School Work, Theses">
Nothing Special   »   [go: up one dir, main page]

Rekabentuk

Unduh sebagai docx, pdf, atau txt
Unduh sebagai docx, pdf, atau txt
Anda di halaman 1dari 12

1) Apakah yang dimaksudkan dengan istilah-istilah berikut :

a. Rekabentuk Struktur

Rekabentuk struktur ialah proses kedua setelah daya-daya diperolehi dari


analisis struktur. Peringkat ini melibatkan pemilihan saiz-saiz elemen struktur
serta pengiraan tetulang yang diperlukan (bagi kes struktur konkrit tetulang).
Rekabentuk dilakukan berpandukan kod (kanun) amalan yang diperakukan.
Di negara ini kita masih menggunakan secara meluas kod-kod US, Jepun,
German & Australia juga dikenakan oelh mereka yang lebih mahir dengan
kod-kod tersebut. Perkembangan kejuruteraan dari masa ke semasa
menyebabkan piawaian yang dipakai dikemaskini oleh pihak yang
mengeluarkan dan ni mengakibatkan perubahan kepada kaedah dan tuntutan
rekabentuk kini tidak dapat dielakkan. Khidmat jurutera yang mahir serta
penggunaan komputer adalah keperluan asas dalam membuat rekabentuk
struktur dekad ini. Analisa, rekabentuk dan lukisan-lukisan pembinaan ringkas
seperti sebuah rumah banglo atau dewan boleh dihasilkan dalam masa
hanya sehari pada waktu ini dibandingkan sekitar seminggu sebelum
wujudnya komputer.

b. Keadaan had muktamad


Keadaan had muktamad keadaan dimana apabila berlaku menyebabkan
seluruh struktur atau sebahagian elemen mengalami kegagalan seperti
runtuh atau tumbang. Oleh itu struktur perlu direkabentuk supaya cukup kuat,
stabil dan tegap.

c. Faktor keselamatan separa


Faktor ini diperkenalkan bagi mengambilkira perubahan-perubahan yang
mungkin berlaku kepada pembebanan dan kekuatan semasa rekabentuk dan
pembinaan yang biasanya wujud apabila perekabentuk dan jurubina
menggunakan kemahiran dan pengetahuan mereka. Kod amalan telah
menentukan kegunaannya dan nilai-nilai ini bergantung kepada beberapa
faktor, umpamanya,
i. Oleh kerana keadaan had muktamad lebih teruk maka faktor
keselamatannya lebih besar dibandingkan dengan had
kebolehkhidmatan.
ii. Keluli diperbuat dengan cara yang lebih sistematik dan kawalan mutu
yang baik, maka faktor keselamatan untuk keluli lebih kecil jika
dibandingkan dengan faktor keselamatan untuk konkrit.
iii. Ketepatan kiraan atau taksiran kesan beban. Faktor keselamatan
untuk beban kenaan lebih besar dari faktor keselamatan bagi beban
mati.

2) Nyatakan enam (6) elemen utama struktur bangunan.

a) Rasuk.
b) Tiang.
c) Asas.
d) Dinding.
e) Tangga.
f) Papak.

3) Nyatakan nilai faktor keselamatan separa untuk bahan ( ) bagi, keluli dan
konkrit. Mengapakah faktor keselamatan separa untuk konkrit lebih besar
berbanding faktor keselamatan separa untuk keluli.

Nilai faktor keselamatan separa untuk konkrit dan tetulang keluli adalah seperti
berikut,

Faktor keselamatan separa untuk bahan

Bahan Faktor Keselamatan Separa


Tetulang Keluli 1.15
Konkrit dalam lenturan atau beban paksi 1.50
Konkrit dalam riceh 1.25
Kekuatan lekatan konkrit 1.40

Keluli diperbuat dengan cara yang lebih sistematik dan kawalan mutu yang baik, maka
faktor keselamatan untuk keluli lebih kecil jika dibandingkan dengan faktor keselamatan
untuk konkrit.
4) Berikan dua contoh keadaan had muktamad dan dua contoh keadaan had
kebolehkidmatan.

i. Runtuh.
ii. Tumbang.
5) Berat satu rasuk konkrit tetulang bersaiz 200mm x 400mm sepanjang 4m adalah
______kN.

6) Lukis lengkung tegasan-terikan rekabentuk bagi konkrit dengan menunjukkan


nilai-nilai penting.
Lengkung sebenar

A 0.0035
B
C 0.02Lengkung tegasan – terikan konkrit

0.67f
0.0035
cu
Lengkung tegasan – terikan konkrit

γm
7) Lukis lengkung tegasan-terikan untuk keluli dengan menunjukkan nilai-nilai
penting.
22
((f =250N/mm
(N/mm
fyy
=4602N/mm
) ))

fy
200Garislengkung tegasan – terikan tetulang keluli
kN/mm 2
γm
8) Jelaskan istilah-istilah berikut.

a. Kekuatan ciri.

Kekuatan ciri = Kekuatan Purata – 1.64 x Sisihan Piawai

b. Beban ciri.

Beban ciri iaitu beban yang mempunyai kebarangkalian yang rendah yang
ianya akan dilebihi sepanjang hayat struktur.

c. Kekuatan rekabentuk.

Kekuatan rekabentuk = Kekuatan ciri


Faktor keselamatan sementara

=
d. Beban rekabentuk

Beban rekabentuk = beban ciri x faktor keselamatan separa


=

9) Dengan bantuan lakaran terangkan apa yang berlaku kepada satu rasuk konkrit
tetulang apabila dikenakan beban. (*beban bertambah dari sifar hingga rasuk
gagal)
Apabila satu rasuk konkrit dikenakan beban ia akan melentur sebagaimana
ditunjukkan di bawah. Keamatan lenturan yang berlaku digambarkan oleh
gambarajah dan nilai momen lentur sebagaimana yang telah dipelajari dalam
matapelajaran analisis struktur. Lenturan yang berlaku menyebabkan sebelah
muka rasuk memendek akibat daya mampatan dan sebelah lagi memanjang
akibat daya tegangan. Bahagian tegangan akan mengalami retak kerana konkrit
seperti yang diketahui lemah dalam tegangan. Bahagian tegangan akan
mengalami retak kerana konkrit seperti yang diketahui lemah dalam tegangan.
Oleh itu tetulang keluli disediakan pada bahagian tegangan bagi mengatasi
masalah ini.
10)Terangkan dengan bantuan lakaran bentuk-bentuk kegagalan yang boleh berlaku
ke atas keratan satu rasu konkrit tetulang jika keluli yang disediakan berbeza-
beza.

Terdapat tiga bentuk kegagalan yang boleh berlaku kepada suatu keratan rasuk
akibat lenturan, iaitu
i. Tetulang Kurangan (Under Reinforced)
Berlaku apabila luas tetulang keluli yang disediakan agak kecil berbanding
luas keratan konkrit. Pada keadaan ini keluli akan mencapai takat alah
terlebih dahulu sebelum konkrit mencapai kekuatan atau terikan maksimum.
Kegagalan berlaku disebabkan gagalnya keluli dalam tegangan. Pada
keadaan ini ukurdalam ke paksi neutral x < 0.64d.
ii. Keratan Imbang (Balance Section)
Berlaku apabila luas tetulang keluli yang disediakan agak seimbang
berbanding luas keratan konkrit. Pada keadaan ini keluli akan mencapai takat
alahnya serentak dengan masa konkrit mencapai kekuatan atau terikan
muktamad.Keluli dan konkrit akan gagal serentak. Ukurdalam ke paksi
neutral, x = 0.64d.
iii. Tetulang Lebihan (Over Reinforced)
Berlaku apabila luas tetulang keluli yang disediakan agak besar berbanding
luas konkrit. Pada keadaan ini konkrit akan mencapai kekuatan atau terikan
maksimumnya terlebih dahulu sebelum keluli mencapai takat alah. Kegagalan
berlaku disebabkan gagalnya konkrit dalam mampatan. Kegagalan ini tidak
boleh dibenarkan berlaku kerana ia akan terjadi tanpa sebarang petanda atau
amaran. Ukurdalam ke paksi neutral, x > 0.64d.
11) Terangkan apakah konkrit tetulang dan nyatakan kelebihannya berbanding
bahan binaan struktur yang lain.
Konkrit tetulang merupakan konkrit yang diperkuat dengan tetulang atau bar-bar
keluli. Konkrit ialah bahan rencam yang terdiri dari adunan simen, batubaur, pasir
dan air. Konkrit mempunyai sifat kekuatan mampatan yang tinggi tetapi lemah
dalam tegangan. Keluli pula mempunyai kekuatan tegangan yang tinggi tetapi
mempunyai kestabilan sisi yang rendah dalam mampatan. Dengan itu, gabungan
keduanya menghasilkan suatu bahan struktur yang cukup kuat dari pelbagai
segi.

12)Nyatakan apa itu “Kod Amalan” dan mengapa ia penting dalam kerja-kerja
rekabentuk.

Semasa rekabentuk, jurutera sentiasa berpandukan kepada kod amalan praktik


atau piawaian rekabentuk iaitu satu dokumen mengenai amalan-amalan terbaik
yang pernah dialami oleh jurutera dan penyelidik berpengalaman. Di Malaysia
umumnya amalan rekabentuk dibuat berpandukan Piawaian British. Bagi
rekabentuk struktur konkrit tetulang kod amalan berikut digunakan,

i. BS 8110: 1985: Structural Use of Concrete


Part 1 : Code of Practice for Design and Construction
Part 2 : Code of Practice for Special Circumstances
Part 3 : Design Charts for singly reinforced beams, doubly reinforced
beams and rectangular column
ii. BS 6399: 1984: Design Loading for Building

Part 1 : Code of Practice for Dead and Imposed Loads


iii. CP 3 : 1972: Chapter V: Loading
Part 2 : Wind Loads

Anda mungkin juga menyukai