mengambil berat’ dan ‘menyayangi’, yang
melibatkan responsif sensitif terhadap orang lain
berdasarkan sikap keterbukaan dan perhatian
terhadap pengalaman mereka.
4 komponen penting dalam
pendekatan ini, iaitu:
Modeling
Dialog
Praktis
Kepastian
Modeling
Komponen ini adalah penting dalam menunjukkan
bagaimana kita mengambil berat terhadap orang
tersayang, iaitu murid kita.
Oleh itu, guru perlu menunjukkan kepada murid
bagaimana untuk mengambil berat dan menyayangi
dengan cara membuat hubungan yang baik terhadap
mereka.
Modeling
Sikap guru sedemikian akan dijadikan contoh oleh
murid lain di kelas itu.
Mereka juga sudah tentu akan lebih menyayangi dan
mengambil berat perihal rakan sekelas.
Keadaan seumpama ini sudah tentu akan dapat
menjalinkan hubungan rapat antara guru dan murid.
Dialog
Komponen ini bukan sahaja hanya melibatkan
percakapan atau perbualan semata-mata, tetapi ianya
mempunyai pembuka dan penutup, di mana kedua-
dua pihak mengetahui keputusan atau matlamat yang
akan dicapai melalui aktiviti berdialog.
Ia memberikan murid peluang untuk bertanya dan
membantu kedua-dua pihak mencapai keputusan
yang seimbang dan dipersetujui.
Dialog
Guru yang mengamalkan komponen ini pula akan
sentiasa mewujudkan komunikasi dua hala di dalam
kelasnya.
Komunikasi yang baik antara guru dan murid sudah
tentu akan meningkatkan penglibatan murid dalam
pengajaran dan pembelajaran.
Ini seterusnya akan dapat meningkatkan lagi kualiti
pengajaran guru.
Praktis
Komponen ini juga hampir sama dengan komponen
modeling di mana guru akan mempraktikkan
bagaimana untuk menunjukkan kasih sayang di
antara guru dan murid.
Sebagai contoh, guru bertanya khabar kepada
seorang murid.
Apabila guru berbuat demikian, murid itu
mengucapkan terima kasih.
Praktis
Pertanyaan guru dan maklum balas murid itu
merupakan salah satu praktis.
Praktis yang dilakukan secara bersungguh-sungguh
juga akan dapat menggalakkan hubungan baik antara
guru dan murid.
Kepastian
Perlakuan yang menggalakkan sesuatu yang terbaik
daripada orang lain.
Kita boleh melakukan ini hanya sekiranya kita
mengenali seseorang dengan cukup rapat untuk
mengenalpasti apa yang mereka hendak capai.
Kepastian
Sebagai contoh, jika guru tahu bahawa minat murid-
murid di kelas berkenaan adalah lebih kepada belajar
menggunakan teknologi maklumat, misalnya komputer,
guru perlu menggalakkan aktiviti tersebut.
Langkah guru ini sudah tentu akan mewujudkan rasa
penghargaan di kalangan murid-murid dan mereka sudah
tentu akan melibatkan diri secara aktif dalam pengajaran
guru.
Berniaga di Sekolah
Bilik guru ialah kawasan perniagaan yg lazim.
Guru yg ghairah berniaga sampai lupa dan
mengabaikan tanggungjawab
Boleh menjejaskan profesion yg begitu mulia.
Sepatutnya laksanakan tanggungjawab sebagai
pendidik di bilik darjah
Melanggar etika perkhidmatan awam dan guru
terikat dgn Perintah Am yg bertujuan mengawal
tingkah laku dan etika pekerja.
Penampilan Guru
Ciri-ciri peribadi yg dimiliki oleh guru termasuklah
sikap, kepercayaan, minat, apresiasi dan nilai-nilai.
Stewart – tret-tret perwatakan dan personaliti yg
dianggap perlu untuk kejayaan seseorang sebagai
guru.
Gaya berpakaian
Tidak memakai pakaian yg terlalu ketat, jarang atau
yang mendedahkan auratnya kerana gaya tersebut
bukan sahaja bertentangan ajaran agama malah
mengganggu konsentrasi murid ketika belajar
Guru perlu mengawal tingkah lakunya – tidak bengis
dan kasar, tidak memarahi murid di khalayak ramai
KERJAYA SAMBILAN
Guru-guru memaksa mereka mencari alternatif lain
untuk menambahkan sumber pendapatan.
Contoh; mengajar di pusat-pusat tuisyen, menjadi
penceramah,berniaga di pasar, memandu teksi.

Kesan;
Perancangan pengajaran dan pembelajaran tidak
dibuat dan tugas mengajar dilaksanakan secara ala
kadar sahaja.
PENGURUSAN MASA
Menguruskan masa melibatkan penggunaan
peralatan dan kaedah atau teknik untuk merancang
masa dengan sesuai untuk mencapai matlamat
Guru perlu mempunyai kemahiran pengurusan masa
yang baik untuk mandapat kesan yang maksimum
Taktik penting yang perlu diketahui :
Tentukan keutamaan
Merancang masa depan dan tuliskannya
Membaca dengan laju dan menulis dengan cepat
Tidak melakukan perkara tidak penting
Delegasikan kerja yang boleh dilakukan oleh orang lain
Mengikut seminar yang boleh meningkatkan
kemahiran
Memanfaatkan teknologi dengan sebaiknya
Elak menangguh kerja
Seimbangkan masa untuk kerjaya,keluarga dan
masyarakat
Kehilangan masa melibatkan :
Keluarga
Rakan
Aktiviti tidak berfaedah
Pengaruh media massa
Sikap
Kaedah mengurus masa :
Senaraikan semua aktiviti yang mahu dijalankan dalam
1 hari
Susun aktiviti berdasarkan kepentingan
Elak senarai aktiviti tidak berfaedah
Agihkan masa untuk setiap aktiviti
buat jadual untuk aktiviti
Disiplinkan diri
Jadual sehari kemudian seminggu
Kesan menguruskan masa dengan berkesan :
Terurus
Produktif
Kurang tertekan
Lebih mempunyai banyak masa melakukan aktiviti
yang bermakna dalam kehidupan
i. Mengubah tabiat lama yang negatif
Menangguhkan kerja atau tugasan perlu dikikis dan
dibuang daripada sikap guru untuk menjadi lebih
efisen.
ii. Komunikasi
 Komunikasi amat penting dalam menyampaikan
maklumat. Ianya perlulah tepat, jelas, mudah
difahami agar masa yang digunakan menjadi lebih
efisen
iii. Penumpuan
 Perlu mahir membezakan pengurusan masa untuk
sesuatu aktiviti
 Aktiviti yang memerlukan sepenuh penumpuan
adalah seperti berikut :
 masa beribadat, bekerja, menambah intelektual,
keluarga, bermasyarakat dan bersosial dan berehat
PENGURUSAN KEWANGAN
Elaun atau gaji anda tidak mencukupi?
Mempunyai wang simpanan kecemasan?
Bebas dari bebanan hutang?
Guru harus manjadi pengurus kewangan yang cekap
kerana ia memberi kesan kepada kejayaan guru di
dalam kelas
Aspek pengurusan kewangan disekolah :
Gaji sendiri, yuran murid kelas anda dan yuran PIBG
Pengutan wang murid perlu surat kuasa
Kutipan segera diserah kepada pejabat
Segala dokumen yang berkaitan perlu lengkap
sebagai bukti
Segala rekod perlu disimpan dengan teratur agar
mudah disemak
Segala wang memerlukan pengeluaran resit sebagai
bukti
Tidak boleh melakukan Perbelanjaan Tanpa
Kebenaran atau melakukan urusan tanpa kebenaran
Perkara yang guru perlu perhatikan :
Kenalpasti KEPERLUAN dan KEMAHUAN
Sediakan peruntukan untuk “emergency buffer”
Buat keputusan bagaimana wang sepatutnya
dibelanjakan
Fokus pada matlamat jangka pendek dan panjang
Kenalpasti kebocoran dalam corak perbelanjaan dan
tanganinya
Rancang kewangan mengikut pendapatan sekarang dan
bukan pendapatan ramalan
Mengingtakan diri sendiri tentang kepentingan
pengurusan kewangan
Sesuaikan dengan perubahan semasa atau keluarga

Anda mungkin juga menyukai