Nothing Special   »   [go: up one dir, main page]

Showing posts with label Langkawi. Show all posts
Showing posts with label Langkawi. Show all posts

Jalan-Jalan di Taman Agroteknologi MARDI Langkawi

 

Taman Agroteknologi MARDI Langkawi
Taman Agroteknologi MARDI Langkawi
Aku pergi Langkawi kalau ikutkan hampir setiap tahun. Tapi ni kali pertama aku masuk ke Taman Agroteknologi MARDI Langkawi niπŸ˜…. Sebelum ni macam tak tahu kewujudan Taman Agroteknologi MARDI. Rupanya ada ek di Langkawi... Boleh masuk dan melawat dalam ni...tapi ada dikenakan tiket untuk masuk..bukan free yer😁😁
tiket masuk ke Taman Agroteknologi MARDI
tiket masuk ke Taman Agroteknologi MARDI
Lepas korang bayar tu, kena tunggu kat tempat menunggu kenderaan untuk korang round satu taman tu...bukan berjalan kaki ye..mau tercabut kaki kalau  nak berjalan...kenderaan tu lori yang diorang modified sikit letak tempat duduk...konon-konon macam jeep safari laπŸ˜‚πŸ˜‚
naik lori ni untuk pusing satu taman
naik lori ni untuk pusing satu taman
Sepanjang perjalanan korang akan disajikan dengan permandangan pelbagai ladang-ladang buah. Ada beberapa check point perhentian yang korang boleh turun...makan ke ambil gambar ke...ada tempat yang korang boleh makan buah sepuas-puasnya...buah yang dihidangkan adalah buah dari dalam ladang ni sendiri. Kalau musim durian, memang untung la...sebab durian pun korang boleh makan sepuas-puasnya...free jer
buah-buah segar dari ladang..boleh makan sampai kenyang
buah-buah segar dari ladang..boleh makan sampai kenyang

tempat makan buah-buah
tempat makan buah-buah
Cuma selain buah, korang kena beli la...buah jer free... Dekat sebelah tempat makan buat ni ada ladang kambing. Korang boleh juga nak bagi kambing tu makan....
bagi makan kambing
bagi makan kambing
Dah kenyang, teruskan perjalanan ke tempat lain pulak....
permandangan ladang buah...luas ladang ni
permandangan ladang buah...luas ladang ni

ladang yang bersih, dijaga elok oleh mardi
ladang yang bersih, dijaga elok oleh mardi
Selian bagi makan kambing, korang juga boleh bagi makan ikan...ada kolam ikan....tapi air dia keruh sikit...dalam gambar tak berapa nak nampak ikan tuπŸ˜…..tapi kalau tengok real depan makan, boleh nampak la ikan-ikan yang banyak...
bagi makan ikan dalam kolam
bagi makan ikan dalam kolam
Selain tu korang boleh tengok juga pokok-pokok buah yang rare, yang dalam pasaran memang tak pernah jumpa, tapi masih dipelihara dan di tanam di taman ni...ada juga anak sungai yang jernih dan cantik...
anak sungai yang jernih
anak sungai yang jernih

pokok-pokok hiasan
pokok-pokok hiasan

wanita-wanita dan gadis-gadis sukan la pokok-pokok ni
wanita-wanita dan gadis-gadis sukan la pokok-pokok ni
Selain tu, ladang anggur pun ada di taman agroteknologi Mardi ni...boleh tengok sendiri bagaimana kaedah penanaman anggur...

Maka selesai la aku dan famili pusing satu taman ni..best jugak...lain kali kalau nak repeat lagi, pastikan datang masa musim durian...untung-untung boleh makan durian di sini😁😁

Lokasi Taman Agroteknologi MARDI Langkawi, boleh rujuk google map dan gps koordinat di bawah ni.

GPS koordinat: 6°21'40.1"N 99°47'33.8"E atau 6.361136979582801, 99.79270897002802

https://maps.app.goo.gl/kPZsz8ufXVna2YVPA


Sarapan pagi roti canai di Warung Roti Canai Penarak, Jalan Inderaloka, Kuah, Langkawi

 

Warung Roti Canai Penarak, Kuah Langkawi
Warung Roti Canai Penarak, Kuah Langkawi

Warung Roti Canai Penarak, Kuah Langkawi
Warung Roti Canai Penarak, Kuah Langkawi
Aku round di area Kuah, Langkawi pagi-pagi sebab nak cari port sarapan roti canai yang sempoi-sempoi sikit...Cari punya cari, last sekali terjumpa jugak la warung roti canai yang rare jugak la...Warung tu adalah Warung Roti Canai Penarak, di Jalan Inderaloka, Kuah...Tempat ni agak ke terbelakang sikit tempat di dari kawasan tumpuan pelancong..
roti canai tengah di masak...padu ooo
roti canai tengah di masak...padu ooo
Yang menarik di Warung Roti Canai Penarak ni, ada pelbagai menu roti canai selain menu standard roti canai yang kebiasaan kita makan tu...antara roti canai yang rare di sini adalah roti sarang burung special, roti balak, roti teloq gedik, roti leleh, roti gulai, roti kawin.....

Pagi-pagi makan roti canai yang padu ni, di sulam dengan teh tarik...memang ngam la...

roti canai kawin
roti canai kawin

teh tarik
teh tarik

roti canai sarang burung special
roti canai sarang burung special

roti canai banjir
roti canai banjir

roti canai kosong
roti canai kosong
Memang terbaik...korang pun kalau datang melancong ke Langkawi ni boleh la lajak ke Warung Roti Canai Penarak ni....siyressss tak tipu, sedaapp....

Kepada yang nak datang ke sini, boleh rujuk gps koordinat dan google map seperti di bawah.

GPS koordinat: 6°18'26.4"N 99°51'41.1"E atau 6.3073212784373665, 99.86140739798678

https://maps.app.goo.gl/W8eugcrpSJaREkQy8


Makan malam di Restoran Desa Permata Ikan Bakar, Kuah Langkawi

Restoran Desa Permata Ikan Bakar, Kuah Langkawi
Restoran Desa Permata Ikan Bakar, Kuah Langkawi

Restoran Desa Permata Ikan Bakar, Kuah Langkawi
Restoran Desa Permata Ikan Bakar, Kuah Langkawi
Ni kali kedua aku makan di Restoran Desa Ikan Bakar, di Kuah Langkawi... Kali pertama datang sini sebelum lockdown covid...Boleh tengok posting aku yang lepas DISINI. Disebabkan masa kali pertama datang tu, aku rasa sedap makanan di sini, jadi trip Langkawi aku kali ni, nak juga repeat makan sekali lagi di Restoran Desa Ikan Bakar ni..
boleh pilih ulam-ulaman
boleh pilih ulam-ulaman

udang, sotong, kerang, ketam boleh pilih sendiri
udang, sotong, kerang, ketam boleh pilih sendiri

ikan yang segar-segar
ikan yang segar-segar
Korang boleh pilih sendiri seafood apa yang nak korang makan...bila dah pilih, bagitau jer korang nak buat masa apa...kat sini ikan bakar memang padu....Kali ni aku pilih menu set jer..siakap aku minta buat 3 rasa manakala ikan cencaru aku minta buat bakar...sotong goreng tepung yang menu set ni, dioran guna yang sotong besar..tak fresh la sikit..kalau korang nak sotong fresh pilih sendiri yang segar-segar..Sotong tu aku buat sotong goreng tepung....
sotong goreng tepung
sotong goreng tepung

telur dadar
telur dadar

sup ayam
sup ayam

siakap 3 rasa
siakap 3 rasa

ulam-ulaman dan sambal belacan
ulam-ulaman dan sambal belacan

menu lengkap
menu lengkap

ikan cencaru bakar
ikan cencaru bakar
Ternyata makan sedap-sedap di Restoran Desa Permata Ikan Bakar ni...Kalau korang nak cari restoran ni, korang cari Idaman Suri...Golongan mak-mak pasti tahu Idaman Suri niπŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚...Dekat simpang traffic light tu, korang belok masuk ke jalan menuju Taman Desa Permata...dekat tengah-tengah taman tu, ada macam gerai food court la...tapi bukan food court....Restoran Desa Permata Ikan Bakar ni no 5 dan 6.

GPS koordinat: 6°19'44.4"N 99°51'43.3"E atau 6.329002667007021, 99.86203999811056

https://maps.app.goo.gl/ZsM2joCdMtVjGz58A

Makan tengahari di Isya Restoran Terapung, Langkawi

Isya Restoran Terapung, Langkawi
 Isya Restoran Terapung, Langkawi

Isya Restoran Terapung, Langkawi
 Isya Restoran Terapung, Langkawi
Isya Restoran Terapung ni korang tak boleh datang sendiri-sendiri... Yang ni kalau korang ambil Mangrove Trip di Langkawi ni, restoran ni adalah antara tempat wajib yang korang akan singgah...Apa tu Mangrove tour/trip, boleh rujuk posting aku DISINI...Kalau korang ambil bot dari mana-mana company pun, tempat ni juga yang diorang akan bawa korang...kira tempat viral siakap RM1000 kalau korang masih ingat laaaπŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚
restoran yang agak luas dengan view yang cantik
restoran yang agak luas dengan view yang cantik
Sebelum korang makan, sampai-sampai jer, korang aku dibawah melawat sangkar ikan...ada sikit penerangan tentang ikan-ikan dalam sangkar tu...maaf aku terlupa nak ambil gambar sangkar tu....

Dah selesai tengok ikan dalam sangkar, time to makan...yang ni tak paksa, kalau taknak makan pun takpa....Tapi kalau korang nak makan, jangan main order jer ye...takut bila nak bayar nanti terus boleh pengsanπŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚...Kalau ikan yang fresh, kena tengok harga per 100gram...korang boleh agak la bajet makan kat situ...kes tak tengok harga per 100gram ni la yang jadi terkejut beruk masa nak bayar..apa taknya, siakap 3 rasa boleh sampai RM1000 oooooo...πŸ˜…πŸ˜…πŸ˜…πŸ˜…

Tapi ada jer menu yang harga dah siap-siap lock...tak perlu nak timbang-timbang ikan...contoh macam aku makan ni..dalam menu set yang aku pilih tu RM140...dalam tu ada siakap 3 rasa, telur dadar, sayur dan tomyam serta air kordial...jadi aku just bayar RM140 jer...Famili aku 5 orang, cukup jer...walaupun set tu untuk 2 orang makan...aku tambah nasi jer...

set makanan yang aku order
set makanan yang aku order
Makan sambil tengok view yang cantik...memang ngam la...ni kira first time la aku makan atas restoran terapung ni walaupun dalam banyak kali datang ke Langkawi niπŸ˜…... Kalau korang nak makan di sini, tengok menu betul-betul dan kaji bajet korang...jangan main bedal order jerπŸ˜†πŸ˜†πŸ˜†

Singgah makan Shawarma di Yasmin Express, Pantai Cenang Langkawi

Yasmin Express, Pantai Cenang Langkawi
Yasmin Express, Pantai Cenang Langkawi
Sebenarnya aku dah try makan shawarma di sini, tahun sebelum ni...Boleh tengok posting aku pasal Yasmin Express ni DI SINI.... Masa tu aku try makan shawarma. Rasa sedap plak..Jadi memang aku dah plan untuk trip Langkawi aku kali ni, mesti kena repeat makan shawarma di gerai Yasmin Express, Pantai Cenang niπŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚...
ada banyak menu makanan timur tengah disini
ada banyak menu makanan timur tengah disini

penyediaan shawarma (ayam dan daging)
penyediaan shawarma (ayam dan daging)
Sebenarnya buka hanya ada shawarma je di Yasmin Express ni...banyak juga makanan-makanan yang berkonsepkan timur tengah ada di sini....Aku datang sini, aims aku nak makan shawarma jer😁😁😁... Jadi takde la aku nak order menu lain...

Kalau ikutkan pada posting aku yang lepas, aku beli shawarma tu take aways jer..makan dalam keta dan simpan sikit makan di hotelπŸ˜…....tapi kali ni aku nak dine in jer...aku parking keta di parking berbayar di belakang mall yang berdekatan jer dengan gerai Yasmin Express ni...

teh ada campuran herba (lupa nama menu ni)
teh ada campuran herba (lupa nama menu ni)πŸ˜…

shawarma daging dan ayam
shawarma daging dan ayam

aku gigit sikit bagi nampak inti kat dalam tu
aku gigit sikit bagi nampak inti kat dalam tu😁😁
Repeat kali kedua ni, masih padu rasa shawarma ni...Sangat recommended untuk korang try. Boleh cari di area Pantai Cenang.

GPS koordinat: 6°17'25.1"N 99°43'40.1"E atau 6.290305540992938, 99.72780816650479
https://maps.app.goo.gl/XpiBzhRTqjiKsWL5A

Medan Selera (food court) di Cable Car Langkawi

Medan Selera (food court) di Cable Car Langkawi
Medan Selera (food court) di Cable Car Langkawi

Medan Selera (food court) di Cable Car Langkawi
Medan Selera (food court) di Cable Car Langkawi
Kereta Kabel (Cable Car) ni terletak di dalam kawasan Oriental Village.. Dalam ni kira macam tempat menarik yang korang boleh masuk...tapi semuanya kena ada tiket ler...Kedai makanan pun banyak, cumanya semua jual menu-menu yang hispter la sikit....Tapi kalau tekak korang tekak melayu, mesti nak kena cari nasi jugak kaaaannn....Jangan takut jangan risau sebab dalam oriental village ni ada medan selera yang jual makanan normal tekak melayu la....ada nasi campur, ada juga makanan yang goreng-goreng...
nasi goreng daging
nasi goreng daging

laksa
laksa

nasi goreng pataya
nasi goreng pataya

gerai yang jual makanan goreng-goreng (tweenz corner)
gerai yang jual makanan goreng-goreng (tweenz corner)
Nak tak nak, korang perlu gak makan dalam oriental village ni..sebab kebiasanya korang akan spend masa 1 hari untuk masuk ke semua tempat yang bertiket dalam ni...Macam aku beli pakej cable car termasuk sekali dengan skydome, 3D museum dan Trex....tambah pulak masa aku datang ni ramai orang, beratur untuk naik cable car je dah ambil masa 2 jam!

GPS koordinat: 6.370629550778084, 99.6730781179734

https://maps.app.goo.gl/2514JfEvSg4P8Piq7

 

Old Town White Coffee, Kuah Langkawi

 

Old Town White Coffee, Kuah Langkawi
Old Town White Coffee, Kuah Langkawi
Saja jer nak bagitau korang, aku makan di Old Town Coffee di Pekan Kuah, Langkawi...Aku takda nak review sangat Old Town White Coffee ni sebab standard je mana-mana restoran ni kat mana pun...Sistem sama, menu sama, decoration dalaman pun lebih kurang sama... Saja nak share menu yang aku makan disini seperti gambar-gambar dibawah ni. Ada banyak lagi menu lagi, cuma ni la pilihan untuk aku nak makan waktu tu...
air soya dan white coffee ais
air soya dan white coffee ais

mee kari
mee kari

mee wantan
mee wantan

roti bakar
roti bakar
Restoran Old Town White Coffee ni bertentangan dengan MAHA tower....Sebab apa aku makan sini, sebab aku check in hotel sebelah Old Town White Coffee niπŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚... Kebetulan hujan lebat, malas nak cari makan kat tempat lagi, so layan jer Old Town White Coffee😁😁😁

GPS koordinat: 6°19'18.5"N 99°50'51.1"E atau 6.3217953328329095, 99.84753363369263

https://maps.app.goo.gl/B3ebjnDduNcWGgKk9