School Work">
Nothing Special   »   [go: up one dir, main page]

Jelaskan Dan Bincangkan Perkaitan Antara Bahasa Dan Minda Manusia

Unduh sebagai docx, pdf, atau txt
Unduh sebagai docx, pdf, atau txt
Anda di halaman 1dari 6

Jelaskan dan bincangkan perkaitan antara bahasa dan minda manusia

1.0 Pendahuluan

Menurut Charles F. Hockett, seorang sarjana linguistik Amerika abad ke -20 pengikut Bloomfield, telah mendefinisikan bahasa sebagai satu sistem tabiat tabiat manusia yang sangat umum. Definisi bahasa yang terkini dan diterima umum ialah melihat peranan bahasa dalam konteks fungsi dan bentuknya. Menurut fungsinya, bahasa adalah struktur yang unit daripada bunyi bunyi ucapan . Manakala bentuknya menurut Chomsky sebagai sejumlah kalimat kalimat.( Mangantar Simanjuntak, 1992 ). Bahasa ialah alat perhubungan untuk membolehkan manusia berkomunikasi antara satu sama lain. Bahasa lahir dari pemikiran manusia. Sebagai hasil proses pemikiran, bahasa merupakan penanda penting berkaitan dengan proses proses yang berlaku dalam minda manusia, khususnya pengekodan atau penjanaan buah fikiran atau mesej dalam kata kata atau bunyi bahasa yang memberi makna tertentu. Dalam menjalankan tugas sebagai memberi maklumat, bahasa memperlihatkan wujudnya peranan pemikiran yakni antara penutur atau antara penulis dengan pembaca, yang berlaku bukan sekadar pengekodan tetapi juga pentafsiran kod iaitu kod bahasa. Pendengar dan pembaca terpaksa menggerakkan daya pemikiran agar dapat mentafsirkan kod kod yang diarahkan supaya makna yang sama dengan yang dimaksudkan oleh penutur atau pembaca diperoleh ( Jurnal Dewan Bahasa,1988) 2.0 Pemerolehan Bahasa adalah Proses Minda Pemerolehan bahasa adalah hasil proses pemikiran dengan adanya penghayatan peraturan peraturan berkaitan pemerhatian terhadap kanak kanak. Hal ini, diakui oleh Noam Chomsky yang mengatakan terdapat perkaitan bahasa dengan minda serta menjadi teras kepada teori nahu transformasi ( Jurnal Dewan Bahasa, 1988:24 ). Menurut teori E.H Lenneberg ( Abdullah Hassan, 1992 :261 ), semua kanak kanak yang sihat dan normal mula becakap dan bertutur pada peringkat umur yang sama. Menurut beliau, apabila tiba masanya seseorang anak itu akan dengan serta merta tertarik terhadap bunyi yang didengar dan mula menggunakan pancainderanya untuk memilih bunyi yang penting. Menurut beliau otak manusia mengambil masa yang panjang untuk membesar, dan hal ini dapat memberi keupayaan kepada bahasa untuk tumbuh dan berkembang. Lenneberg telah membahagikan tahap perkembangan pemerolehan bahasa dalam kalangan kanak kanak kepada lapan peringkat. Peringkat yang terakhir adalah peringkat yang penting kerana pada tahap ini pola pola ayat yang digunakan oleh kanak kanak telah lengkap dan dapat merumuskannya. Pada tahap umur dua tahun ini otaknya tumbuh 60% daripada otak orang dewasa. Masa ini merupakan tahap progres yang rapi, kemahiran kemahiran motor berhubung dengan

kemahiran kemahiran lain termasuk kemahiran bahasa. Satu ciri yang menarik dalam perkembangan bahasa ialah perkembangan bahasa yang berlaku kepada bayi. Selalunya bayi menunjukkan yang mereka faham sesetengah perkataan dan arahan semenjak umur dua belas bulan lagi walaupun mereka tidak dapat mengeluarakan sepatah kata pun. Di sini didapati bahawa proses memahami sesuatu bahasa itu mendahului proses bertutur. 3.0 Bahasa Sebagai Sistem Minda Mangantar Simanjuntak ( 1982 ) berpendapat, bahasa sebagai satu sistem bermaksud bahasa sebagai satu jaringan yang rumit dengan unsur unsur yang saling barkaitan menurut rumus - rumus tertentu. Rumus rumus yang mengatur elemen inilah yang merupakan satu sistem yang memungkinkan terlahirnya kalimat kalimat yang tidak terbatas banyaknya. Bagi beliau bahasa ialah satu sistem yang unit, khas dimiliki oleh manusia sahaja. Ini kerana sistem yang unit ini dikawal oleh proses proses akal dan kapasiti yang khusus untuk berbahasa yang hanya dimiliki oleh manusia dengan keupayaan atau kebolehan kognitif. Oleh itu, ahli psikolinguitik kini menganggap bahasa sebagai satu sistem biologi. Berdasarkan kenyataan ini maka dirumuskan bahawa : "Bahasa ialah satu sistem kognitif manusia yang unik yang dapat dimanipulasikan oleh manusia untuk menghasilkan ( menerbitkan ) sejumlah kalimat kalimat yang tidak terbatas berdasarkan unsurunsur yang terbatas untuk dipakai oleh manusia itu sebagai alat berkomunikasi dan mengakulasikan ilmu pengetahuan". ( Mangantar Simanjuntak, 1982) Sememangnya tidak dapat dinafikan bahawa bahasa sangat erat hubungannya dengan minda yakni berfikir dan pemikiran, jarang sekali kita sedar yang bahasa memegang peranan yang terpenting dalam pembangunan nusa dan bangsa. Sains dan teknologi adalah hasil pemikiran manusia dari akumulasi ilmu dan ini terjadi dengan perantaraan bahasa. Ilmu tidak lahir daripada seorang manusia tetapi adalah hasil pemikiran yang diakumulasikan dengan perantaraan bahasa. Wilhelm Von Humboldt seorang sarjana Jerman abad ke -19 yang dipetik daripada buku Aspek Bahasa dan Pengajaran, antara kenyataan beliau: "Manusia hidup dengan benda bendanya terutamanya sebenarnya, kerana perasaannya dan lakunya tergantung pada persepsinya ( = pengamatannya),jadi dapat dikatakan seluruhnya sebagaimana bahasa menyugukannya padanya. Dengan proses yang sama sebagaimana dia mengeluarkan bahasadari dirinya dia memerangkap dirinya dalam bahasa itu; dan tiap bahasa mengeluarkan satu lingkaran ajaib melingkari manusia yang memiliki bahasa itu, satu lingkaran dari mana tak dapat dia lepas kecuali melangkah keluar dan memasuki lingkaran yang lain". Daripada kenyataan tersebut beliau menekankan kebergantungan pemikiran manusia kepada bahasa. Bahasa sesuatu masyarakat ditentukan oleh masyarakat itu sendiri. Beliau juga berpendapat jika sesuatu masyarakat itu hendak berubah, maka harus baginya mempelajari bahasa secara

mendalam dan dengan cara itu dapatlah baginya berfikir mengikut cara masyarakat itu berfikir. Edward Sapir seorang sarjana Amerika pula berpendapat bahawa manusia hidup di dunia ini atas belas kasihan bahasanya yang telah menjadi alat pengantar dalam msyarakatnya. Menurut Sapir dunia sesuatu masyarakat dibentuk atas sifat bahasa masyarakat itu. Oleh sebab itulah, tidak ada dua bahasa yang betul betul sama sehingga dapat mewakili satu masyarakat yang sama. Daripada kenyataan Sapir ini, Humboldt merumuskan bahawa bunyi bunyi bahasa adalah bentuk luar manakala fikiran adalah bentuk dalaman. Bentuk luar yakni bahasa sering kita dengar manakala bentuk dalaman ialah otak manusia. Kedua dua inilah yang merangsang pemikiran dalam mengatur pergerakan manusia. Benjamin Le Whorf pula meninjau pandangan klasik, golongan ini berpendapat bahasa dan bunyi masing masing berdiri sendiri. Meskipun bahasa mempunyai bunyi bunyi yang berbeza tetapi semuanya mempunyai rumusan yang sama yang berdasarkan pemikiran dan pengamatan yang sama. Bagi Whorf semua bahasa yang keluar dikatakan sebagai penyataan fikiran.( Mangantar Simanjuntak, 1982 ) 4.0 Bahasa, Semantik dan Minda MacNeill ( 1970 ), telah memperkenalkan teori pemerolehan semantik berdasarkan "Hipotesis Nurani ".Menurut teori ini bayi pada waktu kecil telah dilengkapi secara semula jadi dengan hubungan hubungan bahasa. Hal inilah, yang berperanan dalam menentukan proses pemerolehan semantik kerana tatabahasa telah sedia ada. Peringkat awal bayi akan membentuk "Kamus erti kata" dengan cara menghubungkan tatabahasa secara implisit pada peringkat holofrasa. Pada peringkat ini bayi belum mampu menguasai semantik kerana otak bayi belum matang untuk proses seperti ini. Pada peringkat dua tahun barulah bayi menyusun semula kamus erti kata, kerana pada peringkat ini bayi telah menguasai dua kata atau lebih dan kemampuan otaknya pada tahap ini bertambah menurut proses kematangannya Bierwisch ( 1973 ), menerangkan bahawa pemerolehan semantik bayi tidak perlu dipelajari kerana telah sedia ada dalam otak bayi secara semula jadi. Perkara yang perlu dipelajari oleh bayi hanyalah hubungan fonologi dengan semantik bahasa yang sedang dipelajarinya. Fonologi adalah membunyikan sesuatu perkataan dan hubung kait sesuatu perkataan itu dengan makna. Mangantar Simanjuntak ( 1979 ), mengakui bahawa LAD ( Language Acquisition Device ) berperanan penting dalam proses pemerolehan bahasa. Oleh itu, hipotesis nurani yang mengatakan bahawa manusia telah dipersiapkan secara empirikal dengan menerapkan penemuan penemuan neuropsikolinguistik menerusi LAD bayi akan memperoleh bahasa secara berperingkat peringkat mengikut tahap perkembangan bayi, hal ini diakui oleh Simanjuntak kebenarannya. Menurut Piaget ( Amir Awang, 1979 ), beliau telah membahagikan perkembangan deria motor bayi kepada enam peringkat iaitu : i. Peringkat gerakan pantulan ( 0-1 bulan ) ii. Peringkat perbezaan awal ( 1 4 bulan )

iii. Peringkat penghasilan semula ( 4 -8 bulan ) iv. Peringkat koordinasi skemata ( 8 12 bulan ) v. Peringkat eksperimentasi ( 12 18 bulan ) vi. Peringkat perlambangan ( 18 24 bulan ) Bagi Piaget pada umur 2 bulan bayi sudah mula membezakan objek dalam persekitarannya melalui gerakan pantulan menghisap. Pada masa umur 4-8 bulan bayi mula menggerakkan otok otoknya untuk memegang apa sahaja yang dilihat. Pada tahap ini penglihatan dan sentuhan amat penting. Menjelang usia 2 tahun bayi mula menggunakan pelbagai skemata untuk menyelesai masalah yang kompleks. Pada akhir 2 tahun bayi biasanya telah boleh menguasai bahasa dan perlambangan. Peringkat ini juga bayi dikatakan bebas daripada deria motor dan mula meneroka cara cara baru dalam menyelesai masalah. Banyak pengetahuan baru telah dilambang melalui bahasa. Penggunaan bahasa oleh bayi menandakan perkembangan kognitif yang pesat telah berlaku dalam minda bayi tersebut. Pada tahap ini juga bayi sudah mula mengaitkan bahasa dengan benda, tindak balas bayi dapat dilihat apabila sesuatu perkataan tersebut disebut. Piaget ( 1962 ), dipetik daripada buku Amir Awang ( 1986 ) telah mengelaskan pertuturan kanak kanak kepada 2 peringkat iaitu : i. Pertuturan egosentrik bercakap sendiri ii. Pertuturan sosial, bahasa digunakan untuk berbincang, bertukar fikiran dan pengalaman. Piaget membuat pembahagian ini berdasarkan tahap umur dan pemikiran. Ini kerana pada tahap pertuturan egosentrik kanak kanak tersebut tidak dapat menerima pandangan orang lain. Dia juga percaya bahawa orang lain juga berfikir seperti dia berfikir. Hasilnya dia tidak pernah menyoal pemikirannya sendiri. Pada tahap ini kanak kanak itu tidak pernah mempersoalkan salah betul pemikirannya itu. Tetapi keadaan ini berubah apabila usia 6-7 tahun. Kanak kanak sudah mula menerima pandangan orang lain, hal ini dapat dilihat ketika dia bersosial bersama sama rakan rakannya. 5.0 Perbincangan kaitan Bahasa dengan Minda Bahasa dengan minda mempunyai kaitan yang cukup penting. Bayi yang baru lahir dikatakan tidak boleh berbahasa tetapi melalui gerakan deria motor dalam menyatakan sesuatu. Hal ini, dapat dilihat dalam kenyataan Piaget yang membahagikan perkembangan kanak kanak kepada 6 peringkat. Menurut Lenneberg ( 1967 ), pada umur 2 tahun barulah kanak kanak dikatakan dapat menguasai bahasa dengan baik kerana pada tahap ini pemahaman bertambah baik dan sudah dapat membentuk ayat ayat mudah dan dapat merumuskannya secara bersendirian. Menurut pendapat Azizul Ismail ( Dewan Bahasa, Julai 2009 ) , otak kanak kanak berkembang dengan cepat pada umur satu tahun hingga tiga tahun. Pada masa itu, otak kanak kanak menjadi lebih fleksibel dalam mempelajari sesuatu perkara, khususnya bahasa. Otak kanak kanak pada tahap tersebut dikatakan mencapai 25 peratus berat otak orang dewasa. Otak berkembang membentuk jutaan sel yang terdiri daripada neuron dan sel otak yang lain. Jalinan sel yang bergabung ini membentuk kawalan yang kompleks bagi perkembangan mental, emosi, fizikal, dan spiritual kanak kanak.

Penguasaan bahasa yang baik dan pemahaman semantik tentang bahasa akan memberi kemudahan kepada minda untuk menyelesaikan masalah. Hal ini, dapat diperhatikan dalam soal pembelajaran murid murid di sekolah. Murid yang menguasai kemahiran berbahasa dengan baik biasanya dapat meyelesaikan sesuatu masalah dengan mudah. Dalam buku Psikologi Pendidikan terjemahan Noran Fauziah Yaakub mengatakan : "pembelajaran yang kompleks, terutama sekali setelah dipertimbangkan segala faktor bahasa, hendaklah mengambi kira tentang keberertian, pengelolaan, dan kefahaman".

Otak ialah organ yang paling kompleks dan khusus serta bertanggungjawab untuk pembelajaran. Otak bergantung penuh kepada bekalan glukosa dan oksigen yang tetap daripada aliran darah untuk berfungsi secara normal dan sempurna. Otak tidak mempunyai tenaga simpanan seperti tisu dan organ lain dalam tubuh manusia. Oleh itu apabila berlaku kecederaan pada bahagian kiri otak menyebabkan terganggunya beberapa aspek seperti keupayaan mengesan, keupayaan memproses atau menghasilkan bahasa.( Dewan Bahasa, April 2009 ). Hal inilah, yang selalu diperhatikan apabila seseorang itu mendapat kecederaan di kepala kadang kala membawa kepada tidak boleh bercakap kerana kotak bahasa dalam otak sebelah kiri yang mengawal bahasa telah rosak. Menurut hasil tulisan Vijayaletchumi Subramaniam disleksia ialah penyakit yang berpunca daripada perbezaan cara otak memproses maklumat terutama sekali mengenai bahasa yang melibatkan bunyi bunyi simbol dan makna. Kanak kanak yang menghadapi masalah ini akan menghadapai masalah dalam pembelajaran terutama dalam mengenal huruf, mengeja, membaca, menulis, mendengar, dan bercakap. Vijayaletchumi juga memetik pendapat Loraine K. Obler yang berpendapat otak manusia terbahagi kepada dua hemisfera, iaitu hemisfera kiri dan hemisfera kanan yang disambung oleh korpus kalosium. Otak kiri menguruskan penggunaan bahasa, menerbit perkataan, membentuk bunyi bunyi, serta mengimbangi tatabahasa dengan peraturan sintaksis dan pemikiran bersifat logik. Manakala otak kanan pula dikaitkan dengan kemahiran mengendalikan pengecaman pola dan imej, pemikiran kreatif dan kemahiran seni. Dari kenyataan yang telah diberi jelas bahawa bahasa dan minda memang mempunyai pertautan yang rapat terutama dalam soal bahasa. 6.0 Kesimpulan Bahasa merupakan anugerah tuhan kepada manusia yang amat penting dalam kehidupan, bermula dari seseorang itu lahir hinggalah pada saat saat dia meninggal dunia. Bahasalah juga yang membezakan manusia dengan makhluk makhluk lain di muka bumi ini. Dengan bahasa manusia dapat berhubung, melahirkan pandangan, perasaan, pendapat, menurunkan ilmu dari satu generasi ke satu generasi dan seumpamanya. Kepentingan bahasa dalam kehidupan kita seharian tiada siapa yang dapat menyangkalnya. Namun, kebanyakan manusia tidak memepedulikan persoalan tentang bahasa. Perkara yang merunsingkan ibu bapa apabila seseorang anak tidak dapat bercakap apabila tiba masanya. Tidak ramai juga yang mengetahui bahawa bahasa dan otak manusia memainkan peranan yang penting dalam membolehkan manusia becakap.

Menurut Azizul Ismail (2009 ), kanak kanak dikatakan boleh bertutur secara aktif apabila mencapai umur satu hingga tiga tahun. Pada tahap ini perkembangan otak menjadi fleksibel dalam mempelajari sesuatu perkara khususnya yang berkaitan dengan bahasa. Piaget, ( Amir Awang, 1986:82) berpendapat kanak kanak pada usia 11 hingga 12 tahun telah berada pada zaman operasi formal yang bukan sahaja kemuncak perkembangan kognitifnya tetapi merupakan juga ambang yang membuka pintu kepada pemikiran yang menggunakan taakulan logik dengan cara abstrak. Kecacatan kepada otak juga akan menyebabkan proses berbahasa terganggu. Apatah lagi jika kecederaan itu melibatkan otak sebelah kiri yang dikatakan terletaknya 'kotak bahasa manusia'. Kecederaan pada bahagian ini menyebabkan manusia tidak boleh bercakap. Hal ini, diakui oleh Vijayaletchumy Subramaniam ( 2009 ) yang mengatakan : "penyakit atau kecederaan yang berlaku, khususnya pada bahagian otak kiri menyebabkan terganggunya beberapa aspek keupayaan seperti keupayaan mengesan,keupayaan memproses atau menghasilkan bahasa" Jelas kepada kita bahawa bahasa dan minda sememangnya mempunyai kaitan dalam menghasilkan bahasa. Tanpa bahasa hidup manusia akan susah, tetapi dengan minda yang tidak sempurna pengaturan bahasa dalam hidup menjadi kucar kacir. Oleh itu, dua elemen ini sangat penting dalam membantu perkembangan bahasa bagi manusia.

Anda mungkin juga menyukai