Nothing Special   »   [go: up one dir, main page]

Beautiful Friends

Showing posts with label Knowledge is Precious. Show all posts
Showing posts with label Knowledge is Precious. Show all posts

Saturday, April 29, 2017

Penulis buku MENTALITI JAMBAN is in the house..

Asal cerita..
Rasa-rasa nyer it was 4 years back. Masa tu kami sekeluarga masih menumpang rezeki di negara Pasir Berdengung. Waktu tu Ibu tengah mencari blogger yang boleh dijadikan rujukan tentang cara-cara mengambil gambar untuk blog Ibu.



Mungkin dah jodoh kami.. Ibu tersesat ke blog KA. Salam diberi.. salam disambut. And sejak dari itu bermulalah persahabatan kami di alam maya. One thing in common.. kami sangat cerewet tentang kebersihan. Mungkin jugak dah jodoh kami.. dari bersahabat di alam maya.. ia berlarutan hingga ke Fb.. and akhir sekali akhir hujung tahun lepas kami bersemuka di warong Omak.

Alhamdulillah.. jodoh kami memang kuat. Anak-anak pulak serasi with one another (mungkin sebab semua boys).

And hari ini alhamdulillah sembang-sembang over lunch pulak di rumah Ibu. Over lunch banyak jugak ilmu yang sempat Ibu sedut dari Khairul yang jugak penulis buku ;
1- Mentaliti Jamban
2- Untunglah Malaysia Masih Aman
3- I'm A Backpacker Europe
4- I'm A Backpacker Germany

Bak kata pepatah 'berkawan dengan penjual minyak wangi.. kita pun akan berbau wangi jugak'.

Kita mintak yang baik-baik sahajalah kan.

P/s; Mudah-mudahan yang dirancangkan berjalan dengan lancar.. insya'Allah.

Wednesday, March 30, 2016

Kubur sepi.. pacak batu..


Assalamualaikum all..

Lama dah kita tak share 'ilmu' dari adik kita yang sorang ni..

As usual.. me.. bila ada rasa was-was.. memang si dia ni la tempat mengadu. Tambah bila banyak sangat perkongsian di hujung jari. So here we go..



Mudah-mudahan bermenafaat pada memerlukan penjelasan..

Wallahu'aklam

Saturday, February 20, 2016

A day at the Museum Negara.. know your heritage.. know your descendant..

Selama kami merantau.. tiap tahun jugak buat wishlist nak pi muzium. Tapi tak pernah nyer yang sampai hajat. So near.. yet soooo far away. Ada jer hal yang jadi penghalang.

Dah macam tu.. masa cuti CNY baru-baru ni paksa diri bawak anak-anak pi Muzium Negara. Tak tau jalan (walhal nampak jer dari highway tu) kita guna Waze. Insya'Allah sampai depan pintu masuk Cik Abang Waze tu bagi arahan.

Anak-anak..
Memang teruja..
Memang banyak tanya itu ini..
Knowing that all this while asyik belajar pasal perang antara Kuwait - Iraq etc.

Jom layan gambar..

Perkara wajib - posing kat pintu gerbang..

Pe kata awak-awak semua ni pi jumpa dentist..

Orang dolu-dolu pun dah pandai nak melaram..

Dapat sebijik best nih..

Cun kan kann..

Kut nak tau..
Dua item kenit kat bawah tu.. dolu-dolu an exchange item for money value tau..

Larat ke nak junjung?!

Muka kena garang babe..

Ada 2 buah Al-Quran tulisan tangan kat muzium ni.. ini one of it..

Bunga Mas..
Bawak pi meminang anak dara orang.. aci tak?

Yang nak ambik SPM tu.. bawak la buku nota kecik.. tulis apa-apa yang patut..

Tok Ayah pun pandai gak buat Wau..

Yang kenit pun dah berat.. yang complete set macam ni.. cmana la ya..

Some of it.. Atuk pun ada jugak..

25 years back.. you wish..

Keseluruhan memang okey cuma pada Ibu sepatutnya pihak muzium ambik inisiatif keluarkan souvenir yang represent the museum itself. Ni khabarnya.. fridge magnet pun terpaksa Cik Kak yang bukak kiosk kat dalam muzium tu tempah sendiri. Others.. more on promoting Kuala Lumpur and Malaysia as a whole.

Sayang kan kan.. entah lah..

Saturday, November 21, 2015

Sekali air bah, sekali pasir berubah..

Untuk sekian tahunnya.. anak-anak hanya didedahkan dengan sistem persekolah luar negara. Medium bahasa.. kawan-kawan.. budaya.. semuanya berlainan sekali dari yang ada di sini.

Dan apabila kami mengambil keputusan untuk kembali ke sini.. sudah pasti anak-anak jugak menerima akibat dari keputusan ini.

Haazem tahun depan masuk darjah 6.
Arif pulak darjah 2.
Amsyar akan terus ke tingkatan 4.
Ibu ~ pening !!!

Gugel sana.. gugel sini..
Call sana.. call sini..
Pi jejak opis sana.. naik opis ni..
Macam-macam info yang dah masuk dalam kepala otak ni.

Tapi alhamdulillah.. consultation yang recently Ibu pi join.. tak banyak sikit.. ada jugak memberi info tentang persediaan untuk anak-anak. 





It was a really good consultation.
Alhamdulillah.. dari tak tahu langsung.. dapatlah jugak membatu kami. Banyak the YES and NO yang selama ni kami dok congak-congak.. akhirnya terjawab semasa sesi consultation ni. Petugas yang ada.. tho' bukan semua soalan yang Ibu tanya terjawab.. but still.. still something than nothing.

Dato' YB Norhayati Omar (baju biru)
Orang kuat bagi program 'Jom SAMBUNG belajar' ni..

Group photo like we must..


Yet.. 
The 'wajib' session for me and good buddy.. rojak Brahim kek Pasar Pilah. Seingat Ibu family Brahim ni dah berniaga di sini sejak Ibu sekolah tadika lagi. The taste might not be the actual same.. tapi tak banyak 'lari' la.

Last but not least..
Tuan Tanah with her good buddy for the pass 25 years.

Sunday, October 25, 2015

Rezeki itu HAK Allah..

Salam semua,

Saya dah 19 tahun kerja restoran, dari staf biasa sampai jadi Area Manager, dan sekarang jadi consultant dalam restaurant bussines dan ade bisnes sendiri.

Untuk pengetahuan semua, melalui pengalaman yang saya ada ingin saya berkongsi tentang  mereka yang dah buka restoran ni.

Sebenarnya mereka ni tak berapa untung. Ade yang cukup makan, ade yang rugi 300K monthly (almost all fast food kecuali KFC).

Ape yang membuatkan diorang bertahan adalah kerena perniagaan restoran ini ade daily cash flow kalau nak dibandingkan dengan manufacturing yang mengamalkan credit term.

1. Saya beri sedikit tips tentang Malaysian market. Dari pengamatan saya tentang customer behavior di Malaysia ni restoran yang takde menu ayam yang sedap tak boleh pergi jauh. Sebabnya orang melayu makan ayam ( kambing dan lembu tak boleh darah tinggi), India tak makan lembu sebab agama dan cina pulak suka makan daging putih antaranye ayam. Jadi, kalau nak buka restoran kene pastikan ade menu ayam yang sedap dan takde kat tempat lain.

2. Kene mahir dalam P&L ( profit & Loss account). Unjuran untung rugi. Contoh ringkas :-

Targeted sales - RM25,700.00

Operating/food Cost - RM10,300.00 (40%)

Labor Cost - RM     5,000.00  (20%)

Rental - RM1,500.00 (6%)

Utilities - RM3,000.00 (12%)

Net Profit - RM     5,900.00 (22%)    

So kene tahu berapa minimum sale sebulan untuk mendapat untung atau breakeven (cukup makan tak rugi tak untung)

3. Modal untuk restoran memang tinggi dalam RM200,000.00 termasuk modal pusingan 6 bulan.Tapi kalau modal kecil jangan pulak cari restoran yang rental murah tapi takde traffic flow sebab pemilihan lokasi adalah element yang terpenting dalam perniagaan.

4. Perlu cekap dalam menguruskan kakitangan. Kene dapatkan ilmu bagaimana nak handle staf. Macam menarik benang dalam tepung, benang tak nak putus tepung tak nak berselerak.

5. Kalau boleh jangan pinjam duit sebab nanti kita akan spend tanpa berfikir panjang. Kumpol sikit-sikit.

Pengalaman saya masa mula berniaga pakai duit ayah saya. Bila ade masalah bisnes, solve dengan duit. Lama-lama duit yang banyak pun habis cari kerja balik dan bayar hutang lepas tu kumpul duit sendiri untuk buat bisnes mengikut modal yang ade. kalau ade RM1000.00 buat bisnes RM1000.00.

Kalau nak franchise ambil masa 3 tahun dan mesti buat profit. Kalau nak cepat boleh buat licensing je. Tak payah tunggu 3 tahun. Produk yang baik lebih baik kita usahakan sendiri daripada kita franchise-kan lepas tu orang lain jahanamkan brand kita. KFC guna Master franchise untuk kontrol produk quality.

Walau bagaimana bagus pun ilmu, planning, solat tak pernah tinggal dan usaha yang gigih kita selagi ALLAH tak izinkan kejayaan selagi itu kita kene terus berusaha tanpa melupakan ALLAH tuhan sekalian alam.

Semoga ALLAH memberkati usaha kita semua. AMIN.

Yang baik datang dari ALLAH yang buruk datang dari saya.

** Demikian sedikit dari nota yang Cik Asben kirimkan pada Ibu. Dia pun copy-paste jer tu. Tapi semoga pada yang baru nak belajar bertatih seperti Ibu ini.. boleh mendapat sedikit ilmu dari perkongsian ini.

P/s;
Jangan kita pandang sebelah mata to those yang berniaga kecil-kecilan.. bawah pokok.. bukak payong.. open table.. berniaga pasar malam.. etc. Believed me.. berkawan dalam kelompok 'peniaga' seperti ini.. baru Ibu tahu ada antara mereka mampu hidup senang.. kereta mewah.. rumah sewa 2-3 bijik.. thus ramai juga antaranya yang bayar cash atas setiap urusan jual beli.

Rezeki masing-masing.. and Ibu sendiri walau baru kurang sebulan membantu Omak (full time) jadi saksi atas cerita di atas.

Hence.. segulong ijazah atau MA bukan bermakna office sahaja layaknya kita mencari rezeki. Ia hanya sebagai suatu kelebihan bahawa kita mampu mencari ilmu hingga ke menara gading. Walhal sebenarnya.. ilmu dan rezeki Allah itu sangat luas. Dan sesungguhnya pada mereka yang sentiasa ingin memajukan diri.. berusahalah dan sesudah itu kita berdoa serta meminta pada DIA. Mudah-mudahan usaha kita itu diberkati dan diberikan balasan yang setimpal juga hendaknya. Ameennnn..

Tapi kan.. yang sebetulnya bukan cerita harta.. or bukak restoran besar yang nak Ibu stress-kan di sini.. tapi.. moral of the story.. jangan kita fikir.. bila dah grad.. our priority.. nak kerja gomen.. nak kerja dengan big company saja. Sedangkan dengan berniaga pun.. kita masih mampu earn income yang bagus..

Okey.. habis dah membebel..



La ni dah susah sikit nak masak-masak then posing-posing macam dulu. Cuma if can hari minggu Ibu cuba masak sedikit special mengikut request anak-anak.

Pelan-pelan kayoh la weiiiii...

Assalamualaikum.

Thursday, August 27, 2015

Alf barokah alaik..

Ari ni takda cerita makan-makan.. takda cerita pasal lesung batu. But instead.. kita share sikit la ilmu yang seciput ni.

Asal kisah..
Sembang-sembang dengan adik-adik. And knowing that adik-adik ni ada kelebihan ilmu masing-masing.. so dalam sembang-sembang kosong.. akhirnya.. membawak ke bab yang satu ni la.

Bahasa Arab..
Sangat halus dan sangat detail. Pada yang pernah belajar.. sure dah sedia maklum.


Mabrook..
Biasa kita sebut.. and selalu kita dengar. Tapi dah ada yang mengajar ni.. apa kata lepas ni.. kita sebut pulak 'Alf Barokah Alaik' atau seribu keberkatan ke atas kamu.

Dalam 'free' jer kita sebut tu.. dapat jugak pahala dalam mendoakan keberkatan orang lain. So jangan buang masa.. lepas ni kita pakat sama-sama ubah.

** peringatan pada diri sendiri jugak ni.

Okey.. abih kelas dah.

Semoga bermenafaat.

Wednesday, June 17, 2015

Dengan ini kerajaan negara Kuwait mengumumkan..

Rabu akhir Sya'aban.. dan Khamis hari pertama Ramadhan Al-Kareem..

Rasanya tak perlu diperingatkan kerana sepatutnya by now kita semua dah learn by heart. Albeit tak salah kalau kita nak refresh.


Niat berpuasa - setiap hari..


I'm pretty sure doa yang terakhir tu.. doa yang paling favorite among us. Well.. Arif is..

Semoga Ramadhan kali ini memberikan barakah buat kita semua. Ambik iktibar dari pengajaran dan ujian yang Allah berikan. Ramadhan is not just 'lapar and dahaga' but more than that.. sila sambung dalam hati..

Allahu akram..

Thursday, June 11, 2015

Rambut gugur dan hukumnya..

Faktor penuaan..
Faktor penyakit..

Yang pastinya nak tahu jugak bila rambut gugur dan dilihat oleh lelaki lain. Dari terus berteka-teki.. ada baik kalau dirujuk pada yang lebih arif.



Mudah-mudahan memberi sedikit penjelasan dan kebaikan bagi yang memerlukan.

Wallahu'alam..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...