Nota Lesson Study
Nota Lesson Study
Nota Lesson Study
Lesson Study ialah satu model perkembangan profesional guru yang diamalkan di Jepun
lebih daripada seabad lamanya (Isoda, 2007). Namun, model ini lebih mantap pada tahun
1960an dan kini, telah menjadi sebahagian daripada budaya guru-guru Jepun khususnya di
sekolah-sekolah rendah (Fernandez & Yoshida, 2004). Lesson Study, dalam bahasa Jepun
dikenali sebagai Jugyoukenkyuu. Jugyou bermaksud pelajaran atau pengajaran, manakala
kenkyuu ialah kajian atau penyelidikan. Dalam erti kata lain, Lesson Study ialah kajian,
penyelidikan atau penelitian terhadap pengajaran guru dalam bilik darjah.
Permulaan dan perkembangan Lesson Study ke negara-negara lain boleh dikaitkan dengan
Kajian Video TIMSS (Third International Mathematics and Science Study) pada tahun 1995.
Kajian video ini melibatkan tiga buah negara: Amerika Syarikat, Jerman dan Jepun telah
mendapati pengajaran dan pembelajaran matematik di Jepun amat berkualiti dan berkesan.
Dalam buku “The Teaching Gap”, analisa kajian video TIMSS dihuraikan dan Lesson Study
dikenalpasti sebagai faktor penyumbang kepada prestasi tinggi pengajaran guru-guru Jepun
dalam bilik darjah (Stigler & Hiebert, 1999). Semenjak itu, kajian-kajian penyelidikan
mengenai Lesson Study telah menunjukkan bahawa model ini mampu meningkatkan dan
melestarikan kualiti pengajaran guru dan pembelajaran murid dalam jangka masa panjang.
Pada amnya, Lesson Study menyediakan suatu wacana atau peluang untuk peningkatan
profesionalisme guru. Berbanding dengan model perkembangan profesional guru yang lain,
Lesson Study adalah unik dan model bottom-up: ia adalah atas inisiatif guru-guru sendiri
dan bukan arahan pihak atasan. Dalam usaha menerapkan budaya Lesson Study, guru-
guru perlu mengubah paradigma selaras dengan konsep pembelajaran sepanjang hayat.
Melalui pendekatan ini, guru-guru sekolah secara kolaboratif berusaha menghasilkan
Rancangan Pengajaran Harian
(RPH) yang berfokus kepada pembelajaran murid. Amalan kolaboratif yang memerlukan
penggemblengan idea, pengalaman dan kemahiran akan meningkatkan pengetahuan isi
kandungan dan juga pengetahuan kandungan pedagogi guru. Proses dalam Lesson Study
yang merangkumi perjumpaan dan perbincangan sekumpulan guru mampu memupuk
percambahan ilmu, perkembangan idea serta kreativiti individu dalam proses pembinaan
RPH secara bersama. Amalan begini juga boleh memupuk semangat kekitaan dan rasa
kepunyaan (sense of belonging) antara guru di sekolah. Kebaikan amalan sebegini
sewajarnya dipupuk dan dimantapkan secara berterusan agar menjadi budaya kerja oleh
guru-guru di sekolah seterusnya. Amalan ini diharapkan dapat menghasilkan sekolah yang
cemerlang, berkualiti dan bertaraf dunia.
Oleh yang demikian, boleh dirumuskan bahawa Lesson Study memenuhi kriteria satu model
perkembangan profesionalisme guru yang berkesan.
Lesson Study perlu dilaksanakan secara sistematik dan teratur agar guru-guru yang terlibat
mendapat impak yang sewajarnya. Keberkesanan Lesson Study bergantung kepada
penglibatan guru secarasepenuhnya, pada (intense) dan kerelaan hati. Kitaran lesson Study
dapat dilihat melalui Rajah 1 di bawah.
Pelaksanaan Lesson Study
Secara amnya, langkah-langkah melaksanakan Lesson Study adalah seperti berikut:
Dalam konteks Lesson Study, knowledgeable others berperanan sebagai pakar rujuk
dalam pengajaran dan pembelajaran. Peranan utama mereka termasuk memberikan
pandangan dan idea terhadap pengajaran guru serta cadangan penambahbaikan bagi
meningkatkan hasil pembelajaran murid. Pakar rujuk biasanya terdiri dikalangan pensyarah
Institut Pendidikan Guru (IPG), guru cemerlang mata pelajaran atau sesiapa sahaja yang
berkebolehan dan boleh dikategorikan sebagai Subject Matter Expert (SME). Yang paling
penting, pakar rujuk mampu menggunakan sesi refleksi untuk meningkatkan pengetahuan
dan kemahiran guru dalam pengajarannya.
Kesimpulan.
Sesungguhnya, sangat penting untuk guru menyedari bahawa faedah dan manfaat yang
diperolehi melalui Lesson Study menjangkaui proses yang dilalui. Secara sedar atau tidak,
pengetahuan dan kemahiran yang diperoleh akan diaplikasikan secara langsung oleh guru-
guru dalam sesi pengajaran mereka di bilik darjah. Budaya Lesson Study diharapkan dapat
memupuk kesedaran guru untuk lebih komited dan berdedikasi terhadap profesion
perguruan.