Nothing Special   »   [go: up one dir, main page]

Definisi Pakaian Kerja

Unduh sebagai docx, pdf, atau txt
Unduh sebagai docx, pdf, atau txt
Anda di halaman 1dari 22

Bengkel

Home | Malay Traditional Costume | History of the Malay Traditional Costume | Company


Philosophy | Bengkel | Contact Us

Bengkel Asliza Aris


Pemantapan Pengurusan
Pakaian Seragam
 
30 -31 Disember 2008
 
Tempat:-
Hotel Hydro Majestic, Batu Ferringhi, Pulau Pinang
 
Tajuk:-  
Rekabentuk Pakaian Seragam dan Kesesuaian Fabrik
 
oleh:-
Asliza Aris
Pengenalan

Pakaian seragam dipakai oleh satu kumpulan

manusia dalam satu organisasi atau persatuan sebagai

pengenalan diri yang individu itu adalah tergolong dalam

kumpulan tersebut. Selain menjadi pengenalan


organisasi, pakaian seragam juga adalah imej organisasi

tersebut samada dalam bentuk penampilan ahli secara

fizikal (individu dan berkumpulan), kesepaduan dan taat

setia ahli kepada sesuatu organisasi.

Definisi Pakaian Seragam (Uniform)

Dari kamus The Fairchild Dictionary of Fashion:

1. any specific type of apparel required for wear by

the armed forces of any country; for a specialized

occupation, by a school, or for competitive team

sports such as baseball, football and hockey.

Probably originated in antiquity with costumes worn

by personal bodyguards of monarchs. Worn by the

Greek and Roman armies and since then by armed

forces throughout the world.

2. worn through out history to denote status or

trade of an individual.

Dalam buku Pakai Patut Melayu, tulisan Dato’

Mejar Said Hj. Sulaiman (1931) ada menyebut tentang


pakaian sekata (uniform) sebagai salah satu pakaian

yang telah dipakai oleh orang-orang Melayu semasa

zaman pemerintahan British. Melalui tafsiran beliau

uniform ini menggambarkan pepatah Melayu (dan

Inggeris) – burung sebulu terbang sekawan (birds of

same feathers flock together).

Tulisnya lagi, oleh sebab itu, pakaian serupa /

sekata (uniform) dipakai oleh kerajaan bagi sesuatu

pasukan jawatan seperti askar, polis dan lain-lain. Bagi

persatuan-persatuan permainan seperti bolasepak, ia

disebut warna kelab (club colour). Pemakaian pakaian

seragam ini dikatakan menjadikan fikiran atau tingkah

laku mereka yang memakai itu sejenis atau satu arah.

Dalam kerajaan uniform itu ditentukan tetapi untuk

persatuan dan yang lain-lain ianya dilakukan sendiri.

Keperluan dan Tujuan Pakaian Seragam

Keperluan memakai pakaian seragam pada masa


ini adalah lebih menjurus kepada pengenalan sesuatu

organisasi dan sebagai lambang atau imej.

Bagaimanapun, pakaian seragam yang dipakai oleh

pasukan-pasukan berwajib seperti polis, askar, ahli

bomba dan jururawat memberi maklumat mengenai

pemakainya. Ini adalah kerana ia dipakai beserta aksesori

yang menunjukkan jawatan orang yang memakainya.

Pameran PDRM di Galeri Shah Alam, Selangor

(Disember 2008), mencatatkan pakaian seragam polis

bermula sejak zaman Kesultanan Melayu Melaka. Pada

masa itu hulubalang yang bertindak sebagai pegawai

keselamatan memakai pakaian serba hitam, seluar

sekerat dan baju sarung serta mengikat kepala.

Pemakaian pakaian seragam yang lebih lengkap bagi

polis dan pasukan-pasukan berwajib ini bermula dan

berkembang dengan kemasukan pentadbiran British di

Tanah Melayu, sehingga sekaligus mempengaruhi

keseluruhan cara pemakaian masyarakat tempatan pada

masa itu.
 

Hari ini, dalam hal menggunakan pakaian seragam

dalam bidang korporat, tentunya imej yang hendak

dipamerkan menggambarkan ahli dalam kumpulan

tersebut berwawasan, berfikiran ke hadapan dan

mempunyai pandangan positif terhadap bidang dan tugas

yang diwakilinya. Bersesuaian dengan imej pentadbiran

dan pengurusan yang bersifat komersil, istilah pakaian

seragam digantikan dengan istilah ‘pakaian korporat’.  

Selain memenuhi kehendak organisasi, pakaian

seragam juga boleh diberikan ciri-ciri keselamatan untuk

memastikan ahli-ahli dari sesebuah organisasi itu tidak

mengabaikan keselamatan diri ketika melakukan tugas.

Dan ia menjadi tanggung jawab organisasi untuk

memastikan ahli-ahlinya memenuhi syarat-syarat

pemakaian pakaian seragam tersebut mengikut aturan

dan disiplinnya.

 
Prosedur Rekabentuk

Untuk mula mereka sesuatu rekaan pakaian

seragam, beberapa perkara pokok perlu diambil kira.

1. Siapa yang akan memakai

pakaian tersebut

(organisasi). Organisasi – logo,

perlambangan dan warna

korporat.
2. Jawatan ahli-ahlinya. Ahli –

Jawatan mengikut jawatan teratas

dalam struktur organisasi dan

sesiapa sahaja di luar organisasi

yang mahu dilihat sebagai

mewakili badan tersebut.


3. Jenis pekerjaan yang

dilakukan. Fungsi tugas –

pengurusan, servis / kaunter,

keselamatan.
4. Persekitaran bekerja. Ruang
bekerja – hawa dingin, ruang

terbuka, di luar bangunan,

bergerak.
5. Ciri-ciri khas yang diperlukan

(international code). Warna khas,

etika pakaian antarabangsa.


6. Ciri-ciri keselamatan. Kasut khas,

sarung tangan, aksesori

keselamatan yang perlu ada

seperti wisel, reflector sticker /

band.

Setelah maklumat mengenai organisasi ini

dikumpul, pereka akan menggunakan semua maklumat

tersebut untuk membentuk satu konsep yang mewakili

organisasi tersebut bersesuaian dengan falsafah

sesebuah organisasi itu. Konsep pakaian perlu

mencerminkan ciri-ciri:

1. Keseragaman (uniformity)
2. Kesatuan (unity)

3. Kesepakatan

4. Kesepaduan

5. Disiplin

 
Rekabentuk Pakaian Seragam

Antara ciri-ciri lain yang turut difikirkan dalam rekaan

pakaian seragam, ia mestilah kelihatan:

1. Segak (cara padanan, kemas,

bersih & mengikut ketetapan)


2. Selesa dipakai ketika bekerja

(jenis fabrik, warna & potongan

baju)
3. Ringkas dan Menyegerakan

(padanan baju)
4. Mempunyai ciri-ciri keselamatan

(mengikut spesifikasi tugas &

tidak provokatif)
5. Berdaya tahan (jenis potongan,

penggunaan bahan & trimming /

finishing)

Padanan

a. 3-piece

Padanan sesuatu rekaan pakaian seragam

biasanya bergantung kepada jenis pekerjaan dan jawatan

ahli. Seseorang yang melakukan pergerakan yang sedikit

(duduk-bangun-berjalan) dan bekerja dalam ruang yang

berhawa dingin sesuai menggunakan 3-piece suit,

pakaian berlapis atau berlengan panjang berbanding

dengan seseorang yang melakukan banyak pergerakan

dan bekerja di ruang terbuka dan tidak berhawa dingin.

Begitu juga jenis padanan seperti baju berlengan

panjang / pendek, seluar / skirt / kain labuh (untuk

wanita), jenis tudung dan kasut perlu ditentukan dengan

keadaan bekerja.
 

Secara tidak langsung, fabrik akan memainkan

peranan yang penting untuk menentukan kesesuaiannya

dengan fungsi tugas dan ruang kerja. Fabrik yang tahan

lasak dari jenis drill (cotton, polyester atau campuran)

adalah lebih berdaya tahan dan sesuai untuk seluar, skirt

dan kain. Biasanya fabrik jenis ini adalah dari fabrik yang

berat. Sementara fabrik dari jenis single weave

(sederhana berat) sesuai untuk kemeja atau blaus. Antara

jawatan-jawatan yang sesuai menggunakan pakaian

seragam 3-piece adalah seperti pegawai-pegawai

eksekutif, pengurusan pentadbiran dan penyambut

tetamu  atau pegawai-pegawai yang bekerja di kaunter.

b. 2-piece

2-piece adalah padanan yang biasa dipakai

sebagaimana pakaian ke pejabat yang sedia ada. Namun

begitu apabila disediakan dalam bentuk pakaian seragam,

ia mencerminkan identiti organisasi melalui padanan


pakaian khusus yang disediakan oleh organisasi tersebut.

Contohnya: padanan blaus, skirt atau seluar panjang

untuk wanita dan kemeja, tali leher dan seluar panjang

untuk lelaki. Di samping padanan yang telah ditentukan,

konsep pakaian kerja itu ditetapkan dengan rekaan

pakaian, jenis dan warna fabrik serta corak fabrik, kasut,

warna dan ikatan tudung,

            Rekaan 2-piece boleh menggunakan warna dan

fabrik yang serupa untuk kedua-dua baju dan kain/seluar

atau boleh juga menggunakan padanan warna yang

berlainan mengikut kehendak sesebuah organisasi. Jenis-

jenis fabrik yang digunakan untuk rekaan-rekaan 2-piece

biasanya cotton, nylon dan rayon campuran dari kategori

sederhana berat.

c. 1-piece

Pakaian jenis ini biasanya digunakan untuk pegawai-

pegawai yang melakukan kerja-kerja lasak dan


pergerakan yang banyak. Pakaian jenis ini biasanya

dipakai di bahagian luar pakaian sebagai pelindung dari

kerja-kerja berat atau kotoran. Fabrik yang digunakan

adalah dari jenis fabrik berat seperti hard drill, denim dan

twill.

Fabrik

Pemilihan fabrik adalah amat penting untuk

menghasilkan rekaan pakaian seragam yang selesa dan

tahan lama. Kriteria yang akan mendorong sesuatu jenis

kain dipilih bergantung kepada kesesuaian berat dan jenis

fabrik untuk sesuatu rekaan. Kedua, ketahanan fabrik

bergantung kepada jenis fabrik

(nature/manmade/campuran), berat fabrik

(light/medium/heavy), rekaan pakaian (panel/potongan),

jarak jahitan, jenis benang, butang, zip dan sebagainya.

Dan akhirnya fabrik ini dinilai dari sudut estetiknya iaitu

sentuhan, warna, corak atau tekstur.

 
Ciri-ciri khas fabrik yang lain adalah seperti:

-         flame-retardant

-         water resistant , water proof

-         anti-static

-         camouflage printed fabric

-         anti-electromagnetic Radiation

-         reflective material

Pakaian jenis ini biasanya digunakan untuk pegawai-

pegawai yang melakukan kerja-kerja lasak dan

pergerakan yang banyak. Pakaian jenis ini biasanya

dipakai di bahagian luar pakaian sebagai pelindung dari

kerja-kerja berat atau kotoran. Fabrik yang digunakan

adalah dari jenis fabrik berat seperti hard drill, denim dan

twill.

Jenis-Jenis Tekstil

Fabrik dari alam adalah fabrik yang dijalin daripada

serat-serat tumbuhan atau protein haiwan.


Kapas (40% dari produk tekstil dunia), linen - tumbuhan

Sutera – ulat sutera

Wool, cashmere, angora – bulu biri-biri, kambing

Fur – bulu binatang

Kulit binatang

Fabrik buatan manusia adalah jenis fabrik yang

diperbuat daripada acetate, rayon, triacitate, kaca dan

bahan sintetik. Rayon adalah antara fabrik terawal yang

direka melalui teknologi untuk meniru sifat-sifat sutera. Ia

dapat menghasilkan jenis-jenis acetate rayon,

cuprammonium rayon dan viscose rayon.

Jenis-jenis lain: nylon (sintetik) contohnya: produk

Dupont, polyester, lycra, poly-cotton,

Jenis fabrik khas:

thermal garments – garments made to insulate the wearer

from cold.

Thinsulate© - contains 60% polyolefin, 40% polyester


microfilament insulation providing warmth equal to down

or polyester insulations of close to twice the thickness.

Does not absorb water.

Ramalan Warna Aliran Musim Luruh/Sejuk 2009/2010


Contoh dari
http://www.fashiontrendsetter.com/content/color_trends.ht
ml
 

Jiwa warna Musim Luruh/ Sejuk 2009/2010

perhatian / menarik / jenaka

terjemahan keyakinan diri dan kreatif

tegas / berani untuk mencuba 

fantasi tanpa batasan 

provokatif

merungkai keserasian estetik

menentang arus / menjauhi kod

dekati teknologi dan kesedaran alam sekitar

fabrik dan warna bertenaga

pengukuhan nilai positif fesyen

melihat masa depan dengan positif  dan harapan

Arah Aliran Warna Musim Luruh/ Sejuk 2009/2010

- Warna sebagai kuasa penentu untuk memecah


ketegangan yang pelbagai

- Memastikan keseimbangan kontras kehidupan dan

neutral serta galakan ketelusan.

- Meningkatkan kehebatan, pusingan tenaga yang positif

dan berkuasa

Electric Shocks

Warna gelap dan kontras yang terang bercahaya

(berkilat)

Flamboyant Resonance

Letupan gunung berapi tetapi pilahan harmoni

dan  kontras cahaya ekpressif

Silent Agitations

Warna-warna panas yang dipadankan dengan neutral,

multi-colored tone-on-tone yang samar dan kontras

bergaya.
 
 
Kesimpulan
 

Kepentingan memakai pakaian seragam ini wajar

di beri perhatian sepenuhnya, baik yang menentukan


(organisasi) mahupun yang memakainya (ahli organisasi).

Untuk menghasilkan pakaian seragam mengambil kira

pelbagai aspek estetik, keselamatan dan keselesaan

pemakai supaya yang memakainya berasa bangga,

bertanggung jawab dan amanah terhadap tugas.


 

 
 

Design Procedure; Source: Asliza Aris, 2008

Rujukan
 
Asliza Aris
(2006).  Manual
Rekabentuk
Pakaian Seragam
& Fabrik untuk
Unit Pencegah
Penyeludupan.
UiTM/UPP.
 
Braddock and
O'Mahony
(2000). Techno
Textiles,
Revolutionary
Fabrics for
Fashion    Design. 
London, Thames
& Hudson.
 
Calasibetta &
Tortora
(2003). The
Fairchild
Dictionary of
Fashion. London,
Laurence  King
Publishing.
 
Ong Soon Hin
(2007). Dress
Rules. The
Star. Kuala
Lumpur: WE34.
 
Mohd. Said Haji
Sulaiman
(1931). Pakai
Patut
Melayu. Johor
Baharu, Matbaat
al-Attas.
 
Seivewright
(2007). Research
and Design.
London, AVA
Publishing SA.
 
Sorger & Udale
(2006). The
Fundamentals of
Fashion Design.
London, AVA
Publishing SA.
 
Steven Slon
(2007). Dress for
Design Procedure; Source: Asliza Aris, 2008 Success. The
Design by: Asliza Aris, 2006.
Star. Kuala
Lumpur: WE32.
 
 
Rujukan internet
 
http://www.fabricf
oruniforms.com
http://www.info4s
ecurity.com
http://www.sandh
uniforms.com
http://www.mpne
ws.com/home_82
2.htm
www.colorassoci
ation.com/site/sh
op.html
http://www.asliza
aris.researcher.at
 
 
 
 
 

Design by: Asliza Aris, 2006.


Fabric design: Suzlee Ibrahim, 2006.
Fabric design: Suzlee Ibrahim, 2006.
Rujukan
 
Asliza Aris (2006). Manual Rekabentuk Pakaian Seragam
& Fabrik untuk Unit Pencegah Penyeludupan. UiTM/UPP.
 
Braddock and O'Mahony (2000). Techno Textiles,
Revolutionary Fabrics for Fashion  Design. London,
Thames & Hudson.
 
Calasibetta & Tortora (2003). The Fairchild Dictionary of
Fashion. London, Laurence  King Publishing.
 
Ong Soon Hin (2007). Dress Rules. The Star. Kuala
Lumpur: WE34.
 
Mohd. Said Haji Sulaiman (1931). Pakai Patut
Melayu. Johor Baharu, Matbaat al-Attas.
 
Seivewright (2007). Research and Design. London, AVA
Publishing SA.
 
Sorger & Udale (2006). The Fundamentals of Fashion
Design. London, AVA Publishing SA.
 
Steven Slon (2007). Dress for Success. The Star. Kuala
Lumpur: WE32.
 
 
Rujukan internet
 
http://www.fabricforuniforms.com
 
http://www.info4security.com
http://www.sandhuniforms.com
http://www.mpnews.com/home_822.htm
 
www.colorassociation.com/site/shop.html
 
http://www.aslizaaris.researcher.at
 
 
 
 
 

Links:-
http://www.suzleefineart.paint.at

education universiti teknologi mara shah alam selangor malaysia

Anda mungkin juga menyukai