Nothing Special   »   [go: up one dir, main page]

Wa0003.

Unduh sebagai pdf atau txt
Unduh sebagai pdf atau txt
Anda di halaman 1dari 31

FAKULTI PEMBANGUNAN MANUSIA

SARJANA PENDIDIKAN
(PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK)

SEMESTER 2 SESI 2021/2022

KAB60204
PERKEMBANGAN KEMAHIRAN
BAHASA DAN LITERASI
KANAK-KANAK

MODUL DIGITAL :
MODUL AKTIVITI BAHASA
DAN LITERASI KANAK-KANAK
4-6 TAHUN
K Pengenalan
v Penghargaan
v Objektif Modul

A v Definisi Bahasa &


Literasi

N
D Teori Model Bahasa &

U
Literasi
Ø Teori Penampilan
Literasi
Ø Teori Perkembangan

N Kognitif Vygotsky
Ø Literasi Keluarga

G Aktiviti

A q Bercerita
q Permainan bahasa
q Cari perkataan

N
q Aktiviti muzik
q Seni kreatif
PENGHARGAAN
Bismillahirahmanirahim..

Alhamdulillah, bersyukur ke atas ilahi dengan


limpahan rahmat serta nikmat masa, nyawa, dan
tenaga yang dianugerahkan kepada kami,
kerana kami dapat juga menyiapkan tugasan ini
dengan jayanya. Pertamanya, kami ingin
mendedikasikan ucapan penghargaan ini
kepada pensyarah tercinta Profesor Madya Dr.
Mazlina binti Che Mustafa, kerana dengan
memberi tunjuk ajar serta bimbingan
daripadanya telah membuka ruang untuk kami
menyiapkan tugasan ini dengan jayanya. Ilmu
yang telah disampaikan tidak akan pupus walau
dimamah usia.

Ucapan penghargaan ini juga kami tujukan


kepada rakan-rakan kami yang banyak
membantu berkongsi idea dan pendapat bagi
menambah baikkan lagi tugasan ini. Mereka
juga turut membantu kami dengan memberi
serba sedikit idea dalam menyiapkan tugasan
ini. Akhir madah kami mengucapkan terima
kasih kepada mereka yang terlibat secara
lansung atau tidak langsung dalam pembikinan
tugasan ini. Sekian, Terima kasih.
OBJEKTIF MODUL

Modul digital ini dilaksanakan bagi


memenuhi beberapa objektif iaitu :
i. Meningkatkan minat terhadap
literasi dan bahasa
ii. Memahami kesedaran bunyi
bahasa dalam mengenal huruf
serta bunyi fonik
iii. Meningkatkan penggunaan dan
penguasaan kosa kata kanak-
kanak
iv. Mengetahui pemahaman literasi
dan bahasa
v. Meningkatkan pertuturan yang
lancar
Definisi Bahasa & Literasi

ü Menurut Kamus Dewan Edisi Ketiga (1996:87) menjelaskan


bahawa bahasa ialah sistem lambing bunyi suara yang dipakai
sebagai alat perhubungan dalam lingkungan satu kelompok
manusia (antara seorang individu yang lain dan sebagainya).

ü Menurut Elizabeth Sulzby “1986”, literasi ialah kebolehan


berbahasa yang dimiliki oleh seseorang dalam berkomunikasi
“membaca, bertutur, mendengar dan menulis” dengan cara
yang berbeza mengikut matlamat mereka. Jika didefinisikan
secara ringkas, definisi literasi ialah kebolehan menulis dan
membaca.

ü Menurut UNESCO "The United Nations Educational, Scientific


and Cultural Organization", literasi ialah satu set kemahiran
sebenar, terutamanya kemahiran membaca dan menulis yang
bebas daripada konteks di mana kemahiran ini diperoleh dan
siapa yang memperolehnya.
TEORI MODUL LITERASI

v Teori Penampilan Literasi

ü Dicetuskan daripada pelbagai kajian yang


dijalankan oleh M.M.Clay (1967), seorang tokoh
bahasa dari New Zealand.
ü Kajian yang beliau jalankan menekankan aspek
penguasaan bahasa dan tabiat membaca pada
peringkat awal kanak-kanak hinggalah ke alam
remaja.
ü Penampilan literasi bermaksud kanak-kanak
membina kemahiran membaca dan menulis
pada satu titik permulaan yang kritikal. Kedua-
dua kemahiran tersebut terbina secara serentak
dan saling bergantung antara satu sama yang
lain tanpa turutan yang tertentu.
ü Hal ini bermaksud literasi tampil secara berterusan
dan terbina secara bersepadu di antara
kemahiran mendengar, bertutur, membaca,
menulis, dan berfikir
TEORI MODUL LITERASI

v Teori Perkembangan Kognitif Vygotsky

ü Menekankan bahawa kemahiran kognitif kanak-


kanak berkembang melalui interaksi sosial.
ü Bahasa dan budaya memainkan peranan
penting dalamperkembangan kognitif kanak-
kanak.
ü Minda kanak-kanak dibentuk melalui sosio-
budaya masyarakat di kawasan persekitaran
mereka.
ü Pembelajaran bukan sekadar melalui proses
asimilasi dan akomodasitetapi melalui hubungan
sosial antara kanak-kanak.
ü Cara pembelajaran melalui sosio-budaya:
1) Belajar daripada peniruan,
2) Mengingat dan membuat pemahaman
sendiri,
3) Belajar melalui kolaborasi dalam kumpulan
TEORI MODUL LITERASI

v Literasi keluarga

ü Literasi keluarga merujuk kepada amalan literasi yang


berlaku dalam kalangan keluarga. Modul literasi ibu
bapa keluarga pula ialah program yang melibatkan
ibu bapa dalam aktiviti literasi dengan anak-anak di
rumah.
ü Aktiviti literasi keluarga selalu digunakan bagi
membantu sekolah dalam pemerolehan dan
perkembangan literasi.
ü Literasi keluarga ialah literasi yang berlaku secara
langsung dan tidak langsung dalam suasana harian
kehidupan keluarga yang menyumbang kepada
perkembangan literasi kanak-kanak
ü Ia berlaku melalui;
1. Ibu bapa sebagai model dalam membentuk
sikap dan perlakuan kanak-kanak terhadap literasi.
2. Interaksi ibu bapa dan kanak-kanak dalam
berkomunikasi dan membaca bersama.
3. Elemen persekitaran di rumah dan juga
bilangan buku.
AKTIVITI
01

BERCERITA
ü Nama Aktiviti : Bercerita/
Storytelling
ü Cadangan Masa : 30 Minit
ü Bilangan Kanak-kanak : 1-2
Orang

OBJEKTIF :
Ø Kanak-kanak dapat bermain bersama ibu dan
berkongsi peralatan
Ø Kanak-kanak dapat menyebut nama tokoh
dalam cerita
Ø Kanak-kanak dapat mengekspresikan emosi
tokoh dan intonasi dialog tokoh
Ø Kanak-kanak dapat menceritakan kembali isi
cerita
Ø Kanak-kanak dapat menyebut nilai moral
dalam cerita

ALAT/BAHAN :
q Buku
q Boneka atau bahan
bersesuain dengan
cerita
LANGKAH-LANGKAH
1. Ibu bapa cerita aktiviti yang akan
dijalankan
2. Ibu bapa mula bercerita sambil
memperkenalkan isi cerita
3. Ibu bapa memperlihatkan ekspresi
dan intonasi watak dalam cerita
4. Ibu bapa menggalakkan kanak-
kanak ambil bahagian dalam
cerita
5. Ibu bapa memberitahu nilai moral
6. Ibu bapa meminta kanak-kanak
mengulang cerita mengikut
pemahaman kanak-kanak
7. Ibu bapa meminta kanak-kanak
memilih watak kegemaran
8. Ibu bapa meminta kanak-kanak
menyebut nilai moral
9. Ibu bapa meminta kanak-kanak
meniru intonasi watak.
AKTIVITI
02

PERMAINAN
BAHASA
ü Nama Aktiviti : Permainan
Bahasa
ü Cadangan Masa : 30 Minit
ü Bilangan Kanak-kanak : 2-3
Orang

OBJEKTIF :
• Kanak-kanak dapat mengenal huruf besar
dan huruf kecil.
• Kanak-kanak dapat menyebut dan
mengecam huruf besar dan kecil.
• Kanak-kanak dapat membina perkataan
dan menyebut perkataan KV.
• Kanak-kanak dapat menambah kosa kata
Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris.

ALAT/BAHAN :
q Huruf besar dan huruf kecil
q Kad bergambar
q Papan putih
LANGKAH-LANGKAH

1. Ibu bapa memperkenalkan terlebih dahulu mengenai


permainan bahasa.
2. Ibu bapa perlu menyanyi lagu ABC bersama anak-anak.
3. Kemudian kanak-kanak boleh mengambil satu per satu huruf
dan menyusun huruf mengikut susunan yang betul bersama ibu
bapa.
4. Ibu bapa dan anak-anak juga boleh bernyanyi sambil
menyusun huruf kecil dan juga huruf besar mengikut turutan
yang betul.
5. Semasa menyusun huruf, ibu bapa boleh bersoal jawab
bersama anak-anak dengan mengambil satu huruf dan
meminta anak meneka huruf berkenaan. Ulang dengan
mengambil huruf lain.
6. Seterusnya, ibu bapa boleh mengambil kad bergambar dan
meminta anak-anak untuk mengeja perkataan pada kad
bergambar berikut dengan mencari huruf kemudian menyusun
huruf untuk membina perkataan.
7. Kemudian, ibu bapa dan anak-anak boleh menyebut
perkataan berikut bersama-sama.
8. Huruf yang disediakan boleh digunakan untuk membina
perkataan dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris.
9. Selain itu, ibu bapa boleh menggunakan papan putih untuk
menulis perkataan yang tidak mempunyai huruf yang lengkap
sama ada dalam Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris
kemudian meminta anak-anak lengkapkan perkataan berikut
dengan menambah huruf yang hilang.
10. Dengan menggunakan papan putih juga, ibu bapa boleh
menampal gambar kemudian meminta anak-anak untuk
membina perkataan berdasarkan gambar yang dilekatkan.
AKTIVITI
03

CARI
PERKATAAN
ü Nama Aktiviti : Cari
Perkataan
ü Cadangan Masa : 30 Minit
ü Bilangan Kanak-kanak : 1-2
Orang

OBJEKTIF :
• Kanak-kanak dapat
mengenal dan menyebut ahli
keluarga (melalui nyanyian)
• Kanak-kanak dapat mengeja
ahli keluarga dengan betul.

ALAT/BAHAN :

q Komputer Riba/ Telefon


Pintar
q Pembesar Suara
q Kad imbas bergambar
q Lembaran kerja
LANGKAH-LANGKAH

1. Ibu bapa memainkan lagu Daddy finger,


Daddy finger kepada kanak-kanak.
2. Ibu bapa memperkenalkan ahli keluarga
melalui lagu tersebut.
3. Murid akan menyebut semula ahli
keluarga dengan bimbingan kad imbas
bergambar. 4) Murid diberi lembaran
Family Word Search.
4. Apabila ibu bapa menyebut “Dad”
dengan menunjukkan kad imbas tersebut,
murid akan mencari perkataan yang
tersembunyi.
5. Langkah 5 diulang dengan ibu bapa
menyebut kelima-lima kad imbas
bergambar dan murid mencari semua
perkataan yang tersembunyi.
6. Perkataan terakhir ‘family’ pula agak
panjang (iaitu 6 huruf).
7. Ibu bapa membimbing murid untuk
mencari perkataan terakhir ini.
8. Setelah mencari perkataan, murid
mengeja setiap perkataan tanpa
bimbingan.
9. Bagi setiap perkataan yang dieja dengan
betul, murid akan diberi token/ganjaran.
KAD IMBASAN
BERGAMBAR

father mother boy

girl baby family


LEMBARAN CARI PERKATAAN
AKTIVITI
04

AKTIVITI
MUZIK
ü Nama Aktiviti : Aktiviti Muzik
ü Cadangan Masa : 30 Minit
ü Bilangan Kanak-kanak : 1-2
Orang

OBJEKTIF :
1. Kanak-kanak dapat
mengenali anggota badan
dengan kaedah menyanyi.
2. Kanak-kanak dapat
membuat pergerakan sambil
menyanyi.

ALAT/BAHAN :
q Komputer riba
q Alat pembesar suara
q Gambar anggota
badan
LANGKAH-LANGKAH
1. Ibubapa bersoal jawab dengan kanak-kanak
tentang nama anggota badan.
2. Ibubapa menunjukkan gambar anggota badan.
3. Ibubapa menunjukkan anggota badan yang
ada pada badan kita sambil menyebut satu
persatu nama anggota badan tersebut.
4. Sebelum memulakan aktiviti menyanyi, ibubapa
memasang lagu “Head, Shoulders, Knee & Toes”
untuk diperkenalkan kepada kanak-kanak.
5. Ibubapa menyanyikan lagu tersebut terlebih
dahulu sambil membuat pergerakan sambil
diperhatikan oleh kanak-kanak.
6. Ibubapa mengajak kanak-kanak untuk
menyanyi bersama-sama sambil membuat
pergerakan bersama kanak-kanak.
7. Selepas menyanyikan lagu, ibubapa meminta
kanak-kanak untuk menunjukkan anggota
badan yang disebut.
8. Ibubapa memberi pujian kepada kanak-kanak
setelah aktiviti tersebut berakhir.
9. Ibubapa meminta kanak-kanak untuk memberi
tepukan kepada diri sendiri kerana berjaya
melakukan aktiviti ini bersama.
LIRIK LAGU
“HEAD, SHOULDERS, KNEES & TOES”
Head, shoulders, knees and toes, knees and toes
Head, shoulders, knees and toes, knees and toes
And eyes and ears and mouth and nose,
Head, shoulders, knees and toes, knees and toes

LINK LAGU:
https://www.youtube.com/watch?v=QA48wTGbU7A
KAD BERGAMBAR
AKTIVITI
05

SENI
KREATIF
ü Nama Aktiviti : Seni Kreatif
ü Cadangan Masa : 30 Minit
ü Bilangan Kanak-kanak :
2-3 Orang

OBJEKTIF :
1. Meningkatkan sifat ingin tahu melalui aktiviti
penerokaan alam sekitar.
2. Melahirkan sikap kreatif dalam diri mereka
selain merangsan perkembangan otak kanak-
kanak.
3. Menggalakkan kanak-kanak untuk berfikir.
4. Dapat menceritakan hasil karya yang disiapkan
dengan yakin.
5. Menggunting mengikut garisan bentul dan
tampal mengikut kreativiti dengan baik.

ALAT/BAHAN :

q Kertas mahjong
q Berus
q Warna air
q Cawan
q Span
q Kain balut
q Model
LANGKAH-LANGKAH
1. Ibu bapa bersoal jawab dengan kanak-kanak
tentang keadaan tangan yang berbalut.
2. Ibu bapa menunjukkan kad gambar anggota badan
dan model dan juga bersoal jawab tentang nama
anggota badan tersebut.
3. Kanak-kanak menyebut nama anggota badan yang
ditunjukkan oleh ibu bapa.
4. Ibu bapa meminta kanak-kanak menunjukkan dan
menamakan anggota badan masing-masing.
5. Ibu bapa memberikan tunjuk ajar cara untuk
tugasan yang seterusnya.
6. Kanak-kanak memilih warna dan menyapu warna
pada kedua tapak tangan.
7. Kemudian kedua tapak tangan yang diwarnakan
diletakkan di atas kertas yang disediakan.
8. Ibu bapa meminta kanak-kanak mengeringkan
warna pada kertas yang telak dicopkan.
9. Setelah hasil kerja dikeringkan ibu bapa meminta
kanak-kanak untuk menggunting bentuk tapak
tangan.
10. Kemudian kanak-kanak menampal tapak tangan
mengikut bentuk yang disukai dan mengikut
kreativiti masing-masing.
11. Ibu bapa meminta kanak-kanak berkumpul dan
mempamerkan hasil karya masing-masing.
RUJUKAN

Nur Fadhilah Suraya Binti Abd Aziz.


https://www.scribd.com/presentation/3634448
88/Definisi-Bahasa

Sevima. (2020).
https://sevima.com/pengertian-literasi-
menurut-para-ahli-tujuan-manfaat-jenis-dan-
prinsip/
AHLI KUMPULAN

IZATUL NURSHAHANIS
BINTI ROZIZAN
M20211000012

NORHAZLINA BINTI
ZAINI
M20211000891

KARIMAH BINTI
KASSIM
M20212003061
AHLI KUMPULAN

NORAINA BINTI
MOHAMED HALMI
M20212002990

MOHANACHELVI A/P
KRISHNANMURTY
M20202001508

NURMASYITHAH
M20211002468
SEKIAN
TERIMA
KASIH

Anda mungkin juga menyukai