NOTIS:
Salam Ukhuwah Buat Sahabat Sahabat Tercinta
Putera Puteri Merdeka
Anak Yang Terluka
Assalamualaikum wbt semua, buat pertama kalinya, saya menebarkan tinta bicara disini, dengan harapan dapat mengambil nasihat dan pendapat dari kalian yang saya lihat dari ruangan komen, kalian insan yang baik dalam berbagi nasihat.
Maaf sekiranya luahan saya bercampur ayat yang puitis atau bermadah, saya terbiasa dengan penulisan sebegitu sejak bangku sekolah dan hingga sekarang saya aktif menulis puisi. sudah terbiasa bagi saya menulis dengan ayat sebegitu. Maaf..
Serba sedikit tentang saya, usia 24tahun, belum berkahwin dan kerjaya sebagai pengurus jualan. Anak ke 8 dari 9 beradik, perempuan pertama yang lahir setelah 7 lelaki, dan saya punya seorang adik perempuan. Saya tinggal dirumah sewa dan balik rumah bila hujung minggu atau cuti umum etc. sekarang masih tempoh cuti raya (6hb 5).
Sesungguhnya saya tidak tahu dimana mahu mula bercerita, saat ini saya benar benar sedih dan masih berair mata. Maaf andai penulisan saya agak berterabur.
Terkadang saya tidak faham dimana silapnya saya, sering dimarahi dan menerima kata kata kasar dari seorang insan bergelar ibu walhal saya tidak berbuat apa2. Sayalah tempat dia lepaskan amarah.
Baru saja tadi, saya dimarahi dan dipanah kata kata kasar dek kerana saya berkata kepada ibu agar tidak perlu keluar pergi beraya sekiranya tidak sihat. Namun saya pula ditengking agar diam dan ibu menggunakan ayat “kau aku”.
Luluh hati saya, terus saya menangis senyap2 dalam bilik. sedangkan dengan adik atau abang, ibu tidak pernah sekasar itu dan sentiasa bercakap nada lembut jika dengan adik atau abang.
Untuk pengetahuan kalian, habis Spm tahun 2015, lepas keluar result, saya terus apply UPU dan mohon universiti yang jauh, bukan dalam negeri sendiri. Saya terluka dan banyak makan hati sejak sekolah, biarlah saya tinggal jauh waktu itu.
Dan habis sahaja study, saya mula kerja dan saya tinggal asing. Daerah yang sama namun jauh dari rumah.
Bukan sekali dua, sudah lama saya dapat layanan sebegitu sejak saya dibangku sekolah hingga umur saya 24tahun saat ini, ibu masih melihat saya seperti anak yang bagaikan bayang.
Saya ada terfikir, mungkin saya tidak cantik seperti adik, mungkin saya tidak dapat masuk sekolah yang bagus, dan tidak dapat masuk ke universiti yang ternama atau mungkin tidak ada kerja yang hebat dimatanya.
Berbeza dengan adik saya, kulitnya putih, hidungnya mancung, sangat cantik, bijak, bersekolah elit dan ibu sentiasa memuji dan mengagumi adik.
Saya sudah lama tidak merasa pelukan seorang ibu. Tapi tidak adik saya, ibu sentiasa belai, memeluknya dan bercakap dengan lembut.
Waima saya tahu ibu lebihkan adik dan tidak berlembut dengan saya, namun saya sangat sayangkan adik, sebab dia satu satunya perempuan yang saya ada, saya tidak punya kakak, apa yang adik mahu, pasti saya cuba tunaikan dan bagi yang terbaik untuk adik.
Apa yang saya terkilan disini, adalah layanan ibu terhadap saya. Saya tidak minta pujian darinya, yang saya minta untuk tidak terlalu berkata kasar atau memarahi saya. Saya berkecil hati dari zaman sekolah hingga sekarang, saya pendam segalanya sendirian.
Pernah dulu, ibu masak lauk ayam, size lauk ayam pasti menjadi perkara pertama bagi ibu. Adik dan abang dapat ayam yang besar, saya hanya dapat ayam kecil. Pernah juga saya masak cekodok, namun tidak tahu dimana silapnya, ibu campak cekodok kebawah meja.
Mungkin dia tengah serabut waktu itu dan saya pula memintanya cuba cekodok yang saya buat. Jika tidak sedap boleh bagitahu elok elok, bukan campak. Bergenang air mata saya..
Setiap kali ibu kasar, saya hanya akan diamkan diri masuk dalam bilik, menangis sampai puas. Saya betul betul terluka sejak kecil.
Wallahi..hati saya terluka…
Dibangku sekolah dulu, saya pernah hadir kaunseling tanpa pengetahuan family, sebab saya terlalu tertekan dengan keadaan dirumah, layanan kasar ibu terhadap saya. Saya tertekan dan hilang semangat. Saya menangis sepuas hati dalam bilik kaunseling. Guru pujuk saya.
Balik rumah, masih situasi sama.. hati saya sedih..
Adakah sebab saya tidak secantik adik, tidak sepandai adik? Atau tidak sehebat abang? Bersyukurlah andai kalian punya ibu atau keluarga yang harmoni dan bahagia.
Saya faham semua keluarga ada masalah tersendiri namun menurut saya, apa yang saya lalui ini sangat memberi luka dan kesannya hingga hari ini, saya jadi mudah bersedih hati dan mudah rasa terpinggir waima diluar.
Benar, saya tidak didera secara fizikal, namun saya terasa seperti didera secara mental dan ianya sangat melelahkan saya. Lepas solat, saya pasti rasa nak menangis. Saya sedih dengan hidup saya..saya sentiasa doa agar nanti Allah berikan saya seorang ibu mertua yang sayangkan saya macam anak sendiri..
Hati saya betul2 terluka.. kenapa saya yang lalui semua ni.. sebab itulah saya tinggal menyewa, kalau saya tinggal dalam rumah tu, saya pasti sering menangis.. Saya penat menangis…penat terluka..semangat saya hilang..
Andai kalian tertanya tanya tentang ayah, ya ayah saya masih ada, kadang kadang ibu juga suka tinggi suara dengan ayah, tapi kadang kadang sahaja sebab ayah seorang yang garang.
Saya kurang mengadu dengan ayah sebab ayah garang dan jika saya mengadu, pasti ayah akan marah ibu, so saya pendam sendirian.
Masih terlalu banyak ingin saya ceritakan namun mungkin cukup disini sahaja. Maaf andai penulisan saya agak panjang dan maaf andai ada yang kurang senang dengan penulisan saya. Tolong doakan mental saya kuat tempuh semua ini.
Kesihatan mental sangat penting, tidak kira siapapun kita.. moga Allah beri kita bahagia. Sekian dari saya.
– Bayang (Bukan nama sebenar)
............oo000oo........... PENAFIAN 1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit. ...oo... |
TUHANGKU, JANGANG MUNG PALINGKANG TUMIKKU
Pusat Latihan Darul Iman
Ke empat puluh tahun
Dirimu masih
Berdiri teguh
Tersergam indah
Di kiri dan kanan
Saujana mata memandang
Laut membiru dan
Bukit bukau
Segar menghijau
Memukau pandangan
Begitulah
Indahnya ciptaan ilahi
Seindah namamu Pusat Latihan Darul iman
Seteguh perjuanganmu
Semurni baktimu
Seharum kasihmu
Ayuh...
Kita semarakkan perjuangan suci
Ingatlah...
Iman adalah perisai diri
Jangan biarkan
Musuh merobek harga diri
Tanpa perisai sejati
Jangan juga alpa
Justeru iman juga ibarat
Pepohon
Perlu dibaja dan
Disiram selalu
Biar ia cambah subur
Membina akar,batang dan ranting yang kuat
Daun-daun menghijau
Dihiasi bunga yg mekar mewangi
Lalu
Kelazatan iman dikutip
Pada manisnya buah yang ranum dan enak.
Jangan juga kita lupa
Iman juga milik
Kita bernama manusia
Menjadikan kita dewasa
Mengatur gerak hidup
Menyusun rencana masa depan
Menghitung saat diuji dan diduga
Begitulah rentetan kehidupan
Dalam perjalanan duniawi dan ukhrawi
Pusat Latihan Darul iman
Semoga sinar bahagia
Sentiasa mengiringi perjuanganmu
Semoga nafsu dan kekejian
Berlalu bagai ombak
Membadai pantai
Membuang jauh kekalutan godaan syaitan durjana
Kerna
Selayaknya kita selaku makhluk tuhan
Pohon dan pintalah
Semoga pintu syurga
Masih terbuka
Buat kita hambaNya
Yang kerdil ini
Ust Md Ali Jamil
Khamis 8.49 pagi
3 Jamedil Akhir 1443
6 Januari 2022
Seandainya anda
Suasana Penghidupan.
Khalid Al Walid
Salam Perjuangan
Cinta. Kasih dan Sayang
Pakaian insan soleh
Jika bicara ini
Pesanan buat anak bangsa
PIYUNG
Politik Gila.
31 Ogos Mampir Lagi
mungkir janji.
Api Zi0n15
Tanah berdebu di Asia Tengah
Ditakdirkan menjadi sobekan-sobekan walang
Dipanggang perih bara bernama perang
Tanah keringmu garing dalam marak nyala silih berganti
Ratusan ribu nyawa melayang, jutaan pula jiwa meronta
Padang kontang langit kelabu tersangkut di bahu gunung-gunungmu
Menjadi saksi kesakitan abadi dekad ke dekad sengsara berselirat.
Palestin
Cerita nestapamu bilakah akan terhenti
Ketika anak-anak kecilmu ditewaskan, ibu-ibu tua dirundung rawan
Perebutan ini jahat, api kekejaman di mana-mana melarat
Rintih duka, rawan hiba menjadi kolaj comot tergantung di birai sejarah
Sejarah mengalir dalam merah darah cair
Para pahlawanmu pergi tak pulang di bawah runtuhan gelimpangan
Lelaki tua raungnya hilang suara, zionis menjalarkan cakarnya mengoyak pusaka.
Palestin
Aduh Palestin yang mengaduh
Perlindungan itu bukan untukmu, pembelaan itu tertangguh lagi di lidah kelu
Bangsa-bangsa Bersatu itu bisu, Bangsa-bangsa Bersatu telah batu
Satu suara tak pun kedengaran betapalah sirna ia di puncak menara
Seratus suara dikelamkan muslihat digulung dilipat di sidang khianat
Dari silang bumbung perjuangan tak terpeduli rempuhlah Palestin
Biar luka berderai biar tubuh berkecai, telah kematian simpati, telah lesu di sana kemanusiaan yang terperi.
Aku tahu letihmu amat mengerah kudrat menyongsong angin berat
Aku mahu nyanyikan lagu untuk saujana tanah abadimu yang kaurindu
Pada malam-malam bening di bawah langit pekat yang tiba-tiba berapi dari neraka
Aku mula mendengar tempik pahlawanmu tak terkalahkan
Mereka menyerbu, merempuh soldadu dalam ronta kepayahan
Para mujahidmu oh kaulepaskan saat sekelilingmu mengecilkan diri
Palestin kami bersamamu kami dahan untuk pautmu
Sedang sempadan rakus mereka koyak kami di sini bersama mengirimkan esak.
Palestin, Palestin, Palestin
Kami di sisimu izinkan meriba nestapa purba
Ingin benar kami membalut semua luka sukma
Api Zionis itu sambarnya sinis
Cengkam bumi kalbu dan batinmu terhiris
Palestin, Palestin, Palestin
Teguhkan azam kentalmu, bentengkan juga sempadan terakhirmu
Kutahu keimanan ketaqwaan tak pernah goyah tak akan terpatah,dan, Palestin katakan:
“KAN KUPADAMKAN SELAHAPNYA
API KEANGKUHANMU ITU !!!”
Ciptaan
PROFESOR MADYA DR. LIM SWEE TIN
2009.
Pusaka wali berbalik asal
https://www.facebook.com/zana.zanzaly/posts/10224712093486063