Nothing Special   »   [go: up one dir, main page]

Kertas Penerangan Simulasi Mengajar Teori 1 Dini

Unduh sebagai docx, pdf, atau txt
Unduh sebagai docx, pdf, atau txt
Anda di halaman 1dari 10

KAMPUS SATELIT CIAST ILP MARANG

KAMPUNG BUKIT PARIT


21600 MARANG
TERENGGANU

KERTAS PENERANGAN

KOD DAN NAMA PROGRAM C141-005-3:2021 OPERASI TEKNIKAL PAKAIAN WANITA

TAHAP 3

C141-005-3:2021-C04 PEMBUATAN PAKAIAN KAHWIN WANITA


NO DAN TAJUK UNIT KOMPETENSI

1.
MENGHASILKAN PAKAIAN PERKAHWINAN TRADISIONAL KURUNG.

2.
MENGHASILKAN PAKAIAN PERKAHWINAN TRADISIONAL KEBAYA

3.
NO DAN PERNYATAAN AKTIVITI KERJA MENGHASILKAN PAKAIAN PERKAHWINAN PAKAIAN MODEN.

4. MENGHASILKAN PAKAIAN PERKAHWINAN GAUN KORSET MODEN.

Muka Surat:
NO. KOD C141-005-3:2021-C04/P (5/9)KP
1/5

TAJUK:

MEMPERKENALKAN JENIS AKSESORI.

TUJUAN:

Kertas Penerangan ini bertujuan untuk memberi pengetahuan kepada pelatih tentang koleksi aksesori pakaian pengantin yang terdapat

dalam dua kategori iaitu Aksesori Klasik dan Aksesori Moden.

PENERANGAN :
NO. KOD C141-005-3:2021-C04/P (5/9)KP Muka Surat: 2 / 11

Aksesori sangat penting dalam menyempurnakan pemakaian pakaian perkahwinan.Ia termasuk di dalam dua kategori iaitu Aksesori Klasik dan

Aksesori moden.Kedua-dua kategori aksesori tersebut haruslah dipadankan dengan pakaian perkahwinan selari dengan pemilihan aksesori tersebut.

1. DEFINISI AKSESORI.

Aksesori merupakan pelengkap dan penyeri kepada si pemakai tidak kira lelaki mahupun wanita.Aksesori bagi wanita, kebanyakan diperbuat

daripada emas ataupun perak seperti gelang, cincin, rantai, subang, cucuk sanggul, kerongsang dan sebagainya.

Sejak zaman pemerintahan Melayu lama lagi, pakaian dan aksesori dianggap sebagai lambang atau kedudukan di dalam sesebuah masyarakat

Melayu. Namun pada hari ini, tanggapan tentang lambang atau kekuasaan seseorang tidak lagi diambil kira kerana semua golongan mampu untuk memiliki

aksesori mengikut citarasa dan perkembangan terkini. Aksesori kerapkali dipakai oleh wanita ketika menghadiri majlis-majlis yang tertentu seperti majlis

perkahwinan dan sebagainya.

Aksesori yang sering dikaitkan dengan wanita lazimnya diperbuat daripada emas atau perak. Selain itu, terdapat juga aksesori yang diperbuat

daripada tembaga. Terdapat pelbagai reka bentuk dan corak yang menghiasi barang perhiasan tersebut. Pada zaman dahulu tukang emas atau perak biasanya

memilih corak yang berunsur flora dan fauna (motif tumbuh-tumbuhan, bunga-bungaan dan binatang). Masyarakat pada zaman dahulu sangat akrab dengan

alam semula jadi maka dengan itu, kebanyakan bentuk dan corak yang terdapat pada barang perhiasan wanita memiliki ciri-ciri alam.

Terdapat 2 kategori aksesori yang masih diaplikasikan oleh para pengantin pada era masa kini:

1.1 Aksesori Klasik

Menyusuri sejarah aksesori pakaian Melayu, pakaian tradisional biasanya dilengkapi dengan pelbagai

aksesori sama ada bagi tujuan tertentu mahupun untuk kecantikan diri.Perhiasan-perhiasan ini semuanya

adalah hasil seni pertukangan yang halus sebagai sebahagian dari warisan kebudayaan Melayu. Ia melambangkan

kepekaan pemikiran, perasaan dan kreativiti yang merangkumi jiwa dan nurani bangsa itu.Antara contoh-contoh

aksesori yang terdapat dalam kategori aksesori klasik Rajah 1 : Pengantin perempuan adalah:

Bersama aksesori
a. Dokoh
NO. KOD C141-005-3:2021-C04/P (5/9)KP Muka Surat: 3 / 11

Dokoh merupakan salah satu daripada aksesori tradisional wanita yang dipakai di leher yang mempunyai tiga atau lebih plat yang diperbuat

daripada timah, tembaga atau logam.

Pada suatu ketika dahulu, dokoh selalu digayakan dengan pemakaian baju kebaya. Dokoh juga sering digunakan menjadi alat perhiasan pasangan

pengantin sejak zaman dahulu lagi. Kini, penggunaannya tidak lagi terhad. Pada masa kini, penggayaannya bersama baju kurung telah menjadi salah satu

daripada fesyen pada masa kini.

b. Pending

Pending ialah pengancing tali pinggang atau kepala tali pinggang yang direka dan dihias indah dengan berbagai-bagai motif. Pending biasanya

dipakai oleh kaum lelaki dan wanita Melayu sebagai pakaian istiadat. Kaum lelaki menggunakannya untuk mengikat kain dan samping manakala kaum wanita

pula, terutamanya di Kelantan, memakai pakaian yang popular Cik Siti Wan Kembang, seorang pemerintah wanita yang terkenal dalam kurun ke-15 yang turut

memakai pending.

Boleh dikatakan

kebanyakan daripada

pending yang ditemui pada masa ini

adalah yang berbentuk bujur

seperti mata manusia, bulat, segi

empat dan sebagainya. Pending

yang dipakai oleh pembesar-

pembesar Melayu dan raja yang

memerintah dibentuk dengan


Rajah 3 : Pengantin yang berpakaian
menggunakan Rajah 2 : Aksesori Dokoh emas atau suasa. Namun demikian ada juga
dokoh
yang diperbuat daripada perak sahaja atau tembaga yang bercutam.
NO. KOD C141-005-3:2021-C04/P (5/9)KP Muka Surat: 4 / 11

c. Cucuk Sanggul
Rajah 4 : Aksesori Dokoh

Pada masa lalu, kebanyakan wanita Melayu memiliki rambut panjang, dianggap mempunyai sifat yang feminin. Cucuk sanggul telah digunakan

untuk memegang sehingga rambut panjang mereka dalam sanggul di belakang kepala mereka. Biasanya cucuk sanggul diperbuat daripada emas atau

perak,Penyemat atau cucuk sanggul ini biasanya dipakai dalam set tiga, lima atau tujuh oleh pengantin perempuan dan penari tradisional.
NO. KOD C141-005-3:2021-C04/P (5/9)KP Muka Surat: 5 / 11

d.

Rajah 6 : Cucuk sanggul berjurai

Rajah 5 : Cucuk sanggul


Kerongsang

Kerongsang antara aksesori yang tidak pernah lapuk dimamah zaman. Permintaannya sentiasa ada kerana ia menjadi pilihan, terutama wanita

berhijab bagi menggayakannya dengan tudung atau mungkin dijadikan sebagai perhiasan sederhana pada baju.

Bagi yang kreatif, kerongsang sememangnya boleh dipelbagaikan cara pemakaiannya dan boleh menjadi pelengkap gaya, sekali gus

menyempurnakan penampilan.

1.2 Aksesori Moden

Seiring dengan perubahan zaman, perubahan aksesori juga berkembang dan berubah

mengikut peredaran zaman.Oleh sebab itu, semakin banyak aksesori moden yang

diwujudkan bagi menyerikan lagi seri pengantin seiring dengan peredaran zaman.Antara

aksesori-aksesori yang perlu dipakai oleh pengantin zaman kini adalah:

Rajah 7 : Aksesori kerongsang


NO. KOD C141-005-3:2021-C04/P (5/9)KP Muka Surat: 6 / 11

a. Mahkota

Mahkota merupakan salah satu aksesori yang sering dipakai pada majlis perkahwinan moden. Selain keanggunan dan kemewahan, mahkota juga

melambangkan pasangan pengantin menjadi raja dan permaisuri sehari.Biasanya mahkota diperbuat daripada keluli tahan karat dan dihiasi dengan mata

berkualiti tinggi.

Aksesori mahkota juga disertakan sebagai aksesori pengantin mewah yang sentiasa membuatkan pengantin kelihatan lebih cantik di hari

perkahwinan.

b. Anting-anting

Rajah 8 : Pengantin memakai aksesori mahkota


Anting-anting merupakan sejenis barangan kemas jenis subang yang bergayut/anting dilekatkan pada telinga melalui tebuk badan pada cuping telinga atau

bahagian luar telinga (kecuali dalam kes anting- anting klip, yang dikepit pada cuping). Anting-

anting lebih biasa dikalangan perempuan, dan telah digunakan oleh kebudayaan berlainan pada masa berlainan.
NO. KOD C141-005-3:2021-C04/P (5/9)KP Muka Surat: 7 / 11

c. Rantai

Pilihan aksesori perkahwinan seterusnya ialah rantai leher. Rantai leher dipilih sebagai aksesori kerana ia tidak rumit seperti yang dipakai oleh pengantin Jawa

atau Islam, maka pengantin moden hanya memakai aksesori yang ringkas dan unik sebagai pemanis. Rantai leher bukan sahaja dapat mengisi ruang di dada

malah dapat mencantikkan leher pengantin.

Rajah 9 : Aksesori anting-anting

d. Gelang

Aksesori pengantin moden seterusnya yang sering dipakai oleh pengantin moden untuk menambahkan kecantikan pada penampilan mereka ialah gelang

tangan. Aksesori ini memang sejuk dipakai di majlis perkahwinan bagi mencantikkan dan memberi kesan mewah pada penampilan tangan . Pengantin boleh

memilih gelang mutiara dengan sentuhan berlian untuk menyerlahkan penampilannya.

Rajah 10 : Aksesori Rantai


NO. KOD C141-005-3:2021-C04/P (5/9)KP Muka Surat: 8 / 11

e. Cincin

Cincin ialah barang kemas atau aksesori yang digunakan secara meluas. Biasanya cincin diperbuat daripada logam. Istilah "cincin" itu sendiri selalu bermaksud

perhiasan yang dipakai pada jari. Apabila dipakai sebagai hiasan di tempat lain, bahagian badan ditentukan dari segi, contohnya anting-anting, cincin leher,

cincin lengan dan cincin kaki.

f. Kasut

Kasut pengantin merupakan salah satu perkara penting yang perlu

dititik beratkan di majlis perkahwinan.

Malah ia adalah aksesori yang paling penting untuk melengkapkan pakaian


Rajah 10 : pengantin
Aksesori yang akan anda gayakan semasa majlis berlangsung.
gelang

Rajah 12 : Aksesori kasut

Rajah 11 : Aksesori cincin


NO. KOD C141-005-3:2021-C04/P (5/9)KP Muka Surat: 9 / 11

SOALAN :

1.Berikan definisi pending.

2. Huraikan aksesori-aksesori moden.

3. Nyatakan definisi gelang.


NO. KOD C141-005-3:2021-C04/P (5/9)KP Muka Surat: 10 / 11

RUJUKAN :

1. https://www.pesonapengantin.my/kasut-adalah-aksesori-penting-pelengkap-pakaian-pengantin-yang-anda-gayakan/

2. https://ms.unansea.com/apa-yang-aksesori-dan-apakah-mereka/

3. https://www.pesonapengantin.my/aksesori-pelengkap-gaya-di-hari-perkahwinan/

4. https://www.pesonapengantin.my/kasut-adalah-aksesori-penting-pelengkap-pakaian-pengantin-yang-anda-gayakan/

5. https://weddingmarket.com/artikel/aksesoris-pengantin-modern

Anda mungkin juga menyukai