Nothing Special   »   [go: up one dir, main page]

Refleksi Complete

Unduh sebagai docx, pdf, atau txt
Unduh sebagai docx, pdf, atau txt
Anda di halaman 1dari 23

REFLEKSI

DEFINISI

Satu pemikiran secara mendalam di mana seseorang itu akan memikirkan


atau merenung semula situasi yang telah dilalui untuk menganalisis apa
yang telah dilakukan dan mengapa dilakukan sedemikian (Woolfolk, 1995)

KONSEP

Refleksi ialah Satu proses mengingat dan merenung kembali pengalaman


dan aktiviti yang telah dialami serta menganalisis dan menilai kelebihan dan
kekurangannya yang bertujuan memikirkan cara
memperbaiki dan mengubahsuai untuk panduan dan kegunaan di masa
hadapan

RASIONAL MEMBUAT REFLEKSI

1. Dapat mengimbas kembali segala perasaan yang timbul dalam


situasi tertentu
2. Membezakan antara perasaan dan fakta (gambaran yang lebih
objektif dan rasional terhadap sesuatu perkara)
3. Pelatih menjadi lebih peka dan prihatin terhadap dunianya dan
dunia orang lain
4. Pelatih menjadi lebih senang menerima dan kurang menghakim
5. Pelatih dapat menyediakan diri untuk menghadapi cabaran
masa hadapan

PRA SYARAT UNTUK MEMBUAT REFLEKSI

Keterbukaan
melihat masalah dari semua aspek
mengambil kira semua maklumat yang diperoleh sebelum membuat
keputusan pengajaran
Bertangggungjawab
bertanggungjawab di atas kejayaan dan segala kegagalan
Kerelaan
komitmen sepenuhnya terhadap pengajaran
rajin mengajar semua murid
CADANGAN UNTUK MENGATASI
TINDAKAN SUSULAN
ANALISISdapat memenuhi keperluan profesion

KEPENTINGAN REFLEKSI

Membuat penilaian kendiri


Berfikir secara analitik, kritis & kreatif
Menganalisis aktiviti pengajaran pembelajaran di sekolah
Mencari alternatif dalam membuat keputusan
Mencari jalan penyelesaian
Mengubah tingkah laku

JENIS-JENIS REFLEKSI (SCHON, 1987)


1. Refleksi ke atas tindakan
Refleksi terhadap praktis, tindakan dan pemikiran seseorang selepas sesuatu
sesi praktis
2. Refleksi semasa tindakan
Refleksi terhadap fenomena, pemikiran dan tindakan semasa praktis
3. Refleksi untuk tindakan
Hasil yang diperlukan daripada kedua-dua jenis refleksi
Bertujuan memandu seseorang ke arah tindakan masa depan

CIRI-CIRI GURU REFLEKTIF


1. Sentiasa mempelajari dan memahami sesuatu yang baru hasil daripada
pengalamannya yang telah dilalui
2. Sentiasa berfikir tentang tujuan, isi, kandungan dan tindakan dalam
konteks pengajaran
3. Sentiasa melihat sesuatu isu, situasi atau masalah dari pelbagai
perspektif agar penyelesaian terbaik dapat dibuat dengan lebih sistematik
4. Berusaha memperbetulkan sebarang kesilapan dan perlakuan semasa
merancang dan melaksanakan pengajaran
5. Boleh menghubung kait apa yang dipelajari atau dialami dengan tugas
dan kehidupan harian
6. Sentiasa mempelajari daripada apa yang dibuat agar memberi makna
kepadanya dalam konteks peribadi, profesion, masyarakat dan negara

SOALAN YANG BOLEH DIKEMUKAKAN UNTUK REFLEKSI

> Apakah yang telah saya lakukan ?


> Apakah akibat / hasil tindakan saya ?
> Mengapa terjadi demikian ?
> Apakah perasaan saya ?
> Apakah yang telah saya pelajari ?
> Apakah tindakan saya selepas ini?

CADANGAN KOMPONEN REFLEKSI


> Perasaan/Bisikan Hati
- bagaimana perasaan, apa yang dirasa
> Analisis/Penilaian
- menilai secara objektif
> Kesedaran Baru/Harapan
- kesimpulan dari peristiwa yang berlaku
> Cadangan/Tindakan
- langkah akan diambil

CONTOH REFLEKSI 1

Saya telah melaksanakan aktiviti kumpulan. Ini merupakan kali


pertama saya melakukan kaedah ini. (PERISTIWA)
Saya gembira dan berpuas hati kerana aktiviti yang dirancang
dapat dilaksanakan dengan berkesan. Semua pelajar melibatkan
diri secara aktif. Arahan dipatuhi dan terdapat pelajar
menyumbang idea dan pendapat yang bernas. (PERASAAN)

Saya memulakan pengajaran dengan membahagi kelas kepada


beberapa kumpulan mengikut kebolehan. Saya memberi tajuk
yang sesuai untuk dibincangkan. Saya menjelaskan langkah-
langkah dan peraturan yang perlu dipatuhi. Saya rasa saya telah
bertindak sebagai fasilitator yang berkesan.
(MENILAI/MENGANALISIS)

Saya menyedari kini semua pelajar mempunyai potensi dan guru


harus menggilap potensi mereka. (HARAPAN/KESEDARAN
BARU)

Untuk pengajaran di masa hadapan, saya bercadang


melaksanakan aktiviti-aktiviti yang lebih mencabar, yang mampu
merangsang pemikiran pelajar seperti forum, projek, perbahasan.
(CADANGAN/TINDAKAN)

CONTOH REFLEKSI 2
Saya amat kecewa kerana gagal memberi penerangan dengan
Berkesan disebabkan murid di belakang kelas yang agak bising.
(PERASAAN)

Walaupun saya menyediakan BBM, tapi ia gagal menarik


perhatian murid. Mungkin BBM tersebut tidak menarik. Atau
mungkin ia kurang jelas (disebabkan penggunaan warna yang
kurang sesuai) bagi murid di belakang kelas. Untuk mengawal
kelas saya telah mengetepikan BBM dan menyuruh murid
menyalin nota di papan kapur ke dalam buku catatan mereka.
(ANALISIS DAN KESEDARAN)

Pada masa akan datang saya akan membina BBM yang bukan
sahaja cantik bahkan menitikberatkan aspek warna yang
digunakan agar dapat menarik perhatian murid. Saya juga akan
meminta pandangan dan nasihat rakan dan guru pembimbing.
(CADANGAN/TINDAKAN)

PENULISAN JURNAL

1. KONSEP
Satu bentuk catatan berterusan mengenai sesuatu peristiwa, masalah,
pencapaian atau bidang yang perlu diberi penekanan. Jurnal bertujuan
membantu pelajar merenung, menilai dan menjadikannya sebagai asas
untuk mengambil tindakan susulan.

2. OBJEKTIF
Pelajar dapat:
2.1. menyimpan catatan penglibatannya di sekolah semasa praktikum untuk
renungan.
2.2. menilai tugas dan tanggungjawab yang telah
dijalankannya.
2.3. menjadikannya asas/panduan tindakan susulan.
2.4. meningkatkan kepekaannya terhadap bidang tugas guru.
2.5. menjadikannya sebagai bahan perbincangan dengan pensyarah
pembimbing/guru pembimbing.
2.6. meningkatkan kemahiran profesionalismenya.
3. GARIS PANDUAN

3.1. Pelajar dikehendaki menulis dan menyimpan jurnal sepanjang praktikum


(sekurang-kurangnya seminggu sekali)
3.2. Catatan hendaklah merupakan butiran seperti peristiwa, masalah,
pencapaian dan bidang-bidang penting semasa praktikum serta
mengandungi pandangan dan cadangan utk tindakan pembetulan/
penambahbaikan.
3.3. Satu jangka masa ditetapkan untuk melaksanakan cadangan-cadangan
mengatasi masalah yang telah dicatatkan.
3.4. Pelajar dikehendaki membuat catatan bagi mengesan kemajuan
tindakan susulan yang telah dicatatkan.
3.5. Gunakan jurnal sebagai saluran merenung kembali tugas mereka
sebagai guru.
3.6. Pelajar diminta membawa jurnal yang lengkap dan kemaskini sepanjang
masa praktikum untuk disemak.

4. PERKARA-PERKARA YANG PERLU DIBERI PERHATIAN DALAM PENULISAN


JURNAL

4.1. Bimbingan perlu diberi oleh pensyarah pembimbing dan guru


pembimbing untuk memastikan perkara-perkara yang relevan dan kritikal
sahaja dicatatkan.
4.2. Kandungan jurnal mesti dibincang bersama antara pelajar, pensyarah
pembimbing dan guru pembimbing.

RASIONAL MEMBUAT REFLEKSI DAN PENULISAN JURNAL

1. Dapat mengimbas kembali segala perasaan yang timbul dalam


situasi tertentu
2. Membezakan antara perasaan dan fakta (gambaran yang lebih objektif
dan rasional terhadap sesuatu perkara)
3. Pelatih menjadi lebih peka dan prihatin terhadap dunia pendidikan dan
bidang tugas guru
4. Menyimpan catatan penglibatan di sekolah semasa praktikum
5. Menjadi bahan perbincangan dengan guru/pensyarah pembimbing
6. Pelatih dapat menyediakan diri untuk menghadapi cabaran masa hadapan
PELAKSANAAN REFLEKSI DAN PENULISAN JURNAL
> Guru Pelatih dikehendaki menulis refleksi pada RPH selepas setiap
pengajaran .
> Penulisan Jurnal dibuat sekurangnya sekali seminggu yang mengandungi
perkara/masalah/isu yang lebih spesifik

DIMENSI PENULISAN JURNAL


a) Diri guru pelatih sendiri - kemahiran mengajar
- hubungan interpersonal
- penampilan diri, sikap, disiplin
b) Murid/pelajar - pembelajaran dalam bilik darjah
- penglibatan, tugasan, peperiksaan
- penampilan diri, sikap, disiplin
c) Rakan sejawat dan persekitaran - suasana menjalani praktikum
- interaksi dengan guru lain

KEMAHIRAN-KEMAHIRAN MENGAJAR YANG BOLEH DIJADIKAN PANDUAN


UNTUK REFLEKSI DAN PENULISAN JURNAL

> Permulaan / set induksi


> Mempelbagaikan rangsangan
> Memberi pengukuhan
> Menyoal
> Memberi penerangan
> Menggunakan contoh / ilustrasi
> Menerapkan nilai dan kemahiran berfikir
> Menggunakan Sumber P & P
> Bercerita
> Menggunakan papan kapur
> Menguruskan bilik darjah
> Penggabungjalinan & Penyerapan
> Suara, intonasi,arahan
> Penutup

FORMAT JURNAL (1)

1. Catatan peristiwa/kejadian/masalah dan lain-lain


2. Perasaan/pandangan terhadap catatan
3. Analisis terhadap sebab perkara itu berlaku
4. Apakah cadangan tindakan untuk mengatasinya
5. Tempoh masa untuk penyelesaian
6. Cara menilai kejayaan
7. Tindakan susulan

CONTOH JURNAL

1. Masalah, Pandangan/perasaan : Saya selalu menghadapi masalah dalam


memberi arahan yang tepat.Setiap kali saya beri arahan, ada sahaja
sebilangan murid yang keliru dan saya terpaksa mengulangi arahan saya.
Saya rasa kecewa.

2. Analisis : Situasi ini timbul mungkin kerana (a) bahasa saya, (b) arahan
panjang
3. Cadangan untuk memperbaikinya :
a. baca buku tentant cara beri arahan
b. latih beri arahan yang ringkas dan tepat
c. sedia semua arahan yang akan diberi dalam RPH
d. pastikan semua murid beri perhatian sebelum saya beri arahan
e. minta pandangan rakan pelatih, guru pembimbing dan pensyarah
pembimbing

4. Tempoh masa penyelesaian : akan cuba atasi masalah ini dalam tempoh
dua minggu
5. Cara menilai kejayaan : saya akan memohon kerjasama pasangan saya,
pensyarah pembimbing dan guru pembimbing untuk menilai kejayaan saya
dalam aspek ini
6. Tindakan Susulan : setiap kali saya mengajar, saya akan menyediakan
arahan saya dan berlatih sebelum saya memasuki kelas. Saya akan beri
perhatian kepada aspek ini sehingga menjadi satu kebiasaan

CONTOH FORMAT / LANGKAH MENULIS REFLEKSI KRITIKAL


Murid-murid di sekolah ini dan di bilik darjah saya suka buang masa,
termenung atau yang baik akan tidur. Saya selalu berfikir bagaimana saya
dapat menolong murid membuat jadual belajar sendiri, juga bagaimana saya
dapat memasukkan rasa takut jika kita buang masa, kerana masa terlalu
berharga untuk dibuang begitu sahaja.

Untuk menjadi contoh yang tidak buang masa susah juga. Curu harus buat
apa yang dikatakan dan untuk membuat perkara yang baik, bukan hanya di
hadapan pelajar, tetapi pada setiap masa. Saya belum di tahap itu! Seperti
sentiasa membaca, menambah ilmu, menyoal dan bersedia untuk mengajar.
Ini memanglah satu perkara yang agak sukar untuk saya buat sendiri.

Saya juga seperti pelajar, saya perlu ditegur dan dinasihati oleh Guru Besar
atau Guru Panitia saya. Saya rasa semua orang begitu. Kita ini sama,
manusia yang lemah dan lalai !

Saya banyak menempuh kegaglan kerana saya kurang percaya kepada


orang lain. Oleh itu, saya kurang meminta pertolongan daripada rakan
sejawat. Sekarang saya sedar bahawa rakan sejawat adalah sumber yang
belum saya manfaatkan. Saya tahu Saaban akan tolong saya reka satu
jadual untuk murid-murid di kelas saya. Saya sedar bahawa murid tidak
boleh berfikir seperti guru. Otak mereka belum matang. Saya rasa kalau
saya minta mereka sendiri reka jadual tentu mereka tak buat !

Saya dan Saaban akan reka satu jadual belajar sendiri untuk kedua-kedua
kelas. Saya bercadang akan berbincang mengeai strategi mengajar yang
baik dalam perkaedahan mata pelajaran Matematik dengan Saaban pada
minggu hadapan kerana saya ingin memperbaiki strategi pengajaran saya
dalam mata pelajaran Matematik.

Saya akan bersama Saaban merancang topik Logarizam dan beliau akan
bersama saya untuk menilai pengajaran saya. Selepas itu saya akan
berbincang dengannya untuk mencari tempat sesuai untuk menampal jadual
belajar sendiri untuk dilihat oleh pelajar

PORTFOLIO

KONSEP

> Portfolio atau profil profesional merupakan satu koleksi dokumen yang
memberi gambaran tentang seorang profesional dari segi pengetahuan,
kemahiran, pengalaman, kelayakan, matlamat dan pencapaian. Oleh itu
portfolio bukan sekadar C.V atau rekod perkhidmatan. (Teacher Education
Division, Ministry of Education Malaysia, March 1997 PETEP; Profiling
Portfolios For The Teaching Practicum, Kuala Lumpur.)

KEPENTINGAN PORTFOLIO

> Portfolio merupakan koleksi hasil kerja pelajar yang memberi gambaran
tentang sejarah usaha pelajar dan pencapaiannya dalam bidang tertentu.
Koleksi termasuk penglibatan pelajar dalam pemilihan bahan kandungan,
garis panduan pemilihan, kriteria dan bukti refleksi kendiri pelajar.
(Arter & Paulson, 1990)
> Portfolio diperlukan kerana ia dapat memberi gambaran menyeluruh
tentang seorang profesional. Ia merupakan koleksi, snopshots tentang
pencapaian Guru Dalam Latihan (GDL) pada suatu masa, termasuk
kekuatannya, bidang yang perlu diusahakannya, harapan dan aspirasinya

CIRI-CIRI PORTFOLIO
Portfolio mesti menggambarkan sejelas-jelasnya aktiviti pelatih: iaitu
rasional, matlamat, pengalaman, halatuju dan harapan
Portfolio mempunyai matlamat berbeza dari semasa ke semasa. Oleh itu ia
haruslah dikemaskini dari semasa ke semasa
Sesuatu portfolio boleh mempunyai beberapa tujuan pada satu
masa, dengan syarat ia tidak bercanggah. Misalnya bahan yang terdapat di
dalamnya menggambarkan minat, objektif pelajar. Dalam masa yang sama,
ia juga menggambarkan kehendak guru dan ibubapa
Portfolio seharusnya mengandungi maklumat yang menggambarkan
kemajuan (growth)

5. Kaedah dan teknik menghasilkan portfolio memerlukan sokongan, model


dan refleksi

JENIS-JENIS PORTFOLIO

I. Portfolio Kerja
n Koleksi hasil kerja harian pelajar
n Mengandungi catatan, lakaran, deraf, awal, hasil akhir
n Milik pelajar
n Kebanyakan bahan dipilih oleh pelajar
n Menggalakkan perkembangan diri melalui proses refleksi

n Memberi peluang guru melihat dan membuat refleksi tentang


keberkesanan pengajaranya
n Penilaian berfokuskan penilaian formatif dan bersifat diagnostik

II. Portfolio Dokumentari


n Koleksi kerja pelajar yang dikumpulkan khusus untuk penilaian
n Kandungan bukan sahaja hasil akhir tetapi termasuk juga bukti proses
yang dilalui untuk menghasilkannya
n Bahan dalam portfolio menggambarkan pencapaian pelajar sehubungan
hasil pembelajaran mata pelajaran
n Kandungan portfolio memperlihatkan kekuatan dan kelemahan pelajar
n Penilaian portfolio adalah secara formatif dan sumatif

III. Portfolio Hasil


n Koleksi bahan yang dipilih khas untuk menggambarkan hasil terbaik
seseorang pelajar
n Hanya mengandungi hasil akhir sahaja
n Menggambarkan pencapaian objektif pembelajaran dalam satu-satu bidang
pembelajaran
n Bahan bukti mencerminkan pencapaian pelajar
n Penilaian sumatif untuk menentukan pensijilan, gred, penempatan di IPT
dll.

PEMILIHAN BAHAN

Pemilihan bahan boleh dilakukan mengikut:


n Kronologi masa
n Kategori-kategori tertentu
n Susunan aktiviti mudah ke sukar
n Kepentingan bahan kurang penting ke yang lebih penting
n Cara lain yang difikirkan sesuai

FORMAT PORTFOLIO PRAKTIKUM

Daftar kandungan
Biodata / Gambar
Surat Pengenalan Diri
Maklumat / Nota / Panduan Praktikum
Maklumat sekolah; Visi dan Misi sekolah, Carta organisasi, dll.
Edaran pihak sekolah : Takwim sekolah, Pengumuman dan Makluman
Refleksi dan Penulisan Jurnal
Laporan Aktiviti Kokurikulum
Rekod Kelas Ganti
Rekod / Borang / Senarai Semak Pengajaran Berpasangan
Rekod Penyeliaan - Borang Pemantauan Kekerapan Penyeliaan
Borang Bimbingan / Penilaian
Borang Kehadiran
Senarai Nama Murid / Pelajar
Soalan-soalan Latihan atau Ujian
Rancangan Pengajaran Tahunan
Huraian Sukatan Pelajaran
Sukatan Pelajaran
Sijil / Anugerah / Penghargaan / Surat Akuan
Dokumen / Bahan Lain Yang Berkaitan
Catatan Refleksi

TANGGUNGJAWAB PENSYARAH / GURU PEMBIMBING

Meminta dan mengkaji portfolio guru pelatih, pada awal atau akhir minggu
apabila perlu
Menyediakan pengalaman sekolah yang sewajarnya kepada guru pelatih
Membimbing dan memastikan portfolio dilengkapkan oleh guru pelatih pada
setiap minggu
Membantu guru pelatih menyediakan pernyataan profesional
Membimbing guru pelatih memahami keperluan dalam
melengkapkan folio
6. Membimbing guru pelatih memahami masalah mereka
7. Membimbing guru pelatih membuat keputusan

GARIS PANDUAN PELAKSANAAN KOKURIKULUM DI SEKOLAH

1. Sukan dan Permainan


(i) Melibatkan diri dalam pengajaran dan persiapan pasukan
(ii) Membantu Guru Penasihat melatih kumpulan/pasukan dalam
pertandingan
(iii) Membantu Guru Penasihat dalam satu pertandingan yang dirancang
seperti pertandingan antara kelas, sekolah atau karnival
(iv) Pelajar dikehendaki membuat laporan aktiviti kokurikulum yang
dikendalikan dalam portfolio sepanjang praktikum.

2. Unit Beruniform

(i) Melibatkan diri dalam satu Unit Beruniform yang diikuti oleh pelajar
semasa di maktab.
(ii) Membantu Guru Penasihat dalam latihan atau perjumpaan kokurikulum
unit beruniform di sekolah
(iii) Membantu Guru Penasihat merancang dalam menjayakan
perkhemahan/kursus/latihan/lawatan/projek.
(iv) Membantu penubuhan atau kegiatan yang akan dibuat oleh pihak
sekolah (jika perlu).
(v) Menyelesaikan kerja atau tugasan mengikut kurikulum unit beruniform
yang diikuti di maktab (jika belum selesai)
(vi) Pelajar dikehendaki membuat laporan kokurikulum yang dikendalikan
dalam portfolio sepanjang praktikum

3. Aktiviti-aktiviti Tambahan

Sekiranya pelajar disahkan melibatkan diri dalam aktiviti-aktiviti tambahan


kokurikulum di peringkat sekolah/daerah/negeri dalam bidang
sukan/permainan/unit beruniform seperti di bawah, pelajar berkenaan boleh
diberi penilaian pada Tahap 4.
(i) Merentasi desa
(ii) Jogathon
(iii) Hari Terbuka/Hari Ibu bapa
(iv) Pasar Ria
(v) Sukaneka dan sebagainya.

PENCERAPAN KLINIKAL

1. Konsep
Pencerapan klinkal merupakan proses penyeliaan yang merangkumi ciri-ciri
seperti pemerhatian pengajaran secara langsung, pengumpulan data dari
pemerhatian, penganalisisan tingkah laku mengajar dan aktiviti untuk
meningkatkan mutu pengajaran.

Ia satu pendekatan bimbingan yang melibatkan usaha bersama pembimbing


dan guru secara demokratik untuk menyelesaikan masalah pengajaran
pembelajaran di dalam dan di luar bilik darjah supaya guru lebih mahir,
cekap dan peka terhadap tugas mereka

2. Objektif
Pensyara penyelia, guru pembimbing dan peserta kursus bersama-sama
berusaha:
(i) memperbaiki kelemahan pengajaran pembelajaran
(ii) memperkembangkan potensi dan kemahiran

3. Lingkaran Pencerapan Klinikal


A. SIDANG PRAPEMERHATIAN
- menjalinkan perhubungan
- menentukan strategi P & P
- meramalkan hasil pembelajaran
- menentukan focus pemerhatian
E. ANALISIS SIDANG PASCA
PEMERHATIAN
- membuat refleksi dan menganalisis
sidang pasca pemerhatian

D. SIDANG PASCA PEMERHATIAN


- berbincang berdasarkan data
- membuat kesimpulan
- mengenal pasti strategi seterusnya
B. PEMERHATIAN
- memerhati pengajaran guru
- membuat catatan
- membuat huraian
C. ANALISIS
- mengkategorikan data
- menentukan strategi sidang
pasca pemerhatian
- memikirkan soalan yang akan
dikemukakan kepada pasangan

4. Langkah-Langkah Dalam Pencerapan Klinikal

A. Sidang Prapemerhatian
Peringkat ini bertujuan mewujudkan kefahaman yang menyeluruh (kerangka
mental) dan langkah-langkah

(prosedur) bagi setiap peringkat pencerapan yang akan berlaku. Penyelia


perlu berusaha menjalinkan perhubungan dan menyakinkan guru pelatih
bahawa tujuannya adalah untuk membantu beliau dalam aspek-aspek
profesional. Peringkat ini juga digunakan untuk menentukan fokus
pemerhatian yang dipersetujui bersama.

B. Pemerhatian
Dalam peringkat ini penyelia memerhati pengajaran yang disampaikan oleh
guru pelatih dan membuat catatan (data) Penyelia juga menyediakan
huraian data bagi membantunya semasa sesi bimbingan. Pemerhatian
dilakukan sepanjang waktu pengajaran bagi mata pelajaran berkenaan.

C. Analisis
Langkah ini melibatkan pensyarah penyelia/guru pembiming dan peserta
kursus dengan tujuan:
(i) menjelaskan apa yang telah dicatat semasa pemerhatian dengan
memberi fokus kepada apa yang telah dipersetujui.
(ii) Merancang strategi pencerapan yang akan dikendalikan.
Penyelia mengkategorikan data, menyediakan strategi tindakan sidang pasca
pemerhatian, soalan dan kesimpulan

D. Sidang Pasca Pemerhatian


Dalam sidang ini pensyarah penyelia/guru pembimbing berbincang dengan
guru pelatih tentang pengajaran dengan
- merujuk kepada perkara-perkara (episod-episod) tertentu dalam pelajaran
- mencari penerangan atau penjelasan
- mengenal pasti alternatif

E. Analisis Sidang Pasca Pemerhatian


Langkah ini melibatkan pensyarah penyelia/guru pembimbing menganalisis
sidang pasca pemerhatian bagi mengkaji semula strategi pencerapan dan
membuat penilaian kendiri.

PENSYARAH / GURU PEMBIMBING SEBAGAI MENTOR

1. Pendahuluan
Pementoran adalah satu program sokongan untuk peningkatan profesional
para pensyarah / guru. Dengan pendedahan melalui program ini
membolehkan pensyarah / guru mengukur kemampuan refleksi secara
praktik. Ini akan menjadikan mereka lebih prihatin terhadap keperluan
penilaian kendiri ke atas kemahiran dan sikap yang ada pada diri masing-
masing. Pendekatan ini akan dapat membantu peningkatan dalam proses
pencerapan klinikal dan penilaian kendiri di kalangan pensyarah / guru
pembimbing dan guru pelatih. Oleh itu, pensyarah / guru pembimbing
merupakan kumpulan sokongan yang perlu membimbing guru-guru pelatih
menimba ilmu, kemahiran dan pengalaman masing-masing secara bersama.

2. Objektif
2.1 Membentuk asas pementoran untuk memberi sokongan semasa
praktikum.
2.2 Membentuk permuafakatan dan perkongsian pintar antara sekolah dan
maktab.

3. Tanggungjawab Mentor
3.1 Rancangan Pembinaan Individu (individual Development Plan)
Kaunseling dan bimbingan yang spesifik diperlukan daripada guru
pembimbing bagi tujuan pembinaan pengalaman dan mengukuhkan
kecekapan guru pelatih.

3.2 Mentoring dan Maklum Balas


Pensyarah / guru pembimbing mesti berperanan secara aktif dalam
memantau kemajuan dan prestasi guru pelatih (mentee). Sesi maklum balas
dan refleksi yang lebih konsisten perlu diadakan bagi merenung dan
mengkaji semula Rancangan Pembinaan Individu. Pemerhatian klinikal
hendaklah sentiasa dijalankan dan penilaian formatif diambil kira dalam
setiap perbincangan.

3.3 Penasihat Strategi Kerjaya

Pensyarah / guru pembimbing memberi bimbingan secara umum yang


berkaitan dengan peluang-peluang yang ada dalam organisasi dan latar
belakang kerjaya serta syarat yang diperlukan untuk meningkatkan potensi
dan prestasi seseorang guru pelatih. Pensyarah / guru pembimbing dengan
pengalaman yang luas tentang sejarah dan budaya persekitaran sekolah
merupakan individu yang paling layak untuk membantu guru-guru pelatih
belajar mengenai kehidupan di sekolah dan dalam bilik darjah.

3.4 Pembimbing dalam Bilik Darjah


Mentor ini akan dilihat sebagai seorang pembimbing, model, pemberi
penjelasan dan memberi resipi untuk membantu para pelatih. Dengan
bimbingan melalui latihan-latihan yang lebih praktikal dan sistematik guru
pelatih akan belajar mengambil alih tugas dan tanggungjawab guru bilik
darjah. Mentoring akhirnya menggerakkan guru-guru pelatih ke arah suatu
kefahaman yang lebih mendalam mengenai cara mengajar supaya dapat
dipastikan yang pembelajaran telah berlaku dalam bilik darjah. Dengan cara
ini mereka akan dihala ke arah perubahan, pertumbuhan dan perkembangan
sebagai seorang guru.

3.5 Sponsoring dan Pengantaraan


Pensyarah / guru pembimbing merupakan penyedia hala tuju dan membantu
menyusun tugasan membina secara berterusan dan mempromosikan
tanggungjawab. Sebarang perhubungan yang saling menyokong
memerlukan perhatian yang aktif oleh kedua-dua pihak. Guru pelatih perlu
mencari bimbingan, nasihat, bersikap terbuka kepada sebarang pandangan
dan cadangan pensayrah / guru pembimbing di samping sentiasa bersedia
berkongsi masalah dan maklumat secara profesional.

4. Prinsip Bimbingan
4.1 Mendengar lebih daripada bercakap.
4.2 Mencelah hanya apabila perlu.
4.3 Kolaboratif (membangkitkan isu dan mengembangkan daya penyelesaian
masalah)
4.4 Komitmen kepada perkembangan berterusan.
4.5 Belajar mengajar menerusi inkuri penemuan dan refleksi.
4.6 Menggunakan pengalaman mengajar guru pelatih.
4.7 Bersifat menyokong dan bukan menyerah.
4.8 Kesedaran dan amalan nilai-nilai asas (amanah, kasih sayang, kerajinan,
dll)
KERJA KEJOHANAN MINI OLAHRAGA
KPLI-KDC AMBILAN MEI 2006/2007

PENDAHULUAN
i. Kejohanan olahraga ini diadakan bagi memenuhi syarat ko-kurikulum yang ditetapkan
untuk semester akhir KPLI- KDC di Institut Perguruan Kuala Terengganu Batu Rakit.
ii. Kejohanan ini diadakan secara tertutup antara peserta Pra KPLI Bahasa Inggeris,
Sains. Matematik dan Pengajian Melayu.
iii. Pertandingan ini diadakan selama satu hari iaitu pada 3 Disember 2007.

OBJEKTIF / MATLAMAT

i. Menguasai pengetahuan mengenai kejohanan olahraga.


ii. Melatih acara olahraga di sekolah.
iii. Menghasilkan kertas kerja untuk mengendalikan kejohanan olahraga peringkat sekolah
iv. Membentuk sikap disiplin dan memupuk semangat muhibbah antara peserta.

BUTIRAN PERTANDINGAN
i. Pertandingan kejohanan olahraga ini akan berlangsung selama satu hari iaitu
pada Disember 2006.
ii. Kejohanan ini akan berlangsung di Padang Institut Perguruan Kuala Terengganu Batu
Rakit (IPKTBR).
iii. Kejohanan ini akan disertai oleh 76 orang pelajar KPLI- KDC yang terdiri daripada
Pengajian Sains, Pengajian Matematik dan Pengajian Melayu.
iv. 76 orang pelajar telah dibahagikan kepada tiga buah rumah sukan iaitu rumah Hijau.
rumah Biru, dan rumah Kuning.

AHLI JAWATANKUASA PENGELOLAAN


KEJOHANAN MINI OLAHRAGA
KPLI- KDC AMBILAN MEI 2007/2008

PENGERUSI : SAIFUL FAIZ @ HANATTA BIN SALEHUDDIN (MATEMATIK)


NAIB PENGERUSI: RAKESH BIN SALA (SAINS)
SETIAUSAHA : MARTINI BT MUKHTAR (PENG. MELAYU)
BENDAHARI : NORUL MAZIAH BT MOHD MOKHTAR (MATEMATIK)

AHLI JAWATANKUASA:

1. PERTANDINGAN : NOORSUHAILY BIN ALI @ MD NOOR (SAINS)


2. TEKNIKAL & PERALATAN : HASBI BIN MOHAMED ARIFIN (BAHASA INGGERIS)
3. URUSETIA : JULIANA JELIAH AK DENIS GASAN (MATE)
4. CENDERAHATI & HADIAH : MOHD RIDZUAN BIN IBRAHIM (PM)
5. MINUMAN & MAKANAN : SITI ROZILA BT ZAINUDDIN (SAINS)
6. PEMBUKAAN & PENUTUP: ZAILAWATI BT ZAKARIAH (PM)
7. KEPEGAWAIAN : MOHD RIZAL BIN MUKHTAR (SAINS)
8. PUBLISITI : MOHD HAZIM ASRAN BIN ABDULLAH (MATE)
9. KESELAMATAN : KHAIRIL AZRI BIN MOHD HABIBOLLAH (SAINS)
10. PADANG: HASBI BIN MOHAMED ARIFIN (BAHASA INGGERIS)

BIDANG TUGAS JAWATANKUASA PENGELOLA


KEJOHANAN MINI OLAHRAGA
KPLI- KDC

i. PENGERUSI
Mempengerusikan mesyuarat berhubung dengan pertandingan.
Menentukan semua urusan berjalan dengan teratur.
Bertanggungjawab kepada semua jawatankuasa kecil yang dilantik dan semua hal
berhubung dengan urusan pertandingan.

ii. NAIB PENGERUSI


Bertanggungjawab membantu tugas pengerusi
Memastikan kelancaran pertandingan.
iii. SETIAUSAHA
Bertanggungjawab menempah tempat kejohanan berlangsung.
Menyediakan segala urusan surat- menyurat yang berkaitan.
Bertanggungjawab menentukan masa, tempat dan tarikh pertandingan akan diadakan.

iv. BENDAHARI
Menyediakan anggaran perbelanjaan.
Menguruskan hal- hal yang berkaitan dengan kewangan.

v. JAWATANKUASA PERTANDINGAN
Menyediakan peraturan pertandingan
Menyusun aturcara pertandingan saringan dan pertandingan hari kejohanan.
Menyediakan dan mengedarkan borang penyertaan kepada Ketua Rumah/ pasukan.

vi. JAWATANKUASA TEKNIKAL & PERALATAN


Mengurus dan menyediakan trek dan kawasan acara padang
Menyediakan borang- borang teknikal.
Mendapatkan senarai alat yang diperlukan.
Menyediakan semua alatan yang diperlukan.

vii. JAWATANKUASA URUSETIA


Menguruskan semua maklumat yang perlu dihebahkan.
Menghebahkan keputusan- keputusan kejohanan.
Merekod keputusan.
Menyerahkan keputusan kejohanan kepada juru acara.

viii. JAWATANKUASA HADIAH & CENDERAMATA


Menyediakan hadian yang diperlukan, selaras dengan jawatankuasa pertandingan.
Menyusun hadiah dan cenderamata
Menyediakan senarai pemenang hadiah.

ix. JAWATANKUASA MAKANAN & MINUMAN


Menentukan jenis makanan dan minuman.
Menguruskan makanan dan minuman.
Menetapkan menu untuk jamuan makan.

x. JAWATANKUASA PEMBUKAAN & PENUTUP


Mengurus dan mengatur aturcara perasmian pembukaan dan penutupan kejohanan.
Menyelaras aturcara dengan jawatankuasa pertandingan
Mengurus latihan dan raptai upacara perasmian pembukaan dan penutup.
Menyediakan sistem perhubungan awam termasuk muzik dan lagu rasmi.
xi. JAWATANKUASA KEPEGAWAIAN
Menyediakan senarai pegawai teknik yang bertugas
Menyenaraikan dan melatih pembantu padang

xii. JAWATANKUASA PUBLISITI


Menyediakan kain rentang dan kertas maklumat mengenai kejohanan
Memaparkan di tempat- tempat yang strategik.

xiii. JAWATANKUASA KESELAMATAN


Menyediakan alat kecemasan
Menyediakan tempat rawatan.
Mengagihkan kerja mengikut kumpulan.

Anda mungkin juga menyukai