Nothing Special   »   [go: up one dir, main page]

Pelaksanaan Lesson Study - Langkah Demi Langkah

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 3

PELAKSANAAN LESSON STUDY

Saya kongsikan diri langkah demi langkah melaksanakan PLC Lesson Study (LS).
Secara amnya, langkah-langkah melaksanakan Lesson Study adalah seperti berikut:

1) MEMBENTUK KUMPULAN LESSON STUDY DAN MENENTUKAN MATLAMAT. 

    a. Melantik seorang Ketua Kumpulan.


    b. Kaji matlamat kurikulum dan sukatan pelajaran.
    c. Kaji dan bincang masalah pembelajaran murid.
    d. Bincang dan tentukan matlamat atau goal yang hendak dicapai.

2) RANCANG/ BINA RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN (RPH). 


a. Pilih unit/ tajuk yang hendak diajar dalam satu sesi pengajaran.
b. Bincang masalah pembelajaran murid berkaitan dengan unit/ tajuk berkenaan.
c. Bina langkah-langkah dalam RPH dan sediakan sumber pengajaran.
d. Fikirkan dengan mendalam strategi pengajaran yang sesuai digunakan.
e. Fikirkan dan jangkakan respon murid semasa proses pengajaran.
f. Bentang dan lihat semula strategi pengajaran dengan teliti.

3) PELAKSANAAN PENGAJARAN.
a. Seorang Pakar Rujuk (PR) atau Knowledgeable Other (KO) dijemput sebagai pemerhati,
pemberi komen dan cadangan bagi langkah-langkah penambahbaikan dalam RPH. Sebelum itu,
ketua kumpulan perlu memberi taklimat ringkas kepada PR atau KO berkaitan dengan skop
pengajaran yang akan dilaksanakan.
b. Seorang/ lebih guru dalam kalangan ahli kumpulan akan melaksanakan pengajaran kepada
kelas tertentu yang telah dipilih pada peringkat awal seperti yang terdapat di dalam RPH yang
disediakan secara kolaboratif.
c. Ahli kumpulan dan guru-guru lain hadir bersama sebagai pemerhati dan mengumpul data-data
atau maklumat sepanjang sesi pengajaran tersebut untuk sesi perbincangan/ refleksi. (Gunakan
borang pemerhatian yang disediakan).
d. Ahli kumpulan dan guru-guru lain digalakkan melihat hasil pembelajaran murid tanpa
mengganggu mereka ketika belajar.
e. Data yang dikumpul termasuk interaksi antara guru-murid dan hasil pembelajaran murid.
Fokus utama diberikan kepada respon, tingkah laku dan pembelajaran murid. Elakkan fokus
kepada pengajaran guru.
f. Sepanjang pemerhatian, guru perlu sentiasa membuat refleksi kendiri.

4) SESI REFLEKSI PENGAJARAN.


a. Sesi refleksi diketuai oleh ketua kumpulan.
b. Sesi dimulakan dengan melihat semula matlamat atau goal Lesson Study.
c. Guru yang mengajar diberikan peluang terlebih dahulu untuk memberi komen, pandangan dan
refleksi terhadap pengajaran yang telah dilaksanakan serta RPH.
d. Seterusnya guru-guru lain yang menjadi pemerhati perlu berkongsi maklumat dan masing-
masing perlu menekankan kepada aspek-aspek positif pembelajaran murid. (Berdasarkan eviden
atau bukti murid)
e. Guru-guru berkongsi maklum balas yang kritikal berdasarkan pemerhatian guru dan eviden
murid.
f. Komen dan bincangkan tentang hasil pembelajaran murid dan isi kandungan atau konten mata
pelajaran.
g. Bincang kelemahan dalam RPGH (berdasarkan eviden murid) dan fikirkan cara
penambahbaikan RPH.
h. Fikir dan bincangkan dengan mendalam bagaimana hasil pembelajaran murid dapat
ditingkatkan dalam sesi pengajaran.
i. Pakar Rujuk bertindak sebagai moderator/ pemudahcara dan mengemukakan pandangan serta
cadangan dalam sesi refleksi.
j. Sesi refleksi ini adalah bersifat profesional dan sebarang kritikan atau teguran adalah bertujuan
meningkatkan profesionalisme guru.
k. Komen dan hasil refleksi perlu dicatat dan disimpan untuk dijadikan rujukan serta bertujuan
penambahbaikan RPH yang akan datang.
l. Pengerusi dan pakar rujuk perlu memainkan peranan untuk memastikan guru-guru aktif dan
berfikir secara mendalam semasa sesi refleksi melalui teknik penyoalan isu-isu yang kritikal.
5) PENAMBAIKAN RPH DAN PENGAJARAN SEMULA.
a. Satu sesi perbincangan perlu diadakan bagi membuat penambahbaikan RPH berdasarkan hasil
yang diperolehi daripada sesi refleksi.
b. Guru-guru perlu memikirkan secara mendalam bagaimana RPH perlu ditambahbaik bagi
mengatasi kelemahan-kelemahan yang telah dikenalpasti dalam sesi pengajaran yang lepas.
c. Perbincangan secara mendalam dan fokus kepada pembelajaran murid.
d. Sesi ini dilaksanakan secara kolaboratif antara guru dan ketua kumpulan perlu memainkan
peranan seupaya setiap guru terlibat secara aktif.
e. Kumpulan guru akan menentukan samada pengajaran semula RPH yang telah ditambahbaik
dilaksanakan terhadap kelas yang sama atau sebaliknya. Sekiranya pengajaran dilaksanakan,
proses dalam langkah 3 dan 4 perlu diulang semula.
f. Laporan kitaran Lesson Study perlu didokumenkan untuk rujukan dan panduan masa akan
datang. 

 Peranan Pakar Rujuk (Knowledgeable Others). 

Dalam konteks Lesson Study, knowledgeable others berperanan sebagai pakar rujuk dalam
pengajaran dan pembelajaran. Peranan utama mereka termasuk memberikan pandangan dan idea
terhadap pengajaran guru serta cadangan penambahbaikan bagi meningkatkan hasil
pembelajaran murid. Pakar rujuk biasanya terdiri dalam kalangan pensyarah Institut Pendidikan
Guru (IPG), Pegawai SISC+, guru cemerlang mata pelajaran atau sesiapa sahaja yang
berkebolehan dan boleh dikategorikan sebagai Subject Matter Expert (SME). Yang paling
penting, pakar rujuk mampu menggunakan sesi refleksi untuk meningkatkan pengetahuan dan
kemahiran guru dalam pengajarannya.

Kesimpulan.
Sesungguhnya, sangat penting untuk guru menyedari bahawa faedah dan manfaat yang
diperolehi melalui Lesson Study menjangkaui proses yang dilalui. Secara sedar atau tidak,
pengetahuan dan kemahiran yang diperoleh akan diaplikasikan secara langsung oleh guru-guru
dalam sesi pengajaran mereka di bilik darjah. Budaya Lesson Study diharapkan dapat memupuk
kesedaran guru untuk lebih komited dan berdedikasi terhadap profesion perguruan.

You might also like