Nothing Special   »   [go: up one dir, main page]

Kaub - Tajuk - 10 Berkebun

Unduh sebagai docx, pdf, atau txt
Unduh sebagai docx, pdf, atau txt
Anda di halaman 1dari 25

PKB3703 KEMAHIRAN ASAS UNTUK BERDIKARI

TAJUK 11 KEMAHIRAN BERKEBUN

11.0 SINOPSIS

Topik kemahiran berkebun memberi pendedahan tentang amalan perkebunan


yang memberi penerangan mengenai perkakas atau peralatan yang digunakan,
langkah-langkah keselamatan yang perlu diikuti semasa menjalankan aktiviti
berkebun, mengetahui jenis-jenis tanaman yang sesuai ditanam serta
mengetahui aspek berkebun secara keseluruhan seperti pemilihan tapak yang
sesuai, proses menanam dan penjagaan tanaman serta tapak tanaman.
Pendedahan juga diberikan mengenai kaedah-kaedah tanaman serta penjagaan
yang memastikan tanaman tumbuh dengan baik dan sempurna. Kandungan
topik kemahiran berkebun ini juga meliputi tanaman hiasan dan sayur-sayuran.

11.1 HASIL PEMBELAJARAN


Pada akhir topik ini anda seharusnya dapat

1. Menguasai pengetahuan dan kemahiran asas bidang perkebunan.


2. Menerangkan perkakas serta peralatan berkebun kepada murid-murid
pendidikan khas bermasalah pembelajaran.
3. Menerangkan langkah-langkah keselamatan semasa menjalankan
aktiviti berkebun kepada murid-murid pendidikan khas bermasalah
pembelajaran.
4. Mempraktikkan tanaman hiasan dan sayur-sayuran kepada murid
bermasalah pembelajaran.
5. Menjelaskan kaedah penjagaan tanaman kepada murid pendidikan
khas bermasalah pembelajaran.

142
PKB3703 KEMAHIRAN ASAS UNTUK BERDIKARI

11.2 KERANGKA TAJUK-TAJUK

Kemahiran Berkebun

Perkakas dan Prosedur keselamatan Penjagaan tanaman


Jenis tanaman
peralatan perkebunan penggunaan alatan dan tapak tanaman

11.3 Pengenalan

Apakah perasaan anda apabila melihat pemandangan dengan kehijauan


tanaman seluas mata memandang? Bagaimana pula perasaan anda apabila
rumah anda dikelilingi oleh rimbunan pohon hijau yang menyegarkan? Berkebun
merupakan satu aktiviti yang dapat menyihatkan tubuh badan selain dari
membekalkan sumber sayuran segar yang boleh dijadikan makanan pada setiap
hari. Namun begitu, berkebun bukanlah suatu aktiviti yang mudah dilaksanakan
tanpa ada pengetahuan dan kemahiran yang berkaitan.

Kepada murid-murid pendidikan khas bermasalah pembelajaran yang


mempunyai pelbagai tahap kemampuan, aktiviti berkebun merupakan satu
kemahiran yang sukar. Guru memainkan peranan yang sangat penting untuk
memberi pendedahan mengenai kemahiran-kemahiran perlu dikuasai dengan
langkah-langkah pengajaran dan pembelajaran yang mudah dan teratur. Mereka
perlu diberi peluang mengikut keupayaan masing-masing untuk menguasai
kemahiran ini bagi membolehkan mereka melalui proses pertumbuhan dan
perkembangan diri disamping membina keyakinan dan imej diri yang positif.

Oleh itu, selain murid-murid, guru juga perlu menguasai kemahiran berkebun
dengan menimba pengetahuan dan kemahiran yang secukupnya untuk
membimbing murid-murid menjalankan aktiviti yang berfaedah ini.

143
PKB3703 KEMAHIRAN ASAS UNTUK BERDIKARI

11.4 Alatan Perkebunan


Mengenalpasti peralatan untuk aktiviti berkebun.
Pelbagai alatan perkebunan perlu digunakan untuk melakukan kerja-kerja
membersihkan tapak, menggembur, menyemai, menanam dan menjaga
tanaman hiasan atau pun sayur-sayuran. Antara peralatan yang biasa digunakan
ialah:

Penyiram Sekater Sekop

Sudip Tangan Serampang Tangan Kereta Sorong

Sarung Tangan Cangkul Pencakar

Pencakar Tangan

144
PKB3703 KEMAHIRAN ASAS UNTUK BERDIKARI

Setiap alatan perkebunan mempunyai fungsi atau kegunaan tersendiri. Di bawah


ini dinyatakan fungsi alatan tersebut.

Jenis Alatan Kegunaan


Penyiram Digunakan untuk menyiram tanaman.
Sekater Digunakan untuk memotong dahan kecil tanaman.
Sekop Digunakan untuk menyodok tanah atau menggaul
campuran medium tanaman.
Sudip Tangan Digunakan untuk menggali lubang kecil atau
menggembur tanah.
Serampang Tangan Digunakan untuk menggembur tanah di sekeliling
batang atau di dalam pasu.
Kereta Sorong Digunakan untuk mengangkut tanah atau medium
tanaman serta benih semaian.
Sarung Tangan Dipakai semasa melakukan kerja-kerja perkebunan.
Cangkul Digunakan untuk menggali lubang besar dan dalam.
Pencakar Digunakan untuk membersihkan dan meratakan
tanah selepas digembur.
Pencakar Tangan Digunakan untuk meratakan tanah yang digembur di
kawasan yang kecil.

Latihan

1. Senaraikan 5 mesin dan kegunaannya selain dari peralatan tangan yang


digunakan untuk aktiviti berkebun.
2. Apakah yang dimaksudkan dengan tanaman menggunakan teknik fertigasi
dan senaraikan alatan yang digunakan untuk menanam tanaman
menggunakan teknik tersebut.

145
PKB3703 KEMAHIRAN ASAS UNTUK BERDIKARI

11.5 Prosedur Keselamatan Penggunaan Alatan Untuk Berkebun

11.5.1 Keselamatan

Semasa melakukan aktiviti berkebun, murid-murid sentiasa terdedah kepada


risiko kemalangan. Oleh itu sebagai guru, kita perlu mengikuti prosedur atau
langkah-langkah keselamatan bagi memastikan tiada kemalangan atau
kecederaan berlaku sepanjang aktiviti tersebut.

11.5.2 Keselamatan Diri

Beberapa peraturan atau langkah keselamatan perlu diketahui dan diikuti oleh
murid bagi menjamin keselamatan mereka semasa menjalankan aktiviti
berkebun. Antara amalan keselamatan yang boleh diamalkan ialah:

1. Selalu memakai sarung tangan dan kasut atau but yang bersesuaian
semasa berkebun.
2. Semasa membuang batu-batu, tin, kayu api dan sebagainya, lakukan
secara perlahan-lahan agar sesuatu benda yang tersembunyi di
sebaliknya dapat ditanggalkan dengan baik.
3. Sentiasa memeriksa but, sarung tangan dan pakaian sebelum
memakainya. Jika ia telah terbiar dalam tempoh tertentu, goncangkan ia
dengan kuat. Anda mungkin tidak mengetahui apa yang terdapat di
dalamnya!
4. Perhatikan jika sesuatu tumbuh-tumbuhan itu jenis yang beracun sebelum
menanamnya di kawasan rumah.
5. Jangan sekali-kali memasukkan jari ke dalam lubang-lubang di dalam
tanah.
6 Gunakan peralatan tajam dengan berhati-hati dan diawasi oleh guru.
7. Jauhkan diri dari rakan yang sedang menggunakan alatan yang tajam.
8. Elakkan bermain atau bergurau semasa menjalankan aktiviti berkebun.

146
PKB3703 KEMAHIRAN ASAS UNTUK BERDIKARI

11.5.2 Keselamatan Rakan

Biasanya aktiviti berkebun akan dijalankan secara berkumpulan. Semasa


menjalankan aktiviti berkebun pelbagai alatan digunakan oleh murid. Adalah
menjadi tanggungjawab guru untuk memastikan keselamatan semua murid
terjamin. Antara langkah keselamatan yang boleh dijalankan ialah:

1. Jangan menggunakan peralatan tajam berhampiran satu sama lain


semasa berkebun.
2. Jangan bermain atau bergurau dengan rakan semasa menggunakan
peralatan tajam.
3. Jangan menghalakan peralatan tajam ke arah rakan.
4. Pastikan murid tahu fungsi alatan tajam dan bagaimana hendak
digunakan.

11.5.3 Keselamatan Alatan

Penjagaan alatan dengan sempurna membolehkan alatan tersebut tahan lama


serta berfungsi dengan baik apabila hendak digunakan. Alatan yang tidak dijaga
dengan baik akan mudah rosak serta mengganggu fungsinya. Antara amalan
menjaga alatan supaya tahan lama ialah:

1. Bersihkan alatan yang digunakan dengan air dan keringkan.


2. Keringkan kasut atau but yang digunakan untuk berkebun. Jika kasut atau
but basah di bagian dalamnya, masukkan gumpalan kain. Selipkan
sampai ke bahagian dalam kasut. Air akan menyerap ke kain tersebut.
Kalau perlu, ganti kain tersebut beberapa kali.
3. Simpan semua peralatan berkebun secara tegak lurus supaya cepat
kering.
4. Sapukan sedikit minyak jika perlu untuk mengelakkan berkarat.
5. Sangkut peralatan yang kecil di tempat yang disediakan.

147
PKB3703 KEMAHIRAN ASAS UNTUK BERDIKARI

Latihan

1. Amalan menjaga kebersihan memainkan peranan penting dalam menjamin


kesihatan murid dan ketahanan peralatan yang digunakan. Jelaskan amalan
menjaga kebersihan dari aspek kebersihan diri, kebersihan alatan dan
kebersihan kebun semasa menjalankan aktiviti berkebun.

11.6 Jenis Tanaman

11.6.1 Tanaman Hiasan

Tanaman hiasan ialah tanaman yang di tanam di kawasan persekitaran untuk


menghiasi kawasan tersebut. Tanaman hiasan ini di tanam di dalam bekas seperti
pasu, atau di tanam terus di atas tanah.Tanaman hiasan ada yang berbunga dan
ada yang tidak berbunga.

11.6.1.1 Jenis-jenis tanaman hiasan

Ada pelbagai jenis tanaman hiasan yang di tanam sekitar rumah atau bangunan.
Tanaman hiasan berbeza dari segi pokok, bentuk, warna dan jangka masa
hayat.

Pokok Naungan –
Pokok Naungan ditanam untuk memberikan teduhan
suatu tempat. Contoh: Pokok Tembusu, Beringin, dan
Angsana

148
PKB3703 KEMAHIRAN ASAS UNTUK BERDIKARI

Pokok renek –

Pokok renek banyak mempunyai batang dan cabang.


Contoh: Pokok Bunga Raya, Pokok Bunga Kertas dan
Pokok Bunga Ixora.

Pokok palma –
Contoh: Pokok Pinang Raja, Pokok Kelapa Gading
dan Pokok Pingang Manila.

Pokok memanjat / menjalar –


Contoh: Pokok Bunga Kembang Pagi dan Pokok
Bunga Ros Jepun.

Pokok bunga semusim –


Tanaman hiasan ini berbunga sekali sahaja.
Contoh: Pokok Bunga Balong Ayam, Pokok Bunga
Keembung, Pokok Bunga Matahari, Pokok Bunga
Butang, dan Pokok Bunga Zinnia.

Pokok bunga penutup bumi –


Contoh: rumput, Arachis spp

Pokok kaktus –
Contohnya Espestoa Lanata dan Cereus Peruvianus

149
PKB3703 KEMAHIRAN ASAS UNTUK BERDIKARI

11.6.2 Sayur-Sayuran

Sayur-sayuran ialah sebahagian dari keperluan utama dalam pengambilan


makanan individu. Ia mengandungi pelbagai nutrien seperti vitamin, garam
mineral, protein dan karbohidrat. Sayur-sayuran boleh dibahagikan kepada
empat jenis utama mengikut bahagian-bahagian makanan.

Jenis sayuran Contoh


Jenis Daun Bayam, sawi bunga, sawi putih, kobis dan
kangkung.
Jenis Kekacang Kacang botol/kelisa, kacang buncis, kacang sepat
dan kacang panjang.
Jenis Buah Bendi, cili, kundur, terung, petola, timun dan
tomato.
Jenis Akar/Umbisi Halia, lobak putih, lobak merah, ubi keledek, ubi
sengkuang dan keladi.

Mengumpul maklumat.

1. Apakah yang dimaksudkan dengan tanaman holtikultur ?

150
PKB3703 KEMAHIRAN ASAS UNTUK BERDIKARI

11.7 Pengenalan Analisis Tugasan

Analisis tugasan ialah satu proses analisis dan pengajaran secara


berturutan yang mencerakinkan unit pembelajaran kepada kemahiran asas yang
berkaitan untuk mengenal pasti peringkat penguasaan atau pengetahuan atau
kemahiran murid. Kaedah analisis tugasan amat membantu guru dan murid
Pendidikan Khas dalam menjayakan satu proses pengajaran dan pembelajaran.

Pengajaran dan Pembelajaran akan dijalankan mengikuti langkah-langkah


kecil dari perkara yang memecahkan perkara-perkara kompleks menjadi sesuatu
yang lebih ringkas. Hal ini bermaksud murid Pendidikan Khas akan diajar
sesuatu perkara secara langkah dei langkah sehingga mereka menguasai
sesuatu kemahiran sasaran.

Terdapat beberapa kepentingan kaedah analisis tugasan dalam


pengajaran dan pembelajaran murid Pendidikan Khas.

1. Kaedah ini dapat membantu guru untuk merancang dan menyusun atur
sesuatu kemahiran yang hendak diajar. Hal ini kerana guru harus
menyediakan semua arahan, peralatan dan tempat yang sesuai dan betul
supaya murid dapat menjalankan aktiviti analisis tugasan dengan baik.

2. Kaedah analisis tugasan amat membantu murid dalam memahami dan


menjalankan sesuatu aktiviti pembelajaran. Murid dapat melakukan aktiviti
secara berperingkat dan membolehkan mereka menguasai sesuatu tahap
pengajaran atau kemahiran dengan lebih cepat dan berkesan. Perkara ini
juga membantu mereka dalam mengingat dan memahami sesuatu aktiviti
atau kemahiran yang dipelajari untuk jangka masa yang lebih panjang.

3. Kaedah ini juga dapat membantu guru dalam mengenal dan menilai tahap
pencapaian murid Pendidikan Khas di dalam kelasnya. Guru dapat
mengetahui kelemahan dan kelebihan muridnya dengan lebih mudah
melalui kaedah analisis tugasan. Sekiranya murid gagal melakukan

151
PKB3703 KEMAHIRAN ASAS UNTUK BERDIKARI

sesuatu aktiviti atau kemahiran dalam satu tahap, guru boleh


merendahkan tahap tersebut kepada tahap yang lebih mudah.

4. Akhir sekali, kaedah analisis tugasan ini juga penting dalam membantu
ibu bapa untuk mendidik dan membantu anak mereka dalam melakukan
sesuatu aktiviti atau kemahiran. Hal ini kerana kaedah ini juga merupakan
salah satu penyediaan intervensi kepada murid-murid Pendidikan Khas
dalam menjalankan pengurusan kemahiran diri dalam kehidupan harian
mereka.

Kesimpulannya, kaedah analisis tugasan merupakan salah satu kaedah


yang berkesan dalam membantu murid-murid Pendidikan Khas untuk memahami
dan menguasai sesuatu kemahiran dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

Guru memainkan peranan yang penting dalam menganalisiskan tugasan


tersebut supaya bersesuaian dengan tahap murid Pendidikan Khas mereka.

Latihan

1. Sediakan satu perancangan pengajaran kemahiran berkebun berdasarkan


analisis tugasan yang anda pelajari.

152
PKB3703 KEMAHIRAN ASAS UNTUK BERDIKARI

Contoh analisis tugasan

PPKI SMK ABCDE


Analisis Tugasan 1
Nama Murid : ……………………………………………. Tahun :
……………………………….
Kemahiran: Cara menggunakan cangkul dengan cara yang betul

Bil. Aktiviti Tarikh Tarikh Tarikh Tarikh Catatan


Mula Semak Mula Semak

1 Pergi ke kawasan kebun.

2 Mengenalkan cangkul

3 Mengenalkan fungsi
cangkul.
4 Mengenal bahagian
cangkul.
5 Memegang cangkul
dengan cara yang betul.
6 Mencangkul tanah
dengan bimbingan guru.
7 Mencangkul tanah tanpa
bimbingan guru.
8 Membersihkan cangkul.

9 Menyimpan cangkul di
tempat yang selamat.

Disediakan oleh : DBS : Dengan bantuan sepenuh


DBG : Dengan bimbingan guru
TBG : Tanpa bantuan guru
……………………………….
( )

153
PKB3703 KEMAHIRAN ASAS UNTUK BERDIKARI

11.8 Menanam Tanaman

11.8.1 Medium Tanaman

Langkah Penyediaan Medium Semaian

1. Sediakan alatan tangan dan bahan untuk membuat campuran medium


semaian.
2. Tapis bahan untuk mengasingkan batu dan ketulan tanah.
3. Gunakan baldi kecil untuk menyukat bahan mengikutn nisbah, 2 bahagian
tanah loam,1 bahagian bahan organik,1 bahagian pasir sungai
4. Campurkan dan gaulkan bahan tersebut semula.
5. Masukkan medium ke dalam bekas semaian dan ratakannya.

Langkah Penyediaan Medium Penanaman

1. Sediakan ketiga-tiga bahan medium penanaman dan tapis bahan tersebut


secara berasingan.
2. Sukat bahan medium mengikut nisbah 3 ahagian tanah loam, 2 bahagian
bahan organik dan1 bahagian pasir sungai secara berasingan.
3. Gaul ketiga-tiga bahan medium tersebut.

Langkah menyemai biji benih (kasar)

1. Dengan menggunakan sudip tangan, isikan medium semaian ke dalam


bekas semaian sehingga 2.5 cm dari bibir bekas semaian.
2. Campurkan dan gaul biji benih dengan pasir halus mengikut nisbah1
bahagian biji benih dengan 5 bahagian pasir halus.
3. Tabur campuran biji benih dan pasir halus di atas permukaan medium
semaian dengan rata.
4. Tabur sedikit medium untuk menutup campuran biji benih.

154
PKB3703 KEMAHIRAN ASAS UNTUK BERDIKARI

5. Siram semaian. Pastikan semaian diletakkan di tempat yang teduh.


Labelkan jenis pokok dan tarikh semaian.

Langkah menyemai biji benih (halus)

1. Buat barisan lurus di permukaan medium dengan jarak 10 cm antara satu


sama lain.
2. Tandakan titik penanaman dan buat lubang dengan menggunakan
sebatang kayu kecil.
3. Masukkan satu biji benih ke dalam setiap lubang.
4. Tutup lubang biji benih dengan campuran medium.
5. Siram semaian. Pastikan semaian berada di tempat yang teduh. Labelkan
jenis pokok dan tarikh semaian.

Langkah penyediaan bekas penanaman

1. Pilih pasu yang mempunyai dua atau tiga lubang saliran di bahagian
bawahnya.
2. Jika menggunakan pasu tanah liat yang baru, rendamkannya di dalam air
semalaman supaya air dapat meresap ke rongga halus pasu. Cara ini
menggelakkan pasu menyerap air daripada medium.
Sekiranya, menggunakan bekas terpakai, cuci bekas terpakai untuk
mengeluarkan kotoran yang terlekat padanya.
3. Tutup lubang saliran dengan menggunakan batu-batu kecil atau pecahan
pasu untuk mengelakkan medium daripada terkeluar bersama-sama air
siraman.

Langkah mengubah anak pokok

1. Lembapkan medium di dalam bekas semaian beberapa jam sebelum


mengubah anak pokok.

155
PKB3703 KEMAHIRAN ASAS UNTUK BERDIKARI

2. Masukkan medium ke dalam pasu penananaman seingga memenuhitiga


perempat bahagian pasu.
3. Buat lubang di tengah-tengah medium di dalam pasu dengan
menggunakan sudip tangan.
4. Ubah anak pokok dari bekas semaian.
5. Masukkan anak pokok ke dalam lubang medium. Tambahkan medium
sehingga 2.5 cm dari bibir pasu.
6. Padatkan permukaan medium dengan tangan.
7. Siram anak pokok yang baru dipindahkan sehingga medium lemap dan
letakannya di tempat lindungan selam beberapa hari.
8. Setelah beberapa hari di bawah tempat lindungan, dedahkan anak pokok
tersebut secara beransur-ansur kepada cahaya matahari.

Langkah membina batas.

1. Tanah digemburkan.Buat batas setinggi 15 cm hingga 20cm. Panjang


batas bergantung pada bentuk yang telah ditetapkan.
2. Tabur dan gaul baja kompos atau baja organik di atas batas.

Langkah menanam anak pokok di atas batas.

1. Buat lubang di permukaan batas dengan menggunakan sudip tangan.


2. Ubah anak pokok dari bekas semaian dengan menggunakan sudip tangan.
Kemudian masukkan anak pokok ke dalam lubang. Padatkan tanah
dengan tangan.
3. Siram anak pokok.
4. Gunakan daun lalang atau pelepah kelapa atau jaring untuk melindungi
anak pokok daripada pancaran matahari. Labelkan batas anak pokok
tersebut.

156
PKB3703 KEMAHIRAN ASAS UNTUK BERDIKARI

11.8.2 Pemilihan Tapak dan Tempat Tanaman

Terdapat faktor yang mempengaruhi pemilihan tapak pertanian antaranya


termasuklah:

1. Berhampiran dengan bandaraya atau pekan bagi memudahkan proses


pemasaran.
2. Berhampiran dengan sumber air bagi memudahkan penyiraman dan
mencuci sebelum pasaran dilakukan.
3. Di kawasan yang luas dan lapang supaya cahaya matahari terkena terus
kepada tanaman bagi tujuan fotosentisis dan akar pokok tidak bersaing
untuk mendapatkan air dan nutrien.
4. Mempunyai kemudahan infrastruktur.
5. Mempunyai tanah yang rata supaya mudah pengurusan. Teres digunakan
jika tanah bercerun.
6. Jauh dari kawasan yang berpotensi untuk pembiakan agen perosak dan
penyakit.
7. Berdekatan dengan rumah bagi memudahkan pengurusan dan
mengelakan kecurian

Penyediaan Tapak

Tanah di Malaysia sering mengalami suhu tinggi dan hujan lebat. Oleh iitu
pemuliharaan tanah perlu untuk kesuburan tanah. Kesuburan tanah adalah satu
konsep umum dan ditakrifkan sebagai keupayaan sesuatu tanah untuk
menampung pengeluaran hasil tanaman yang memuaskan. Tanah akan terjejas
jika mempunyai sifat seperti berikut:

1. Kandungan nutrien yang rendah


Kawasan tropika sering mengalami kadar proses luluhawa dan larut resap
menyebabkan kandudngan nutrien tanah tidak mencukupi.

157
PKB3703 KEMAHIRAN ASAS UNTUK BERDIKARI

2. Keadaan tanah berasid


Tanah asid sulfat dan tanah gambut ialah dua jenis tanah yang
bermasalah di Malaysia kerana pH yang lebih rendah. Tanah asid sulfat
kurang subur dan tanaman yang ditanam di tanah ini biasanya mengalami
ketoksidan aluminium, ferum dan mangan. Tanah gambut bermasalah
kerana kekurangan beberapa mikronutrien seperti kuprum, mangan, zink,
ferum, molibdenum dan boron.
3. Tanah berlempung
Mengandungi tanah liat yang tinggi. Tanah ini menjadi lekit apabila basah
dan berketul bila kering. Kadar saliran dan kadar peresapan air sangat
rendah.
4. Tanah berpasir
Tanah berpasir seperti tanah bekas lombong dan tanah Bris mengalami
saliran lampau sehingga kandungan air tidak mencukupi untuk keperluan
tanaman.Tanah ini tidak mempunyai struktur yang boleh memegang
tumbuhan dan kurang daya penahan air dan pH tanah jenis ini adalah
antara 4.3 hingga 5.8.

Secara umumnya tanah untuk sayuran hendaklah mengandungi tanah peroi,


mempunyai saliran yang baik, menyimpan nutrient, kelembapan yang sederhana
dan tidak terlalu berasid.

Penyediaan batas

Kawasan pertanian yang dipilih perlu disediakan untuk tujuan penanaman sayur-
sayuran seperti :

1. Membuang rumpai dan batu batan


2. Membakar rumpai bagi mengelakkan serangga perosak dan penyakit
membiak. Abunya boleh digunakan sebagai baja. Rumput yang kering
pula boleh digunakan sebagai sungkupan.

158
PKB3703 KEMAHIRAN ASAS UNTUK BERDIKARI

3. Gali dan terbalikkan tanah sedalam 25-30 cm bagi tujuan menggembur


tanah, membunuh haiwan perosak dan akar-akar rumpai.
4. Gemburkan tanah kepada gemburan yang lebih halus bagi memperbaiki
saliran dan pengudaraan tanah.
5. Bina batas samada batas rata dengan ketinggian 15 – 25 cm atau batas
tunggal berketinggian 20 – 25 cm.

11.8.3 Sungkupan

Sungkupan bermakna penutupan batas dengan bahan-bahan yang sesuai


seperti rumput yang dipotong, daun, pelepah dan kompos. Lapisan sungkupan
mestilah jangan terlalu tebal sebab ia akan mengelakkan anak benih dari
bercambah dan menggalakkan haiwan perosak dan penyakit.
Sebab-sebab sungkupan diperlukan adalah untuk:

1. Mengurangkan suhu tanah


Suhu tanah yang tinggi menyebabkan sejatan yang keterlaluan dan juga
membunuh hidupan tanah yang berguna.
2. Menjaga tanah supaya sentiasa lembab
Air yang dipelihara akan didapati oleh anak benih dan hidupan tanah.

159
PKB3703 KEMAHIRAN ASAS UNTUK BERDIKARI

3. Mengelakkan tanah daripada terlalu keras dan padat


Tumbesaran akar adalah sukar dan hidupan tanah mendapati sukar untuk
hidup di dalam tanah yang keras dan padat.
4. Mengelakkan tumbesaran rumpai
5. Mengelakkan hujan lebat dari menghakis tanah atau menghanyutkan biji
benih atau anak benih.
6. Bertindak sebagai baja organan apabila ia reput.

11.8.4 Pemilihan biji benih

Pemilihan biji benih perlu dilakukan dengan sempurna dan teliti bagi menjamin
kadar percambahan dan pertumbuhan anak benih yang sihat seterusnya
membawa pulangan yang tinggi.
Ciri-ciri biji benih yang baik ialah:

1. Besar dan berisi penuh supaya anak benih sihat.


2. Cukup matang dan bernas supaya kadar percambahan tinggi.
3. Bebas dari haiwan perosak dan penyakit agar peratus percambahan
menjadi tinggi.
4. Tidak rosak atau cacat.

Kaedah penyimpanan biji benih sayur-sayuran

1. Keringkan biji benih supaya tidak bercambah dan tidak diserang penyakit.
2. Simpan di dalam bekas kedap udara bagi mengelakkan serangan haiwan
perosak.
3. Labelkan biji benih supaya mudah dikenali.
4. Simpan ditempat yang kering dan sejuk bagi mengelakkan kerosakan.
5. Gaulkan racun serangga dan racun kulat bagi mengelakkan

160
PKB3703 KEMAHIRAN ASAS UNTUK BERDIKARI

Penyemaian biji benih

Cara menyemai biji benih adalah bergantung kepada saiznya. Terdapat


beberapa cara penyemaian:
1. Semaian terus biji benih besar
Semaian terus secara tetap pada jarak yang tertentu.
Sebelum menyemai biji benih peraturan berikut perlu di patuhi :
Rendamkan biji benih seharian untuk mempercepatkan percambahan
Tanam sebiji atau dua biji selubang
Selepas bercambah, lakukan penjarangan.
2. Semaian terus biji benih kecil
Menyemai sayuran berbiji benih kecil seperti jenis daun, cili tomato, terus
dan lain-lain boleh menggunakan dua cara:
3. Semaian terus ke batas tetap.
Kaedah alur –
- buat alur yang cetek dengan jarak tertentu
- tabur sedikit ke alur dan timbuskan sedikit dengan tanah.
- beri perlindungan (sungkupan) dan air.
Selepas percambahan, jarangkan anak benih dan tinggalkan pokok pada
jarak tertentu.
4. Semaian biji benih halus di dalam kotak semaian
Kebaikan menyemai di dalam kotak semaian semaian
- penjagaan anak benih lebih mudah
- anak benih yang sihat boleh dipilih untuk diubah ke batas tetap. Ini
memastikan hasil yang bertambah.
- anak benih yang sama saiz boleh dipilih dan akan memberi
tumbesaran yang sama.
- pokok yang rosak dibatas tetap mudah diganti dari kotak semaian.

161
PKB3703 KEMAHIRAN ASAS UNTUK BERDIKARI

5. Menyemai cara semai tabur


Teknik menyemai secara semai tabur adalah seperti berikut,
- tabur biji benih atas batas dan timbus dengan lapisan tanah yang
nipis.
- beri perlindungan (sungkupan) dan air.
- selepas percambahan, jarangkan anak benih dan tinggalkan pokok
pada jarak tertentu.

11.8.5 Penjarangan

Satu proses pembuangan anak benih / pokok yang tumbuh terlalu rapat di antara
satu sama lain. Sebab-sebab penjarangan adalah untuk mengurangkan anak
benih/ pokok bersaing untuk mendapatkan cahaya, air dan nutrien. Disamping itu
untuk menentukan tumbesaran yang sekata dan hasil yang tinggi.
Penjarangan dilakukan dengan mencabut pokok atau memotong batang dengan
pisau yang tajam.

11.8.6 Menyulam

Satu proses mengubah anak benih di bahagian yang terlalu jarang di antara
anak pokok. Sekiranya anak pokok terlalu jarang di batas atau tapak
penanaman, akan berlaku pembaziran tempat dan akan merendahkan
pengeluaran hasil serta kos akan meningkat.
Adakalanya terdapat juga anak benih yang tidak bercambah, mati, diserang
perosak, terbantut tumbesaran atau tidak sihat, anak benih ini perlu dibuang dan
diganti. Proses ini dinamakan Penyulaman Anak Benih.

162
PKB3703 KEMAHIRAN ASAS UNTUK BERDIKARI

11.8.7 Penanaman

Penanaman adalah penting bagi mengurangkan persaingan dan juga untuk


memudahkan kerja penjagaan. Berikut adalah beberapa sistem yang biasa
diigunakan dalam penanaman sayuran.

11.8.8 Mengubah

Proses menanam semula anak benih/pokok ke tempat yang lain. Biasanya anak
benih dari batas semaian diubah ke batas tetap. Teknik mengubah anak benih
adalah seperti berikut ;
- Segarkan anak benih sebelum diubah
- Lakukan waktu pagi atau petang
- Siram batas semaian untuk lembutkan tanah dan untuk mengelakkan dari
tanah pecah semasa mengubah.
- Dengan menggunakan sudip, cungkil tiap-tiap anak benih dengan ketul
tanah di sekeliling akar.
- Mesti dilakukan dengan cermat untuk mengurangkan kerosakan akar.
- Tanam anak benih di batas tetap pada jarak yang disyorkan.
- Tekan tanah disekeliling anak benih padat-padat supaya akar dapat
pegangan yang kuat.
- Bekalkan perlindungan dan air.
- Buangkan perlindungan sedikit demi sedikit selepas beberapa hari

11.8.9 Naungan

Naungan perlu diberikan kepada anak benih muda atau baru diubah untuk
mengurangkan pancaran cahaya matahari yang terik ke atas anak benih.
Cahaya matahari yang terik mungkin menyebabkan anak benih layu dan mati.
Naungan dapat mengelakkan timpaan hujan yang terus ke atas anak benih
muda yang akan merosak atau menghanyutkan anak benih.

163
PKB3703 KEMAHIRAN ASAS UNTUK BERDIKARI

Bahan-bahan biasa yang digunakan untuk naungan ialah


- pelepah kelapa
- lalang/rumput yang dipotong
- kertas plastik dan jaring.

Naungan janganlah terlalu tinggi kerana cahaya matahari yang terik dan air
hujan boleh masuk menerusi tepi naungan. Naungan haruslah sedikit demi
sedikit dibuang ketika anak benih membesar. Ini akan membolehkannya
menerima cahaya matahari untuk membina makanan.

11.8.10 Penjagaan tanaman sayuran

Penjagaan tanaman sayuran meliputi aktiviti berikut:

1. Menyiram
Penyiraman perlu dilakukan dua kali sehari iaitu disebelah pagi dan petang.
Penyiraman penting bagi membantu melarutkan nutrien di dalam tanah untuk
diserap oleh akar pokok. Disamping itu juga air diperlukan oleh tumbuhan untuk
kesegahan sel-sel dan juga untuk kesegaran tumbuhan. Siraman jangan
dilakukan terlalu kuat sehingga merosakkan anak benih dan menghanyutkan
tanah. Untuk tujuan itu kita perlu menggunakan penyiram yang mempunyai
lubang siraman yang halus.

2. Merumput
Rumpai adalah semua jenis tumbuhan yang tidak dikehendaki. Merumput adalah
untuk mengelakkan persaingan diantara rumpai dengan sayur-sayuran dalam
mendapatkan nutrien, air, cahaya dan ruang. Merumput juga dapat
memusnahkan tempat tinggal dan tempat pemb
perosak dan agen penyakit. Pengawalan rumpai hendaklah dilakukan semasa
penyediaan tanah dan pada peringkat tumbesaran anak benih sayur-sayuran.
Rumpai kecil boleh dicabut dengan tangan. Rumpai besar atau terlalu banyak

164
PKB3703 KEMAHIRAN ASAS UNTUK BERDIKARI

boleh dicabut dengan menggunakan serampang tangan. Tajak boleh digunakan


untuk membuang rumpai di lorong batas. Jika saiz ladang luas, rumpai boleh
dikawal secara kimia.

3. Membaja
Sayur-sayur memerlukan makanan atau nutrien untuk tumbesaran yang sihat.
Terdapat tiga jenis nutrien yang utama iaitu nitrogen, fosforus dan kalium (NPK).
Kalsium, magnesium dan sulfur juga diperlukan oleh sayur-sayuran tetapi dalam
kuantiti yang sedikit. Nutrien tanah yang telah berkurangan boleh ditambah
dengan cara membaja. Baja yang boleh digunakan ialah baja organik dan baja
kimia.

4. Membuat sokongan
Setiap jenis sayur-sayuran mempunyai tabiat tumbesaran yang berbeza. Ada
yang menjalar, melilit atau mempunyai batang yang lemah. Sayur-sayuran yang
memanjat seperti timun dan kacang panjang memerlukan kayu pancang,
sementara sayur-sayuran yang berbatang lemah memerlukan sokongan untuk
menyokong buahnya yang berat.

Tujuan utama memberi sokongan adalah supaya pokok boleh mendapat cahaya
matahari yang secukupnya. Selain itu, ia juga akan memudahkan kerja
pengurusan seperti merumput, membaja, memungut hasil dan mengelakkan
buahnya daripada menjadi kotor kerana terkena tanah.

5. Mengawal Perosak dan penyakit

Haiwan perosak atau hidupan lain yang menyerang sayur-sayuran boleh


menjejaskan mutu sayuran. Di samping itu ia juga boleh membantutkan
tumbesarannya. Kebanyakan perosak sayuran adalah dari kumpulan serangga.
Manakala penyakit pula biasanya di sebabkan oleh kulat dan bakteria. Oleh itu
perosak atau agen penyakit ini perlu dikawal bagi mendapat hasil yang bermutu.

165
PKB3703 KEMAHIRAN ASAS UNTUK BERDIKARI

Sayuran yang diserang penyakit selalunya kelihatan melecur ataupun kelihatan


daunnya bertompok-tompok kehitaman. Tanda diserang perosak pula ialah daun
yang berlubang atau tepinya telah di makan ulat. Perosak yang biasa menyerang
sayur-sayuran ialah ulat beluncas, siput babi, kutu daun, kumbang, pianggang,
koya, teritip dan bari-bari.

6. Penyakit-penyakit biasa sayur-sayuran


Penyakit yang biasa menyerang sayur-sayuran pula ialah melecur anak benih,
bintik daun dan layu bakteria. Berikut adalah jadual yang menerangkan penyakit-
penyakit yang biasa terdapat pada sayur-sayuran di Malaysia:

Penyakit Agen Simptom


Melecur anak Kulat Anak benih layu dan mati
benih
Reput akar Kulat atau Pokok layu dan mati
bakteria
Bintik daun Kulat Daun dengan bintik perang atau hitam
Layu bakteria Bakteria Urat daun menjadi hitam. Pokok akan layu
dan mati
Kulapok Bakteria Daun yang diserang layu dan mati.
Karat batang/ Kulat Tompok kuning/perang daun yang dijangkiti
daun atau akan jatuh.
lengai

166

Anda mungkin juga menyukai