Nothing Special   »   [go: up one dir, main page]

Dasar Hem Yang Perlu Ditambahnilai

Unduh sebagai docx, pdf, atau txt
Unduh sebagai docx, pdf, atau txt
Anda di halaman 1dari 9

4.

2 DASAR HAL EHWAL MURID (HEM)

VISI

Membina kemenjadian murid yang terpuji dan seimbang

MISI

 Memantapkan disiplin murid.


 Memantapkan perpaduan dalam kalangan murid.
 Mengukuhkan pembudayaan adab dan sahsiah murid.
 Mengamalkan budaya hidup sihat dalam kalangan murid.
 Mengukuhkan pembentukan jati diri dalam kalangan murid.
 Mematuhi peraturan sekolah serta undang-undang negara dalam kalangan murid.
 Meningkatkan penglibatan ibubapa dan komuniti dalam pembentukan sahsiah dan disiplin murid.

OBJEKTIF
 Mengurangkan kes salah laku di bawah 1%.
 Melahirkan murid yang berdisiplin, bersahsiah terpuji dan berketerampilan.
 Memastikan purata peratus kehadiran murid mencapai sekurang-kurangnya 95%.
 Melahirkan murid yang bersikap menyayangi diri sendiri, rakan-rakan, guru-guru dan sekolah.
 Melahirkan murid yang berupaya mengamalkan nilai-nilai keagamaan dalam kehidupan seharian.
 Melahirkan murid yang mempunyai semangat kekitaan yang kukuh untuk memelihara
keharmonian, keceriaan dan kebersihan sekolah.
1.0 DASAR PENGURUSAN KELAS

1.1 Kehadiran Murid


1.1.1 Ketua kelas hendaklah mencatat ketidakhadiran murid dalam fail yang disediakan pada
perhimpunan sesi pagi di tapak perhimpunan.
1.1.2 Guru kelas atau pegawai e-kehadiran hendaklah memasukkan data kehadiran murid dalam
sistem e-kehadiran sebelum pukul 12.00 tengahari (sesi pagi) dan sebelum pukul 5.00 petang
(sesi petang).
1.1.3 Guru kelas perlu ambil perhatian terhadap murid yang datang lewat dan murid ponteng
sekolah (tandakan sebab tidak hadir di dalam sistem).

1.2 Murid Bukan Warga Negara (MBWN)


1.2.1 Bagi "Murid Bukan Warga Negara” (MBWN), bayaran levi sebanyak RM240.00 setiap tahun
dan wajib dibayar di Jabatan Pelajaran Negeri Perak terlebih dahulu menggunakan Borang
Jadual Pertama (PUA9275) berwarna merah jambu sebelum didaftar sebagai murid sekolah.
Resit bayaran dan ‘student pass’ mesti diserahkan kepada PK HEM untuk difailkan.
1.2.2 Setiap MBWN juga dikenakan bayaran tambahan seperti murid lain.
1.2.3 Murid MBWN tidak layak menerima buku SPBT dan bantuan lain.
1.2.4 Guru Kelas / pihak sekolah tidak dibenarkan untuk menumpang murid yang belum diluluskan
pertukarannya atau MBWN (Sila rujuk SPI Bil.10/1998 dan SPI Bil 3/2001).
1.3 Fail Peribadi Murid
1.3.1 Semua murid dari kelas Tingkatan 1 hingga Tingkatan 5 wajib mempunyai fail ini.
1.3.2 Sila pastikan nama penuh murid, kelas, tahun dan nama Guru Kelas ditulis pada kulit fail dan
pastikan setiap fail dilekatkan gambar pelajar.
1.3.3 Semua maklumat peribadi murid seperti salinan surat beranak, salinan kad pengenalan,
keputusan Peperiksaan Dalam, sijil-sijil, buku kesihatan dan lain-lain hendaklah disimpan dalam
fail ini.
1.3.4 Fail ini hendaklah diserahkan kepada murid apabila murid telah menamatkan persekolahannya
atau bertukar sekolah.
1.3.5 Semua fail perlu disimpan dalam rak fail yang telah ditetapkan.

1.4 Fail Pengurusan Kelas (FPK)


1.4.1 Semua surat murid, sama ada sijil sakit atau surat ibu bapa/penjaga bagi memaklumkan
ketidakhadiran murid disimpan dalam fail ini.
1.4.2 Semua salinan surat amaran ponteng dan salinan surat gantung / buang sekolah yang
dikeluarkan
juga disimpan dalam fail ini.
1.4.3 Borang Rekod Ponteng hendaklah dikemaskini dari semasa ke semasa.
1.4.4 FPK ini akan disemak pada setiap akhir bulan oleh Penyelaras Tingkatan sebelum di serahkan
kepada PK HEM.
1.4.5 Catatkan butiran Sumbangan PIBG dan Bayaran Majalah di dalam borang yang di sediakan.
1.4.6 Sah dan cetak kehadiran kelas secara bulanan dalam aplikasi APDM dan simpan salinan dalam
FPK.

1.5 Pendaftaran Murid Baharu


1.5.1 Guru Kelas menerima murid baharu daripada penyelaras tingkatan (status
kewarganegaraan telah dikenal pasti oleh penyelaras tingkatan terlebih dahulu).
1.5.2 Penyelaras Tingkatan akan menyemak semula status kewarganegaraan murid sebelum urusan
mendaftar dilakukan. Mendaftarkan murid baharu dengan memastikan Borang Maklumat
Murid
dilengkapkan oleh ibu bapa/penjaga pada masa itu juga. Jika murid membawa bersama
Maklumat Murid dari sekolah asal, sila pastikan maklumat adalah lengkap dan terkini.
1.5.3 Guru Kelas Tingkatan Dua hingga Tingkatan Lima dikehendaki mengumpul Borang Maklumat
Murid pelajar-pelajar baharu dan diserahkan kepada guru kelas supaya segala maklumat dapat
dikemaskini dengan segera.
1.5.4 Guru Kelas menyemak jika murid berkenaan menerima sebarang bentuk biasiswa dan
melaporkan kepada Guru Biasiswa.
1.5.5 Guru Kelas mengenal pasti murid OKU yang berdaftar dan memaklumkan kepada PK HEM.
1.5.6 Guru Kelas menyemak latar belakang murid jika anak yatim/pelajar miskin dan memaklumkan
kepada PK HEM.
1.5.7 Pihak pejabat akan mendapatkan fail peribadi murid dan laporan PBD serta lain-lain yang
berkaitan dengan kerja kursus dari sekolah terdahulu.
1.5.8 Murid baharu akan mengisi Borang Maklumat Murid dan menyerahkan kepada guru kelas untuk
pengisian butiran di dalam sistem.
1.5.9 Semua murid baharu perlu didaftarkan di dalam Buku Pendaftaran Murid (Buku Hijau) di
pejabat.
1.6 Buku Teks
1.6.1 Semua murid warganegara Malaysia layak menerima SPBT.
1.6.2 Guru Kelas membantu Guru SPBT semasa urusan penerimaan dan pemulangan buku teks.
1.6.3 Guru Kelas membantu menyenaraikan nama murid yang tidak memulangkan buku teks.
1.6.4 Guru Kelas memastikan setiap murid membalut buku teks dengan plastik lutsinar dan ditulis
nama serta kelas sebelum pemulangan buku teks pada akhir tahun.
1.6.5 Guru Kelas juga perlu mengingatkan semua murid agar tidak meninggalkan buku teks di sekolah.
1.6.6 Satu set buku teks setiap murid akan diberi selewat-lewatnya pada hari pertama
Persekolahan (T2, T3 & T5) dan selewat-lewatnya minggu pertama Persekolahan (T1 & T4)
1.6.7 Murid Bukan Warganegara Malaysia tidak layak menerima SPBT.
1.6.8 Buku yang ditinggalkan, rosak dan hilang akan dikenakan denda.

1.7 Murid Keluar / Bertukar / Berpindah


1.7.1 Menentukan surat kelulusan pertukaran telah diterima.
1.7.2 Pertukaran di antara sekolah KPM hendaklah menggunakan borang P.U(A)275. Manakala
sekolah
swasta dan SMAN hendaklah menggunakan borang ASBS.
1.7.3 Mencatatkan maklumat/butiran murid tersebut dalam Buku Pendaftaran di pejabat.
1.7.4 Pertukaran keluar dari Negeri Perak
- Menentukan semua buku teks telah dipulangkan.
- Merekodkan judul buku yang dipulangkan (Sila dapatkan borang dari guru SPBT).
- Menyerahkan satu salinan borang ini kepada Guru SPBT.
- Mengemaskini rekod dalam APDM.
1.7.5 Pertukaran dalam Negeri Perak
- Membenarkan set buku yang diterima dibawa ke sekolah baharu
- Menyerahkan satu salinan borang ini kepada Guru SPBT.
- Mengemaskini rekod dalam APDM.
1.7.6 Guru Kelas Tingkatan Lima menyediakan Sijil Berhenti Sekolah bagi murid- murid yang telah
tamat belajar di sekolah ini.
1.7.7 Segala dokumen dimasukkan ke dalam sampul surat yang dilakri dan diserahkan kepada murid
berkenaaan pada hari akhir persekolahan (bergantung kepada keadaan).

1.8 Senarai Nama Murid Dalam Kelas (Awal Tahun)


1.8.1 Penyelaras Tingkatan akan menyediakan senarai pelajar setiap kelas mengikut format yang telah
ditetapkan dan diserahkan kepada semua guru kelas pada minggu pertama persekolahan.
Sebarang perubahan nama pelajar akan dibuat oleh Penyelaras Tingkatan dan dimaklumkan
kepada Guru Kelas.
1.8.2 Senarai Nama Murid Yang Tidak Melaporkan Diri/Tidak Hadir Tanpa Sebab perlu disediakan oleh
Guru Kelas. Kumpulan murid ini adalah mereka yang tidak hadir ke sekolah sejak hari pertama
persekolahan, tanpa sebarang surat daripada ibu bapa/penjaga atau surat sakit dan
memaklumkan kepada PK HEM.
1.8.3 Mengambil tindakan dengan menghantar surat-surat amaran ponteng sekolah dan surat buang
sekolah kepada ibu bapa atau penjaga mengikut tatacara yang telah ditetapkan.
1.8.4 Bagi murid tingkatan 1 yang tidak melapor diri pada minggu pertama persekolahan dan hadir
pada
minggu kedua, mereka hendaklah mengisi borang ASBS (pemohonan belajar semula ke sekolah)
1.9 Pengurusan & Organisasi Kelas:
1.9.1 Melantik Jawatankuasa Kelas:
- Ketua Kelas
- Penolong Ketua Kelas
- Setiausaha
- Bendahari
- AJK Kebersihan 2 orang
- AJK Keceriaan 2 orang
- AJK setiap Mata Pelajaran
1.9.2 Menyelaras penyediaan perkara berikut:
1.9.2.1 Ditampal pada papan kenyataan di hadapan kelas :
- Carta Organisasi Kelas
- Jadual Waktu Kelas
- Jadual Tugas Kebersihan
- Pelan kedudukan kelas
- Inventori Kelas
- Moto kelas
- Misi & Visi Sekolah
- Parking Lot
- Pelan laluan kecemasan sewaktu kebakaran
1.9.2.2 Disediakan pada papan kenyataan di belakang kelas :
- Sudut Mata pelajaran
- Galeri Walk / Hasil Kerja Murid
- Sudut Bacaan Kelas, maklumat pengetahuan umum dan NILAM
1.9.2.3 Alatan pembersihan di sudut belakang kelas
1.9.3 Bilangan kehadiran harian mesti ditulis di penjuru papan putih.
1.9.4 Memastikan semua kerusi dan meja mencukupi.
1.9.5 Menggantikan dan membawa keluar mana-mana perabot yang rosak.
1.9.6 Kebersihan kelas:
- Memastikan kelas dibersihkan setiap hari persekolahan.
- Setiap guru yang masuk ke kelas mesti memastikan keadaan dalam kelas sentiasa bersih dan
teratur sebelum mula mengajar atau menggantikan guru dan juga sebelum keluar dari kelas
berkenaan
- Memastikan sampah di dalam laci dan bakul sampah dibuang pada waktu akhir setiap hari,
5 minit sebelum berakhir PdP.
- Murid yang bertugas mesti membersihkan kelas di bawah penyeliaan guru.
- Menutup lampu dan kipas serta pintu sebelum meninggalkan kelas.
- Memastikan pintu kelas ditutup / dikunci sebelum pulang.
1.9.7 Peralatan kebersihan akan dibekalkan pada awal tahun. Adalah menjadi tanggungjawab pihak
kelas untuk menggantikannya jika hilang atau rosak.
1.9.8 Mengambil perhatian terhadap perkara berikut:
- Menentukan wayar elektrik, kipas dan lampu serta suisnya dalam keadaan baik dan selamat
- Melaporkan perabot dan peralatan elektrik yang rosak kepada guru berkenaaan
(Guru Perabot / guru kelas untuk dilapor dan dicatat di pejabat).
- Membimbing dan menyelia Jawatankuasa Kelas yang dilantik menjalankan tugas dengan
cekap dan penuh dedikasi.
- Mengadakan tabung kelas dengan jumlah kutipannya terpulang kepada budi bicara guru
kelas
dan kemampuan murid.
2.0 DASAR PENGURUSAN DISIPLIN SEKOLAH

2.1 Ponteng Sekolah


2.1.1 Murid adalah dianggap ponteng sekolah sekiranya tidak hadir sekolah dan tidak membawa
surat daripada ibu bapa/penjaga atau surat sakit pada keesokan harinya.
2.1.2 Guru kelas hendaklah menandakan “ ” sekiranya TIDAK HADIR tanpa surat/PONTENG,
“ ” sekiranya pelajar tidak hadir dan ada surat daripada ibu bapa/doktor dan “ ”sekiranya
LEWAT dan “ ” sekiranya MEWAKILI SEKOLAH dalam Fail Pengurusan Kelas (FPK). “ ” dan
“ ” dikira sebagai hadir.

2.1.3 Jadual penghantaran surat kes ponteng sekolah adalah seperti berikut:

Surat Tak Hadir Berturut Tak Hadir Tak Tindakan


Berturutan
Pada hari ketiga tak Pada hari ke 10 tak
Amaran hadir hadir Surat Biasa
Pertama (3 hari berturut-turut) (10 hari tidak
berturut)
7 hari selepas 10 hari lagi selepas
Amaran Kedua Amaran Pertama Amaran Pertama Surat Berdaftar
(10 hari berturut- (20 hari tidak
turut) berturut)
7 hari selepas 20 hari selepas
Amaran Ketiga Amaran Kedua Amaran Kedua Daftar Akuan
(17 hari berturut- (40 hari tidak Terima
turut) berturut)
14 hari selepas 20 hari selepas
Buang Sekolah Amaran Ketiga Amaran Ketiga Daftar Akuan
(31 hari berturut- (60 hari tidak Terima
turut) berturut)
Jumlah Hari 31 Hari 60 hari Tidak
Tidak Hadir Berturutan

2.1.4. Guru kelas hendaklah mengisi data proses tindakan di atas di dalam sistem SSDM online dan
segera maklumkan tindakan tersebut kepada guru disiplin.
2.1.5. Guru kelas hendaklah mengisi tarikh hari pertama dan hari ke 10 @ hari ke20 @ hari ke 40 @
hari yang ke 60 dalam sistem SSDM online dengan tepat. Alasan ketidakhadiran ponteng sekolah
perlu diisi dengan perkataan "TIDAK HADIR KE SEKOLAH TANPA SEBAB"
2.1.6. Surat amaran ponteng 1, 2, 3 dan buang sekolah hanya boleh ditandatangani oleh pengetua.
2.1.7 Peringatan kepada Guru Kelas : Catatan yang dibuat dalam Fail Pengurusan Kelas(FPK) untuk
surat berikut:
 A1 : Amaran Pertama
 A2 : Amaran Kedua
 A3 : Amaran Terakhir
 BS : Buang Sekolah
2.1.8 Sekiranya murid hadir ke sekolah selepas sesuatu tindakan telah dibuat, peraturan berikut
hendaklah dipatuhi:
 Selepas surat Amaran 1, murid hendaklah membawa surat jawapan daripada ibu
bapa/penjaga masing-masing.
 Selepas surat Amaran 2, murid hendaklah membawa surat jawapan daripada ibu
bapa/penjaga masing-masing dan berjumpa dengan PKHEM terlebih dahulu.
 Selepas Amaran 3, murid mestilah datang ke sekolah bersama – sama ibu bapa/penjaga dan
berjumpa dengan pengetua.
 Murid hanya dibenarkan masuk ke kelas setelah Pengetua berpuas hati dengan jaminan
yang diberi oleh ibu bapa atau penjaga melalui surat akujanji.
 Murid hanya boleh dibenarkan bersekolah semula setelah membuat rayuan dan diluluskan
oleh pihak PPD / JPN.

2.2 Buku Pemantauan Pengajaran dan Pembelajaran Kelas ( BPPK )


2.2.1 Semua Guru Kelas mesti memastikan kelas mereka mempunyai BPPK setiap hari.
2.2.2 BPPK akan diedarkan kepada Ketua Tingkatan pada waktu pagi dalam perhimpunan. Adalah
menjadi tanggungjawab setiap Ketua Tingkatan untuk memulangkan BPPK ke rak di bilik PK1
yang
akan dipantau oleh Ketua Guru Disiplin selepas tamat waktu persekolahan setiap hari.
2.2.3 BPPK hendaklah sentiasa berada dengan Ketua Tingkatan dan diserahkan kepada guru
yang masuk pada setiap waktu.
2.2.4 Guru diminta mencatatkan bilangan murid yang berada di dalam kelas pada masa tersebut.
Kenalpasti murid yang tiada dalam kelas sama ada ponteng kelas.
2.2.5 Guru juga mestilah mencatatkan nama-nama murid yang keluar kelas/lambat masuk
Kelas/ponteng kelas semasa guru mengajar.
2.2.6 Setiap guru yang memasuki kelas mesti memastikan keadaan kelas bersih dan teratur sebelum
menandatangani BPPK.
2.2.7 Semua kes salah laku murid yang ringan atau sederhana mesti diambil tindakan oleh guru
berkenaan semasa waktunya. Hanya kes-kes berat sahaja perlu dicatatkan dalam BPPK untuk
tindakan Penyelaras BPPK / Ketua Guru Disiplin dan Guru Disiplin pada keesokan harinya. Jika
kes berat yang memerlukan tindakan segera, buat catatan dalam BPPK dan terus maklumkan
kepada Ketua Guru Disiplin / PK HEM.
2.2.8 Ketua Guru Disiplin / Penyelaras BPPK akan menyemak BPPK setiap hari dan mengambil nama
murid yang bermasalah untuk tindakan selanjutnya pada keesokan harinya.
2.2.9 Penyelaras BPPK hendaklah menjaga BPPK dengan baik dan sempurna mengikut susunan
minggu
dan bulan dan merujuk kepada PK HEM jika terdapat kes yang serius.

2.3 Kad Kebenaran Keluar Kelas


2.3.1 Semua guru kelas hendaklah mendapatkan Kad Kebenaran Keluar daripada PK HEM untuk
diserahkan kepada ketua kelas dan penolong ketua kelas.
2.3.2 Mana-mana murid yang ingin keluar kelas untuk ke tandas, berjumpa guru dan sebagainya
mesti
memakai kad berkenaan.
2.3.3 Guru-guru berhak menahan dan meminta murid balik ke kelas untuk mendapatkan kad
daripada guru kelas atau guru kelas sebelahnya jika tiada guru.
2.3.4 Guru diingatkan supaya tidak membenarkan murid keluar kelas jika tidak membawa
Kad Kebenaran tersebut.
2.3.5 Waktu yang dibenarkan keluar kelas ada tercatat pada belakang kad tersebut.
2.4 Disiplin Murid
2.4.1 SEMUA GURU ADALAH GURU DISIPLIN DAN SEMUA GURU ADALAH GURU ASRAMA.
Oleh itu, guru-guru mestilah memastikan murid mematuhi semua peraturan sekolah dan
asrama setiap masa.
2.4.2 Guru-guru mestilah memberi nasihat dan teguran jika mereka dapati seseorang murid itu
melakukan kesalahan disiplin.
2.4.3 Guru-guru mestilah memaklumkan kesalahan-kesalahan disiplin murid yang berat kepada
Ketua Guru Disiplin atau PK HEM.
2.4.4 Guru hendaklah berpandukan kepada prinsip bahawa hukuman yang dikenakan mestilah
berpatutan dan adil serta setimpal dengan kesalahan murid. Ini bertujuan supaya murid
tidak terasa teraniaya dan akan menerima hukuman dengan rela hati.
2.4.5 Tiada sentuhan badan kepada murid terutama murid perempuan atau tingkah laku negatif
guru yang boleh menimbulkan prasangka kepada murid.
2.4.6 Guru tidak dibenarkan sama sekali mengenakan corporal punishment (hukuman yang
melibatkan penderaan) kepada murid.

2.5 Kawalan/Tanggungjawab Guru Terhadap Murid dan Murid Asrama


2.5.1 Guru mestilah mengenali setiap nama murid mereka. Ini dianggap sebagai satu usaha
bahawa guru mempunyai sikap keprihatinan dan mengenali mereka sebagai seorang
individu.
2.5.2 Guru hendaklah fahami dan kenali mana-mana murid yang sering menimbulkan masalah
disiplin dan berikan tumpuan yang lebih terhadap mereka bagi mendapatkan kerjasama.
2.5.3 Guru mesti mampu membuat kawalan kelas sebelum dan ketika proses pdp dijalankan.
2.5.4 Guru haruslah memeriksa kebersihan kelas termasuk bahagian kaki lima kelas dan
mengarahkan murid-murid mengemas dan membersihkannya dengan segera.
2.5.5 Guru haruslah mengambil perhatian terhadap murid-murid yang selalu tidak membuat
kerja rumah atau tugasan dalam kelas. Cuba kenal pasti sebab-sebabnya dan ambil
tindakan yang sewajarnya.
2.5.6 Guru bertugas waktu solat dibantu guru waktu PdP (sebelum waktu solat) bertanggungjawab
untuk menguruskan murid yang solat di surau Saadah Zainab.

2.6 Dasar Umum Disiplin


2.6.1 Setiap murid wajib memiliki buku peraturan sekolah dan mesti dibawa ke sekolah pada setiap
hari.
2.6.2 Pada awal tahun permulaan semasa persekolahan, murid akan diberi penjelasan dan
penerangan tentang peraturan sekolah dan tindakan-tindakan disiplin yang dikuatkuasakan jika
melanggar peraturan melalui forum disiplin.
2.6.3 Pemeriksaan Spot Check:
2.6.3.1 Pemeriksaan spot check boleh dijalankan dari semasa ke semasa ke atas murid semasa
berada di bilik kelas atau tapak perhimpunan atas arahan pihak pentadbir.
2.6.3.2 Guru disiplin / guru bertugas bersama Guru Kelas atau guru mata pelajaran dengan
bantuan pengawas akan menjalankan sport check dengan disaksikan oleh murid
berkenaan.
2.6.3.3 Barang larangan akan dirampas dan maklumat murid tersebut akan direkod oleh guru
berkaitan dalam Buku Rekod Salah Laku Barang Rampasan yang disimpan di dalam almari
di bilik PK HEM.
2.6.4.4 Barang larangan akan disimpan di dalam bilik PK HEM.
2.6.4.5 Barang rampasan yang mahal (seperti telefon bimbit) hanya boleh dituntut balik oleh
ibubapa / penjaga murid pada hari terakhir persekolahan (cuti akhir tahun) selepas
berjumpa dengan PK HEM dan menandatangani surat akujanji .
2.6.4.6 Barang rampasan yang tidak dituntut selepas tiga tahun akan dilupuskan setelah di bawa
dalam mesyuarat AJK Lembaga Disiplin & AJK PIBG.
2.6.4.7 Kehilangan barang-barang berharga adalah di bawah tanggungjawab murid-murid.

2.7 Pengurusan Perhimpunan


2.7.1 Perhimpunan setiap hari Isnin (tertakluk kepada pindaan dari semasa ke semasa).
2.7.2 Diuruskan oleh guru perhimpunan mingguan, unit Majlis Ketua Tingkatan (MKT), guru bertugas
dan Lembaga Pengawas.
2.7.3 Segala perhimpunan perlulah ringkas dan padat (‘time management’). Semua pengumuman
boleh dibuat dalam perhimpunan rasmi, perhimpunan harian atau dipapar di papan
kenyataan masing-masing.
2.7.4 Guru-guru yang menguruskan pengucapan awam/’public speaking’ perlu bersedia dan
berada di belakang pentas.
2.7.5 Segala maklumat yang hendak disampaikan kepada pelajar mesti dimaklumkan kepada
penyelaras perhimpunan selewat-lewatnya pada hari Jumaat sebelum perhimpunan pada hari
Isnin depan.
2.7.6 Maklumat terkini boleh dimaklumkan kepada pelajar pada setiap kali perhimpunan pagi
di tapak perhimpunan (7.20 – 7.30 pagi).
2.7.7 Sebarang bentuk penyampaian hadiah perlu dirancang lebih awal dan berbincang terlebih
dahulu dengan penyelaras perhimpunan. Tiada penyampaian secara ad hoc untuk
menjimatkan waktu perhimpunan.

2.8 Guru Bertugas Mingguan


2.8.1 Semua guru hendaklah merujuk Takwim Sekolah untuk melihat tarikh bertugas masing-
masing.
2.8.2 Dua orang guru ditetapkan bertugas untuk setiap minggu.
2.8.3 Guru bertugas hendaklah datang awal ke sekolah (sebelum 7.00 pagi) pada minggu bertugas.
2.8.4 Hendaklah berada di pintu pagar sekolah pada awal pagi untuk menyambut kehadiran murid ke
sekolah (amalan guru penyayang). Manakala seorang guru lagi berada di pagar motosikal bagi
memastikan murid bergerak dengan cepat ke tapak perhimpunan.
2.8.5 Murid yang tiba di pintu pagar pada jam 7.25 pagi ke atas akan diarah bergerak ke pintu pagar
pejabat untuk dicatat kehadiran sebagai lewat dan akan diurus oleh unit disiplin.
2.8.6 Semua maklumat yang disampaikan di tapak perhimpunan hendaklah dicatat oleh guru
bertugas dalam buku bertugas mingguan yang terletak di pejabat.
2.8.7 Pada hari akhir minggu bertugas, guru hendaklah melaporkan kepada Pengetua atas semua
laporan harian yang telah dibuat.
2.8.8 Guru juga akan memberi laporan dalam perhimpunan rasmi pada minggu hadapan.
2.8.9 Urusan pelajar sakit atau ingin mendapat rawatan di hospital hendaklah diurus oleh guru
bertugas.
2.8.10 Guru hendaklah membantu unit MKT dan unit disiplin dalam pengurusan perhimpunan .
2.8.11 Guru bertugas juga perlu membuat rondaan kawasan sekolah termasuk kantin dan setiap kelas
bagi memastikan kebersihan di tahap yang memuaskan.

2.9 Tatacara Murid Hadir ke Sekolah


2.9.1
3.0 DASAR KEBAJIKAN MURID

3.1 Pengurusan Skim Pinjaman Buku Teks (SPBT)


3.1.1 Memastikan semua murid mendapatkan buku teks yang mencukupi selewat-lewatnya hari
pertama sesi baru persekolahan.
3.1.2 Melaksanakan arahan perpindahan Murid Bersama Buku Teks Dalam Zon yang Sama
(Ruj: K/P.BT.8945/Jld.28(24) – 17Mac 2008).
3.1.3 Guru Kelas mesti memastikan semua buku teks yang diterima oleh murid dibalut
kemas dan ditulis nama.
3.1.4 Pemantauan berkala sekurang-kurangnya dua kali setahun mesti dijalankan oleh guru SPBT
dengan bantuan guru tingkatan bagi memastikan semua bekalan buku yang diterima murid
dijaga dengan baik.
3.1.5 Guru SPBT mestilah mengumpulkan semula buku teks pada akhir tahun mengikut tarikh
yang ditetapkan serta membuat senarai murid yang tidak memulangkannya.
3.1.6 "Murid Bukan Warga Negara” (MBWN) tidak layak menerima buku SPBT.

3.2 Pengurusan Biasiswa Kecil Persekutuan (BKP)


3.2.1 Permohonan BKP dibuat setiap tahun merujuk kepada prestasi akademik pelajar.
3.2.2 Guru-guru biasiswa mestilah memastikan murid yang berjaya menerima surat tawaran dan
membuka akaun simpanan di Bank Simpanan Nasional.
3.2.3 Kad ATM tersebut hendaklah diserahkan kepada guru biasiswa dan pengeluaran
wang yang dibuat mestilah dikawal agar tidak disalahgunakan oleh murid berkenaan.
3.2.4 Pengeluaran wang hendaklah mengikut tatacara yang telah ditetapkan oleh pihak sekolah.
3.2.5 Guru Biasiswa mestilah memastikan pelajar menerima satu biasiswa / bantuan sahaja.
3.2.6 Guru Biasiswa perlu menyimpan rekod prestasi akademik murid penerima biasiswa.
3.2.7 "Murid Bukan Warga Negara” (MBWN) tidak layak menerima biasiswa.
3.2.8 Penapisan ketat kepada calon penerima biasiswa mesti dilakukan oleh guru kelas untuk
memastikan murid yang tidak layak tidak menerimanya.

Anda mungkin juga menyukai