Nothing Special   »   [go: up one dir, main page]

Showing posts with label Nasi campur. Show all posts
Showing posts with label Nasi campur. Show all posts

Makan tengahari nasi campur di restoran Padii Cafe, Sungai Petani, kedah

 

restoran Padii Cafe
restoran Padii Cafe

restoran Padii Cafe
restoran Padii Cafe
Restoran Padii Cafe ni terletak di Jalan Kampung Gon, Jalan Sungai Layar, Sungai Petani, Kedah. Tepi jalan je Padii Cafe ni...Mungkin nama Padii Cafe ni bersempena kedai makan ni memang bersebelahan dengan sawah padi...kira pelanggan diorang di dapat menikmati view sawah padi la sambil makan tengahari.....kalau kalau orang kedah yang mai makan, diorang tak heran la dengan sawah padi ni😂😂😂😂... Yang batak, nak ootd kalau ada pun mesti orang luar kedah..hahaha..
pelbagai lauk pauk masakan tengahari
pelbagai lauk pauk masakan tengahari

yang dah letak dalam pinggan siap-siap pun ada
yang dah letak dalam pinggan siap-siap pun ada
Makanan pun sedap-sedap gak di sini...parking pun agak luas dan selesa...so takda alasan untuk korang tak datang...hahaha...
masak lemak lala
masak lemak lala

ni la sepinggan nasi makan tengahari aku
ni la sepinggan nasi makan tengahari aku
Kepada yang nak try makan tengahari di sini, boleh la cari di Sungai Petani. GPS koordinat dan google map Padii Cafe adalah seperti berikut:

GPS koordinat: 5.64819446881787, 100.47611109545679
https://maps.app.goo.gl/rrhQWQUmF8pVbcfv7

Kak Yah Nasi Campur, Jalan Ulu Melaka, Simpang Kenyum, Langkawi

Kak Yah Nasi Campur
Kak Yah Nasi Campur
Aku jalan-jalan nak cari makan, tertiba terjumpa dengan restoran Kak Yah Nasi Campur ni yang terletak di tepi jalan je di Jalan Ulu Melaka, Simpang Kenyum, Langkawi. Tengok macam ramai orang berhenti makan, jadi aku pun singgah la gak sebelum sambung balik perjalanan aku.
ni kira hasil makan tengahari aku
ni kira hasil makan tengahari aku

banyak juga lauk dan masakan tengahari
banyak juga lauk dan masakan tengahari
Kalau korang nak datang, aku sertakan gps koordinat dah google map katt bawah ni untuk rujukan korang la......

GPS koordinat: 6°21'04.2"N 99°45'16.4"E atau 6.351172, 99.754550 



 

Kedai Makan Tengahari Lidiana di Medan Selera Tanjung Bungah, Pulau Pinang

 

Medan Selera Tanjung Bungah
Medan Selera Tanjung Bungah

Kedai Makan Tengahari Lidiana
Kedai Makan Tengahari Lidiana
Tempat makan tengahari yang sedap dan bukan nasi kandar di Pulau Pinang ni, korang boleh cari Kedai makan tengahari Lidiana yang terletak di Medan Selera Tanjung Bungah. Landmark untuk korang nak cari senang je.. Medan Selera ni betul-betul bertentangan dengan Masjid Terapung Tanjung Bungah. Tapi korang kena masuk dulu ke simpang jalan tu, kalau dari Gurney, simpang ke ke kiri la...sebelah kanan masjid terapung....Medan selera ni atas bukit sikit....👍👍
banyak gak masakan sayur
banyak gak masakan sayur

pelbagai masakan untuk tengahari
pelbagai masakan untuk tengahari

ayam goreng pun padu
ayam goreng pun padu

dan banyak lagi lauk dan masakan untuk hidangan tengahari
dan banyak lagi lauk dan masakan untuk hidangan tengahari
Semuanya masakan ala kampung, bukan style nasi kandar la...Semuanya nasi campur masakan ala kampung. Semuanya sedap-sedap. Korang boleh makan dikedai atau tapau bawa balik.

Kalau datang waktu puncak, mungkin korang struggle sikit la nak cari parking, tapi kalau nak seribu daya kan💪💪💪😎

GPS koordinat dan google map Kedai Makan Lidiana ni adalah seprti dibawah.

GPS koordinat: 5°28'08.9"N 100°16'36.6"E atau 5.469145, 100.276832

Sarapan pagi roti canai dan nasi campur di Kedai Makan Abang Mat, Sungai Ular, Kulim

Kedai Makan Abang Mat, Sungai Ular, Kulim
Kedai Makan Abang Mat, Sungai Ular, Kulim
Kedai Makan Abang Mat ni terletak di Sungai Ular, Kulim Kedah. Kat sini korang boleh bersarapan pagi roti canai. Standard la kan sarapan roti canai... yang rare di Kedai Makan Abang Mat ni, korang boleh bersarapan pagi nasi campur!💪💪💪... Alahhh nasi campur yang korang makan waktu tengahari tu.. di Kedai Makan Abang Mat ni nasi campur dah ada seawal sarapan pagi😋😋😋😋. Jadi apa lagi korang mau? Bedal saja laaa...

Tapi aku datang sini nak sarapan roti canai. Jadi aku order roti canai jer la. Nasi campur next time kalau datang lagi aku try plak nasi campur. Masa aku datang ni, diorang dah tukar sistem nak order style layan diri, so korang jangan dok harap ada orang datang nak ambil order kat meja😂😂

pelbagai masakan dan lauk pauk untuk nasi campur
pelbagai masakan dan lauk pauk untuk nasi campur

roti canai kena ambil sendiri (layan diri)
roti canai kena ambil sendiri (layan diri)

roti canai banjir
roti canai banjir
Kepada yang nak datang ke Kedai Makan Abang Mat ni, boleh cari di Sungai Ular, Kulim atau korang boleh saja guna gps koordinat dan google map sebagai rujukan dan panduan korang.

GPS koordinat: 5°22'19.2"N 100°34'41.8"E atau 5.371999, 100.578264

Restoran Anjung Keli, tempat makan tengahari popular di Perlis

Restoran Anjung Keli
Restoran Anjung Keli

Restoran Anjung Keli
Restoran Anjung Keli
Restoran Anjung Keli ni memang tempat famous untuk makan tengahari di Perlis ni. Terletak di dalam daerah Kangar dan berdekatan dengan simpang 3 traffic light Jalan Behor Pulai. Tempat parking pun ada luas dan selesa namun bila waktu puncak, parking full!...

Anjung Keli ni aku dah pernah buat review dalam blog aku ni masa tu tahun 2017. Boleh rujuk post aku yang lepas DI SINI untuk baca. Makanan di Anjung Keli ni memang sedap la. Sebab tu la rasanya ramai orang datang. Banyak dah blogger buat review berkenaan Anjung Keli ni dan semuanya rekomen untuk korang cuba makan sendiri di Anjung Keli.

banyak pilihan lauk di Anjung Keli
banyak pilihan lauk di Anjung Keli

banyak juga pilihan ulam-ulaman
banyak juga pilihan ulam-ulaman
Disebabkan nama restoran ni Anjung keli, jadi aku buat keputusan nak makan ikan keli di restoran anjung keli ni😅... Tak pasti la aku kenapa restoran ni dinamakan anjung keli. Aku rasa sebab ada ikan keli la kot😁😁...
ni nasi campur untuk makan tengahari aku di Anjung Keli
ni nasi campur untuk makan tengahari aku di Anjung Keli
Setiap pinggan akan dilapik dengan kertas. Mungkin senang diorang nak basuh kot. Lagi satu, korang kena bayar dulu sebelum makan. Yang ni rule diorang la..Rasa macam ok gak, sebab kalau diorang nak serve setiap meja, mungkin akan lambat dan customer akan marah-marah dengan jumlah customer yang ramai pada satu-satu masa....

Kalau korang bercuti di Perlis, boleh la cuba makan di sini. Aku sertakan GPS koordiant dan google map sebagai rujukan korang untuk ke Anjung Keli.

GPS koordinat: 6°25'46.9"N 100°13'00.7"E atau 6.429690, 100.216850

Makan tengahari di Restoran Minah, Taman Tun Sardon, Pulau Pinang

 

Restoran Minah, Taman Tun Sardon
Restoran Minah, Taman Tun Sardon
Kalau datang ke Pulau Pinang, semestinya kebanyakan orang akan terjah restoran nasi kandar. Rugi la kan kalau tak cari nasi kandar. Penang ni adalah tempat original nasi kandar. Tak sama rasanya kalau makan nasi kandar di luar dari Penang ni😎😎😎....

Tapi kalau korang nak kelainan sikit, takmau makan nasi kandar, aku boleh cadangkan Restoran Minah yang terletak di Taman Tun Sardon. Restoran bukan restoran nasi kandar. Restoran Minah ni nasi campur biasa dengan pelbagai lauk dan ulam-ulaman. 

beratur panjang jugak la kalau datang waktu peak hour
beratur panjang jugak la kalau datang waktu peak hour

restoran pun luas gak dan selesa
restoran pun luas gak dan selesa
Peak hour, agak ramai la jugak yang datang. Mungkin parking akan full. Tempat parking pun tak banyak depan restoran ni. Kalau tak cukup parking di depan restoran, ada yang parking je kat tepi jalan. Bab parking ni korang pandai-pandai la sendiri nak adjust😅😅😅...

pelbagai pilihan lauk
pelbagai pilihan lauk

ulam-ulaman pun ada
ulam-ulaman pun ada

Kalau datang ramai-ramai or datang satu family, korang boleh pilih lauk style hidang. Kalau datang sorang-sorang, better korang letak je lauk dalam pingan nasi korang...orang penang cakap kuah taruh ataih!😂😂...

Disebabkan aku datang satu family, jadi aku pilih la lauk asing-asing.... jimat la sikit😎
hidangan makanan tengahari aku
hidangan makanan tengahari aku
Sedap la jugak makan di Restoran Minah ni. Aku rekomen la untuk korang cuba. Boleh cari Restoran Minah ni Di Taman Tun Sardon. Korang boleh juga cari guna google map dan gps koordinat seperti yang aku share di bawah ni....

GPS koordinat : 5.3699991383841335, 100.30986112094534

Nasi Campur Restoran Cahaya Gembira di Kulim Kedah

Restoran Cahaya Gembira pandangan tepi
Restoran Cahaya Gembira pandangan tepi

Restoran Cahaya Gembira pandangan depan
Restoran Cahaya Gembira pandangan depan
Restoran Cahaya Gembira ni terletak betul-betul di simpang tiga traffic light jalan besar iaitu Jalan Lunas. Restoran ni menyediakan hidangan nasi campur dengan pelbagai lauk pauk sebagai pilihan. Selain itu Cahaya Gembira ni juga ada menyediakan hidangan special. Apa yang special tu? Ikan bakar dan ayam bakar la...yang di bakar panas-panas di atas grill dapur arang. Tapi sedih arr... masa aku sampai dah habis ikan bakar😭😭.....
restoran pun luas dan selesa
restoran pun luas dan selesa

boleh pilih pelbagai jenis lauk
boleh pilih pelbagai jenis lauk
Tempat parking pun luas jugak la untuk para pelanggan diorang. Untuk yang first time datang, mesti korang tercari-cari mana parking. Korang boleh masuk sebelum traffic light dan juga selepas traffic light... ada jalan nak masuk ke parking Restoran Cahaya Gembira... korang slow-slow la sikit takut terlepas jalan masuk tu.
disebabkan ikan dan ayam bakar dah habis, yang ni pun jadilah
disebabkan ikan dan ayam bakar dah habis, yang ni pun jadilah
Kalau korang nak try makan di Restoran Cahaya Gembira ni, aku sertakan gps koordinat dan google map sebagai rujukan lokasi untuk korang.

GPS koordinat: 5°24'17.7"N 100°33'10.4"E atau 5.404920, 100.552879

makan tengahari di restoran Nun Singgah Rasa, Kelang Lama Kulim

 Restoran Nun Singgah Rasa ni terletak di Pusat Perniagaan Putra, Kelang Lama, Kulim Kedah. Nun Singgah Rasa menyediakan makanan untuk juadah tengahari. Pelbagai lauk pauk ada yang pilihan korang.

restoran Nun Singgah Rasa, Kelang Lama Kulim
restoran Nun Singgah Rasa, Kelang Lama Kulim
Selain juadah nasi campur untuk makanan tengahari, di Nun Singgah Rasa juga menyediakan makanan sampingan lain juga untuk makan tengahari. Antaranya adalah nasi ayam, sup-sup (mee, bihun, megi kuay teow), makanan goreng-goreng, mee rebus dan sebagainya.
ayam goreng, ikan goreng, ulam-ulaman
ayam goreng, ikan goreng, ulam-ulaman


pelbagai jenis masakan
pelbagai jenis masakan

nasi campurku
nasi campurku

Lokasi Nun Singgah Rasa ni, korang boleh rujuk GPS koordiant dan google map seperti dibawah:
GPS koordiant : 5°23'25.7"N 100°33'51.3"E atau 5.390477, 100.564243

Restoran Kak Tie Nasi Campur di Pekan Kuah, Langkawi

Kalau korang lapar dan nak cari restoran makanan untuk makan tengahari di Langkawi, korang tak perlu risau jika korang berada di area Kuah. Banyak restoran makanan tengahari yang ada di sini. Posting kali ni aku nak share tentang restoran Kak Tie Nasi Campur yang tak kurang hebatnya. Restoran Kak Tie Nasi Campur ni  betul-betul bertentangan dengan stesen minyak petronas.
Restoran Kak Tie Nasi Campur
Restoran Kak Tie Nasi Campur 

Restoran Kak Tie Nasi Campur
Restoran Kak Tie Nasi Campur 

Aku kalau tengok restoran yang banyak lauk-pauk, masakan untuk juadah tengahari, memang aku suka la... Banyak pilihan masakan yangkita boleh pilih. Restoran Kak Tie Nasi Campur ni juga ada banyak pilihan lauk pauk untuk korang. Ikan bakar, ayam bakar pun ada.
pelbagai pilihan lauk-pauk dan masakan di Kak Tie Nasi Campur
pelbagai pilihan lauk-pauk dan masakan di Kak Tie Nasi Campur

Banyak sangat lauk, last-last aku ambil ayam goreng jer..hahahaha.. letak kuah pajeri terung sikit, sayur dan ikan bilis sambal bersama kacang. Lepas tu aku try juga keli bakar. Tu je la menu makan tengahari aku di Kak Tie Nasi Campur.
nasi campur aku punya laaaa
nasi campur aku punya laaaa

keli bakar
keli bakar
Lokasi Restoran Kak Tie Nasi Campur ni adalah seperti berikut:
GPS koordinat : 6°19'43.5"N 99°49'30.0"E atau 6.328758, 99.824997

Restoran Nasi Malam Pongsu Seribu, Kepala Batas, Pulau Pinang

Restoran Nasi Malam Pongsu Seribu, Kepala Batas, Pulau Pinang

Restoran Nasi Malam yang terletak di Pongsu Seribu, Kepala Batas, Pulau Pinang ni menyediakankan menu nasi campur. Tapi bukan nasi campur untuk makan tengahari ek... Nasi campur ni untuk makan malam. Jarang ada kedai makan yang menyediakan nasi campur waktu malam. Jadi, jika nak makan nasi campur, boleh lah datang ke Restoran Nasi Malam ni.
Selain nasi campur, ada juga menu goreng-goreng di sini. Mana la tau kot-kot ada yang tak boleh makan nasi campur waktu malam kan....
Restoran Nasi Malam Pongsu Seribu, Kepala Batas, Pulau Pinang
Menu-menu nasi campur banyak jugak di Restoran Nasi Malam ni. Petang-petang memang menjadi tumpuan orang ramai sama ada beli bungkus ataupun makan je di situ. Parking pun ada luas dan selesa disediakan.
pelbagai menu lauk-pauk untuk nasi campur

lauk-pauk, ulaman, sayur
Banyak kan lauk untuk nasi campur? sebab tu orang selalu datang restoran ni, rare sikit menunya untuk makan malam. Biasanya malam dikebanyakkan restoran, menu adalah masakan ala thai.
nasi campur

nasi goreng telur mata

koay teow goreng
Kepada yang nak datang makan nasi campur waktu malam, boleh la datang ke Restoran Nasi Malam di Pongsu Seribu, Kepala Batas, Pulau Pinang. Aku sertakan juga di sini gps koordinat dan google map sebagai panduan dan rujukan korang.
gps koordinat : 5°29'50.2"N 100°26'19.9"E atau 5.497274, 100.438863